Terima kasih kepada yang sudi follow....

Monday, January 31, 2011

Asam Pedas Ikan Tenggiri


Salam...

Rasanya.. dah berbulan jugak gambar asam pedas ikan tenggiri ni dok dalam folder... buat gara2 terliurkan asam pedas yang Hana tayang dulu... sampaikan nampak Hana dah tayang asam pedasnya kali kedua barulah teringat kat gambar asam pedas ku ini.. hehe..   Asam pedas ikan tenggiri ni dah yang kedua yang aku masak sepanjang tempoh dua bulan ni..  Puas makan sambil hirup kuah asam pedas ni.. hehe.. Sebenarnya.. kat rumah jarang2 masak asam pedas sebab bukan kegemaran cik abang.  Tu yang bila datang teringin nak makan asam pedas dah tak kira abang suka ke tak... masak jugak.. ! Siap aku usik2 lagi cik abang bila dia tanya masak apa mlm ni.. aku jawap.. 'masak lauk feberet abanglah... asam pedas'! Abang jawab 'Allahuakbarrr.....' hehehehe.... teruk betul wife dia ni kan? Takper.. asam pedas masih boleh dimaafkan lagi.. abang masih makan jugak.. tapi kalau masak tomyam.. langsung tak disentuhnya!

Resepi macam resepi asam pedas orang lain jugak kot... khas untuk rujukan anak2 nanti...

Asam Pedas Ikan Tenggiri by MaDiHaA

Bahan2
3 ~ 4 keping ikan tenggiri ~ bersihkan (ku punya ikan besar sangat.. so suruh org pasar kerat dua bg setiap keping)
secekak daun kesum
10 biji bendi ~ cuci bersih & tos JANGAN KERAT LAGI supaya tak berlendir!
2 batang serai ~ diketuk
4 cawan air atau secukupnya (agak2 je tu.. lupa nak sukat.. pekat cair ikut suka masing2)
garam secukup rasa
perasa jika suka
1 sudu kecil gula
2 sudu besar asam jawa ~ diramas dengan air ambil jusnya
1 ½ senduk sedang minyak masak

Bahan2 diKisar Halus
1 biji bawang besar
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup/1 sudu kecil kunyit serbuk
1 inci halia
2 hirisan lengkuas
6 sudu besar cili kisar/ 20 biji cili kering ~ direbus hingga lembut
1 inci belacan (1" x 1")

Cara2 Memasak
1. Panaskan minyak masak. Tumiskan bahan2 kisar & serai sehingga wangi & terbit minyak.  Masukkan air, air asam jawa & biar hingga mendidih.
2. Masukkan ikan, garam, perasa serta gula & masak sekejap. Kemudian masukkan daun kesum.  Masa ni barulah kerat pangkal kacang bendi dan terus masukkan ke dalam kuah & renih sehingga nampak bendi lembut. Biarkan secukup rasa & bolehlah dihidang. 


Selamat memasak!

Thursday, January 27, 2011

Kek Pisang Marble Susu


Salam & selamat pagi semua....

Bebaru ni.. makcik ada bagi pisang berangan yang dibawa balik dari kampong MIL nya.. Adalah dalam 2 sisir gitu... pisang ni sedap makan gitu je.. mula-mula memang malas jugak nak buat kek ke apa.. biarlah buat makan gitu jer.. tapi lepas 2, 3 hari tengok pisang tu dah takde sapa dah nak usik.. dah jemu agaknya.. atau mungkin juga sebab buah2 lain pun ada termasuk limau mandarin yg cik abang bwk balik sekotak dari opisnya... tu yg jadi 'berlewa' (terbiar) je pisang tu.. takut pulak rosak gitu jer.. aku pun rajinkanlah diri buat Kek Pisang Marble Susu ni.. Dah lama tak buat kek.. rasa rindu pulak nak makan kek sendiri.  

Resepi ni dah lama ambil dari blog Kak Noor yang duk kat Utara nu.....  Resepi asalnya dari  Rose Jintan Manis. TQ Rose & Kak Noor berkongsi resepi ni yer.. memang sedap kek ni.. lembut & sedikit moist... gandingan coklat & pisang memang serasi.. pada Rose.. akak mintak maaf ye sebab akak dah kurangkan sukatan gulanya & lagi.. akak guna brown sugar sebab taknaklah rasa manis sangat... Bila dah jadi kek ni.. anak2 suka pulak makan..  kakak Dini siap request nak bawak bekal ke sekolah sampai 2 kali.. 1st time bawak siap bagi rasa sikit kat kawan2nya.. bila balik dari sekolah.. kakak Dini kata kawan2nya semua kata sedap & mintak bawak lagi.. hehehe... budak2 memang macam tu kan? Ingat zaman kita sekolah dulu pun gitu jugakk... Selain masing2 bawak bekal.. dapat jugak bagi rasa kat pengasuh adik Alin juga...

Pada Rose.. akak mintak izin kongsi resepi ni kat blog akak pulak ye.. harap halalkan ye ? Terima kasih!



Kek Pisang Marble Susu by Rose Jintan Manis
Sumber : Kak Noor
Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula

(MaDiHaA guna brown sugar & kurangkan 3 sudu besar dari sukatan asal)
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan susu segar
4 biji pisang yang ranum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
secubit garam
sedikit esen vanila
3 biji telur (guna gred A)
sedikit coklat emulco ataupun serbuk koko (MaDiHaA guna coklat emulco)

Cara-caranya

1. Ayak tepung gandum bersama baking powder dan soda bikarbonat, selepas itu, lenyek pisang dan campur sedikit dengan garam, ketepikan.  (lepas siap step 1 ni.. MaDiHaA panaskan oven dengan suhu 170C)

2. Pukul telur bersama gula hingga kembang.  Setelah adunan kembang, masukkan pisang yang telah dilenyek tadi bersama minyak masak lalu dikacau sebati.  Selepas itu masukkan tepung sedikit demi sedikit dan masukkan pula susu segar dan esen vanila, kacau sebati menggunakan spatula atau senduk kayu.
3. Ambil kira-kira 2 senduk adunan kek, (MaDiHaA ambil 3 senduk) dan campurkan dengan coklat emulco atau serbuk koko, kacau sebati dan ketepikan. Curah baki adunan kek pisang di dalam acuan bulat, kemudian curah pula adunan coklat, lorekkan perlahan dengan menggunakan garpu.  (step ni MaDiHaA buat 4 lapisan.. bermakna adunan dibahagi dua bagi setiap warna..)
4. Bakar kek pada suhu 170 darjah celcius selama 60 minit, setelah siap di bakar, sejukkan atas redai.



