Terima kasih kepada yang sudi follow....

Thursday, April 26, 2012

Dulce De Leche Brownies... sedapp! tak leceh pun!

Assalamualaikum....

Minta maaf pada kawan2 sekiranya dah lama daku tak bertandang ke blog kalian.  Sekarang ni agak sibuk sikit kat ofis... biasalahkan rasanya mana2 ofis pun bila nak cukup bulan mesti sibuk punya.  Sebab tu lately ni tak dapat nak blog walking sangat.  Yang sempat mencelah.. sekadar update blog ni jer sebagai tatapan utk pengunjung setia ke sini.  Itupun curi2 update semasa waktu lunch...  Terima kasih pada semua yang masih sudi ke sini walaupun tuan rumah tak sempat nak reply komen.. tak sempat nak buat kunjungan balas.. mohon maaf sangat2 ye...


Petang semalam.. tengah dok sibuk kat ofis tiba2 pula dapat panggilan cikgu dari sekolah anak yang sulung mengatakan anak kurang sihat sakit bahagian pinggang.  Bergegas pulaklah ke sekolah jemput anak masa tu lebih kurang pukul 2 petang.  Memang pun kakak Dini tak berapa sihat batuk2 dah berminggu2, tapi takde pulak ada masalah kat pinggang dia sebelum ni. Pasal batuk tu dah bawak pun ke klinik tapi batuknya tak juga hilang.  Alang2 dia mengadu sakit bahagian belakang pinggangnya semalam.. jadi aku terus bawak dia ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).  Terus mintak nasihat doktor pasal batuknya yang tak baik2 lagi tu dah hampir sebulan dah kot.  Dah jenuh pergi klinik ambik ubat batuk.. biarlah doctor check betul2 kali ni.. Tapi banyak pula ujian yang perlu di buat kalau dah pegi hospital.  Nak kena buat phlegm test, blood test & x-ray jugak.  Tak apalah kan.. yang penting boleh tau apa sebab sebenar samada ada masalah yang kritikal atau sekadar batuk2 biasa je.  Pasal masalah pinggang tu pun harap2 tak berlarutan.. So esok doc suruh pegi lagi utk ambil sampel darah dll.. seharianlah kami dua beranak kat PPUM tu.. mr. hubby pun tengah sibuk giler sekarang ni... tak dapatlah menemani kami ke hospital.. Tak kisahlah tu.. lagipun.. aku dah biasa dah kat PPUM tu.. warded pun dah 2, 3 kali.. hehe.. Masa mengandungkan ke tiga2 anak bila tiap kali nak checkup pun.. memang pegi sorang2 jer... sesekali je mr hubby teman itupun masa mengandungkan anak sulung.. yelah.. takkan tiap kali nak ke sana hubby nak kena ambik cuti kan.. so.. kenalah belajar berdikari.. mujur ler kaki ni panjang.. walaupun dah cukup bulan dengan perut memboyot nak cecah stereng.. masih lagi mampu drive sendiri... cuma bila nak naik tempat parking kat tingkat atas tu.. dulu2 agak mencabar sikit tau sebab tempat nak tekan ambik tiket tu.. betul2 dorang buat kat hujung bukit yg tinggi tu. Kalau tak betul2 cekap & cepat memang boleh terundur kereta & langgar lak kereta belakang sebab nak naik ke parking (kat bangunan trauma & kecemasan) kena naik bukit menjunam ko.. hehehe... tapi sekarang ni alhamdulillah.. tempat nak tekan tiket tu dah diubah ke depan sikit iaitu kat lantai yg dah rata.. jadi oklahkan.. taklah bahaya sangat.. mungkin ramai yang komplen kot.. ehh.. panjang lak melencong yer.. hehehe..

Oklah jom kita tengok resepi hari ni...

yang warna coklat muda tu le dulce de leche.... aku main taruk je bahagian adunan atas pastu kacau2 sikit...

Dah lama berkenan nak mencuba resepi dari Dulce de Leche yang begitu famous satu ketika dulu.  Tapikan.. aku ni kan jenis yang berjimat cermat & tak suka membazir.. kalau nak buat sesuatu tu mesti fikir 10 kali.. hahahah.. Bab nak masak susu pekat tu selama 3 jam tu aku rasa macam membazirkan gas jer. Tu yang projek asyik tertunda.  Kadang2 terfikir nak tunggu bila ada projek mengukus kuih aku nak tumpang masak susu pekat tu sekali.  Tapi setiap kali buat kuih asyikkkkkkkk jer terlupa nak masukkan tin susu pekat tu. Huhh!  Tibalah pada satu hari tu... mr. hubby bawak balik 2 peket kacang tanah.  Ahaaaaaaa.... kali ni aku tak boleh lupa.. mesti kena ingat! Jadi masa merebus kacang tanah tu.. aku pun tumpanglah sekali rebus tin susu pekat tu sebabnya.. kalau nak rebus kacang tanah tu memang perlu merebus berjam2 barulah kacang tanahnya empuk. Jadi sedang moleklah kan.. hihihiiiii....


Cer tengok gambar kat bawah tu... aku tumpang jer rebus tin susu pekat tu bersama2 dengan kacang tanah selama 3 jam! Itulah cara kalau nak berJIMATTTTTTT GAS....! 2 in 1 gitu.. haha...


Resepi Dulce de Leche Brownies ni aku copy & paste dari blog Kak Zai.  Sebelum2 tu dah tengok juga kat blog Alongroz, Hana & Kak Ayu... tp lom terlintas nak print resepi.  Bila tengok kat rumah Kak Zai baru rasa mcm tak tahan godaan.. hehe.. Terima kasih pada nama2 yang disebut tu yer... mintak izin copy resepi terutama pada Hana yang merujuk resepi brownis ni kat SINI & SINI.  Minta maaf kalau ada nama yang tak disebut ye mungkin terlepas pandang agaknya...


Dulce de Leche Brownies
Sources 1: Hana & Ayu S'pore
Sources 2: Kzai@Teratakimpian

Bahan-bahan
  • 115g butter
  • 170g semisweet chocolate @ coklat masakan
  • 25g serbuk koko
  • 3 biji telur L
  • 200g gula - leh kurangkan-(Ayu gunakan 100g - MaDiHaA guna gula perang & guna 120 g)
  • 1 sk esen vanila
  • 140g tepung gandum
  • 100g kekacang - hana x ltk (MaDiHaA letak walnut)
  • 250g dulce de leche - hana kurangkan. main agak2 je amik gune sudu-(Ayu pun agak2, tapi lain kali nak scoop lebih sikit.)
 Cara-cara
  • Panaskan oven suhu 175. Sediakan loyang empatsegi berukuran 20cm. Alaskan dengan oven paper dan ketepikan.
  • Cairkan semisweets chocolate dan juga butter secara double boiler. Bila sudah cair, angkat dari api dan masukkan serbuk koko. Kacau sebati. Ketepikan sebentar.
  • Pukul telur menggunakan whisk. Masukkan gula dan juga esen. Kacau.
  • Masukkan chocolate cair tadi. Kemudian tepung. Gaul sebati. Last skali masukkan kekacang jika suka.
  • Tuang separuh adunan ke dalam loyang. Ambil dulce sesudu demi sesudu dan taruh ke atas adunan. Tuang baki adunan ke atasnya dan bakar selama 35-40min.
  • Keluarkan dari oven dan potong square. Hidangkan.


 kurang gelap! kurang masa merebus atau salah guna susu sebab susu pekat tu ada byk jenis jugak.. tapikan.. rasa memang sedapp!! pernah tak makan gula2 toffee? rasa benda ni sama mcm krim toffee yg ada dlm gula2 tu.. best!

