Terima kasih kepada yang sudi follow....

Thursday, March 31, 2011

Chocolate Mint Cake


Assalamualaikum...

Oklah.. tadi dah janji kan... so.. masukkan 1 lagi resepi untuk petang ni sementara ada free ni...  hidangan minum petang kami hari Sabtu 2 minggu lepas.. hehe.. 19hb aritu.. lama tak? hehe.. nak buat macamana.. tuan blog ni bz memanjang.. tak sempat nak kejor..  ada banyak lagi gambar2 masih menunggu gilirannya.  Tak kisahlah menu basi pun.. asalkan dapat jugak diabadikan dalam blog ni sebagai rujukan masa depan & rujukan anak2 nanti.   Boleh ingat tarikh tu ada sebabnya tau.. 19hb tempohari.. anak lelaki kakak angkat ku bertunang hari tu.. & kek ni.. dapat jugak aku bawak gi rumah kakak ku itu masa pegi ziarah ke rumah dia kat Meru... walaupun dia jemput datang pagi coz dia ada buat majlis tahlil sebelum bawak rombongan ke rumah pihak perempuan... tapi aku pegi malam sebab siangnya tu cik abang  ku kena kerja pulak...


Sebenarnya dah lama teringin nak buat kek yg berperisa peppermint ni... kali ni baru tertunai hasrat dihati bila baru terjumpa esen peppermint.  Hasilnya.. keknya sedap & boleh diterima tekak.  Cuma cik abang je kata kek rasa pelik.. hehe.. tapi bagi aku ok jer.. rasa coklat & rasa segar peppermint sedapp!  Boleh buat lagi tau (sebab esennya masih ada).
Resepi kek yang sedap ini aku ceduk dari dapur Kak Ummi ... Resepi asal dari Halimah Anang & dikongsikan oleh Maklang Azie... Thanks buat kakak2 sekalian yer... izinkan MaDiHaA berkongsi di blog MaDiHaA pulak yer.. Oh ya.. jangan pelik tengok cara2 putar kek tu yer.. sememang begitulah cara asal dari tuan punya resepi.. alhamdulillah.. elok jadinya...


Chocolate Mint Cake
Resepi : Halimah Anang
Source : Maklang Azie via Kak Ummi

Bahan:- (loyang bulat 8 inci)
  • 200 gm tepung naik sendiri
  • 230 gm mentega
  • 220 gm gula kastor
  • 230 gm telor (*ummi letak 4 biji saiz B)
  • 3 gm esen vanila (1 sudu teh)
  • 30 gm serbuk koko
  • 50 gm susu segar
  • beberapa titis pewarna hijau
  • beberapa titis esen peppermint
Cara Membuat:-
  1. Panaskan oven pada suhu 180 C. (*ummi set oven 165C).
  2. Sapu butter pada loyang dan alaskan kertas baking di dasar dan bahagian tepinya.
  3. Dalam mangkuk, pukul tepung dengan mentega hingga jadi pes yang sebati (hati-hati ketika memukul, tepung akan sedikit naik berdebu). Ketepikan.
  4. Dalam mangkuk lain, pukul telor dan gula hingga likat.
  5. Masukkan adunan ini dan esen vanila ke dalam adunan tepung tadi. Pukul hingga sebati dan kembang.
  6. Bahagi dua adunan - satu bahagian dicampurkan dengan serbuk koko dan susu segar, manakala satu bahagian lagi dicampurkan pewarna hijau dan esen peppermint.
  7. Letakkan 2 sudu besar adunan coklat di bahagian tengah loyang dan kemudian letakkan pula 2 sudu besar adunan hijau di atas adunan coklat tadi.
  8. Buatlah secara berselang seli hingga habis.
  9. Kemudian hentakkan sedikit loyang sebelum dimasukkan ke dalam oven dan bakar selama 45 - 50 minit.
Bahan Topping Honey Choc Fudge:- (yang ni MaDiHaA tak buat)
  • 150 gm coklat masakan
  • 30 gm fresh cream
  • 30 gm mentega
  • 15 gm madu (2 sudu besar)
Cara Menyediakan:-
  1. Campurkan kesemua bahan dan cairkan secara "double boiler" sambil dikacau selama 5 - 10 minit hingga fudge sebati.
  2. Sapukan fudge yang masih setengah panas di atas dan tepi kek.  
     
     
     Selamat Mencuba!

Lobak Putih Kacau Goreng

Assalamualaikum & selamat pagi semua...

Pagi ni... kita layan menu sayurlah dulu ye... nanti kalau ada masa.. kita pos menu lain pulak.. tp tak janjilah ye.. kalau sibuk tak dapat le nak layan blog ni..  

Sayur lobak putih ni salah satu sayur kegemaran... walaupun rasanya sedikit maung.. tapi disebabkan lobak putih ni banyak khasiatnya... secara tak langsung rasa suka pulak dengan sayur yang satu ini... 

Jom tengok resepi sayur yang ringkas ni yer...
 
Lobak Putih Kacau Goreng
Resepi : MaDiHaA a.k.a Ratna
1 biji lobak putih (saiz sedang anggaran 12") ~ disagat memanjang kasar/ hiris batang mancis
1 biji lobak merah (carrot) saiz kecil ~ disagat memanjang kasar/ hiris batang mancis
1 cawan isi udang
1 kiub ayam
4 ~ 5 ulas bawang merah ~ ditumbuk halus
2 ulas bawang putih ~ ditumbuk halus
2 biji cili merah / hijau ~ dihiris serong
minyak masak untuk menumis
garam secukup rasa
sedikit air

Cara Menyediakannya
1.  Panaskan minyak masak. Tumiskan bawang putih & bawang merah tumbuk hingga terbit aroma.  Masukkan cili hiris & isi udang. Kacau rata.  
2. Masukkan sedikit air, kiub ayam & biar seketika.  Masukkan lobak putih & lobak merah lalu dikacau rata.  Masukkan garam secukup rasa (jangan byk sebab dah ada kiub ayam) kacau2 sekejap & bolehlah dimatikan api & hidang.


Selamat mencuba!

