Terima kasih kepada yang sudi follow....

Wednesday, June 30, 2010

Eggplant With Prawns Sauce



Hari ni.. datang angin rajin nak berkongsi resepi.. so layan ajelah.. resepi sempoi aje ni.. masak dah lama.. masa ni kamera dapur aku masih bernyawa.. haa.. punyalah lama gambor ni terperap..

Resepi ni.. aku ikut dari majalah Yummy Yummy Hawker's Fair oleh Chef Phang Fah. Majalah masakan ni.. bukan majalah melayu.. tapi majalah cina tau.. aku pinjam dari rakan opis.. mana yg berkenan aku photocopy.. hehehe.. sesaja jer nak mencuba masakan cina.. tapi nama masakan ni kalau ikut majalah.. Chef Phang letak nama Eggplant with Chilli Prawns.. tapi nama jer ada cili.. tapi tak pedas langsung.. tu yang aku tukar ke nama di atas.. sorry yer chef.. jangan saman saya yer sebab memandai ubah nama resepi.. sebenarnya.. aku cuma suka cara presentation dlm resepi ni jer.. rasa masakan.. biasa2 aje.. kekekeke.. but anyway.. thanks to chef Phang for the recipe...

Source : Yummy Yummy Hawker's Fair magazine by Chef Phang Fah

INGREDIENTS:
300 gm eggplant
2 cup oil ~ for deep-fry
1 tbsp chopped shallots
2 red chillies, removed seeds and chopped (MaDiHaA hiris jer)
100 gm shelled prawns
1 tbsp chopped spring onion

SEASONING:
1 tbsp light soya sauce (MaDiHaA tambah lg sikit)
1 tbsp oyster sauce (MaDiHaA tambah lg sikit)
Dash of pepper
A bit of Sesame oil
3 tbsp water (MaDiHaA tambah lg sikit)
1 tsp corn flour, mixed with
1 tbsp water, for thickening

METHOD:
1. Cut eggplant into strips and deep-fry until cooked. Dish and drain. Place onto a serving plate.
2. Leave 1 tbsp oil, saute chopped shallots until fragrant. Add in chilli, prawns and stir well. Add in seasoning and stir-fry until well-mixed.
3. Thicken with corn flour water, sprinkle chopped spring onion and stir well. Pour the mixture over fried eggplant dan serve.

Monday, June 28, 2010

Order



Salam..

Sebelum update order.. kat atas tu adalah gambar close-up tempeyek yang aku jual tu yer.. sesiapa yang rasa teringin nak merasa.. bolehlah order.. sila tinggalkan pesanan serta email anda di chat box tu yer.. self pick-up yer.. no delivery ye kawan2..

Harga tempeyek = RM10.00/peket (lebih kurang 50 keping)


Oklah.. kat bawah ni order bebaru ni...

Order dari Laily jiran ku yg begitu setia ngan karipap aku.. (hehe) & kawan ofisnya.. 2 peket karipap kentang, 2 peket karipap sardin & 1 peket tempeyek. TQ Laily.. susah2 tolong bwk kuih2 tu ke opis untuk kawan2.. TQ again!



Order dari Dasila dari Taman Sri Manja (dekat ngan opis aku je rupanya rumah kak Dasila ni..) 8 peket karipap kentang, 1 tray rainbow marble pudding & 2 peket tempeyek. TQ very much kak... sudi order dengan saya..

Terima kasih pada yang sudi order!!

Thursday, June 24, 2010

Chicken Varuval With Potatoes



Ok.. ini resepi yang terbaru yg aku cuba masak mlm tadi. Resepi ni ku ambil dari blog Gert My Kithen Snippet. TQ Gert for the nice recipe!! Resepi berempah mcm ni memang kesukaan semua dlm rumah. Rasa masakan ni saling tak tumpah serupa dengan resepi yang hubby selalu masak iaitu Kari Kering Ayam yang aku pernah masukkan resepinya dalam fotopages aku beberapa tahun yg lepas. Bahan2 pun boleh dikatakan sama cuma ada beberapa bahan yg ada kat sini takde kat sana.. & ada kat sana tp takde kat sini. Cara memasak pun lebih kurang. Dari segi rasa.. memang sama!! Aku cakap kat hubby.. rupanya resepi yang abang dok masak tu namanya Varuval Chicken!! hehehehe... Dah lama masak.. sekarang baru tau nama.. Kami memang tak tau nak letak nama apa.. main hentam je letak Kari Kering Ayam. Resepi tu hubby dok cuba buat berdasarkan lauk ayam yang pernah kami makan kat kedai mamak. Hubby try2 menjadi pulak.. so.. sekarang dah jadi feberet kami sekeluarga.. Ok.. ini resepi yg dicungkil dari dapur Gert.

