Terima kasih kepada yang sudi follow....

Monday, February 28, 2011

Daging Kesuma


Salam di pagi Isnin...

Harap2 semuanya sihat2lah hendaknya ye.... Hari ni nak pos n3 lauk Daging Kesuma yang dah beberapa kali dimasak... Lauk ni nampak simple & ala2 daging kurma.. tapi  sebenarnya  ada kelainan dari segi rasanya.  

Anak2 suka lauk ni sebab tak pedas sangat & abang pun kata sedap... ala2 lauk kenduri katanya... sebab tu dah beberapa kali masak... yg dulu2 tu tak sempat nak ambik gambar... kali ni baru berkesempatan...  Resepi yang diambil dari Mesra.net & sumber dari Masakan Tradisional Utara 1991.  Terima kasih kepada penyumbang resepi..



Daging Kesuma
Sumber: Masakan Tradisional Utara 1991 (MaDiHaA ubah suai sikit)
Mesra.net

Bahan2
500 gm daging lembu ~ dihiris nipis
1 senduk kecil minyak masak
2 cawan santan pekat
1/2 sudu besar asam jawa + 1 cawan air ~ diramas
1 sudu teh lada putih  
2 sudu besar serbuk ketumbar 
½  sudu teh serbuk jintan manis
½ sudu teh serbuk jintan putih
2 batang serai ~ diketuk
2 labu bawang besar ~ dihiris
1 inci halia ~ dihiris halus memanjang
3 biji cili hidup merah/hijau ~ dibelah dua
Garam & perasa secukup rasa


Cara2 Menyediakan
1. Gaulkan daging bersama bahan2 rempah seperti serbuk ketumbar, serbuk lada putih, serbuk jintan manis & serbuk jintan putih.  Perapkan dalam 15 minit.
2. Panaskan minyak lalu masukkan daging yang diperap.  Masak hingga daging mengeluarkan air & agak kering.  Masukkan serai, bawang & halia dan masak hingga bawang layu.
3. Masukkan santan, air asam jawa, garam, perasa & sikit gula jika suka lalu masak hingga kuahnya pekat. Masukkan cili hidup dan kacau2 sebentar & bolehlah dihidang.


Selamat mencuba!

Friday, February 25, 2011

Ayam Lemak Pucuk Ubi

Assalamualaikum & selamat pagi...

Ok ini menu yang dimasak hari sama dengan Sambal Hitam Pahang tu yer... sungguh murah rezeki aku pada hari tu... Dapat belimbing buluh dari Aliza.. dapat jugak pucuk ubi dari Cik Ani pengasuh anakku... agak banyak juga pucuk ubi tu... kalau menggulai sekali memang tak abis.  Apa yang aku buat.. ku gunakan sebahagian pucuk ubi untuk digulai lemak bersama ayam & sebahagian lagi ku celurkan untuk dijadikan ulam untuk keesokkan harinya... Pucuk ubi tu bukannya aku bahagiakan kepada dua bahagian.. tapi... aku buat macam ni ha... Pucuk ubi bahagian yg hijau tua sikit tu ku petik2 utk buat gulai.. (sebab resepi ni pucuk ubi nak kena tumbuk2 bagi lumat...) bahagian atas yg paling muda tu... aku simpan utk dicelur..  sayanglah kan bahagian yang muda2 tu kalau ditumbuk... celur & jadikan ulam lagi sedap betul tak? hehe..   

Oklah.. sebelum tu.. nak ucap terima kasih pada Ayu yang kongsikan resepi Ayam Lemak Pucuk Ubi ni dalam blog beliau.  Resepi asal dari Julnezza@mesra.net.  Terima kasih buat kedua2nya yer.. Gulai lemak ni lain sikit dari gulai lemak cili padi sebab gulai ni menggunakan halia... so rasanya lain sikitlah.. tapi sedap tetap sedap..  Ok macam biasa.. nak mintak izin dengan Julnezza nak letak resepi kat blog saya pulak yer.. t.kasih..

Ayam Lemak Pucuk Ubi
Sumber : julnezza@mesra.net 
Copy & paste from: Ayu Singapore

Bahan2:-
½ ekor ayam (MaDiHaA buang kulitnya)
*2 biji bawang merah
*5 ulas bawang putih } ditumbuk
*1 inci halia
*5 biji cili padi (MaDiHaA lebihkan sikit)
secekak pucuk ubi
2 cawan santan pekat
2 camca minyak
air secukupnya
garam & perasa secukup rasa
sedikit kunyit serbuk (Ayu tambah ~ MaDiHaA pun ikut)
10 biji belimbing buluh (MaDiHaA tambah)

Cara2 menyediakan:-
1. Ayam dipotong ikut suka, dicuci bersih & ketepikan. 
2. Tumbukkan bahan2 bertanda*.  Tumbuk lumat (berasingan) pucuk ubi tadi (ambil daun & pucuk sahaja.. bahagian pelepah yg tua dibuang).  (MaDiHaA tumbuk kasar & separa lumat.
3. Panaskan minyak dalam kuali (MaDiHaA guna periuk), tumis bahan2 cili tumbuk tadi & serbuk kunyit biarkan sampai naik baunya. Masukkan ayam dan pucuk ubi, gaul rata-rata. Lepas itu masukkan air, santan dan garam dan biarkan mendidih sambil2 dikacau sentiasa.  
4. Masaklah sehingga daun pucuk ubi bertukar warna sedikit (hijau gelap).  Masukkan belimbing buluh & kacau2 kejap.  Jika dah secukup rasa bolehlah dimatikan api & dihidang.


Ok... inilah dia salah satu lagi resepi yang menggunakan belimbing buluh tu... 

Selamat mencuba!

Thursday, February 24, 2011

Sambal Hitam Pahang


Salam & selamat tengahari semua...

Alhamdulillah dapat lagi bersiaran hari ni walalupun sedikit lewat.. 

