Terima kasih kepada yang sudi follow....

Friday, March 30, 2012

Orange Marble Cheese Bar Cake

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Pagi Jumaat yang dingin... awal2 pagi lagi bumi sudah dibasahi hujan.... syukur alhamdulillah... hujan rahmat di pagi Jumaat yang barakah... hilanglah haus pokok2 & rumput2 di taman & halaman rumah masing2 ye..  hari ni tak perlulah ibu2 atau suri2 rumah nak menyiram pokok bunga masing2 lagi.. bolehlah ibu2 meneruskan kerja2 dalam rumah... cepat siap kerja.. cepat boleh rehat.. betul tak? hehe.. 


Bagi aku pula.. bila hujan di pagi2 hari macam hari ni.. agak menyukarkan juga sebab pagi2 ketiga2 orang anak semuanya aku yang uruskan sendiri.. sorang dihantar ke sekolah kebangsaan, sorang ke tadika & sorang lagi ke pengasuh sebelum aku sendiri ke pejabat selepas itu. Yang jadi susah tu sebab perjalanan nak ke parking kereta yang jauh.. sedikit sebanyak.. basah jugalah kami 4 beranak walaupun masing2 berpayung.. maklum sajalah.. rumah di apartment ni parkingnya kira nasib sapa cepat dia dapat parking dekat.. kalau dah lambat alamatnya dapatlah parking yang jauh.. Lain cerita kalau tinggal di rumah teres atau rumah yang ada tanah.. kereta terus parking di dalam garaj.. takdelah timbul masalah nak masuk kereta walaupun hujan sedang lebat.. heheeh...

OKlah.. hari ni tak boleh nak bebel panjang2 sebab ada kerja sikit perlu disiapkan. Jadi kita teruskan jelah dengan resepi untuk hari ni ye... 



Dah dua hari tayang lauk... jadi hari ni kita sajikan dengan pemanis mulut pulak la ye... Resepi Orange Marble Cheese Bar Cake ni ku ambil dari blog sepupu ku Ida Marlida... Lantaran pujiannya yang meletop2 mengatakan kek ni sedap.. jadi aku pun teringinlah juga nak mencuba.. lagipun.. bahan2 semua pun dah tersedia kat rumah.. so.. tunggu masa terluang & mood baik datang terus le aku godek kek ni.  Ternyata benarlah bagai di kata.. kek ni memang sedap! Kalau peminat cheese pasti akan menyukainya.. tapi kalau bukan peminat cheese tu.. dia cebik jerlah tengok kek gini.. hehe.. contohnya en suami ku sendiri.. dia memang bukan peminat kek2 yang berasaskan cheese... sepotong pun dia tak sudi nak menjamahnya.. tapi anak2 pulak.. semua pun suka... berpotong2 di makannya.. tak sempat pun ibu nak simpan dalam peti sejuk lama2.. baru simpan 1 jam masing2 dah suruh potong sebab tak sabar nak merasa..  hehe..

Terima kasih pada Ida berkongsi resepi & terima kasih pada Kak Maz Ilham Dapur untuk resepi yang diadaptasi dari resepi red velvet cream cheese brownies sehingga menjadi cake bar berperisa oren & lemon yang begitu menawan & sedapp.. Mintak halal ye kak Maz kita letak resepi kat sini pulak..



Orange Marble Cheese Bar Cake
Sumber :  Ida Marlida
Kak Maz Ilham Dapur

Bahan-bahan (loyang 7x7) (MaDiHaA buat 1 1/2 adunan & gunakan loyang 8" x 8")

Bahan A

  • 40ml sunquick orange
  • 50g mentega - cairkan dan sejukkan sekejap
  • 2 kuning telur saiz A
  • 60g tepung gandum
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • 1-2 titik pewarna orange

Bahan B

  • 2 putih telur saiz A
  • 40g gula halus
  • 1/8 sudu kecil garam

Bahan C

  • 200g cream cheese suhu bilik
  • 1 biji telur saiz A
  • 50g gula halus
  • 1/2 sudu kecil lemon jus

Cara

1. Panaskan oven 160 C. Alas loyang dengan kertas baking dan biar kertas lebih tinggi dari loyang agar senang nak keluarkan kek nanti. Sediakan air mendidih untuk waterbath.

2. Dalam bekas yang sesuai, satukan semua bahan A dan kacau sebati.

3.Putar bahan B sehingga kental/bertanduk.

4.Masukan bahan no.3 dalam no.2 sikit-sikit dan kaup balik hingga sebati. Ketepikan 2 sudu besar dan masukkan dalam plastik bag, gunting sikit hujungnya untuk buat marble.

5. Tuang dalam loyang dan bakar secara waterbath selama 30-35 minit.

6. Sementara menunggu kek masak. Sediakan lapisan cheese.

7. Putar cream cheese hingga sebati, kemudia masukkan gula, putar lagi. Akhir sekali masukkan lemon jus dan telur dan putar sebati.

8. Tuang terus atas kek yang baru dikeluarkan dari oven. Amik bancuhan kek yang diketepikan tadi dan buat garisan memanjang atas lapisan cheese, kemudian tarik turun guna lidi.

9. Masukkan dalam oven dan bakar lagi secara waterbath selama 30 minit. Sejukkan sepenuhnya dan simpan dalam peti selama 8 jam atau semalaman sebelum dipotong. 



Selamat mencuba!

Thursday, March 29, 2012

Gulai Asam Rom (aserong) Perut / Babat... sajian popular negeri Pahang..

Assalamualaikum....

Kalau kelmarin ku masukkan gambar sajian nostalgia aku masa zaman budak2 waktu mengikut arwah ayah & ma ke kebun sayur.. hari ni teringin pulak nak kongsikan resepi sajian yang popular di negeri Pahang terutamanya di daerah Jerantut, Raub dan kawasan2 berdekatan dengannya.. Bukan semua daerah di negeri Pahang yang ada menyajikan lauk ni.. contohnya keluarga ku sendiri yang telah berhijrah ke Pahang daerah Rompin tak pernah pula terjumpa sajian gulai asam rom ni. Sejak aku kenal dengan suami yang berasal dari Raub barulah aku tau pasal gulai yang sedap ni...