SOURCE : Gert ~ MY KITCHEN SNIPPETS

Ingredients:

3 pieces chicken breast – cut into bite size pieces (MaDiHaA guna 1/2 ekor ayam)
1 stick cinnamon
2 cardamom pods
3 medium size potatoes
2 green chilies - sliced
1 medium size onions – sliced thinly
A small bunch curry leaves
1 tsp black pepper
Salt and sugar to taste

Grind into paste:

5 cloves garlic
2” ginger
4 shallots
½ tsp salt

Make into a paste with a bit of water

3 tbsp curry powder
2 tbsp chili powder (more or less depend on how spicy you like)
1 tbsp turmeric powder
1 tsp coriander powder
1 tsp cumin powder

1. Clean and cut the chicken, marinate it with the blended paste for half an hour. In the meantime peel and cut potatoes into bite size pieces and pan fried it until soft and set it aside.
2. Heat up about 4 tbsp of oil in a non- pan, add in cinnamon stick. Stir fry until fragrant and add in the chicken, and spread it evenly into a layer and let it pan fried until lightly brown on one side and turn it over and do the same to the other side.
3. Once the chicken is evenly brown, move the chicken to the side of the frying pan and add in the curry paste. Continue the stir the paste until fragrant. Add in the onions, curry leaves and chili. Mix everything together and well coated with the paste. Add in about ½ cup of water and stir until well combined. Add in a bit of salt and sugar.
4. Add in the potatoes, stir, and lower down the heat and cover. Let it simmer until everything is cooked and water evaporated. Add in black pepper, Stir well and check seasoning.
5. Dish out and serve with warm rice.

Order Karipap Frozen Lagi...

Lama betul tak bereksperimen.. masak tu memang hari2.. cuma tiada eksperimen terbaru.. masak pun yg simple2 & yg biasa2 aje.. Tak sempat nak menelek resepi sbb nak cepat punya pasal..

Terlalu sibuk siapkan order karipap frozen tempahan.. hobi utama ku masak memasak terpaksa diketepikan.. huhuhu.. Tapi syukur alhamdulillah.. oder yg datang itu namanya rezeki.. boleh juga buat tambah2 belanja sekolah anak. Terima kasih pada yang sudi order walaupun aku tak pernah nyatakan aku bersedia menerima order. Semuanya bermula dari suka2 supply karipap frozen pada Imran yang selalu ambil kat rumah makcikku. Itupun atas dorongan makcik yang galakkan/mintakkan aku buat karipap frozen untuk Imran sebab makcik ku sendiri tak mampu nak siapkan stok yg banyak. So aku just tolong tambah sikit2 ajelah. Lepas tu jiranku Laily pula rajin mintak aku buatkan. Kini.. kawan-kawan cyber pula berminat nak merasa karipap frozen aku. Terima kasih pada semua yang sudi oder. Kepada mereka yang masih menunggu oder yg belum disiapkan.. mintak maaf & harap sabar yer.. Bukan niat nak melambat2kan.. tp masa ku terlalu padat maklumlah aku berkerja disiang hari.. malam pula.. bila dirumah aku punya baby yang masih kecil yg kadang2 perlukan perhatian. Tambah pula dlm bulan ini tiap hujung minggu sibuk dengan kenduri kendara yg harus dipenuhi. Sabtu ini 26hb pun masih ada satu lagi kenduri kawin kazen hubby kt kg.. belum pasti samaada boleh balik atau tak sebab baru je balik 2 minggu lepas. Kalau kami balik beerti order kawan2 terpaksa pospone lagi.. Kalau tak balik.. bolehlah aku siapkan oder2 kalian mana yg termampu.

Di bawah ini order yang terbaru dlm minggu ini..


1. Order dari kak Norizah, Shah Alam http://norizbaked.blogspot.com/(tauke kek yang baru nak mula katanya..hehe) ~ 4 paket karipap sardin & 1 peket karipap kentang. (Kak Noriz.. terima kasih banyak.. dtg rumah siap tapaukan kukis lagi utk sya & anak2..sedapp sangat2!)

