Terima kasih kepada yang sudi follow....

Friday, July 30, 2010

Siomay Meesua



Dah lama sangat2 dah teringin nak buat kuih ni. Berkenan sejak pertama kali tengok dalam majalah Sedap keluaran pertama tahun 2008 lagi uu.... Tu dia.. 2 tahun memendam rasa.. hehe.. akhirnya menjadi jugak.. Bukan apa.. terlampau curious utk tahu bagaimana keunikan rasa kuih ni... biasanya siomay diperbuat dari kulit siomay.. tapi kali ni diperbuat dari meesua... unik kan? Hmmm... bila dah siap.. nampaknya.. tak berapa kena pulak dengan selera aku.. hehehe.. tapi tak taulah ye sebab aku tak buat kuah kacang pencicahnya tu.. aku cuma buat kuihnya saja lepas tu cicah dengan cili sos.. ni sebab dah malas nak goreng kacang.. haha.. aku rasa kalau cicah ngan kuah kacang mungkin sedaplah kot.. aku tak masukkan resepi kuah kacang tu sebab rasa mcm kompius sikit dengan resepinya.. aku rasa kalau sesapa nak cuba buat.. buat je cicah dengan kuah kacang/ kuah satay tu.. sure sedap... so kat sini aku cuma masukkan resepi kuihnya saja.. resepi kuah kacang tu.. u all buat je kuah kacang nasi impit tu ye... (itupun kalau ada yg nak buat ler.. keh keh keh..)



Sumber : Majalah Sedap Vol. 1, Bil. 1

Bahan2
100 gm meesua, dicelur dan dipotong2 (celur kejap je)
1 tangkai daun bawang ~ hiris halus
50 gram isi udang ~ dicincang
50 gram tepung sagu (aku guna tepong jagung)
1 biji telur ~ dipukul ringan
50 gram lobak merah ~ diparut kasar
3 ulas bawang putih ~ dikisar/ tumbuk lumat
1/2 labu bawang besar ~ dicincang
1/4 sudu teh garam
1/4 sudu teh serbuk lada sulah
1/2 sudh teh serbuk stok ayam
50 ml air

Cara2 Membuatnya
1. Kacau rata semua bahan2 sehingga rata. Panaskan kukusan.
2. Gliskan acuan apam yg kecil2 tu dengan sedikit minyak masak. Masukkan adunan yang digaul sehingga penuh acuan dan susun dlm tray kukusan.
3. Kukuskan selama 25 minit / sehingga benar2 masak.
4. Keluarkan kuih dari acuan setelah kuih suam2 sedikit.
5. Hidangkan dengan kuah kacang/ kuah satay.

Nota MaDiHaA : Jika nak buat lagi.. rasanya lebih sedap sekiranya bawang putih & bawang besar ditumis dengan sedikit minyak sekejap sehingga wangi kemudian masukkan udang, kacau2 tutupkan api. Bila dah suam2 sikit barulah dimasukkan semua bahan2 lain. barulah di kukus dalam acuan apam.


Thursday, July 29, 2010

Gulai Udang Dengan Peria Berinti



Lama dah teringin nak masak gulai ni.. rasanya sejak beberapa tahun yg lepas kot... punya lama kan? Walaupun teringin tapi jika tiada kerajinan & kesungguhan memang takkan jadi punya... Entah petang bila.. kebetulan ada udang lagi dalam peti ais.. terus aku teringatkan gulai yang Kak Amal pernah kongsikan resepinya dulu. Aku pun belek ler balik resepinya. Balik kerja singgah kedai beli bahan2 lain yg diperlukan... Lepas jemput anak kat sekolah.. sampai rumah terus ler bersilat kat dapur.. hehehe... puas hati dpt makan nasi dengan gulai ni... sebabnya.. peria tu salah satu sayur feberet aku... walaupun pahit tapi sedap.. hehehehe.. Pada Kak Amal.. terima kasih sudi berkongsi resepi yang diperturunkan oleh mak Kak Amal... mintak halal ye saya pastekan resepinya kat sini pulak..


Sumber : http://amal5041.fotopages.com/

Bahan2nya:
1 bungkus rempah kari udang/ketam ADABI (guna rempah ikan aje)
8 biji bwg merah -ditumbuk
2 biji bwg putih -ditumbuk
1 inci halia -ditumbuk
1 sudu kecik kerisik (guna kerisik buat sendiri lebih sedap)
RM 1.00 santan pekat
1 keping asam keping (MaDiHaA tambah)
air ikut kepekatan kuah yg dikehendaki
2 biji peria ( di potong bulat 2 atau 3 bhg dan direbus selama 5 minit dgn air + garam)
Udang sedang dlm 10 ekor. (letak lebih.. hehehe)
Garam secukup rasa.
1 biji kentang

Untuk Inti Peria
Isi kelapa putih dlm RM 1.00
2 biji cili merah
1 biji bwg besar
1 biji telur (letak 2 biji)
sedikit jintan manis dan sedikit jintan putih dan garam secukup rasa

(Diblender semua ini kecuali telur hingga halus keluarkan inti ini dari blender ke dlm bekas lain dicampurkan dgn sebiji telur, gaul rata dan dimasak sekejap) kmal masuk dlm micro. dlm 2 minit. (MaDiHaA terpaksa blender dicampur sedikit air.. kemudian masak dalam kuali hingga agak kering..)
sumbatkan inti dlm peria dan tutupkan lubang kedua belah peria dgn potongan kentang.