Gulai Asam Rom atau sebutan orang kampong suami gulai aserong adalah sajian tradisi yang begitu popular di sana. Bukan saja dijadikan masakan harian.. kadang kala terjumpa juga semasa kenduri kendara. Khabarnya gulai asam rom lebih dikenali di sekitar Kg.Ulu Sungai (kg suami lah tu.. hehe) dan Batu Talam, Raub & Ulu Tembeling, Jerantut (Tempat lain ada juga). Terdapat dua jenis asam rom iaitu diperbuat dari buah perah dan satu lagi dari biji getah.  Orang2 kampong di Ulu Tembeling, Jerantut biasanya menghasilkan asam rom dari biji getah memandangkan sekarang agak sukar untuk mendapatkan buah perah kerana dah banyak pokok perah pupus dek kerana pembangunan atau tanah yang diteroka untuk pertanian.  Manakala masyarakat kampong di Raub hasilkan asam rom dari buah perah yang dikutip dari hutan kerana buah perah masih lagi dapat di cari di hutan2 berhampiran kampong. Cara menghasilkan asamrong samada dari buah perah atau biji getah adalah sama.  Buah perah ni selain boleh dijadikan asam rom (bahan utama yg digunakan utk membuat gulai ini), boleh juga dijeruk bersama petai atau direbus (masa merebusnya berjam2) & dimakan begitu saja. Rasanya sangat sedap! Jika nak jadikan asam rom.. buah perah melalui pelbagai proses & biasanya buah yang siap diproses diperam sekurang2nya sebulan atau lebih.. barulah sedap dibuat gulai.  Jika nak merebus untuk dimakan pula.. biasanya mereka yang pandai saja yang boleh membuatnya sebab jika tak kena cara & tak pandai menjaga api.. buah perah boleh memabokkan!  Berbeza pula dengan biji getah.. ia tidak boleh direbus untuk di makan seperti buah perah.  Ternyata buah perah lebih istimewa kerana banyak kegunaannya & rasanya pulak sangat sedap!

Kalau ada yang belum kenal buah perah.. kat bawah ni aku letakkan gambar2nya ye.. Gambar2 ni semua adalah copy & paste dari fotopages ku dulu... waktu ni suami & adik2 ipar mencari buah perah di hutan. Sengaja balik kampong beberapa hari untuk mengutip buah perah ni untuk dijadikan stok asam rom sebab masa tu musim perah tengah meluruh.  Buah perah ni dia bermusim tidak macam buah getah yang lebih mudah dicari. Jadi kalau tiba musim buah perah jika ada kelapangan suami akan mengikut adik2nya mengutip perah di hutan sematanya untuk menghasilkan asam rom untuk stok setahun. Jika nak baca cerita lanjut pasal xpdc mencari buah perah ni.. bolehlah klik kat SINI ada macam2 cerita & banyak lagi gambar2 yang lain kat situ.. hehe..

sila klik gambar untuk saiz yang lebih besar


Buah perah yang di proses akan memakan masa berhari2 sebab sebelum dijadikan asam rom.. buah perah perlu dijemur beberapa hari kemudian bila cukup kering.. ia akan diketuk untuk mengupas kulitnya kemudian dijemur lagi sehingga agak kering. Lepas itu isi yang dah agak kering akan ditumbuk separa lumat. Diuli bersama sedikit air kemudian barulah diisikan ke dalam botol yang sesuai. Cara mengisi pun perlu betul2 padat jika tidak asam rom tidak akan cantik.  Akhir sekali asam rom yang telah diisi ke dalam botol akan di simpan paling kurang 1 bulan sebelum boleh dibuat gulai. Sebenarnya boleh juga dibuat gulai sekiranya belum cukup sebulan tetapi gulai agak cair dengan warna yang agak pudar & sudah pastilah kesedapannya juga tidak sama dengan menggunakan asam rom yang dah di peram lama. Warna asam rom akan berubah dari warna putih ke warna hitam jika lebih lama di simpan. Lebih lama di simpan.. lebih sedap gulai yang dihasilkan nanti.  Antara bahan utama yang biasa dijadikan gulai asam rom ialah ikan sungai, ayam, perut atau daging terutama daging haiwan hutan seperti pelandok atau kancil. Tapi sekarang ni.. mana la nak cari kancil atau pelandok kalau tak pegi berburu.. hehe.. biasanya mertua ku masak gulai asam rom ayam atau ikan sungai atau ikan keli aje.. tapi aku kat sini kalau teringin nak masak gulai ni.. biasa gunakan ayam atau perut/babat lembu. Memang sedap!

 Inilah rupa asam rom yang diperbuat dari biji buah perah yang telah diperam berbulan2.. dari asal warna putih bertukar menjadi warna hitam. Sekali pandang macam gula merah.. hehe.. Asam rom yang diperam ni kadang kala akan mengeluarkan minyak sebab dasarnya buah perah memang berlemak.. mengikut kata MIL.. minyak dari asam rom ni boleh disimpan & dijadikan ubat gatal2 pada kulit...


Oklah.. panjang lebar pulak bercerita hari ni ye... mentang2lah ada banyak masa free.. hehe... 

Ok jom kita tengok resepi nya ya.. resepi hasil tunjuk ajar dari ibu mertua.. terima kasih mak sebab ajar masak gulai yang sedap sangat ni... hanya mereka yang pernah merasa je tau kesedapan gulai ni.. Yang pasti.. bila ku perkenalkan gulai asam rom ni pada keluarga sebelah aku.. semuanya dah jatuh cinta dengan gulai ni.. hehe.. agak sukar nak gambarkan bagaimana rasanya.. rasa yg agak pelik.. tapi amat sedap! Walaupun namanya ASAM.. tapi ia tidak masam! hehe.. Tapi awas ye! Gulai asam rom ni sangat3 pedasssss!! Pedas tapi sedapp!! Gulai ni memang wajib pedas barulah sedap. Mereka yang alah pada pedas atau cili padi memang di larang merasa gulai ni.. hehe..