2. Order dari Jasmeen, Shah Alam http://jasmeen.fotopages.com/(tauke kek yg pemes tuh.. hehe) ~ 1 peket karipap sardin & 1 peket karipap kentang.

3. Order dari Azimah, Jalan Klang Lama ~ 5 peket karipap kentang

4. Order dari Laily (jiranku) ~ 1 peket karipap sardin

Terima kasih kepada semua yang sudi order..!!

Friday, June 18, 2010

Order / Tempahan

Hari ni aku nak masukkan order/tempahan yg ada bebaru ni..

Kat bawah tu tempeyek order dari kawan2 makcik.. 6 paket/300 keping. Sebenarnya tempeyek ni bukan aku yg buat yer... tp aku tolong kawan jualkan aje.. dah lama dah sebenornya aku jual.. tp baru skrg teragak nak masuk dlm blog/fp. Sesapa yg nak mencuba bolehlah order ya. Sepeket lebih kurang 50 keping = RM10.00. Tapi maaf ler sebab takde delivery yer. Kalau nak.. boleh datang collect sendiri kat rumah aku di Bandar Sunway atau kalau hari kerja.. boleh dtg ambil di tempat kerja aku di Taman Sri Manja, Jln Klang Lama, PJ. Tp kalau nak.. kena order awal ler.. sbb kawan aku tu bila org order baru dia buat.. fresh2 gitu..



Bukan sesaja nak puji.. tempeyek ni sekali makan sure tak leh berenti punya.. Rangupnya lain macam.. sebungkus tu rasa mcm nak abiskan sekaligus jekk.. hehehe..

Okey.. yg ni plak.. karipap frozen utk Imran yg selalu dtg collect kat rumah makcik ku. Hanya sempat siapkan 9 peket jer mlm td..(tidor kul 3 pagi tu..) tp 1 paket dah jual kat Laily & satu paket lagi simpan utk ma & adik yg ada dtg kat umah skrg ni.. jadi untuk Imran hanya dpt 7 paket je sebab mmg aku tak sempat nak keep stock byk2 pun.. buat je abis buat je abis.. lgpun aku baru je balik dari kg ari isnin.. selasa tu badan masih terasa letih mmg tak larat nak siapkan bahan2 inti bagai tu. tp takperlah coz makcik pun ada gak buat.. stock dlm 25 peket kot..


Sebelum terlupa.. minggu lepas Laily jiran aku ada order 5 peket karipap sardin tp terlupa nak amik gambor da.. hehehe.. tak kisahlah tu lgpun rupa karipapnya sama jer tiap kali pun.. takde yg menarik.. kekeke.. Thanks ye Laily rajin awak cari karipap kat rumah kita.. siap promote lagi pulak kat kwn2 opisnya.. (dah dpt order pun..)TQ!

Thursday, June 17, 2010

Kari Kepala Ikan Ala Mamak



Lama sungguh tak bersiaran. Tiada sebarang eksperimen terbaru.. hujung minggu baru ni pun takde kat rumah balik Raub rumah mertua kerana ada kenduri kawin sepupu belah hubby. Start cuti dari hari Khamis hingga Isnin.. Selasa baru masuk kerja. So jom layan resepi2 dari gambar2 yg lama ni ya....

Sesuai untuk mereka yg pentingkan kesihatan... tiada kolesterol kerana tak gunakan santan.... yang penting.. kari ni memang terangkat!!

KARI KEPALA IKAN ALA MAMAK
Sumber : Ana Elianas FP (TQ Ana!)

Kepala ikan merah yg siap dipotong - nak guna ikan lain pun boleh (MaDiHa guna 3 keping kepala ikan merah yg dah siap dibelah dua)
3 sudu besar rempah kari ikan - Ana guna Alagappas (MaDiHa guna 4 sudu besar kari ikan Baba's)
2 sudu besar cili kisar - nak guna cili serbuk pun boleh

Bahan2 Kisar
1 biji bawang besar
3-4 biji bawang merah
4 biji bawang putih
sedikit lada hitam

Bahan2 Mayang
1 labu bawang besar dimayang halus
3 biji bawang putih

daun kari 2 tangkai (Jangan leraikan)
sedikit halba campur
air asam jawa lebihkan sedikit
garam secukup rasa

Bahan Rampai
Terung ataupun boleh guna kacang bendi (MaDiHa guna dua2!)
Cili hijau
Buah tomato

Cara Menyediakan
1. Panaskan minyak dan tumis bahan2 yg dimayang dengan halba campur. Setelah agak layu masukkan cili kisar, bahan mesin. Kemudian masukkan rempah kari ikan.Masukkan 2 tangkai daun kari...jgn ceraikan daun tu..sbb batang daun tu akan memberi aroma yg sedap pada kari kita. Masak sehingga hilang bau rempah tu... masukkan air jika rempah nampak kering.

