Terima kasih kepada yang sudi follow....

Tuesday, May 31, 2011

Daging Lompap

Assalamualaikum....

Bersua kita dihari terakhir dalam bulan Mei.... Esok dah masuk bulan Jun.... cepat sungguh masa berlalu.. dah nak masuk setengah tahun kita mengharungi tahun 2011.  Pejam celik pejam celik... nanti tanpa disedari.... dah masuk hujung tahun.. hmmm...


Oklah.. tak tau dah apa nak tulis.. nanti kalau sambung lagi.. merepek2 pulak.. apa kata kita tengok resepi untuk hari ni pulak yer.. Resepi ni dikongsikan oleh Kak Chek kat blog beliau tak lama dulu.  Menuruk Kak Chek resepi ni beliau belajar dengan hubbynya.. kiranya.. resepi asal dari keluarga mertualah kot yer.. Katanya lagi.. sekarang resepi ni dah jadi kegemaran keluarganya.  Masa Kak Chek dok tayang tu dalam hati dah berkenan.  Dah boleh agak mesti sedap lauk ni sebab ada guna cili padi & ramuan2nya yang tersendiri.  Aku pun copy ler resepi senyap2.. bukan apa.. kalau bagitau.. takut tak buat nanti tuannya tertunggu2 pulak.  Selalu macam tulah.. bila kita bagitau kita ambik resepi tu.. mesti kesudahannya resepi tu tertunggak tak buat2.. ataupun kalau buat mesti ambil masa yang lama.. hehehe.. 

Cerita pasal resepi Daging Lompap ni.. baru2 ni Kak Chek tayang lagi Daging Lompap buat kali ke dua.. katanya.. anak daranya yang masak... amboii.. makin terliur dibuatnya!  Pastu nampak pulak Kak Ayu, Singapore pun dah cuba jugak... haii.. terus tak boleh tahan... aku pun masak ler jugak.  Seperti yang diduga.. ternyata sememangnya sedap lauk ni... Cik abang ku pun suka.. Lagipun.. gandingan daging dengan celeri tu sememangnya kena sangat.  Sangat sedap! Terima kasih banyak2 ye Kak Chek.. izinkan MaDiHaA letakkan resepi kat sini pulak untuk rujukan akan datang & rujukan anak2 nanti.  


Daging Lompap
Resepi : Kak Chek

Bahan2

500 - 600 gram daging ~ dipotong sederhana kecil...dicuci...ditoskan..
13 biji cili padi *
3 biji cili hijau  *
1 biji bawang besar  *
1 inci halia  *
2 ulas bawang putih  *
1 batang serai dititik...
2 biji cili merah dipotong serong2..
1 batang celery dihiris2...
1 ketul chicken cube
Garam secukup rasa
Sedikit gula
1 keping asam keping...
Minyak secukupnya untuk menumis
Sedikit air....

CARA-CARA PENYEDIAANNYA
1. Kisar bahan2 yang bertanda  *.
2. Panaskan minyak, tumiskan bahan2 kisar dan serai sehingga naik baunya.
3. Masukkan daging.... kacau sebati.... tutupkan kuali... kecikkan api....sekali sekala...dikacau..tambahkan air...jgn byk sgt...tutupkan kuali semula...biarkan daging empuk. (kalau daging belum empuk.. boleh tambah air lagi sehingga daging empuk)
4. Masukkan chicken cube...garam dan gula secukup rasa....masukkan jugak asam keping...biarkan kuah agak pekat sedikit....akhir sekali masukkan hirisan cili dan celery...kacau sebati...siap dah...tutupkan api... 


Selamat mencuba!

Monday, May 30, 2011

Udang Ketak Goreng Bertelur

Assalamualaikum...

Kali ni nak kongsi masakan yang baru pertama kali dicuba.  Sebenarnya dah lama nampak kengkawan masak Udang Ketak... Antaranya ialah... blogger Ita Masam Manis dan CT Faridah yang MaDiHaA kenali di alam Fotopages tak lama dulu.  Cik Mat Gebu pun pernah bercerita pasal kebaikan udang ketak ni.  Terdapat juga versi udang ketak saiz yang agak besar yang kawan2 pernah masak seperti di blog Diana dan blog Hazila. Memang belum pernah mencuba  masak atau makan udang ketak saiz kecil atau besar... & keinginan untuk merasa tu memanglah ada.  Cuma masalahnya... jarang2 ternampak udang ketak dijual kat kedai2 yang biasa aku beli lauk2 basah & sayuran.  Baru2 ni berkesempatan pegi ke pasar malam.. ternampaklah satu gerai ikan yang menjual udang ketak ni.. Walaupun saiznya tak begitu besar.. tapi tetap jugak teringin nak beli.. Terus mintak hubby belikan satu longgok.. Rasanya selonggok tu anggaran 800 gm ~ 1 kg kot.. Udang ketak dengan nama saintifiknya Hemisquilla ensigera (Odontodactylus sp.).. ada juga yang memanggilnya dengan nama yang lain seperti udang kertak, udang gertak, udang lipan & udang mentadak.


Bila dah beli tu.. tak reti pulak nak menyiang udang tu.. maka ku gogel2 ler kat internet.. terjumpalah satu blog yang ada mengajar cara2 yang betul nak menyiang udang ketak ni.. Kalau nak tau cara2 menyiang udang ketak dengan betul.. silalah ke blog Mimieziss ini yer.  Jika cara menyiangkannya betul.. nak makan pun senang.. Terima kasih kepada Mimie yang sudi mengajar cara2 yang betul menyiang udang ketak ni.

