Terima kasih kepada yang sudi follow....

Wednesday, May 30, 2012

Kek Avocado


Assalamualaikum...


Sekejap je dah pun hari rabu hari ni kan...  Pagi tadi sibuk sikit kat ofis ni.. Biasalah kan.. kat ofis ni ada masa sibuk ada masa tak sibuk sangat.  Tapi kali ni bukan saja sibuk dengan kerja2 rutin  yg biasa.. tapi sibuk juga prepare dokumen untuk audit ISO pulak... Tapi dalam sibuk2 tu.. nak jugak mencelah kejap update blog ni... hihi... Bukan apa.. kalau dok ngadap kerja je.. boleh tension juga dibuatnya..  Dapat update blog ni.. lapang la sikit kepala kan... heeee....

Oklah takleh nak bebel panjang2... kita terus je dgn resepi untuk petang ni yer... Kali ni terpaksa merajinkan diri godek kek ni sebab buah2 avocado yang dipetik dari pokok kat rumah makcik seminggu lepas dah ranum semuanya.  Dah pesan kat cik abang usahlah ambik byk sangat sebab buah ni bila dia masak... masak serentak.. karang tak terhabis pulak.. Tapi masa petik tu.. abang geram tengok buah yang besar2 tu dipetiknya juga sampai 3 biji... aku plak petik sebiji yang saiz kecik sebab buah tu cukup tua.. pulak tu rendah je boleh petik dengan tangan.. hihi... apa ler nak dibuat dengan avocado tu selain dimakan dengan aiskrim & susu pekat atau dicampur ke dalam salad.. Anak2 bukannya suka buah ni melainkan kalau dah transform jadi kuih barulah dorang makan. Mula2 nak buat puding resepi ambil dari blog Hazila hari tu.. tp eksperimen terbantut sebab kat rumah takde pulak sos coklat Hershey's tu... Manalah kitorang ni pernah beli sos2 coklat bagai.. very the simple me.. hihihi... Oleh sebab tak cukup bahan.. godek2 resepi dari internet kalau2 ada resepi kek yang gunakan buah avocado.. jadi terjumpalah kat SINI.  Setelah diolah serba sikit ikut bahan yang ada & ikut selera tekak sendiri maka terhasillah Kek Avocado yang sangat moist & sedap ni.... Lain dari yang lain rasa kek ni tau... Tanya cik abang & anak sulung sedap tak kek ni.. katanya ok.. sedap!  Memang sedaplah gamaknya tu sebab tak henti2 dorang angkut kek yang ku letak dalam tupperware tu..  Masa suam2 tu dah tinggal separuh kek!  Kek ni sangat moist mungkin penggunaan avocado tu sendiri yang menyumbang kepada kelembapan tekstur kek.

Kek Avocado
Adaptasi dari : grouprecipes
By : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2
¾ cawan gula kastor
½ cawan mentega
2 biji telur (A)
1 cawan avocado (ranum) yang dilecek
½ cawan buttermilk (½ cawan susu segar + ½ sudu besar cuka & biarkan sekejap)
¾ tsp soda bikarbonat*
½ tsp baking powder*
1 ½ cawan tepong gandum*
½ tsp serbuk buah pala* (optional)


Cara Menyediakan
1. Ayak bahan2 bertanda *. Kemudian panaskan oven 175C.
2. Putar mentega & gula kastor sehingga gebu & bertukar warna. Masukkan telur & putar lagi.
3. Tambah buttermilk & putar seketika. Masukkan avocado yang telah dilecek & putar sebati.
4. Akhir sekali masukkan tepong sikit demi sikit & kacau sebati menggunakan spatula.
5. Tuangkan ke dalam acuan (7" x 7" atau acuan pilihan) yang telah digris & dialas dengan baking paper terlebih dahulu. Bakar selama 35 - 40 minit atau sehingga kek masak sepenuhnya. (bergantung oven masing2) Uji kek dengan lidi penguji untuk memastikan kek masak sepenuhnya.


Selamat mencuba!

Tuesday, May 29, 2012

Cendawan Tiram Tumis Air

Selamat petang semua....


Update lagi resepi sempoi & resepi ulangan... sayur yang digandingkan dengan Ayam Goreng Kunyit Rampai tempohari...

Sebelum tu nak ucapkan tahniah buat Mas@Duniaku yang telahpun selamat melahirkan cahaya mata ke tiganya... dapat baby boy.. Muhammad Adam namanya.. Tahniah ye Mas.. selamat berpantang..

Cendawan Tiram Tumis Air
 
Bahan2
500 gm cendawan tiram kelabu/putih ~ yg besar2 tu disiat2 kecil
1 biji tomato ~ belah 6
½  kiub bilis
garam & perasa
sedikit renjisan lada sulah
sedikit minyak untuk menumis
Air untuk kuah (tak perlu banyak kerana cendawan akan keluarkan airnya sendiri)

Bahan ditumbuk halus
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang  putih

Cara Memasak
1. Cendawan dicuci bersih & perah air yg menyerap.
2. Panaskan minyak lalu tumiskan bawang yg ditumbuk. Masukkan air, kiub bilis & biarkan mendidih.
3. Masukkan cendawan dan biar mendidih. Perasakan dengan garam, serbuk perasa & lada sulah secukupnya. Sebelum padamkan api masukkan tomato, kacau2 kejap bolehlah tutupkan api. Siap utk dihidangkan.