Nota MaDiHaA : MaDiHaA guna loyang 9" x 9". Bakar dengan suhu 170 darjah celsius menggunakan api atas & bawah selama kira2 35 minit.  Tempoh membakar bergantung saiz loyang yang digunakan & juga jenis oven masing2.


p/s: lepas ni nak kena membaking lagi nampaknya sebab masih ada pisang berbaki... 


Ok ladies.. happy baking!

Wednesday, January 26, 2011

Lauk-pauk sempoi aje...


Salam & selamat pagi...

Malam tadi adik mms gambar udang galah yang diaorang pegi tangkap kat Rompin.  Sajalah tu nak mengumpan kaklongnya ni suruh balik kampong cuti raya Cina ni nanti... aritu dorang dah telefon nak ajak kitorang cari udang kat Rompin.. aku kata.. abanglong ada hal lain nak  kena balik kampong Raub (umah MIL) cuti minggu depan ni nanti.  Kalau ikutkan.. memang syok pegi cari udang galah kat sungai tu... kat Rompin tu memang lubuk udang galah.. kalau tak pandai atau tak berani nak pegi cari sendiri kat sungai.. boleh juga beli udang galah yang dijual mentah atau pegi je makan kat kedai/restoren yang ada jual masakan udang galah.  Memang best! XTVT pancing memancing ni memang aku minat walaupun aku ni penakut dengan air sungai sebab aku tak reti berenang.. hehehe... Tapi apakan daya... walaupun geram tengok udang2 yang bergolek tu.. kami terpaksa gak balik Raub cuti CNY ni sebab cik abang aku ada projek lain yang lebih penting... 

Nasiblah dalam esbok ada jugak udang... walaupun udang aku kecik2.. tp lepas ler kempunan nak makan udang walaupun tak dapat merasa udang galah diorang tu..  huk huk huk...

Layan lauk sempoi2 je kali ni.. 
Udang Goreng Kunyit by MaDiHaA

Bahan2
500 gm udang ~ dibersihkan
1 biji bawang besar ~ dimayang
1 ulas bawang putih ~ dihiris
2 biji cili hijau (kalau nak pedas letak cili padi) ~ dihiris
2 sudu kecil serbuk kunyit
garam secukup rasa
sedikit minyak (anggaran utk menumis)

Cara memasak
1. Udang yang dah dibersihkan digaul dengan garam & serbuk kunyit.
2. Panaskan minyak lalu masukkan udang. Kacau2 rata sekejap kemudian masukkan bawang2 dan cili hiris. Kacau2 kejap hingga nampak udang masak & bawang2 layu. Angkat & sedia untuk dihidangkan.


Resepi sempoi seterusnya...


Peria Masak Taucho by MaDiHaA

Bahan2
1 biji peria ~ dihiris
1/2 biji bawang besar ~ dimayang
3 ulas bawang merah ~ dihiris
2 ulas bawang putih ~ dihiris
15 biji cili padi ~ dihiris
1 sudu besar udang kering ~ ditumbuk halus
2 sudu besar taucho kasar
secubit gula
minyak untuk menumis
1/2 cawan air
Cara memasak
1. Panaskan minyak lalu tumis bawang putih, bawang besar, bawang merah & cili padi hingga layu. Masukkan taucho, udang kering & air lalu kacau rata.
2. Masukkan peria & secubit gula bila nampak air dah panas. Kacau rata2 hingga peria nampak lembut. Siap untuk dihidangkan.

Ok... selamat memasak...

Tuesday, January 25, 2011

Okonomiyaki


Assalamualaikum...

Konnichiwaaaa ... hajimemashite ? Harap semuanya sihat2 belaka yer? Amboi amboi... mentang2lah hari ni nak tayang makanan Jepun ni... bukan main lagi yer.. ucap selamat pun dalam bahasa Jepun gak! Padahal itu je pun dua tiga kerat yang taunyer... yg lain2 haram tak reti! Otak dah karat!! Kehkehkeh....

Sebenarnya.. inilah dia kesinambungan dari hasil 'menyelongkar' & mencari bahan2 kat Jusco tempohari... Tak sia2lah ambik cuti sehari gara2 nak carik bahan2 nak buat takoyaki dulu tu (walaupun acuannya belum ada lagi.. kehkehkeh...) Walaupun niat asal nak buat takoyaki.. tapi bahan2 yang sama boleh jugak dibuat okonomiyaki yang diperkenalkan oleh puan Hana kita yang dok kat Jepun nun yang tak lama lagi nak balik Malaysia for good dah kan Hana.... mesti seronokkan? Buat balik katsuoboshi dengan dashi tu banyak2 yek Hana... Kat Malaysia ni sikit punya susah akak nak mencarinya... 

Pasal okonomiyaki ni.. anak2 semua suka.. kakak Dini mula2 makan dia kata... 'rasa macam cekodoklah bu... tapi sedap!!' hahaha.. sorang lagi dok sebut cekodok.. aritu ayahnya pun kata takoyaki mcm cekodok..!  Yelah.. memang betullah pun.. bahan2nya pun lebih kurang macam cekodok aje.. yg specialnya.. tang toppingnya tu... cekodok/lempeng Malaysia mana ada cicah2 macam tu.. Apa2pun.. memang bestlah lempeng Jepun nih! Akan buat lagi & lagi & lagi.. sebab senang & sedap!