Caranye:
Campurkan rempah kari dgn bahan tumbuk dan kerisik..+ sedikt air jadikan pes.
Panas minyak..tumis pes rempah hingga garing, campurkan santan dan air ikut kepekatan yg dikehendaki..kacau selalu takut kuah berketul, masukkan peria yg telah disumbat inti..kacau pelan2, Masak hingga peria & kentang empuk. Masukkan udang & asam keping...masak hingga mendidih, rasakan garam dan siap.



Selamat Mencuba!

Wednesday, July 28, 2010

Apom Lenggang @ Apom India



Maaf ler.. semalam tak update sambungan Keema Nurjan tu sebab semalam aku cuti temankan adik ke PPUM. So arini aku sambung baliklah apa yg aku masak untuk digandingkan dengan Keema Nurjan tu.... Haa... nilah dia... Apom Lenggang ataupun Apom India.. dah lama teringin nak buat.. Memang kena sangat2 gandingan dua ni.. aku buat 2 adunan.. hehehe.. tamak betul!! Lain kali kalau nak buat lagi apom ni untuk dimakan dengan cicahan pedas.. aku nak kurangkan sikit sukatan gulanya tu.. kalau kawan2 nak makan apom ni dengan kuah manis seperti serawa ataupun dengan kelapa parut.. tak perlulah kurangkan gulanya tu.. sedang elok dah tu... TQ pada Wila Chin yang sudi berkongsi resepi apom ni... aku copy dari Kak Rus.. TQ ye kak.. akhirnya jadi gak apom saya ni ha... hehee.. Kita paste kat sini plak resepinya.. thanks to both of you..



Sumber : Wila Chin http://familydishes.fotopages.com
copy dari FP Kak Rus http://kak-rusnah.fotopages.com

Bahan2
150 gm tepung beras
200 ml santan
1/2 camt yis + dgn 50ml air suam-perap 10 minit
30 gm gula (lenkali nak kurangkan)
1/4 cawan tapai nasi

Cara2 Menyediakan
1. Campurkan kesemua bahan kecuali bancuhan yis. Mesin bahan2 tersebut dan tapis kedalam bekas/besen yang lain. Setelah itu masukan bancuhan yis tadi & kacau rata. Tutup dan simpan hingga kembang berbuih2 lebih kurang 1 jam.
2. Setelah kembang, kacau bancuhan agar rata.
3. Panaskan kuali dengan sedikit sapuan planta/minyak masak. (boleh juga gunakan kuali non stick). Tuangkan sesenduk adunan ini ke dlm kuali lalu dilenggang sedikit agar jadi spt kuih dadar. Biarkan seketika kemudian barulah kuali di tutup.
4. Setelah tepinya kekuningan kikis tepi2nya dan angkat.
5. Cara menghidang di lipat dua atau di biar terbuka pun boleh juga. Dihidang bersama kari ayam atau kelapa parut putih terpulang selera masing2.



Resepi Tapai Nasi
250 gm nasi yg tlh disejukkan
1 camca teh ragi yg telah dihancurkan
sedikit gula (MaDiHaA tak letak pun)
1 camca besar air (tak letak jugak)

Cara2 Menyediakan Tapai
Tapiskan ragi dgn menggunakan penapis teh ke atas nasi kemudian kacaukan supaya rata.taburkan sedikit gula dan renjiskan lebih kurang 1 camca besar air gaul rata.Tutupkan bekas dan simpan selama 2 malam sebelum digunakan untuk membuat kuih2 yg menggunakan tapai nasi(selepas 2 mlm tapai nasi ini mesti disimpan dalam peti sejuk.. tahan lbh kurng 2 bulan)

Monday, July 26, 2010

Keema Nurjan



Masa tengok Nur masak keema ni kat dapurnya.. terus terliur.. lagipun.. dlm hati dah berhajat nak buat sesuatu yang boleh digandingkan dengan keema nurjan ni.. jadi.. sedang molek ler ada 2 resepi yang boleh dicuba.. tp untuk hari ni... kita tengok dulu resepi keema nurjan ni yer... thanks Nur sudi berkongsi resepi ni.. memang best!! kita buat utk mkn malam.. tak ingat dah bila.. sbb dah lama.. hehe.. kita tepek sini resepinya ye nur.. halal tau..

(copy dari blog nurfikas)
~~~~~~~~~~
Bahan-Bahan
~~~~~~~~~~
500 gm daging kambing cincang (guna daging (lembu) kisar ramlee)
1 sudu besar pes halia (MaDiHaA letak 1 inci)
1 sudu besar pes bawang putih (guna2 ulas)
1/2 cawan minyak masak
2 sudu besar mentega
200 gm bawang besar Bombay, dikupas dan dihiris-hiris
1 cawan air panas
1/2 cawan krim putar (ganti dgn yogurt asli maknanya yogurt jd 1 cwn)
1/2 cawan yogurt
100 gm tomato, dipotong empat
1/2 cawan kacang pis
1 tangkai cili merah dan hijau dihiris-hiris
sedikit daun ketumbar dipotong kasar
garam secukup rasa
lada hitam yang baru dikisar
1/2 cawan biji gajus yang digoreng terendam