Jumpa lagi..

Kari Ikan Tenggiri Mudah

Assalamualaikum...
 
Sebelum kesibukan melanda.. ku update dulu resepi Kari Ikan Tenggiri Mudah yang dimasak minggu lepas.  Simple sangat resepi kari ni.. tak payah nak blend2 bawang bagai sebab bahan2 semua main mayang2 atau hiris2 je... 

Kat bawah tu resepinya... terasa macam kari mamak juga sikit2 sebab aku lebihkan air asam jawanya tu... sedapppp... Kalau tak suka masam2.. boleh kurangkan air asam jawa tu... ikut selera sendiri la ye...
 
 
Kari Ikan Tenggiri Mudah
Resepi :  MaDiHaA a.k.a Ratna

3 keping isi ikan tenggiri
3 sudu besar rempah kari ikan - (MaDiHaA guna kari ikan Baba's)
1 sudu kecil serbuk cili (nak terasa lebih pedas boleh lebihkan)
Kacang bendi secukupnya
1 tangkai daun kari
sedikit halba campur
2 sudu besar asam jawa + air ambil jusnya
garam secukup rasa
1 cawan santan pekat
2 cawan air atau secukupnya utk kuah
Bahan2 Mayang
4 - 5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 cm halia

Cara Menyediakan
1. Rempah kari & serbuk cili campurkan sikit air jadikan pes. Panaskan minyak dan tumis bahan2 yg dimayang dengan halba campur. Setelah agak layu masukkan pes kari + serbuk cili.  Masukkan daun kari.  Masak sehingga naik minyak.
2. Setelah rempah masak, masukkan air asam jawa yg ditapis, air, santan & garam secukup rasa.  Biar mendidih sambil dikacau sentiasa.  Tambah apa yang kurang biar secukup rasa.
3. Masukkan ikan & kacang bendi. Masakkan sekejap sahaja anggaran ikan dah masak & bendi nampak lembut bolehlah dipadamkan api. 
 
 
Selamat mencuba!

Monday, May 28, 2012

Puding tempahan lagi..

Assalamualaikum & selamat petang semua...

Bersua lagi dipetang hari... tapi kali ni takde resepi ye.. just to update tempahan puding marbel pelangi dari kazen ku utk makan2 di ofis katanya.. Ni order Jumaat minggu lepas. Mula2 kazen ku mintak buatkan untuk pagi Khamis. Awal2 terpaksa ku tolak sebab untuk hari khamis tu aku sibuk kena godek muffin utk Haziq nak bawak ke sekolah.  Last2 kazen ku kata kalau tak dpat hari khamis.. buatkanlah utk pagi hari Jumaat.. hihihiiii... sebenarnya kalau takde apa2 halangan aku ok je buat puding ni.. lagipun bahan2 memang selalunya dah tersedia kat rumah..  dah acapkali juga kazen ku menempah puding ni & bawak ke ofis... ramai yg suka la gamaknya.. hehe.. tapi daku sendiri dah tak lalu dah nak makan puding ni sebab dah terlampau kerap sangat buatkan tempahan orang.. hehe...

Thanks ye Bie rajin menempah puding ni dgn kaklong.. kali ni puding dengan warna pastel aje...


Jumpa lagi!

Tofu Telur & Kentang Sos Lada Hitam


Assalamualaikum & selamat pagi semua..

Minggu ini merupakan minggu pertama cuti persekolahan.. pasti ramai ibu bapa yang mengambil peluang untuk bawa anak2 berjalan2 & atau cuti2 Malaysia sempena cuti sekolah ni kan.. Kami takde perancangan untuk cuti-cuti Malaysia.. sekadar untuk pulang ke kampong bawa anak2 bertemu dengan tokma dorang je.. 

Kebetulan pula jiran kat kampong akan mengadakan kenduri kahwin anak bongsunya.. jadi bolehlah hadirkan diri sekali ke kenduri tu..  Dah lama juga tak pegi kenduri kahwin kat kampong sebelah aku... sesekali rasa macam teringin pulak nak makan nasi kenduri kat kampong yang pastinya berbeza sekali hidangan kenduri di kampong dengan di bandar ni.. Sebabnya di kampong (selain sajian dari ayam, daging & ikan) kebiasaannya jika menyediakan hidangan sayuran mesti berasaskan bahan2 kampong yang dimasak sendiri secara goyong royong atau rewang.  Mana nak cari gulai nangka muda atau gulai umbut kelapa kat bandar kalau time2 kenduri kawin terutama kalau kenduri yang menggunakan catering... hehehe.. rindu banget nak makan lauk dari umbut kelapa.. samada digulai, dimasak lemak mahupun di buat kerabu.. semuanya sedap!

InsyaAllah kalau takde aral melintang.. akan pulang ke kampong pada minggu ke dua cuti persekolahan.. minggu pertama ni kami tak boleh ke mana2 sebab anak daraku ada tuisyen untuk kedua2 sekolah.. sekolah kebangsaan & sekolah agama..  Kami ambil ekstra 2 hari (selain sabtu & ahad) sebab ada perkara yang perlu diuruskan di Pejabat Daerah Rompin..  Harap2 semuanya berjalan lancar..