 Dulce de Leche

 Bahan-bahan
  • Susu pekat manis (guna susu jenis tin yg perlu buka guna pembuka tin ~ bukan yg jenis boleh buka pakai tarik mcm tin coca cola tu yer.. bukan apa.. takut jugak kalau2 tin tu meletop!)
  • Pengukus
  • Air
 Cara-cara
  • Buangkan kertas pembalut tin susu pekat manis tersebut.
  • Masukkan tin susu ke dalam pengukus. Letak ditengah2 rack. (hana baringkan tin). Isi air sehingga paras tin susu tenggelam.
  • Tutup pengukus dan kukus selama 3jam atau lebih! lagi lama kukus, kaler akan makin gelap. Pastikan air kukusan tidak kering. Jika tak cukup, masukkan air panas.
  • Tunggu sejuk baru buka penutup tin.
  • Keluarkan dan simpan dalam botol jem atau bekas yang bersesuaian sehingga saat hendak digunakan.
CARA MaDiHaA :  Tin susu direbus selama 3 jam bersama2 dengan kacang tanah... Ini cara nak menjimatkan gas okeh! 2 in 1... dulce de leche dapat.. boleh pula makan kacang rebus... hehehe...


Selamat mencuba!


Wednesday, April 25, 2012

Kuih Penyaram Lembut

Assalamualaikum... apa khabar semua? Harap semua sihat2 belaka ekk...

Pagi ni berentry dengan setting yang baru.  Kelmarin bila Kak Rose dok bercerita pasal new setting ni aku blur jer ingatkan sebab Kak Rose tersalah klik apa2 sampai setting berubah.  Rupanya memang blogger ni secara automatic berubah kepada new setting.  hehehe.. Takperlah.. kita belajar benda baru plakk.. kalau tak dibiasakan... macamana nak pandai... hihi... Kita tengok dulu mana yang lebih mudah nak digunakan... kalau rasa susah nanti.. kenalah tukar balik pada old setting macam Kak Rose tu.. hehe..


Jom pagi ni bersarapan dengan Kuih Penyaram Lembut ni.. memang lembut pun.. sedap! Tak sangka pulak anak2 suka.  Dah lama teringin nak buat kuih ni... cuma asyik tertunda sebab takut anak2 tak minat kuih macam ni.  Rupa2nya bukan anak2 je suka... abang pun suka jugak!  Dini cakap kuih ni rasa macam kuih Telinga *elin*! Memang best... Masa buat hari Sabtu lepas.. aku tinggalkan kat abang 3 keping tunggu sampai dia balik kerja kul 8.30 malam.  Bila aku cakap ada kuih.. terus je dia makan. Sekeping demi sekeping dia makan.. sampai dia cakap kat aku.. 'dah takde orang nak ke kuih ni... nak habis dah ni....' hehehe... tu tanda dia sukalah tu kalau dah cakap mcm tu... Selalu kalau aku buat kuih2 manis yang lain.. takdelah dia suka sangat.. hehe..

Sebenarnya.. kuih ni aku kenal sejak2 kami dah berpindah ke Felda Keratong di Pahang tu lagi.  Sejak sekolah rendah lagi memang ada orang yang jual kuih ni.  Masa kami tinggal di Rompin Pahang & Dungun Terengganu tak pernah pula jumpa kuih ni.  Aku tak pasti kuih ni berasal dari mana sebab di Felda tu penerokanya datang dari pelbagai negeri.  Masa tu.. ada sorang budak (ehh! masa tu aku pun budak jugak.. hihi) setiap pagi berjalan bawak bakul yang penuh dengan bermacam jenis kuih.  Selain kuih karipap, lepat pisang, kuih dangai dll lagi... kuih penyaram ni juga antara yang dijual & ma kerap juga membelinya.  Dulu2 aku tak tau apa nama kuih ni.. tapi aku suka panggil kuih ni dengan nama yang aku letak sendiri iaitu 'Kuih Topi' hehehee... sebabnya.. kuih ni nampak macam Mexican hat atau topi orang Mexico tu..  Bila dah berkawin & berjinak2 dengan dunia masakan ni barulah aku tahu kuih ni dipanggil dengan nama Kuih Penyaram di Sarawak & Kuih Cucur / Cucur Jawa di Semenanjung.  Walaupun namanya berbeza tapi rasa & rupanya tetap sama.


Alkisah terjadinya kuih ni kat dapur aku agak panjang ceritanya.. kalau nak cerita nanti lagi berjela2 entry aku ni.. hihi.. Jadi aku pendekkan lah ye.  Baru2 ni masa ma dan adik2 ada datang kat rumah aku.. adik lelaki aku yang bongsu tu ada dok sebut2 suruh aku buat Kuih Topi ni.. Dia ingat kuih ni boleh buat dan siap terus.  Aku cakap ler kat dia kenapa tak cakap dari malam tadi boleh aku bancuh dulu sebab kuih ni nak kena perap semalaman atau sekurang2nya 8 jam!.  Sedangkan dia masa tu dah berkira2 nak balik.  Jadi memang tak sempat la nak buat.. hehe.. Yang abang aku pulak bila dengar adik ipar dia suruh buat 'Kuih Topi' tu.. dan2 dia sokong 110%! Dia ingatkan adik aku suruh buat Kuih Tumpi! hahahaha.... Bila keluar je nama Kuih Tumpi.. dah aku & adik2 yang lain pulak yang kecur air liur. Jadi kami terus sebulat suara suruh ma buat Kuih Tumpi... Makanya... puas ler kami makan Kuih Tumpi hasil air tangan ma hari tu.  Nak resepi? Belum boleh dikongsi lagi sebab masa ma buat Kuih Tumpi hari tu aku tak salin sukatan bahan2 yang ma guna.  Nanti aku eksperimen sendiri & sukat betul2 bahan2nya aku share kat sini resepinya yer.  Ramai yang menyangka Rempeyek yang aku pernah jual dulu tu hasil air tangan aku... sebenarnya tak.. aku cuma tolong jual kan aje.. Kuih Tumpi tu lebih kurang macam Rempeyek juga.. cuma bentuk je berlainan.  Yang tu nanti kita cerita kemudian yer..

Itulah alkisahnya terjadi Kuih Topi permintaan adik aku tu.. sebab tulah aku try buat dulu ni... nanti bila aku balik kampong bolehlah aku buat kat sana pulak. Kesian pulak kat adik yang teringin tu kan... Kalau tak kerana adik aku yang teringin nak makan tu..mungkin aku tak terbuat2 lagi kuih Penyaram ni.. Tak sangka anak2 suka.. Memang kena buat lagi lepas ni..  Haishhh! dalam nak dipendekkan cerita jadi berjela2 jugak.. ahh.. lantaklah.. hahaha...