Wednesday, March 30, 2011

Sotong Masak Merah Berempah


Assalamualaikum & selamat tengahari semua...
Hari ni... kita layan menu dinner ajelah ye... lauk yang dah lama giler dimasak.. dah tak ingat bila masak.. bulan lepas atau 2 bulan lepas.. tak berapa pasti... betul2 dah lupa..  ingatkan dah abis pos semua ke blog.. rupanya masih ada yg tertinggal... Masa masak sotong ni kebetulan adik ipar dari Kajang ada datang.. jadi dapatlah dia merasa.. katanya sedap.. siap mintak resepi... pada aku.. biasa2 aje.. hahaha.. dah penat masak agaknya.. tengok orang lain makan laju jer.. sedaplah tu gamaknya.. Oh ya.. kalau nak bagi cantik lagi kuahnya tu.. kenalah guna minyak lebih sikit masa menumis ye.. yg aku punya tu.. nampak macam kurang minyak...

Ok.. jom tengok resepinya..
Sotong Masak Merah Berempah

Bahan2
1 kg sotong ~ dicuci bersih & potong saiz kesukaan
3/4 cawan cili kisar
6 sudu besar rempah kari (MaDiHaA guna rempah kari ayam je..)
3 sudu besar tomato puri
200 ml santan sederhana pekat
garam & aji secukup rasa
sedikit gula
minyak masak untuk menumis (ikut keperluan)

Bahan kisar
15 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2.5 cm halia
2 batang serai ~ dihiris nipis & kisar

Rempah tumis
3 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis (yg kecil.. kalau besar diketuk & ambil separuh je)
1 batang serai ~ diketuk

Cara2 Menyediakan
1. Celur sotong tanpa air sebentar hingga terbir airnya.  Tutupkan api & toskan sotong lalu ketepikan dahulu.
2. Panaskan minyak masak dalam kuali secukupnya untuk menumis.  Masukkan rempah tumis lalu dikacau sehingga terbit aroma.  Masukkan bahan2 kisar & cili kisar lalu tumis sehingga garing & pecah minyak.
3. Sementara itu.. bancuhkan serbuk kari bersama tomato puri sehingga rata lalu dimasukkan dalam kuali.  Kacau lagi hingga terbit minyak.
4.  Masukkan santan, garam, aji & sedikit gula.  Kacau lagi sehingga kuah pekat & pecah minyak.  Akhir sekali masukkan sotong tadi dan kacau rata & biar sekejap hingga sotong masak.  Pastikan secukup rasa & bolehlah ditutupkan api & dihidang dengan nasi putih.


Selamat mencuba!

Tuesday, March 29, 2011

Timun Betik Bersantan


Assalamualaikum.... & selamat tengahari semua.....

Lagi resepi simple untuk hari ni....... satu-satunya hidangan yang sangat2 aku suka... nak  pulak kalau dapat jamah masa berbuka puasa... aduhaiii... tak terkira sedapnya.  Kalau di belah2 Pantai Timur... Trengganu, Kelantan & Pahang.. buah Timun Betik ni sememangnya tidak asing lagi.  Dulu2 arwah ayah pun pernah tanam buah ni.. tapi bukan untuk komersial.. hanya untuk makan2 saja...  Walaupun tanam 5 atau 6 pokok saja pun dah tak terhabis makan sebab pokoknya berbuah lebat..!  Memang rezeki jiran2 & kawan2 mak ler masa tu..  Tapi kalau buah tembikai tu memang arwah ayah tanam untuk komersial.. sampai bertan-tan sekali jual kepada pemborong.  Semua tu hanya tinggal kenangan saja... hanya gambar2 di album sajalah dijadikan sebagai kenangan...

Buah Timun Betik yang telah ranum

Oklah berbalik pada buah Timun Betik ni.... seorang adik yang sangat baik hati telah mempelawa pada aku bila mana aku menegur hidangan Timun Betik Bersantan dalam blog beliau baru2 ni.. Memang terliur sungguh dibuatnya masa tu.. hehe... Apa taknya.. dah bertahun2 tak jumpa buah Timun Betik ni.  Tak sangka pulak Zai begitu baik hati nak bagi kat aku sebiji buah ni... Umpama pucuk dicita... ulam mendatang! Terima kasih ye Zai... terima kasih banyak2... Kalau tak silap.. Zai beli buah ni masa dia pegi ke Kelantan baru2 ni.. Dah nak jadi rezeki aku agaknya.. Zai beli 2 biji.. ada pulak jirannya bagi sebiji lagi... makanya.. yang sebiji tu jadi rezeki aku ler.. hehe.. Thanks Zai!

Oklah.. resepinya sangat mudah... sama macam kita nak hidang cendol... begitulah adanya kerana buah Timun Betik ni tak manis... serupa macam cendol yang tawar tu jugak. Cuma gantikan cendol dengan hirisan Timun Betik ni.. nak sedap lagi.. boleh tambah dengan ais kiub... memang best!!


Timun Betik Bersantan


Bahan2
Buah Timun Betik yang sudah masak (bila dipicit ianya lembut & baunya wangi)
Santan sederhana pekat secukupnya (dari kelapa parut yang diperah dengan air masak!)
sedikit garam
air gula merah secukupnya
ais kiub jika suka

Cara2 Menghidang
1. Buah Timun Betik dikupas kulitnya & dibuang bijinya. Hiris kiub & masukkan dalam mangkuk hidangan.
2. Campurkan santan, garam & air gula merah/melaka yang telah ditapis ikut manis yang disukai.
3. Masukkan hirisan Timun Betik & juga ketulan ais secukupnya. Bolehlah dihidang dalam mangkuk2 kecil.  Jika tak suka ais boleh juga hidangkan tanpa ais tetapi  sila kurangkan sukatan gula merahnya yer.  Sesuai dihidang waktu berbuka puasa atau sebagai pencuci mulut.  Sedap!

Nota MaDiHaA : Aku hidangkan buah ni dengan santan & air gula merah berasingan (tak campurkan terus) sebab nak hidang sikit je coz anak2 tak suka.  Jadi tak perlulah dicampurkan sekali gus nanti kalau tak habis tak sedap pulak.  Jadi aku hanya campurkan buah, santan & air gula merah ikut kuantiti yang diperlukan saja.


Selamat mencuba!

