Terima kasih kepada yang sudi follow....

Thursday, September 29, 2011

Apam Jagung Kukus

Assalamualaikum...


Ada lebihan jagung dalam tin baki buat bingka roti berjagung (tak ambik gambar) yang dibawa ke rumah makcik masa dia buat open house baru2 ni... sayang pulak kalau dibiarkan lama2 dalam peti ais.. lama2 mesti rosak... teringat kat resepi Apam Jagung yang dah lama aku print dari fotopages Kak Rinn.... berzaman simpan resepi ni... baru ni lah sempat dicuba... buat 2 adunan terus sebab nampak adunan macam sikit jer...

Thanks ye Kak Rinn untuk resepi ni. Sedap..! lembut jer.. dapatlah jadikan sarapan utk anak2.. ada yang bawak bekal ke sekolah... dapat bagi kat baby sitter sikit, baki makcik jugak... sama2 merasa kata orang...


Jom tengok resepinya...




Apam Jagung Kukus
Resepi : Rinnchan
Sumber : MaDiHaA a.k.a Ratna

Bahan-bahan:
120gm mentega
70gm gula caster
2 butir telur
120ml susu segar atau susu cair
100gm krim jagung
225gm tepung naik sendiri
Kismis hitam utk hiasan (MaDiHaA tak letak pun)

Cara-cara:
1. Pukul mentega dan gula hingga kembang. Gunakan mixer dgn kelajuan tinggi.
2. Masukkan telur sebutir demi sebutir. Pukul hingga sebati.
3. Gaulkan krim jagung dengan sebahagian tepung. Masukkan ke dalam adunan
mentega dan kacau rata.
4. Masukkan susu segar di selang-seli dengan lebihan tepung. Kaup balikkan menggunakan spatula.
5. Sementara itu panaskan kukusan. Balutkan tudung kukusan dgn kain supaya
air dari bhg dalam tudung tidak menitis ke atas apam.
6. Isikan adunan ke dalam acuan yg sesuai, hiaskan dgn kismis hitam dan kukus selama 15 minit. (bergantung saiz acuan.. MaDiHaA kukus 12 minit jer)
7. Sejukkan apam terlebih dahulu sebelum dikeluarkan dari acuan.


Selamat mencuba!

Wednesday, September 28, 2011

Soto Ayam

Assalamualaikum & selamat petang...



Inilah dia Soto Ayam yang digandingkan dengan Bergedil Udang Kering yang aku buat pagi ahad baru2 ni... Gara2 tak puas makan masa Jamuan Sempena Aidilfitri kira2 seminggu sebelum tu... Jadi aku buatlah sekali lagi.. tapi kali ni buat sikit jelah... untuk makan2 keluarga sendiri aje.. sikit2 pun kira  merangkap sarapan & makan tengahari sekalilah.. hehe... Sebelum subuh lagi aku dah bangun siapkan bergedil, masak kuah soto & lain2.  Masa abang balik dari kerja shift malam pagi tu... sarapan Soto dah pun siap! Tapikan.. entah kenapa pagi ahad tu lepas siap masak segala.. tiba2 jer aku pening & pusing2 kepala.. berjalan rasa melayang2 macam nak rebah jer.. Mungkin sebab tak cukup tidor agaknya.. coz malamnya aku siapkan order 2 tray puding dah tidor lewat. Pastu paginya bangun awal pulak... tu yang tak dpt nak turun hantar puding masa Yusmeri datang nak collect tu... terpaksa mintak tolong hubby yang hantarkan.. huhu...

Masa jamuan raya hari tu memang aku tak sempat langsung nak ambik gambar close up soto ayam dalam pinggan... Kali ni barulah aku posingkan dia puas2 sebagai bukti yang aku dah pandai masak soto... kehkehkeh... Punyalah bangga kan.. bertahun2 cita2 nak masak soto selalu terbantut bila dok fikirkan betapa cerewet nak menyiapkan hidangan ni sebab banyak benda nak kena prepare terutama bab nak gentel bergedil & nak carik2kan isi ayam tu.. (serupa jugak dengan nasi kerabu yg byk sgt benda yg nak kena sediakan.. sampai skrg aku tak pernah masak sendiri nasi kerabu!). Tapi rupanya bila dah try buat sendiri... idok ler susah mana pun... yang penting nak kena rajin sikit jer.. Pehh.. nada berlagak aje bunyinyer tu kan..? padahal orang lain dah berkurun pandai masak soto.. kekekeke....