Terima kasih jugak pada Hana Memories untuk resepi yang ku adaptasi dari resepi Ketam Goreng Bertelur ni yer.  Tapi maaf ye sebab ada sikit ubai suai kuantiti bahan2 ikut selera aku.. Ramai yang kata isi udang ketak lebih sedap dari udang biasa & juga ketam.  Mungkin jugak kot.. tapi yang tak bestnya sebab isinya tak begitu banyak macam makan udang biasa.  Ada yang mengatakan untuk mendapatkan udang ketak yang isinya penuh.. kena beli semasa bulan penuh sama seperti membeli ketam jugak.. barulah isinya banyak & penuh.. Wallahualam.. Jom tengok resepinya!
 Rupa udang ketak sebelum disiang & dimasak

Udang Ketak Goreng Bertelur
Adaptasi dari resepi Ketam Goreng Bertelur Hana@hanamemories
Source: Kak Zai @Dapurcomelku
Thanks both of u!

Bahan-bahan

800 gm ~ 1 kg udang ketak
   
Bahan Sos

*1 biji bawang besar saiz sedang
*2 ulas bawang putih
*1 inci halia - bahan * tumbuk@kisar
4 sb cili kisar
2 sb sos tomato
3 sb sos cili
1 sb sos tiram
1 biji telur
Garam dan gula
Hirisan daun ketumbar

Cara-cara

1. Udang ketak disiang & cuci bersih (rujuk SINI untuk panduan menyiang udang ketak)
2. Panaskan minyak. Tumis bahan2 kisar & cili kisar hingga naik bau.
3. Masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram serta air sedikit. Perasakan dengan garam dan gula jika suka.
4. Masukkan udang ketak dan gaul mesra. Biar sehingga udang ketak bertukar warna.  Kecilkan api, kocok2kan telur dan dalam mangkuk kecil dan tuang ke atas udang ketak tadi. Gaul sebati sehingga telur masak.
5. Angkat dan taburkan hirisan daun ketumbar. 





Selamat mencuba!

Saturday, May 28, 2011

Kari Ayam Alif

Assalamualaikum...

Cuti sekolah dah bermula... anak2 dah sibuk tanya nak kemana cuti sekolah ni... haii anak2 tersayang... ayah & ibu takde bajet nak pegi jalan2 makan angin lah wahai anak... bajet ayah dengan ibu hanya nak balik kg aje jenguk tokma & opah kat kg... Lagipun.. buat masa ni ayah masih sibuk dengan projek kat kg yang belum siap2 lagi tu... banyak belanja yang diperlukan ke arah itu...  itupun untuk masa depan kita jugak... harap anak2 ibu semua mengerti... 


Oklah.. untuk hari ni.. kongsi gambar sajalah ye.  Tiada resepi sebab Kari Ayam ni aku guna Kuah Kari Daging Alif yang dapat percuma.  Dah lama dapat paket kuah kari ni sebenarnya.. takut pulak expired.. jadi kita masak jelah.. Sangat mudah & rasanya pun sedap.  Paket kuah kari ni dapat masa aku membeli 2 ekor Ayamas untuk santapan keluarga tak lama dulu.  Kebetulan masa pegi tu.. outlet Ayamas tu menyambut 1st anniversary kedai  mereka kat situ... maka dapatlah goodies bag yang diisi dengan macam2 benda dalam tu.. Tak pasti pulak semua customer diberi atau disyaratkan kepada customer yang berbelanja sekian2 jumlah.  Sebab masa tu selain beli 2 ekor ayam.. ambik juga beberapa barangan lain jugak.. Terima kasih Ayamas! 


Sangat mudah gunakan paket kuah kari ni.. hanya tambah air, ayam, kentang & terung.. Maka siaplah sudah kari ayam yang setanding dengan kari yang dimasak sendiri.

Ini goodies bag yang aku dapat tempohari... ada air tin berkarbonat, air jambu dalam botol, madu sachet, mocha latte sachet, susu kambing sachet, kuah kari dan lain2 lagi termasuk kalender kecil..

Kuah kari yang digunakan... sesuai untuk ayam atau daging..

Friday, May 27, 2011

Beetroot Butter Cake

Assalamualaikum..... bersua lagi kita yer... rajin pulak nak mengupdate hari ni.. ni kira ganti yang semalam tak berupdate ler ni... haha..


Kali ni.. masukkan resepi kek pulak yer.. Kek mentega yang dah lama teringin nak mencuba.  (buat pun dah lama jugak ni) Masa ronda2 pasar PJ tempohari.. terjumpalah beetroot ni yang dah lama dicari2.. Kedai2 biasa memang agak payah nak jumpa.  Kalau ada pun kat pasaraya2 besar.  Tak munasabah nak cari satu barang nak masuk pasaraya besar.. wat malu le pulakkan.. hehe.. So masa masuk Pasar Besar PJ tempohari.. dapatlah cari benda ni yang kebiasaannya kat gerai2 Cina aje yang ada jual benda ni.. Maka menjadilah projek yang dah lama sangat nak dicuba.  

Alhamdulillah.. kek ni sangat sedap!  Mungkin ada sikit kesamaan rasa dengan Carrot Cake.. tapi Beetroot Butter Cake ni lebih terasa sedapnya mungkin disebabkan kehadiran serbuk hazelnut tu (walaupun MaDiHaA ganti dengan badam...hehe)  Tapi yang kurang memuaskan sebab kek ni nampak agak berminyak (oily) dibahagian bawahnya.  Tak taulah kalau2 tekstur butter cake memang macam tu.  Nampak gambar dalam majalah tu sangat perfect.  Tapi bila dibuat sendiri nampak bahagian bawahnya agak berminyak sikit.  Dari segi rasa memang the bestlah!  Lebih sedap lepas dibiarkan semalaman.  Sapa2 yang nak merasa.. sila2lah buat nanti ye... kat bawah tu resepi yang dah MaDiHaA terjemahkan..

Thanks to Kevin Chai untuk resepi beliau...