Nasi Ayam Madu Lada Hitam

Assalamualaikum & selamat pagi.....
Pagi ni just a quick update... tak sempat nak sembang2 panjang... Layan nasi ayam yang dah lama dibuat iaitu selepas ternampak di entry Dayang Jack tempohari.. malamnya terus godek nasi ayam ni... Resepi Ayam Madu Lada Hitam milik Dayang Jack manakala resepi Nasi Ayam dan lain-lain tu ikut cara aku sendiri... 

Jom tengok resepi! Terima kasih DJ berkongsi resepi Ayam Madu Lada Hitam ni yer.... sedapp! Ayam ni akak bakar je dalam oven... aci yer C& P ke blog akak... TQ again!

Hanya ini saja gambar yang sempat dirakam... anak2 dah tak sabar nak makan nasi ayam.. 
nasinya pun tak sempat ambik gambar...

Ayam Madu Lada Hitam
Sumber : Dayang Jack

bahan-bahan :

    * 1 ekor ayam (dipotong empat)
    * 1 sudu makan lada hitam atau secukupnya (ditumbuk)
    * 1 inci halia (dikisar)
    * 3 ulas bawang putih (dikisar)
    * madu secukupnya
    * 2 sudu besar sos cili
    * 1 sudu makan sos plum (boleh juga guna sos tomato)
    * 1-2 sudu besar kicap pekat
    * garam secukup rasa


Cara-cara : 
Rebuskan ayam bersama garam dan air secukupnya hingga 1/2 masak. Kemudian toskan. Air rebusan jangan dibuang (boleh buat sup dan masak nasi). Gaulkan ayam dengan semua bahan di atas dan perapkan selama 30 minit. Kemudian digoreng hingga masak. Boleh juga dipanggang mengikut citarasa. (MaDiHaA panggang je dalam oven).  

Nota MaDiHaA: Bahan2 lebihan perapan ayam jangan dibuang... simpan untuk dibuat kicap nasi ayam nanti.

Nasi Ayam
Sumber : MaDiHaA a.k.a Ratna

4 pot beras
6 ~ 7 pot air rebusan ayam (bergantung jenis beras) ~ gunakan pot yang sama utk sukatan beras
pewarna kuning
daun pandan
garam & aji
bwg putih*
bwg merah* Bahan2 bertanda * dikisar halus
halia*
planta
cengkih
bunga pelekat/lawang
kayu manis

Cara
1. Basuh beras dan tos sebentar. Jerang dalam rice cooker bersama air rebusan ayam, garam, aji, daun pandan & sedikit pewarna kuning.
2. Panaskan sikit planta dalam kuali dan tumis rempah tumis & bahan2 blend tadi. Bila garing masukkan ke dalam beras yg telah dijerang tadi. Kacau rata & tutup periuk rice cooker dan tunggu sehingga nasi masak.

Sup
Air rebusan ayam secukupnya
1 sudu besar serbuk rempah sup (MaDiHa guna Adabi) ~ bancuh sikit dengan air
Bawang putih ~ketuk
Halia ~ diketuk
bunga pelekat/lawang
cengkih
kulit kayu manis
garam & aji
daun sup & daun bawang utk hiasan

Cara
Air rebusan ayam tadi dicampurkan dengan serbuk rempah sup & didihkan. Dalam kuali tumis bawang putih ketuk, halia & rempah2 tumis kemudian tuang dlm kuah sup. Tambah garam & aji.

Sambal cili
5 biji cili merah*
 10 biji cili api*
2 biji tomato*
2 ulas bawang putih*
2 cm halia*
air secukupnya*
1 senduk sos cili
2 sudu besar cuka makan
2 sudu besar gula
Garam & aji secukup rasa

Cara
Kisar semua bahan2 bertanda* diatas kemudian dimasak bersama dengan semua bahan2 yang lain sehingga pekat & sesedap rasa.

Sambal kicap
Guna air perapan ayam yang ditapis, kicap manis & kicap cair. Tapiskan air perapan ayam tadi dan campurkan dengan kicap manis serta kicap cair. Masak sebentar hingga mendidih.

Sayuran yg digunakan
Timun
Salad
Tomato

Monday, March 28, 2011

Apam Pisang


Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua...

Dah makan tengahari semua? Rasa2nya.. waktu-waktu macam ni dah ramai yang makan tengahari atau mungkin ada yang tengah duduk mengadap hidangan di meja makan betul tak? Dan mungkin juga hari ni ada yang berpuasa sunat sempena hari Isnin... syukur alhamdulillah.. semoga dipermudahkan puasa kalian semua hingga ke waktu berbuka nanti yer...

Sebelum meneruskan dengan entry masakan.. di sini MaDiHaA ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan takziah buat keluarga pakcik (Acu & Sujah... yg  rumahnya ku buat majlis makan2 Alin tempohari) yang telah kehilangan ibu tercinta awal pagi tadi.  Ibu pakcikku yang ku panggil Tok Esah telah menghembuskan nafas terakhir lebih kurang pukul 4.15 pagi tadi di Johor Baharu &  telah disemadikan di tanah perkuburan di kampong halaman allahyarham di Kg. Parit Jawa, Muar, Johor.  Al-Fatihah........

Oklah.. meneruskan entry pada hari ni... aku nak kongsikan resepi Apam Pisang yang sangat2 sedap ni.  Apam pisang resepi Diana ni dah lama popular... & aku pun dah banyak kali buat untuk makan2 famili.  Kali ni buat lagi & ambik jugalah gambar sebab nak pos ke blog pulak.  Dulu2 dah pernah pos resepi ke fotopages.. kali ni ke blog pulak... haruslah kan.... resepi best mesti nak abadikan dalam blog... lain kali anak2 nak rujuk senang semua lengkap dalam blog.. hehe... 

Oklah.. kepada Diana terima kasih banyak2 untuk resepi apam pisang yang sangat sedap & gebuss ini...  Resepi ni antara resepi apam pisang yang paling sedap yang pernah dibuat... Terima kasih juga pada Cik Ani (pengasuh adik Alin) yang bagi pisang embun hari tu.. maka menjadilah apam pisang yang gebus ini.. hehe.. yepp.. dapat jugak bagi Cik Ani rasa apam pisang ni... orang berbudi kita berbahasa betul tak? hee...