Oklah.. ni resepi yang aku ambil dari rumah Hana... T.kasih Hana sebab rajin kongsi resepi2 yang best2 ye.. nanti balik Malaysia jangan ponteng masak pulak tauu!  Peace!! heheee.. ok semua... tabetekudasai..! Opss.. sila cuci2 mata ajelah.. dah abis pun..


Okonomiyaki by Hana

Bahan-bahan :
1/2 biji bawang besar hiris ,
1 biji telur
150g kobis potong halus,
100g tepung gandum/tepung okonomiyaki (MaDiHaA guna tepong gandum & tambah lagi 3 sudu besar)
4-5 batang crabstick (boleh letak udang,sotong etc) (MaDiHaA guna isi udang)
segenggam udang kering putih/pink
150ml stok dashi (jika tiada guna air biasa, tambahkan sedikit garam/kiub ikan bilis) (MaDiHaA guna 1/3 kiub ikan bilis yang dilarutkan dalam 150ml air suam)
 
Bahan taburan
nori halus (seaweed yang dikisar) dan juga katsuoboshi (bonito flakes/ikan panggang sagat)
sos okonomiyaki dan juga mayonis. Jika tiada sos okonomiyaki, boleh buat sendrik campuran kicap pekat, kicap cair/worcestershire sauce.tp rasa lari sket la..


Cara-cara:
satukan semua bahan kecuali sos dan bahan tabur dan kacau sebati.
Panaskan sedikit minyak dalam kuali.. Masukkan bahan yang sudah di gaul. Biarkan masak lebih kurang 8-10min.. Guna api kecil takut hangus.. Kemudian terbalikkan..
bila dah masak, telangkupkan pinggan atas kuali dan terbalikkan.. sapu sos okonomiyaki.
picitkan pula sos mayonis, taburkan nori halus dan juga boneto flakes.. (lepas tabur boneto flakes ni.. MaDiHaA sedikit terpegun bila tengok boneto flakes tu seakan2 menari2 di atas okonomiyaki bila terkena hembusan angin kipas.. heheheeeee... pastu sikit cuak dan berkata2 dalam hati.. ehh!! benda ni macam  idup je? keh keh keh...)
potong square dan bismillah.....


Monday, January 24, 2011

Mee Tomyam Sempoi

 
Salam petang....
Petang ni masukkan resepi sempoi dinner ku & anak2 Jumaat lepas.  Sukanya hati dapat hirup tomyam lagi kali nih..  Tunggu je saat & tika ini.. hehe.. Jumaat lepas hari akhir abang kerja shift malam bermakna dia akan masuk kerja awal iaitu pukul 4 petang & abis kerja 12 tengah malam.  Bermakna.. dia tak dinner kat rumah.. so.. hari2 macam ni.. bolehlah aku masak tomyam feberet aku & anak2 ni.. hehe.. Cik abang memang tak suka tomyam sejak dulu gara2 daun limau purut seteru dia tu..  kalau makan kat luar pun.. bila aku order tomyam aku dengan kakak Dini je yg pulun sebab tomyam kat kedai biasanya pedas.. anak2 yg lain tak tahan pedas..

Oklah layan resepi sempoi... khas utk rujukan anak2...

Mee Tomyam Sempoi by MaDiHaA

Bahan2
1 peket mee kuning ~ celur kejap & tos
Bahan untuk tomyam
½ ekor ayam ~ potong kecil
300 gm udang / ikut suka nak letak byk mana ~ bersihkan
1 batang carrot ~ potong ikut suka
¼ biji kobis ~ hiris kasar
½ biji cauliflower ~ potong floret
1 biji brokoli ~ potong floret
3 helai daun limau purut  ~ disiat2
3 ~ 4 batang serai ~ diketuk  
2 ~ 3 biji limau nipis ~ ambil jus
6 biji cili padi ~ dipecah2kan (kali ni terpaksa skip sbb takut si kecik tak dpt mkn)
1 biji bawang besar ~ dibelah 6 
3 ~ 4 sudu besar pes tomyam ~ dicairkan dgan sikit air
air secukupnya ikut citarasa masing2
garam, aji & gula ikut citarasa

Bahan2 dikisar halus
1 biji tomato ranum yang besar
1 biji cili merah
2 biji cili padi ( letak sikit ni takut si kecik pedas)
½ inci lengkuas
1 Inci Halia
5 Biji Bawang Merah Kecil/ 1 biji bawang besar

Cara2
1. Jerangkan air bersama bahan2 kisar. Masukkan sekali ayam serta kesemua bahan2 lain kecuali bahan2 perasa, udang, sayuran & jus limau.
2. Bila dah mendidih & ayam nampak masak, masukkan carrot & cauliflower.  Biarkan mendidih sebentar terus masukkan sayuran yang lain serta udang & kacau2 biar mendidih.
3. Masukkan jus limau & perasakan dgn bahan2 perasa biar secukup rasa.
4.  Bolehlah hidangkan tomyam bersama2 dengan mee atau bihun.
Nota : Sayuran boleh ditukar ikut sayuran kegemaran.  MaDiHaA sengaja letak sayuran lebih dalam tomyam sebab memang suka meratah sayur tiap kali makan tomyam.

Selamat mencuba!

Marble Almond Biscotti


Salam & selamat pagi semua...
Lama sungguh tak buat cookies untuk kunyah2 atau kudap2 depan tv... teringat pulak dulu pernah buat biscotti ni sekali.. masa buat ni dulu.. si kecik Alin belum pandai mengacau lagi..  (baru beberapa bulan umurnya) jadi ibunya rajinlah bereksperimen.. sekarang ni.. pantang ibu kat dapur..  dia pun sibuk jugaklah nak tolong apa2 yang patut.  Yang paling dia suka sekali tolong teraburkan periuk belanga ibu kat lantai.. hehe..  Kali ni sekadar masukkan entry dari ekperimen yang dah lama ni... kira acilah ye.. sayang pulak gambar ni kalau tak diabadikan ke blog..