Oklah ini menu & resepi yang nak dikongsikan hari ni... suka sangat sebarang jenis tofu/tauhu.. tak kisah dimasak cara apa sekalipun.. semua suka!  Kadang2 tu.. tauhu biasa tu digoreng kosong pastu waktu makan dengan nasi dicicah je dengan sambal belacan.. sedap!  Okey layan resepi campak2... berselera anak2 makan...

Tofu Telur & Kentang Sos Lada Hitam
Resepi : MaDiHaA aka Ratna
Bahan2
3 tiub tofu telur – dipotong pendek2, letak dlm tapis & lalukan air paip
2 biji ubi kentang – dikupas & potong wedges
½ biji cili capsicum (optional - ku punya capsicum hijau dah nak masak..hihi..)
2 pokok daun bawang - dipotong2 1 ½ inci
1 ½ cawan air
1 sudu besar rata tepong jagung – bancuh dengan sikit air
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos hoisin
1 sudu kecil rata serbuk lada hitam (yg tumbuk/kisar sendiri) (kalau nak lebih hangat boleh lebihkan)
Garam (jika perlu)
Minyak masak secukupnya

Bahan didadu halus
½ biji bawang besar (kalau saiz kecik letak je sebiji)
1 ulas bawang putih

Cara menyediakan
1.       Panaskan minyak secukupnya utk menggoreng kentang & tofu.  Goreng kentang yang dipotong wedges hingga masak & kekuningan. Angkat & tos. Goreng pula tofu telur hingga garing kedua2 belah. Angkat & tos.
2.      Kurangkan minyak dalam kuali tadi & tinggalkan sikit untuk menumis.  Tumiskan bahan yang didadu hingga layu & wangi.
3.      Tambahkan sos tiram & sos hoisin. Masukkan air & serbuk lada hitam.  Bila mendidih masukkan cili capsicum.
4.      Masukkan bancuhan air tepong jagung & kacau rata sehingga agak pekat.  Tambah garam jika perlu.
5.      Akhir sekali masukkan daun bawang, kentang & tofu telur & masak hingga daun bawang nampak layu sedikit. Padamkan api & bolehlah dihidangkan.


Selamat mencuba!

Friday, May 25, 2012

Muffin Pisang Coklat Chips

Assalamualaikum...

Bersua lagi.... Dah makan malam semua? Mesti semua sedang berehat2 sekarang ni kan... 

Macam ye ye je bertanya ni kan.. padahalnya.. ni entry autopublish.. kekekeke... internet kat rumah belum okay lagi.. Sabtu lepas kami dah terminate broadband yang kami guna tu sebab signalnya sangat3 teruk.. naik tensyen dibuatnya... Daripada tiap2 bulan keluar duit bayar bil walaupun internet tak boleh guna.. lebih baik buangkan aje.. Skrg ni belum decide lagi nak guna broadband yg mana satu... lagipun.. belum ada masa lagi nak survey2 sebab cik abang sepanjang bulan Mei ni diarahkan bekerja shift siang selama sebulan. Jadi memang takde masa la dia nak meronda2 di siang hari sebab kena kerja.. Tunggu next month bila shift kerjanya dah bertukar pada jadual asal... bila kena shift malam tu bolehlah dia pegi survey nak masuk internet/broadband mana satu.. 


Payah sikit kat rumah kami tu sebab rumah kami apartmen 18 tingkat! Signal tak bagus tu mungkin terhalang dek bangunan yang terlampau tinggi kot... Bukan saja signal internet tak bagus.. line handphone pun tak clear jugak kalau dok dlm rumah.. kena masuk bilik barulah jelas...  Tak taula betul ke tidak fakta disebabkan bangunan yang tinggi tu... tu aku sesaja memandai je.. hehe.. lagipun aku bukan pakar dlm bidang komunikasi ni.. hehehh... kena tanya pada yang pakarlah ye...


Ok kali ni share resepi Muffin Pisang Coklat Chips yang janji nak share petang tadi... Sebenarnya dah pernah share pun dulu kat SINI... Dulu buat saiz gedabaks... tapi kali ni buat saiz comey2 sikit.. untuk budak2 tadika elokla buat kecik2 kan.. hehe.. Disebabkan dah lama tak buat muffin.. teringin pulak nak  makan.  Teringin juga nak makan kek tp malas nak buat.. buat jelah muffin ni sebab muffin lebih senang.  Jadi selain Haziq boleh bawak pegi sekolah dia semalam.. dapat gakla kitorang ni merasa sama.. hehe.. 

Kat bawah tu resepi muffin yang sedap ni yer... bolehlah nak cuba ye.. insyaAllah tak mengecewakan..  resepi ni yang ku olah dari resepi muffin pisang Chef Wendy Khor.  Yang tu pun sedap.. cuma takde perasa coklat macam yang ini.. Bila pisang digandingkan dengan serbuk coklat & coklat chip.. bertambah2 sedap jadinya.  Resepi kat bawah tu dapat banyak tau.. kalau nak buat sikit je... better kecilkan sukatannya ye...