Beetroot Butter Cake
Resepi : Kevin Chai (dari buku I Love Butter Cake)
Sumber & diterjemah oleh : MaDiHaA a.k.a Ratna

Bahan2
200 gm butter (mentega)
150 gm marjerin (rasanya boleh kurangkan sikit sebab MaDiHaA dapati kek agak berminyak..)
250 gm gula kaster (MaDiHaA guna 200 gm je)
¼  tsp garam
5 biji telur
200 gm parutan beetroot (sila rujuk gambar beetroot)
220 gm tepong gandum
100 gm serbuk hazelnut (MaDiHaA ganti dengan badam kisar)
1 tsp baking powder
½ tsp soda bikarbonat
1 tsp esen vanila (ini MaDiHaA tambah)


Cara2 Menyediakannya
1. Ayak tepong bersama baking powder & soda bikarbonat.  Gris loyang 8 inci dan alas dengan baking sheet.  (MaDiHaA gris loyang & tabur tepong gandum.. kemudian buangkan lebihan tepong) Panaskan oven 180C.
2. Pukul mentega, marjerin, gula & garam sehingga kembang & ringan.
3. Tambah telur sebiji demi sebiji sambil dipukul rata. (Jangan masukkan telur sekaligus). Masukkan esen vanila & pukul lagi.
4. Guna spatula & masukkan parutan beetroot & kacau rata.  Masukkan tepong & serbuk hazelnut sikit demi sikit sambil dikaup balik. 
5. Masukkan dalam loyang yang disediakan & bakar lebih kurang 50 minit atau sehingga kek masak.

Rupa kek selepas diterbalikkan.. nampak jalur2 parutan beetrootnya..

Nota MaDiHaA : Kek lebih sedap dimakan bila disimpan semalaman.



Selamat mencuba!

Paceri Mangga

Assalamualaikum...

Semalam tak dapat bersiaran kerana tak berapa sihat.. MC & berehat secukupnya kat rumah.  



Untuk hari ni.. update resepi yang dah lama dibuat.  Nak menghabiskan mangga muda lebihan buat kerabu tak lama dulu.. Maka terjadilah Paceri Mangga ni.  Dah lama teringin nak mencuba buat paceri/pajeri dari buah mangga.  Memang belum pernah buat sebelum ni.  Bagi mereka yang suka masam2 bolehlah mencuba.  Walaupun kuahnya secukup rasa masin & manisnya.. tapi masa 'menggonggong' buah mangga tu.. memang serius berkerut2 muka menahan masam... hehehee... Lepas ni kalau jumpa buah kedondong muda.. nak cuba pulak buat paceri dari buah kedondong.  Hidup ni hanya sekali.. jadi kita cuba masak apa yang belum pernah dicuba.. selagi ianya halal & tak memudaratkan diri... hehehe..

Ok.. ini resepinya jika ada yang nak mencuba.. Terima kasih Kak Yati yang sudi berkongsi resepi ni.. Mintak izin kongsi kat blog MaDiHaA pulak ye..!  Kalau tak silap.. Kak (Chef) Hanieliza pun pernah berkongsi resepi paceri dari buah mangga ni tak lama dulu..




Paceri@Pajeri Mangga
Resepi : Kak Yati (Resepi asal dari : Bonda Kak Yati)
Sumber : MaDiHaA a.k.a Ratna

Bahan-bahannya:


Bahan penumis
2 kuntum bunga lawang
1 batang kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

5 ulas bawang merah }
2 ulas bawang putih } Bahan2 ini ditumbuk atau dikisar halus
1 cm halia }
1 paket kecil rempah kari
Sedikit ikan bilis (MaDiHaA ganti udang kering ~ dikisar dgn bwg2)
2 sudu makan kerisik (MaDiHaA guna kerisik buat sendiri)
1/2 cawan air
2 cawan santan
8 biji mangga telur (yang masih muda)
Sedikit minyak untuk menumis
Garam dan gula secukupnya.

Cara-caranya:

1. Mangga telur hendaklah dikupas kulitnya. Cucuk-cucukkan mangga tersebut dengan garpu. Ini ialah untuk membuangkan sedikit masamnya dan membolehkan kuah paceri meresap ke dalam buah tersebut. Celur sebentar buah mangga tersebut dan toskan airnya. Jangan terlalu lama kerana buah mangga akan jadi lembik dan hancur, Masam buah mangga ini akan keluar sedikit apabila dicelur.
2. Tuangkan sedikit minyak ke dalam periuk.
2. Setelah minyak panas, tumiskan bahan penumis hingga wangi.
3. Masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk dan digaul dengan rempah kari dan ikan bilis. Sebaik-baiknya ikan bilis selepas dibasuh diramas2 baru dicampurkan dengan rempah kari dan bahan2 tumbuk. Tumis sehingga agak garing dan masukkan setengah cawan air.
4. Masukkan kerisik, garam dan gula dan kacau sehingga mendidih.
5. Masukkan dua cawan santan dan kacau sehingga mendidih dan kuah menjadi pekat sedikit.
7. Selepas itu barulah dimasukkan mangga yang telah dicelur tadi.
8. Rasakan garam dan gulanya sekali lagi. Lauk ini perlu dilebihkan gula bagi menyeimbangkan rasa masam buah mangga. Selepas mendidih bolehlah ditutupkan apinya.  


Selamat mencuba!

Wednesday, May 25, 2011

Kembong Tauchu Dengan Kacang Panjang & Petai

Assalamualaikum & selamat petang...
Hari2 memasak kadang2 sampai tak tau nak masak apa.  Bila takde perancangan awal nak masak apa..  makanya...kita tengok ajelah apa yang ada dalam petiais... & hasilnya jadilah begini........
 

