Terima kasih kepada yang sudi follow....

Tuesday, January 31, 2012

Majlis Bacaan Yasin & Marhaban..

Assalamualaikum...

Tak tau kenapa setiap kali lepas bercuti lama balik kampong.. bila balik semula ke PJ... kemalasan nak mengupdate blog menjadi-jadi pula! Entah apa penyakit aku sendiri pun tak faham... Hari ni aku paksa-paksa & gagahkan juga diri untuk update blog sebagai entry penutup bulan Januari... hehe.. Harap2 bermula esok atau bulan baru... kerajinan berblog tu datanglah semula... Sebenarnya... yang malas tu cuma nak update blog sendiri.. tapi berblog walking tu rajin pulak.. ada yang sempat ku tinggalkan komen.. & ada juga yg masuk senyap2 jer.. kekekeke... Apa2pun.. terima kasih tak terhingga kepada semua visitor yang masih sudi masuk ke sini walaupun tiada entry terbaru.. TQ muahh muahhh!

Oklah.. takmolah cerita panjang2.. hari ni sekadar nak masukkan beberapa gambar yang sempat dirakam bersempena majlis bacaan Yasin & juga marhaban a.k.a potong jambul anak2 saudara masa kat kampong baru2 ni.  Sibuk yang teramat membuat persiapan & memang tak banyak pun ambil gambar.  Takde masa sangat nak klik2. Yang ada ni mana yg sempat aje daripada takde langsung kata orang.. Terima kasih buat semua yang bertungkus lumus bekerjasama menyiapkan hidangan pada hari tu. Nasib baik tahun ni mak saudara & anak2nya ada sama jadi ringanlah sikit kerja.  Tapi jangan tak percaya.. semua persiapan kami orang2 perempuan (ma, adik beradik & menantu, makcik & anak2nya) aje yang buat semua sebab pada hari yang sama.. kaum2 lelaki ada program dorang sendiri iaitu memancing udang galah di Rompin.. hehe.. Tapi itu semua di atas restu dari ma ku sendiri sebab ma kata takpelah dorang nak pegi memancing sebab nak masak pun tak banyak sangat..  Dalam 15 ekor ayam aje. Biarlah sesekali pakcik ngan anak2 buahnya (anak menantu ma) nak melayan hobi dorang tu. (Gambar2 mancing udang galah hanya dimasukkan dlm FB aje.. hehe) Tapikan.. sebelum dorang semua pergi awal2 pagi tu aku dah dera dorang suruh ambik serai kat pokok utk perap ayam sebab nak guna serai yg banyak.. pastu suruh pula ambil buah kelapa muda untuk guna masa majlis potong jambul tu.. hihi... Kalau idak karang.. sapa pula nak jolok buah kelapa kat pokok tengah2 sibuk tu kan... 

Kat sini jiran2 terdekat kebanyakan pun dah veteren.. kudrat pun tidaklah macam dulu2 masa dorang muda2.. Ada juga yang tak berapa sihat.. Jadi takmaulah menyusahkan jiran2 untuk datang merewang.. lagipun hanya majlis kecil-kecilan saja.. jadi kami usahakan untuk memasak anak beranak saja.. Mujurlah ma masih tangkas di dapur walaupun dlm sakit2 lutut siap juga menu utama nasi ayam dengan dibantu oleh mak sedara & anak-anak.. hehe.. Bila dah siap masak memasak barulah datang jiran2.. so dorang tolonglah apa2 yang patut.. packing2 nasi ayam untuk berkat. Ada yang tolong hiriskan bunga rampai.. Hidangan untuk makan pula semua kami hidang cara buffet.. jadi takdelah perlukan pinggan mangkuk yang banyak.


Meja kuih-muih & pencuci mulut... alhamdulillah.. tercapai juga hajat mengedot apam.. 
6 adunan kalau tak silap.. nasib baik ada pembantu..




Menu utama nasi ayam... berkat untuk tetamu bawa pulang pun nasi ayam juga..


Menu iringan spagetti bolognese.. ini saja ma nak test market.. hehehe..  habis juga spagetti 3 peket dengan kuah seperiuk... alhamdulillah...


Dua anak sedara ku Qaseh Dania & Adriana Delisya sedang dipotong 'jambul'nya.. 
Kelam kabut masa ambik gambar ni... kelabu asaplah jadinya sebab ambik pun guna handphone jer... Kali ni memang betul2 majlis orang perempuan daripada memasak semua perempuan... yang dipotong jambul perempuan... tetamu yang hadir pun semua perempuan.. hihi..


Kandid gambar tetamu yang hadir.. buah tangan tu cucu2 tokma (anak & anak2 saudara) yang packing malam sebelumnya termasuk mengikat bunga telurnya... untuk buah tangan tu ma & adik sempat buat tapai pulut & dadih selain bunga telur & limau mandarin.. musim raya Cina lah katakan.. kekeke... TQ anak2 semua rajin membantu...

Selepas majlis marhaban selesai.... petangnya terus sambut sekali belated birthday anak saudara Aina Batriesyia (kakak si Adriana Delisya yang dipotong jambul tadi..) 
yang ke 5 tahun..

Birthday cake yang ditempah...


Yang berdiri tu semua cucu-cucu tokma yang kecik2... 3 orang lagi cucu2 tokma yang besar semua takmau bergambar.. hehe.. Eh ehh... nampak macam abang Haziq pula yang terlebih excited ni.. birthday girl si Betty (yg baju biru) malu2 pula... hehe..


 Betty terpaksa potong kek sekali dengan abg Haziq.. Actually masa ni birthday abang Haziq ke 6 tahun tinggal lagi seminggu je dari tarikh kejadian hari tu.. jadi ni kira tumpang sambut in advanced ler nih.. hahaha.. yg sorang belated yg sorang advanced.. tokma kata takperlah takde nama Haziq pada kek tu..(sebab masa tempah kek tu tokma lupa besday Haziq pun dah dekat) tp kira sambut sekali jelah.. ala.. budak2.. asalkan dorang gembira..

Oklah.. tamat sudah kisah family kami... sehingga berjumpa lagi... terima kasih!

Friday, January 20, 2012

Bahulu Mocha

Assalamualaikum... bersua lagi...


Hari ni letak resepi lebih sikit memandangkan lepas ni tak tau bila pulak boleh update blog ni sebab insyaAllah kalau takde aral melintang sempena CUTI Chinese New Year ni kami sekeluarga akan pulang bercuti ke kampong ku... InsyaAllah akan bertolak ke kampong esok pagi sehabis hubby pulang dari kerja shif malam.... Ada pelbagai urusan yang nak dibuat di kampong. Mudah2an semuanya berjalan lancar.

Oklah.. layankan menu minum petang ni pula ye... Kalau dulu buat Bahulu versi tradisional (yg tak berapa nak tradisional sbb bakar guna oven.. hehe..) kali ni buat bahulu berperisa mocha pula.. hehehe.. Sebenarnya... kita boleh buat bahulu dengan pelbagai perisa yang disukai seperti perisa oren, strawberi, capucino, coklat atau apa2 je perisa... Sedap juga bahulu perisa mocha ni pada tekak aku.. anak2 pun suka jugak..

Bahulu dengan 2 versi perasa yg berbeza... tradisional & mocha...