Muffin Pisang Coklat Chips
Diolah oleh : MaDiHaA a.k.a Ratna
Adaptasi dari : Banana Muffin, Wendy Khor recipe book


Bahan2 A
400 gm butter (dicairkan)
300 gm / 6 biji telur
200 gm susu segar

Bahan B
600 gm pisang yang dilecek
300 gm gula perang (resepi asal guna 400 gm gula kastor~ terpulang anda nak letak byk mana)
2 gm garam

Bahan C
530 gm tepong gandum
10gm (2 tsp) baking powder
10gm (2 tsp) sodium bicarbonate
20 gm serbuk coklat


Bahan D
1 cawan coklat chips

Cara2 menyediakan
1. Campurkan butter cair yang telah disejukkan bersama telur & susu.  Kacau sehingga rata. 
2. Ayak kesemua bahan C. Ketepikan dahulu.
3. Dalam mangkuk yang besar.. campurkan pisang lecek, gula & garam. Gaulkan sehingga rata & gula hancur. Masukkan bahan A & kacau rata.
4. Akhir sekali masukkan setengah cawan coklat chips & bahan yang diayak & kacau rata. Jangan terlebih kacau.. Cukup sekadar sebati saja.
5. Sudukan ke dalam acuan muffin yang disediakan sebanyak 3/4 penuh. Taburkan sedikit coklat chips atas permukaan muffin.  Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 20 - 25 minit dengan suhu 180C. (bergantung oven masing2)

Selamat mencuba!

Projek Hari Guru 2012

Assalamualaikum..

Lega rasanya bila dah selesaikan projek untuk anak2 sempena sambutan Hari Guru kat sekolah masing2.  Walaupun Hari Guru jatuh pada 16hb Mei... tapi sambutannya dibuat seminggu lewat sebab minggu jatuhnya Hari Guru tu adalah minggu peperiksaan bagi kedua2 sekolah anak.  Jadinya.. sekolah kakak Dini sambut Hari Guru pada 23hb Mei manakala sekolah tadika Haziq pulak sambut keesokkannya 24hb Mei (semalam).  

Sebenarnya tajuk je Projek Hari Guru.. tapi bukanlah buat projek besar pun... simple2 je... hehe.. Hadiah untuk cikgu2 yang Dini bercadang nak bagi tu aku cuma belikan mug bertangkai 2 sebanyak 8 biji, pastu 1 frame gambar & satu lagi bekas lilin aromaterapi yg diletak dalam basikal kecik.. murah2 je hadiahnya.. cuma untuk guru kelas je kakak Dini pilih yang mahal sikit iaitu bekas lilin tu..  hehe.. Nasiblah sapa yang dapat frame gambar tu sebab mula2 memang nak beli semua mug.. tp mug yang dipilih tu tak cukup pulak.  Ada tu ada.. tp yang ada tu kualiti kurang elok pulak.. jenuh aku pilih satu persatu sampai sejam lebih kami kat kedai tu.. hehe.. Untuk cikgu2 Haziq pun bagi yang sama juga.. cikgu yang mengajar dia cuma 2 orang je.. tapi bagi jugaklah utk 2 orang lagi cikgu untuk kelas yang lain tu... tak sampai hati pulak tak bagi... 

Gambar sekadar untuk kenangan anak2 nanti.... Kotak hadiah tu Dini sendiri yang balut.. kad tu aku tolong guntingkan & sebahagian aku tulis, sebahagian lagi Dini yg tulis.. mug tu aku tolongla balutkan.. Dini tak reti nak pasang riben tu.... jenuh gak nak siapkan riben hamper tu... hehe.. kalau nak tengok macamana nak buat riben loop atau bunga riben untuk hamper tu.. bleh klik SINI ye..
Muffin tu untuk Haziq bawak kat sekolah dia masa sambutan hari guru semalam.. Kakak Dini takde plak berbunyi nak bawak apa2 makanan kat sekolah.. jadi takde buat apa2la utk dia...  Kalau ikutkan hati nak buat something & letak kat dalam mug tu.. tp angan2 tinggal angan2 jela... tak cukup masa.. Kalau dorang buat sambutan hari Isnin okla jugak... boleh baking hari Sabtu or Ahad.. banyaklah sikit masa.. tp bila dah tengah2 minggu tu...  aku memang kesuntukkan masa.. mana nak masak utk dinner lagi.. nak siapkan kerja2 rumah lagi.. memang tak dapatlah... itupun mujur kakak Dini boleh diharap tolong seterika baju sekolah Haziq & baju kerja ayahnya.. (baju dia memang dia seterika sendiri sejak darjah 3 lagi..)  siapkan muffin utk Haziq itu je pun tidor pukul 2 pagi.. hahaha...


Hadiah sebelah kiri tu kakak Dini punya.. belah kanan tu Haziq punya...

Oklah.. itu je nak cerita kali ni... nanti ada masa aku letak resepi muffin tu ye...

Sekian..

Thursday, May 24, 2012

Kuetiaw Haufan lagiiii....

Assalamualaikum & good morning....

Terima kasih kepada semua yang masih sudi singgah ke blog ku ini.  Walaupun dok tayang resepi sempoi2 jer... tapi ada juga yang sudi jenguk..  Andalah yang telah memberi semangat & inspirasi supaya ku terus merajinkan diri mengupdate di sini... Kalau takde orang jenguk mesti lagi malas nak update.. hehe...