Rempah Tumis
~~~~~~~~~~~
2.5 kayu manis
3 biji buah pelaga
1 kuntum bunga cengkih
Pes Kari (digaul rata-rata)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
1 sudu besar garam masala
1 sudu teh lada putih serbuk
1 sudu besar rempah kari daging serbuk
2 sudu besar cili serbuk
1 sudu besar jintan putih
1 sudu besar ketumbar serbuk
1/4 cawan air


Cara-Cara
~~~~~~~~
1. Masak daging dengan pes halia dan bawang putih selama 3 minit dan ketepikan.
2. Panaskan minyak masak dan mentega di dalam kuali lain dan tumis bawang besar sehingga kuning. Masukkan rempah tumis.
3. Campur pes kari dan goreng selama 5 minit. Tambahkan daging yang dimasak dan air panas. Renihkan.
4. Apabila daging empuk, masukkan krim putar dan yogurt. Tambah tomato, kacang pis, chili hijau, cili merah dan daun ketumbar. Perasakan dengan garam dan lada hitam.
5. Hias dengan gajus goreng dan hidang dengan roti atau naan

Wednesday, July 21, 2010

Avocado & Potato Salad

Lagi resepi avocado... tak tipu punya.. memang sedap!! Separuh tu.. aku sorang je yg ngabiskan.. Nak sedap lagi.. paipkan sos thousand island... hehe.. Resepi Amy Beh.. Thanks Amy!



Source : Amy Beh
Ingredients

1 avocado
200g boiled potato
1 red apple, core and cube
1 cucumber
2 cherry tomatoes, quarter (letak 1 tomato biasa)

Dressing (combined)
50ml mayonnaise
50ml plain yoghurt
1 tsp lemon juice
1/4 tsp sugar
Dash of pepper
1 tsp fresh parsley,

Method
Combine the dressing ingredients in a small bowl. Chill well in the refrigerator until further use.

Peel and halve the avocado, remove the seeds and cut into slices. Boil potato until just soft. When cooked, discard the water and dry boil the potato for one to two minutes (this is to keep the potato from being too sticky). Peel skin and cut into 1.5cm cubes.

Cut cucumber into half, remove seeded part, then cut into cubes, the same size as the apples. Soak in chilled water for 10 to 15 minutes, then drain.

Combine all the ingredients (cherry tomatoes included) in a mixing bowl. Pour chilled dressing over salad. Toss and leave in the refrigerator until well chilled before serving.

(aku main potong2 & terus je gaul dengan dressing tu.. takde nak ikut resepi sgt pun.. tapi epal potong last sekali sebab takmo lebam.)



Selamat Mencuba!


NOTA KAKI:
KEPADA YANG BERMINAT DAN KHUSUS KEPADA YANG BOLEH DATANG AMBIL SENDIRI SAHAJA.. SEKIRANYA NAK ORDER TEMPEYEK KHAS UNTUK HARI RAYA.. SILA ORDER SEGERA KERANA ORDER UNTUK HARI RAYA AKAN DITUTUP PADA 1HB OGOS 2010.

Harga tempeyek kacang tanah = RM10.00/peket (50 keping)
Harga tempeyek ikan bilis (tanpa kacang) = RM10.00/peket (50 keping)

EMAIL : ratna@zagro.com
LOKASI SAYA : PETALING JAYA/ BANDAR SUNWAY.
TERIMA KASIH.

Tuesday, July 20, 2010

Order Minggu Lepas

Pagi2 ni.. masukkan dulu order minggu lepas... ada masa nanti masuk resepi pulak.. sebelum tu.. nak buat pengumuman sikit... KEPADA YANG BERMINAT DAN KHUSUS KEPADA YANG BOLEH DATANG AMBIL SENDIRI SAHAJA.. SEKIRANYA NAK ORDER TEMPEYEK KHAS UNTUK HARI RAYA.. SILA ORDER SEGERA KERANA ORDER UNTUK HARI RAYA AKAN DITUTUP PADA 1HB OGOS 2010.

EMAIL : ratna@zagro.com
LOKASI SAYA : PETALING JAYA/ BANDAR SUNWAY.
TERIMA KASIH.

Harga tempeyek kacang tanah = RM10.00/peket (50 keping)
harga tempeyek ikan bilis = RM10.00/peket (50 keping)




12/7/2010
Order dari my auntie untuk Nutri Metic, PJ ~ 1 tray Puding Marbel Pelangi. Aku cuma buat puding je.. makcik masak nasi & lauk pauk utk N.Metic yang memang selalu order/cater dari makcik..



12/7/2010
Order dari cikgu2 sekolah menengah di Puchong (tak sure nama sekolahnya) 10 peket tempeyek (yg 50 keping) & 4 peket tempeyek (yg 25 keping). Order ni melalui isteri my bos (cikgu) yang tolong promote tempeyek aku jual ni kat sekolah yang dia mengajar. Bila semua rasa.. dan2 tu juga cikgu2 kat situ nak order.. Sebenarnya sebelum ni aku dah pernah bagi my bos tempeyek ni.. lepas tu wife dia bawak pegi sekolah.. cikgu2 yg tengok dah berkenan.. tapi tak berani nak makan/order sebab takut tak halal (coz bos aku kan Cina) so dorang ragu2 ler takut bukan melayu yg buat.. hehehe.. lepas tu.. yg terbaru ni.. bos aku beli sepeket aritu dia suruh aku letak label & nama untuk menyakinkan cikgu2 tu yg tempeyek tu bumiputra homemade.. off course ler tempeyek org melayu yg buat kan? tak tau ler kalau2 ada Chinese yg terer wt tempeyek ni.. ngeeee.... apa2 pun... thanks to my boss & isterinya yg bersusah payah tolong promote tempeyek tu.. thanks gak utk cikgu2 semua yg sudi order.. kalau nak order untuk raya.. sila order sebelum masuk bulan Ogos yer..