Gulai Asam Rom (aserong) Babat/Perut
Resepi : MaDiHaA a.k.a Ratna (dengan tunjuk ajar dari MIL & suami)

1 kg perut/babat ~ dihiris kasar kemudian direbus sekejap je kemudian tos
1 kuntum bunga kantan ~ belah 2 atau 4
sedikit daun kesum
sedikit daun cemomok/daun pijat ~ gunakan 1/4 atau 1/6 dari sehelai daun (sila lihat gambar)
1 - 2 keping asam keping
garam secukup rasa (jgn byk sebab dalam bahan tumbuk dah letak garam)
aji (optional)
4 cawan air 

Bahan tumbuk
25 biji cili padi (hampir2 1/2 cawan)
1 sudu kecil garam (sebaiknya garam kasar)
2 inci kunyit hidup (pilih kunyit tua anggaran sebesar ibu jari.. kalau kecik.. lebihkan sikit)
4 sudu besar asam rom
(tumbuk dulu kunyit hidup hingga lumat kemudian masukkan garam kasar & cili padi tumbuk lagi.. bila dah lumat barulah masukkan asam rom & tumbuk agak2 bercampur & separa lumat je.. 

Sila klik gambar utk saiz yang lebih besar.
Pokok cemomok atau aku panggil daun pijat sebab bau daun ni sama macam bau pijat yang busuk tu.. hehe.. tapi ini adalah salah satu bahan yang penting untuk gulai ni.. biasanya aku bawa balik ke PJ & keringkan untuk dijadikan stok.. bila2 nak masak gulai ni bolehlah digunakan..



Cara 2 menyediakan
1. Campurkan bahan2 yang sudah ditumbuk (sila lihat cara2nya) dengan sedikit air.. jadikan pes. Tuangkan ke dalam periuk & campurkan dengan 4 cawan air.
2. Campurkan dengan semua bahan2 lain (kecuali garam) & jerang sehingga mendidih. Biarkan hingga perut lembut & tambah garam secukup rasa. Biarkan hingga kuah agak pekat & secukup rasanya & bolehlah dihidang bersama nasi putih & ikan masin. 

Selamat mencuba!





Wednesday, March 28, 2012

Sayur Pedas Labu Kuning dengan Timun & Kisah Nostalgia ku..

Assalammualaikum....... bersua lagi...


Lama dah rasanya tak masukkan resepi sayur... padahal memang hari2 masak sayur.  Sayur antara menu wajib yang sentiasa terhidang atas meja.  Selalu tu bila masak dok ambik gambar lauk pauk jer... gambar sayur macam malas je nak ambik.  Yelah kadang masak sempoi2 main campak2 jer.. paling kerap suka masak sayur tumis air, goreng2 atau sup2 aje.. tu yang malas nak tayang.. hihi.. Tapi kali ni saja jerlah ambik gambar Sayur Pedas Labu Kuning dengan Timun ni sebab jarang2 masak sayur labu ni sebab en. abang jarang beli.. ini pun aku sendiri yang beli konon nak buat projek kuih.. tapi sampai ke sudah tak jadi2.. sebelum labu tu reput dalam esbox baiklah aku sayurkan aje.. hehe.. 

Kengkadang rasa rindu nak makan lauk macam ni sebab dulu2 ma selalu masak macam ni masa berkebun sayur dulu.. rebus2 jer.. masak pulak kat dalam bangsal dalam kebun bila hari dah meninggi. Sayur yang digunakan selain labu kuning boleh juga ditukar kepada putik tembikai.  Biasanya putik tembikai yang sulung akan dibuang sebab jika disimpan ianya tak elok untuk dipasarkan sebab kulit dalam yang berwarna putih tu tebal & isi di dalamnya kadang kala merekah.. sebab tu petani akan buang putik2 tembikai yang pertama untuk menjaga kualiti buah untuk dijual.. tp kalau kita yg tanam sepokok dua ni.. putik pertama tulah yg kita sayang sangat kan.. hehe.. padahal putik pertama tu yang kuat makan baja sedangkan buahnya tak berkualiti.. tapi jangan tak tau.. putik tembikau sangat sedap dibuat sayur! Antara sayur lain yg sesuai spt. labu air, jagung muda (kami panggil podak jagung.. puaslah dulu makan masa ayah tanam jagung), timun, keladi, sayur pucuk manis & lain2 lagi.  Biasanya kami berada di kebun sayur seharian dari pagi sampai ke lewat petang... sebab tu arwah ayah dirikan bangsal atau pondok sebab kalau hujan atau ribut ada juga tempat nak berteduh.. & bila tengahari ada tempat boleh berehat, salian pakaian (lepas mandi) & solat.. Bila tengahari matahari dah meninggi memang dah tak larat nak teruskan kerja2 dikebun. Masa tulah kami selalu lakukan aktiviti lain... yang paling syok sekali kitorang suka pegi mandi di anak sungai sambil2 memancing ikan... bukannya suka sangat makan ikan sungai.. tapi saja suka memancing.. hehehe.. 

Kadang2 bila tak banyak kerja yang nak dibuat.. kami masuk hutan mencari buah kundang bila tiba musimnya.. Tapi biasanya kami pegi dalam kumpulan yang besar bersama2 dengan keluarga seorang pakcik yang lebih arif selok belok dalam hutan.. arwah ayah memang kurang arif & kurang berani sebab takut sesat masuk hutan yang besar tu.. (kebun kami asalnya dari hutan juga tapi diteroka secara berkelompok) kalau pakcik tu bagi cadangan je.. memang seronok sakanlah kami nak mengikut.. pakcik tu pun berkebun sayur macam arwah ayah juga...  kadang2 ada juga masanya kami pegi mencari ikan bila tiba musim kemarau sebab sungai atau parit biasanya airnya akan surut... makoiii... boleh nampak ikannya beribu2 lemon. Sekali sauk aje guna bakul plastik tu boleh dalam 5, 6 ekor ikan yang besarnya sama besar saiz tapak tangan aku masa budak2 dulu... mencari ikan sampai lupa diri.. bawak balik ke bangsal dibersihkan ikan lalu di salai.. manisnya kenangan itu... tak mungkin ianya akan berulang lagi.. arwah ayah pun dah takde.. kebun yang dipenuhi bermacam jenis sayur dulu sekarang sudah dipenuhi dengan pokok kelapa sawit...  

Biasanya bila perut masing2 dah lapar.. barulah sibuk nak balik ke bangsal & memasak.. jadinya.. lauk rebus2 macam nilah yang paling mudah & cepat nak disediakan... lawan pulak dengan nasi panas2, ikan masin & sambal belacan yang dibuat dari cili yang dipetik sendiri dari kebun... wallaweiiiii...  satu periuk nasi pun boleh abis.. hehe..  