Pagi ni sekadar siarkan menu ulangan saja... terkenang2 kesedapan Kuetiaw Haufan yang pernah dibuat pertama kali dulu.. boleh tengok kat SINI ye.. Kicap campur yang dibuat dulu pun masih ada lagi (ku simpan dalam petisejuk) sebab jarang guna.. Memang sedap bebenor.. Tapi masa tu buat sikit je & makan berdua dengan abang je sebab masa masak tu anak2 kat sekolah & kat rumah pengasuh sebab aku waktu tu ambil cuti sehari sebab nak siapkan gubahan hantaran adik ipar... hehe... Abang pulak masa tu kerja malam.. Jadi dia pun ada la kat rumah tu.. Kali ni kena masak lebih atau double recipe sebab kali ni masak untuk sekeluarga... Cuma Haziq je taknak makan sebab katanya ada udang... Dia sendiri yang taknak makan mungkin sebab takut terkena gegata macam dulu agaknya... mesti dia dah serik... Kesian Haziq.  Bila tanya habis abang nak makan apa.. dia cakap taknaklah dah kenyang.. sedih pulak dengar... sanggup taknak makan gara2 udang punya pasal.. Padahal dulu2 udang tulah yang dia paling suka.... 

Ok ku kongsikan sekali lagi resepinya kat sini.. Terima kasih ye Mas berkongsi resepi ni...


Kuetiaw Haufan
Resepi : Mas Duniaku
Sumber : MaDiHaA a.k.a Ratna

Bahan A :

    * 500gm kuetiaw
    * 3 sudu besar kicap campur
    * sedikit minyak untuk menumis

Bahan B :

    * 3 cawan stok ayam - kalau tak ada air biasa pun boleh (MaDiHaA letak suku kiub ayam untuk 1 resepi)
    * 1 pokok sawi - basuh dan potong2
    * 12 ekor udang
    * 3 sudu besar tepung jagung
    * 3 sudu besar kicap campur (jika kurang masin bleh tambah lagi ikut citarasa sendiri)
    * 2 biji telur
    * sedikit lada sulah

Cara memasak :

   1. Panaskan minyak, masukkan kuetiaw ( kalau suka pedas masukkan cili padi yang diketuk sekali ) dan kacau, masukkan kicap campur dan kacau hingga kuetiaw kelihatan sebati @ garing sikit jika suka. Angkat dan letakkan dalam pinggan.
   2. Masukkan stok ayam dalam periuk, apabila mendidih masukkan sedikit kiub ayam, udang dan sawi, apabila udang bertukar warna masukkan kicap campur (kalau rasa kurang masin boleh tambah lagi), kacau, kemudian masukkan bancuhan tepung jagung (kalau suka kuah pekat boleh letak lebih) masukkan bancuhan tepung sedikit2 dan kacau untuk lihat kepekatan kuah,  kacau lagi, apabila mendidih, pecahkan telur dan masukkan telur kedalam kuah tadi dan terus tutup api.
   3. Kacau kuah tadi bentuk bulat dan tuang keatas kuetiaw yang digoreng tadi.Tabur lada sulah diatasnya. Sedia dimakan. (MaDiHaA makan dengan cili hijau jeruk juga.. cili hijau potong + cuka + air panas + garam + gula.. ekspress punya.. hihi.. )
-------------------------------------------------


Untuk resepi kicap campur ni.. MaDiHaA buat separuh resepi je sebab sos ikan tinggal setengah cawan jer.. hihi.. Itupun dapat banyak dah.. boleh simpan peti ais utk guna lain kali..


Kicap Campur
Resepi : Mas Duniaku
Bahan  :

    * 1 cawan kicap pekat
    * 1 cawan kicap cair
    * 1 cawan sos ikan
    * 1cawan sos tiram
    * 1/2 cawan gula
    * 1/2 cawan garam
    * 1/2 cawan ajinamoto

Cara membuatnya :

    * Masukkan semua bhn2 yang telah disukat tadi kedalam periuk. Sebatikan dulu kemudian baru dikacau atas api perlahan hingga sebati tanpa henti yerk untuk mengelakkan kicap tu hangit, bila dah tak dengar bunyi gula tu masa mengacau, boleh tutup api dan biarkan kicap tu sejuk baru boleh masukkan kicap campur tu dalam bekas dan disimpan didalam peti.  
    * Kicap campur ni sesuai digunakan untuk menggoreng mee, bihun, kuetiaw, mee hailam, sedapp juga dibuat ayam masak kicap.....





Selamat mencuba!

Wednesday, May 23, 2012

Ayam Goreng Kunyit Rampai

 Assalamualaikum......

Pejam celik pejam celik dah pun masuk bulan Rejab kan... kejap je masa berlalu... nanti tup tup.. berjumpa semula dengan bulan Ramadhan jika dipanjangkan umur.. Maaf kengkawan sekalian... kemalasan semakin menjadi2 nak update blog ni.... tapi paksa2 jugak supaya blog ni tak bersawang.. lagi pulak.. masih ada lagi beberapa gambar masak2 yang sempoi2 belum update.  Bab resepi yang hebat2 tu memang takdelah buat masa sekarang ni ye... tunggu mood okay sikit barulah boleh start eksperimen kembali.. hehehh...