Kembong Tauchu Dengan Kacang Panjang & Petai
Resepi : MaDiHaA a.k.a Ratna
Bahan2
2 ekor ikan kembong saiz besar
garam & serbuk kunyit (untuk goreng ikan)
6 urat kacang panjang ~ kerat 2 inci (actually.. MaDiHaA letak lebih sebab nak habiskan kacang panjang yg ada dlm esbox)
3 ~ 4 papan petai ~ kopek kulit & belah 2
1 labu bawang besar ~ hiris memanjang
3 ulas bawang merah ~ dihiris
2 ulas bawang putih ~ dihiris
1 inci halia ~ hiris nipis batang mancis
5 biji cili padi ~ diketuk
3 biji cili hijau ~ dihiris
2 sudu besar taucu kasar
1 keping asam gelugur
sedikit aji
sedikit gula
air anggaran 1 cawan atau lebih
minyak masak

Cara2 menyediakan
1. Ikan dicuci bersih, dikelar & dilumur garam & serbuk kunyit.  Goreng ikan (tak perlu garing sgt.) angkat & ketepikan dulu.
2. Panaskan minyak yang lain dalam kuali, tumiskan bawang putih, bawang merah, halia, cili padi & bawang besar hingga layu & wangi.  Masukkan air, taucu & asam gelugur. Biarkan mendidih.
3. Masukkan kacang panjang, petai & cili hijau.. kacau hingga kacang & petai layu & lembut.  Masukkan ikan, gula & aji.  Balik2kan ikan & pastikan kuahnya secukup rasa.  Tak perlu tambah garam kerana tauchu dah cukup masinnya.  Bolehlah dihidang dengan nasi panas & lauk pauk yg lain.


Selamat mencuba!

Tempahan puding lagi...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah.. dapat lagi tempahan puding marbel.  

Yang ini tempahan dari AJK Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz, PJ baru2 ni semasa masjid buat Karnival Kesihatan yang aku ceritakan baru2 ni.. Puding ni salah satu pencuci mulut selain buah tembikai.. ada lagi makanan lain yang disediakan tapi itu makcik ku yang masak... Makanan yang dihidang ni khas untuk tetamu VIP & juga AJK yang bertugas saja.. para hadirin takde makanan disediakan yer.. hehehe.. cuma boleh merasa makanan yang dimasak semasa demo masakan aje.. 



Yang kat bawah ni pulak.. tempahan 2 tray puding untuk Nutrimetic lagi... macam biasalah.. tempahan diterima dari makcikku sendiri.. hehee.. Nutrimetic menempah makanan dari makcik.. & makcik sub kan bahagian pencuci mulut kepada aku.  Puding kegemaran staff N.metics... dah beberapa kali dorang order puding ni..  alhamdulillah.. rezeki...


Tapi tengoklah kejadiannya! Nasib baiklah puding ni nak dipotong2 terus.. kalau customer order sebuku mcm tu.. haru jadiknya.. ni gara2 masa nak memarbelkan puding ni tiba2 ada pulak orang datang ketuk pintu & bagi salam.. Puding ni kalau nak buat mesti nak kena segera, pantas & tuntas.. tak boleh ada gangguan sebab puding ni cepat mengeras. Selain ada orang datang.. si kecik pun sibuk jugak nak 'membantu'... Bila dah ada gangguan.. beginilah jadiknya.... sabar ajelah... takpelah.. janji rasanya sedapp..


 Terima kasih pada yang menempah.

Tuesday, May 24, 2011

Sambal Tumis Sotong Kembang

Assalamualaikum...
Quick update ye hari ni... tak sempat nak berceloteh panjang.. terus je ke resepi yang ringkas tetapi sedap ni.. Sambal Tumis Sotong Kembang sedap dihidangkan bersama nasi lemak atau nasi putih... Jom tengok resepi...



Sambal Tumis Sotong Kembang
Resepi : MaDiHaA a.k.a Ratna

Bahan2
500 gm /2 ekor sotong kembang ~ dipotong kecil, basuh & tos
3 sudu besar gula
garam secukup rasa
aji (jika perlu)
1 sudu kecil (penuh) asam jawa ~ diramas dengan sedikit air ambil jusnya
minyak secukupnya untuk menumis

Bahan dikisar halus
20 tangkai cili kering ~ dikerat & rebus kejap
5 ulas bawang merah
1 biji bawang besar saiz sedang
2 ulas bawang putih
½ sudu kecil belacan (dilayur/bakar kejap)
2 biji buah keras
 

Cara2 Menyediakan
1. Panaskan minyak lalu tumiskan bahan2 kisar & kacau2 tumisan sehingga garing, wangi & terbit minyak.  
2. Masukkan gula, air asam jawa & sotong. Masak sehingga sotong lembut sambil dibalik2kan.  Jika perlu boleh tambah sedikit air.  Masukkan garam & aji secukup rasa. Biar sehingga kuah agak pekat.  Pastikan secukup rasa & bolehlah dihidangkan bersama nasi putih atau nasi lemak.



Selamat memasak!

Monday, May 23, 2011

Lemak Cili Padi Pucuk Ubi dengan Telur Tebu

 
Assalamualaikum...
Bersua lagi di petang Isnin.. Agak keletihan pagi tadi nak bersiap ke tempat kerja.  Mungkin kepenatan sebab sibuk melayan anak2 semasa xtvt di masjid berhampiran rumah makcik semalam.  Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz, PJ mengadakan Karnival Kesihatan & banyak acara yang diadakan seperti pertandingan mewarna bagi kanak2 (2 kategori), treasure hunt, pertandingan bayi sihat, demo masakan, pusat derma darah, pemeriksaan kesihatan percuma & juga jualan pelbagai barangan kesihatan & lain2.  Tak ketinggalan.. sepupuku Ida Marlida pun turut buka gerai kat situ menjual tudung2nya tu.. hehe..