Hari ni dengan 'excited'nya nak berkongsi resepi Sambal Hitam yang sangat2 sedappp!!   Jika tak silap... sambal hitam ni berasal dari Pahang (kalau silap tolong betulkan ye...). Mendapat tau cerita pasal sambal hitam ni dari mak mertua bila dia bercerita pasal masakan orang  Pahang tak lama dulu.  Tapi sayangnya.. belum berkesempatan mencuba kerana agak susah nak dapatkan belimbing buluh kat sini mahupun kat kg mertua di Raub tu.  

Baru2 ni.. masa BW ke blog Aliza... ternampak Aliza menyediakan sambal hitam ni.  Lagilah membuak2 rasa nak mencuba sambal hitam yg pernah diperkatakan oleh mertua ku itu.  Bila ku tegur tak sangka pulak Aliza pelawa kat aku nak bagi belimbing buluh yang sedang berbuah lebat di pokok kat rumah maknya tu.  Umpama pucuk dicita, ulam mendatanglah!  Walaupun pada mulanya tak sanggup nak menyusahkan Aliza sebab nak kena hantar ke rumah ku.. tapi bila Aliza kata no problem sebab dia memang selalu lalu jalan kat rumah aku... tanpa segan silu.. aku kata oklah jugak.. hehehe... Malam Sabtu tu juga Aliza datang dengan suami & little princessnya yang cute itu ke rumah ku untuk hantar belimbing buluh idaman hati ku.. hahaha... Terima kasih banyak2 ye Aliza sebab sanggup susah2 dtg hantar.  Rasanya ini dah masuk kali ke 4 or 5 aku bertemu dengan Aliza... ada cerita disebalik perkenalan kami di alam cyber yang membawa ke alam nyata... 

Sajian tradisi yang jarang2 ditemui ini seharusnya diketengahkan supaya generasi baru tau akan kewujudannya...  Tapi rasanya.. di sesetengah tempat di Pahang masih popular sajian sambal ni... Kalau teringin nak rasa.. cuba2lah buat sendiri yer.. mesti tak rugi punya... komen dari hubby walaupun dia orang Pahang tapi disebabkan dah lama tak makan...  katanya... "baik ibu habiskan semua belimbing buluh tu buat sambal ni.... (aliza bagi baaanyakkkkk!) simpan stok sambal ni bila2 nak makan senang..".  Tu tandanya sambal ni sedap sesangat sampai suruh simpan stok sebab senang dia nak makan bebila... hehe.......

Inilah belimbing buluh yang Aliza bagi... macam2 nak dibuat dengan belimbing buluh ni selain dari sambal hitam tu... kita tunggu jelah apa jadi yer...



Oklah.. meh kita tengok resepinya yer...

Sambal Hitam Pahang
Sumber : My mother in law...
 
Bahan2
½ cawan belimbing buluh rebus [rujuk resepi cara2 merebus]
½  cawan cili padi (ikut kepedasan masing2)
2 cawan ikan bilis yang telah dikopek 
6 ulas bawang merah [3 ulas ditumbuk, 3 ulas dihiris nipis]
5 sudu besar kicap manis atau secukup rasa
garam & gula secukup rasa
1 cawan minyak masak
Makan dengan nasi sedap, ketupat pulut pun sedap.. & rasanya cicah dengan 
ubi rebus pun masyukkk juga ni...
Cara2 Menyediakan
1. Sediakan terlebih dahulu belimbing buluh. Kuantiti belimbing buluh terpulang masing2.  Belimbing rebus ni boleh disimpan dalam peti sejuk sebagai stok. Jadi bolehlah rebus banyak2 & simpan stok.  MaDiHaA buat banyak juga rasanya lebih dari 1/2 kg belimbing buluh segar.  Belimbing hendaklah dicuci bersih.  Masukkan ke dalam periuk TANPA AIR dan renih dengan menggunakan api yang kecil.  Biar sehingga belimbing mengeluarkan jusnya sendiri & kecut.  Selang seminit atau dua minit mesti dikacau supaya periuk tidak hangit.  Biarkan sehingga belimbing mengecut & jusnya betul2 kering dengan api yang kecil sehingga warna belimbing bertukar menjadi gelap.  PESANAN: jika nak guna untuk buat sekali je sambal ni.. memadai hanya rebus anggaran 10 biji belimbing sehingga belimbing bertukar warna coklat saja.  Tujuan merebus belimbing sehingga betul2 kering & gelap adalah untuk tujuan simpanan.
2.  Tumbuk cili padi sehingga halus.  Tumbuk 3 ulas bawang merah sehingga lumat. (3 ulas lagi dihiris nipis)  Tumbuk juga ikan bilis tetapi jangan terlalu lumat.  Tumbuk belimbing buluh juga separa lumat.
3.  Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumiskan bawang yang dihiris sehingga wangi.  Masukkan bahan2 tumbuk sekaligus & tumislah sehingga bahan2 tersebut sehingga nampak agak kering & garing (agak lama juga).  Tambahkan kicap manis, garam & gula secukup rasa. Biarkan sambal kering sedikit (seperti serunding gitu).  Bila dah garing tutupkan api lalu tolakkan sambal ke tepi kuali beberapa minit supaya minyak tos sebelum dihidang.  Atau boleh juga angkat dan sejatkan sambal menggunakan penapis santan sebelum dihidangkan dengan nasi putih atau ketupat pulut.  
4. Sambal ini boleh disimpan lama & boleh buat banyak2 untuk simpan stok.   Boleh dihidang dengan apa saja juadah yang rasa sesuai dihati anda... Sedap yang teramattttt!!!

p/s: tak taulah betul ke tidak rupa Sambal Hitam Pahang yang sebenar sebab tak pernah tengok secara live lagi... orang Pahang.. silalah komen yer... Izah.. meh komen sikit!


Selamat mencuba!

Wednesday, February 23, 2011

Donut Labu

Salam & selamat pagi semua...