Jom2 jangan buang masa.. kita tengok resepinya.  TQ pada Hasue berkongsi resepi Kuih Penyaram Lembut yang best ni yer.  Nanti nak buat lagi.. Hari tu buat setengah adunan je sebab nak test... buat pun besar2 gedabak sebab nak cepat siap.. hehehe.. lenkali buat aku buat kecik2 comey yer...  Mintak izin ye Hasue akak letak resepi kat sini.. thanks bebanyak!


Kuih Penyaram Lembut (Kuih Cucur/ Cucur Jawa)
Resepi : Hasue
Dicuba oleh : MaDiHaA a.k.a Ratna
Bahan2:
  • 500g tepung gandum
  • 100g tepung beras
  • 650 air(200ml air pns+450ml air kosong)
  • 3/4 sudu teh garam
  • 500g gula apong/gula melaka (MaDiHaA guna gula apong + gula merah)
  • Minyak masak secukupnya
nampak tak gambar Kuih Penyaram pada botol gula apong dari Sarawak tu...? 
bermakna.. kuih ni memang popular kat Sarawak... hehe...


Cara2:
  1. Dalam bekas, satukan tepung gandum dan tepung beras.
  2. Dalam bekas lain, bancuh gula apong dengan 200ml air panas (boleh juga dimasak seketika untuk mencairkan gula terutamanya jika guna gula melaka) (MaDiHaA masak hingga kedua2 jenis gula cair)
  3. Apabila gula cair sepenuhnya boleh lah tambahkan air selebihnya.
  4. Tuang air gula apong tadi (MaDiHaA tapis dulu sebab ada campuran gula merah tu kdg2 ada bendasing) ke dalam tepung dan kacau menggunakan hand whisk sehingga sebati. Masukkan garam dan kacau lagi.
  5. Tapis adunan dan perap semalaman. (MaDiHaA terlupa nak tapis.. hehe.. mujur elok jadi..)
  6. Panaskan 2/3 cawan minyak masak (guna api perlahan), ambil satu senduk kecil dan tuang adunan di tengah2 kuali. Biarkan sehingga ia masak dari tepi ke tengah barulah diterbalikkan. Toskan minyak. Kuih ini memang dogoreng satu persatu. Selamat mencuba!
Betul kata CK.. kuih ni agak berminyak.. jadi kena tos lama sikit sebelum di hidang.  Masa makan pun kena guna tisu dapur & tekan2 pada kuih supaya minyak menyerap pada tisu.. tapi kalau kat rumah orang lain atau kat rumah kenduri jangan buat gitu... kang apa pula kata orang.. hehehe...

Tuesday, April 24, 2012

Sayur Telur Rampai

Assalamualaikum...

Masukkan menu lauk lagi yer... kali ni menu sempoi2 aje... menu kesukaan anak2... takde lauk lain pun takper dah.... laju jer dorang makan lauk ni dengan nasi... Ini salah satu menu 2 in 1 yang biasa masak bila en suami takder.. makan dengan anak2.. tak kisah lauk sempoi2 pun.  Masak lauk ni.. goreng ayam.. dah cukup untuk kami.. hehe.. 


Resepi seperti di bawah... 

Sayur Telur Rampai
Resepi : MaDiHaA a.k.a Ratna

Bahan2
10 urat kacang panjang ~ potong pendek2 (mcm nak buat nasi goreng tu)
1 peket jagung muda (podak jagung) ~ buang kulit & bulunya & potong nipis
5 biji telur (A)
2 ~ 3 sudu besar cili kisar (ikut pedas masing2)
1 sudu besar sos tiram
1/2 kiub ayam/bilis
sedikit je garam
1/2 cawan air
minyak secukupnya (dlm 1/2 cawan)

Bahan hiris
3 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah 
(boleh letak hirisan cili padi kalau suka ~ MaDiHaA tak letak sebab budak kecik nak makan)

Cara menyediakan
1. Panaskan minyak masak lalu tumiskan bahan2 hiris hingga wangi. Masukkan cili kisar & tumis hingga garing. Masukkan sos tiram, kiub ayam/bilis, air & jagung muda. Masak hingga jagung muda empuk. Tambahkan garam sekiranya perlu. (rasa dulu ye)
2. Masukkan kacang panjang & kacau rata. Pecahkan telur & masukkan ke dalam kuali. Biarkan sebentar agak2 telur beku sikit kemudian barulah di balik2kan hingga telur masak sepenuhnya & menjadi scramble gitu.  Kalau dah secukup rasa.. bolehlah dimatikan api & hidang.


Selamat mencuba!

Gulai Lemak Cili Padi Ikan Lampam Dengan Pucuk Kaduk

Assalamualaikum & good morning....

Masukkan entry awal sikit hari ni... sampai ofis awal... server pun belum on lagi (org tingkat atas belum mari lagi.. hehe..) jadi kita layan blog dululah yer.. hehe... Tanpa membebel panjang2... layan dulu Gulai Lemak Cili Padi Ikan Lampam Dengan Pucuk Kaduk yang di masak 2 hari lepas. 


Ikan lampam tu.. pengasuh anak2 yang bagi seekor mingu lepas.. asyik tertunda2 aje nak masak.. entah berapa kali keluar masuk peti ais.. hehehee... agak besar jugak ikannya...  Ikan ni memang banyak tulang.. jadi hanya aku & abang je yang makan.  Sebab tu suka2 hati buat gulai tu pedas sikit.. hehe... Untuk anak2.. kenalah masak lauk lain..

Ok jom layan resepi.. walaupun resepi ni semua orang pandai masak.. tapi letak juga resepinya untuk rujukan anak2 di masa depan.  Untuk gulai lemak aku biasanya lebih suka gulai yang tak diletakkan sebarang jenis bawang.  Cukup sekadar cili padi, kunyit hidup & serai.  Memang best gulai macam ni!  Untuk hilangkan bau hanyir ikan sungai... aku masukkan sedikit daun kaduk.. Selain sesuai untuk menggulai ikan.. boleh juga campurkan daun kaduk dalam gulai siput sedut.  Resepi ni hasil menuntut dengan ibu mertua... hehehe... thanks mak..

Oh ya.. pucuk kaduk tu bukan sekadar menambah aroma pada gulai.. tapi ia juga boleh dimakan tau.. jangan pulak dibuang. Kalau kami masak Bubur lambuk Terengganu pun kami campurkan sikit daun kaduk untuk naikkan aroma buburnya.. best!