Masih menggunakan resepi sama yang ku buat dulu... cuma dengan sedikit penambahan mocha emulco aje.. Dan sebenarnya.. semasa membuat Bahulu Cermai tempohari.. adunan dibahagikan kepada dua... maka jadilah versi Bahulu Mocha ni.. hehehe.. Pandai tak? Terima kasih kepada penyumbang asal resepi.. Mintak halal ye sebab akak dah pandai2 kasi modified sikit resepi asalnya.. 
BAHULU MOCHA
Adaptasi dari Resepi : Ogy/Tuntung15@myresepi

Bahan-bahan ( Dalam 80 biji )

  • 10 biji telur gred A
  • 340 gm gula pasir
  • 4 tsp mocha emulco
  • 200 gm + 4 sudu besar tepung gandum
  • 1/4 tsp baking powder

Cara-cara



  1. Pukul telur dan gula sehingga kembang dan pekat.
  2. Ayak tepung dan baking powder kedalam adunan batter yang telah betul-betul kembang dan pekat. Kacau adunan dengan spatula. Tambahkan mocha emulco & dikacau rata.
  3. Tips 1. Sebelum bakar bahulu, isikan acuan dengan minyak dan bakar dalam oven selama 10 minit untuk memanaskan acuan dan supaya adunan tidak melekat. Keluarkan acuan yang telah panas dari oven dan buangkan minyak. Acuan sedia untuk digunakan. (MaDiHaA ikut tips ni!)
  4. Tips 2. Sediakan kain yang dibalut pada kayu untuk sapukan minyak ke acuan setiap kali sebelum masukkan adunan ke acuan. (MaDiHaA gunakan daun pandan yang dilipat tebal2 & ikat dengan gelang getah untuk menyapu minyak pada acuan)
  5. Tips 3. Bakar gula dalam oven sebentar sebelum guna sehingga agak-agak hangat dan terus tuang kedalam telur. Tips ini untuk ketahanan kuih bahulu. Tahan sehingga sebulan tanpa pengawet. Kalau x mahu buat cara ini, kuih bahulu boleh tahan selamat 2 minggu. InsyaAllah.
  6. Tips 4. Untuk meringankan kuih bahulu, bakar tepung dalam oven. Tapi jangan lama-lama. Sekejab je. Dan tepung agak-agak hangat je. Ini sama lah dengan kaedah orang dulu-dulu jemur tepung. (MaDiHaA ikut juga tips ni! lepas bakar kejap tepong barulah ayak tepong bersama baking powder..)
  7. Update : Suhu bakar 220C sehingga bahulu kekuningan. Bahulu naik lebih cantik jika 'off' kan fan kat oven sbb kalo guna fan bahulu akan mengecut sedikit nanti. (MaDiHaA offkan 'fan' & guna suhu oven 200C & bakar dalam 6 - 7 minit. bergantung oven puan2 ye...!)

Selamat mencuba!

Pecal Terung Bakar

Assalamualaikum...

Bersua lagi hari Jumaat yang Dingin... Pepagi lagi bumi dah dibasahi hujan rahmat... syukur alhamdulillah... segarlah sedikit pohon2 yang kehausan tu...

Oklah.. kali ni nak berkongsi lauk yang sangat simple tetapi sangat sedap & menepati selera kami sekeluarga. Resepi ini aku buat mengikut resepi warisan dari ma tersayang.  Nama resepi yang ma selalu sebut seperti yang aku tuliskan kat atas. Mungkin orang lain pun pernah masak macam ni dengan nama panggilan yang lain.. Ada sekali dulu tu.. Izahdaut pun pernah masak lauk ni dengan nama panggilan Terung Bakar Bersantan.  Tak kisahlah kan.. Yang penting masakan ni memang sedap! Si Haziq yang cerewet sikit bab makan2 pun suka lauk ni. Lauk ni adalah lauk kegemaran arwah ayah.  Kalau ma masak lauk ni memang arwah ayah berselera sungguh makan.  Tak sangka pula bila diperkenalkan pada hubby masa baru2 kawin dulu... hubby pun suka dengan lauk ni. Tapi hubby kata lauk ni macam versi kerabu yang biasa maknya buat. Tak kisahlah pecal atau kerabu.. janji sedap! hehe.. Kalau sebelah kampung suami di Raub.. mereka gunakan resepi seakan resepi ini untuk buat kerabu umbut kelapa. Cuma santan yang digunakan tidaklah banyak & berladong macam yang aku buat tu.. & lagi satu.. dalam resepi kerabu tu ada ditambahkan kerisik.  Memang best sangat2! One of my feberet juga kerabu dari umbut kelapa style MIL ku ittew... Pernah ku buat dulu dan masukkan resepinya kat SINI kalau kawan2 nak tengok. Memang berselera makan kalau dapat lauk2 kampong macam tu!

Terima kasih pada ma & MIL yang banyak mengajar & perturunkan ilmu masak memasak pada anakmu ini.. Hanya Allah saja yang dapat membalas jasa kalian... Semoga ma & MIL sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik2 hendaknya... Amin...

Ok jom kita semak resepinya ye.. mana tau ada yang nak mencuba. Kot2 dah tak tau nak buat apa dengan sayur terung yang ada dalam peti ais tu.. bolehlah cuma resepi mudah ni.  Resepi ni aku copny & paste aje dari Fotopages MaDiHaA dulu.


PECAL TERUNG BAKAR
Resepi : MaDiHaA's Mum

Bahan2
6 biji terung panjang saiz sederhana (kalau guna terung panjang yg comel2 tu.. boleh lebihkan)
2 cawan santan yg agak pekat dari 1 biji kelapa - perah guna AIR MASAK!
(jika guna santan kotak.. gunakan 1 cwn santan + 1 cawan air masak)
1 sudu besar udang kering - rendam dan tumbuk halus
4 - 5 ulas bawang merah - tumbuk
1 sudu kecil lada hitam - tumbuk halus (jika nak pedas boleh lebihkan)
garam secukup rasa

Cara2 Menyediakan
1. Basuh terung dan bakar sebiji2 sehingga lembut.. balik2kan supaya masak sekata
(MaDiHa bakar guna oven.. boleh juga guna dapur gas.. kena kerap balik2kan.. tp kulitnya akan jd hitam2 sket.. TAPI.. jika bakar guna api dapur/bara dapur arang.. terung akan berbau WANGI!)
2. Bila terung dah sejuk.. kupaskan kulit terung sehingga bersih dan ketepikan dahulu.
3. Dalam satu bekas.. masukkan santan, bawang tumbuk, lada hitam & udang kering serta garam dan kacau hingga rata.
4. Rasakan garamnya.. kemudian masukkan terung yg dikupas tadi dan balik2kan..
5. Sedia utk dihidangkan..

Nota MaDiHaA: Masakan ni tak perlu dimasak atas api sebab kita dah gunakan santan yg diperah menggunakan air masak.. Hidangan ni tak boleh bermalam.. takut basi pulak.. lepas buat.. terus hidang.. 


Selamat Mencuba!

Thursday, January 19, 2012

Sausage Roll Bun (BASIC BREAD RECIPE - Roshayati Johari) the best!

Assalamualaikum............ apa khabar semua? Semoga sihat2 semuanya ye...



Waktu-waktu macam ni masing2 semua tengah kekenyangan ni kan? Maklumlaa.. masing2 baru lepas lunch... silap2 ada yang tengah tersengguk2 kat depan komputer.. hehehe.. Biasalah kan.. bila perut dah kenyang.. mulalah mata dok kuyu aje... Kalau suri rumah tu mungkin masa ni ada yang baru balik dari hantar anak2 ke sekolah kebangsaan. Mungkin ada juga yang baru je nak keluar rumah hantar anak2 ke sekolah agama sesi petang... lepas tu..barulah boleh rehat2 depan tv sambil2 lipat kain.. haa.. itulah dia kelebihan orang perempuan ni.. sambil rehat pun tangan masih boleh buat kerja.. hihi.. kalau orang lelaki kalau dah dinamakan rehat... mesti nak bertemankan bantal ataupun surat khabar.. betul tak? Hmm.. bagi kaum wanita yang ada kat opis tu.. kalau rasa mengantuk & belum solat lagi.. bolehlah pegi ambik wuduk & bersolat Zuhur.. sekurang2nya.. bolehlah terangkan sikit mata yang dah kuyu tu.. Kalau dah solat tapi masih mengantuk.. bawak2 ler bancuh kopi atau nescafe.. biar terang sikit mata... so macamana? dah terang sikit mata? Kalau dah... jomlah layankan resepi utk hari ni pulak.... hahahaha...