Apam Pisang Kukus
Sumber : Diana

Bahan-bahannya
2 cawan tepung gandum
8 biji pisang emas (sederhana besar)
3/4 cawan mentega, dicairkan dan disejukkan (boleh digantikan dengan minyak)
4 biji telur
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh baking soda
1 cawan gula (MaDiHa guna gula pasir yg jenis halus sket tuh.. madiha kurangkan gula dlm 3 sudu besar..)
secubit garam

Cara-caranya
1. Tepung gandum diayak dengan baking powder. Ketepikan.
2. Pisang dilecek halus dan digaul dengan baking soda dan garam. Sementara tu.. panaskan periuk kukusan.
3. Pukul telur bersama gula hingga kembang.  Masukkan mentega cair/ minyak & juga pisang yang dilecek.
4. Kemudian masukkan tepung & gaul rata dan kemudian tuangkan kedalam loyang yang telah disapu dengan mentega. Kukus selama 45 minit menggunakan api yang sederhana. 

Nota: Penutup kukusan perlu dibungkus dengan kain supaya wap tidak jatuh keatas permukaan kuih.

Nota MaDiHaA: MaDiHaA guna acuan apam yang kecik2 tu.. & masa mengukus  telah dikurangkan ke 12 ~ 15 minit.  


Selamat mencuba!

Friday, March 25, 2011

Rendang Tok & Pulut Kuning


Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua...

Nak habiskan menu masa makan2 tempohari.. Walaupun takde gambor yg cantik utk rendang tok tu.. tapi pos jugaklah resepinya sebab rendang ni ternyata memang sedapppp! Resepi ambil kat dapur Kak Ummi yang mana resepi asalnya dari Chef Hanieliza.  Pertama kali cuba masak Rendang Tok.. walaupun nampak macam kurang hitam (mungkin sebab aku masak tak bagi kering betul sebab sengaja nak bagi lembab2 berkuah sikit) tapi rasanya memang bestlah! Lawan pulak dengan pulut kuning.. memang mari!  Tak rugi mencuba.. Terima kasih banyak2 Kak Liza untuk resepinya & terima kasih jugak Kak Ummi yang sudi berkongsi resepi di blog akak... saya C&P mintak halal yer...  Untuk makan2 tempohari.. aku masak 2.5 kg daging.. tapi resepi ni utk 1 kg daging je yer...

Rendang Tok
Sumber : Kak Liza Cari Makan & Resepi via Kak Ummi Zaihadi


Bahan2:-
1 kg daging ~ potong sebesar 3 inci
2 cawan santan pekat (dari 1 biji kelapa)
1/2 cawan kerisik (MaDiHaA guna yang buat sendiri)
1/2 biji kelapa ~ potong nipis (ni ummi x letak, MaDiHaA pun sama gak.. sebab takde)
3 sudu besar gula merah
3 keping asam keping (MaDiHaA kurangkan.. sebab guna asam kandis yg lebar tuh takut terlebih masam plak)
Daun kunyit - koyakkan
Garam

Bahan Mesin:-
2 sudu besar ketumbar
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
1 sudu besar lada hitam
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 cm kulit kayu manis (*ni ummi saja tambah)
25 biji cili kering
20 biji bawang merah
5 cm halia
5 - 6 batang serai
3 cm lengkuas


Nota MaDiHaA : rempah2 yg kering yg keras & kasar spt kayu manis & bunga lawang tu MaDiHaA tumbuk2 dulu dlm lesung batu bagi pecah2 sikit.. pastu baru campur dengan rempah ratus lain & kisar guna blender kering.  Manakala bawang, cili dll. dikisar guna blender basah macam biasalah.

Cara Memasak:-
Masukkan semua bahan ke dalam kuali kecuali daun kunyit, kerisik dan asam keping. Masak atas api perlahan dan dikacau hingga pekat sikit dan naik minyak. Masukkan daun kunyit, asam keping, kerisik dan garam. Kacau rata. Masak lagi hingga benar2 naik minyak dan cukup pekat (biar kering sikit - ni nasihat pakar ni). Siap untuk disantap bersama pulut kuning ku.. hehe :D

Sesekali tayang lauk dari dalam kuali takpelah kan... hehe... 
kuali yang dah berusia 12 tahun.. masih kilat lagi tau.. hehe... 

Untuk resepi pulut kuning... boleh klik SINI.

Selamat mencuba!

Wednesday, March 23, 2011

Takoyaki


Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua...  harap semua kengkawan sihat2 belaka yer.. Sebelum meneruskan coretan.. MaDiHaA a.k.a Ratna ibu kepada Alin ingin mengucap berbanyak terima kasih kepada semua kengkawan yang telah meninggalkan komen & ucapan besday untuk Alin dalam pos semalam tu yer.. semoga doa2 auntie2 semua akan diperkenankan Allah S.W.T. amin....

Hari ni aku nak pos resepi yang paling laris masa majlis makan2 tempohari iaitu Takoyaki.. Pertama kali bagi aku buat Takoyaki yang sudah popular di kalangan blogger2 masakan yang lain.. Tapi bagi aku masih terlalu baru lagi... alhamdulillah akhirnya dapat jugak beli acuan takoyaki sendiri dari Cik Mimi setelah puas mencari2... Walaupun my kazen Ida Marlida sanggup pinjamkan dia punya... tapi aku takmo.. (jual mahal! hehe) nak jugak miliki sendiri.. bukan apa.. takmolah nyusahkan dia di masa akan datang sebab rasanya tak rugi beli acuan ni sebab semua isi rumah sukakan takoyaki ni.. Takkan asyik nak meminjam je kan... dah ada satu ni boleh guna sampai bila2... walaupun harganya boleh tahan.. tapi berbaloi!  Kepada sesiapa yang berminat atau yang dah lama mencari acuan takoyaki ni.. bolehlah order dari Chik Mimi yer.. Ni promot ikhlas ni.. takde apa2 imbuhan pun... sekadar berkongsi info dengan kengkawan semua...

