Terima kasih kepada yang sudi follow....

Monday, September 24, 2012

Gulai Ayam dan Pisang Muda Berempah

Assalamualaikum...

Hampir 3 minggu mendiamkan diri dari update sebarang entry di blog kesayangan ini.  Bak kata kak PB.. bila dah lama tak update memang payah nak mulakan update.  Tiba2 saja mood mengupdate blog merudum.  Banyak sebab mengapa tiba2 takde mood untuk update.. Banyak perkara yang harus diberikan keutamaan terutama bila dirumah.  Lebih2 semasa anak dlm minggu peperiksaan.  Kalau diikutkan belum lagi habis musim peperiksaan kerana hari ni hari pertama exam untuk sekolah agama pula.  Disamping tu juga.. kesihatan diri yang kurang memuaskan.. membuatkan diri kurang keinginan untuk mencuba resepi2 baru. Tambahan pula dalam bulan Syawal yang lalu boleh dikatakan setiap minggu menerima undangan open house selain kena balik kampong kerana ada kenduri kahwin sepupu suami.. jadi dapur ku memang tak membuat sebarang eksperimen terbaru.  Memasak pun menu2 yang biasa & memang malas nak ambik gambar pun. Jadi.. rumusannya... tiada eksperimen terbaru itulah sebabnya blog tak update.  Oleh kerana tiada 'modal' untuk update blog.. maka tuan rumah menyibukkan diri update fotopages pula kerana terlalu banyak gambar2 kenangan yang tak sempat nak update di sana... heee.. Terima kasih kepada Mamasya yang bertanya khabar & menyedari MaDiHaA dah lama tak update blog.. hehe.. Maka hari ni kita update lah juga kot2 ada yang rindu (ada ke?) tapi lepas ni tak tau masih ada kerajinan untuk update atau tak.. kalau ada pun tak sekerap dululah agaknya... 

Oklah.. hari ni nak update resepi Gulai Ayam dan Pisang Muda Berempah yang di masak semalam.  Dah lama terliur nak masak gulai ni bila nampak Yatie kongsikan resepinya tempohari.  Disebabkan cuti hujung minggu semalam kami tak kemana2.. maka dapatlah ku memasaknya.  Resepi asalnya adalah dari resepi Mat Gebu iaitu Gulai Pisang Berempah yang mana gulai ini juga dicampurkan dengan ikan kurau kering (kalau tak silap).. akan tetapi telah diubahsuai oleh Yatie dengan mencampurkan pisang muda dengan ayam... memang sedap jadinya gulai 2 in 1 ni.. Terima kasih pada Mat & Yatie untuk resepi & idea resepi ni ye... mohon diizinkan letak resepi kat sini pula dengan sedikit ubah suai dari MaDiHaA pula...



Gulai Ayam dan Pisang Muda Berempah
Resepi asal : Mat Gebu
Olahan : Yatiememories

BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 1 sisir pisang sayur muda
  • 1/2 ekor ayam-potong kecil
  • 2 batang serai, dititik
  • 2 helai daun kunyit, disiat
  • 300 ml pati santan
  • 1 liter santan cair
  • 2 keping asam gelugor
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 camca besar penuh kerisik
  • 1 camca teh serbuk lada hitam kasar (MaDiHaA letak setengah camca teh saja)
BAHAN KISAR HALUS :-)
  • 1 biji bawang besar
  • 6 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci lengkuas
  • 1 inci kunyit hidup
  • 5 tangkai cili merah (MaDiHaA letak 3 biji saja & tambah 15 biji cili padi)
  • 2 camca besar udang kering, rendam sekejap dan toskan
  • Secubit belacan
  • 3 biji buah keras
  • 1 camca besar ketumbar biji
  • 1 camca teh jintan kasar
  • 1 camca teh jintan halus
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Pisang dikupas sedikit kulitnya, hiris sederhana tebal dan rendam dalam air yang di letak 1 keping asam gelugor. Cuci dan toskan.
  2. Dalam periuk, masukkan pisang tadi dan rebus hingga empuk. Bila dah empuk toskan.
  3. Sementara itu dlm periuk lain panaskan minyak dan tumiskan bahan2 kisar. Masukkan serai yg dititik.Tumis sehingga terbit minyak.
  4. Masukkan ayam yg dipotong kecil, santan cair dan masak hingga separuh masak.
  5. Masukkan pisang yg telah direbus tadi dan gaul rata.
  6. Masukkan asam keping, daun kunyit, kerisik, gula dan garam. Masukkan santan pekat dan gaul rata. Masak hingga mendidih guna api sederhana.
  7. Perasakan, jika dah cukup rasa tutup api, angkat dan bolehlah dihidangkan bersama lauk kegemaran.
Selamat mencuba!

Tuesday, September 4, 2012

Sponge Cake With Blueberry Filling



Assalamualaikum...