Oklah.. jom tengok resepi sempoi ni... labu kuning hanya ada sejuring.. tentu tak cukup kalau dimasak.. jadi aku campurkan jelah dengan 2 biji timun... Tak sangka pulak anak2 suka lauk rebus2 gini.. kakak Dini suka makan labu.. tapi Haziq tak suka labu.. dia suka timun aje... macam2 selera anak2 ni...


Sayur Pedas Labu Kuning Dengan Timun
Resepi : MaDiHaA a.k.a Ratna

1/4 labu kuning ~ buang biji & kulit potong kiub
2 biji timun saiz sedang ~ dipotong ikut selera
3 cawan air
sejemput ikan bilis yang dikopek
1/2 kiub ikan bilis
garam secukup rasa

Bahan tumbuk
1/2 sudu kecil lada hitam biji
2 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah

Cara2 masak
Jerang air bersama2 bahan tumbuk, ikan bilis, kiub ikan bilis hingga mendidih. Campurkan timun dah biar dlm 3 minit. Campur pula labu kuning dan masaklah hingga labu empuk. Tambah garam jika perlu hingga secukup rasa..  siap..

Jumpa lagi...

WW - Tempahan Apam Dot-Dot...

Assalamualaikumm....

Hari ni wordless wednesday dengan entry tempahan apam dot-dot dari Leen. Kali ni dah 3 kali Leen order apam dot2... kali ke dua baru je 2 hari lepas.. tapi terlupa nak ambik gambar.. hehe.. Kali ni Leen order on behalf of kakaknya yang nak hantar apam dot-dot ni ke tadika anaknya. Kakaknya merasa apam yang ku buat ni masa Leen order dua hari lepas terus berkenan nak order. Terima kasih Leen sudi order apam ni & siap promote lagi pada kakak leen.. kalau nak order lagi.. calling2lah ye.. hehe..

100 biji apam dot-dot dengan filling kiwi, blueberry & strawberry


Jumpa lagi...

Monday, March 26, 2012

Pengat Pisang Bersagu

Assalamualaikum semua....


Hari ni tiada menu canggih lagi hebat... hanya nak kongsikan dessert kegemaran keluargaku yang dibuat baru2 ni iaitu Pengat Pisang Bersagu. Sekali hadap je habis seperiuk pengat yang dibuat dari sesikat pisang.. hehe.. memang sedapp!!

Tulis jugaklah resepi walau semua orang pandai membuatnya.  Sekadar untuk rujukan anak2 daraku dimasa hadapan..

Pengat Pisang Bersagu
Resepi : MaDiHaA a.k.a Ratna

Bahan2
1 sikat pisang (apa2 pisang yg sesuai spt pisang nipah, sematu, nangka, abu dll)
3 cawan santan pekat
1 cawan air/santai cair
1 1/2 sudu besar sagu biji halus ~ basuh di air paip menggunakan penapis sebelum digunakan
gula merah secukupnya (anggaran 1/2 cawan ~ ikut manis sendiri)
1 helai daun pandan ~ cuci bersih & simpul
secubit garam

Cara2
1. Masak gula merah bersama air/santan cair hingga larut. Ketepikan dahulu.
2. Pisang dipotong serong ikut kesesuaian. 
3. Jerang santan bersama secubit garam & daun pandan. Pastikan sentiasa dikacau supaya tak membuak. Masukkan biji2 sagu yang dicuci dengan memperoikannya. Kacau sentiasa sehingga biji sagu nampak agak jernih sedikit.
4. Masukkan pisang yang dipotong dan terus masak hingga biji sagu jernih sepenuhnya. (pastikan tak berhenti mengacau2 kuah supaya santan tak berketul2). Akhir sekali tapiskan air gula merah ke dalam periuk & masak seketika. Jika nampak terlalu pekat boleh tambah air masak & terus masak lagi hingga mendidih. Sedia dihidangkan suam2 atau sejuk. 


Selamat mencuba!

Friday, March 23, 2012

Paru Goreng Bercili yg best bangettt...

Assalamualaikum.....

Aduhhh.... tiba2 mood nak mengupdate agak kurang hari ni.....  macam tak syok aje nak pos apa2 dalam blog. Nak menulis pun macam takde idea gitu.. Tapi apa2pun.. ku berterima kasih kepada semua kawan2 yang masih sudi berkunjung di sini. Terima kasih juga pada yang meninggalkan komen tu ye.. love u all!


Hmm.. takpelah.. kita layan jelah resepi untuk hari ni yer.. Resepi Paru Goreng Bercili yang sangat sedap walaupun nampak macam tak sedap.. hehe.. Hakikatnya sememangnya sedappppp!! Apalagi dibuat pedas2 sikit.. barulah terangkat.. Nak tau.. baru siap masak aku dah meratah dulu semangkuk kecil.. kalau ikutkan hati mau aje aku ratah bermangkuk2... tapi sabor jelah... kang cik abang bising pulakk sebab paru ni dia yang beli & dia memang suka makan paru yang disambal dengan cili padi.. kalau disambal guna cili kering.. dia kureng sikit.. hehehe..

Ok.. malas nak bebels panjang2... terima kasih pada As75 untuk resepi yang sedap ni ye. Akak tambah cili padi lagi sebab nak bagi lebih terasa pedasnya.. mintak izin ye letak resepi kat sini..

Paru Goreng Bercili
Resepi : As75@Myresepi
Sumber : MaDiHaA a.k.a Ratna
Bahan-bahan ( 8-10 orang makan )
  • 1 kg paru di belah 4, cuci bersih dan di rebus dengan sedikit garam
  • 10 batang cili padi- ikut suka (lebihkan jika suka pedas)*(MaDiHaA guna 25 biji cili padi hijau)
  • 1 batang serai*
  • 1 inci halia*
  • sehiris lengkuas*
  • 1 biji bawang besar*
  • 4 biji bawang putih*
  • kisar bahan bertanda*
  • sedikit garam 
  • MaDiHaA tambah sikit ajinomoto & 1/2 sudu kecik gula
  • air asam jawa (MaDiHaA guna 1 sudu kecil asam jawa biji & campur sikit air)
  • Sedikit minyak untuk menumis
Cara-cara
  1. Paru yang telah direbus dihiris dan digoreng hingga agak garing, kemudian ditoskan..
  2. Panaskan minyak, kemudian tumis bahan2 yang dikisar sehingga naik minyak, masukkan sedikit air asam jawa dan garam
  3. Masukkan paru yang telah digoreng dan gaul hingga sebati dan agak garing..
  4. Sedia untuk dihidang. ::Selamat Mencuba:: (^_*)

 Best bangettt!! Itu putih2 saja letakkan papadom yg dipecah2kan.. hehehe...