2. Setelah rempah dah masak dan hilang bau, masukkan air asam jawa yg ditapis...masukkan garam.

3. Setelah mendidih, masukkan ikan, bahan-bahan rampai. Masukkan sekejap sahaja supaya tak nak ikan masak terlalu lama dan hancur. Rasakan apa yg kurang bolehlah ditambah. Sedia utk dihidangkan.

Selamat mencuba!

Wednesday, June 9, 2010

Double Chocolate Muffin



Salah satu muffin yang sangat sedap & lazat yang pernah dicuba... Thanks kepada empunya resepi Quick N Easy Treats & juga Kak Ummi.. maaf ye sebab ada tokok tambah sikit dari resepi asalnya..


Sumber : Quick N Easy Treats (Dari Blog UmmiZaihadi)
Bahan2:-

1 ¾ cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder (MaDiHa tambah)
¾ cawan gula kastor (MaDiHa guna gula perang)
¼ cawan serbuk koko
100 gm mentega, dicairkan & disejukkan sebentar
1 biji telor
¾ cawan yogurt plain (MaDiHa guna je semua 1 cup yogurt yg biasa terjual kat kedai tu)
½ cawan susu segar (MaDiHa guna susu coklat.. ehemm.. boleh tukar nama ke Triple Choc Muffin nih.. hehe..)
½ sudu teh esen vanila
½ cawan choc chips (tak cukup stok.. campur dengan choc rice)
Choc chips secukupnya untuk hiasan (MaDiHaA tambah)

Cara Membuat:-
1. Panaskan ketuhar pada suhu 180C.
2. Ayak bersama tepung, soda bikarbonat, baking powder dan serbuk koko ke dalam satu bekas. Kemudian masukkan gula.
3. Pukul telor dan esen vanila hingga rata. Campurkan yogurt, susu & mentega cair dan kacau rata. Masukkan kesemua bahan cecair ke dalam adunan tepung.
4. Kaup balik dan pusing satu arah menggunakan garfu (MaDiHa guna whisker) sehingga tepung serata dengan bahan cecair. (jangan kacau terlalu lama, cukup setakat bercampur je)
5. Kemudian masukkan choc chips dan kacau rata.
6. Sendukkan adunan ke dalam loyang muffin yang telah dilenser/cawan kertas.
7. Bakar selama 20 minit atau sehingga lidi penguji keluar bersih dengan suhu 170 - 180C (bergantung oven masing2.. MaDiHa guna suhu 175C).

Selamat Mencuba!

Monday, June 7, 2010

Karipap Pusing

Aku buat karipap pusing ni sebab ada sikit lagi lebihan inti utk karipap frozen yang aku buat sebelum balik kg tempohari. Disebabkan dah bertapa dalam peti ais beberapa hari.. tak sedap pulak nak guna utk karipap frozen utk dijual. Walaupun inti tu masih elok & sedap dimakan.. tapi kualiti & kesegaran inti nak kena jaga juga kan.. Jadi aku pun rajinkan diri buat karipap pusing untuk bekalan & sarapan pagi hari aku nak ikut rombongan hantar pengantin ke Negeri Sembilan hari Sabtu baru2 ni. Selain tu.. buat juga sandwich sardin. Alhamdulillah.. menjadi gak karipap pusing aku walaupun tak berapa cantik aku buat. Maklumlah.. dah lama tak buat karipap pusing. Ini merupakan resepi ke dua yang pernah aku cuba. Resepi yang ini memang puas hati.. Terima kasih pada Wila yang sudi berkongsi resepi ya.. Akak C&P resepinya kat sini.. mintak halal ye..