Mr. Hubby kerja.. jadi hanya aku yang pergi.  Bawak anak2 seawal 8 pagi ke masjid.  Rupanya ada goodies beg untuk 100 pengunjung terawal.. Rezeki.. Anak2 bukan main seronok lagi... bertemu pulak dengan ramai rakan2 sebaya mereka.. apalagi.. berlari sana sinilah jawabnya.  Itu yang buat penat sebab dok main kejar2 dengan dorang tu.. mujur ada kazen2 yang turut ikut.. bolehlah sama2 pantau budak2 tu. Yang bestnya.. kebanyakan acara dibuat dalam dewan berhawa dingin.. jadi.. pengunjung semua tentunya selesa & takdelah kepanasan walaupun dalam cuaca yang panas.  Kakak Dini masuk acara treasure hunt (soalan klu semua dalam tulisan jawi) & Abang Haziq pulak masuk acara mewarna.  Dua2 tak menang apa2.. dapat saguhati aje.. hehehe.. takperlah..  itupun dah seronok anak2 dapat goodies bag. 

Oklah... dah panjang benor melalut.. cerita pasal Karnival Kesihatan berserta gambar2nya nanti akan ku ceritakan dalam fotopages ku.. cuma bukan skrg.. lambat la sikit..  Oklah jom tengok menu utk hari ni.. Alhamdulillah dapat lagi makan telur tebu walaupun hanya dapat 3 batang je.  Jadilahkan.. Sebenarnya dah lama dah masak lauk ni.. nak update asyik tertunda2.. sebab malas nak tulis resepi.. hehe.. Telur tebu tu dapat dari  pokok tebu kat rumah ma masa balik kg tak lama dulu... untuk pengetahuan.. telur tebu hanya boleh didapati dari pokok tebu yang tersendiri.  Batang tebunya bersaiz halus & takde air macam tebu yang biasa dimesin airnya tu.  Asyik je lupa nak snap gambar pokok tebu yang mengeluarkan telur ni.. hehe.. cuma gambar telur tebu je yang aku ada ambik..

Telur tebu yang masih berkulit.. kulitnya seakan2 kulit jagung


Telur tebu yang dah dikopek kulitnya.. isinya seakan2 cauliflower

Lemak Cili Padi Pucuk Ubi dengan Telur Tebu
Resepi : MaDiHaA a.k.a Ratna

Bahan2
2 cekak/ikat pucuk ubi
3 ~ 4 batang telur tebu (seperti dalam gambar) ~ kupas kulit & dipotong
2 1/2 cawan santan pekat
tambah air secukupnya untuk kuah (tak perlu byk nanti kuah cair)
sejemput ikan bilis dikopek/ udang kering# ~ cuci & rendam kejap
6 ulas bawang merah#
2 ulas bawang putih#
20 - 25 biji cili padi# (terserah anda nak pedas atau tak)
2 inci kunyit hidup#
2 batang serai ~ dititik
1-2 sudu kecil serbuk kunyit (bergantung berapa kuning yg kita nak utk gulai tu)
1 keping asam keping
garam & serbuk perasa secukup rasa

Cara menyediakan
1. Pucuk ubi disiang. Ambil bahagian lembut & digetus/diputuskan dua. Bahagian pucuk sekali terus je patahkan kat bahagian batangnya yg lembut tu. Rebus pucuk ubi bersama air hingga lembut. Cara nak uji dah lembut atau tak.. ambil pucuk ubi tadi lalu koyakkan. Jika masih keras sambung rebus lagi. Bila dah lembut padamkan api & toskan airnya.
2. Tumbuk bahan2 bertanda #. Dalam satu periuk masukkan bahan2 tumbuk, serai, asam keping, santan, serbuk kunyit & garam secukupnya. Didihkan kuah hingga mendidih sambil selalu dikacau. Buangkan asam keping tadi kemudian masukkan pucuk ubi dan tambahkan air ikut keperluan. Jangan terlalu byk air nanti kuah jadi cair. Masak lagi hingga agak pekat.
3. Bila pucuk ubi dah mesra dengan kuahnya.. tambahkan bahan perisa dan masukkan telur tebu. Masakkan sekejap lagi hingga telur tebu nampak empuk. Tak perlu lama kerana telur tebu cepat lembut. Bila dah secukup rasa bolehlah dihidang bersama nasi putih & ikan masin.


Selamat Mencuba!

Saturday, May 21, 2011

Kacang Phool lagi.....

Assalamualaikum....

Menu di hari cuti.... kalau hari kerja.. tak sempat ler nak sediakan yang remeh temeh gini... Tapi ni bukan menu pagi ni... entah bila punya sampai kelupaan.. hahaha.. Sebenarnya ni nak menghabiskan satu tin lagi kacang phool yang dibeli tempohari sebelum ianya tamat tempoh.. hehehe... 



Kalau nak resepinya bolehlah klik kat SINI yer..

Selamat berhujung minggu...

Friday, May 20, 2011

Kayu Keramat


Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua...


Pagi tadi.. sedang asyik dengan kerja2 di ofis.. tiba2 handphone berbunyi.. bila dijawab.. kedengaran suara kakak Dini bercakap teresak2 dalam tangisannya membuatkan aku tak berapa faham apa yang dikata.. Bila ditenangkan suruh cakap elok2.. barulah dia cakap elok sikit.. rupa2nya.. dia dipanggil oleh guru disiplin kat sekolahnya tu sebab guru tu menyangkakan yang rambutnya diwarnakan... Selain dia.. ada 2 orang lagi murid yg dipanggil. Alahaiii.. cikgu ni.. buat gempak ajelah... Bila masa pulakla aku bawak anak masuk saloon & warnakan rambut bagai.. sedangkan aku ibunya pun dah bertahun2 tak masuk saloon... gaji dapat bulan2 pun seakan2 tak cukup.. buat apalah nak membazir2 duit nak warnakan rambut anak pulak? Takde maknanya.. hehehe.. 