Ok.. yang bawah ni gambar masa jamuan raya hari tu.. masuk sekali lagi ehh... ada bezakan? hehe... Bergedil tu saiz besar sikit dari yang aku buat tu.. yang aku buat ni comel2 jer saiz dia.... Lagi kacang tanah tu pun.. yg dulu aku goreng tak buang kulitnyer... Kali ni sebab masak sikit.. rajinkan diri buangkan kulit dia.. hehe.. Cuma yang serupa ialah sambal kicap & bawang goreng sebab guna yang sama sebab masih ada baki lagi...



Ok.. mari kita tengok resepi Soto Ayam yang sedap ni yer.. Terima kasih pada Yatie untuk resepinya.. Terima kasih juga pada Mas kerana tayang soto yang  buat akak terliur sakan. Juga TQ pada Izah yang dok gembar gemburkan cerita pasal kesedapan soto yang Mas masak tu.. itu yg bikin akak tak sabar2 nak mencuba.. hihi... Tapi sebelum tu.. nak tayang jugak gambar rempah soto yang digunakan yang membuatkan soto ku itu mendapat pujian ramai.  Sampaikan ustazah sekolah Tadika Haziq  pun mintak resepinya.. hihi...

Inilah rempah yang ku gunakan yang buat  soto ku begitu sedap.. hihi.. berbeza rasanya dengan serbuk rempah sup yang biasa aku gunakan untuk buat sup (Adabi)... inilah rahsianya..


Mintak halal ye Yatie resepinya akak letak sini.. sedap sungguh resepi ni tau.. tapi ada akak edit2 sikit ni.. jangan marah yer..


Soto Ayam
Sumber : Mas

Bahan2
    * Nasi Impit secukupnya
    * 1 ekor ayam - dipotong 4 (3 kpng di goreng dan 1 kpng di cincang kecil2) ~ MaDiHaA gunakan bahagian bertulang spt leher, kepak & kaki dipotong kecil2 & masukkan dlm kuah soto & bahagian lain direbus dulu dalam sup soto kemudian barulah digoreng
    * 3 sudu besar rempah sup @ rempah soto
    * 1 ketul sup bunjut adabi
    * 1 sudu besar lada sulah - di tumbuk lumat
    * 1 ketul kiub pati ayam
    * 6 cawan air atau secukupnya ~ MaDiHaA gunakan 3 liter air plus2.. hehe
    * Garam dan sedikit gula

Bahan Tumis
    * Rempah tumis(1 kayu manis, 1 bnga lawang, 2 buah pelaga dan 2 biji cengkih)
    * 2 biji bwng merah- di hiris
    * 2 ulas bwng putih- di hiris
    * 2 btng serai- di titik
    * 2 cm lengkuas- dititik

Bahan Kisar
    * 1 biji bawang besar*
    * 5 ulas bawang merah *
    * 3 ulas bawang putih *
    * 1 inci halia *
    * 4 ~ 5 biji buah keras ~ MaDiHaA tambah ni ikut resepi makcik.

Bahan utk tabur dan di makan bersama nasi impit.
    * 1 mangkuk kecil tauge
    * 1/2 cwn kcng tanah- di goreng
    * 1 paket kecil su'un- di goreng
    * sambal kicap secukupnya ~ MaDiHaA goreng cili padi + bawang putih sikit & kisar + kicap & sikit gula
    * 2 tangkai daun sup dan daun bawang - dihiris halus
    * Sedikit bawang goreng
    * Bergedil - Mas tambah ~ MaDiHaA pun tambah bergedil.. klik SINI untuk resepi.