Agaknya... sekarang ni musim labu kot yer... nampak kat mana2 pun ada je orang buat kuih dari labu ni... Yang tengah top skrg... apam labu yang resepinya diadaptasi dari resepi.... ehem ehem.. resepi sapa lagi.. resepi aku ler.. keh keh keh... dorang guna resepi  apam keledek ku yang menggunakan double action baking powder tu & sekarang dah jadi resepi apam labu pulak.. sangat2 kreatif & berinovasi betul.. Mereka2 yang dah mencuba seperti Izah, Kak Ummi, Kak Anymz, Yatie & yang latest ni Hana pun dah try gak.. (mungkin ada yg aku tak perasan & tak sebut nama.. maaf yer... ) alhamdulillah.. semuanya menjadi...  Nanti kalau rajin bolehlah aku try guna labu pulak... Thanks gak pada Izah & Kak Ummi sebab rajin bereksperimen & berkongsi pula dengan kawan2 yang lain...

Kat rumah aku ni pun sebenarnya... masih ada lagi stok labu yang mertua bagi hari tu.... lebihan buat muffin yg tak menjadi tuh.. (dahlah buat sampai 2 adunan.. konon2 nak sedekah kat jiran... takde rezeki nampaknya).  Cuti weekend bebaru ni... nak memujuk hati yg frust dengan muffin yg kurang menjadi... aku cuba godek2 buat donut pula dengan labu rebus yang masih berbaki dok dalam peti ais tu... Alhamdulillah.. menjadi... !!  Sukaaa!!... heheh.... Sedap & sangat lembut & sedikit chewy gitu... Dapat gak bagi kat kawan abang kat Shah Alam tu masa kami keluar untuk beli sedikit barang keperluan rumah....

Jom intai2 resepi jika ada yang nak mencuba untuk minum petang nanti...

 
Donut Labu by MaDiHaA @ mamawandiha

Bahan2
1 cawan isi labu kuning yang telah direbus
1 ½ cawan air suam
¼ cawan susu pekat manis
1/3 cawan minyak masak
2 sudu besar gula
2 teaspoon mauripan
620 gm tepong gandum (jika labu rebus agak lembik & menyerap air.. boleh tambah tepong dalam 20 ~ 30 gm lagi!)
secubit garam

Bahan2 lain
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng
Gula kastor secukupnya untuk menyalut

Cara2 Menyediakan 
[menggunakan bread maker (BM)]
1. Blend/kisar labu rebus dengan 1 cawan air sehingga halus.  Tuangkan ke dalam BM.  Masukkan ½ cawan air suam lebihan ke dalam jug blender tadi & kisar lagi supaya semua sisa labu yang melekat pada jug blender tadi larut bersama air [supaya tak membazir] & tuangkan air tersebut ke dalam BM.  Masukkan ke dalam BM semua bahan2 cecair seperti minyak masak & susu pekat manis diikuti dengan  gula, garam, tepong gandum & akhir sekali mauripan.  Tekan setting untuk doh (no. 8 / bergantung BM masing2) dan biarkan BM siapkan kerjanya sampai doh naik (1 ½ jam).

[menguli dengan tangan / cara manual]
1. Campurkan mauripan dengan ½ cawan air suam (jangan panas sgt nanti yis mati) & 1 sudu kecil gula (ambil dari 2 sudu besar gula tadi) kacau hingga agak sebati.  Biarkan sehingga bancuhan berbuih. 
2. Blend/kisar labu rebus dengan 1 cawan air sehingga halus.  Tuangkan ke dalam bekas menguli/besen yg sesuai.  Masukkan kesemua bahan2 lain seperti minyak masak, susu pekat manis, gula, garam & bancuhan yis yang telah berbuih tadi.  Kacau rata dengan tangan.  Tambahkan tepong gandum sikit demi sedikit sambil menguli. Uli sehingga mendapat doh yang lembut (doh yang lembut... menghasilkan donut yg lebih lembut & gebu) berkilat & tak melekat di tangan. (jika terlalu lembik boleh tambah sikit lagi tepong gandum tp jangan terlalu banyak yer.. )  Bulatkan doh & tutupkan bekas menguli dengan tuala bersih & perap doh sehingga naik sekali ganda.  


Membentuk doh
1. Doh yang telah naik sekali ganda ditumbuk2 untuk mengeluarkan angin.  Jika doh terlalu melekat ditangan.. salut tangan dengan sedikit minyak masak semasa nak membentuk doh.
2. Timbang doh 40 gm setiap sebiji atau ikut saiz donut yang anda suka.  Bulat2kan doh & leperkan sedikit seperti nak buat cucur badak.  Susun di atas dulang yang telah disapukan minyak atau ditabur tepong terlebih dahulu.  Jarakkan sedikit antara satu sama lain supaya tidak melekat semasa proses perapan.  Buat sehingga habis dengan timbangan berat yang sama bagi setiap biji donut.  Perapkan donut sehingga naik sedikit (jangan terlalu naik kerana donut boleh merudum semula semasa kita nak goreng nanti).
3. Panaskan minyak yang agak banyak dalam kuali dengan api yang sederhana.  Sediakan satu penutup esen (MaDiHaA guna penutup esen vanila).  Bila minyak dah agak panas, ambil sebiji donut dan letakkan di atas telapak tangan kiri/kanan (ikut selesa masing2) lalu buatkan lubang dengan menekap donut menggunakan penutup esen tadi.  Lepas tu terus masukkan ke dalam minyak yang panas.  
4. Ulangi proses yang sama sehingga donut memenuhi kuali.  Goreng donut kedua2 belah hingga kuning keemasan.  Angkat & tos sebentar kemudian bolehlah disalutkan dengan gula kastor atau coklat ikut kesukaan masing2.


Selamat mencuba!

Tuesday, February 22, 2011

Hati & Limpa Berempah

Assalamualaikum....