Sumber : Wila (http://familydishes.fotopages.com)

BAHAN A:
80gm tepung gandum (MaDiHaA tambah lagi tepong sampai dpt doh yg lembut)
60gm lemak sayur

BAHAN B:
150gm tepung gandum
1/2camb gula
1/2 camt garam
30gm merjerin
70-75ml air (lebih kurang ikut lembut doh)

BAHAN C: Inti karipap kesukaan anda. (tak perlu resepi ya ikut resepi kesukaan masing2)

CARA-CARA:
1. Gaul bahan-bahan A sehingga jadi seperti adunan biskut/ doh yang lembut. Bahagikan kepada 8 ketul dah bentukan bulat2/bebola.
2. Untuk bahan-bahan B gaulkan marjerin dgn tepung hingga jadi seperti serbuk roti.
3. Bancuhkan gula dan garam bersama air hingga kesemua larut.
4. Tuang air sedikit demi sedikit kedalam adunan serbuk roti lalu uli hingga menjadi doh yang lembut. Bahagikan kepada 8 ketul juga & buat bulat2/bebola.

5. Untuk mencanai kulit (SILA LIHAT GAMBAR DI ATAS SEBAGAI RUJUKAN), masukan A ke dalam B lalu bungkus kemas-kemas buat seperti ini sehingga habis kesemua 8 ketul/bebola tadi.
6. Ambil satu ketul gelek rata memanjang (bentuk oblong) kemudian gulung kemas2.
7. Gelek sekali lagi dan gulung lagi seperti dalam gambar.
8. Potong gulungan tadi kepada 4 bahagian. Ambil satu keping lalu gelek nipis hingga menjadi bentuk bulat. TERBALIKKAN (bermakna permukaan atas yg kena rolling pin berada di bawah & permukaan bawah yg kena papan canai untuk letak ini) . Letak inti secukupnya lalu tutup kemas & kelim kemas2.

9. Habiskan semua adunan lalu bolehlah digoreng. Gunakan api yang kecil dengan minyak belum begitu panas semasa nak masukkan karipap.. kemudian (besarkan) gunakan api sederhana semasa menggoreng. Bila karipap dah masak.. kecilkan semua api.. angkat & tos karipap. Ulangi proses yang sama untuk karipap yang seterusnya. Gunakan api yang kecil semasa menggoreng adalah untuk mendapatkan kulit karipap yang cantik & licin & mengelakkan dari kulit karipap kasar & meletops2.



Selamat mencuba!

Friday, June 4, 2010

Roti Kentang/ Potato Bread



Roti kentang yang dibuat dah lama dulu... tersangatlah lembut & sedap... resepi asalnya dari Ros Onigiri.. tapi resepi ni aku dah edit cara penyampaiannya supaya lebih mudah difahami (maaf ye ros akak memandai!) Sebenarnya resepi ni dah lama aku simpan.. bila dibandingkan dengan resepi roti kentang Ros kat fp kak Rinn ada sikit perbezaan dari segi kuantitinya.. mungkin ada dua versi yang Ros pernah kongsikan (aku tak sempat nak menyiasat.. hehe).. tak kisahlah tu.. yang penting.. resepi yang aku buat ni menjadi.. Terima kasih ye Ros untuk resepinya... akak C&P kat blog akak pulak ni..halal ye..

Bahan-bahan Doh
(dpt dlm 12 bun kecil)

250 gram tepung roti/tepung high protein
70 gram kentang yang telah direbus (buang kulit baru timbang)
100ml susu segar (boleh ganti dengan air suam ataupun bancuhan susu pekat manis
ataupun susu kacang soya)
2 sudu besar susu tepung
2 sudu besar gula
2 sudu besar marjerin / butter
4 gram yis ( 1½ sudu kecil)
1 biji telur gred A (dipukul sedikit)

Bahan-bahan Sos kastard
(resepi kastard ni MaDiHaA tulis setengah dari resepi asal.. sebabnya ada berlebih banyak sgt.. kalau rasa susah nak buat sikit sangat.. gandakan jelah dua resepi ni.. yg lebih tu boleh buat roti lain lak.. )
1 sudu besar tepung bird custard
½ cawan susu segar
1 sudu besar gula