Cara memasak :
   1. Kisar halus bahan yang bertanda *
   2. Sementara itu goreng 3 keping ayam yg dilumur sedikit garam dan serbuk kunyit hingga sedikit garing. Angkat dan ketepikan dahulu. Mas rebus ayam dalam kuah soto dulu baru angkat dan goreng. MaDiHaA ikut sama macam Mas.
   3. Panaskan sedikit minyak di dalam periuk, tumiskan rempah tumis, bwng merah dan bwng putih yg di hiris, serai dan lengkuas yang telah dititik hingga naik bau, kemudian masukkan bahan kisar, kacau hingga garing.
   4. Masukkan rempah sup dan serbuk lada sulah, kacau sebati dan masukkan kiub ayam tadi, masukkan air dan ayam yg di cincang tadi.
   5. Masukkan sup bunjut adabi dan gaul sebati.
   6. Biarkan sehingga mendidih, masukkan garam dan sedikit gula, kacau rata dan perasakan.
   7. Sekiranya rasa dah ok, matikan api dan bolehlah hidangan bersama nasi impit.
   8. Sementara itu siat2kan isi ayam hingga habis.

Cara Penyediaan
   1. Masukkan nasi impit yg telah di potong kecil kedalam mangkuk hidangan, kemudian letakkan sedikit tauge, ayam yg telah di siat2 tadi, kcng tanah goreng, su'un goreng dan tuangkan kuahnya, taburkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng. Letakkan sedikit sambal kicap.
   2. Setelah siap bolehlah di makan. Nak menambahkan kesedapannya.. boleh hidang bersama bergedil.



Selamat Mencuba!

Tempahan Puding...

Assalamualaikum....

Pagi2 ni.. masuk n3 tempahan jelah dulu yer.. kalau ada masa nnt update n3 resepi pulak...

Kat bawah ni antara tempahan puding yang diterima dalam minggu lepas & minggu ini..

Tempahan dari Nutrimetic PJ.. melalui my makcik (Sujah) yang buat catering.  Makcik masak bihun goreng, karipap, kuih kaswi, roti jala & kari ayam, manakala puding dia mintak aku buatkan.. TQ Sujah! TQ jugak pada Nutrimetic sebab kerap order puding ni...

Tempahan dari Yusmeri pada Ahad yang lepas... 2 tray puding marbel pelangi.  Terima kasih sudi tempah dengan akak ye Yus.. Maaf tak dapat jumpa pagi tu sebab akak tak berapa sihat.. Maaf jugak sebab puding tak berapa comey terutama kat lapisan belang terakhir tu... Harap2 ni bukan puding utk hantaran.. hehe... Kalau nak dipotong2 untuk jamuan tak kisah sangat sebab yg tak lawo tu akan hilang bila dah kena potong.. hehe.. TQ again ye Yus.. harap berpuas hati..

Terima kasih!

Tuesday, September 27, 2011

Bergedil Udang Kering

Salam & selamat petang semua...


Baru2 ni.. hubby kirim member sekerjanya yang nak balik kampong beli beberapa barang.  Bila membernya balik... membernya tu belikan udang kering sampai nak dekat 3 kilo kau!! Ada lagi yang dibelinya.. tapi yang  lain2 tu kami tak kisah sangat sebab boleh dimakan mcm tu jer.. takyah fikir nak dimasak ke hapa.. tapi yang paling dahsyat udang kering tulah! Berzaman nak ngabiskan tu.. hahaha... Bila stok udang kering banyak gitu.. mulalah dok fikir nak buat apalah ngan udang kering banyak2 tu... Tapi takper.. sebab udang kering yang dibeli ni sangat fresh... pulak tu tak bergaram atau tawar jer.. tak macam udang kering yg biasa dibeli kat kedai2 tu.. Yang ini... makan saja macam tu pun sedap! hehe... Tiba2 teringat kenangan masa aku kecik2 dulu... (masa belum sekolah lagi tau) ikut mak pegi Nenasi, Pahang.. (masa tu kami tinggal kat Rompin, Pahang) masa tunggu bas.. ternampak apek tua dok mengunyah udang kering... dia buat macam makan jajan jer... teringat sampai ke hari ni kenangan tu.... walaupun aku tak ingat rupa apek tu.. tapi gelagatnya mengunyah udang kering mmg takkan aku lupa.. kenapa yer aku ingat sampai sekarang peristiwa tu? Aku rasa... mungkin sebab itulah pertama kali dalam hidup aku tengok orang dok makan udang kering sambil2 tunggu bas.. satu perkara yang sangat pelik bagi aku.. hehehe...