Gulai Lemak Cili Padi Ikan Lampam Dengan Pucuk Kaduk
Resepi : MaDiHaA a.k.a Ratna

Bahan2
1 ekor ikan lampam
air asam jawa secukupnya
10 helai pucuk kaduk (daun yg muda)
1 biji timun - potong baji
1 keping asam gelugur
garam secukup rasa
ajinomoto (optional)
Santan sederhana pekat secukupnya (lupa nak sukat - anggaran 2 1/2 - 3 cwn)
2 batang serai - dititik

Bahan Tumbuk Halus
2 inci kunyit hidup
20 biji cili padi

Cara Menyediakan
1. Ikan dibuang sisik, disiang, dibersihkan & potong 2 bahagian. Kemudian rendam dgn air asam jawa selama 10 minit - bilas & tos
2. Jerang santan dengan bahan tumbuk & serai hingga mendidih sambil dikacau sentiasa. Perlahankan api lalu masukkan ikan, garam, aji & asam gelugur sambil sentiasa dikacau2 perlahan supaya ikan tidak hancur.
3. Masukkan timun dan biar hingga timun nampak lembut sedikit. Akhir sekali pastikan gulai secukup rasa kemudian masukkan pucuk kaduk & kacau2 hingga nampak pucuk kaduk layu bolehlah dimatikan api & hidangkan.

Selamat mencuba!

Monday, April 23, 2012

Calzone Ala Turki

Assalamualaikum....

Hari ni tak payah bebel banyak2 ye... dah kesuntukan masa sebenarnya ni... lunch time nanti nak keluar ambil Haziq kat tadika pulak.. So.. kita teruskan dengan resepi yer.


Sebelum tu.. terima kasih pada Mat Gebu untuk perkongsian resepi Calzone Ala Turki ni yang di salin dari majalah lama katanya.  Menurut Noorsha pula.. resepi ni milik Chef Wan. Jadi MaDiHaA tulis jelah resepi Chef Wan kat resepi tu ye... Ini resepi hasil skodeng kat dapur Noorsha tak lama dulu... terliur dibuatnya kalau tengok gambar2 dari blog Noorsha.  Semua nampak sedap!  Jadi masa buat kuih Bingka Cheese Berlauk hari tu.. terus buat inti lebih sikit... esoknya bolehlah buat calzone ni.... jimat masa tak payah buat inti dua tiga kali.. hahaha.. kira nak mudah kerja aje!  Kawan2 kalau nak buat.. boleh guna resepi inti yang diberi tu yer.. mesti lagi best.  MaDiHaA punya guna inti daging + kentang dan ada tambahan parutan mozarella cheese di dalamnya ikut cara Noorsha.. bertambah2 la sedap & lemak2 yg dah sedia banyak ni.. hehehe.. Terima kasih pada Noorsha jugak ye... mintak izin letak resepi kat sini pulak.


Calzone Ala Turki (versi mudah)
Resepi Asal : Chef Wan
Sumber & olahan : Mat Gebu
Sumber 2 : Noorsha

BAHAN UNTUK DOH (KULIT) :-)
300 g tepung gandum
6 g instat yeast
20 g mentega
10 g gula halus
1 camca teh bread improver (optional)
1/4 camca teh garam
1 1/2 camca besar madu
170 ml air
1 sb mayonis - Noorsha tambah (MaDiHaA tak letak)
Sedikit tepung untuk ditabur

BAHAN INTI AYAM :-) (MaDiHaA guna inti resepi INI)
1 cawan isi ayam yang dicencang halus - Noorsha guna 3 keping daging burger Ramly
1 biji bawang besar, didadu halus
2 ulas bawang putih, tumbuk halus
1 inci halia, tumbuk halus
1/2 camca besar cili kisar
1 camca besar rempah kari daging
1/2 camca besar sos tomato
2 pokok daun bawang, hiris halus
 
Garam dan gula secukup rasa
5 batang cili padi - diketuk (Noorsha tambah)
1/4 batang carrot - hiris halus (Noorsha tambah)
Daun salad secukupnya (Noorsha tambah) (MaDiHaA tak letak tp letak hirisan daun sup)
Cheddar cheese @ slice Cheese secukupnya (Noorsha tambah) (MaDiHaA guna mozarella cheese)
Sedikit air


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK DOH (KULIT) :- Satukan semua bahan untuk doh dalam satu bekas, kecuali mentega dan tepung untuk ditabur, gaul rata hingga bersatu. Tambah mentega dan terus meggaul hingga menjadi doh yang kenyal, jika melekit, tambah sedikit tepung. Kemudian bulat2kan dan biar 45 minit hingga naik sekali ganda.KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan untuk dok kecuali tepung untuk ditabur, ke dalam bread maker, pilih setting untuk doh dan tekan "ON", buat hingga siap.
  2. UNTUK INTI AYAM :-Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih, halia, sos tomato dan cili kisar hingga garing. Masuk rempah kari daging dan kacau rata. Tambah daging ayam @ daging burger cincang dan cili padi yang diketuk, kacau dan tuang air.Masak hingga pekat. Perasakan dengan garam dan secubit gula. Masak hingga kering. Matikan api, masukkan hirisan daun bawang, kacau rata dan sejukkan.
  3. UNTUK CALZONE ALA TURKI :- Keluarkan doh dan tumbuk untuk membuang udara. bagi pada 4 bahagian sama besar, bulat2kan. Ambil 1 bahagian, canai hingga leper. Sapukan permukaan doh yang dicanai dengan kuning telur agar mudah lekat bila di klim nanti. Letak daun salad (MaDiHaA tak letak),  1/4 bahagian inti ayam, (MaDiHaA tabur daun sup sikit) dan taburkan parutan cheese, kemudian lipat dua dan tekan2 hujungnya biar bercantum. Kemudian kelim seperti membuat karipap ... Buat hingga siap pada baki adunan.
  4. Susun dalam loyang pembakar yang telah disapu sedikit minyak masak, biarkan doh mengembang sedikit kemudian sapu kuning telur pada setiap permukaan calzone dan cucuk2 sedikit dengan garfu (Noorsha gunting sket permukaan calzone). Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 25 minit. Sejukkan sebelum dihidangkan..

Selamat mencuba !

    Sunday, April 22, 2012

    Sup Ayam Campur

    Assalamualaikum...

    Curi2 masa kejap update blog sementara nak memasak makan tengahari. Masak pun yang mudah2 aje... hari ni cik abang kerja macam biasa... minggu depan baru cuti. Kalau makan dengan anak2 je... tak kisah lauk apa pun.. hehehe...



    Antara yang mudah dimasak... sup macam ni... lauk 2 in 1... memang suka sangat sebab tak payah masak macam2..haha.. dasar pemalas kan?

    Layan jelah ye Sup yang mudah tapi menyihatkan sebab ada campuran sayuran dalam tu... memang hidangan yang seimbang.. alhamdulillah anak2 semua suka makan sayur... memang dah dibiasakan dari kecil.. tapi adalah juga sayur yang mereka tak suka.. tapi kalau sayur macam yang dalam sup ni.. memang diaorang makan.. kecuali cendawan hitam tu.. diaorang takut nak merasa.. hitam sangat agaknya...hehe..