Penggemar biscotti pasti tidak asing lagi dengan juadah ini. Ianya berlainan sekali dengan biskut raya atau cookies yang biasa kita buat.. Kalau nak tau bagaimana rasanya... cubalah buat sendiri yer.. Marble Almond Biscotti ini amat sesuai utk minum petang.. lebih sesuai dicicah dalam minuman terlebih dahulu sebelum dikunyah.. sebabnya biscotti ni agak keras sikit berbanding biskut yang biasa kita buat.  Kalau nak kunyah2 gitu je... kena hati2.. silap2 haribulan.. boleh serpih gigi dibuatnya.. hahaha... gurau aje.. Mengikut seorang teman.. resepi asli biscotti yang asal tidak memerlukan campuran butter atau marjerin di dalam adunan.. akan tetapi resepi dari Majalah Sedap yang aku buat ni masih menggunakan bahan tersebut.  Jadi kita ikut ajelah resepi asal dari majalah Sedap ni ye...

Jom tengok gambar & resepinya

MARBLE ALMOND BISCOTTI by MaDiHaA
Sumber : Majalah Sedap Bil. 8 

Bahan2
125 gram mentega tawar
200 gram gula aising (MaDiHaA guna 160 gm)
2 biji telur
1 biji kuning telur
150 gram serbuk badam
½ sudu teh esen badam
250 gram tepung gandum* (agak lembik, MaDiHaA tambah 140 gm lagi.. tak tau ler kot penimbang ku yg tak tepat)
25 gram susu tepung*
2 sudu teh serbuk penaik* (baking powder)
(ayak bahan2 bertanda *)
100 gram coklat masakan hitam ~ cairkan (boleh kurangkan ke 60 gm saja)

Cara Membuatnya
1. Pukul mentega dan gula aising sehingga lembut selama 2 minit. Masukkan telur satu persatu sambil pukul rata.
2. Masukkan serbuk badam dan esen badam. Kacau rata.
3. Masukkan tepung gandum, susu tepung dan serbuk penaik yg diayak tadi dan diuli hingga sebati.
4. Sudukan coklat cair tadi di beberapa tempat (pada doh) dan uli lebih kurang (jangan sampai sebati.. biar bertompok2 utk mendapatkan kesan marble).
5. Bahagikan adunan kepada 2 dan bentukkan lonjong. (panaskan oven 180C)

 
 
 
 
 
 
6. Letakkan doh tadi di atas loyang yg besar yang telah disapu marjerin terlebih dulu.
7. Bakar selama 30 minit dengan suhu oven 180C – ikut kesesuaian oven masing2. Angkat dan sejukkan.
8. Hiris-hiris serong (anggaran setebal 1 ½ ~ 2 cm) menggunakan pisau tajam bergerigi dan susun di atas loyang (tanpa sapu marjerin). Bakar lagi selama 20 minit dengan suhu oven 150C sehingga biscotti menjadi kering & rangup.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Juadah minum petang kami.. anak2 suka & suami pun suka..

Selamat mencuba!


Sunday, January 23, 2011

Daging Lada Hitam Bersayur


Resepi campak2 je ni.. entah bila masak ni pun dah tak ingat.  Lambat masuk n3 sebab dok carik resepi yang dicatit tak jumpa2.. ni hari baru jumpa so teruslah pos n3 tertunda ni ye... lauk sempoi je nih.. kes malas nak masak sayuran lain sebab kesuntukan masa.. jadilah lauk 2 in 1.. kekekeke....

Daging Lada Hitam Bersayur by MaDiHaA

Bahan2
500 gm daging batang pinang ~ dihiris nipis
10 urat kacang panjang (suka hati nak boh sayur apa.. )
1 biji bawang besar ~ mayang memanjang
3 ulas bawang putih ~ diketuk & cincang halus
2 inci halia ~ hiris nipis memanjang
1 sudu besar lada hitam ~ ditumbuk halus
1 sudu besar sos worcheshire lea&perrin
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap cair
1 cawan air atau secukupnya
sikit gula jika suka
garam jika perlu
minyak masak secukupnya

Cara2 Menyediakan
1. Panaskan minyak & tumis bawang putih, bawang besar & halia hingga wangi.  Masukkan daging & kacau rata.  Masukkan air & biar hingga daging empuk.
2. Masukkan sikit gula, lada hitam, sos worcheshire, sos tiram & kicap cair. Kacau rata2. Masukkan kacang panjang & biar hingga kacang lembut sedikit.  Rasakan apa yang kurang, jika kurang masin boleh tambah sikit garam. Sedia dihidangkan.


Selamat mencuba!

Saturday, January 22, 2011

Award dari Kak Ummi & Kak Ilahjy


Maaf kakak2 ku semua kerana agak terlewat nak ambik award ni.  Award datangnya dari Kak Ummi Kuantan & Kak Ilahjy. Oleh kerana kedua2 awardnya adalah award yang sama.. jadi saya poskan serentak ajelah. Terima kasih ye Kak Ummi & kak Ilahjy sebab sudi bagi award ni kat saya... nak kata kreatif sangat saya ni tidaklah jugakk.. berblog pun baru je setahun jagung.. hehe...

INI PENGERTIAN TENTANG AWARD YANG DIKIRIMKAN:-

PENCIL Yang Besar
Menunjukkan Kesenian Yang Begitu Peka Terhadap Blog Anda Dan Mencerminkan Sesuatu Nilai Penghasilan.

FILEM Bergerak Tanpa Henti
Menunjukkan AWARD Ini Di FOWARD Kepada Bloggerist Yang Betul-Betul Layak Menerima.

LOGO Bulat Berkelip-kelip
Jika Di Perhatikan Betul-Betul, Ia Adalah Manusia Yang Berkepalakan Monitor Komputer. Ini Membawa Maksud Anda Adalah Seorang Yang Begitu Bijak Menguasai Dunia Alam Maya Ke Globalisasi.