Ini yang payah bila ada genetik rambut perang.. hehehe.. Sebenarnya.. rambut kakak Dini sememangnya perang sejak lahir lagi... masa dia kecik2 dulu lagi ketara warna perangnya sampaikan tiap kali keluar jalan2.. ramai yang akan tanya.. ehh.. akak warnakan ke rambut dia? Sampai naik penat nak jawap.. hehe... Kesinambungan dari panggilan telefon dari kakak Dini tadi.. terpaksalah ibunya ni pegi ke sekolah.  Tapi sebelum tu.. siap ibu balik ke rumah dulu untuk ambil beberapa foto kakak dini masa kecik2 dulu untuk tunjukkan kat cikgu disiplin tu sebagai bukti yang rambut anakku itu memang perang semulajadi.. alahaiii.. cikgu... cikgu.... Hmm.. apa2pun.. dah selesai segala masalah.. Thanks bos bagi pelepasan... & thanks gak ngan kazenku Naknie yang sudi meneman...

Sebabkan keluar tadi.. maka dengan itu.. tak dapek ibu nak BW & mengupdate blog lebih awal lagi.. hahahaha... 



Oklah.. tutup kisah anakku pagi tadi... Kita cerita pasal masakan pulak.  Tengok Izah pos entry Cakoi semalam.. baru teringat kat 'Kayu Keramat' yang aku buat tempohari... Cakoi dengan Kayu Keramat ni sedikit berbeza walaupun kelihatan serupa.  Cakoi lebih lembut & ringan, manakala Kayu Keramat agak padat & berat sikit.  Makan sikit pun dah terasa kenyang.. heheh... Kayu Keramat ni mungkin ada sikit persamaan dengan 'Cok Bantal' atau 'Pak Tongko' yang popular kat belah2 Utara tu.. Cuma bezanya.. di Trengganu dikenali sebagai Kayu Keramat (sebutannya Kayu Keramak/Khamak.. kadang2 aku panggil roti khamak.. hehe..)

Resepi ni dari makcikku yang berada di Dungun tu.  Atas permintaan aku..  Nur Mariah  sepupuku pun merajinkan diri ambik gambar & berkongsi resepi  tersebut kat dalam FPnya.  Terima kasih moksu & Mariah!  Sejak dah dapat resepi ni... puas makan.. Kalau tak.. kena tunggu moksu datang PJ atau kami balik Dungun baru leh merasa Kayu Keramat. hehehe... Tak silap aku.. kat Trengganu pun dah ada yang jual Kayu Keramat Frozen.. tapi aku tak pernah beli lagi.. lagipun dah pandai buat sendiri ni.. lebih baik buat sendiri.

Jom tengok resepinya..


Kayu Keramat
Resepi : My auntie & Nur Mariah
Sumber : MaDiHaA a.k.a Ratna

Bahan2
500 gram tepung gandum
1 camca teh soda birkabonat
1 camca teh yis segera (mauripan)
6 camca makan gula
1 camca makan planta
300ml air suam 

(Gambar lama di Fotopages ku)

Cara2 Menyediakan
1.Yis segera dibancuh dgn sedikit air suam tadi dan biarkan yis kembang seketika
2. Bancuh gula dengan air lebihan membancuh yis tadi.
3.Tepung digaulkan dgn planta sehingga sebati kemudian masukkan soda bikabonat dan gaul rata.
4.Kemudian masukkan air gula & yis yg dibancuh td.
5.Uli sehingga doh sebati dan biarkan doh mengembang 1 kali ganda (anggaran dlm 1jam camtu lah)
5. Gorenglah spt dlm gambar tu hingga kuih bertukar warna coklat & hidangkan bersama teh panas atau dicicah dengan lebihan kuah gulai semalam.

Nota MaDiHaA :  Buat kali ni MaDiHaA uli menggunakan BM.. jadi ikut arahan menguli dari BM lah yer...  Dohnya memang agak lembut (mcm adunan cakoi yg biasa org buat tu).  Jadi masa nak menggoreng/mencanai.. kena guna banyak tepong supaya doh tak melekat kat tangan. Jika uli dengan tangan & rasa susah nak uli.. bolehlah tambah sesudu dua tepong yer.. Tapi gambar doh yg ku uli kat atas tu aku uli dengan tangan aje tu.. sebab tu gambar lama.. yang aku buat buat ni aje uli dengan BM. Harap Maklum!


 Cicah dengan sambal lebihan pun sedap... actually ni gambar lama masa aku update kat FP aku dulu.. masa ni goreng ikut cara tradisi main tarik2 mcm dlm gambar tu... manakala yang aku baru buat tu.. aku canai2 & potong2 then goreng.. sebab tu bentuknya tak sama...


 Ini aje yang sempat diselamatkan utk ambik gambar... hihi...

Selamat mencuba!

Thursday, May 19, 2011

Tumis Ketam Berserai


Assalamualaikum & selamat petang semua...

Agak sibuk sikit pagi tadi... tak sempat nak update blog.  Tapi masih sempat terjah blog kawan2 kejap tadi.. itupun secara random ajer... Maaf ye kalau tak sempat nak melawat semua blog kawan2... nanti ada masa MaDiHaA BW kat 'rumah' kawan2 yang lain pula...

Ni baru je lepas lunch.. hari ni tapau kuetiau goreng ajer.. Tengok Kak Ummi dok tayang kuetiau goreng tersentap tadi.. terus tersentap ku dibuatnya.. hehehe.. bukan tersentap apa.. tersentap terasa nak makan.. kwangkwangkwang... Oklah... untuk resepi kali ni.. nak share resepi mudah & ringkas aje ni.  Tapi yang penting.. sangat sedap sehingga habis kuahnya dihirup dek anak2.. hehe.. Kalau nak sedap lagi cili padi mesti nak kena ada.. tapi kali ni aku terpaksalah skip memandangkan ada dua budak kecik yang masih belum boleh makan pedas2 ni... Kesian pulak kat dorang.. macam biasalah.. ayah ibu kena byk mengalah..