Thursday, March 22, 2012

Bingka Roti Nangka

Assalamualaikum...
Seminggu dua ni mood untuk bereksperimen di dapur agak kurang. Mungkin sebab dibelenggu oleh rutin harian yang agak memenatkan ditambah pula dengan keadaan diri yang kurang sihat sampai ke hari ni.. mungkin sebab itulah juga badan ni rasa cepat letih.  Memang malas sungguh nak buat apa2.. Tapi minggu ni abang dah mula kerja shift siang.. jadi tugas memasak untuk dinner wajib ditunaikan juga... Cuma eksperimen kuih muih langsung takde mood nak mencuba walaupun dalam hati banyak benda yang nak dicuba.. hehe.. nanti2lah... tunggu en mahmood dtg menjenguk dulu kot2 dapat merawat kemalasan... kekeke...


Berbalik pada resepi untuk hari ini... kuih yang dibuat dalam minggu lepas. Ini pun sebab terpaksa disebabkan ada banyak stok roti yang dah hampir nak expired & dalam masa yang sama kebetulan masih ada nangka madu yang abang beli di jalan Bentong (Kalau tak silap) dalam perjalanan pulang dari kampong tempohari. Abang beli 2 potong.. sepotong beratnya 2 kg & sepotong lagi beratnya 3 kg.. haaa kauuu.. makanlah puas2 nangka sebab orang dalam rumah ni semuanya 'hantu nangka' hehehe.. Dalam kereta aje dah habis nangka yg 2 kg tu....  so selebihnya dimakan di rumah pula.. cepat2 aku kidnap sikit nangka tu sebab nak jadikan bingka ni sebelum habis dikerjakan dek abang & anak2.. hehe...
Peminat2 nangka mesti suka dengan bingka ni.. rasa lemak2 je hasil gabungan dari santan & mentega & manis yang tak berapa sangat.. tapi bila tergigit tang nangka tu yang buat bertambah sedap..

Resepi ni hasil adaptasi dari resepi Bingka Roti Berjagung yang dikongsikan oleh kak Rinnchan tak lama dulu. Resepi asal dari Chef Azimah Mansur. Terima kasih buat kedua2nya & minta halal ye resepinya... Bingka Roti Berjagung pun dah 2 kali ku buat sebab sedap! Kali ni tukar jagung kepada nangka pula.. bertambah2 pula sedap bila ada nangka yang wangi & manis. Resepi ini dapat agak banyak.. jadi untuk keluarga kecil.. elok dikurangkan sukatannya ye...

Bingka Roti Nangka
by MaDiHaA
Adaptasi dari resepi Bingka Roti Berjagung Chef Azimah Mansor (dari FP Kak Rinn)

Bahan-bahan:
3 biji telur
150gm gula castor
100gm mentega (dicairkan)
1/2 tsp garam halus
300gm roti
200gm tepung gandum
1 liter santan (atau 1 liter susu segar atau 500ml santan + 500ml susu segar...... )
250gm isi nangka ~ di dadu
Sedikit bijan

Cara-cara:
1. Pukul sebati telur dan gula. Masukkan mentega cair, diikuti santan atau susu segar, tepung gandum dan garam halus.
2. Carik-carikkan roti dan masukkan dalam adunan tadi. Rendam selama 15min-20min.
3. Masukkan nangka yang didadu dan kacau sebati.
4. Sapukan mentega pada loyang bingka dan alaskan dasarnya dengan kertas kek.
( Guna loyang biasa pun boleh ... MaDiHaA guna loyang pecah 8 & loyang muffin ~ hanya sapu dengan mentega lebih sedikit). Tuangkan adunan kemudian taburkan dengan bijan.
5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180 darj celcius selama lebih-kurang sejam.(kalau guna loyang pecah 8 atau loyang muffin.. sila kurangkan masa membakar)


Selamat Mencuba!

Wednesday, March 21, 2012

Asam Pedas Ikan Pari

Assalamualaikum....
 
Bersua lagi di petang Rabu... Hari ni takde resepi baru nampaknya.. so kita ulangtayang resepi Asam Pedas resepi Kak Anymz yang sedap ni ye... Memang terbaikkk... Thanks Kak Anymz.... 

Resepinya sama macam yang di masak dulu.. kali ni tukar ke ikan pari pulak. Dulu guna ikan jenahak.. Kak Anymz guna ikan tenggiri... tak kisahlah apa jenis ikan.. janji ikan yang sesuai di masak berkuah gini...




Asam Pedas Ikan Pari
Resepi : Kak Anymz

bahan2

1/2 ekor ikan tenggiri batang-akak guna 6 keping-bersihkan gaul sedikit dgn serbuk kunyit dan ketepikan (MaDiHaA gunakan ikan pari)
1 batang terung panjang-di belah dua dan di kerat 4.rendam dlm air sejuk sebentar (MaDiHaA takde stok sayuran yg sesuai.. just letak tomato aje)
15 tangkai cili kering-di kisar
1 labu bawang besar-di kisar
3 ulas bawang putih-di kisar
2 batang serai-di kisar
sedikit belacan-jika suka-di kisar
3 batang daun kesum-ambil daunnya
2 batang bunga kantan-di belah dua
1 kiub pati ikan bilis
garam secukup rasa
1 mangkuk air asam jawa-agak2 le (MaDiHaA gunakan 1 sudu besar asam jawa biji & ramas dalam 1 mangkuk air & tapis)
1 st serbuk kunyit
minyak untuk menumis

cara

Panaskan minyak di dalam periuk.
Tumis bahan2 kisar hingga naik bau.
Setelah terbit minyak, masukkan serbuk kunyit, garam dan kiub ikan bilis.
Masukkan air asam jawa.
Masukkan juga ikan dan daun kesum.
Bila sudah mendidih masukan terung yang sudah di toskan airnya dan juga bunga kantan.
Jerang hingga terung masak.
Renihkan sebentar dengan api perlahan dan tutup api.
Sedia untuk di hidangkan.


Selamat mencuba..

Pisang Lemak Manis

Assalamualaikum.... 


Layan pisang lemak manis yang sedap ni ye...... anak2 semua suka pisang ni... kejap je licin.. tak sempat ibu nak apa2kan...