Baru ada masa masukkan resepi hari ni.  Bila dah lama bercuti... rasa mcm bermalas2an je nak letak resepi dalam blog.  Oleh kerana dah janji dalam entry pagi tadi nak letak resepi kek yang angah tempah baru2 ni.. jadi untuk resepi permulaan di bulan Syawal/September ni.. kita mulakan dengan resepi Kek Span Dengan Isian Blueberi ni yer.. Nak sedap lagi bunyi resepi ni kita sebut dalam bahasa Inggeris sebagai Sponge Cake With Blueberry Filling...  baru ada kelas... hehehe...



Kek ini sebenarnya asasnya hanya menggunakan resepi kek span vanilla saja.  Permintaan angah katanya nak tempah kek yang ada filling blueberry.. jadi terciptalah kek ini.  Resepi kek span vanilla ni adalah hasil adaptasi dari resepi Kek Span Coklat yang dikongsikan oleh Rahel di blog beliau.  Memang lembut kek span ni.  Oleh kerana MaDiHaA nak menggunakan Kek Span Vanilla.. jadi MaDiHaA skip serbuk coklat dalam resepi kek span coklat tersebut & lebihkan tepong superfine tu.  Kuantiti gula kaster pun MaDiHaA dah kurangkan memandangkan kek ini akan menggunakan sirap lemon & filling blueberry yang dah sedia manis tu.  Untuk resepi kek span bolehlah rujuk resepinya di bahagian bawah sekali ye.  Terima kasih kepada Rahel untuk perkongsian resepi kek span coklat tu ye.  Mintak dihalalkan ye sebab MaDiHaA dah ubah sedikit resepi tu.. Lain kali boleh cuba buat kek span coklat pula.  Kek span ni.. dimakan macam tu pun sedap.  Lembut je.. kalau perisa coklat mesti lagi sedap kalau nak dimakan macam tu je!



Ok untuk membuat Sponge Cake With Blueberry Filling atau Kek Span Dengan Isian Bluberi ni... kita perlukan bahan2 seperti di bawah :-

Sponge Cake With Blueberry Filling
Resepi : MaDiHaA a.k.a Ratna

Bahan2
1 biji kek span vanila (seperti resepi di bawah)
Filling blueberry secukupnya
500 ml fresh cream/
Buah2an pilihan anda untuk hiasan
Sedikit buttercream (optional) 
Sedikit manik gula (optional)

Bahan sirap lemon
30 gm gula pasir
150 ml air suam
1 biji lemon (ambil jusnya)

Cara menyediakan
1. Sediakan dahulu kek span vanila (seperti resepi di bawah) & sejukkan dahulu kek.  Sementara itu.. sediakan sirap lemon dengan melarutkan gula dalam air suam & campurkan dengan jus lemon. Ketepikan dahulu.
2. Putar fresh cream sehingga gebu. Jangan terlalu lama memutar, berhenti bila nampak fresh cream dah gebu & kaku.
3. Kek span vanilla di belah/potong kepada 3 lapisan.  
 1. Kek Span Vanila. 
2. Kek yang dibelah 3 bahagian. 
3. Lapisan bawah kek sedia untuk dibasahkan dengan sirap lemon. 
4. Kek yang telah disapu sirap lemon, blueberry filling dan terakhir sapukan/paipkan dengan fresh cream (dlm gambar fresh cream baru letak separuh ye...).

4. (Rujuk gambar di atas) Letakkan satu lapis kek di atas papan kek.  Basahkan lapisan kek dengan sirap lemon menggunakan berus kuih sehingga permukaan kek agak basah. Kemudian sapukan di atas kek dengan lapisan nipis bluberry filling & akhir sekali sapukan pula dengan fresh cream.
5. Lapiskan pula dengan lapisan kedua kek & ulang proses yang sama seperti step no. 4 di atas. Teruskan dengan lapisan ke tiga tetapi untuk lapisan ketiga atau yang terakhir ini cukup sekadar dibasahkan dengan sirap lemon sahaja di atas permukaan kek.
5. Kek siap dilapisi filling untuk ketiga2 lapisan.
6. Kek siap disaluti fresh cream.
7. Kek siap dipaipkan border dengan fresh cream.
8. Kek yang telah siap dihias.

6. Sapukan keseluruhan kek dengan fresh cream & licinkan fresh cream tersebut.  Paipkan lebihan fresh cream sebagai border kek. Hiaskan dengan lebihan blueberry filling di atas kek & aturkan buah2an pilihan anda.



Di bawah ini resepi kek span vanilla ye...


Resepi Kek Span Vanilla
MaDiHaA adaptasi dari resepi Kek Span Coklat (Noraini Zakaria)
Sumber : Rahel

Bahan:
240g tepung kek/tepung superfine
130g gula kaster
110ml minyak masak
100ml susu segar
20g ovallet
6 biji telur gred A
1 st baking powder
1 st esen vanila

Cara:
 
1. Panaskan oven. Griskan acuan. Alas dasar acuan dgn baking paper.
2. Pukul telur, gula, ovallet, tepung s'fine, BP sehingga kembang dan gebu selama 5 minit.
3. Perlahankan mixer, masukkan susu cair & esen vanilla. Teruskan lagi memukul selama 5 minit. Tuangkan minyak & gaul sebati.
4. Tuang ke dalam acuan. Bakar selama 45 mint atau hingga masak.
5. Bila kek sudah masak, telangkupkan (atas redai) selama 5 minit. Keluarkan kek & boleh dihidangkan atau dihias dengan aising kegemaran.