Hari ni tiba2 rasa macam boring semacam jer... padahal kat ofis ni boleh tahan banyak kerjanya... hmmm... tiba2 rasa macam nak gi lepak2 tepi pantai jer... benda yang sama gak aku sms kat cik abang sebentar tadi... bila abang tanya nak gi pantai mana... aku jawab 'entah ler.. pantai yang terdekat ngan PJ ni.. cuma ada Pantai Dalam jer...!'  hehehehe.... aduhhlaaa...... naperlah tiba2 je rasa boring ni yer...??

Oklah.. untuk menghilangkan boring.. baik aku layan blog kejap.. mana tau boleh hilangkan boring ni... Meh aku tayang lauk yang dah berhari2 dimasak ni... Gara2 nampak Kak Nor Secubit Garam tunjuk dlm blog dia tempohari... tiba2 aku teringat kat dalam esbox aku tu pun masih ada stok hati, limpa & paru serba sikit pemberian jiran masa hari raya korban tempohari belum dimasak2 lagi.. Punyalah lama dok bertapa dlm esbox tu.. Bukan apa.. masa mula2 tu kononnya nak perabiskan daging korban dulu... itu pun tak boleh gak masak kerap sangat.. bahaya gak kalau kerap sangat makan daging merah ni.. Pasal hati, limpa & paru ni pun kes nak tunggu lama sikit masak sebab dah asyik makan daging.. so biarlah masak lambat sikit.. last2 bolehnya terlupa terus... sampai 3 bulan lebih baru dimasak... Ni kalau Laily baca blog aku ni.. sure dia terkejut... hahaha.. Maaf ler Laily.. bukan kita tak mau masak.. Tapi baru2 ni jer baru teringat & tergerak hati nak masak... Saja jer nak bagi gap lama sikit masak organ2 dalaman ni sebab tak elok sangat makan organ2 dalaman ni walaupun ianya sedap dimakan.. hehe..

Ok jom tengok resepi!  Sebelum tu.. terima kasih pada Ady-adygreatsword penyumbang asal resepi Limpa Berempah ni yer.. Sedap!! Minta maaf kerana dah tukar sikit nama dengan tambahan hati kat depan tu.  Terima kasih juga pada Kak Nor Secubit Garam yang mencuba terlebih dahulu & menwar-warkan kesedapan resepi/lauk ni hingga saya teringin untuk mencuba jugak.. Izinkan saya kongsikan resepi ni kat sini pula yer... thanks banyak2..

Hati & Limpa Berempah by : Ady
sumber : Kak Nor

Bahan-bahannya:
1 kg limpa, direbus dan dibuang kulit dan lemaknya dan dipotong ikut suka ~ k.nor campur dgn hati lembu [MaDiHaA campur hati dengan paru sekali sebab ada serba sikit]
2 sudu makan rempah kari daging [MaDiHaA lebihkan sikit]
4 sudu makan kicap lemak manis [MaDiHaA lebihkan sikit]
½ cawan air [MaDiHaA letak lebih sikit just nak bagi mesra sikit dengan bahan2 rempah bila dimasak hingga kering]
Sedikit bawang goreng [MaDiHaA guna 4 ulas bawang merah dibuat bawang goreng]
Sedikit daun ketumbar
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Serbuk perasa jika suka
sedikit jus asam jawa ~ yg ni k.nor tambah [MaDiHaA ikut gak]
Minyak untuk menumis

Bahan untuk dikisar:
20 tangkai lada kering, dibersihkan dan rendam dengan air panas
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara:
1. Panaskan minyak didalam kuali. Masukkan bahan yang dikisar dan tumis sehingga naik bau.
2. Masukkan rempah kari daging dan juga kicap. Masukkan juga garam, gula dan serbuk perasa dan juga air.
3. Masukkan limpa dan masak selama 10 minit. Kemudian masukkan bawang goreng dan daun ketumbar. Gaul sebati selama 5 minit. Padamkan api dan siap




Cara MaDiHaA : Sebelum ditumiskan bahan2 kisar.. terlebih dahulu minyak tersebut digunakan untuk membuat bawang goreng. Bila bawang dah garing.. angkat,  toskan dan ketepikan dahulu. Kemudian barulah gunakan minyak tersebut untuk menumis bahan2 kisar.  Cara ini boleh menambahkan harum pada masakan kerana guna minyak lebihan menggoreng bawang.


Selamat mencuba!

Monday, February 21, 2011

Muffin Labu Kukus


Salam semua...

Akhirnya.. sampai jugak seru untuk aku update n3 muffin labu kukus yang aku kurang puas hati penghasilannya tu.... heeee.......  Mulanya aku cadang nak buat percubaan kali ke dua.. Tapi tiba2 angin M datang bertiup dengan kencangnya.. So.. aku post jelah hari ni malas dah nak tunggu buat lagi sekali..  Actually.. orang lain buat okay jer... aku sorang je yg jadi mcm ni kot... Tengok Izah buat bukan main comey lagi.. siap Izah bagi 5 star lagi kat resepi ni... atas komen tu jugaklah aku bersungguh2 nak mencuba tu... Anyhow.. aku kena akur mungkin ada kesilapan di mana2... Daripada postmortem yang aku buat.. kemungkinan labu yang aku guna tu isinya pejal & kurang menyerap air semasa merebus.. Jadi bancuhan adunan jadi sedikit pekat.  Kemungkinan juga.. baking powder yang aku gunakan kurang aktif gara2 aku simpannya dalam peti sejuk & terus guna semasa membancuh.. kikiki.. ada ke orang simpan baking powder dlm peti sejuk? Aku sorang agaknya yer.. hahaha... bukan apa.. aku punya baking powder 250gm punya... takutlah rosak simpan luar coz aku ni dah ler jarang2 guna baking powder a.ka. jarang2 baking... so rasanya kalau simpan peti ais.. jangka hayatnya bolehlah bertahan lama sikit... kikiki...