Kalau nak beli pisang.. cik abang pesan pilihlah pisang yg tangkainya masih hijau & segar macam dalam gambar kat bawah tu.... nampak tangkai atau tandannya macam baru je kena potong kan? Itu menandakan pisang ni masak sebab dah cukup matang & bukan masak kerana umpan kabait.... JANGAN sesekali beli pisang yang buahnya nampak cantik kuning tetapi tangkai/tandannya yang disisir sudah beransur kering, kecut atau hampir kehitaman... itu tandanya pisang tu belum cukup matang tetapi dipaksa masak dengan cara diperam menggunakan bahan kimia kabait yang tidak elok untuk kesihatan....

Amalan memeram buah-buahan menggunakan kalsium karbida atau kabait di kalangan petani di negara ini didakwa mampu menghilangkan daya ingatan pengguna termasuk kecacatan bayi ketika lahir.

Hasil kajian Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) itu mendapati bahan kimia tersebut kini digunakan secara meluas oleh petani yang mengusahakan tanaman pisang, betik, nenas, cempedak, mangga dan ciku supaya cepat ranum sebenarnya merbahaya.

Difahamkan, secara umumnya penggunaan kalsium karbida adalah untuk kerja-kerja kimpalan, memateri keluli besi dan berfungsi menyalakan api pelita.

Presiden CAP, S.M Mohamed Idris berkata, pemakanan buah yang diperam dengan bahan kimia arsenik dan fosforus itu bukan sahaja beracun kepada pengguna malah boleh memudaratkan kepada mereka yang mengendalikannya.

“Antara kesannya kepada saraf dalam jangka masa pendek adalah sakit kepala, pening, mengantuk dan kejang otot manakala jangka panjangnya pula ialah hilang daya ingatan.
Sumber : Internet

Suka betul tengok pisang ni.... mulusss.. kecikk... comellll jer...


Nak tau saiz sebenar sebutir pisang tu? Cuba bandingkan dengan pen yang diletakkan atas pisang tu... haa... kecik je kan? Makan 5, 6 biji pun tak kenyang lagi.. hihi...


Ok.. babai.. tuan rumah kebizian hari ni...

Tuesday, March 20, 2012

Cupcakes untuk kekanaks riang...

Assalamualaikumm....

Tayang lagi cupcakes untuk kekanaks riang a.k.a kengkawan kakak Dini yang mengorder... masih lagi menggunakan resepi Black Beauty Chocolate Cake.... deko sempoi2 aje sebab letak terus dalam bekas comel2 yg berpenutup rendah jadi takleh ler nak deko corak tinggi2... ada gak niat nak letak dalam bekas berpenutup dome tp terfikir alangkah membazir bila budak2 tu perlu bayar lebih sebab bekas dome tu agak mahal harganya dlm anggaran 40sen+-... lebih baik letak dlm bekas kecik2 tu jer & harga bekas kecik tu tak sampai sepuluh sen pun. Tak sampai hati nak letak harga mahal2 untuk budak2 yang masih sekolah ni.. Sebenarnya kebanyakan deko2 tu adalah atas permintaan mereka sendiri minta tuliskan nama & sebagainya...  layan jelah ye... kalau nak resepi boleh klik SINI.

2 biji cupcakes dari barisan bawah sekali yang corak pokok bunga tu... kakak Dini kata dia bagi kat ustad 1 & kat cikgu yang selalu skodeng blog ibu 1... hehe... yang selebihnya tu semua yang kengkawan dia order..



Yang ni kakak Dini punya... bukan Ahmad Albab yang punyaaa!!!.. kehkehkeh..

Oklah... babaiii dulu ye.... ada kesempatan kita bersua lagi... insyaAllah...


Monday, March 19, 2012

Rendang Kerang Kacang Panjang

Assalamualaikum...

Bersua di hari Isnin pula.. 2, 3 hari ni tak berapa sihat... virus batuk & selsema tiba2 menyerang. Bila dah asyik batuk.. kepala pun asyik berdenyut2 saja. Hari Sabtu & Ahad baru2 ni dapat jemputan kenduri kahwin... kalau ikutkan hati.. rasa tak larat nak pegi & segan pun ye jugak sebab bila dah mula batuk.. faham2 sajalah kan tambah2 di tempat ramai orang macam tu.. Tapi nak buat macamana.. bertahan ajelah sebab taknak hampakan orang yang menjemput.. lagi2lah yang menjemput tu memang agak rapat dengan kita.. hehe.. Walau cuti sekolah hanya seminggu.. tp dpt mkn nasi kenduri 3 kali u! heeee... gantung periuk la beb!


Sebab tulah jugak dah lama tak letak entry lauk pauk dalam blog ni.. tentu ada yang perasan kan? Sebenarnya.. 2 minggu hubby kerja malam memang dia yang ambik alih tugas memasak sebab dia perlu makan sebelum ke tempat kerja sedangkan aku sampai rumah dah pukul 7 lebih.. jadi bila je sampai rumah.. memang abg dah siap masak.. tambah2 minggu lepas balik kg bila ada kenduri di kampong.. jadi memang takdelah masak memasak dihari cuti.  Masak rendang kerang ni pun untuk makan malam hari Sabtu baru2 ni.. jadi barulah ada resepi baru utk lauk pauk.. oklah.. layanlah resepi sempoi ni ye...

Sebenarnya jadi kepingin nak makan rendang kerang campur kacang panjang bila ternampak dirumah sabahat blogger baru2 ni... (maaf terlupa nama). Terus ku godek2 sendiri memandangkan memang ada stok isi kerang yang abang beli... Sedap juga kerang dicampur kacang panjang dibuat rendang macam ni.. kira macam menu 2 in 1 gitu... sebenarnya kat kawasan ofis sini ada sorang peniaga nasi lemak yang juga sediakan menu rendang kerang campur kacang panjang gitu... itu yg teringin nak mencuba sendiri.. dulu.. Fiza Nordin pun pernah tayang dia masak.. menu kegemaran arwah emak katanya.. tapi rasanya takde pula disertakan resepi.. jadi aku guna jelah resepi sendiri.. 

Layannn...