Sabtu lepas.. sempat pegi pasar besar PJ sebab hantar kakak Dini yang bersekolah ganti.  Itupun sebab tumpangkan dua orang budak kecik tu kat rumah makcik sekejap.. jadi bolehlah ibunya meronda pasar kejap.  Kalau budak2 tu ikut... memang takde maknanya nak masuk pasar tu.. dahla licin sana sini.. memang tak sesuai langsung bawak budak kecik dalam pasar.  Itulah dia setelah bertahun tak masuk pasar besar PJ.. akhirnya Sabtu lepas dapat jugak melepaskan rindu.. sampai ada kakak2 & abang2 yang tegur lama tak nampak muka. Hmm.. bila dah masuk pasar tu.. ada ler benda yang dah lama diidam2kan boleh dapat kat situ.. Adalah beli sikit2 benda yang agak payah nak jumpa kat kedai2 lain.  Antaranya ketam ni lah.. Sebenarnya kat kedai lain ada juga dijual.. tapi serik nak beli sebab pernah terkena yang tak fresh.. Lagipun.. jarang jumpa ketam yang besar2 kalau kat kedai.. yang ada semua kecik2 jer.... tak semangat nak masak sebab dok teringat kang wat penat je kopek ketam kecik2 sebab isi sikit. Kali ni nampak ketam saiz besar... terus rembat 4 ekor.  Bila timbang.. mak oii.. 1.7 kg beratnya.. tapi takpelah.. puas hati makan sebab isinya banyak..

Oklah.. sebabkan ketam ni dah banyak kolesterol... tak perlu ler nak tambah kolesterol dengan santan2 bagai.. kita masak tumis ajelah yer.. resepi sihat pulak kali ni.. Jom tengok resepinya..!


Tumis Ketam Berserai
Resepi : MaDiHaA a.k.a Ratna

Bahan2
4 ekor ketam saiz besar (berat anggaran 1.7 kg yg MaDiHaA masak ni) cuci bersih & kerat 2 setiap ekor
1 biji carrot ~ potong baji (atau terap bunga2 kalau nak cantik mcm yg Kak Nor selalu buat tu.. MaDiHaA ni nak ekspress je hehe..)
1 biji tomato ~ potong 4
1 biji bawang besar ~ dihiris memanjang
2 hirisan lengkuas
1 cm halia ~ hiris nipis
5 batang serai ~ diketuk
5 ~ 6 biji cili padi ~ diketuk (kali ni MaDiHaA skip sebab kesian kat anak2 nak makan)
4 cawan air
garam secukup rasa
aji jika suka
sedikit minyak masak

Bahan dikisar
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih

Cara2 menyediakannya
1. Panaskan minyak masak lalu tumiskan bahan kisar & tumis sehingga wangi.  Masukkan hirisan bawang besar, halia, lengkuas & serai.  Biarkan sehingga terbit minyak & bangkit baunya.
2. Masukkan air, ketam, carrot, cili padi, garam & aji.  Biarkan air mendidih.  Sesekali dibalik2kan ketam biar ia masak rata.  Rasakan biar kuahnya secukup rasa. Akhir sekali masukkan tomato & balik2 sekejap lalu padamkan api.
3. Siap sedia untuk dihidangkan bersama nasi putih & lauk pauk yang lain.


Selamat mencuba!

Wednesday, May 18, 2011

Puding Mangga dengan Sos Vanilla


Salam & bertemu lagi di petang hari... 

Sementara ada masa terluang sikit ni.. update dulu pencuci mulut yang dibuat minggu lepas.  Dek kerana cuaca yang begitu panas.. teringin pulak nak makan yang sejuk2.  Lagipun.. mr. hubby dok beli buah mangga terlampau banyak.. sampai budak2 ni naik jemu nak makan termasuk ler ibunya sendiri... Jadi  ibunya pun rajinkan diri godek2 puding ni sebagai pencuci mulut sebab teringin nak makan jenis puding berkuah.  Dah lama benor tak makan... Puding ni kalau makan macam tu je tak berapa ummphh.. mesti kena ada sosnya juga... sosnya tu kemanisan ikut tekak masing2 ye... kuantiti gula tu dah ingat2 lupa letak berapa sudu...  tu main agak2 je.. so pandai2 ejas kemanisan sosnya ye.. biar terasa manis sikit... Puding ni actually aku masak sebelah malamnya.. esok pagi barulah masukkan dalam tupperware bawak bekal ke opis sebagai dessert..   Dapat jugak bagi kat pengasuh anak sekali.. Gambar2 ni pulak.. balik dari kerja tu barulah sempat diambil.. hehehe...

Jom tengok resepi ringkas ni...


Puding Mangga Dengan Sos Vanilla
Resepi : MaDiHaA a.k.a Ratna

Bahan2 Puding
665 ml santan sederhana pekat
400 ml air
100 gm tepong kastard
80 gm gula
200 gm isi mangga (tanpa kulit & biji)
sedikit pewarna kuning jika perlu 


Bahan2 Sos Vanilla
1 tin susu sejat
1 tin air (sukat dengan tin susu sejat)
1 tsp esen vanilla
3 tbsp tepong jagung
6 tbsp gula (kemanisan ikut selera sendiri ye!)


Bahan Sampingan
Hirisan buah2an kegemaran 
(MaDiHaA guna mangga & kiwi.  Boleh guna buah peach dalam tin, strawberi, laici & lain2 juga)



Cara2 menyediakan Puding
1. Kisar isi mangga dengan sebahagian air jadikan puri halus.
2. Bancuh tepong kastard dengan lebihan air lalu tapiskan ke dalam kuali.
3. Masukkan puri mangga, gula, santan dan esen vanila.  Titiskan sedikit pewarna kuning jika suka. Kacau kastard menggunakan whisker tanpa henti dengan api perlahan sehingga kastard menjadi pekat & nampak berkilat2.
4. Tuangkan ke dalam acuan kegemaran.  Biarkan sehingga sejuk kemudian masukkan ke dalam peti ais sebelum dihidang.