Oklah.. sudah2lah merapu2...



Resepi roti basic ni adalah yang terbaik bagi MaDiHaA. Ia sesuai diolah untuk dijadikan sebarang jenis roti. Samada nak buat roti sosej roll macam dalam gambar tu atau nak buat bun berinti, roti mini pizza, roti bun kosong atau apa2 je roti semuanya sesuai & sedap!  Resepi ni MaDiHaA dah simpan sejak lebih 5 tahun yang lalu & memang a keeper! Resepi ni dulunya di ambil dari Fotopages MamaFaMi.  Berbaloi bila gunakan resepi roti basic ni sebab bahan2nya mudah & yang penting ianya sangat lembut! Tak perlu susah2 nak buat water roux atau campur lain2 bahan. Terima kasih kepada empunya resepi iaitu Roshayati Johari & juga pada MamaFaMi yang berkongsi resepi ni. Mintak izin ye kita letak resepi kat sini..

Jom kita tengok resepinya!



BASIC BREAD RECIPE
Resepi : Roshayati Johari
Sumber : Fotopages MamaFaMi
Sumber : Fotopages MaDiHaA

Ingredients :

(A)
500g bread flour/high protein flour
100g sugar
1 teaspoon salt
30g milk powder
1 teaspoon bread improver (optional)
1 teaspoon bread softener (optional)
4 teaspoons instant dry yeast

(B)
250ml water
1 egg (lightly beaten)

(C)
40g butter
40g shortening

Method :
1. Mix well all ingredients in (A)
2. Add (B) into (A) and knead till smooth.
3. Add (C) and continue kneading till smooth and shiny and dough does not stick to your hand.
4. Leave to prove for 30 - 40 minutes.
5. Punch down the dough to let the air out.
6. Divide the dough according to the weight you wish. Make into balls and leave to rest for 10 minutes.
7. Shape accordingly.
8. Leave to prove for 40 minutes - 1 hour.
9. Bake till golden brown.


Nota MaDiHaA: MaDiHaA uli gunakan BM. Jadi MaDiHaA ikut saja arahan BM & tekan setting utk doh. 

Membuat Sausage Roll Bun cara MaDiHaA: Untuk membuat Sausage Roll Bun ini MaDiHaA bahagikan doh menjadi bebola seberat 55gm setiap satu. Gentel setiap bebola menjadi bentuk silinder yang halus (bentuk silinder tu beerti bentuk macam keropok lekor tu) menjadi sepanjang 3 kali ganda panjang sosej. Lilitkan doh tadi di sekeliling sosej yang sudah direbus tadi sehingga habis. Aturkan di atas dulang membakar yang telah disapu butter/marjerin. Biarkan doh naik sekali ganda. Bakar sehingga masak & keperangan. Sesudah dikeluarkan dari oven.. segera beruskan permukaan roti dengan butter. Kemudian bolehlah dihidang atau simpan keesokan hari sebagai sarapan anak2. Untuk menyimpan roti.. simpan dalam bekas bertutup supaya permukaan roti tidak kering.


Selamat mencuba!

Wednesday, January 18, 2012

Ayam Kukus Bersayur lagi...

Assalamualaikum....
Sibuknya hari ni... tak larat nak menulis panjang2.. jadi tayang menu ulangan sajalah.. Resepi sihat kesukaan semua rakyat jelata dalam rumah... hehe... kalau nak resepi klik jelah kat SINI ye. Kali ni hanya guna bunga kubis, brokoli & celery. Lepas siap kukus terus digaul rata sebelum dihidang. Itu je beza dari yang tunjukkan dulu. Rasa tetap sama. Sedap!


Maaf tak sempat nak berblog walking lantaran kesibukan yg teramat. InsyaAllah jika ada masa di lain hari.


Tuesday, January 17, 2012

Daging Masak Asam Berapi

Assalamualaikum readers....

Cadang tadi nak letak entry awal sikit... ada pula aral melintang. Okay meh tengok lauk yang pedas berapi ni... tapi sangat2 sedap & mengancam rasanya lebih2 pada mereka yang kuat pedas.... Kalau yang tak kuat pedas tu... sila tengok sajalah ye... Kalau dikurangkan cili.... tentu kurang ummphh! Hari tu.. tiba2 je tekak terasa nak makan Daging Masak Asam yang pedas2, masam2 gitu... sampai dua minggu berturut2 masak lauk ni.. hehehe... Tak kisahlah.. janji puas hati ye dak?

Ini resepi kalau ada yang berani nak mencuba...


Daging Masak Asam Berapi

Bahan2
600 gm daging ~ hiris nipis
1 sudu besar penuh asam jawa ~ ramas dengan 1/2 cwn air jadikan jus 
3 ~ 4 cawan air (untuk kuah & untuk empukkan daging.. kalau daging jenis lembut sila kurangkan air)
2 hirisan lengkuas
garam, gula & aji secukup rasa
Minyak utk menumis

Bahan2 dikisar halus
1 biji bawang besar
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
30 ~ 35 biji cili padi merah (spt dlm gambar)
3 biji cili merah (kalau kecik2 letak 4)
2 batang serai ~ dihiris
1 sudu kecil belacan
1 inci halia

1 inci kunyit hidup (kalau ruasnya besar letak 1 cm je)

Cara2 Menyediakan 
1. Panaskan minyak secukupnya. Tumis bahan2 kisar sehingga garing & naik minyak.
2. Masukkan daging, lengkuas & air secukupnya untuk empukkan daging. 
3. Bila daging cukup empuk.. masukkan air asam jawa, garam, gula dan aji secukup rasa. Renihkan biar kuah agak pekat. Pastikan kuahnya secukup rasa & bolehlah hidang dengan nasi panas2 beserta ikan masin & sayur yang disukai.


Selamat mencuba!


Monday, January 16, 2012

Bubur Kacang Merah Durian

Bersua lagi... sambung lagi entry hari ni ye....


Kali ni menu dessert pula. Sebenarnya ni edisi nak menghabiskan kacang merah lebihan buat Talam Pandan Kacang Merah tempohari... Kan dah ku kata masa menyukat kacang tu aku dah tersilap sukat. Sepatutnya kacang tu direbus dulu barulah disukat. Yang aku pula confident je sukat dulu kacang 1 1/2 cawan kemudian direbus.  Bila dah siap rebus tu tengok makk aihh! banyaknya kacang ni.. betul ke sukatan ni?? Lalu aku pun tengokla balik resepi.. barulah perasan resepi kata sukat kacang yang dah direbus... Makanya aku pun sukatlah kacang yang direbus tu & jadikan kuih talam tu. Kacang rebus berlebihan tu terus aku jadikan bubur dicampur dengan durian.  Dah lama juga tak buat... memang sedap layan bubur kacang merah ni... Kalau member2 Cina aku kat ofis ni dorang buat bubur kacang merah ni tak letak santan dah.... kita orang Melayu mesti letak santan kan.. hehe.. orang Cina betul2 jaga pemakanan dorang.. takmo kolesterol.. yang kita pula pentingkan kesedapan.. hihihi... Takpelah.. bukan selalu ye dak? Aku pun seboleh2nya nak kurangkan penggunaan santan dlm menu harian. Biasanya seminggu hanya sekali atau 2 kali je masak menu yg ada santan samada lauk pauk atau kuih muih. Dah tua-tua ni.. pemakanan memang nak kena jaga juga.