    Sup Ayam Campur
    Resepi : MaDiHaA a.k.a Ratna

    Bahan2
    600 gm ayam yang dipotong kecil
    1 biji carrot - dipotong ikut selera
    15 gm cendawan telinga kera - direndam & dipotong kecil
    250 gm cauliflower - potong floret
    6 cawan air
    1 sudu besar rempah sup adabi - bancuh dgn sedikit air jadikan pes
    1/2 kiub ayam
    1/2 sudu kecil lada hitam - ditumbuk
    sedikit lada sulah
    garam & aji secukup ikut keperluan
    minyak masak untuk menumis
    hirisan daun sup & daun bawang secukupnya

    Bahan hiris
    6 ulas bawang merah
    2 ulas bawang putih
    1 inci halia

    Rempah tumis
    3 kuntum cengkih
    1 batang kayu manis (kalau besar dibelah & guna sikit je)
    2 kuntum bunga lawang
    1 biji buah pelaga

    Cara masak
    1. Panaskan sikit minyak masak. Tumiskan rempah tumis & bahan hiris hingga wangi. Kacau2. Masukkan pes rempah sup & kacau sebati. Masukkan air & biar mendidih.
    2. Masukkan ayam & cendawan telinga kera & biarkan hingga ayam masak.
    3. Masukkan carrot, cauliflower, lada hitam, lada sulah serta kiub ayam, garam & aji ikut keperluan. Perlahankan api & biar sup merenih & sayur lembut sedikit. Bila dah secukup rasa bolehlah ditaburkan daun sup & daun bawang lalu dimatikan api & dihidangkan.

    Selamat berhujung minggu!

    Friday, April 20, 2012

    Puding Roti Marble Coklat

    Assalamualaikum...

    Pejam celik pejam celik... dah pun hampir hari terakhir dalam minggu ke tiga... sekejap jer masa ni berlalu... kadang2 tu... rasa macam baru je masuk tahun baru 2012... rupa2nya.. dah berada dalam bulan April dah pun... Bila sebut je bulan April.... haii... tak lama lagi jika dipanjangkan umur bertambahlah satu lagi angka yang ku pegang yang sentiasa bertambah dari tahun ke tahun.... Seperti tak terasa rupa2nya usiaku sudah menginjak petang.... Ya Allah ya tuhanku.. semoga aku tidak lalai & leka dengan kewajipan terhadapMU.  Anak2ku masih kecil & memerlukan banyak perhatianku selain kasih sayang.. duit juga perkara utama untuk membesarkan mereka & memberi ilmu kepada mereka.  Suamiku adalah insan yang sentiasa memerlukan daku dalam segala perkara. Aku terlalu kasih kepadanya.. biarlah aku membantunya mencari sedikit rezeki halal di dunia ini untuk sama2 membesarkan anak-anak & keperluan keluarga. Berikanlah aku kekuatan agar dapat ku seimbangkan urusan di dunia & di akhirat.. sesungguhnya hanya pada MU ku memohon & berdoa... kerna KAUlah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.. Amin ya robbal alamin...


    Tak taulah kenapa tiba2 hati terasa begitu tersentuh bila mengenangkan urusan dunia yang tak pernah habis.  Sibuk betul daku dengan hal2 duniawi yang sementara ini.  Tetapi.. hanya sedikit saja persediaan & bekalan untuk dibawa ke 'sana'.  Baru2 ini.. sahabat cyberku Cikgu Ana (yg ramai kata muka kami macam adik beradik) telah kehilangan suaminya yang tersayang buat selama-lamanya. Terkejut sangat bila terima berita tu yang disampaikan oleh Nurul di FB.  Dah ramai insan yang ku kenali telah dijemput Ilahi satu persatu... entah bila giliran ku pula... hanya Allah S.W.T yang mahu mengetahui... Kepada Kak Ana semoga kau tabah menghadapi segala dugaan ini... Salam takziah dari saya sekeluarga... semoga allahyarham abang Tohar di tempatkan bersama2 insan yang beriman. Amin ya robbal alamin.. 


    Gambar kenangan Kak Ana & allayarham abang Tohar... 
    Gambar di ambil dari fotopages Kak Ana.. mintak izin ye kak.. buat kenang-kenangan..

    Mari kawan2.. kita sedekahkah Al-Fatihah kepada Allahyarham abg Tohar... Al-Fatihah...


    V

    v

    v

    v

    v

    Oklah.. marilah kita bercerita pasal masak2 pula...  Hari Sabtu minggu lepas buat Puding Roti Marble ni untuk di bawa ke rumah adik kat Klang.  Pegi pun sebab nak ambik baju yang ditempah hari tu.. Lepas jemput kakak Dini kelas tambahan.. terus bersiap & gerak ke Klang.  Sampai2 sana adik dah siap goreng mee goreng dengan nasi goreng.. sedang molek ler.. hehe.. dia memang dah tau kakaknya nak datang... jadi puding tu bolehlah hidang sebagai pencuci mulut.. sedapp puding ni.. buat hari tu terus buat 2 adunan sebab kalau buat sikit2 nanti sure tak cukup makan ramai2...

    Resepi ni hasil skodeng kat blog Izahdaut. Resepi asalnya dari Hanamemories... Thanks buat kedua2 adik akak yg pandai masak ni ye.  Cikgu Hana pun dah mula aktif berblog semula... sukaaaa!! hehehe.. Sebab apa.. dulu2.. memang selalu skodeng dapur Cikgu Hana tu... sebab suka tengok gambar2nya yang cantik. Lagipun.. Hana masa kat Jepun dulu rajin betul mencuba macam2 resepi baru.  Tu yang seronok masuk blog Hana.  Mintak izin ye akak letak resepi kat sini. Resepi yang dah ramai pun yang mencuba.. cuma akak je yg ketinggalan... lepas ni boleh buat lagi.. bestttt!




    Puding Roti Marble Coklat
    1st source : hanamemories
    2nd source : Izahdaut
    Bahan-bahan

    4 keping roti
    2 biji telur
    1/2 cawan susu pekat
    170ml susu cair
    10gram serbuk agar2 @ sepeket
    1/2 cawan gula - bleh kurangkan
    2 sudu besar butter@marjerin (cairkan)
    31/2 cawan air= hana gune cwn biasa 230ml
    2 sudu besar serbuk koko @ coklat emulco- hana campur coklat Hersheys

    Cara-cara
    Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 dan gula ke dalam periuk.
    Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih tadi.
    Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih lagi. matikan api.
    Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. (Jika menggunakan serbuk koko, bancuh dahulu dgn sesudu air panas jadikan pes agar tidak berbiji2@bergentel2 serbuk koko tersebut).
    Ambil sesenduk warna putih@plain dan tuang di tengah2 loyang. kemudian ambil sesenduk warna coklat, tuang di atas warna putih@plain tadi. biarkan puding gerak sendri ke tepi. tak payah ratakan atau kacau. ulang smula kaler putih@plain dan buat hingga habis.. ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan cepat sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
    Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam.
    Nota : Kemanisan puding sila ejas ikut selera masing2. dan bagi yang kurang gemar berlemak, kurangkan sukatan susu pekat.
    Selamat mencuba!

    Thursday, April 19, 2012

    Nasi Sardin

    Assalamualaikumm.....