Oklah.. berbalik pada resepi Takoyaki ni.. terdapat banyak resepi Takoyaki dari blog kawan2.  Terutamanya kat blog Hana Memories, Kak Nor Secubit Garam, Kak Rinnchan & lain2 lagi.. Tapi bagi aku yang tak jumpa nak cari sos Takoyaki & juga tepong Takoyaki tu sendiri.. akhirnya aku terjumpa resepi Takoyaki yang hanya menggunakan tepong gandum & bahan2 asas lain yang lebih mudah & ringkas didapati.  Terima kasih kepada Ilhamusafir (yg sedang menuntut di Jepun untuk phDnya) yang sudi berkongsi resepi sos Takoyaki yang sangat sedap ni yer.. Resepi bancuhan tepong tu pun senang nak buat tak perlu susah2 mencari tepong Takoyaki kat Jusco tu... jimat pun jimat & dari segi rasa tetap sedap sama macam Takoyaki yang jual kat Jusco tu jugak.. 

Kepada Ilhamusafir.. terima kasih sekali lagi untuk resepi Takoyaki yang sedap ni & saya mintak halalkan resepi yang dikongsikan & mintak izin untuk dikongsikan pulak di blog saya  untuk rujukan akan datang & juga rujukan kawan2 yang teringin nak mencuba... Mintak maaf kerana resepinya saya dah ubah sedikit dari segi penyampaian agar senang kawan2 lain merujuk.  Untuk resepi asal.. boleh klik SINI.

 yang ini adalah 2nd batch Takoyaki masa kat majlis makan2 tu... 
buat je habis buat je habis.. hehe.. syedappp!!
Takoyaki
Sumber : Ilhamusafir
Dirujuk & diedit semula : MaDiHaA a.k.a Ratna

Bahan2 Sos Takoyaki (boleh juga digunakan untuk Okonomiyaki)
1 cawan sos tomato
1 cawan worcestershire sos
2 cm halia ~ diparut halus
1 ulas bawang putih ~ diparut/tumbuk halus
 ¼ cawan gula

Cara2 Menyediakan Sos
Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan dimasak sehingga sos menjadi agak pekat.
Sejukkan sebelum dimasukkan ke dalam botol sos (yang biasa kita letak mayonis yang senang nak picit tu)
Nota dari Ilhamusafir: Untuk pengetahuan tuan tuan dan puan puan sos ni bertahan selama sebulan jika disimpan di dalam peti ais..

Bahan2 Batter Takoyaki
1 cawan tepung gandum
300 ml air (MaDiHaA tambah lagi 50 ml air)
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil garam..
1 biji telur

Bahan2 Isian Takoyaki
Boleh dipelbagaikan isiannya walaupun Takoyaki merujuk kepada Octopus Ball.
Antara bahan2 yang sesuai ialah :
Tuna/Octopus/Isi Udang/Crab fillet (MaDiHaA guna isi udang & Crab fillet)
Daun bawang ~ dipotong halus
Kubis dicincang halus2 (mcm nak buat coleslaw)

Bahan2 Taburan
Serbuk ikan bilis (MaDiHaA tak letak)
Serbuk nori (seaweed)
Katsuoboshi.. (hirisan ikan bonito nipis macam kertas )


Cara2 Memasak Takoyaki
1. Bancuh semua bahan2 batter dengan menggunakan whisker sehingga sebati. Tuangkan ke dalam jug plastik yang sesuai. (supaya mudah nak menuang batter ke acuan nanti) Ketepikan sebentar.
2. Panaskan acuan takoyaki dengan api yang sederhana.  Sapukan sedikit minyak masak dalam setiap lubang acuan.  Bila acuan dah agak panas, tuangkan batter ke setiap lubang acuan sehingga penuh.
3.  Masukkan bahan2 isian (samada isi udang/tuna/ octopus yg telah dipotong kecil/crab stick yg dipotong kecil). Kuantiti isian tu ikut suka.. kalau letak lebih lagi sedap! Kemudian taburkan dengan hirisan daun bawang diikuti dengan kobis yang telah dicincang (MaDiHaA suka sayur banyak!).
4. TIPS MEMBULATKAN TAKOYAKI CARA MaDiHaA : Bila Takoyaki dah nampak beku sikit.. bolehlah dicungkil sedikit menggunakan 2 batang lidi satay supaya kedudukannya menjadi berubah tempat tapi JANGAN TERBALIKKAN terus! Biar kedudukannya macam senget sikit.  Takoyaki pada masa ini akan berbentuk separa bulat dengan keadaan berdiri. Nanti akan nampak dalam acuan ada tempat kosong lagi so tambahkan lagi batter dalam acuan yg nampak kosong tu.. Biar beku sekejap then cungkil lagi Takoyaki & ubah lagi kedudukan.  Bentuk Takoyaki pada masa ni akan jadi 3/4 bulat.. isi lagi bahagian kosong dalam acuan sehingga penuh & terus pusing kedudukan Takoyaki supaya bentuk bulat sepenuhnya berada dibahagian atas & batter yang baru dituang tadi berada dibahagian bawah bermakna bentuk Takoyaki pada masa ini sudah menjadi bulat sepenuhnya.  Lepas beberapa minit.. pusing2kan Takoyaki yang dah berbentuk bulat sepenuhnya  tu supaya garing sekata.  Semasa menunggu garing tu bolehlah ditambahkan sedikit minyak supaya lebih mudah garing.
5. Bila dah cukup garing. Cucuk Takoyaki & susun dalam pinggan hidangan.  Paipkan sos takoyaki & sos mayonis secukupnya. Taburkan dengan nori halus & juga katsuoboshi.  Sedia untuk dihidangkan!

Nota MaDiHaA : agak susah nak tulis cara2 membulatkan takoyaki dalam bentuk penyampaian.  Cara yang paling mudah ialah dengan melihat dalam bentuk video. Jadi bolehlah cari dalam laman You Tube untuk lebih memudahkan anda.


Selamat mencuba!

Tuesday, March 22, 2011

Makan-makan Sempena Birthday Adik Alin..

Assalamualaikum & salam sejahtera kepada semua...