Jom tengok resepi sempoi ni... Ini resepi yang aku C&P dari Fotopages ku dulu.
Bubur Kacang Merah Durian
Resepi : MaDiHaA a.k.a Ratna

Bahan2
250 gm kacang merah ~ rendam semalaman
1 biji durian ~ ambil isinya
Air secukupnya utk merebus kacang
½ sudu kecil garam
2 helai daun pandan
1 biji kelapa ambil santan pekat (MaDiHa guna 1 kotak santan Ayam Brand & dicampurkan air secukupnya)
gula pasir secukupnya ikut citarasa anda

Cara Menyediakan
1. Rebus kacang hingga betul2 empuk.. (agak lama & menggunakan air yg banyak... kalau nak cepat guna pressure cooker) testing dengan jari atau mulut dah lembut ke belum..
2. Bila kacang dah empuk.. masukkan santan, daun pandan, garam, gula dan isi durian.
3. Masak sebentar hingga mendidih sambil dikacau2 sentiasa.. isi durian tu jgn terlalu lunyai.. nanti tak nampak rupa durian pulak
4. Rasakan apa yg kurang.. kalau kurang manis tambah gula lagi.. siap utk dihidangkan samada panas atau sejuk.


Selamat mencuba!

Kembong Taucu Bertomato

Assalamualaikum...
Salam pagi Isnin.... pagi ni takde menu istimewa.. sekadar menu ulangan yang menjadi feberet kami sekeluarga kecuali 2 budak yg baru belajar nak makan pedas tu... Haziq pula walaupun baru berjinak2 dengan pedas.... tapi kalau lauk ikan jarang juga nak sentuh.... 
Kembong Tauchu Bertomato
Resepi : MaDiHaA a.k.a Ratna
Bahan2
3 ekor ikan kembong
garam & serbuk kunyit (untuk goreng ikan) 
1 biji tomato ~ belah 8
1 labu bawang besar ~ hiris memanjang
2 ulas bawang merah ~ dihiris
2 ulas bawang putih ~ dihiris
1 inci halia ~ hiris nipis batang mancis
15 biji cili padi ~ hiris halus
2 biji cili merah ~ hiris
2 sudu besar taucu kasar
1/2 sudu besar asam jawa ~ ramas dengan air ambil jus
sedikit aji
sedikit gula
air anggaran 1 cawan atau lebih
minyak masak

Cara2 menyediakan
1. Ikan dicuci bersih, dikelar & dilumur garam & serbuk kunyit.  Goreng ikan (tak perlu garing sgt.) angkat & ketepikan dulu.
2. Panaskan minyak yang lain dalam kuali, tumiskan bawang putih, bawang merah, halia, cili padi, cili merah & bawang besar hingga layu & wangi.  Masukkan air, taucu & air asam jawa. Biarkan mendidih.
3. Masukkan ikan, tomato, gula & aji.  Balik2kan ikan & pastikan kuahnya secukup rasa.  Tak perlu tambah garam kerana tauchu dah cukup masinnya.  Bolehlah dihidang dengan nasi panas & lauk pauk yg lain.
Selamat memasak!

Friday, January 13, 2012

Talam Pandan Kacang Merah

Assalamualaikum & salam sejahtera readers sekalian....

Jumaat datang lagi & syukur alhamdulillah masih dipinjamkan usia & masih dpt menghirup udara yang nyaman anugerah Allah S.W.T tanpa perlu kita membayarnya walau sesen pun... Betapa Allah S.W.T itu maha pemurah lagi maha mengasihani hambaNya... terima kasih ya Allah!

Oklah.. tak perlulah nak membebel panjang2 hari ni ye... sebab ada banyak lagi tugasan yang perlu ku siapkan... kita teruskan saja dengan perkongsian resepi untuk hari ini... Resepi ni ku ambil dari blog DJ@Dapurku Sayang. Sangat berkenan bila tengok Dayang tunjukkan tempohari tanpa berlengah terus print resepi. Kebetulan dalam peti ajaib kat rumah tu memang ada lagi stok kacang merah... keesokan paginya sebelum pergi kerja.. sempat ku rendam kacang merah.. Petangnya pulang dari kerja terus ku rebus kacang merah & sementara kacang empuk.. masak utk dinner dulu.. dah siap segala.. barulah godek2 buat kuih idaman ni.. hehe... 


Terima kasih buat penyumbang asal resepi iaitu Ratu Talam kita sapa lagi kalau bukan Yatie Sinar Kehidupanku... memang sedap talam ni... peminat kekacang mesti cuba buat kuih ni sebab rasanya sangat unik! Terima kasih juga buat Dayang yang berkongsi resepi di blog... mintak izin buat kedua2nya akak nak letak resepi kat blog akak pula ye.. mana tau ada yang nak  mencuba.. dipersilakan..
Talam Pandan Kacang Merah
Resepi : Yatiememories
Sumber : Dayangjack & MaDiHaA

BAHAN UTK LAPISAN BAWAH 
(loyang 10x10x2@3inci) 
(MaDiHaA guna loyang bulat 10 inci sbb kukusan tak muat nak guna loyang 4 segi 10x10")
    1 1/2 cwn kacang merah*- yg telah direbus empuk (rebus dulu baru sukat! MaDiHaA hampir tersilap sukat dulu baru rebus.... nasib baca semula resepi.. hehe)
    1 cwn air*(* di kisar bersama)
    1 1/2 cwn tepung beras
    2 cwn santan sederhana pekat
    2 sudu besar Tepung Hoen Kwee (putih)/tpng jagung
    1 cwn gula halus
    sedikit garam
    sedikit pewarna merah

CARANYA 
1. Kisar kacang merah yg telah di rebus bersama 1 cwn air. Biarkan ketepi.
2. Dalam bekas lain masukkan tepung beras, tpng hoen kwee/tpng jagung, gula, garam bersama santan. Bancuh semua bahan dan tapis.
3. Masukkan kacang merah yg di kisar tadi dan gaul sebati. Masak hingga naik wap dlm 10 minit guna api sederhana saja- tutup api.
4. Panaskan pengukus. Alaskan loyang dngn plastik dan sapu minyak di kelilingnya.  Tuangkan adunan tadi dan kukus selama 25 minit.
5. Sementara itu, buat utk adunan lapisan atas.

BAHAN UTK LAPISAN ATAS
    1 1/2 cawan tepung gandum
    1 cwn gula halus
    2 biji telur
    1 cwn santan pekat
    2 cwn air (kisar bersama 3 helai daun pandan dan tapiskan ~ MaDiHaA guna 7 helai daun pandan)
    secubit garam
    pewarna hijau (MaDiHaA tak guna sebab warna hijau daun pandan dah mencukupi)


CARANYA
1. Bancuh semua bahan, tapis ke dlm periuk & masak hingga naik wap dlm 10 minit guna api sederhana je.
2. Tuangkan adunan ke atas lapisan kacang merah tadi. Sebelum tuang adunan, pastikan tiada air bertakung di permukaan kuih. Sekiranya ada, sengetkan loyang dan guna tisu dapur utk mengelap air.Selepas tu, cakar2 sikit guna garpu barulah tuangkan adunan warna hijau.
3. Kukus lagi selama 25 minit guna api sederhana saja. Setelah siap, buka penutup kukus dan biarkan 5 minit dengan api yg belum di tutup. Ini bagi mengeringkan permukaan kuih.
4. Setelah siap, angkat loyang kuih dan biarkan betul2 sejuk barulah di potong dngn menggunakan pisau plastik supaya kuih kelihatan cantik.


Selamat mencuba!

Thursday, January 12, 2012

Jamu Ketupat Palas di hari Ulang Tahun ke 2 Dari Dapur MaDiHaA

Assalamualaikum readers....