Untuk Maklum Balas Penerima AWARD Ini, Ikhlaskan Hati Untuk Membuat Entri/Posting Berkenaan AWARD Ini Dengan Kreatif Dan Penuh Estatik Beserta FOWARD Kepada 5 Orang Yang Betul - Betul Layak Menerima AWARD Ini. Anda Juga Boleh Meletakkan AWARD Ini Di Side Bar Atau Di Mana - Mana Yang Bersesuaian. Tinggalkan Comment Untuk Ucapan Manis Anda.

-THE END-

~Mintak maaf kerana tak dapat nak selesaikan tugasan ni sebab kalau pilih 5 orang takut pulak yang tak terpilih kecik hati.  Pastu.. nak bagi pun takut jugak ada yang tak sudi nak terima ataupun menyusahkan mereka.. hehehe.. jadi jalan penyelesaiannya.. sesapa yang sudi ambil award ini.. dipersilakan ambil & bawa balik ke blog masing2 ye...~

Friday, January 21, 2011

Garlic Mashed Potato

 
Salam Jumaat buat semua... 
Hari ni rasa macam malas je nak bangun bersiap pegi kerja.  Sebab semalam dah seronok cuti kan... hehe.. Tapi sebab anak nak sekolah.. tak boleh nak mengelat.  Nak ambik cuti pun malas sebab alang-alang nak bangun pagi jugak.  Baik kerja aje. Lagipun takde nak kemana2... 
 
Oklah.. hari ni nak masukkan menu kesukaan anak-anak..  menu kentang lagi ni.. hehe.. buat ni pun sebab nak habiskan lebihan kentang masa buat baked potato hari tu... kentang yang dikorek keluar tu takkan nak dibuang pulak.. tak elok membazir kan? Jadi aku godek2lah buat kentang putar ni... Aku cuma tambah sikit je lagi kentang.  Pernah buat sekali dulu garlic mashed potato ni... tapi masa tu malas nak buat kuah/sosnya.. kali ni baru rajin sikit. Resepinya ambil dari dapur Hana. Resepi asal dari MyR. Terima kasih pada empunya resepi & juga Hana.. Akak C&P kat dapur akak pulak ye..

Bahan-bahan
  • 8-9 biji ubi kentang saiz besar (kalau guna Russet potatoes lebih gebu)
  • Air yg cukup untuk merebus + 3 ulas bwg putih diketuk
  • 3 sudu besar butter
  • 2 sudu besar mayonaise
  • ½ cawan susu segar/ fresh cream - hana ltk sket jerk
  • 1 sudu kecil black pepper 
  • Bahan-bahan untuk gravy :
  • 2 ulas bawang putih dicincang halus
  • 2 sudu kecil black pepper
  • 2 sudu besar Worcestershire sauce ( kite gune brand lea&perrin)
  • 4 sudu besar kicap manis + 1 cawan air
  • 2 sudu besar tepung jagung + dgn sedikit air ( untuk memekatan gravy)
  • 1 sudu kecil stock ayam ( kalau buat steak/grilled chicken, guna airnya lg sedap)
  • sedikit minyak untuk menumis bwg putih- hana gune butter
Cara-cara
  1. Kupas kulit ubi kentang dan potong nipis2. Rebuskan dalam periuk - isi air cukup-cukup menutupi ubi dan campurkan sekali bwg putih yg diketuk.Tabur sedikit garam.Rebus hingga empuk dan tosskan air lebihan.
  2. Campurkan butter, mayonaise, susu segar dan black pepper kedalam ubi kentang yang telah direbus tadi dan lecekkannya.Kalau takde potato masher, gune electric mixer/ bontot botol sos pun boleh. Lepas dah hancur & smooth, siap lah mash potato tu.
  3. Untuk Gravy : Tumis bwg putih dan black pepper hingga wangi.(jgn sampai garing sgt..tak sedap)
  4. Masukkan semua bahan-bahan lain kecuali air tepung jagung. Masak hingga didih.
  5. Sambil kacau, tuang air tepung jagung sikit2 sampai gravy tu tak pekat, tak cair.( kalau suka pekat2, tambah lagi..ikut selera masing2)
  6. Untuk serve, tuangkan gravy atas mashed potato tadi dan ENJOY! 
Ok.. selamat mencuba!

Wednesday, January 19, 2011

Baked Potatoes With Broccoli And Cheese


Salam & selamat petang semua...

Semalam sengaja ambil cuti sebab nak 'dating' berdua-duaan dengan mr. hubby... hihihi... dah lama jugak tak keluar berdua2 gitu.  Ni.. kalau anak3 tau ni.. sure dorang jealous... berjaya jugak ibu berlakon semalam konon-konon lepas hantar dorang pegi sekolah, tadika & rumah pengasuh (3 orang anak.. 3 tempat ibu kena singgah!) ibu teruslah pegi kerja macam biasa.  Padahal.. ibu terus balik rumah & bersiap2 keluar dengan ayahnya... (Oh.. lupa nak cakap.. mr. hubby minggu ni kerja malam.. pasal tu siang2 dia boleh merayap sorang2 pegi sana sini.. ).  

Ni semua kes cik abang cerita dia pegi ke Jusco Sunway Piramid beli sikit barang sebab baru2 ni dia dapat voucher Jusco masa lucky draw company annual dinner aritu.  Pastu katanya nanti nak pegi lagi sebab kat Jusco tengah offer.. dia nak cari satu lagi tali pinggang.  Aku memang dah lama nak pegi Jusco (alahaii.. kesian.. Sunway Piramid tu dekat je ngan rumah.. tapi aku jarang nak pi window shopping/jalan2 ke sana sebab aku kurang suka tempat2 yang sesak lagi2 kalau bawak anak2!). Tujuan utama aku nak kesana sebab nak pegi cari bahan2 untuk buat takoyaki.. heheheh.. mengidam kalahkan orang peknen pulak.  Alhamdulillah.. dapatlah sudah bahan2 yang aku idam2kan itu... tapi cuma 2 bahan je yg jumpa..  itupun cukup punya susah nak mencari!  Syukurlah jumpa jugak..