Oklah.. panjang pulak intro kan? Ok untuk hari ni disebabkan kat rumah aku  tengah kaya udang kering... nampak pulak Kak Zai pos resepi soto ayam & bergedil udang kering baru2 ni.. makanya terjadilah bergedil Udang Kering yang sangat sedap ni.  Lepas ni akan menyusul beberapa menu dari udang kering lagi.. Jangan ada yg jemu pulak..haha.. Terima kasih  Shidah@Sizuka & Kak Zai yang berkongsi resepi yang dicuba. Terima kasih pada empunya resepi asal  Ella yang berkongsi resepi maybe dia kongsikan dengan Shidah... & Shidah kongsikan pula di blog beliau. Thanks kepada semuanya... Ternyata memang sedap!  


Bergedil ni bukan yang dimakan masa acara makan2 atau Jamuan Raya tempohari  tau.   Yang masa makan2 tempohari adalah bergedil daging.  Bergedil Udang Kering ni yang baru dibuat hari Ahad baru2 ni.. Yang buat masa jamuan tu sebenarnya aku tempah dari kawan. Tak larat nak buat banyak2... aku tempah 60 biji... licin semuanya.. hehe..


Halalkan akak kongsikan resepinya kat sini pulak ye Ella...

Bergedil @ Pegedil Udang Kering
Resepi: Ella
Sumber 1: Shidah@Sizuka
Sumber 2: Kak Zai

Bahan-bahan:
1kg kentang

Bahan Sambal - blend (MaDiHaA guna pengisar kering)
15 biji bawang merah (MaDiHaA kisar separuh aje.. separuh lagi dibuat bawang goreng)
5 biji bawang putih
5 tbs udang kering (MaDiHaA guna udang kering jenis tawar)

Bahan tambahan
Daun bawang
Daun sup
Telur

Cara menyediakan
1. Kentang dikupas kulit, potong mcm wedges, cuci bersih then goreng 3/4 garing.  Tumbuk atau lenyek lumat kentang semasa masih panas.

2. Panaskan minyak dalam 2 tbs, goreng bahan sambal sampai garing. No salt needed sebab udang kering dah masin. (sebab MaDiHaA guna udang kering jenis tawar... so memang kena tambah garamlah)
3. Gaulkan bahan sambal dengan kentang yg dah ditumbuk lumat. Masukkan daun sup dan daun bawang (dan bawang goreng) yg dah dipotong halus.
4. Bulat-bulatkan pegedil or apa2 bentuk yg nak dibuat, celup telur, goreng hingga garing
 
Nota MaDiHaA : actually bergedil tak garing.. ia sangat2 lembut & fragile.. so hati2 masa menggoreng yer.  



Selamat Mencuba!

Friday, September 23, 2011

Muffin Pisang Coklat Chips

Assalamualaikum...

Masih dengan menu jamuan raya tempohari... Kebetulan ada banyak pisang masak dalam petiais... Dah tak tau nak buat apa.. daripada membazir.. terfikir nak buat muffin pisang... boleh juga dihidang masa jamuan tu...


Resepi Muffin Pisang Coklat Chips ni MaDiHaA ubaisuai dari resepi Banana Muffin milik Chef Wendy Khor yang di ambil dari fotopages Ana Elianas beberapa tahun yang lalu.  Ana pulak ambil resepinya dari buku yang dibelinya.  Rasa muffin pisang yang pernah MaDiHaA cuba ni memang tersangatlah sedap (walaupun dah dikurangkan gulanya).  Terus teringat nak buat ikut resepi ni dengan mengolah sikit bahan2nya sebab MaDiHaA nak bagi ada rasa coklat2 sikit supaya budak2 suka. Alhamdulillah.. anak2 cakap sedap.  MaDiHaA sendiri tak merasa sebab terlampau sibuk bercampur penat agaknya. Masa baru masak tu pun tak lalu nak rasa sebab muffin ni dapat banyak... bila tengok banyak2 gitu.. lagi tak lalu nak rasa.. hehe..  Masa jamuan tu pulak.. makanan banyak.. memang tak mampu nak rasa semua... Tapi takper.. pisang ada lagi nanti boleh buat lagi.. hehe..