Cara Menyediakan

1. Campurkan semua bahan sos custard dlm periuk dan kacau menggunakan whisker hingga semua sebati.
2. Masak di atas api yg paling perlahan sehingga pekat sambil sentiasa dikacau menggunakan whisker agar tidak bergentel.
3. Bila dah agak likat. Matikan api & sejukkan sos. Masukkan dalam piping bag & ketepikan dulu.
4. Kisar halus kentang rebus bersama susu segar. (resepi asal kentang dilenyek yer.. MaDiHaA memandai kisar) Tuangkan ke dalam bekas mengadun. Masukkan gula & telur lalu dikacau2 sedikit (kacau2 lebih kurang je)
5. Dalam bekas yg lain.. gaulkan tepung roti, yis segera, susu tepung hingga rata.
6. Masukkan bancuhan tepung tadi ke dalam bancuhan kentang sedikit demi sedikit sambil digaul rata. Uli sehingga menjadi doh yg lembut. (Jika doh terlalu lembik boleh tambah sikit tepong.. ikut resepi asal doh memang agak lembik sikit)
7. Masukkan marjerin / butter & uli lagi hingga doh menjadi licin & elastik.
8. Tutup doh dengan plastik & perap hingga doh naik 2 kali ganda. (Cara MaDiHaA.. panaskan oven kejap..tutup suis oven.. pastu masukkan bekas doh tadi dlm oven & biar dia naik.. kejap jer dah naik.. ni petua dari Chef Anuar Deraman). Sementara menunggu tu gliskan loyang dengan sedikit marjerin .
9. Bila doh dah naik tumbuk2 doh utk mengeluarkan angin. Lumur tangan dengan sedikit marjerin agar doh tak melekat2 pd tangan. Bahagikan doh kepada beberapa bebola yg kecil ikut saiz loyang anda. (MaDiHaA dapat 12 biji)
10. Bulat2kan ketulan2 doh tadi & susun di atas tray & biarkan ia naik sekali lagi.
11.Panaskan oven dengan suhu 180C. (ikut oven masing2 ye.. MaDiHa guna 175C). Potong sedikit hujung piping bag sos kastard tadi lalu paipkan sos kastard di atas permukaan bun mengikut kreativiti anda.
12.Bakar roti selama 25 minit atau sehingga permukaannya nampak keperang2an. Glis permukaan bun dengan sedikit marjerin sejurus dikeluarkan dari oven. Sedia dihidangkan

Wednesday, June 2, 2010

Kuih Lapis Pisang



Mula2 tengok kuih lapis dlm blog CT Delima masih boleh tahan lagi. Lepas tu, bila tengok Kak Ummi buat terus tergoda dan dan tu jugak.. tambah2 bila kak Ummi dok cakap sedap sangat.. huhh.. mmg tak tahan godaan betul.. sebabnya apa2 kuih dari pisang tu memang feberet aku.. so.. hari minggu seminggu sebelum cuti wesak yang lalu, aku pun pegi ler pasar sebab nak pegi beli bekas dadih dan sudu kecik2 yang nak dibawa balik kampong sebab ma kat kampong nak buat majlis tahlil & bacaan yassin hari Sabtu (masa ada cuti wesak tu).. sesambil cari bekas dadih.. aku pun pegi ler beli pisang & buah2an lain kat kedai jual buah kat pasar tu. Rasanya dah bertahun aku tak pegi pasar PJ nih sejak2 aku berpindah ke Bandar Sunway nih. Lagi2 ler ada baby kecik.. mmg tak kuasa nak gi pasar jauh2. Kalau tak kerana nak beli bekas nak isi dadih tu.. mungkin sampai skrg aku tak jejak pasar PJ tu.. hehe.. Selalu kalau aku beli lauk dan sayur2 aku selalu beli kat kedai runcit dekat ngan opis aku aje.. Hmm.. dah kebetulan masuk pasar besar tu.. ronda2 ler cuci2 mata tengok apa yang berkenan.. hehe..

Oklah.. meh tengok resepi kuih lapis pisang ni.. resepi aku ambil dari blog kak Ummi Zaihadi. Resepi asal kalau tak silap menurut kata kak Ummi ialah dari Chef Hanieliza... Thanks Kak Liza & kak Ummi.. Memang sedap sangat2.. Kuih Lapis Pisang ni jugak lah yang aku buat masa kat kg untuk majlis tahlil & yaasin tauu.. sebab masa cubaan pertama tu aku rasa sedap bebenor.. jadi aku pun buat ler kuih tu masa kenduri tu... rasanya orang kampong tak pernah jumpa lagi kot kuih lapis ada pisang ni.. lain dari yg lain.. hehe..