Disebabkan mengidam yang terlampau.. sempat jugak aku pegi tapau takoyaki yang ada jual kat situ...  (dah tak sempat2 nak tunggu buat sendiri!) 3 biji harganya RM4.50.  Aku pilih filling octopus.. cik abang pilih unagi/belut.  Ada 4 pilihan fillingnya termasuk ayam & udang juga.  Hilang kejap kempunan aku nak makan takoyaki.. hahahaha.... ni kira first time ler aku makan takoyaki ni sejak2 kenal dari kawan2 kat tenet ni.. memang darat sungguh! Oklah.. tekak aku boleh terima benda ni.. komen dari cik abang pulak... hemm.. rasa macam cekodok lembek aje... ni kalau buat cekodok letak lauk2 & sayur pastu picit mayonis dll.. serupa je rasanya.. hahaha.. Dalam pada komen gitu.. sekejap jer licin 3 bijik bahagian dia kena bedal!
Sempat ambik gambar dalam kereta on the way nak ke Mydin pulak ni...

Hmm.. oklah ini resepi yang nak dikongsikan hari ni.. baked potato ni buat sama hari dengan Suji Upma tempohari.  Anak2 tak suka upma tu.. dorang cuma makan baked potato ni.  Ketiga2 anak semua suka benda ni.. sebabnya 3 elemen yang diguna dalam benda ni iaitu kentang, brokoli & daging ayam burger tu memang benda kesukaan dorang.  Tambah2 bila ada cheese tu.. lagilah sedap! Ok.. kalau nak tengok resepi asalnya boleh tengok sini.  Adalah aku buat sikit pengubahsuaian bahan2 ikut bahan2 yang ada & apa yang sesuai dengan kita umat Islam... By the way.. thanks Angie for the lovely recipe... hope u don't mind  I share it here...


Ok.. ini resepinya jika ada yang nak mencuba...

Baked Potatoes With Broccoli And Cheese by Angie
Olahan : mamawandiha

Bahan2

6 biji kentang saiz sederhana ~ digosok bersih kulitnya
1 ketul (250 g) Broccoli ~ ambil bahagian atas sahaja & potong floret kecil

mozarella/cheedar cheese secukupnya (MaDiHaA guna mozarella)
3 ~ 4 keping daging ayam burger ~ dimasak dahulu & potong kecil
Garam secukup rasa
1 sudu kecil lada hitam ~ ditumbuk halus


Cara-cara menyediakan
1. Panaskan oven 200˚C. 


2. Letakkan kentang di atas baking tray yang besar.  Bakar kentang selama 45 minit.  Selepas 25 minit pertama balikkan kentang supaya ia masak rata.  Sambung bakar lagi hingga genap 45 minit atau sehingga kentang lembut.  Keluarkan kentang dari oven & sejukkan sebentar.
3. Celurkan brokoli lebih kurang 1 minit & toskan.  Kemudian masukkan brokoli dalam air sejuk berais selama 5 minit. (tujuan untuk merangupkan brokoli)  Toskan hingga kering.
4. Campurkan brokoli, daging ayam burger yang dipotong kecil, garam & lada hitam & gaul rata.
5. Setiap kentang dibelah dua. Korek isinya keluar & hanya tinggalkan kira-kira ¼ ~ ½ inci isi kentang (bergantung saiz kentang yang anda guna) pada kulitnya.  (isi kentang yang dikorek jangan dibuang.. boleh diolah /buat benda lain ~ jangan membazir) Sementara itu.. panaskan oven ke 250˚C. 


6. Intikan setiap kentang yang dikorek tadi dengan daging burger, brokoli & parutan cheese.  Aturkan kentang di atas baking tray.  Bakar lagi kentang selama kira-kira 8 ~ 10 minit, atau sehingga cheesenya cair.  Hidang semasa suam2 atau sejuk. (Masa nak makan tu.. barulah kopek kulit kentang tu.. pastu kalau suka boleh tabur ajishio sikit kalau kurang masin/pedas!)




Selamat mencuba!

Monday, January 17, 2011

Suji Upma / Wheat Rawa Upma


Assalamualaikum...

Sabtu baru ni masak sarapan atas permintaan cik abang tersayang... Kes nya.. tak lama dulu dia pernah beli benda ni dari satu kedai mamak dekat dengan tempat kerja dia.. Beli sikit je untuk rasa sebab takut tak sedap.. membazir pulak.  Bila kitorang rasa.. sedaplah pulakk.. tak pernah rasa pun sebelum ni.. Cik abang aku biasalahkan.. kalau bab makanan yg ala2 mamak atau masakan India ni dia memang suka!  Memang boleh masuk dengan selera dia. Janji ada rasa pedas2.  Kalau manis2 bolayan!  

Sebabkan sedap.. dia pun tanya ler dengan tuan kedai tu... tuan kedai tu pun bagitau ler namanya.. lebih kurang gini sebutannya.. 'suci umma' Aku pun dok fikir jugak.. apa kebenda yang suci? hehehe.. pas dok fikir2.. aku rasa.. benda ni dibuat dari tepong suji kot sebab masa tengok makanan tu memang ada nampak kasar2 sikit teksturnya.. sah2 memang buat dari tepong suji! Jadi aku pun apa lagi... gi kat google.. surf ler resepi suji umma... surf punya surf tak jumpa pun nama yang aku surf tu... terjumpa kat satu blog tu ... tapi namanya agak lain sikit.. cuma.. aku rasa mungkin seakan2 yang kami makan tu tengok dari rupa macam dah sama.... rasanya... mamak yang bagitau nama tu sebutannya betul.. cuma pendengaran kita je tak betul... upma didengar umma... hehe.. so rasanya.. nama yang betul bukan umma.. tapi upma..!  Agak janggal kan? Yang selalu kita dengar masakan India yg femes2 seperti.... capati, thosei, idli, vadey.... tapi upma ni macam tak berapa glemer... tapi takpe.. tak salah mencuba ye dak?