Rendang Kerang Kacang Panjang

Bahan2
500 gm isi kerang rebus
10 tangkai kacang panjang – dihiris serong
2 ½ cawan santan (dari sebiji kelapa)
2 – 3 sudu kerisik homemade
1 keping asam gelugur saiz kecil (kalau besar letak setengah je)
Garam, aji & gula secukup rasa
1 - 2 helai daun kunyit – dibuang tulang belakang & hiris halus
2 – 3 keping daun limau purut
Minyak masak secukupnya

Bahan kisar
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
3 batang serai
1 inci kunyit hiidup
2 cm halia
2 hiris lengkuas
20 biji cili padi
10 biji cili kering (direbus & tos)

     1.       Panaskan minyak lalu tumiskan bahan kisar hingga terbit minyak & garing.
     2.       Masukkan kerang & santan sambil terus mengacau.
     3.      Bila nampak pekat, masukkan bahan perasa, kacang panjang, kerisik, asam gelugur,  
            daun kunyit & daun limau purut.
     4.      Kacau lagi hingga rendang nampak agak kering & pastikan secukup rasanya. Bolehlah 
           dihidang dengan nasi putih panas2.


Friday, March 16, 2012

Snow Pudding

Assalamualaikum....

Jumaat datang lagi... sekejap jer hari demi hari berlalu, minggu demi minggu.. & nampaknya.. cuti sekolah pun hanya tinggal 2 hari saja lagi & Isnin depan anak2 dah mula bersekolah semula... tapi nampaknya macam tiada beza aje rutin harian ibu samada cuti sekolah atau tidak sebab cuti sekolah ni pun anakanda Dini ada kelas tambahan pagi & petang.. cuma hari ni saja dia free...



Dah lama mengidam tapi takde isi tau nak buat Snow Pudding ni bila nampak Ita Masam Manis buat tempohari. Tapi hasrat terbantut sebab takde stok strawberi & whip cream di rumah... nak pegi beli agak malas nak masuk pasaraya. Lepas buat kek hari jadi untuk anakanda Alin tempohari.. banyak pula strawberry berlebih & whiping cream pun berlebih juga.. teruslah ku godek2 puding idaman ni.. hehe.. cadang2 nak buat sebelum balik kg minggu lepas.. boleh bawak balik ke kampong sekali.. tp masa agak kesuntukan waktu tu.. sepulang dari kampong barulah sempat godek... itupun dah ada buah strawberry yg hampir rosak.. nasiblah masih byk yg boleh diguna... alhamdulillah.. dpt juga merasa puding yg sedap ni..  suka betul tengok puding ni.. comel jer.. bukan saja comel.. sedap pulak tu! Tapi... takleh setanding la dengan air tangan Ita kita... air tangan Ita buat apa semuanya mengagumkan.. semua cantik di mata ku.. suka sangat tengok hasil air tangan Ita.. berseni sangat orangnya.


Terima kasih Ita berkongsi resepi puding yang menarik & sedap ni ye... akak mintak izin berkongsi resepi di sini pula.. Menurut Ita resepi asalnya dikongsi oleh Yat Easybake.. Kak Wan pun dah buat juga malah dah ada yang menempah untuk hantaran.. memang sesuai sangat sebab puding ni sangat cantik.. Mekasih buat Yat juga yer...

SNOW PUDDING
By: Yasa Boga
Rujukan : Yat easybakes & Ita Masam Manis
Resepi untuk 1/2 daripada adunan asal

Lapisan Susu
4 gm agar-agar serbuk
1 ~ 2 titik esen vanila
200 ml susu segar
50 gm gula
175 ml whipping cream

Lapisan Strawberry
4 gm agar-agar serbuk
250 strawberries ~ dikisar
75 ml air
75 gm gula
1 biji putih telur
sedikit pewarna pink ~ ita tambah

Lapisan Coklat
4 gm agar-agar serbuk
375 ml susu segar
25 gm serbuk koko
65 gm gula
1 bijik kuning telur
1 sudu besar susu segar
Sedikit coklat emulco ~ ita tambah

Beberapa biji strawberries di hiris ~ untuk hiasan


Sediakan loyang berukuran 8 inc
Bilas loyang dengan air
Potong buah strawberries kepada kepingan.
Susun pada dasar loyang
Alas dasar loyang dengan buku latihan di sebelah bahagian sahaja untuk menyengetkan kedudukan loyang (untuk step ini MaDiHaA tak buat.. dibiarkan aje loyang duduk dalam keadaan biasa untuk kesemua lapisan)

Kita mulakan dengan lapisan susu
Dalam periuk kecil, satukan susu segar, serbuk agar-agar dan esen vanila.
Kacau rata.
Kemudian panaskan pada api sederhana.
Tambahkan gula, dan kacau hingga gula melarut.
Matikan api.
Tambahkan whipping crean dan kacau rata
Tuangkan dalam loyang dan biarkan hingga ia mengeras

Sementara itu kita sediakan lapisan strawberry
Kisar buah strawberries dengan sedikit pewarna pink dan air hingga lumat.
Satukan jus strawberries dengan agar-agar dan gula, masak atas api perlahan hingga gula dan agar-agar melarut
Matikan api
Dalam bekas lain yang kering, putar putih telur sehingga kental dan kaku
Ambil sedikit agar-agar dan tuang dalam putih telur sambil terus memutar
Kemudian tuangkan adunan putih telur dalam baki adunan agar-agar strawberries
Kacau rata
Alihkan kedudukan buku pada bahagian yang sebelah pula
Tuangkan adunan perlahan di atas lapisan susu tadi.
Mulakan pada bahagian tepi loyang.
Biarkan ia mengeras

Kemudian kita buat pula lapisan coklat
Dalam periuk kecil kita satukan susu, agar-agar serbuk dan gula dan masak atas api perlahan hingga agar-agar dan gula melarut
Dalam cawan kecil ita larutkan serbuk koko dengan sedikit air panas.
Kemudian masukkan larutan koko ke dalam adunan agar-agar.
Pukul sedikit kuning telur
Ambil sedikit adunan agar-agar coklat dan tuangkan dalam kuning telur
Kacau rata
Tuangkan kembali adunan kuning telur yg bercampur agar-agar coklat ke dalam baki agar-agar coklat tadi
Tambahkan sedikit coklat emulco dan kacau rata
Tarik keluar lapisan buku tadi, biarkan loyang dalam kedudukan rata
Dengan perlahan tuangkan adunan coklat atas lapisan strawberry
Mulakan dari bahagian tepi loyang.
Gunakan sudu untuk menuang.
Biarkan puding sejuk dan mengeras
simpan dalam peti ais untuk rasa yang dingin. 