    Pagi ni kelam kabut sikit siapkan anak2 & diri sendiri gara2 terlewat bangun.. haha..  Bukan selalu macam ni... biasanya bila badan letih sangat... tambah pulak malam tadi telan ubat batuk (lepas tonton Cinta Fitri) sebelum tidor sebab batuk datang balik... haii.. lena betul tidor dibuatnya.  Sebenarnya bukan tak dengar alarm handphone yang pertama berbunyi pukul 5.20 am tu.. tapi mata ni macam tak boleh nak celik! Hubby kat sebelah pun kejut2 juga masa tu bila tengok aku belum bangun bila alarm berbunyi. Sebabkan dah set dalam kepala pagi ni anak2 bawak bekal Nasi Sardin yang berlebih malam tadi ke sekolah. Jadi rasa malas nak bangun awal sangat sebab tak payah masak breakfast utk diaorang.. cuma bancuh milo & nak gorengkan telur kicap aje sebab Haziq tak suka makan sardin.. Jadi... sambung tidor kejap lagi hehe... Konon nak tunggu dlm 5, 10 minit lagi... tup2 haa kauu.. dah pukul 6.30 baru tersedar! Haru biru... Terpaksa mintak tolong hubby bawak anak2 yang dah siap ke kereta dulu dan alihkan kereta bawak ke depan entrance Tower A (supaya lebih dekat) sebab petang semalam dapat parking agak jauh.  Sementara hubby alihkan kereta... dapatlah aku bersiap pulak.  Jalan jem toksah kiralah.. Penyudahnya.. kakak Dini lewat 4 minit masuk kelas.. Haziq ngam2 sampai tadikanya pukul 8.00.. lepas hantar Alin terus ke ofis..  ngam2 8.30 sampai opiss... phewww!! Macam lipas kudung... haha...


    Tadi ada sebut pasal Nasi Sardin kan.. jadi hari ni share resepi Nasi Sardin ajelah ye.... Ternampak Cikgu Amie buat tayangan Nasi Sardin baru2 ni kat blog dia...  teringin pulak nak mencuba.  Ngam2 kat rumah ada setin sardin saiz besar.  Biasanya aku lebih suka masak mackerel berbanding sardin.  Tapi dah memang itu je yg tinggal jadi aku masak jelah. Tak taulah kenapa.. tekak aku lebih suka rasa isi ikan mackerel.  Mackerel biasanya saiznya lebih besar dari sardin... rasanya pun lain juga. Yelah selera masing2 tak sama kan. Tapi tak mengapalah walaupun kurang suka bukan beerti aku tak makan langsung.  Jadi bertepatan dengan nama & kehendak resepi yang menggunakan sardin.. sedang moleklah aku mencuba resepi ni.

    Alhamdulillah.. rasanya boleh tahan sedap.  Hubby pun kata ok.  Aku pun ikut sama macam Amie ikan sardin tu di masak berasingan dari nasi (tak ikut arahan resepi). Jadi bolehlah dijadikan lauk... masak sambal sardin tu pedas2 letak cilipadi yang ditumbuk.. perghh.. memang power!  Memang bertambah sedaplah bila makan.  Tapi anak2 semalam tidor awal jadi mereka semua tak makan malam.  Haziq & Alin memang jarang2 makan malam sekarang ni sebab biasanya petang sebelum aku jemput kat rumah pengasuh.. mereka berdua dah makan nasi kat sana.  Dini pulak semalam letih sangat agaknya.. lagipun balik dari sekolah petang semalam lepas buat homework & sebagainya.. dia dah balon muffin blueberry dua bijik! Dah kenyang gamaknya sampai taknak makan nasi.. Sebab itulah nasi yang aku masak semalam tu berlebih banyak... Dan disebabkan itu jugaklah aku bekalkan anak2 dengan Nasi Sardin ke sekolah pagi ni... hehehe.. senang kerja omak ehh!

    (maaf gambar ada gegar sikitt..haha)

    Terima kasih ye Amie sebab bersusah payah menyalin & berkongsi resepi dari buku resepi lama yang dijumpainya baru2 ni.  Buku resepi tu kata Amie dah terkena air banjir sampai dah kembang & melekat2 antara muka surat.  Tapi gigih juga Amie menyalinnya ke blog semata2 untuk berkongsi resepi dengan kawan2.  Bila Amie berkongsi resepi.. dapatlah kawan2 lain untuk mencuba sendiri nasi yang ada kelainan rasa dengan nasi2 berperisa yang lain.  Yang dah biasa kita masak seperti nasi ayam & nasi daging aje kan?  Nasi sardin ni memang pertama kali nampak!  Antara kawan-kawan yang dah mencuba ialah Quinnie dan Nshafeareen. Ini antara yang ku ternampaklah ye.. maaf kalau ada yang tertinggal.. hehe..

    Nasi Sardin
    Sumber : Buku Resepi Aneka Hidangan Nasi (Sa'adiah Mohamad) dari Amie's Little Kitchen

    Bahan-bahan:
    2 pot beras - dibersihkan (MaDiHaA anggap pot yang digunakan ialah tin susu yg rendah tu sebab biasanya resepi lama2 ni menggunakan pot tin susu.. jadi MaDiHaA gunakan 3 pot beras dari rice cooker)
    air secukupnya (untuk sukatan 3 pot beras rice cooker tu.. MaDiHaA guna 4 1/2 pot (rice cooker) air)
    1 tin ikan sardin - Amie gunakan tin yang besar
    5 ulas bawang merah - tumbuk
    4 ulas bawang putih - tumbuk
    3 sudu besar tomato puri
    3 sudu besar sos cili
    2 sudu besar sos tiram
    2 sudu kecil serbuk lada sulah
    garam
    minyak
    sedikit badam & bawang goreng - Amie tidak bubuh

    Lepas jamu selera dengan Nasi Sardin.. minum pula air Teh O Limau guna Limau Nipis XXL semalam... segarrrrr rasanya... 
    Cara:

    1. Panaskan minyak masak dalam periuk (MaDiHaA masak guna dapur gas aje ye). Tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
    2. Masukkan tomato puri, sos cili, sos tiram, garam, serbuk lada sulah dan sos ikan sardin (MaDiHaA ambil 3 sudu besar sos sardin untuk dimasak dengan ikan).
    3. Setelah mendidih masukkan beras dan air secukupnya.
    4. Apabila nasi hampir masak, lubangkan di bahagian tengah nasi dan masukkan ikan sardin. Tutupkan semula lubang tadi dan biarkan nasi masak hingga kering- Amie tidak buat lubang dan tidak masukkan ikan sardin. (Ikut sama macam Amie)
    5. Apabila menghidang taburkan bawang goreng dan badam.

    Nota Amie : Oleh kerana Amie tidak masukkan ikan sardin ke dalam nasi, Amie masak ikan sardin secara berasingan. Untuk menggantikan sebahagian besar sos ikan sardin yang telah dicampur ke dalam Nasi Sardin, Amie tambahkan tomato puri, sos cili dan juga sos tiram ke dalam ikan sardin ini. (MaDiHaA pun ikut sama macam Amie.. ikan dimasak berasingan & dimasak pedas2 menggunakan cili padi yang ditumbuk & lain2 rencah)

    Selamat mencuba!

    Limau Nipis XXL ??

    Assalamualaikum....