Terima kasih diucapkan kepada semua readers & visitors yang telah mengucapkan salam takziah atas pemergian Allayarham Ahmad Nazri dalam entry semalam.  Sesungguhnya setiap yang hidup pasti akan mati... kita sebagai hamba-NYA haruslah redho dengan ketentuan Ilahi.. Semua yang ada di dunia ini adalah milik kekal-NYA & DIA boleh mengambil kembali orang2 yang kita sayang apabila DIA menghendaki pada bila-bila masa & dengan apa cara sekalipun.... kerana apa yang ada di dunia ini hanyalah pinjaman semata-mata... Allahhuakbar!

Oklah.. untuk entry hari ni pun tiada resepi yang dapat diberi.. Sempena ulang tahun ke dua blog Dari Dapur MaDiHaA pada hari ini....  MaDiHaA ingin menjamu kawan2 sekalian dengan ketupat palas bercicahkan serunding ikan tu ye... sila2lah jangan malu2.. hehe... 


Sebenarnya.. ketupat palas tu adalah pemberian moksu ku dari Dungun melalui Sujah (isteri pakcik dlm entry semalam).  Dah lama jugak dia bagi... kali ni barulah aku sempat panaskan. Ketupat ni memang tahan lama kalau kita frozenkan.. Bila nak makan.. rebus je sampai lembut. Nak buat rendang malas.. jadi cicah jelah dengan serunding ikan yang datang dari Kelantan pemberian adik ipar dulu... Ohh.. Terengganu vs Kelantan = Sedap!!


Syukur alhamdulillah kerana sampai juga ulangtahun ke dua bloggersary Dari Dapur MaDiHaA. Walau dalam kesibukan dengan rutin harian... syukur alhamdulillah dapat juga menghidupkan blog ini. Terima kasih tak terhingga diucapkan kepada semua pengunjung Dari Dapur MaDiHaA & tak lupa kepada semua followers & juga kepada yang rajin meninggalkan jejak walaupun MaDiHaA kekurangan masa untuk membalas kesemua komen2 yang ditinggalkan. Harapan semoga blog ini dapat diteruskan & semoga MaDiHaA diberikan kesihatan yang baik agar dapat menunaikan tanggungjawap di dapur untuk family & secara tak langsung dapat berkarya di blog untuk rujukan masa depan, anak2 & kawan2 sekalian.

Akhir kata.. salam sayang Dari Dapur MaDiHaA... kalau ada sumur di ladang.. boleh kita menumpang mandi.. kalau ada umur yang panjang.. boleh kita berjumpa lagi...

Sekian..

Wednesday, January 11, 2012

Hari Penuh Tragedi....

Assalamualaikum readers.... Salam hari rabu buat semua... 


Walaupun ramai di kalangan blogger mengupdate entry Wordless Wednesday pada hari ni... tapi hari ni aku nak bercerita agak panjang sikit ye... Hampir 3 hari tak bersiaran... Hari Ahad kalau tak update tu perkara biasa bagi blog aku ni.. hihi.. Tapi nampaknya.. berlanjutan hingga ke Isnin & Selasa... Kalau minggu perayaan... perkara biasa juga kalau aku tak update lama.. tapi kali ni tak update sebab ada kisah yg sangat trajis.. Terlalu banyak perkara yang terjadi sepanjang 3 hari tak bersiaran.. Meh ku ceritakan sedikit yer walaupun ianya tak berkaitan dengan entry masak2.. Sekadar untuk kenangan...

Hari Sabtu.. aku ke sekolah kakak Dini menghadiri taklimat UPSR untuk murid2 darjah 6. Pulang ke rumah & lepas tu tak kemana2... Petang esoknya hubby ajak aku & anak2 ke Taman Jaya kononnya nak berjogging. Tiba2 bila nak start kereta... enjin tak dapat dihidupkan.. huk alaa... entah apalah masalahnya.. kalau ikutkan bateri baru je tukar 2 bulan lepas.. tapi nampak tanda2 macam bateri problem saja. Terpaksalah bawa anak2 pulang kerumah semula.. anak2 semua dah frust tak dapat keluar.. apa taknya.. masing2 semua dah sarung seluar sukan & dah berkobar2 nak berjogging.. hihi... Terpaksa tunggu esok (Isnin) untuk check apa masalah kereta sebab hari Ahad semua bengkel tutup. Kedai beli bateri dulu pun tutup juga.. 

Esoknya pagi Isnin 9hb Januari... terpaksalah hubby yang hantar anak2 ke sekolah... mujur hubby kerja shift malam minggu ni. Aku pulak dari malam semalam dah sms kat bos mengatakan ambil halfday. Hubby terpaksa hantar anak sorang demi sorang almaklumlah.. hantar guna motorsikal... Mujur Haziq baru tadika & masuk kelas pukul 8.00.... Jadi sempatlah kan... Lepas hantar Kakak Dini & Haziq.. sementara tunggu kedai alatganti buka.. hubby lepak rumah pakcik aku dulu sebab kedai tu pun kat daerah situ jadi malaslah dia nak balik ke rumah semula.. bukannya dekat. Lepas tu baru pegi tukar bateri kereta sebab masih under guarantee (or warranty?)... hubby balik semula ke rumah dengan pakcik.. motornya ditinggalkan kat rumah pakcik. Bila ganti bateri baru.. tup2 tak hidup juga enjin kereta. Bila tukar pula guna bateri Unser pakcik ok pulak! Hmm... sah2 bateri kat kedai tu yang problem.. gamaknya bateri dah expired kot! 

Awal pagi tu dalam pukul 7 lebih aku dapat sms dari adik mengatakan adik iparnya meninggal dunia kerana lemas di tasik... tapi mayatnya masih belum dijumpai. Katanya.. polis dah mencari sejak malam tadi tapi hanya jumpa satu saja mayat.. iaitu mayat kawan adiknya.  Mayat adik iparnya masih belum dijumpai & polis akan sambung cari lagi pada pagi Isnin tu. Berderau darah aku terima berita tu. Terus aku telefon hubby yang masih di rumah pakcik waktu tu. Aku memang nak sangat pegi jenguk tempat kejadian tapi masalah juga nak pegi macamana masalah kereta pun belum selesai lagi.. Jadi bila kereta dapat dihidupkan bila guna bateri kereta pakcik.. terus hubby call aku kat rumah (dari parking kereta) suruh cepat2 turun katanya pakcik ajak pegi tengok tempat kejadian. Yelahh.. dah guna bateri kereta pakcik.. lepas start kena pasang ke kereta pakcik semula & enjin kereta kami tu tak bolehlah dioffkan.. Aku pun cepat2 turun.. nasib baik dah siap memasak & Alin pun dah siap mandi.. hehe.. Tapi sebelum pegi.. kenalah singgah kedai bateri tu dulu untuk tukar balik bateri lain. Sampai kedai bila ckp bateri yang tukar tadi langsung tak boleh guna... orang tu hanya bagi bateri 2nd hand saja... katanya dah takde stok bateri yang lain. Nampak sangatlah macam kedai tak berapa laku sampai stok bateri baru pun taknak order.. patutlah baterinya tahan 2 bulan aje.. pastu tukar bateri baru pun langsung tak hidup kereta.. Hubby kautim ngan tauke tu & pastikan kalau bateri 2nd hand tu mati lagi dia akan tuntut balik bateri lain sebab bateri yang mula2 beli masih under guarantee.... & orang tu kata ikut tarikh beli bateri yang mula2.. Ok set! Selesai satu perkara..