Layan menu simple ni je yer.. jadilah dari tak berupdate langsung kan... anak2 & suami suka lauk cenggini... I pun suka lauk2 2 in 1 ni... senang keje mokcik.. hehehe... tp actually ada sayur gak yang digandingkan ngan lauk ayam ni iaitu sayur tumis cendawan... yg tu esok lusa la update.. kikikikiii....


Ayam Goreng Kunyit Rampai
 Resepi : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2
1/2 ekor ayam - dibersihkan & potong kecil
8 urat kacang panjang - potong pendek 2 inci
1 biji capsicum saiz kecil ` potong memanjang atau ikut suka masing2 (sayuran boleh je tukar dgn sayuran kegemaran masing2)
garam & serbuk kunyit secukupnya
minyak masak secukupnya

Bahan hiris/mayang
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
beberapa biji cili padi (non stock plak masa masak ni)


Cara menyediakan
1. Ayam yang dah dibersih & di tos digaul garam kunyit. Panaskan minyak anggaran 1 cawan lalu masukkan ayam tadi & goreng hingga ayam masak. Sentiasa balik2kan ayam supaya masak rata. Tak perlu garing sangat... sekadar masak je.
2. Bila ayam dah masak.. angkat ayam & ketepikan dulu.  Kurangkan minyak dalam kuali (jika perlu) & terus masukkan bahan2 hiris & tumis hingga layu. Masukkan kacang & capsicum & gaul rata.  Masukkan sikit serbuk kunyit & perasakan dengan garam secukupnya. Tambah sikit air jika terlalu kering.  Akhir sekali masukkan ayam & gaul rata.
3. Bila dah secukup rasa.. tolak ayam & sayur tadi ketepi kuali supaya minyak tos sedikit. Kemudian bolehlah kaup ke dalam pinggan hidangan & bolehlah dihidangkan.


Selamat mencuba!

Tuesday, May 22, 2012

Donut Chicken Floss..

Assalamualaikum....
Tiba2 mood suam2 kuku jer nak update blog.  Dah berjangkit dengan Izah & Kak Ummi ke? hehehe.... 
Takdelah.. sebenarnya bukan berjangkit ke apa.. tapi lately ni mood nak bereksperimen agak merudum sikit.  Sejak2 anak tak sihat, diri sendiri pun tak sihat.. rasa malas sangat nak bereksperimen melayan anak tekak ni... jadi masak pun yang ala kadar saja... Masak yg mudah2.. takde buat kuih muih sangat especially kek2 bagai (walau dlm hati teringin sgt nak makan kek!)  takmau bagi perut bekerja keras mencerna pelbagai makanan yang rich2, lemak2 & berminyak2 sangat..  (padahalnya malas.. hehe)

Oklah hari ni kongsi resepi ulangan jer... dah lama pun buat ni.. resepi ulangan tapi ada ubahsuai sikit je dengan tambahan bahan coating/salutan tu jer... Masih menggunakan resepi Donut Kentang (Cakcibur)... kemudian disaluti dengan mayonis & dilekatkan dengan chicken floss.  Sedapp!!


Sebenarnya ini kali kedua ku beli chicken floss.  Dah lama dah dulu pernahla beli sekali & guna utk salut roti.  Dah sedap2 makan & bila dah abis.. tiba2 terfikir & rasa was2 adakah chicken floss yang terjual tu halal?  Sejak tu tak berani dah nak beli chicken floss sebabnya yang terjual tu biasanya di re-pack & memang takde tanda halal.  Tak lama dulu.. Kak Anymz buat roti chicken floss terus tanya kak Anymz dia beli kat mana chicken floss tu sebab teringin plak nak makan sbb dah lama tak makan.. Pasti yg Kak Anymz beli tu halal kan.. tp kak Anymz tak jawap atau tak perasan kot soalan ku ittew.. hehe.. then selang beberapa ketika semasa pegi ke kedai bakeri berhampiran ofis ni ternampak kat rak di kedai bakeri tu ada chicken floss yg re-packing di susun2 & ada satu pack bersaiz besar (packing asal) yang ada tanda halal Jakim.. Wahhh... ini sudah baik! hehe... Jadi tak syak lagilah yang chicken floss tu halal & boleh dimakan.  So... belilah daku dengan senang hati... (terlupa plak nak amik gambor tanda halal Jakim pada packing besar chicken floss tu...)
Ok jom kita buat Donut Chicken Floss! Don't worry.. halal punya okay!
Donut Chicken Floss
Adaptasi dari resepi : Cakcibur aka Rohana Shahdan
Idea dari : Ummizzkitchen

Bahan2

1 biji kentang saiz sederhana - kupas kulit
1 cawan air suam
5 g yis segera
1/3 cawan minyak masak
1/3 cawan air suam
1/4 tin susu pekat manis (ku guna 1/4 cawan je)
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
500g tepong gandum

Minyak secukupnya
Mayonis secukupnya
Chicken floss secukupnya

Cara menyediakan

1. Rebus kentang hingga empuk. Kisar kentang bersama dengan 1 cawan air suam. Tuang ke dalam bekas menguli.
2. Campurkan yis, 1/3 cawan air suam, minyak masak, susu pekat, garam ke dalam bekas berisi kentang & campur sebati.
3. Tambahkan tepong sikit demi sikit sambil gaul sebati.  Uli hingga menjadi doh yang lembut. Lagi lembut doh.. lagi lembut donut yang terhasil!  Perap hingga doh naik sekali ganda.
4.Gunakan tepong extra ketika hendak membentuk donut supaya doh tak melekat di tangan.
5. Susun donut yang dibentuk di atas dulang yang telah ditabur tepong atau disapu sedikit minyak. Biarkan ia naik sekali lagi.
6.Panaskan minyak masak & goreng donut hingga kekuningan dengan api sederhana. Angkat & tos.
7. Sapu donut dengan mayonis di sebahagian donut kemudian salut pula dengan chicken floss secukupnya. Sedia untuk dihidangkan.