Okey.. kat bawah ni resepi yang telah MaDiHaA edit  & terjemahkan tu yer.. Terima kasih Ana yang berkongsi resepi yang diambil dari buku tu yer..

 Muffin yang dah di'selimut'kan...

Muffin Pisang Coklat Chips
Diolah oleh : MaDiHaA a.k.a Ratna
Adaptasi dari : Banana Muffin, Wendy Khor recipe book

Sumber : Ana Elianas, Penang (tak dpt nak link.. nnt dah boleh ratna link yer)


Bahan2 A
400 gm butter (dicairkan)
300 gm / 6 biji telur
200 gm susu segar

Bahan B
600 gm pisang yang dilecek
300 gm gula perang (resepi asal guna 400 gm gula kastor~ terpulang anda nak letak byk mana)
2 gm garam

Bahan C
530 gm tepong gandum
10gm (2 tsp) baking powder
10gm (2 tsp) sodium bicarbonate
20 gm serbuk coklat


Bahan D
1 cawan coklat chips
Cheroly merah secukupnya (optional ~ sekadar nak naikkan warna)

Cara2 menyediakan
1. Campurkan butter cair yang telah disejukkan bersama telur & susu.  Kacau sehingga rata. 
2. Ayak kesemua bahan C. Ketepikan dahulu.
3. Dalam mangkuk yang besar.. campurkan pisang lecek, gula & garam. Gaulkan sehingga rata & gula hancur. Masukkan bahan A & kacau rata.
4. Akhir sekali masukkan setengah cawan coklat chips & bahan yang diayak & kacau rata. Jangan terlebih kacau.. Cukup sekadar sebati saja.
5. Sudukan ke dalam acuan muffin yang disediakan sebanyak 3/4 penuh. Taburkan sedikit coklat chips & cheroly merah di atas permukaan muffin.  Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 20 - 25 minit dengan suhu 180C. (bergantung oven masing2)


Selamat mencuba!

Thursday, September 22, 2011

Triffles

Assalamualaikum...


Sementara ada sedikit tiupan angin R & mood mengupdate dah pulih sikit... so hari ni aku update dulu resepi yang aku buat baru2 ni untuk jamuan atau acara makan2 sempena Aidilfitri kat rumah hari tu... Resepi2 yang dah biasa kawan2 buat.. aku pun dah beberapa kali membuatnya.. tapi buat dulu2 tu dok update kat fotopages.. kali ni update kat blog pulak... 

Sebenarnya.. aku buat Triffles ni tak ikut sangat resepi asal.. main agak2 aje.. sebab aku buat untuk 2 bekas.. satu bekas yang panjang & satu lagi bekas yg kecik sikit... tapi resepi letak kat sini ikut resepi asal yer.. Tapi ada jugak yang aku ejas2 sikit mengikut apa yang aku buat berbanding resepi asalnya tu... Apa2pun.. terima kasih kepada Kak Liza atau Chef Hanieliza untuk resepi yang sedap ni...

 Triffles yang dah berbalut dengan plastic wrap.. so nampak blur aje.. hehe

TRIFFLES
Resepi : Kak Liza

Bahan-Bahan:
1 bungkus kek swiss roll (MaDiHaA gunakan resepi kek span vanila (TANPA DIGULUNG) untuk swissroll batik & resepinya seperti di bawah)
1 kotak agar-agar segera (Lady's Choice) - perisa strawberry (MaDiHaA gunakan Crystal Jelly jenama Nona @ kurangkan sukatan airnya kepada 300 ml saja ~ saranan menggunakan 400 ml air)
1 tin fruit cocktail
2 sudu besar tepung kastard (MaDiHaA tambah lagi sesudu besar)
3 sudu besar gula
3 cawan susu segar

Cara:
1. Campurkan tepung kastard, gula dan susu dan masak sehingga menggelegak dan pekat. Angkat dan biar sejuk. (MaDiHaA buat step 2 & 3 dahulu barulah masak kastard (step 1).. bila kastard dah masak terus je tuang ke atas potongan kek yg telah dibasahkan dengan jus buah cocktail tadi..)
2. Potongkan kek swill roll dan susun ke dalam bekas [kalau nak cantik..masukkan dlam bekas kaca..nanti nampak lapisan triffle ni] sehingga penuh.
3. Kemudian ambil sedikit jus buah cocktail dan tuangkan keatas kek tadi.
4. Tuangkan kastard tadi keatas kesemua kek sehingga rata.
5. Taburkan buah cocktail keatas kastard tersebut.
6. Bancuh/masak agar-agar segera mengikut arahan yang telah disediakan dan tuangkan keatas buah cocktail tadi.
7. Masukkan ke dalam peti sejuk.