Oklah.. malas nak membebel... lagipun.. menurut Izah.. muffin dia buat memang lembut gebus2 belaka... so rasanya takde silap pada resepi.. cuma kalau sapa2 nak cuba resepi ni.. jika nampak terlalu pekat (macam adunan aku ni) bolehlah tambah sikit santan lagi sebab masa aku buat ni.. aku guna labu rebus yg masih pejal.. sedangkan menurut Izah.. dia gunakan labu rebus yg agak lembut/benyek sikit.. tu sebab tekstur adunan yg kami dapat berbeza.. 

Untuk pengetahuan..muffin aku yg nampak merekah kat atas tu sebenarnya selepas aku dah tambahkan sikit soda bikarbonat.. kalau idak muffin yang sebelumnya.... langsung takmau tersenyum a.k.a bantat macam gambar yang kat bawah ni...

Tengoklah versi bantat nih!! Langsung takmau senyum...

Ok ini resepi yang aku gunakan.. resepi asalnya dari Aunty Yochana.. tapi telah diubahsuai oleh Wendy dengan menambah sedikit tepong beras.. Dicuba oleh Izah dengan jayanya... Thanks kepada semua yang terlibat yer...


Steamed Pumpkin Muffins by Aunty Yochana 

Source & altered by : Wendy  
Source : Izah Muffin Lover

Yields12 steamed muffins

125gm steamed pumpkin flesh
1 egg
120gm sugar
100gm evaporated milk or coconut milk *saya guna santan
30gm corn oil
180gm cake flour *saya guna tepung gandum (resepi asal guna 200 gm)
20gm rice flour (resepi asal tiada.. telah diubai suai oleh Wendy)
1.5tsp baking powder
1/4 teaspoon soda bikarbonat (MaDiHaA tambah)


1. Prepare your steamer and bring the water to a boil
2. Put steamed pumpkin flesh, egg, sugar, milk and oil in blender and whizz for 30 seconds.
3. Sift cake flour, rice flour and baking powder into a mixing bowl.
4. Make a well in the center of the flour mixture and pour the blended ingredients into the well. Mix until well combined.
5. Spoon into lined steaming cups and steam on high heat for 15 minutes. It will bloom by itself, no need to make a cross with oil.



Selamat Mencuba... harap2 you all punya menjadi yer!

Friday, February 18, 2011

Kacang Phool


Assalamualaikum semua...


Jumaat hadir lagi... Syukur masih diberikan kesihatan yang baik & masih berpeluang menghirup udara di bumi Allah ini...


Oklah.. tak boleh nak celoteh banyak2 hari ni.. kesuntukan masa.. terus ke resepi yang nak dikongsi.  Salah satu menu yang sangat2 aku teringin nak mencuba ialah Kacang Phool.  Aku tak pasti asal usul menu ini.  Cuma dari pembacaan.. kalau tak silap asal usulnya dari negara Arab (kalau salah tolong betul kan ye!).  Menu ini sangat popular di Singapura.  Ramai yang kata sedap.  Itu yang buat sangat2 teruja nak tau bagaimana rasa hidangan Kacang Phool ni... Nak pegi makan kat kedai pun tak tau kat mana ada jual.  Nak tunggu pegi Singapura pun entah bila nak sampai sana.  Terjumpa kacang phool dalam tin ni semasa aku meronda Jusco utk cari bahan2 buat takoyaki tempohari.. terus rembat 2 tin.. hehe..




Resepinya aku ambil dari FP Mummy Jam yang berada di Singapore nunn.  Mummy pulak dapat dari internet yang dia sendiri tak ingat siapa sumber & empunya resepi.  Tapi menurut mummy.. resepi ni dah jadi feberet family beliau.  Jadi aku pun nak juga merasa kesedapan yang diperkatakan tu... MamaFaMi pun dah pernah cuba resepi ini dulu.. kalau nak tengok boleh klik kat sini.  Terima kasih mummy sudi share dengan kami resepi yang mummy jumpa ni yer... thanks juga kepada empunya asal resepi.. Izinkan saya kongsikan diblog saya pula yer...



Kacang Phool
Source : Mummy Jam

Ingredients:
1 can of broad beans (Foul Medammas)
200 gm of mincemeat
2 tablespoons of chili paste
2 tablespoons of meat curry powder
6 small onions – blend into fine paste
3 garlic – blend into fine paste
1 inches of ginger – blend into fine paste
1 piece of assam gelugor or assam keping
A handful of chop coriander leaves
Salt and oil

For garnishing:
1 onion – diced
2 tomatoes – diced
2 green chillies – slice
Sunny side fried eggs
3-4 limes


Method:
1) Heat some oil in the wok and sautéed the onion-garlic-ginger paste together with chilli paste till fragrance.
2) Add in the curry powder with a few table spoonful of water to prevent the curry powder from getting burnt, till oil floats to the top and the paste became thicken,
3) Add in the mincemeat, assam keping , salt and about ½ cup of water. When the mincemeat are cooked, add in the broad beans ( you can mash ½ of the beans if you like) and lastly the chopped coriander leaves.

To Serve: spoon the kacang phool into bowls and garnish with fried egg, sprinkle some diced onions, tomatoes, chillies and lime.

This dish is best eaten with bread, especially the French loaf.
Roti Perancis lebih makan dengan Sup Kanji Ayam tempohari... kali ni.. makan dengan Sos Kacang Phool pulak... sedap!


Selain buat kacang phool tu.. masak jugak bihun goreng putih ni untuk anak2 yang tak makan pedas....

Selamat mencuba!

Thursday, February 17, 2011

Gulai Lemak Pisang Muda

Salam & selamat petang semua...
Agak lewat masuk n3 hari ni.. agak sibuk sikit pagi tadi.. Nak lawat blog kawan2 pun tak berapa sempat.  Sekarang baru free sikit.. Oklah.. layan menu kampong pulak hari ni yer...  Tapi inilah yang buat makan nasi bertambah2... musnah diet orang tu kalau masak gini hari2... hehehe....