18/7/2010
Order dari Along Ayu, Ampang (thanks pada adik along ~ zie kerana betulkan akak.. hehe). 8 peket karipap sardin, 1 tray kuih lapis pisang & 3 peket tempeyek. Mula2 masa menempah Along nak 2 peket tempeyek je... lepas tu bila dia sampai rumah dia tanya kalau2 ada lagi ekstra tempeyek. Mujur ada lagi 1 ekstra.. so.. malas dah nk amik gambor lagi sebab semua dah masuk plastik.. hehee... terima kasih ye along sebab sudi order kuih muih dengan saya walaupun along dok jauh nun kat Ampang.. tapi sanggup datang ambil sendiri walaupun tak pernah sampai Bandar Sunway ni.. mintak maaf sebab terpaksa tunggu lama utk dapatkan giliran karipap tu.. & maaf juga sebab kuih lapis tu kurang menarik pulak warna lapisan atasnya.. tak tau kenapa.. tersilap pilih pisang ke apa.. harap along puas hati ye..




Terima kasih kepada semua yang sudi order produk2 MaDiHaA.

Monday, July 19, 2010

Tofu In Creamy Sauce



Dulu hubby dengan kakak Dini tak suka sangat bila aku masak tauhu ni.. makan tu makan.. tapi certain2 menu saja yg dorang akan makan.. kalau ada tauhu dalam mee goreng pun dorang akan ketepikan.. hanya tauhu sumbat je dorang boleh makan.. tapi sekarang ni dah ubah angin agaknya... deme dua orang tu dah boleh terima dah apa2 menu tauhu dlm menu harian.. hehe.. cuma setakat ni.. si kecik & Haziq yg masih belum reti mkn tauhu ni..

Ok.. ternampak resepi tauhu/tofu yg agak menarik dalam blog Gert. Sesuai gak bagi mereka yang mengamalkan vegetarian untuk menggantikan protein. Aku tengok bahan2 pun simple... terus mencuba.. boleh tahan... sedap dengan gabungan rasa pedas, masin dan lemak bersatu disusuli pula dengan aroma daun kari serta ada rasa rangup2 sikit pd kulit luar tauhu.. terbuka selera.. Thanks to Gert for the nice recipe... allow me to share the recipe here..


Source : Gert My Kithen Snippet

Ingredients:
1 block of firm tofu – cut into 1” square (guna 4 keping tauhu biasa & potong ke 9 kiub tiap sekeping)
2 tbsp cornstarch
2 tbsp flour
1 tsp salt
1 tsp black pepper

For the sauce:

3 cloves garlic
3 sprigs of curry leaves (letak 2 tangkai je)
4 bird eyes chilies or one big red chili - cut small
1 cup of evaporated milk
1 tbsp butter
salt and pepper
1 tsp of sugar

Method
1. Cut and pan dry the tofu on paper towel until dry. Lightly sprinkle some salt and pepper.
2. Combined all the coating ingredients like cornstarch, flour, salt and pepper in a plate. Dredged the tofu with the flour mixture.
3. Heat up some oil and fried the tofu until golden brown. Set it aside. Remove all the oil from the frying pan.
4. Heat up the butter in the same pan, stir fry the garlic, curry leaves and chilies until fragrant and lightly brown.
5. Add in the milk, salt, pepper and sugar and continue to stir until the milk thickens and milk evaporated. Add in the tofu and continue to stir fry until the tofu is well coated with the sauce.
6. Dish out and serve with rice.

Note: The spiciness and the amount of gravy can be adjust accordingly to suit your taste.



Selamat Mencuba!

Friday, July 16, 2010

Kuih Lobak Putih



Dari sehari ke sehari nak mencuba kuih lobak putih ni. Mula2 tengok kat blog Cik Manggis, lepas tu Hana pulak buat.. (mungkin ada lagi yg mencuba kan?) memang teruja nak mencuba.. tapi takut pulak takde sambutan kat rumah. Terbaru Kak Rus pulak tayang.. resepi memang dah lama simpan. Ehh.. tak boleh jadi ni.. Tibalah beberapa hari lepas disebabkan ada sebiji lobak putih yg hubby beli belum jadi lauk lagi.. maka aku merajinkan diri buat kuih lobak putih ni sebagai sarapan. Disebabkan malas nak selongkar resepi kuih lobak ni yg aku print dari Cik Manggis dulu.. aku copy & print je resepi dari FP Kak Rus.. Maka menjadilah juga kuih yang teringin sangat aku nak buat ni... Sedap juga rupanya kuih ni walaupun bahan yang digunakan agak janggal.. yelah selalu lobak putih orang buat sayur je kan? Terima kasih banyak ye Kak Rus.. sebab resepi yang akak dah ubah suai ni saya ikut bulat2 macam yang akak buat.. mmg sedap & menjadi. Cuma tak sempat nak buat versi goreng tohor sebab tak cukup masa.. nak bersiap hantar anak sekolah pulak kan.. Kakak Dini suka.. dah sarapan mintak dibekalkan lagi.. abg Haziq tak makan sebab ada sos tu.. cuma ayah dia tak berapa suka.. biasalah kan.. tekak dia mmg susah nak terima kalau kuih yg agak pelik sikit ni.. memang dah agak dah.. hehehe..