Selamat mencuba!

Thursday, March 15, 2012

Raikan mereka berdua...

Assalamualaikummm.....

Akhirnya tersiar juga episod yang berhari2 tertunda2 ni.. dah lebih dari seminggu menunggu giliran nak update ke blog.. hehe.. Untuk kenangan... aku abadikan juga gambar2 di majlis hari lahir Alin & auntienya Syikin (cousin ku) yang dibuat pada hari Ahad 4hb Mac 2012 di rumah tokcu adik Alin (my makcik Sujah).  Ikutkan tarikh sebenar besday Alin ialah pada 5hb.. tapi disebabkan 5hb tu Isnin & lagi pulak bermula 5hb tu Syikin & adiknya Naknie dah kena lapur diri untuk sem yang baru.. jadi pilih jelah tarikh 4hb tu untuk buat majlis makan2 kecil2an tu.. Hanya jemput adik & sepupu2 ku yang terdekat saja.. mana yang dok jauh2 di Pahang & Terengganu tu.. maaflah ye tak jemput sebab jauh bebenor.. hehehe.. lagipun bukannya buat kenduri kawin.. kekeke.. Tapi kan.. seronok sangat sebab semua sepupu2 yang ada di Selangor ni dapat datang & berkumpul ramai2 macam ni... ada yang dari Semenyih, Putra Jaya, Cheras, Kelang, Kajang & PJ juga ada.. oh tak lupa.. aku jemput juga cik Ani pengasuh adik Alin & juga Jamilah mama kepada anak2 asuhan cik Ani juga.. Yelah.. anak2 Jamilah pun dah macam adik beradik ngan anak2 aku.. hari2 bermain sama.. bergaduh sama kat rumah cik Ani tu.. hehe..

Jomlah layan gambar.. sambil2 tu leh bercerita..

Adik Alin lom bersedia & nampak blur2 jer mungkin terkujat sebab ramai sangat tamu.. hehe.... tapi auntie Syikin nampak excited.. mungkin juga terkujat sebab dpt kek dari ibu sebab sebelum tu memang sengaja aku rahsiakan nak buat kek utk dia.. dah tu.. dipaksa sambut sama ngan adik Alin.. hehe.. mau tak terkejut ye Kin.. Happy birthday & belated birthday buat u all berdua!! We love u both!

Sehari suntuk ibu deko kek2 ni semua... itupun kek dah buat sehari sebelum di deko.. almaklum.. bukan pakar... haha..

Selain bakar kek.. 2 hari sebelum majlis.. sempat buat Puding Triffles ni juga.. lepas tu terus hantar ke rumah makcik sebab petiais kat rumah nak bagi ruang utk 2 biji kek tu.. kekeke..


Cuppies tu dah siapkan masa deko kek2 yang 2 biji tu.. Apam Dot Dot pulak buat petang Sabtu lepas siap deko kek dibantu oleh kakak Dini.. Pagi Ahad tu barulah masak untuk menu2 utama pada hari tu.. antara yang ku masak ialah Pulut Kuning, Creamy Chicken Soup yang diserve dengan garlic bread (yg akan dibakar panas2 kat rumah makcik by my cousin Syikin & Naknie... yg ni menu paling laris!) & juga Makaroni Goreng Pedas Berempah. Masakan ni semua beserta 2 biji kek kat atas tu & goodies bag untuk bagi kat kanak2 ribena (takde dlm gambar) di angkut ke rumah makcik..  nak buat kak rumah sendiri macam tak syok sebab rumah sempit & takde laman macam rumah makcik.. almaklum duduk rumah sarang burung macam ni lahh.. nak buat majlis pun susah sikit disamping tetamu yang nak datang pun bercinta nak datang sebab nak masuk apartment ni kena berdepan dengan guard yang tanya & mintak macam2.. huhu.. paling tidak kena tinggalkan IC barulah dorang bagi pas untuk kereta masuk parking kat dalam...


Kat rumah Sujah pulak... Sujah dah siapkan bihun goreng & kari ayam yang akan dimakan dengan pulut kuning. Naknie pulak sempat lagi buat mashed potato with gravy.... & masa gambar ni di ambil.. garlic bread sedang dibakar... 4 batang french loaf ku suruh dorang beli kat bakeri.. & tak lupa.. thanks to Naknie sebab tolong buatkan homemade garlic spread... so boleh jimat banyak tak perlu beli yang siap terjual tu.. hehe...

Sebelum acara bermula... baca doa dulu... tokcu Daud masa tu dah keluar sebab ada hal lain.. jadi tokcu Khaty yang bacakan doa siap refer dengan kitab lagi.. hehe.. almaklum tetamu lain yg ada semua malu2 kucing nak baca doa.....hehe.. lepas tokcu Khaty (Sujah) siap baca doa... abang Haziq & Adam baca doa makan pulak.. hehe..

Jemput makan semua yer.. jangan malu2... menu2 sempoi jer ni....

Antara tetamu yang hadir.... semua anak beranak belaka...


Birthday girls tiup lilin... abang Haziq tumpang sekaki.. kekeke...

Mula2 potong kek adik Alin dulu sama2 yer...

Lepas tu potong kek auntie Syikin pula.... ngeee....


She is my cute sweetie pie..... my apple.. my love... we all love u very much dear Alin... semoga menjadi anak kebanggaan ayah & ibu.. semoga menjadi insan berguna.. berbudi pekerti mulia & anak yang solehah... amin ya robbal alamin..

Adik Alin nak ikut apak & cik Ani pengasuhnya yang dah nak balik.. hehe... dia jeles sebab tengok Adam (anak Jamilah) boleh naik motor dengan mak (panggilan utk cik Ani).. sib baik Alin tak nangis tak dpt ikut mak... good girl... hee... 

Terima kasih kepada semua yang sama2 menjayakan majlis ni.. terutama buat hubby, Sujah, Syikin, Naknie & kakak Dini.. kalau takde pembantu2 ni semua tentu ibu tak mampu nak lakukan seorang diri... Terima kasih juga kepada tetamu2 yang sudi datang dari jauh maupun dekat.. terima kasih untuk hadiah2 untuk besday girl.. (tak sempat amik gambar) lenkali dtg tak bawak hadiah pun takper.. bukan minta hadiah.. saja suka2 ajak meramai2kan majlis.. hehe..  Thanks for everything..


Ok... jumpa lagi...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...