Oklah.. ni resepinya ku kongsi disini buat rujukan anak2 kelak... Rasanya.. orang lain semua tau dah macamana nak masak gulai pisang muda ni kan? Gulai ni gulai sempoi & basic aje.. kalau nak sedap lagi.. boleh tambah udang hidup dalam gulai ni... terpulang cita rasa masing2lah yer...


Gulai Lemak Pisang Muda by Mamawandiha@MaDiHaA
Bahan2
1 sisir pisang muda [apa2 pisang yg sesuai ~ MaDiHaA guna pisang lilin + pisang lemak manis]
1 biji kelapa ambil santan secukupnya [santan kena lebih dari masak gulai lemak biasa sebab pisang akan menyerap kuah]
1/2 kiub ikan bilis
garam & perasa secukupnya
1 helai daun kunyit ~ disiat2 atau disimpul

Bahan2 ditumbuk halus
3~4 ulas bwg merah
1 ulas bwg putih
15 biji cili padi
1 inci kunyit hidup [boleh gak kalau nak campur sikit kunyit serbuk atau guna yg serbuk saja]
segengam ikan bilis  - dikopek bersih & rendam air panas

Cara2 menyediakannya
1. Pisang di potong hujung & pangkal.. Cara memotong terpulang pada anda.. ada yang suka potong serong, ada yg suka tumbuk separuh hancur (masuk dlm lesung batu dan tumbuk2 bagi pecah sikit2 jer) & ada juga yg suka siat2 kulitnya dan barulah dipotong serong.. kulit yg disiatkan tu jangan dibuang tapi masuk sekali dlm gulai sebab ianya boleh dimakan.. Tapi kalau tak suka kulit tu.. buang je lah ye...
2. Masukkan pisang dlm periuk dan masukkan air agak2 sama paras dgn pisang. Rebus pisang sekejap agak2 nampak layu je.. kemudian buangkan airnya.
3. Masukkan santan dalam periuk berisi pisang serta semua bahan2 lain spt bahan yg ditumbuk, daun kunyit, kiub ayam, garam & perasa secukupnya.
4. Didihkan santan sambil sentiasa dikacau agar tak meruap santan tu. Biarkan seketika dan rasakan apa yang kurang... Then bolehlah tutupkan apinya dan hidang bersama2 nasi putih, ikan masin atau ikan jeruk, sambal belacan & ulaman.


Selamat menjamu mata!

Wednesday, February 16, 2011

Asam Kari Daging


Selamat tengahari & salam Maulidur Rasul...

Macamana dengan cuti sempena maulidur Rasul semalam? Mungkin ada yang ikut berarak dalam mana2 program sambutan Maulidur Rasul kan?  Aku & anak2.. kat rumah je semalam takde keluar ke mana2 pun.  Hubby pulak kena kerja semalam (shift malam) sebab kilangnya dah gunakan cuti semalam untuk tambahan cuti masa Chinese New Year yang lalu... So takde pilihan.. memang kena kerja gaklah.   Aku pun takleh gak nak merayap2 sebab nak kena masak2 gaklah bila cik abang ada kat rumah sebab dia kerja malam. Rindu saat2  nak berarak dan berselawat seperti masa zaman sekolah2 dulu bila tiba hari maulud ni... Terakhir aku ikut berarak masa sekolah agama kakak Dini jemput semua ibu bapa sempena hari sambutan Maulidur Rasul kat sekolah dia beberapa tahun lepas.. Masa tu Haziq baru je umur 2 tahun.. Masa tu memang tengah melasak.. hehe... kalau nak tengok bolehla klik sini yer.

Oklah.. untuk resepi hari ni... aku nak pos resepi yang aku ambil dari blog Mat Gebu.  Mula2 tadi ingat nak pos resepi muffin kukus labu yang aku janjikan dalam n3 yang lepas.  Tapi ada sikit tak puas hati dengan hasil muffin tu.. so.. aku KIV dululah sebab rasa2nya aku nak try buat lagi sekali muffin tu.. hehe..  Jadi.. hari ni.. jamu mata dengan resepi yang sangat marvelous ni yer... kalau dah lauk yg terasa asam2 ni... memanglah aku suka.... menaip ni pun masih dok teringat2 lagi kesedapan lauk ni.. Terima kasih Mat sudi share resepi asam pedas yang agak unik ni yer sebab dalam kuahnya ada sikit campuran rempah kari...  Nak kata rasa kari tak juga.. nak kata asam pedas pulak... ada lain sikit.. apa2pun.. still sedap & tetap menggiurkan... peminat asam pedas.. haruslah mencuba jika nak rasa kelainan asam pedas okey...!




Asam Kari Daging by Mat Gebu
Dirujuk oleh Mamawandiha

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram daging batang pinang
1 biji terung biru saiz sederhana [MaDiHaA ganti dengan 3 biji terung bulat]
1 biji tomato, belah 6
1 genggam daun kesom
2 kuntum bunga kantan, belah 2
2 batang serai, dititik
1/2 cawan jus asam jawa
1 1/2 camca besar rempah kari daging [mat guna jenama babas ~ MaDiHaA pun...]
1/2 cawan cili kisar
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci lengkuas
1/2 inci halia
3/4 inci kunyit hidup
3 biji buah keras
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)

   1. Daging dihiris, cuci dan toskan. Terung dibelah dua, hiris serong dan rendam dalam air bergaram. Rempah kari dibancuh dengan sedikit air, kacau rata. Ketepikan.
   2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga harum dan serai. Masukkan cili kisar dan tumis hingga terbit minyak, tambah pes rempah kari, dan masak hingga rempah garing. Perlahan kan api, masukkan daging dam gaul rata. Biar daging kecut.
   3. Tuang air secukupnya, bila mendidih dan daging lembut, masukkan daun kesom dan bunga kantan. Tuang jus asam jawa, masukkan terung (toskan dahulu). Masak hingga terung lembut. Perasakan dengan garam dan secubit gula. Biar masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. MaDiHaA tambah tomato semasa menghidang sebab kurang gemar tomato yg dimasak. Hidangkan bersama nasi hangat, sambal belacan dan ulam2man..