Semua dah settle kami terus ke sekolah Haziq untuk jemput dia sebab masa tu dah hampir pukul 12 tengahari. Sempat juga singgah ofis untuk maklumkan kat bos yang aku terpaksa ambil cuti penuh Isnin & Selasa sebab ada saudara meninggal in case nak balik kampong. Alin pulak aku hantar ke pengasuh sebab kami akan terus ke hospital HUKM sebab masa kami di kedai bateri tu anggaran pukul 10 lebih.. adik sms katanya.. mayat dah jumpa & memang sah adik iparnya & polis hantar ke HUKM, Cheras. Adik aku hanya jadi orang perantara sebab dia sendiri pun tak dapat pegi ke tempat kejadian sebab dia ada baby yang masih kecik.. hanya suami & adik2 iparnya yang lain yang ada kat tempat kejadian. Kami pun terus ke HUKM.. bila sampai sana... tak dapat juga tengok mayatnya sebab sedang dibedah siasat.  Bila selesai bedah siasat pun aku tak sempat nak tengok jenazahnya sebab nak cepat utk urusan menghantar jenazah ke kampong pula.. Hospital bagi masa sehingga jam 4 petang mesti ada di hospital semula sedangkan masa tu dah hampir pukul 2 petang. Adik ipar terpaksa balik ke Klang semula untuk jemput adik aku & anak2nya. Masa agak suntuk masa tu.. & aku rasa macam tak sempat je dorang nak sampai semula ke hospital dalam masa 2 jam.. Cheras & Klang bukannya dekat! Selesai berbincang.. kami semua balik.. adik ipar balik ke Klang & kami balik ke PJ untuk kemas2 baju sikit & jemput anak2 kat sekolah & pengasuh. Tup2 bila sampai rumah.. pakcik pula dapat panggilan telefon dari imam masjid tempat pakcik bertugas minta tolong pakcik berjumpa dengan bos sebuah hotel kat PJ ni yang mana ada kes sabotaj ke atas makanan yang dihidangkan. Alamak!! ada pula masalah lain!  Bos hotel tu memang dah kenal rapat ngan imam & pakcik.. oleh sebab imam tak dapat pegi sebab sedang beri taklimat untuk satu majlis.. jadi pakciklah yang kena pegi bersama beberapa orang rakan yang lain. Bos hotel tu mintak di adakan bacaan yassin & sembahyang hajat untuk mohon petunjuk siapa dalang yang membuang segala benda2 yang tak sepatutnya ada dalam makanan kat hotel tu... pakcik cakap.. ada jarum & paku tekan dalam makanan2 untuk hidangan buffet... bukan sebatang dua mereka jumpa di celah2 makanan yang terhidang.. tapi banyakkkk! Nasib baiklah bukan customer yang jumpa tapi staff2 hotel tu sendiri yang terjumpa agaknya ada sebatang dua yang sesat di atas makanan.. itu yang staff ternampak... kalaulah customer yang terceduk makanan yang ada jarum tu.. tak taulah nak kata apa.. silap2 pihak hotel kena saman!  Jadi pada hari Isnin tu.. hidangan buffet semua di tarik balik & hanya dihidangkan makanan a lacarte saja.. Tukang masak pun dah nangis2 dah takut dituduh dia yang punya angkara.. yelah.. tempat dia cari makan.. tak taula sapa punya angkara.. tak berani juga nak buat tuduhan.. harap2 cepatlah masalah ni selesai & orang yang bertanggung jawap tu tampil meminta maaf..

Kami kat rumah pakcik terpaksalah tunggu sehingga pakcik balik dari hotel membantu mana yang patut sebab pakcik ajak kami balik dengan sebuah kereta je (guna kereta pakcik). Jadi kami buat keputusan tak jemput lagi Kakak Dini di sekolah & akan menunggu sehingga tugas pakcik selesai. Selesai masalah ke dua... penyudahnya.. hampir maghrib juga kami baru dapat bertolak ke kampong. Info dari adik katanya mereka dah bertolak 2 jam yang lepas. Berdoa dalam hati agar sempatlah tengok jenazah sebab jenazah akan dikebumikan malam tu juga. Yelah.. sudahlah hampir 12 jam tenggelam di dasar tasik.. kemudian dibedah siasat pula.. tak elok kalau disimpan lagi kat rumah kan.. Masa kami sampai di tanah perkuburan tu dah hampir pukul 10 malam & waktu tu.. orang kampong sedang mengambus liang lahad... memang tak sempat jugalah nak tengok jenazahnya.. Takpelah.. nak buat macamana.. tapi ma ada suruh Abby ambil gambar wajah jenazah sebab dia tau aku tak sempat nak tengok.. Kaum keluarga mereka kat rumah pun hanya tengok bahagian muka saja sebab jenazah dah siap dikafan & disembahyangkan di hospital.

Berita TV3 (kalau tak silap) ada siarkan berita tentang kematian 2 pemuda yang mati lemas di Tasik Permaisuri, Cheras. Tapi waktu tu aku tak dapat tengok sebab masih dalam perjalanan. Hanya dapat cerita dari adik aku je. Panjang ceritanya kalau nak diceritakan.. Dan malam tu.. selesai urusan pengkebumian.. kami singgah rumah ayah arwah untuk berjumpa dengan ayahnya & kaum keluarga.. ma & adik2 aku yang lain pun ada kat sana.. mereka membantu apa yang patut memasak bihun untuk kaum keluarga mereka yang datang dari jauh. Kebanyakannya dari daerah Pahang juga & ada juga yang datang dari Kedah. Ibu arwah pun dah takde meninggal kira2 setahun yang lalu.. ayahnya pun dah uzur. Hanya ma antara besannya yang terdekat & kami semua pun dah anggapnya macam keluarga sendiri. Lepas ziarah pakcik (ayah arwah) kami semua balik rumah ma sekejap untuk mandi & bersihkan diri. Semua anak2 pun dimandikan walaupun masa tu dah pukul 12 tengah malam.. al-maklumlah kan... dorang semua di angkut sekali masa pegi ke tanah perkuburan malam2 buta tu. Berehat seketika dalam 2 jam gitu & kami bertolak pulang semula ke PJ semula sebab pakcik ada tugasan lain hari Selasa tu & lagipun.. anak2 semua sekolah.. Sampai PJ hampir pukul 5 pagi.. anak2 semua keletihan termasuklah mak ayahnya.. hihi.. dua beradik tu pun tak sihat selsema & batuk2... jadi cutilah dorang hari tu tak pegi sekolah. Haziq dapat MC sehari manakala kakak hanya tunjukkan surat mati bukti ada kematian pada ustaznya di sekolah agama & hari tu kakak Dini hanya pegi sekolah kebangsaan aje...

Allayarham Ahmad Nazri dalam kenangan.. gambar di ambil dari FB allayarham. Allayarham melanjutkan pelajaran di UKM & sekarang mempunyai agensi percetakannya sendiri. Berumur 28 tahun & masih bujang. Dari kaca mata aku.. arwah adalah seorang pendiam tetapi sangat rajin membantu membuat kerja2 rumah jika pulang ke kampong. Mengalahkan orang perempuan rajinnya! Kerja2 menyapu laman, menyapu dalam rumah, mencuci pinggan mangkuk atau kain baju kotor semua boleh dilakukan tanpa rasa kekok. Ini mata aku sendiri yang tengok masa kali terakhir aku jumpa dia masa balik Keratong tempohari. Rasa macam tak sangka ada anak bujang yang sangat rajin. Patutlah arwah menjadi kesayangan arwah ibu & semua ahli keluarga. Adik aku sendiri pun memuji kerajinannya. Selamat bersemadi wahai Ahmad Nazri bin Ahmad. Semoga rohmu dicucuri rahmat & ditempatkan di sisi insan beriman.. Al-Fatihah...

Di bawah ni aku copy & paste status dari FB allayarham.. sangat terkesan di hati bila membacanya bilamana aku mendengar adik aku ceritakan yang allayarham pernah mengatakan allayarham ingin berkahwin & mahu segera mempunyai zuriat supaya nanti bila dia dah tiada.. ada anak yang akan mendoakannya di 'sana'...