Ini triffles yang dah terpotong... yang ini yang dalam bekas kecik... 
yang dalam bekas panjang tu terlupa nak snap dekat....

Okay... untuk Triffles di atas... MaDiHaA gunakan resepi Swiss Roll Batik di bawah untuk menghasilkan swiss roll yang diperlukan.  TAPI... untuk triffles ni.. MaDiHaA tak gulungkan pun keknya tu.. terus je potong kiub2 lebar & terus susun ke dalam caserol/bekas kaca yang digunakan. Tapi resepi ni lengkap dengan tips2 untuk menggulung. Terima kasih Apek & Maklang Azie untuk resepi ni yer... Resepi ni antara resepi swiss roll yang paling sedap!

RESEPI KEK GULUNG/ SWISS ROLL BATIK
Sumber : dr FP MakLang asalnya dr Apek

Bahan-bahan
6 biji telur gred A @ B (MaDiHa guna gred B)
4oz gula castor (MaDiHa kisar gula pasir)
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar ovelet
3oz tepung gandum
1 sudu besar susu tepung
4oz mentega cair
sedikit coklat emulco /serbuk koko

Bahan sapuan/filling (terpulang anda mahu gunakan apa2 perisa / cream yg disukai)
Blueberry filling & Kiwi filling

Loyang yang MaDiHa gunakan ialah loyang shortbread yg ada 100 petak tu.. ukurannya 12" x 12" (ini kalau nak buat swissroll yer.. kalau taknak gulung.. guna jer loyang saiz 10" x 10" tu)

Caranya
1.Telur, gula, ovelet, baking powder, esen vanilla, tepung gandum dan susu tepung dimasukkan dalam bekas dan dipukul dgn kelajuan maksima sehingga gebu (5-7minit)
2.Adunan dah gebu akan bertukar menjadi warna putih.
3.Masukkan mentega cair, kemudian kacau rata ngan sudip kayu.
4.Asingkan sedikit adunan tadi (skit je dlm setengah senduk setakat nak buat line) ke dalam bekas lain yg lebih kecil kemudian bancuh dengan sedikit coklat emulco. Kacau rata kemudian masukkan adunan coklat ini ke dalam piping bag. Potong sikit sj hujung piping bag utk buat line.
5.Tuangkan adunan yg byk tadi ke dalam loyang shortbread td yang telah dialas dengan kertas kuih (MaDiHa guna kertas minyak) kemudian ratakan permukaannya
6.Paipkan adunan coklat td di atas adunan yg diratakan dlm loyang mengikut kreativiti anda sendiri.
7.Lorekkan/corakkan dgn menggunakan lidi dari atas ke bawah atau ikut kreativiti anda sendiri.
8.Bakar dlm oven selama 20 minit dgn suhu 170darjah celcius.
9.Apabila kek sudah masak dan sudah betui2 sejuk, terbalikkan ke atas sekeping kertas kemudian sapukan filling/ cream sehingga rata....tolong jgn sapu kuat2.
10.Setelah jem disapu rata, gulung kek tadi perlahan2 sehingga kemas.