KUIH LAPIS PISANG (loyang bulat 7 inci)
Sumber : Chef Hanieliza (copy dari blog Ummi Zaihadi)

Bahan A:-
2 cawan santan
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula pasir (MaDiHaA kurangkan ke 2/3 cwn)
2 sudu makan tepung beras
2 sudu makan tepung kastad/jagung
1 sudu teh garam

Bahan B:-
1 cawan pisang emas/berangan - dilecek
1/4 cawan air
sedikit pewarna kuning

Bahan C:-
1/4 cawan air
sedikit pewarna merah

Cara Membuat:-
1. Campurkan bahan A hingga sebati. Tapiskan dan bahagikan kepada dua bahagian.
2. Campurkan bahan B dalam satu bahagian dan kacau rata.
3. Satu bahagian lagi dicampurkan dengan bahan C dan kacau rata.
4. Panaskan kukusan. (Sediakan loyang yang digriskan sedikit dengan sedikit minyak. Panaskan sebentar)
5. Tuangkan hampir 3/4 cawan adunan pisang (B) dalam loyang dan kukus selama 8 minit.
1. Kemudian lapiskan pula 1/3 adunan merah dan kukus juga selama 8 minit.
2. Buat sehingga siap setiap lapisan dengan bahagian atasnya adalah adunan pisang (B). (MaDiHaA akhiri dengan lapisan adunan A (warna merah).
3. Semasa kukusan akhir, balut penutup kukusan dengan kitchen towel dan kukus lebihkurang 10 - 12 minit.
4. Biar sejuk pada suhu bilik dan barulah dipotong.


Harap maklum.. gambar2 ini semua hanya diambil dari handphone saja.. kurang memuaskan :-(

Tuesday, June 1, 2010

Roti Jala Kari Ayam & Karipap Frozen Tempahan

Lama tak berupdate blog ku ini.. almaklum agak lama bercuti.. Hari ni baru masuk kerja.. update sikit tempahan yang aku terima minggu lepas. Gambar2 ni semua di ambil dari handphone aku aje.. Roti jala & kari ayam inilah yang tak sempat aku ambil gambar guna kamera dapur aku.. sebab hari yang sama masa aku buat roti jala ni lah kamera aku rosak dikerjakan dek anakku si Haziq.. sabor ajelahh.. Jadi mulai dari sekarang.. kalau pun ada experimen terbaru dari aku.. pakat2 tengok gambar kelabu asap ajelah yer.. Nak beli kamera baru belum ada bajet lagi... kena tunggu bonus hujung tahun ni ler gamaknyer.. atau kita tengok ler berapa lama aku boleh sabar menunggu nak beli kamera baru.. hehe.. maklumlah.. aku & kamera agak sukar dipisahkan.. bila kamera takde ni.. rasa mcm hilang anak aje...

Okey.. roti jala & kari ayam ni tempahan dari jiran depan rumah ku untuk minum petang.. TQ Laily sudi lagi menempah.. Alhamdulillah.. tak putus2 awak menempah yer.. moga awak terus dimurahkan rezeki hendaknya.. Amin..

Roti Jala (1 kg tepong) & Kari ayam + kentang (1 ekor ayam)


Ini pulak.. karipap frozen yang makcikku mintak tolong buat untuk hantar ke customer tetapnya. Sebab masa ni.. makcikku tak berapa sihat.. jadi aku tolong ler sikit2 untuk penuhi stok yang diperlukan.. Kalau ikutkan makcik suruh aku buat banyak lagi sebab customer dia ni nak buat jual.. bukan utk makan sendiri.. Tapi aku hanya sempat buat 13 peket aje.. (13 x 12 = 156 biji) dah tak sempat nak buat lebih lagi sebab masa ni aku sibuk nak berkemas pakaian untuk balik kampong sempena cuti wesak bebaru ni.. Alhamdulillah.. sikit2 pun rezeki juga kan.. syukur..



(Kepada yang menempah karipap frozen.. harap sabar menunggu ya.. maklum saja.. aku baru balik bercuti di kampong.. belum sempat nak buat lagi.. minggu depan kena hantar pengantin ke Negeri Sembilan, minggu satu lagi kena balik kampong husband pulak sebab sepupunya pulak nak kawin.. jadual agak padat.. harap anda semua sabar ya.. insyaAllah.. order anda akan cuba ku siapkan bila berkesempatan. Terima kasih kerana sudi menempah & menunggu)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KongsiResepi.com