Bila aku nak masuk entry ni baru aku perasan yang resepi Cik Manggis & resepi Kak Rus ada sedikit perbezaan.. takper... lenkali cuba pulak resepi CM.. anyway.. thanks to Kak Rus utk resepi ni yer.. saya copy & paste kat sini pulak.. halal ye..



Sumber : Resepi yg telah diubah suai oleh Kak Rusnah http://kak-rusnah.fotopages.com

Bahan2
350 gm lobak putih diparut,direbus dan ditoskan (terlebih parut.. letak 370gm)
250 gm tepung beras
20 gm tepung ubi
500-600 ml air (MaDiHaA letak 550 ml)
50 gm udang kering direndam kemudian ditumbuk
garam secukup rasa
sedikit gula (MaDihaA letak 2 sudu teh)
1/2 st kiub perasa ayam (1/4 kiub ayam)
1/2 st serbuk lada
1/2 biji bawang besar dicincang
3 ulas bawang putih dicincang
sedikit minyak
daun bawang dan bawang goreng utk hiasan
bijan goreng juga utk hiasan
cili sos.

(Kalau ikut resepi asal ada dimasukkan biji ketumbar dan cekur di dalam adunan tu....eh tak boleh bayang rasanya bila ada 2 bahan ni....jadi kak Rus ketepikan..... MaDiHaA pun ikut kak Rus gaklah.. hehe)

Penyediaan
1. Panaskan minyak & tumis bawang besar, masukkan bawang putih diikuti udang kering yang ditumbuk tadi kemudian masukkan lobak putih yg dah direbus dan tos tadi. Kacau2 biar rata. Tutup api & ketepikan.
2.Dalam satu bekas lain, campurkan tepung beras, tepung ubi, garam (MaDiHaA letak garam lepas siap dibancuh dengan kiub ayam sbb takut terlebih masin), gula, perasa ayam, serbuk lada dan diadun dgn air.
3.Masukkan campuran tepung ke dalam kuali tumisan tadi dan dikacau. (Masa ni.. rasakan masinnya.. then barulah MaDiHaA tambah garam biar ada rasa masin sikit2 je). Seterusnya pasangkan api semula dan kacau sekejap selama 2-3 minit atau bila nampak adunan memekat sikit (jangan pekat sangat!!).
4. Sediakan kukusan....ratakan adunan ini ke dalam acuan yang dilenser minyak dan kukuslah selama 45 minit.
5.Biarkan sejuk..... dipotong setebal 1 cm (atau sesuka hati anda) kemudian digoreng tohor dengan sedikit minyak. Goreng kekuningan di dua belah kuih......dan boleh dihidangkan bersama sos & bahan hiasan. Boleh juga dihidang tanpa goreng setelah dihias dengan topping/hiasannya.



Selamat Mencuba!

Thursday, July 15, 2010

Sago With Creamy Avocado



Buah avocado kat pokok rumah Sujah (makcik ku) dah hampir nak habis. Sebelum ianya habis aku pun ambik ler 3 biji masa pegi rumah dia petang Sabtu lepas semasa kami buat small gathering dengan sepupu2 sambil wat makan2 sikit (gambar gathering tak ambik pulak).



(gambar2 lama)

Sebelum tu masa nak balik kg dah ambik dah beberapa biji utk adik2 kat kampong. Cuma untuk aku sendiri belum terasa nak makan lagi.. Bagi peluang kat orang lain dulu makan buah tu sebab aku ni dekat jer dengan rumah Sujah. Anytime boleh ambik. Avocado tu berbuah setahun sekali je.. bila pokoknya berbuah.. memang ramai jiran2 & kawan2 makcik yg menempah (mintak). Ramai betul peminat.. & tiap2 tahun pokoknya memang berbuah lebat. Alhamdulillah.. berkat berkongsi agaknya.

Sebelum aku balik.. Sujah suruh petik lagi 2 biji suruh bagi pada Angah kat Klang sebab Sujah tau aku nak pegi Klang keesokkannya. Bila tanya Angah.. rupanya dia tak suka pulak buah tu.. alahaiii... dah jadinya kat rumah tu ada 5 biji kesemuanya... apalah yg aku nak buat dengan buah tu......... hehehehe.. Biasanya aku makan dengan aiskrim aje buah tu. Kalau makan dengan santan macam makan cendol pun sedap juga kata Sujah..



Semalam beberapa biji avocado dah mulai lembut menunjukkan ianya dah cukup masak. Cepat2 aku masukkan dalam peti ais sebelum ianya terlalu masak. Malam tadi aku pun buat ler dessert ni untuk dimakan selepas makan malam... bagi hubby rasa... hubby kata sedap.. katanya campuran dessert aku tu terasa spt ada air kelapa.. hubby aku ni memang payah nak puji masakan aku kalau dia tak berapa suka dia cakap je tak sedap walaupun tekak aku rasa sedap.. hehehe.. bila aku rasa memang betul pun ada rasa air kelapa.. & rasanya memanglah sedap serta lemak berkrim... tapi tak boleh makan banyak.. setakat 1 bowl tu aje... very rich... habislah diet... hehehe.. sapa2 yang sedang diet tu memang tak digalakkan makan buah ni sebab high calories..