Cara2 menyediakan Sos Vanila
1. Bancuh tepong jagung dengan sedikit air lalu tapiskan ke dalam periuk.  Campurkan kesemua bahan2 lain lalu masak sos dengan api perlahan sehingga gula larut & sos masak sepenuhnya.  Sejukkan sebelum hidang.
2. Hidang puding mangga dengan sos vanilla beserta hirisan buah2an kegemaran.



Selamat mencuba!

Mee Goreng Anakanda

Assalamualaikum & selamat pagi semua...

Pagi ni pos resepi ringkas sajalah... masak untuk sarapan kami sekeluarga.  Gunakan nama Mee Goreng Anakanda tu sebab mee ni tak pedas & khas utk anakanda yang tak tahan makan pedas... Macam nilah kalau nak bagi semua orang dalam rumah dapat makan.. ibu dengan ayah kenalah mengalah.. kalau masak pedas2 nanti 2 orang budak dalam rumah tu tak boleh pula nak menumpang.  Yang benornya.. ibunya ni yang malas nak goreng 2 jenis/versi.. hehehe... Ahh.. biasalahkan.. hidup ni kena mudah & ringkas... asalkan kenyang perut... Alhamdulillah...  


Actually aku cukup malas nak taip resepi mee goreng versi sendiri.  Sebabnya setiap kali aku menggoreng mee tak pernah stick pada satu2 resepi.  Bahan2 pun main campak2 aje mana yang suka mana yang ada waktu itu.. jadi hasilnya pun tak pernah sama setiap kali menggoreng mee.  Kadang kala sedap, kadang kala agak kureng.. hehehe...  Kali ni je entah kenapa agak rajin mencatit kuantiti bahan2 yang digunakan masa menggoreng mee baru2 ni.. So layan jelah resepi ringkas ni ye...

Mee Goreng Anakanda
Resepi : MaDiHaA a.k.a Ratna  

Bahan2
900 gm mee kuning
5 keping fishcake ~ dipotong2
1 cawan isi ayam
3 ekor sotong ~ dipotong2
suku biji kobis saiz besar ~ dihiris halus (boleh juga nak ganti dengan taugeh)
1 batang carrot ~ disagat kasar
2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap pekat
2 biji telur
½ cawan air

Bahan kisar
1 biji bawang besar (saiz sedang)
2 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 biji cili merah ~ patah2kan
2 sudu besar udang kering

Cara2 menyediakan
1. Panaskan minyak masak lalu tumiskan bahan2 kisar hingga wangi & pecah minyak.  Masukkan isi ayam, fish cake & sotong.  Kacau2 kejap then pecahkan telur.  Biarkan telur beku sikit then barulah dibalikkan. Bila telur masak sepenuhnya barulah dipotong2kan telur dengan sudip.  Tujuan supaya telur jadi berketul2 sikit & tak bercampur dengan bahan tumisan kalau dikacau2 terus.
2. Masukkan air, kobis & carrot. Kacau rata. Masukkan kicap, sos tiram & kicap pekat.  Akhir sekali masukkan mee yang dilerai2kan dan gaul sebati.  Tak perlu tambah garam sebab kicap2, sos tiram & udang kering dah ada rasa masin. Jika anda suka lebih masin.. silalah tambah apa yang patut.

Nota MaDiHaA : Jika guna sayur yg sedikit.... sila kurangkan sendiri kuantiti kicap / sos tiram ye sebab takut mee akan jadi masin pula.  MaDiHaA suka sayur lebih. 


Jom sarapan!

Tuesday, May 17, 2011

Tenggiri Masak Cili Hijau Kurma

Assalamualaikum.....
Bersiaran di hari cuti pula yer... jarang tuan rumah bersiaran di hari cuti kan?  Harap2 lepas ni rajin2lah tuan rumah bersiaran dari rumah pula... (itupun kalau tak sibuklah yer.. hehehe..) Thanks untuk cik abang sayang yang membelikan Laptop sempena Hari Ibu buat isterimu ini tempohari... Doa dari isterimu  ini  tak putus2 mendoakan semoga abang (& kita semua) sentiasa dimurahkan rezeki, sihat & berada dalam peliharaanNYA sentiasa.. Amin...



Ok.. untuk resepi hari ni.. mencuba resepi olahan Kak IlahJY yang dikongsikan baru2 ni.  Kebetulan ada ikan tengiri dalam esbok & berkenan pulak tengok resepi Kak Ilah JY yang menggunakan rempah kurma & halba.  Terima kasih ye Kak Ilah.. mintak izin letak resepi kat sini.. Mintak maaf sebab ada 'derhaka' sikit pada resepi... hehe.. jangan marah ye kak.. MaDiHaA tambah santan & kurangkan sukatan halba & tidak dimesin halus sebab takut terasa pedor.. hehe..


Tenggiri Masak Cili Hijau Kurma
Resepi : Kak IlahJY

Bahan:
6 keping ikan tenggiri
1 biji tomato belah 6 utk masuk dlm kuah 
1 keping kecil asam gelugur (MaDiHaA tambah)
1 sudu kecil halba (resepi asal letak 1 sudu besar & dimesin dengan bawang segala ~ MaDiHaA tak kisar & kurangkan sukatan takot terasa pedor hehe..)
Minyak untuk menumis 
Garam & aji secukup rasa
2 cawan santan sederhana pekat (resepi asal guna air)


Bahan mesin halus:
1 biji tomato
7 biji cili hijau
1 batang serai
1 inci halia
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 sudu besar serbuk kurma

Caranya:
1. Panaskan minyak secukupnya. Tumiskan bahan2 kisar serta halba biji sehingga pecah minyak. 
2. Masukkan ikan, asam gelugur dan tambah sedikit air/santan supaya tenggelam ikan.  Masak sehingga sedikit kering & perasakan dengan garam & aji.  Akhir sekali masukkan tomato tadi, kacau2 kejap bolehlah tutupkan api.

Selamat mencuba!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...