Selamat menjamu mata...

Monday, February 14, 2011

Sup Kanji Ayam


Salam pagi Isnin buat semua... 
Hari ni.. masukkan resepi ringkas ajelah.. just an appetizer merangkap sarapan pagi ahad semalam sebenarnya nih.. hehehe... selain hirup sup macam tu jer.. boleh gak makan dengan garlic bread (terlupa nak ambik gambar).  Aku buat double recipe.. biasalah kat rumah rakyat ramai.. hehe...  Selain tu.. ada gak muffin labu yg ku buat untuk sarapan pagi tu (nanti masuk n3 kemudian).  Sup tu adalah berlebih sikit membawa ke petang.. kebetulan SIL & BIL datang dari Kajang... hidang kat diaorang sekali ngan garlic bread.. katanya sedap.. siap mintak resepi lagi.. ingatkan diaorang tak suka maklumlah makanan pelik2 ni kan.. nasib baik diaorang ni jenis berani mencuba.. hehe...

Actually.. dah bertahun simpan resepi ni.. semalam baru berkesempatan membuatnya.. Ni semua gara2 kat rumah takde stok seaweed.  Terpandang kat seaweed yang ku beli untuk buat okonomiyaki tempohari.. barulah teringatkan resepi ni... Terima kasih Shima sudi berkongsi resepi sup yang ringkas & sedap ni.  Suami akak suka begitu jugak dengan anak2..  Mintak halal ye akak share resepi kat sini.  Shima sekarang dah tak aktif berFP sejak2 ada FB ni.. kalau idak... FP dia salah satu tempat yang aku suka singgah sebab dia punya  food presentation fuhhh!! Mengancam beb!!

Orait.. ni resepinya kalau ada yg berani mencuba... bahan2 isian tu.. kalau nak ganti dengan seafood seperti udang atau crabstick pun boleh... mesti rasanya lagi sedap ala2 'shark fin soup' hehe... lenkali leh buat ujikaji...


















Sup Kanji Ayam by Shima

Dirujuk oleh Mamawandiha


Bahan2
air secukupnyer
1 ketul kiub ayam
1-2 s/b tepung ubi -bancuh dgn air
2 biji putih telur (x payah pukul)
bebola ayam (potong kecil)
sayuran kegemaran e.g carrot, brokoli, etc [MaDiHaA letak carrot & lobak putih parut]
seaweeds - diracik2 halus
serbuk lada sulah
serbuk lada hitam
garam + gula
minyak bijan
bahan tabur: minyak bijan, coriander cincang, bwg goreng

Cara Menyediakan
1. Renehkan air + kiub ayam sampai menggelegak & kiub ayam larut..
2. Masukkan bancuhan tepung ubi sambil sentiasa dikacau rata.. mula2 sup akan kaler putih susu tp lama kelamaan kaler akan jernih & auto pekat...adjust kepekatan ikut suke..kalau terlalu pekat tambah air lagi.
3. Masukkan bebola, seaweeds, lada putih/lada hitam & sayuran serta bhn2 perasa...adjust rasa.
4. Last sekali masukkan telur putih..gaul sampai nampak berjalur2/berurat2 gitew... masukkan minyak bijan skit kacau2 terus tutup api.
5. Dah siap hidang bersama minyak bijan, coriander, seaweed & bwg goreng jika suka.


Selamat mencuba!

Friday, February 11, 2011

Tau Sar Piah


Assalamualaikum semua....

Apa khabar kalian semua? Harap semuanya sihat2 belaka... Hari ni tak sempat sangat nak bw... Hati ni melonjak2 nak jenjalan ke rumah kengkawan.. Tapi masa tak berapa mengizinkan.. Nantilah kalau lapang sikit.. petang2 nanti bolehlah kot.. Waktu lunch ni.. luangkan sikit masa untuk masukkan n3 baru... tapi eksperimen ini bukanlah yang terbaru.. Ini semua eksperimen yg dah lama dah ambil dari "dapur lama ku"

Thanks to auntie Yochana untuk resepi Tau Sar Piah ni...  Hope u dont mind I share  this recipe in my blog.  Memang sedap sesangat..! Aku memang suka dengan kuih ni.. tapi jarang jumpa yang halal... jadi.. nak makan puas2.. kenalah buat sendiri... Tapi kan.. kalau disuruh buat lagi kuih ni... aku surrender awal2... hahaha... sangat2 rumit kerjanya... Mungkin sebab masa aku buat tu.. aku ikut sukatan resepi yang asal.. Jadi.. sangatlah lama nak menyiapkannya sebab kuih ni dapat agak banyak juga... hanya yg rajin & cekal jer boleh buat kuih ni.  Lepas ni kalau nak buat lagi rasanya kena tunggu si kecik ku tu besar sikitlah...

Jom tengok resepi.. maaf tak sempat nak terjemah...