Ok.. ini resepinya yer.. resepi agak2 aje nih.. boleh diubah suai ikut kesesuaian & selera masing2 ok..

Bahan2
1 biji avocado ranum (saiz sebesar buah jambu batu yg besar)
1 1/2 sudu besar gula pasir
1 1/2 cawan air masak
4 ~ 5 sudu besar biji sagu halus (nak guna yg kasar pun boleh gak)
air secukupnya utk merebus sagu
gula merah/gula melaka secukupnya untuk dibuat air gula melaka
1/2 cawan santan pekat (MaDiHaA guna santan kotak 1/2 kotak je)
secubit garam
1 cawan air masak (boleh kurangkan or lebihkan)

Penyediaan
1. Cuci sagu dan rendam dalam 20 minit. Toskan & masukan air secukupnya (air biar lebih) lalu rebus sagu hingga masak & jadi jernih. Toskan sagu dilaluan air paip biar semua lendirnya hilang & tos lagi. Campurkan sagu tadi dengan santan, secubit garam & air masak. Jika terlalu pekat boleh lebihkan sedikit airnya. Ketepikan dahulu bahan ini.

2. Buah avocado dibelah dua. Buang biji & selaput warna coklat yg melekat di bahagian dalam buah. Kopek semua kulitnya lalu dipotong kecil2. (boleh ambil sedikit isinya utk tujuan deko atau jika anda suka ada chunk avocado dalam dessert) Masukkan dalam mesin pengisar, campurkan 1 1/2 cawan air masak & gula pasir. Kisar avocado sehingga halus & berkrim.
3. Sediakan air gula melaka & tapis.

Penyudahnya
1. Sediakan mangkuk atau gelas menghidang. Sudukan beberapa sudu kisaran avocado. Boleh tambahkan chunk avocado jika suka. Sudukan pula beberapa sudu sagu bersantan diikuti dengan air gula melaka secukupnya (ikut kemanisan yg anda suka). Akhir sekali bolehlah hias ikut kreativiti sendiri. Boleh sejukkan sebentar di dalam peti sejuk atau boleh juga terus dihidangkan. Lazatttt... berkrim!!



Selamat mencuba!

Wednesday, July 14, 2010

Gulai Lemak Pucuk Ubi Dengan Udang



Ahad minggu lepas aku ke Klang rumah adik (angah) sebab nak pegi hantar kain untuk tempah baju raya. Masa nak balik tu angah pelawa pucuk ubi... hishh.. aku apa lagi.. ndak ajelah.. hehehe.. bak kata orang rezeki jangan ditolak.. musuh jangan dicari... Dalam kepala terus teringat nak buat gulai lemak pucuk ubi campur dengan udang... memang tak hingat makannya... lawan pulak dengan ikan masin.. wallahhhhh...!!

Bahan2
2 cekak/ikat pucuk ubi
20 ekor udang ~ bersihkan (ikut suka nak buang kulit atau tidak)
2 1/2 cawan santan pekat
tambah air secukupnya untuk kuah (tak perlu byk nanti kuah cair)
6 ulas bawang merah#
2 ulas bawang putih#
20 - 25 biji cili padi# (terserah anda nak pedas atau tak)
2 inci kunyit hidup#
2 batang serai ~ dititik
1-2 sudu kecil serbuk kunyit (bergantung berapa kuning yg kita nak utk gulai tu)
1 keping asam keping
garam & serbuk perasa secukup rasa


Cara menyediakan

1. Pucuk ubi disiang. Ambil bahagian lembut & digetus/diputuskan dua. Bahagian pucuk sekali terus je patahkan kat bahagian batangnya yg lembut tu. Rebus pucuk ubi bersama air hingga lembut. Cara nak uji dah lembut atau tak.. ambil pucuk ubi tadi lalu koyakkan. Jika masih keras sambung rebus lagi. Bila dah lembut padamkan api & toskan airnya.
2. Tumbuk bahan2 bertanda #. Dalam satu periuk masukkan bahan2 tumbuk, serai, asam keping, santan, serbuk kunyit & garam secukupnya. Didihkan kuah hingga mendidih sambil selalu dikacau. Buangkan asam keping tadi kemudian masukkan pucuk ubi dan tambahkan air ikut keperluan. Jangan terlalu byk air nanti kuah jadi cair. Masak lagi hingga agak pekat.
3. Bila pucuk ubi dah mesra dengan kuahnya.. tambahkan bahan perisa & udang. Masakkan sekejap lagi hingga udang nampak masak. Jangan terlalu lama nanti udang mengecut & nanti isinya jadi keras. Bila dah secukup rasa bolehlah dihidang bersama nasi putih & ikan masin.

Monday, July 12, 2010

Order sepanjang minggu lepas

Update order sepanjang minggu lepas...

Alhamdulillah syukur dengan rezeki yang datang.. rezeki tidak datang bergolek tanpa usaha yang keras. Alhamdulillah kerana kesihatan yg mengizinkan untuk aku siapkan/lunaskan order2 sepanjang minggu lepas.

5.7.2010
Order dari Fiza Nordin, Puchong http://fiza-on9booth.blogspot.com/. 1 peket tempeyek kacang tanah & 1 peket tempeyek kacang dhal. Berjumpa ngan Fiza kat sekolah Assunta masa nak pegi ambil report card. Kebetulan anak Fiza pun sekolah yang sama. TQ Fiza sudi gak nak merasa tempeyek yang akak jual ni. Terima kasih gak sebab susah2 bagi akak tempoyak yg Fiza bawak dari kampong tu yer..