Nota MaDiHaA : Semasa bermain dengan doh perlu celup jari2 ke dalam tepong gandum supaya doh tak melekat di tangan kerana doh ini agak lembik sedikit. Jika kurang mahir.. boleh tambahkan sedikit lagi tepong.. insyaAllah.. ianya tetap lembut!
Selamat mencuba!

Monday, May 21, 2012

Ikan Keli Goreng Sambal Pedas

Assalamualaikum....

Dah petang baru dapat jenguk blog hari ni... Jadi kongsi lauk simple jer lah hari ni.. hehe..  

Sebenarnya jarang2 aku masak ikan keli ni... Kalau beli pun.. bukan aku yang beli tapi mesti cik abang.. hehe.. Bukan tak makan ikan keli tapi agak kureng sikit.. Ikan keli ni kalau nak dimasak... mesti bersyarat.  Pantang dimasak sekor2.... mesti nak kena kerat2 pendek... itulah syarat yang abang berikan.. hehe... Katanya tak lalu nak makan kalau masak sekor2... pernah sekali ku hanya kerat dua ikan keli masa masak gulai asamrong.. pehhh... membebel jer cik abang ku.. haha... sejak dari tu kalau dia bawak balik ikan keli.. haruslah ikannya dikerat 4!  Tak kira samada digoreng atau digulai mesti kena kerat pendek2... Hentam jerlah.. janji boleh dimakan.. hehe...

Nih resepi basic yang biasa ku masak kalau buat sambal ikan atau ayam... laju jer makan...

Ikan Keli Goreng Sambal Pedas
Resepi : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2
5 ekor ikan keli saiz sederhana
1 sudu besar asam jawa (ramas dalam air utk rendam ikan)
Garam & serbuk kunyit secukupnya
2 batang serai ~ pecah2kan
1 - 2 keping asam gelugur
Garam secukup rasa
Aji & gula secukupnya 
Minyak secukupnya

BahanTumbuk/ Kisar kering
8 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
30 biji cili padi
2 biji cili merah
1 inci kunyit hidup

Cara2 menyediakan
1. Ikan keli dibersihkan (terpulang nak goreng sekor2 atau dikerat2 pendek mcm yg ku buat tu..) & rendam dalam air asam jawa selama 10 minit.  Cuci, tos & gaul garam & kunyit.  Goreng garing & ketepikan dahulu.
2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali yang lain, lalu tumiskan bahan2 tumbuk & serai sehingga garing & wangi.  Masukkan bahan2 perasa secukupnya beserta asam gelugur.  Bila dah secukup rasa.. bolehlah masukkan ikan keli yang digoreng tadi.  Gaul sebati & bolehlah dihidangkan.


Selamat mencuba!
ihidangkan.


Friday, May 18, 2012

Nasi Hue & anggotanya...


Assalamualaikum & salam Jumaat semua....

Pagi2 dah letak entry nasi..... ada yang suka bersarapan nasi setiap pagi?  Di Selangor ni... antara sarapan nasi yang popular & mudah didapati hanyalah nasi lemak & nasi goreng readymade je.  Ada juga yang menjual nasi kerabu & nasi dagang... tapi agak payah juga nak jumpa pagi2.  Teringat masa balik ke Kelantan umah ibu saudara suami beberapa tahun yang lalu... menu sarapan yang popular seperti nasi kerabu, nasi dagang, nasi berlauk & nasi lemak memang sangat mudah didapati... pilih je mana yang berkenan.. dah lah sedap... murah pulak tu... Kalau malas nak keluar rumah membeli sarapan pagi... ada juga makcik yang datang menjaja dari rumah ke rumah membawa pelbagai jenis sarapan termasuk kuih muih.  Pilih saja mana yang suka...


Cerita pasal nasi.. hari ni nak berkongsi dengan kawan2 menu nasi yang belum pernah MaDiHaA dengar sebelum ni... Namanya pun agak unik... Nasi Hue... sepertinya ada unsur2 masakan Cina pula... Tapi entahlah ye... tak berani juga nak bercerita akan asal usul resepi Nasi Hue ni sebab memang tak tau... Resepi ni ku nampak Rahel berkongsi di blognya tak lama dulu.  Disebabkan kebanyakan bahan2 yang diperlukan dah tersedia dirumah terutama stok udang kering & bijan memang melambak2 kat rumah tu.... jadi memang teruja juga nak mencuba.  Kebetulan pula beras basmathi pun ada lagi lebihan buat Nasi Ayam Bakar Mediteranean tempohari... so.. bolehlah mencuba.  Tapi yang bestnya tu... boleh terlupa nak letak bijan walaupun bijan melambak2 kat rumah tu... hahaha...