Inilah dia percubaan pertama aku buat Suji Upma ni... Kira oklah... ala-ala makan nasi goreng jekkk.. tapi yang ini buat dari tepong suji.. mestilah rasanya lain.  Kalau nak tengok resepi asal.. boleh tengok sini.   Aku tak ikut seratus peratus resepi asal.. ikut versi apa yang ada aje... kalau suka lebih pedas boleh tambah cili padi lagi..

Resepi ni sesuai untuk mereka yang vegetarian.  Ini resepinya kalau ada yang berminat.. resepi yang dah dialih bahasakan oleh ku...

Wheat Rawa Upma (Suji Upma) by srikars kitchen
Terjemahan : mamawandiha

Bahan2
1 cawan tepong suji
2 ½  cawan air
1 biji bawang besar saiz sedang~ didadu
1 ~ 2 biji cili hijau (bergantung keperluan) ~ dihiris
2 ~ 3 biji cili padi ~ hiris halus (jika suka) MaDiHaA tambah
1 cm halia ~ dicincang halus
1 sudu kecil biji sawi
1 cawan cauliflower yg dipotong kecil
½ cawan carrot yang didadu kasar
2 sudu kecil (sudu kfc) garam / secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis

Cara2 Menyediakan
1. Sangai tepong suji beberapa minit atau sehingga terbit aroma. Angkat & ketepikan dahulu.
2. Panaskan sedikit minyak masak.  Tumiskan biji sawi, bawang, halia, cili padi & cili hijau sehingga wangi & layu.  Masukkan sayuran, air dan garam & masak hingga mendidih & sayur separa lembut.
3. Akhir sekali masukkan tepong suji yang disangai & kacau rata. Masak sehingga agak kental & bolehlah ditutupkan api.  Hidang semasa panas atau sejuk bersama chutney atau sambar.




Selamat mencuba!

Friday, January 14, 2011

Puding Roti Sos Kastard


Assalamualaikum...

Hari Jumaat yang sangat sibuk! Tak sempat nak update pagi tadi... dah petang barulah boleh layan blog ni.  Oklah.. terus jelah ke resepi yang nak dikongsikan hari ni.  Takde resepi pelik2 pun.. ini resepi yang dah selalu orang lain buat. Aku sendiri pun dah beberapa kali dok buat.  Tapi.. selalu tu dok buat takde sosnya.. kali ni baru terasa rajin sikit nak buat sosnya.. makan pun sedaplah sikit kan?  Sedap banyak sebenarnya... hehee.... Kuih ni buat waktu hari pertama ma & adik2 datang tempohari.  Dengar je kata ma on the way nak datang rumah... aku terus kerjakan roti & bahan2 yang memang dah standby.  Alhamdulillah.. semua dapat rasa termasuk adik bongsu aku yang tukang jadi driver hantar ma.. pastu.. sampai adik yg kat Klang pun dapat rasa jugak.. semua kata sedap!  Berbaloi2..

Resepi asalnya dari Maya Zakri MyR.. kali ni aku ambil dari blog Hana.  Sebabnya resepi ni sekali dengan sosnya.. Dulu yang aku selalu dok buat gunapakai resepi kazen aku yang tanpa sos... bab puding tu buat lagumana pun.. rasanya lebih kurang sama aje.. Tapi yang ada sos ni lebih lemak berkrim ler kan? Oklah kepada Maya & Hana... TQ share resepi.. akak copy & paste simpan dalam blog akak pulak yer... Terima kasih!  Macam biasa.. puding ni aku buat 1 1/2 adunan dari resepi asal... maklum.. ramai tukang makan...

Puding Roti Sos Kastard by maya.zakry.myr & F&N myr
Sumber Hana

Bahan-bahan

     8 keping Roti
     * 500 ml Susu segar
     * 4 sudu besar Gula halus
     * 2 sudu besar Butter- cairkan
     * 2 biji Telur
     * 1 sudu teh Esen vanilla
     * 1 sudu besar Tepung Jagung
     * 1 sudu kecil serbuk cinnamon
     2 sudu besar Kismis

Untuk Sos Kastard

     1 tin susu cair
     2 s/b tepungkastad
     2 s/b gula

Cara-cara

   1. Koyakkan roti dan susun dalam loyang yang telah digris dengan sedikit butter.
   2. Gaul rata bahan-bahan bertanda * dan tuang ke atas roti tadi.
   3. Biarkan sebentar dalam 20-30min agar roti terendam sepenuhnya.
   4. Taburkan kismis diatas adunan.
   5. Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau sehingga masak.
   6. Untuk membuat kuah@sos kastad - Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau atas api hingga agak pekat.
   7. Hidang puding roti bersama dengan sosnya.


Selamat mencuba!

Thursday, January 13, 2011

Goreng Berempah Fucuk & Kacang Panjang


Assalamualaikum...

Tak tau sebenarnya nak letak nama apa resepi aku ni... Sesaja mencuba masak gini gara2 dah jatuh cinta dengan sayur gini sejak2 terjumpa kat satu restoren berdekatan ofis yang biasa aku menapau masa lunch.  Pantang nampak sayur kacang tu... mesti itulah yang aku cedok dulu... Sayurnya macam ada campur rempah samada rempah sup atau rempah kurma gitu.. Sedap pulak bila makan.  Tapi yang aku buat ni.. ada tambahan lain iaitu fucuk & so'un.. malah aku lebihkan benda2 ni daripada kacang panjang tu sendiri.  Yang kat kedai tu cuma ada kacang panjang, hati, pedal & leher ayam.. hehehe...  Masih tak dapat nak menyamai menu yang kat kedai tu.. tapi.. yang aku masak ni pun not bad jugaklah.. malah rasanya lagi 'rich' dari yang kat kedai tu.. hehehe.. Tapi ini ikut tekak akulah yer... tekak orang lain tak taulah pulak.. so kalau nak mencuba.. try on your own risk! hehehe...  Oh ya.. ada satu lagi menu favourite aku iaitu sambal goreng jawa..  kalau ada menu tu kat kenduri-kendara mesti aku suka...