Tau Sar Piah by Auntie Yochana
Ingredients:

Oily Dough
250 g Flour (ku tambah lagi tepong sebab doh agak lembik)
70 gm. shortening
70 gm. cooking oil (any brand of your choice)

Water dough:
500 g Flour (ini pun tambah gak lagi tepong sbb doh lembik tp tak sukat main agak2 je)
130 gm. Oil
130 gm. shortening
1 tsp. sugar
200 g water
1 tsp lemon juice (optional) (tak bubuh)





Filling :
200 gm. oil (utk goreng bawang)
18 shallots - thinly sliced , fried and crushed
330 g sugar
3 1/2 tsp salt
3 tsp white pepper (ku kurangkan ke 2 sudu kecil je)
600 g mung beans (kacang hijau tanpa kulit)

Garnishing
3 Tbsp. Roasted white sesame seeds - slightly pounded (ku tak tumbuk pon)
1 egg yolk (MaDiHaA tambah dengan 2 sudu kecil air & kacau2 sikit)

Step by step
 Method
1. Soak the beans overnight, steamed until soft and mashed. (MaDiHaA tambah 2 cawan air masa mengukus, dah lembut ku kisar je guna blender)
2. Add sugar, salt & white pepper to the mashed beans.
3. Heat oil, fry the shallots till brown and crispy. Crush into pieces.
4. Pour in the bean mixture. Fry till mixture is dry. Leave it to cool completley and then roll into a 16 gm. ball. Divide filling into 100 pieces.
5. Mix Oily dough ingredients together. Rest for 20 mins. Divide into 100 pieces.
6. Mix Water Dough ingredients together. Rest for 20 mins. Divide into 100 pieces.
7. Wrap B around A. (sila rujuk gambar step by step) Flatten it and roll it like rolling a swiss roll. Flatten again and repeat rolling into a swiss roll or do a 3-fold.
8. Roll it flat and wrap with the filling .
9. Brush with egg glaze, sprinkle with sesame seeds.
10. Bake - 180C for 20 mins. or until golden.



Ok semua... selamat mencuba yer!

Thursday, February 10, 2011

Roti Poket Tuna


Salam & selamat pagi semua...

Dah breakfast? Tentulah sudah kan? Dah nak masuk ke tengahari pun ha.. hehe... Tapi kalau ada yang belum breakfast.. meh ler brunch dengan Roti Poket Tuna nih yer.. Tapi kena wat sendiri ler... nak pelawa yang ni pun semua dah boliauu... hehe...

Berkenan sangat dengan roti poket ni atau nama sebenar dari empunya resepi iaitu Khairiah dari Resepi.net. gunakan nama Roti Goreng Berinti.   Maaf ye Khairiah sebab saya guna nama Roti Poket sebab tiru nama yang diberi oleh sifu2 yang terlebih dulu mencuba resepi ni sebab rasanya nama Roti Poket lebih glemer & sedap disebut.. hehe.. Ramai dah yang mencuba resepi ni sebenarnya antaranya seperti Mamazieza, MamaFaMi dan Mat Gebu Tiffin Biru (hanya sebahagian yang ku tahu).  Tapi aku je yang terlepas pandang.  Terbaru yang aku baru terperasan mencuba ialah dari Kak Nor Secubit Garam.  Bila 1st time tengok gambar yang Kak Nor tayang.. terus terpikat.. Roti ni aku buat untuk dinner kami hari terakhir sebelum kami pulang ke kampung MIL pada 1hb Februari yang lepas.. Walaupun makan roti ni ajer malam tu.. alhamdulilah.. kenyang adanya sebab ianya sangat seimbang ada roti, tuna & sayuran.  Haa.. sesuai sangatlah untuk orang yang sedang berdiet tu... haha.. Oh ya.. ada yang kompius sapa yang berdiet dalam entry bubur oat aku yang lepas tu rupanya.. Actually.. bukan aku yang berdiet.. tapi.. cik abang yang sedang berdiet sebenarnya walaupun sebenarnya.. saiz wife dia ni yang lebih BESAR.. kikiki... Tapi kira oraitlah.. bila cik abang diet.. secara tak langsung wife dia pun bolehlah ikut juga sikit2...

Ok jom tengok resepi ye.. simple & sangat mudah penyediaannya.. terima kasih Khairiah dengan idea & resepi yang sangat best ni... terima kasih jugak Kak Nor kerana n3 akak yang telah memberi inspirasi untuk saya mencuba...


Roti Poket Tuna by Khariah dari Resipi.net. (resepi asal roti goreng berinti)
Sumber : Kak Nor Secubit Garam

Bahan2:
Roti Gardenia
Serbuk roti
Telur 
Daun salad
Tomato [MaDiHaA tambah]

Bahan2 Inti
Mayonis [MaDiHaA letak 3 ~ 4 sudu besar]
Cream cheese [MaDiHaA tak letak]
Lada sulah / lada hitam [MaDiHaA letak ½ sudu kecil]
Ayam [MaDiHaA gantikan dengan 1 tin tuna dalam air ~ ambil isinya saja)
2 biji scramble egg [MaDiHaA tambah]
Bawang Besar hiris
Cili Benggala potong dadu [suku biji]

Cara2 Menyediakan Roti Poket:
1. Lapiskan dua roti
2. Gelekkan dgn kayu penggelek sampai nipis.. tak der penggelek botol sos pon boleh..
3. Gunakan Acuan bulat (kalau ikut gmbr deme guna tutup thermos, tin pon boleh) utk memotong roti.. [MaDiHaA guna tupperware bulat (bukan tipuware yer.. hehe) yang ngam2 saiz dengan roti ~ kalau tak putus juga roti tu.. boleh gunakan pisau & potong keliling]
4. Celupkan dlm telur kemudian gulingkan dalam serbuk roti n gorengkan hingga kuning keemasan dengan api sederhana. Confirm akan menggelembung.
5. Toskan.


Cara2 Menyediakan Inti:
1. Tumiskan bawang
2. Masukkan cili benggala
3. Masukkan tuna, scrambled egg n lada sulah/lada hitam
4. Masukkan mayonis & Cream cheese [MaDiHaA masukkan mayonis kemudian setelah inti diangkat dari kuali]
5. Kacau2.. rasa.. kalu tak cukup garam tambah lah yer..

Penyudahnya:
1. Potong roti yg telah digoreng kepada dua bahagian dengan menggunakan gunting yang bersih.
2. Letakkan hirisan daun salad & tomato ke dalam poket roti.
3. Masukkan inti yg siap dimasak. Siap untuk dihidangkan sebagai sarapan atau minum petang.


Selamat mencuba!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...