6.7.2010
Repeat order dari Kak Filza, Cheras. 5 peket tempeyek. Kali ni kak Filza datang ambil kat ofis pulak.. jumpa gak akak cari opis saya.. memang cekap betul akak ni tau... T.kasih ye kak sudi order lagi tempeyek dengan saya.


6.7.2010 (malam)
Order dari Linda (Iskandar Irfan). 2 peket tempeyek untuk percubaan katanya. Terima kasih ye Linda sudi mencuba tempeyek akak ni.. Kalau sedap bolehlah order lagi..


7.7.2010
Order dari Sujah & kawan2 6 peket, dari Mr. Yang (my boss) 1 peket & 1 peket lagi tu aku punya sendiri.. hehehe.. lupa lak nak asingkan.. kekeke.. Thanks Sujah & thanks gak to my boss.. (siap amikkan order lagi utk aku... next week lah update yer)


7.7.2010
Order dari kak Yati Damira (tauke kek Bangi) http://damira.fotopages.com/?&page=0. 3 peket karipap kentang & 2 peket karipap sardin. Masa kak Yati datang ke PJ untuk collect karipapnya.. tiba2 je hujan turun dengan lebatnya menyambut kedatangan kak Yati. Kasihan sungguh kak Yati. Hanya sempat berborak sekejap jer dengan kak Yati kat stesen minyak Shell.. dpt gak akhirnya kita bertemu ye kak.. ni semua gara2 karipap.. hehehe.. T.kasih kak sebab sudi order karipap saya tu.. & t.kasih tak terhingga sebab bagi coklat utk anak2 saya... sedap sangat!!



10.7.2010
Order dari Aza, Subang Jaya. 2 tray puding marbel pelangi, 60 biji karipap, 1 kg roti jala & 1 ekor kari ayam + kentang. Terima kasih tak terhingga buat Aza yang sudi order dengan akak sebahagian kuih muih dari air tangan akak untuk merealisasikan majlis di rumah Aza tu yer. Jika ada yang kurang akak minta maaf & akak minta halal dunia akhirat yer.
Kat bawah ni kuih muih yang Aza order..
2 tray puding marbel pelangi.. sebelum & selepas dipotong




60 biji karipap


1 kg roti jala


1 ekor ayam kari + kentang


Setelah dihimpunkan..inilah hasilnya.. senang hati dapat siapkan order Aza mengikut masa yang ditetapkan... thanks ye Aza..



11.11.2010
Dan yang terakhir untuk minggu lepas.. dari Laily jiranku.. 2 peket karipap kentang just utk goreng minum petang agaknya. Thanks ye Laily... nasib ada extra stok utk awak semalam.. hehe..


Setakat ini saja order minggu lepas.. Terima kasih tak terhingga kepada semua yang sudi order product MaDiHaA..... jika ada sebarang pertanyaan.. sila email ratna@zagro.com

Friday, July 9, 2010

Ayam Sos Tomato

Asyik-asyik ayam.. asyik-asyik ayam.. tak jemu2? Hmm... anak2 kat rumah memang semua 'hantu ayam'. Kalau masak ikan.. diaorang ikut mood.. kadang suka.. kadang dicebiknya.. kalau masak udang atau sotong semua suka... tapi kesian pulak kat Haziq yang allergy dengan benda2 tu semua.. Selalu sangat badannya bengkak2 naik gegata kalau tersilap makan.. Hmm... sebab tu asyik2 ayam... layan ajelah masakan simple ni.. masak ikut selera anak2 sebab tak pedas... ibu tak kisah sangat..



1/2 ekor ayam saiz kecik ~ potong sedang/kecik
garam & serbuk kunyit (utk salut ayam)
1 biji lobak merah saiz kecik ~ di hiris
2 inci kulit kayu manis dari sebatang kayu manis yg dibelah dua
4 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
1 biji bawang besar ~ dimayang bulat/separa bulat
2 ulas bawang putih ~ dicincang halus
2 cm halia ~ dihiris nipis & halus memanjang
1 biji cili merah/hijau ~ dihiris
2~3 senduk kecik sos tomato (ikut keperluan/ ikut berapa besar ayam.. biar ayam bersalut sos)
1~2 senduk kecik sos cili (ikut keperluan)
1 cawan air
bahan perasa & garam jika perlu
minyak utk menggoreng ayam

Cara2 Menyediakan
1. Ayam yg dipotong kecik dibersihkan & tos sebentar. Gaul dengan garam & serbuk kunyit. Panaskan minyak & goreng tiga suku masak. Angkat & ketepikan dulu.
2. Dalam kuali yg lain, panaskan sikit minyak lalu tumiskan rempah2 kasar tadi hingga naik bau. Masukkan bawang putih, bawang besar, hirisan cili & halia & tumis lagi hingga wangi.
3. Masukkan sos tomato, sos cili & air biar mendidih.
4. Masukkan ayam, lobak merah, sikit garam & perasa dan kacau2 hingga sos memekat.
5. Rasa & tambah bahan perasa jika ada yg kurang. Bolehlah diangkat & dihidang bersama nasi putih atau apa2 jenis nasi.