Semalam tak sempat nak update blog.. keje separuh hari sebab anak bujang ku tak berapa sihat.  Sebenarnya bukan sebab dia tak sihat aku ambik cuti.. tapi sebab aku yang tak cukup tidor dah pening2 dah sebab malam tadi hantar dia ke Trauma & Kecemasan kat PPUM sebab Haziq sakit telinga melalak2 tak boleh tidor.. tu yg hantar ke hospital terus in case ada apa2 yang serius kat sana dah cukup peralatan semua.  Dari pukul 12 lebih hampir pukul 2.30 pagi baru selesai jumpa doktor.  Sampai rumah dah dekat pukul 3 pagi.. bagi dia ubat  tahan sakit & ubat titis telinganya.. barulah Haziq dapat tidor.. yang aku pulak.. bila waktu tidor dah terover macam tu.. makin payah nak lelapkan mata.. tidor dlm sejam lebih.. pukul 5 pagi dah nak bangun semula nak hantar anak sekolah & aku sendiri pun nak pegi kerja.  

Sudahnya.. sampai ofis kepala pening & mata macam tak boleh nak buka... hehehe.... tu yang ambil half day tu.. jemput Haziq kat tadikanya... lepas lunch KFC dengan dia sempat lagi merayau2 kedai pakaian sebelah KFC tu.. sambar gak yg berkenan baju anak2.. pastu kena paw plak ngan Haziq mintak belikan kereta mainan dengan pencil box.. adeeiii ini budak!  then... sempat lagi tu hantar KFC yg aku tapau kat anak dara aku yang nak pegi sekolah agama (dia masuk lambat pukul 2.30 ptg).  Lepas tu barulah balik rumah.. bersihkan diri etc.. apalagi.. kebummmm.. tidor sampai pukul 5.00.. hahaha..  ala.. 2 jam je pun.. jadilah cover tidor yg tak cukup mlm sebelumnya... barulah rasa fresh sikit..  lepas tu barulah teringat kat anak2 yang lain yang belum dijemput kat rumah pengasuh & kat sekolah... hehehe... 

Oklah.. hari ni tak boleh tidak.. aku kena pos jugak gambar2 masa aku buat  majlis makan2 masa hari birthday Alin hari tu.  Kebetulan birthday dia jatuh hari Sabtu 5hb Mac baru2 ni.. sedang eloklah.. auntie2 dorang pun semua ada balik (dari UiTM.. yg sorang kat S.Alam, yg sorang kat Puncak Alam) jadi seronoklah sikit buat makan2 sebab ramai ada.. Aku takdelah buat majlis besar2 pun.. makan2 untuk anak beranak terdekat jer... bukan kata majlis harijadi sgt pun.. just kumpul2 anak beranak sebab aku cuma jemput pengasuh Alin & juga jiran depan rumah je... sebab taknaklah menyusahkan jiran2 sebab aku buat majlis tu kat rumah makcik aku... agak jauh jugak dari rumah aku tu.. so.. setakat makan2 ala kadar gitu.. seganlah nak ajak orang lain beria2 sgt..  Jiran depan umah tu agak rapat sikit.. so jemputlah sekali.. tapi dia tak dpt dtg pulak sebab ada hal lain agaknya.. takpelah.. nak buat macamanakan.. Alhamdulillah.. makanan habis semua sebab kawan2 anak lelaki makcik (uncle budak2 ni) ramai kat situ.. so.. tak membazirlah.. takpelah sedekah kat budak2 tu... aku ni jenis malas nak jemput2 orang pastu bagitau buat majlis harijadi gitu gini.. nnt takut menyusahkan jemputan plak nak kena sediakan hadiah bagai.. hehehe...

Oklah.. tengok gambarlah pulak yer... sebelum tu.. terima kasih pada Chengah yang sponsor kek birthday Alin.. ibu menempah sebab dah lama teringin nak mkn kek karamel tu.. tapi Chengah takmo amik duit plak.. T.kasih jugak pada makcik & pakcikku (Sujah & Acu) serta anak2nya yang sama2 membantu mana2 yang patut... jom layan gambar!

Pulut kuning tu aku yang kukus.. tapi aku suruh kazen aku Naknie (auntie budak2 ni) yang tolong hiaskan sebab aku dah letih giler dah masa ni...maklumlah dari awal pagi sampai ke petang masak sorang2 kat rumah.. pastu angkut semua makanan tu bawak pegi rumah makcik.. mau tak penat!  Kek tu pulak.. Kek Karamel yang kazenku Ida Marlida sponsor... TQ semua yer..!

Dari seawal pagi aku rendam pulut untuk buat Pulut Kuning.. pastu perap Apam Snow White 2 adunan.. pastu terus masak Rendang Tok 2.5 kg daging, siap rendang.. masak Rendang Ungkep Ayam sesambil mengukus Apam Snow White pulak.. pastu goreng Ayam Rempah pulak.. Siap semua barulah kukus pulut yang 3 kg tadi.  Semua aku masak sorang2... cik abang cuma aku suruh dia tolong kopek2kan bawang & tolong layankan si kecik tu jer..

 Sampai rumah makcik.. bergegas pulak kat dapur makcik dengan kazen aku Chengah atau Ida Marlida  (yg dlm gambar tu) buat pulak Takoyaki (yg ni memang dah plan awal2 lagi nak buat projek tako ni..) Tinggal bancuh tepongnya aje sebab sosnya aku dah prepare awal2 lagi kat rumah... Sekejap je siap sebab acuan ada dua.. satu aku punya & satu lagi Ida punya.. Oh ya.. kepada sesiapa yang dah lama mencari atau teringin nak beli acuan Takoyaki ni.. bolehlah order Chik Mimi.  Alhamdulillah.. ramai betul peminat Takoyaki ni.. & semua puji sedap.. ada yangkata lebih sedap dari yg jual hehe.. Sampai 4 adunan membancuh Takoyaki ni.. sedap makan panas2.. Pastu.. mlm tu (majlis ni sampai mlm) dpt tau pulak tokma budak2 ni nak datang.. bancuh lagi 1 adunan untuk dorang.. jadi kesemuanya 5 adunan takoyaki utk majlis mlm tu.. hehe.. berpeluh2 kepanasan membulatkan tako ni.. tapi seronok menjadi elok je bulat2 takoyakinya... t.kasih Ida sebab tunjuk skill cemana nak membulat takoyaki tu sbb dia dah biasa buat..  aku baru 1st time buat.. syok!  Abaikan dapur makcik aku yg antik tu yer.. dapur cantik ada.. tapi dapur antik gak yg best guna...hehe..