    Pagi2 ni.. saja suka-suka nak share gambar limau nipis yang mak mertua ku bawak malam kelmarin.   Terkejut ko tengok limau nipis yang mak bawak ni betul2 BESORRRR! Pernah dulu terjumpa limau nipis yang bersaiz besar daripada biasa... tapi kali ni luarbiasa besar!  

    Besar tak?

    Nampak macam limau nipis biasa aje ke ? 

    Cuba tengok gambar kat bawah tu betul2... sebesar buah epal hijau granny smith!




    Cuba2 keluarkan not lima ringgit anda & tengok sendiri ukuran buah limau ni dibandingkan dengan not lima ringgit anda.... hehehe...


    (baru update 19/4/2012)
    Malam tadi kemas2 peti sejuk.. terjumpa sebiji limau nipis bersaiz biasa yang ada dalam tu... dah kekuningan... jadi letak sebelah limau nipis XXL tu untuk kita tengok perbezaannya.... cer tengok...




    Terima kasih mak bagi limau nipis ni.... didatangkan khas dari Kuantan... besan mak kat Kuantan yang bagi.. hehehe... bestnyerrr.. nanti boleh buat teh O ais limau.... segarrrr... 

    Jumpa lagi..

    Wednesday, April 18, 2012

    Asam Pedas Ikan Tongkol - CT Delima

    Assalamualaikum...



    Hari ni pagi2 kita dah tayang lauk.. hehe.. Ini bukan lauk untuk lunch hari ni ye... tapi ini lauk yang di masak minggu lepas.  Kalau masuk sini memang jarang nak jumpa masakan yang fresh2.... semua yg dah berhari2 atau berminggu2... So jangan berangan nak mintak2 ye sebab semua pun dah habis..heheee...

    Bukan apa... tak mampu nak pos masakan terbaru sebab ada banyak perkara yang perlu dibuat dengan gambar2.  Nak transfer dari handphone ke komputer satu hal.  Pastu nak pilih2 pulak mana2 gambar yang paling cun (ceehhh.. gambar ambik dari handphone ada hati berangan nak gambar cun.. lainlah kalau snap dari dslr kan... kekeekeee)  pastu nak edit2 sikit nak tambah watermark sikit.. maklumlah kan.. sekarang ni ramai sangat si pencuri gambar di alam cyber ni... Ambik dengan niat baik takper contohnya salin resepi pastu letak gambar sekali pastu print untuk disimpan tu boleh diterima.  Tapi kalau curi gambar.. and then create blog sendiri.. pastu tepek gambar orang lain.. yang tu memang kerja terkutuk! Walau dengan apa niat sekalipun... blogger2 masak semua tak bersetuju & tak halalkan perbuatan anda wokeh!

    Oklah... pepagi dah membebelkan.. orang lain punyalah sopan tiap hari rabu dengan entry wordless wednesdaynyerrr... tapi aku? hahaha... dah jenis kuat mengomel.. mcm ni ler...


    Ok ok.... back to the pangkal jalan... jom kita tengok resepi Asam Pedas Ikan Tongkol ni.  Ada sikit kelainan dengan resepi asam pedas sendiri dan juga resepi2 asam pedas yang pernah dicuba sebelum ni.  Sebabnya... resepi asam pedas Che CT Delima (CT) ni ada campuran rempah ketumbar & juga lada hitam membuatkan rasanya sedikit berbeza dari resepi2 yang pernah dicuba.  Rasa-rasanya.. belum pernah gunakan ikan tongkol untuk masak asam pedas.  Bila CT tunjukkan tempohari... teringin pulak nak rasa sebab ikan tongkol atau ikan aye panggilan orang Pantai Timur tu memang ikan feberetku.  Tapi hanya ikan aye hitam yang menjadi pilihan sebab ia lebih lembut.  Untuk bezakan aye hitam dengan aye putih mudah saja iaitu bahagian sirip tepinya.  Pilih ikan aye atau ikan tongkol yang bersirip panjang lebih kurang panjangnya sirip ikan cencaru. Warna luarannya sedikit hitam berbanding aye putih. Barulah dapat ikan aye yang lembut.  Kalau tersilap pilih ikan tongkol putih yang siripnya pendek2 tu... bila dimasak.. isinya sedikit keras. Tapi tu semua terpulang pada selera masing2 juga ye... ada juga yang suka ikan yang jenis keras.. hihi...

    Ok jom tengok resepinya. Terima kasih CT Delima berkongsi resepi asam pedas yang sedap ni ye.  Bertambah satu lagi koleksi resepi asam pedas yang best.. hehe.. Mintak izin ye CT kita letak kat sini resepinya. Mujur sempat copy resepi ni masa CT letak resepi tempohari.. Tadi masuk semula blog CT konon nak copy terus dari sana.. nampaknya dah tak boleh nak copy resepinya. Ini semua gara2 si pencuri cyberlah!  Ramai blogger2 masakan TERPAKSA berbuat demikian untuk mengelakkan gambar2 mereka dicuri! Selain gambar tidak boleh di'curi'... resepi yang ditaip turut sama tidak boleh dicopy & paste.. jadi kenalah rajinkan diri menaip sendiri resepi2 yang berkenan di hati yer.. hehe.. atau mungkin ada cara lain untuk copy resepi? Kita tak berapa celik IT la CT... ajarkan ye.. hehe..

    Asam Pedas Ikan Tongkol
    Resepi : Che CT Delima

    Disalin oleh : MaDiHaA a.k.a Ratna

    Bahan-bahan :
    1 ekor ikan tongkol bersaiz sedang (MaDiHaA guna setengah ekor tongkol saiz besar)
    1 cawan lada kisar
    4 biji bawang merah *
    2 ulas bawang putih *
    1/2 inci halia *
    1/2 inci kunyit hidup *
    1 inci belacan * - dibakar sekejap
    1 sudu besar rata ketumbar biji * - disangai sekejap
    1 sudu kecil lada hitam biji *
    1 batang serai * - dihiris
    2 batang bunga kantan (tak letak takde stok)
    1 ikat daun kesum
    Belimbing buluh secukupnya - dibelah dua (takde stok juga tapi tambah asam keping lebih sikit)
    Air secukupnya (MaDiHaA letak 3 1/2 cawan)
    Garam dan gula secukup rasa
    1 keping asam gelugor (letak 2 keping)
    Minyak untuk menumis
    MaDiHaA tambah beberapa biji bendi

    ( Bahan bertanda * di blender halus)

    Cara-cara :
    1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk dan tumis bahan blender hingga naik bau.
    2. Masukkan cili kisar dan goreng lagi hingga pecah minyak.
    3. Bila dah pecah minyak masukkan air dan kacau sebentar kemudian masukkan ikan, asam gelugor dan biarkan hingga mendidih.
    4. Bila dah mendidih masukkan bunga kantan, daun kesum, belimbing buluh, garam dan sedikit gula kacau rata.
    5. Biarkan sebentar, pastikan secukup rasa dan bolehlah matikan api. Sedia untuk dihidang bersama nasi putih.