Ok.. ni resepinya kalau ada yang nak mencuba..

Goreng Berempah Fucuk & Kacang Panjang by mamawandiha@MaDiHaA

Bahan2
10 batang kacang panjang ~ hiris menyerong nipis
4 batang fucuk jenis batang (kalau fucuk nipis tu tak sesuai sangat sebab cepat hancur.. tp kalau nak guna boleh jugak.. jangan masak lama sgt) ~ direndam & potong pendek
½  cekak so'un ~ rendam 
2 ketul hati ayam ~ hiris kecil (boleh abaikan jika tak suka ~ boleh juga gantikan dengan tauhu/tempe yg digoreng)
2 ketul mempedal ayam ~ hiris kecil
½  sudu kecil lada sulah
1 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih* ~ tumbuk/kisar bahan2 bertanda*
8 ~ 10 biji cili padi*
1 sudu besar serbuk rempah sup/kurma ~ dicampur dengan bahan2 tumbuk
½ kiub ayam
2 sudu besar kicap cair
2 sudu besar sos tiram
1 ½ senduk kecil minyak
1 cawan air
½ cawan pati santan (jika suka)
garam (jika perlu)

Cara2 Menyediakan
1. Panaskan minyak. Gorengkan hati & mempedal ayam hingga garing. Angkat & ketepikan. 
2. Dalam kuali yang sama.. tumiskan bahan2 tumbuk hingga garing & wangi.  Masukkan air, kiub ayam, kicap cair, sos tiram & fucuk.  Kacau rata & biarkan sehingga fucuk lembut. (jika guna fucuk nipis.. boleh letak serentak fucuk bersama2 dengan so'un & kacang panjang)
3. Masukkan santan, kacang panjang, so'un serta hati & mempedal ayam yang digoreng. 
4. Masukkan serbuk lada sulah & kacau hingga kacang & so'un masak.  
5. Biarkan secukup rasa.. jika kurang masin bolehlah tambah sedikit garam. (rasa2nya tak perlu garam sebab dah secukup masin bagi aku). Siap untuk dihidangkan.


Selamat mencuba!

Wednesday, January 12, 2011

Roti Lapis Berdaging

 

Salam & selamat petang..

Kali ni masuk entry ekspress aje tak sempat nak cerita lebih2.  Ini lagi kuih yg ku buat masa ma ada kat rumahku yang sempat dibawa ke rumah adikku kat Klang bersama2 dengan kuih serimuka pisang aritu... Ma pun dah seminggu lebih dah balik semula kat kampong.. tapi aku tak abis2 lagi update kuih muih yang aku buat masa dorang ada aritu.. hehe.. ada satu lagi kuih yg ku buat untuk diaorang yang belum sempat update.... kira yang last la tu...


Resepi ni aku dah pernah buat sekali dulu... update di fotopages.. tapi masa tu tak pasti siapa empunya resepi sebab ambil pun dari orang lain. Nama pun dah kena tukar ke lasagna roti.. hehe.. masa tu ada tambahan origano.. tapi kali ni ikut nama asal resepi empunya diri. Cuma aku ada tambah sos tomato & sos cili sikit. Yang lain semua ikut serupa.. sedap! Tapi yang aku buat dulu lagi sedap!! Mungkin yg ni terkurang garam kot.. mungkin jugak sebab aku takut ma tak boleh makan kalau boh garam lebih sebab ma ada darah tinggi.. tu dengan keju bagai.. bahaya untuk kesihatan dia... so.. masa ni.. kitorang makan tambah dengan ajishio/black pepper barulah terasa garamnya. Terima kasih pada umi-e yang sudi berkongsi resepi ni. Halal ye kita masukkan resepi kat sini...

Roti Lapis Berdaging by umi-e@myresepi.com

Bahan-bahan

  • 3 biji kentang di potong dadu
  • 500gm daging cincang
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar serbuk kari 
  • 1 sudu besar sos tomato (ini MaDiHaA tambah)
  • 2 sudu besar sos cili (ini MaDiHaA tambah)
  • 3 sudu makan minyak untuk menumis
  • 12-14 keping roti
  • 500ml susu segar
  • 3 biji telor
  • secubit garam (letak lebih sikit.. letak secubit macam takde rasa garam..itupun masih kurang masin jugak hehe..)
  • Parutan cheese (banyak ikut suka) (MaDiHaA guna mozarella)
  • Sedikit marjerin untuk melenser

Cara-cara

  1. Blend bawang+bawang putih kemudian panaskan minyak dan tumis bawang serta masukkan serbuk kari dan juga daging cincang+kentang+garam+sos tomato+sos cili.
  2. Satukan Susu+telor+ garam.
  3. Pukul susu+telor+garam hingga sebati.
  4. Celupkan kesemua roti dalam adunan tadi.
  5. Ramas-ramaskan kesemua roti tadi.
  6. lenserkan bekas tahan panas dengan sedikit marjerin dan letakkan 1/3 bahagian roti yang telah di ramas.
  7. Kemudian letakkan separuh daripada daging+kentang yang telah di masak tadi atas lapisan roti.
  8. Ulangi proses di dgn meletakkan satu lagi bahagian roti dan selebih bahan daging+kentang dan dilapisan akhir dengan 1/3 lebihan roti
  9. Taburkan parutan cheese (banyak ikut suka).
  10. Bakar dengan api sederhana selama 30-45 mins atau sampai lidi tak lekat.
  11. Boleh dihidangkan semasa panas dan potong ikut suka.
  12. Jika inginkan lebih pedas boleh hidangkan bersama sos. 

Selamat Mencuba!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KongsiResepi.com