"Ya Allah, Engkaulah Sumber Kebahagiaan kami. Tolonglah kami, kuatkan kami dgn cintaMu, menjadi sadar akan cinta kami, kehilangan kami, kedukaan kami, mengatasi perasaan marah, kecewa, luka perih dihati, agar kami rela menerima ketetapanMu yg membentuk pribadi kami menjadi lebih kuat & sabar dlm menjalani kehidupan ini"
Status Ahmad Nazri pada 22 December 2011

"Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: Manusia dan batu (berhala); Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan". - [al-Tahrim 66:06]
Status Ahmad Nazri pada 21 December 2011

Doa sentiasa diterima oleh Allah. Jika ada yang kelihatan tidak diterima, mungkin ada beberapa faktor yang mengganggu. Mungkin pemohonan itu tidak membawa kebaikan jika dimustajabkan. Allah Maha Mengetahui. Seperti hasrat kita ingin mengahwini seseorang yang kita suka, lalu kita berdoa agar Allah menjadikan dia pasangan kita. Allah lebih mengetahui jika itu tidak baik untuk kita lalu Allah memilih untuk kita pasangan yang lain. Atau Allah memustajabkan doa orang lain yang lebih dikehendaki-Nya. Atau Allah memustajabkan doa calon berkenaan yang inginkan orang lain. Segalanya mungkin..
Status Ahmad Nazri pada 12 November 2011

Ya Allah..
Jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu...

Ya Muhaimin..
Jika aku jatuh hati, izinkanlah aku meyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidah terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu...

Ya Rabbana..
Jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling dari hatiMU...

Ya Rabbul Izzati..
Jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu...

Ya Allah..
Jika aku menikmati cinta kekasihMu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat disepertiga malam terakhirMu...

Ya Allah..
Jika aku jatuh hati pada kekasihMu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu...

Ya Allah..
Jika kau halalkan aku menjadi kekasihMu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya padaMu...Amin.
Status Ahmad Nazri pada 10 November 2011



Hmm... panjang lebar ceritanya kan? Untuk berita kematian Ahmad Nazri bin Ahmad berserta gambar2.. bolehlah klik SINI untuk baca berita selanjutnya. Di SINI juga ada.

Sekian.

Sunday, January 8, 2012

Daging Bumbu Bali

Assalamualaikum readers..
 
Salam hari minggu buat semua... Masak apa hari ni ye ibu2 semua? Mesti something special kan... yelah.. hari minggu hari semua kaum keluarga ada kat rumah.. jadi mestilah nak hidang istimewa untuk mereka semua betul tak? Kalau ibu2 belum ada idea nak masak apa hari ni... apa kata cuba resepi yang MaDiHaA kongsikan hari ni... Memang sedap! Resepi ni katanya dari Chef Wan.. Tapi MaDiHaA dah lupa ambil dari Mamahawa atau Ita.. hehe.. maklumla... dah agak lama masak lauk ni sebenarnya... daging tu pun daging korban masa raya haji tahun lepas... Kalau ikutkan nama rujukan yang last tu nama MamaHawa.. mungkin di salin dari mama... tapi sebenarnya.. kedua2 entry dari Ita & mama... dua2 pun MaDiHaA ada tengok.. hehe.. apa2pun... terima kasih kepada semua yang terlibat.. Lauk ni jugak pernah MaDiHaA masak dengan menggunakan ayam kat sini versi yang dah diubahsuai oleh Kak Nor Secubitgaram. Tapi kali ni guna daging ikut arahan resepi yang sebenar.. Kalau perhatikan dari segi warna setiap masakan yang MaDiHaA & kawan2 yang lain ada sedikit kelainan antara satu sama lain.. ada yg agak merah.. ada yg kehitaman.. mungkin ini faktor penggunaan kicap & cili yang menjadikan warna masakan berubah... Yang penting rasanya tetap sedap! Jom tengok resepi..



Daging Bumbu Bali
Resepi : Chef Wan
Sumber : Cindai Biru@Myresepi/ Azlita Masam Manis / Mama Hawa

Bahan:
500 gm daging (potong nipis, cuci bersih)
250 ml santan tin - ita guna santan kotak - mama pun (MaDiHaA ganti susu cair)
3 helai daun limau purut ~ (MaDiHaA tak letak) 

2 sdb kicap pekat - ni mama letak lebih sedikit
8 biji cili merah *
3 ulas bawang putih *
5 biji buah keras *
1 in halia *  ~  (*diblend)

1 sudu teh serbuk kunyit *
1 biji bawang besar ~ dipotong bulat
1 biji tomato ~ dipotong 4 (MaDiHaA guna tomato hijau)
garam & kicap manis secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara:
1. Kisar bahan yang bertanda*. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga naik minyak dan garing sedikit.
2. Masukkan daging, santan tin dan daun limau purut. Kacau sebati dan biar hingga kuah agak pekat.  Masukkan garam, kicap pekat dan kicap manis secukup rasa. gaul sebati.
3. Masukkan tomato dan bawang besar yang dipotong bulat. Kacau lagi dan angkat untuk hidangan.


Selamat mencuba!

Friday, January 6, 2012

Sambal Tumis Tempoyak Udang Kering Berpetai

Assalamualaikum readers....


Bersua kembali Jumaat pertama tahun 2012.  Hari ni tak boleh nak celoteh panjang2.  Sedikit sibuk... tengok petang nanti kalau ada masa terluang.. bolehlah celoteh & update lagi.... Untuk pagi ni... kita layan menu kampong dulu ye! Orang kata makan petai ni makruh ye... tambah2 lagi hari ni kaum lelaki akan ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat.. jadi kalau boleh janganlah makan petai lunch nanti ye... tunggu hari Sabtu or Ahad oklah... hehehe...

Ini menu kami yang dah lama di masak... dapat petai dari kampong kiriman mertua melalui adik ipar aritu... teringin pulak dibuat sambal (aku kurang suka makan petai mentah!)... udang segar takde (kat pasar ada tapi mahalnya!) jadi sementara stok udang kering masih banyak kita gunakanlah sebaiknya.. hehe....

Jom layan resepi sempoi....


Sambal Tumis Tempoyak Udang Kering Berpetai
Resepi : MaDiHaA a.k.a Ratna

Bahan2
1 cawan udang kering saiz sedang/kasar ~ direndam hingga kembang anggaran 1 jam & tos
1 cawan isi petai
2 sudu besar penuh tempoyak ~ dibancuh dengan sedikit air
Air tambahan jika perlu
Minyak secukupnya untuk menumis
Garam, aji & gula secukup rasa

Bahan2 ditumbuk lumat
30 biji cili padi (boleh campur merah & hijau atau merah saja)
2 cm kunyit hidup
1 ulas bawang putih
7 ulas bawang merah

Cara2 menyediakan
1. Panaskan minyak secukupnya lalu tumiskan bahan2 tumbuk hingga wangi & naik minyak. Masukkan tempoyak yang dibancuh dengan air tadi & biar mendidih.
2. Masukkan petai & udang kering & masak hingga petai nampak layu. Tambah air lagi jika terlalu pekat. Tambah bahan2 perasa seperti garam, aji & gula sesuai citarasa anda. Biarkan sebentar hingga nampak sambal pecah minyak. Kepekatan ikut citarasa sendiri.. Siap! 


Selamat mencuba!

Thursday, January 5, 2012

Bahulu @ Baulu

Assalamualaikum readers...


Bertemu lagi pagi Khamis yang cerah & ceria..... Semoga semuanya ceria2 saja sebagaimana cerianya sang mentari menyinarkan cahayanya...