Naknie aku tugaskan menghias pulut kuning yang aku dah siap bentukkan dalam bekas bulat mcm tu.. hehe.. tinggal decorate jer lagi... Idea bersama... Thanks Naknie!

Antara makanan yang terhidang... rendang2 tu semua dimasukkan dalam bekas kecik tu (ada lagi sebenarnya...)  sebab aku bawak dari rumah dalam periuk! hehe... takoyaki dah kena cilok! hehehe... menu yang paling laris!
Bihun goreng tu pulak.. makcik aku yang tolong masakkan kat rumah dia... & kira sponsor dari dia jugaklah.. hehe..  Mekasih Sujah!

Ohh.. hampir terlupa.. malam sebelumnya tu.. sempat jugak aku siapkan dadih keladi ni..

Nak jugak tu tunjukan pulut kuning yang dalam besen besar tu.. hehehe.. 
Dah malas nak transfer ke bekas kecik.. lantaklah dalam besen tuh!

Oklah.. meh kita nyanyi sama2.... besday girl di apit oleh abang Haziq & kakak twin (anak Ida Marlida)
"Allah selamatkan kamu....... Allah selamatkan kamuuuuuu...." 
Ohh yer... benda hitam berbungkus kat belakang tu bukan hantu Kak Limah yer... itu sebenornya set golf pakcik aku.. hehehe... kengkadang anak aku Alin takut kat benda tu sbb mcm rupa orang berbungkus dahlah hitam jer.. hehe..

Ok masa untuk tiup lilin.......... acara tiup2 lilin ni memang budak2 suka... walaupun ini bukan adat orang melayu.. tapi nak buat mcmana.. dah dibiasakan dari kecik so budak2 ni memang inilah yang ditunggu2... takpelah janji niat kita tak terpesong.. just utk seronok2kan budak2 je...

 Jemput pengasuh adik Alin sekali masa potong kek.... Terima kasih Cik Ani sebab menjaga anak2 saya dengan baik... Haziq dengan Alin Cik Ani jaga dari umur 2 bulan sampailah sekarang.  Cuma sekarang Haziq dah masukkan ke tadika dah tak hantar ke rumah Cik Ani lagi sebab Haziq terus dok kat taska kat situ sampai petang. 

Ok.. ibu suap adik kek yer... Adik plak suap auntie Naknie...hehe...  sebenarnya.. adik Alin suap kat ibu jugak.. tp takyahlah masuk sini... segan.. hehehe... gambar2 banyak tapi pilih2 je masuk sini.. ini pun rasa macam dah banyak jugak nih...

Oklah.. itu jelah untuk entry hari ni... insyaAllah..  mana2 masakan (majlis ni) yang belum dimasukkan resepi akan dimasukkan kemudian.  Tapi ada jugak yang takde gambar close up.. jadi takdelah resepi yer.. may be bila masak lain kali baru masukkan resepinya..  maklumlah.. tak sempat nak amik gambar elok2... sibuk sesangat!  Nak letak resepi tanpa gambar close up tak best pulak kan...

Ok semua.. terima kasih sudi berkunjung &  jumpa di lain entry...

Friday, March 18, 2011

Roti Bawean


Assalamualaikum & salam Jumaat kepada semua...

Hari ni dah takde dah entry lapuk atau menu ulangan yer... hehe.. Hari ni aku pos entry yang masih panas2 lagi ni... sarapan kami pagi ni... Tapi aku bawak bekal sarapan kat ofis... selebihnya.. aku tinggalkan aje kat rumah untuk suami yang akan pulang dari kerja shift malamnya & juga untuk dua beradik yg ditinggalkan kat rumah sebab cuti sekolah ni.. untuk si kecik yang tembam tu pun aku tapaukan jugak.. tapau lebih sekali untuk baby sitter merasa.. hihihi...

Eksperimennya bermula malam tadi... siap gentel rotinya... terus tumis sambal tumis ikan bilis pulak... rotinya disimpan dalam petiais (bukan kat frozen tu yer) & awal pagi tadi.. tinggal goreng jer... Alhamdulillah.. sedap rasanya pada tekak aku yg tak memilih makan ni... tekak orang lain tak taulah yer.. hehehe... Sebenarnya.. dah lama aku teringin nak buat Roti Bawean ni sejak tengok Pakcik Aziz Sattar (pelakon tu) tunjuk cara2 buat Roti Bawean ni dalam rancangan Nona TV3 pada 30 Januari yang lepas... Bahan2nya simple saja.. sebab tu rasa tak susah nak membuatnya sebab takde guna bahan2 yang pelik..   Dalam pada nak mencuba tu.. rupa2nya.. makcik aku dah try dulu sehari selepas Nona tu iaitu pada hari Isnin keesokkannya... hehe.. Dapat jugak aku rasa masa aku menyinggah rumah makcik lepas ambik anak2 kat sekolah & sedaplah jugak pada tekak aku ni... Cuma.. kami semua berpendapat.. rasanya lebih sedap jika pastri kulitnya tu ditambah sikit dengan minyak masak semasa menguli supaya lebih lembut sedikit.  (resepi pakcik Aziz cuma uli tepong, air suam & garam sahaja) Roti Bawean ni... kalau tak silap ianya berasal dari tanah seberang... tapi sejarah sebenar asal roti tu dari daerah mana.. aku kurang pastilah ye... silalah carik sendiri.. hehe...  Atau kalau ada yang tau.. bolehlah berkongsi info yer..

Anak2 kata ini kuih karipap bulat besorrr.. hehe..

Oklah.. berbalik pada resepi Roti Bawean ni.... Bahan2nya memang aku tak catat masa pakcik Aziz buat tu.. cuma aku ingat2 dalam kepala aje sebab bahan2nya terlalu simple... Tapi untuk kepastian.. aku goggle2 kat tenet resepinya maka terjumpalah resepi kat blog MamaFaMi  kita yang femes tu... hehe...  Sedang elok pula resepi pastri yang mama buat tu ada dicampurkan dengan sedikit minyak masak.. Terima kasih mama berkongsi resepi yang mama cuba dari FP Rossya tu yer... Maaf sebab saya dah gabungkan resepi yang mama pos tu dengan resepi dari Pakcik Aziz maka terhasillah Roti Bawean seperti dalam gambar tu... Lagipun.. saya buat hanya separuh dari resepi asal mama.. jadi saya editlah bahan2nya ikut apa yang saya buat malam tadi.  Apa2pun.. saya ikut resepi pastri tu dari mama tapi untuk bahagian inti tu pulak saya ubah ikut cara pakcik Aziz iaitu gunakan telur yang dah direbus & juga penggunaan daun sup.  Ok mama.. izinkan saya pos resepinya kat blog saya yer.. Terima kasih juga pada Kak Rosya (Singapore) untuk resepi yang dikongsikan yer.. Kak Rosya dah lama menyepikan diri dari alam maya.. harap2 Kak Rosya sentiasa sihat & sejahtera disamping family... Amin..