    Tuesday, April 17, 2012

    Pau Kastard Inti Kelapa

    Assalamualaikum & selamat pagi buat semua pengunjung Dari Dapur MaDiHaA... Apa khabar semua? Moga sihat2 semua yer... jangan culas makan ubat jika ada yang kurang sihat...


    Sarapan apa kalian semua pagi ni? Mesti semua pun dah habis bersarapan kan.. Ada yang ambil sarapan ringan2 saja & ada juga ambil sarapan yang berat.  Pagi tadi daku cuma goreng mee segera Vits bodo-bodo aje untuk sarapan anak2 & suami.  Hanya anakanda berdua & suami aje yang bersarapan kat rumah.. manakala aku & Alin masing2 bawak bekal.  Anakanda berdua yang bersarapan tu pun bawak juga bekal untuk dimakan semasa rehat kat sekolah.  Tapi sampai ofis pagi tadi aku cuma makan 2 keping roti wholegrain fibermeal & satu mug neslo aje.  Mee segera goreng bodo-bodo yang dibawa tadi tu cadangnya nak dimakan untuk lunch nanti... berjimat cermat gitu.. hehe...
     
    Hari ni bukan nak berkongsi resepi mee segera goreng bodo-bodo tu.... tapi nak berkongsi resepi Pau Kastard Inti Kelapa seperti gambar kat atas yang dibuat minggu lepas.  Panjang ceritanya kalau nak di al-kisahkan terjadinya kuih pau ala-ala di raja tu hehehe... Semua gara2 teruja.. tertawan.. terkesima & tertarik hati melihat Pau Pulut Hitam di blog Rahel.  Dek kerana terlalu teruja nak mencuba Pau Pulut Hitam tu... fikiran aku mengandaikan yang stok tepong pulut hitam masih ada berbaki dalam gobok buruk ku.  Semetelah inti kelapa masih berbaki lebihan buat Kuih Bom Pulut Hitam... lagi lajulah adrenalin aku untuk bereksperimen dengan resepi Rahel tu...kehkehkeh (relevan ke adrenalin ngan jalan cerita aku ni? saja aku teringin nak guna perkataan tu.. hahaha)  Rupa2nya aku terlupa yang stok terakhir tepong pulut hitam lebihan buat Kuih Bom Pulut Hitam telah aku adunkan menjadi Bubur Candil Pulut Hitam.  


    Dengan gumbiranya daku menyukat & menimbang semua bahan2 & campak ke dalam BM.  Tiba part mencari tepong pulut hitam.. puas ku selongkar sana sini situ semua tak jumpa... haiii.. takkan silap letak kot... fikir punya fikir barulah teringat yg tepong tu aku dah guna... Wallaweiiii... apa nak buat ni.. Nak keluar ke kedai takde pulak terasa rajin.. Tiba2 mari idea nak letak tepong kastard sebagai ganti...hahaha.. Ni kira2 edisi eksperimen la jugak sebab belum pernah lagi rasanya ternampak orang lain buat pau berwarna kuning dari tepong kastard.  Atau mungkin ada tapi aku yang tak pernah nampak.. hehe.. Kalau ada memang kebetulan sebab daku memang tak pernah nampak sebelum ni...

    Alhamdulillah.. eksperimen berjaya & hasilnya semasa mengukus pau.. bau kastard wangi aje menusuk hidung.. tapi idaklah ketara sgt.. bau2 halus kastard aje... Bila dah siap kukus.. tak sabar2 nak merasa paunya.. suam2 lagi dah ku cobek sebiji & berbagi dua dengan Alin.. (orang lain semua dah tidor masa tu.. hehehh) Alhamdulillah.. lembut & gebus selayaknya dipanggil kuih pau.. Sampai ke esok pun masih lembut.  Cuma mcm biasalah kalau nak betul2 lembut.. kenalah dipanaskan atau dikukus semula barang 2, 3 minit pau tu.. Tapi aku tak kukus pun sebab pau tu aku simpan bila ia dah betul2 sejuk dalam bekas bertutup.. jadi bahagian luar pau still lembut begitu juga bahagian dalamnya.. alhamdulillah.. sedapp.


    Terima kasih ye Rahel kerana berkongsi resepi pau yang menjadi igauan akak tu... InsyaAllah akan dicuba juga one day.. Kena cari tepong pulut hitamnya dulu & kena merajinkan diri dulu membuat inti.  Izinkan akak mengadaptasi & menggunakan resepi tu dengan penjenamaan semula yer.. Harap tak marah ye... Ada beberapa bahan yang telah diubah dari segi bahan itu sendiri & juga kuantiti penggunaannya.. kalau nak tengok resepi asal pau pulut hitam bolehlah klik SINI.

    Pau Kastard Inti Kelapa
    MaDiHaA Adaptadi dari : Pau Pulut Hitam - Rahel
    Sumber : Majalah Sedap

    Bahan:
    230g tepung pau (MaDiHaA guna tepong gandum aje)
    50g tepung kastard
    2 sudu teh yis segera (mauripan)
    15g susu tepung
    50g gula kastor
    1 putih telur
    115ml air
    20g shortening

    Bahan Inti Kelapa Manis
    Resepi MaDiHaA a.k.a Ratna

    1/2 cawan air
    1/2 cawan gula merah (lebihkan jika suka lebih manis)
    1/2 biji kelapa parut yg sedikit muda (diparut putih)
    1 helai daun pandan disiat2
    1 1/2 sudu besar tepong pulut



    Cara2 sediakan inti :

    1. Masak air bersama gula merah hingga ia larut. Tapiskan ke dalam kuali dan masak dengan api sederhana.
    2. Masukkan kelapa parut, daun pandan dan masak hingga inti agak kering. Taburkan sesudu tepong pulut dan kacau rata. Ulangi lagi sehingga habis tepong pulut tadi dan kacau rata sehingga kering. Tujuan masukkan tepong pulut ialah untuk dapatkan inti yang kental & melekit2 sikit.  Selain sedap dimakan.. inti juga mudah dikendalikan semasa nak digunakan kerana ia tak mudah berderai.


    Cara2 sediakan doh :
    1.Campur tepung pau, tepung kastard, yis, susu tepong dan gula kastor. Gaul rata.
       Tambahkan putih telur dan air sedikit demi sedikit sambil diuli hingga sebati.
       Tambahkan shortening. Uli sehingga elastik. Perapkan selama 30 minit (tutup doh).
    2.Kempiskan adunan. Timbang masing-masing 30g. Bulatkan. Diamkan selama 10 minit.
       Canai nipis. Isikan inti anggaran 2 sudu kecil. Bentukkan bulat & leperkan sedikit & letak  atas kertas atau daun pisang yang dipotong bulat.
    3. Perapkan lagi selama 30 minit sementara itu panaskan kukusan.
    4. Kukus selama 8 minit.

    Kat bawah ni ku link kan kawan2 yang dah mencuba resepi ni.. alhamdulillah semua puas hati ngan pau ni... sapa2 yang dah try.. boleh inform kalau nak link diletakkan kat sini yer.. terima kasih..

    1) Nshafeareen
    2) Tun Telani
    3) Yanashaiful

    Selamat mencuba!
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...