Alhamdulillah pagi ni urusan menghantar anak2 ke sekolah & ke baby sitter berjalan dengan lancar sekali. Yes..! sudah masuk 6 tahun aku menguruskan persekolahan anak2 tanpa bantuan cik abang sayang.  Kerana kedudukan tempat kerja ku yang berdekatan dengan sekolah anak2 di PJ (yang memang disengajakan memilih sekolah yang hampir dengan aku) jadi wajiblah aku yang menguruskan semua hal2 berkaitan anak2.  Encik abang pula kerjanya menghala ke arah Shah Alam di tambah pula dengan kerjanya yang mengikut shift... memang tak bolehlah nak harapkan dia. 

Abang Haziq teruja di hari pertama ke tadika barunya.. Kalau tidak dulu masa ibu mula-mula suggest nak hantar dia ke tadika lain (dulu dia sekolah kat tadika lain ~ Tadika Islam Cahaya Manja) dia seakan nak membantah sebab dah biasa dengan kawan2 di tadika & taska lamanya.  Tapi sejak ibu bawak dia sekali masa nak daftar ke tadika barunya... dia nampak macam seronok pulak mungkin sebab bila dapat tengok sendiri keadaan tadika kat tempat barunya berbanding sekolah tadika lamanya dulu yang bersekali dengan taska (tadika lama dulu dia sekolah di situ & lepas sekolah pun dok kat situ sampai petang) tu yang buat dia rasa teruja tu.. yelah.. kat tempat baru.. tentulah ada yang dirasakan menarik di hati dia.

Hari pertama dia hari ni terpaksalah dipakaikan pakaian biasa berbanding pelajar2 tadika yang lain yang semuanya dah pakai uniform.  Nasib baik Haziq tak kisah walaupun dia sorang je yang lain dari kawan2 dia.. hehe.. Takpelah Haziq.. tunggu jelah sampai cikgu bagi uniform Haziq nanti ye.. Lepas tu Haziq dah boleh pakai uniform sama macam kawan2 yang lain. Bermula hari ni ibu dah tak boleh nak menyinggah ke mana2 lepas hantar kakak Dini ke sekolah sebab kelas tadika Haziq bermula pukul 8.00 pagi berbanding tadika lamanya yang bermula 8.30 pagi. Kali ni memang betul2 rushing jadual pagi ibu. Keluar rumah wajib sebelum pukul 7 pagi.. hantar kakak Dini ke sekolah agama (sesi petang sekolah kebangsaan pula), kemudian hantar Haziq ke tadika.. lepas tu hantar adik Alin pulak ke rumah Cik Ani pengasuhnya... lepas tu bergegas pulak ibu ke pejabat. Ngam2 hampir 8.30 pagi atau awal dalam 10 minit ibu sampai pejabat.. sempatlah ibu breakfast sekejap.  Fuhh...! no more singgah2 rumah tokcu bersembang2 mcm dulu2... kalau nak singgah pun sekadar singgah sekejap utk hantar kuih2 tu oklah.. hehehe... Tengahari waktu lunch pun kena keluar tepat pukul 12 tengahari untuk jemput Haziq kat sekolah and then hantar dia ke rumah Cik Ani yang mengasuh adiknya... Pendek kata... ibu dah takde masa nak berfoya2 waktu lunch nak jelajah Gergasi ke.. Checkers ke.. kedai bakeri ker... ataupun mengupdate blog ker..  semuanya ibu terpaksa korbankan demi abang Haziq. Walaupun kedudukan sekolah tadika dengan rumah pengasuh hanya seberang jalan... tapi bimbang pula nak biarkan dia melintas jalan sorang2... maklumlah budak2... biarlah ibu korbankan masa ibu daripada anak ibu yg terkorban... nauzubillah!!


Haishhh..! merepek2 dah kannn... oklah.. jom kita layan resepi pagi ni! Resepi yang masih berkaitan dengan telur!! Inilah dia kuih yang kakak Dini dok idam2 sangat sejak sekian lama dulu.. baru sekarang ibu tunaikan.  Sebenarnya ibu dah tunaikan permintaan kakak Dini suruh buat Baulu dulu... cuma yang ibu buat dulu tu Baulu Senyum... nampaknya masih tak menepati kehendak kakak Dini.. hehehehe... 

Ok jom tengok resepinya! Terima kasih pada empunya resepi iaitu Ogy / Tuntung15@myresepi. Walaupun dulu2 zaman anak dara pernah buat bahulu sendiri.. tapi tiada sukatan yang tepat. Main belasah aje.  Arwah nenek/tok memang pakar buat kuih2 tradisi ni.. tapi idok pulak nak belajar dulu2.. yelah.. masa tu masih bersekolah lagi.  Kali ni ikut terus resepi dari Tuntung15... alhamdulillah sedap & cantik jadinya. Cumanya... mungkin kerana aku gunakan acuan bukan bentuk cermai (sebab memang takde) jadi bahulu macam kurang berisi mungkin sebab acuan tu agak nipis.  Oleh sebab tu.. MaDiHaA ada tambahkan tepong gandum sebanyak 4 sudu besar barulah bahulu nampak cantik berisi & tak kempis/mengecut lepas bakar.  Lepas ni kena cari acuan cermai pulak & cuba ikut resepi betul2... hehe..

Terima kasih banyak2 Ogy@Tuntung15 untuk resepi ni. Mintak izin ye letak resepi kat sini...



Bahulu Cermai

Bahan-bahan ( Dalam 80 biji )

  • 10 biji telur gred A
  • 380 gm gula pasir (MaDiHaA guna 340gm)
  • 1 tsp esen ros (kalau suka. Kak ogy omit nih sb nak dapatkan bau ori bahulu ~ MaDiHaA pun tak letak jugak)
  • 200 gm tepung gandum (MaDiHaA tambah lagi 4 sudu besar sebab bahulu nampak kurang 'berisi'... mungkin sebab salah acuan kot!)
  • 1/4 tsp baking powder

Cara-cara


  1. Pukul telur dan gula sehingga kembang dan pekat.
  2. Ayak tepung dan baking powder kedalam adunan batter yang telah betul-betul kembang dan pekat. Kacau adunan dengan spatula.
  3. Tips 1. Sebelum bakar bahulu, isikan acuan dengan minyak dan bakar dalam oven selama 10 minit untuk memanaskan acuan dan supaya adunan tidak melekat. Keluarkan acuan yang telah panas dari oven dan buangkan minyak. Acuan sedia untuk digunakan. (MaDiHaA ikut tips ni!)
  4. Tips 2. Sediakan kain yang dibalut pada kayu untuk sapukan minyak ke acuan setiap kali sebelum masukkan adunan ke acuan. (MaDiHaA gunakan daun pandan yang dilipat tebal2 & ikat dengan gelang getah untuk menyapu minyak pada acuan)
  5. Tips 3. Bakar gula dalam oven sebentar sebelum guna sehingga agak-agak hangat dan terus tuang kedalam telur. Tips ini untuk ketahanan kuih bahulu. Tahan sehingga sebulan tanpa pengawet. Kalau x mahu buat cara ini, kuih bahulu boleh tahan selamat 2 minggu. InsyaAllah.
  6. Tips 4. Untuk meringankan kuih bahulu, bakar tepung dalam oven. Tapi jangan lama-lama. Sekejab je. Dan tepung agak-agak hangat je. Ini sama lah dengan kaedah orang dulu-dulu jemur tepung. (MaDiHaA ikut juga tips ni! lepas bakar kejap tepong barulah ayak tepong bersama baking powder..)
  7. Update : Suhu bakar 220C sehingga bahulu kekuningan. Bahulu naik lebih cantik jika 'off' kan fan kat oven sbb kalo guna fan bahulu akan mengecut sedikit nanti. (MaDiHaA offkan 'fan' & guna suhu oven 200C & bakar dalam 6 - 7 minit. bergantung oven puan2 ye...)

Selamat mencuba!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KongsiResepi.com