Ini gambar sambutan untuk birthday girl, Wardina Ayu yang ke 12 tahun di Klang tempohari... birthday girl berbaju maroon bertudung hitam di belakang budak debab (Alin) berbaju kuning tu.. hehe... Ayu sama sebaya dengan kakak Dini.. tapi saiz badan dorang jauhhhh berbeza.. hehe.. tulah kan.. saiz anak2 pun ikut saiz mak bapak jugak walaupun cucu tokma yang sama.. kikiki...  Happy Birthday Ayu... maklong doakan semoga Ayu cemerlang dalam UPSR nanti ye..

Beberapa tempahan yang lalu...

Assalamualaikum...

Belum lagi berkesempatan untuk letak resepi yer... & pagi ni letak dulu gambar beberapa tempahan dalam bulan Ramadhan & Syawal baru2 ni..

Terima kasih banyak2 kepada semua yang sudi menempah...


2 peket Rempeyek & 1 tray Choc Brownies
Tempahan : Lina Bukit Jelutong.


24 peket (kalau tak silap.. terlupa plak) Rempeyek
Order dari : Haryati, Shah Alam

Yati ni dah beberapa kali order Rempeyek.. kalau order mesti banyak2.. Mekasih byk2 ye Yati...
Sebenarnya ada lagi order rempeyek dari beberapa kawan.. tp terlupa ambik gambar.. heee...

1 biji Sponge Cake with Blueberry Filling (resepi akan dimasukkan nanti ye..)
Order dari : Angah, Klang untuk birthday anak daranya..
(tapi yg ni maklong (aku le tu) sponsor je untuk anak sedara dia... hehe... sesekali buatkan utk anak sedara apa salahnya kan...)


1 biji Blended Orange Cake
Order dari Nurul, officemate

Terima kasih kepada semua yang sudi order.  Mintak di halalkan jika ada terlebih maupun terkurang ye...

Monday, September 3, 2012

Menu air tangan anak dara ku...

Assalamualaikum...

Hari ni saja nak share gambar menu yang sempoi ni... Walaupun sempoi tapi kami sekeluarga makan dengan berselera lagi. heee... Sebenarnya.. menu2 yang terhidang ni sangat bermakna bagi kami kerana menu ni adalah dari air tangan anak dara sulungku Wan Amalia Nur Dini yang baru saja menyambut hari ulang tahun kelahirannya yang ke 12 tahun pada 23 Ogos yang lalu...

Entah macamana.. cuti hari Sabtu baru2 ni en. husband boleh buka mulut suruh anak dara dia memasak.. Katanya hari ni ibu cuti masak sebab ayah nak makan yang kakak masak pulak.  Sebenarnya aku pun tak sangka yang ayahnya akan arahkan macam tu pada dia.. Tapi bila dah arahan ayahandanya.. aku pun ikutkan ajelah. Kebetulan hari tu ibu berkemas2 sikit apa2 yang patut.. Jadi sedang molek tugas memasak diserahkan bulat2 pada kakak Dini.  Ibu memang tak tolong apa2 pun masa dia memasak hatta ayam (yang hanya dipotong 4) tu pun dia yang potong kecik2.  Gasaklah nak potong berapa besar... nak masak menu apa semua diserahkan pada dia sendiri.. Lauk ayam masak merah tu.. ayahnya pernah ajar dia masak sekali tak lama dulu (masa cuti sekolah).. jadi skrg ni dia memang dah boleh masak tak perlu di ajar2 lagi.. Wahh.. kalah ibu kalau macam ni.. sebab ibu dulu darjah 6 belum pandai lagi nak masak lauk cenggini... heee... Walau apa pun.. ibu doakan semoga kakak berjaya dalam UPSR yang bakal menjelang tak lama lagi.. Walau kakak banyak diajar berdikari sejak dari darjah 3 lagi.. (gosok baju sekolah sendiri, basuh kasut sekolah sendiri) itu tak bermakna kami nak menyusahkan kakak & kakak sama sekali tak boleh abaikan pelajaran dengan alasan banyak perkara nak kena buat.. Berdikari itu penting untuk kehidupan.. terutama bila kakak masuk asrama nanti.. kakak dah tak kekok nak buat semua tu sendiri.  Begitu juga dengan pelajaran.. Pelajaran juga penting untuk meraih kejayaan hidup.. jadi ia perlu seimbang.


Ini dia menu dari kakak Dini.. Idea dari dia sendiri... Ayam goreng (utk adik Alin), kobis goreng, telur goreng hancur + kicap, ayam masak merah & nasi putih (tiada dlm gambar).  Hasil air tangan kakak Dini.. adik2nya bukan main lagi puji sedap.. memang secukup rasa pun.. hehe... Sebenarnya.. untuk dinner malam tu pun dia juga yang volunteer masak... dia masak nasi goreng.. tp ibu terlupa nak snap gambar.. sedap juga rupanya air tangan anak dara ku ini..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...