Selamat mencuba!

Tuesday, July 6, 2010

Apam Bakar Tapai



Punyalah sibuk rutin aku sekarang ni asyik dok menggentel karipap aje.. sampaikan nak bereksperimen dengan resepi2 idaman pun terpaksa KIV. Hmm.. tapi.. disebabkan keinginan & kerinduan yg meluap2 pada apam bakar yang dah lama aku tak makan ni... sibuk2 pun.. ku gagahi jugak membuatnya..

Apam Bakar Tapai ni merupakan (kalau tak silap aku) resepi tradisi dari Pantai Timur. Memang dah lama sangat aku tak makan.. Maka bermulalah alkisahnya.. pepagi buta hari minggu baru2 ni.. belum subuh lagi aku dah bangun adunkan apam bakar ni sebab adunan apam ni perlu diperap selama 4 - 5 jam. Resepi apam ni.. aku terjumpa dari rumah Ayu Singapore http://curlybabesatisfaction.blogspot.com/. Resepi asalnya dari citarasawan@myresepi.com. Masa jumpa resepi ni.. memang suka yang amat.. yelah.. aku kan pencinta resepi2 lama.. Terima kasih buat kedua2nya yer.. punyalah lama nak tunggu giliran ke resepi ni kan Ayu..? tp alhamdulillah.. akhirnya menjadi gak.. bak kata Ayu.. tak perlu nak pegi ke Trengganu utk makan apam ni.. kat Singapore (umah Ayu) & kat PJ (umah aku) pun boleh dapat.. hehehe...

Sources:-From citarasawan@myresipi.com (copy from ayu singapore)

Bahan-bahan:-300 gram tepung beras
125 gram gula pasir
1/4 sdt garam
2 sdt yis segera
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 ulas bawang merah ~ di mayang halus
1/2 inci halia ~ dimayang halus memanjang
250ml santan/susu segar (MaDiHaA guna santan)
250ml air
4 ketul tapai ubi kayu ~ buang urat & di lenyek halus - dalam 140g (saya blender)

Bahan Tambahan
Kelapa parut putih dan sedikit garam (dikukus dan gaul bersama)

Cara2nya:-
Sebatikan semua bahan-bahan diatas, kacau hingga sebati. Rehatkan adunan 4 - 5 jam sehingga ia nampak berbuih dan ringan apabila dikacau. Kacau dengan perlahan-lahan
Panaskan non-stick pan (MaDiHaA guna kuali biasa aje), leser dgn sedikit majerin (MaDiHaA letak 1 sudu kecil sbb takde non stick pan). Ambil satu senduk adunan dan bentukkan satu lempeng. Tutup kuali.
Biarkan atas adunan berbuih di permukaan dan keperangan di bahagian bawah baru di terbalikkan. Biarkan selama seminit baru diangkat.
Dihidang bersama kelapa parut. Guna non-stick pan yg paling kecil jdi shape sama semuanya



Selamat Mencuba!

Monday, July 5, 2010

Dapat Order Lagi.. Alhamdulillah..

Salam pagi Isnin buat semua...

Hari ni aku half day.. Petang nanti kena pegi sekolah anak sebab ada hari terbuka untuk bertemu guru & ambil report card.. So pagi ni hanya sempat update order yang masih belum di update ni. Layan ajelah yer.. Alhamdulillah.. syukur sangat2 dengan rezeki yang datang...

Kat bawah ni.. 6 peket tempeyek order dari Kak Filza dari Cheras. Kak Filza datang rumah collect tempeyek bersama dua orang anak daranya yg comel2... Aku turun hantar tempeyek tu ke kereta kak Filza sebab kat rumah aku tu susah nak dpt parking kalau mlm2.. Terima kasih kak sudi order.. kalau ok dengan citarasa akak.. bolehlah order lagi.. hehehe.. Hmm.. bila aku dah balik rumah.. baru aku perasan yang anak dara Kak Filza tu rupanya pernah berlakon dlm TV... cerita apa eik.. tak berapa ingat.. kalau tak silap dlm cerita Ayyad kot.. (betul ke ni kak?) patutlah bila tengok anak dara kak Filza tu rasa mcm familiar aje...



Ok.. ini pula order dari Laily jiranku yg dah selalu order itu... 6 peket karipap inti sardin. Katanya karipap ni untuk majlis makan2 bersama adik beradiknya sempena sambutan besday yg dibuat serentak untuk bulan ini. Selain karipap.. Laily order juga roti jala & kari daging. Tapi karipap ni Laily ambil sehari awal sebab senang katanya dia nak goreng nanti. Roti jalanya.. esoknya (3/7/2010 - Sabtu) baru aku buat..



Dan kat bawah inilah dia roti jala & kari daging yang Laily order. Kalau dulu Laily mintak buatkan kari ayam.. kali ni nak kari daging pulak. Tapi kari kali ni macam tak berapa naik minyak pulak.. hehehe.. sori ye Laily.. ni bukan kedekut minyak tau.. dah boh 5 senduk besar dah tau.. tp tak tau ler naper nak mau naik minyak.. agaknya.. santan yg dibeli tu tak cukup lemak kot... harap Laily & family puas hati ye... mintak maaf jika ada yang terkurang..


Terima kasih buat Kak Filza & juga Laily yang tak putus2 order dengan kita.. moga dimurahkan rezeki awak sokmo ye Laily..!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KongsiResepi.com