Nasi ni rasanya umpama kita makan nasi goreng berencah udang kering... tetapi nasi ini tidaklah berminyak macam nasi goreng tu... so maknanya nasi ni lebih sihat dimakan berbanding nasi goreng.. hehehe.. jom cuba! Thanks ye Rahel berkongsi resepi ni... akak kongsi resepi ni di blog akak pula ye.. mana tau ada yg nak mencuba.. halal ye Rahel...

Nasi Hue ku hidangkan dengan Kari Ayam Kering & Cendawan Goreng Rangup


Nasi Hue
Sumber: Buku Resepi Kompilasi Hidangan Nasi
Dikongsi oleh : Rahel Masak Apa?

Bahan-bahan:
250g beras wangi----->>>>Rahel guna beras basmati (MaDiHaA pun!)
400ml air------>>>>Rahel guna air panas (ikut Rahel juga)
1 sudu makan udang kering- rendam dalam air panas
1 sudu makan bijan- digoreng dahulu
1 tangkai serai
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 biji cili merah
1 sudu makan gula pasir
2 sudu makan minyak sayur----->>>>Rahel guna olive oil (guna minyak masak je)
2 sudu makan pati ayam----->>>>yang ni Rahel letak 1 sk aje (MaDiHaA guna 1/2 kiub je & tambah sedikit garam)
2 sudu makan sos ikan----->>>>yang ni Rahel letak 1 sdm + 1/4 sk garam (ikut resepi asal)
1 sudu makan serbuk lada hitam----->>>>yang ni Rahel letak 1 sk aje (letak 1/2 s/k je takut budak2 ni pedas)
sedikit daun saderi (non stock)

Cara membuat:
1.Cuci beras & toskan. Kisar udang kering, serai, bawang merah, bwg putih, cili merah dan gula pasir.
2.Panaskan minyak sayur dalam kuali (MaDiHaA guna periuk). Tumis bahan yang dikisar hingga berbau wangi.    Masukkan beras dan dikacau rata.
3.Kemudian masukkan air, pati ayam, sos ikan dan lada hitam (& garam).
   Gaul rata dan masak hingga nasi kering.  Tutup periuk nasi, kecilkan api & biarkan  
   nasi masak. Taburkan bijan dan hidang.


Selamat mencuba!

Thursday, May 17, 2012

Kari Ayam Kering


Assalamualaikum...

Hari ni letak entry awal sikit sementara kerja belum banyak lagi..  Tapi kejap lagi ada tugasan yang perlu disiapkan... mohon maaf ye sebab tak sempat nak reply komen kawan2 & tak sempat juga nak buat kunjungan balas...

Hari ni berkongsi resepi Kari Ayam Kering yang di ambil dari blog Rahel.... Suka betul tengok gambar2 masakan yang Rahel hasilkan semuanya nampak sedap!  Kari Ayam ini pun sedap.. Terima kasih ye Rahel berkongsi resepi yang di ambil dari buku resepi Rasa Malaysia (Betty Saw) ini dengan kawan2 di blog... dapat juga kawan2 lain mencuba walaupun tak beli buku tu.. hehe... Tapi akak mintak maaf sebab ada ejas sedikit dari resepi asal... tak banyak pun.. tulisan italic warna biru antara yang akak tambah... 

Minta izin ye Rahel akak letak resepi kat sini pula...

 
Kari Ayam Kering
Sumber : Buku Resepi Rasa Malaysia (Betty Saw)
Dikongsi oleh : Rahel Masak Apa?

Bahan-bahan:
1 ekor, kira-kira 1 kg ayam
2 sudu teh garam
100ml minyak masak
250ml santan daripada 1 biji kelapa parut
Jus lemon dari 1 biji lemon (MaDiHaA kurangkan)
2 sudu besar rempah kari ayam (MaDiHaA tambah)
2 cawan air (MaDiHaA tambah)

Bahan-bahan kisar:
10 tangkai cili merah
10 tangkai cili kering,direndam
15 ulas bawang merah,dikupas
8 ulas bawang putih,dikupas
2.5 cm kunyit,dikupas

Cara:
1.Potong ayam kecil-kecil dan perasakan dengan bahan-bahan yang dikisar dan garam.  (MaDiHaA perap dengan separuh sahaja bahan kisar) Perapkan selama 3 jam.
2.Panaskan minyak masak didalam kuali dan goreng ayam yang diperasakan sehingga perang.  (MaDiHaA angkat ayam & ketepikan dahulu)
3.Campurkan pati santan dan renihkan di atas api kecil sambil dikacau sekali-sekala sehingga ayam empuk dan kuah pekat.  (MaDiHaA tumiskan lebihan bahan kisar tadi termasuk lebihan bahan kisar yang digunakan untuk memerap ayam di dalam kuali/minyak yang sama untuk menggoreng ayam sehingga berbau harum & agak garing.  Kemudian tambahkah serbuk kari & biar seketika.  Kemudian baru dicampurkan ayam yang digoreng tadi, santan & air. Masak hingga pekat sambil dikacau sekali sekala)
4.Sebelum diangkat, bubuh jus lemon & garam secukup rasa.

*Rahel campurkan sedikit bahan perapan dan kunyit ke dalam santan.


Selamat mencuba!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KongsiResepi.com