Nota mklang : >>very2 usefull tips...
- jgn lebihkan masa pembakaran nanti terlampau garing susah lak nak gulung..pecah kulit swissroll.
- jgn buat nipis benor..susah nak gulung nanti.
- time nak gulung tu...cubalah berlembut skit ngan swissroll...kalau ganas2 tersiat plak kulit swissroll yg cantik gebu tu..kulit swissroll ni jenis FRAGILE
- korang nak buat batik jawa ke..batik marble ke...batik kalerpul ke...ikut sukahati koranglah ye!
- filling tu boleh jugak letak bcream,choc., jem, blueberi..yg mklang buat tu mklang letak blueberi..sodappp
- pastikan kek sejuk dulu barulah gulung...kalau tak melekat kat paper kuih
- masa sapu jem tu cuba jangan ditekan kek tu sangat...tu sbb kulit dia melekat..
- kalau perhatikan tepung tu nampak skitkan...takpe...jgn risau..
- alas loyang ngan paper kuih tu...biar terjulur dari loyang pun takpe..senang nak angkat...jangan kedekut paper kuih tau...
- nak guna sponge mix pun boleh...tapi rasalah yg original punya dulu..best ke tak
-mklang guna loyang sbread 50 petak tu je... dpt 2 swissroll...loyang tu kan pelbagai guna ~ (MaDiHa guna loyang shortbread 100 petak.. dapat 1 swissroll yang besar & panjang


Selamat mencuba!

Wednesday, September 21, 2011

Jamuan Sempena Aidilfitri 2011 di Kediaman Hamba....

Assalamualaikum....


3 minggu sudah berlalu... terasa janggal pula nak memulakan entry ni bila dah lama menyepikan diri... Tak tau kenapa mood mengupdate tiada sejak2 pulang  beraya dari kg tempohari... Ada masa kadang2 sempat juga melawat blog kawan2... tapi kebanyakannya tak tingalkan jejak sebab segan blog sendiri tidak berupdate.. hehe.. Apa2pun.. hari ni kuatkan semangat untuk mengupdate blog ku ini walaupun tiada siapa yang kisah atau peduli aku update ke tak update.. kehkehkeh... opsss..! ada juga sebenarnya yg bertanya... Thanks ye Lyacolours yg sudi bertanya akak bila nak update blog... ok... akak mulai dengan entry makan2 ni yer... gambar raya memang takde ye dik..

Oklah.. untuk permulaan sesi memanaskan enjin........ aku update gambar2 semasa aku buat jamuan sempena Aidilfitri 2011 secara kecil2an pada 16 September 2011 di rumah kami khas buat sanak saudara yang ada kat Selangor & KL, jiran2 & sahabat handai... Bukan open house yer.. cuma jamuan kecil2an saja yang mampu dibuat.. Terima kasih kepada yang sudi hadir.. 

Oklah.. layan gambar pula yer...

Antara kuih muih & pencuci mulut yang sempat aku sediakan pada hari tersebut...



Kuih serimuka tu pemberian makcik ku.... sedapp!!


Menu utama... Soto Ayam yang menggunakan 3 ekor setengah ayam... Jangan tak tau.. soto ni yang pertama kali ku buat dalam seumur hidup... hehe.. Terima kasih Yatiememories untuk resepi yang sedap ni... Tak sangka jugak berjaya masak soto dengan kuantiti yang agak banyak sedangkan ini cubaan yang pertama.. Berani2kan diri mencuba.. hehe.. Terima kasih juga pada  Izahdaut & Mas yang membuatkan akak terliur bila dengar cerita & gambarnya tu.... hehe..  Cucur udang tu pulak.. hampir 1.5 kg tepong ku bancuh... alhamdulillah.. puas hati tengok tetamu menjamu selera... Terima kasih juga pada abang & kakak Dini yang banyak tolong ibu pada hari kejadian...



Antara tetamu yang hadir... masing2 dah kenyang masa ni.. hehe.. sebenarnya ni sepupu2 & anak2 sepupu ku... ada dari PJ, Cheras & Semenyih... semua berkumpul.. seronok!


Tetamu silih berganti... ini jiran2 pulak.. hehehe... ramai lagi yang datang awal dari ni.. tapi tak sempat nak ambik gambar semuanya terutama masa tetamu memenuhi ruangan rumah... sibuk betul.. tapi seronokkk & meriah...!



Hubby & anak2 bergambar dengan kazen2ku yang paling rapat sekali.....

Adik Alin yang dah pandai bawak diri.... sporting.. tak mengacau ibu masak pun.. alhamdulillah... dapatlah ibu memasak dengan tenang.....

Ok itu saja cerita untuk kali ni..... Terima kasih..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...