Resepi yang digabungkan dari Resepi Kak Rosya, MamaFaMi & Pakcik Aziz Sattar.  Terima kasih kepada semua yang terlibat.  Untuk resepi original (in English) dari MamaFaMi sila klik SINI.


Roti Bawean @ Roti Boyan
Sumber : Kak Rossya, MamaFaMi & Aziz Sattar (Nona TV3)
Diadaptasi & ditulis semula oleh : MaDiHaA a.k.a. Ratna

Bahan2 Kulit/Pastri (resepi Kak Rosya)
500 gm tepong gandum
200 ml + 2 tbsp  air suam
50 ml minyak masak
½ tspn baking powder
½  tspn gula
¼ tspn garam

Bahan2 Inti (resepi Aziz Sattar)
400 gm/3 biji kentang ~ dicuci bersih, rebus & buang kulit (MaDiHaA belah 4 supaya cepat empuk)
4 biji telur ~ direbus & buang kulit  
1 gengam/1 pokok daun sup ~ cuci bersih & hiris halus
½ biji bawang besar ~ potong dadu
1 tspn lada sulah
garam secukup rasa


Bahan Tambahan
Minyak masak untuk menggoreng roti
Sambal tumis untuk dicicah dengan roti


Cara2 menyediakan
1. Telur rebus & kentang yang telah direbus dibuang kulit & dilecek hingga halus/separa halus.  Gaul rata bersama bahan2 inti yang lain sehingga rata & secukup rasa.  Ketepikan sebentar.
2. Ayak tepong bersama baking powder & letakkan dalam satu bekas menguli.  Campurkan garam & gula & gaul rata.  Campurkan air suam & minyak masak dalam satu bekas.  Tuangkan sikit demi sedikit ke dalam bekas berisi tepong & ulilah perlahan2 sehingga mendapat doh yang lembut.
3.  Bahagikan doh kepada 8 bahagian yang sama saiz lebih kurang 95 gm setiap sebiji.  Bulat2kan doh menjadi bebola & rehatkan dalam 5 ~ 10 minit.
4. Canai bebola menjadi bentuk bulat sehingga nipis seperti kulit karipap.  (JANGAN CANAI TEBAL YER NANTI KULIT SUSAH NAK MASAK KAT BELAH DALAM MASA MENGGORENG!).  Taburkan tepong di atas sebiji pinggan yang leper & letakkan doh yang dicanai tadi di dalam pinggan tersebut. (sila rujuk gambar). Inti dibahagikan kepada 4 bahagian & masukkan 1 bahagian inti di atas doh yg dicanai tadi & ratakan seperti dalam gambar.  Canai lagi 1 bahagian bebola membentuk bulat yang sama saiz seperti yang pertama tadi & tangkupkan di atas inti tadi.  Kemaskan bahagian tepinya & kelim tepinya seperti anda mengelim karipap.  Susun Roti Bawean yang siap dikelim di atas plastik bersih yang sudah ditabur tepong. Ulangi proses yang sama utk semua bebola tadi untuk mendapatkan 4 biji Roti Bawean.

5.  Sediakan non stick pan & panaskan sedikit minyak (anggaran 1 cawan) dengan menggunakan api yang perlahan.  Bila minyak panas.. masukkan 1 keping Roti Bawean & gorenglah sehingga garing & warna kulitnya bertukar warna kecoklatan.  Dengan berhati2.. terbalikkan roti & goreng pula disebelahnya sehingga garing.   (MaDiHaA terbalikkan menggunakan penyepit makanan tanpa gerigi.  Jika guna sudip bimbang minyak terpercik pulak) JANGAN GUNA API BESAR UNTUK MENGELAKKAN ROTI CEPAT HANGUS &  MENTAH DIDALAM.  Bila dah garing bolehlah diangkat & toskan.
6.  Potong roti kepada 6 bahagian & hidangkan begitu saja atau lebih sedap dihidang bersama sambal tumis ikan bilis atau sambal pilihan anda.

Rangup diluar... lembut di dalam... yummy!

Selamat mencuba!

Thursday, March 17, 2011

Apam Snow White lagi...



Okey.. satu lagi n3/ menu ulangan untuk hari ni ialah Apam Snow White ni... memang dah lama benor buat nya.. buat sehari selepas buat yang pertama tu kes tak puas makan & kebetulan pulak adik ipar & mak mertua nak datang.. jadi teruslah buat lagi keesokkannya... lepas buat apam.. terus masak2 untuk makan tengahari pulak untuk diaorang...

So hari ni.. jamu mata dengan n3 ulangan belaka yer... banyak sangat gambar yang menunggu Q tu.. so kena habiskan menu2 ulangan ni sebelum pos menu2 terbaru... 


Terima kasih pada  qnq910@MyR empunya resepi apam snow white yang sedap nih... haaa.. dah 3 kali kita buat tau... sebab buatnya sangat mudah & gunakan bahan2 yg sedia ada kat rumah.. yg kali ke tiga tu buat utk majlis makan2 masa besday anak dara kenit kita 2 minggu lepas... hehe.. (nak kena pos n3 majlis makan2 tu pulak laa.. dah lama tertunda.. gambar pun belum edit lagi ni.. selalu je tak sempat.. adeeiiii!  Tengoklah bila sempat..)

Kalau nak resepinya.. sila klik SINI yer..

ambik gambar nak cepat... sebab adik ipar & mertua dah on the way.. hehe.. kelapa pun tak letak 
masa ambik gambar sebab aku hidang apam ni dengan kelapa berasingan untuk dorang..

Terima kasih!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...