Terima kasih kepada yang sudi follow....

Tuesday, October 30, 2012

Penkek Tapai Ubi / Fermented Tapioca Pancake

Assalamualaikum....

Dah lama tak buat penkek.  Kadang2 tekak ni teringin juga nak makan. Tapi bila mengenangkan anak-anak kurang suka dengan penkek terutama kalau buat untuk sarapan pagi... terus niat terbantut.  Biasalah anak-anak dah terbiasa dengan sarapan berat seperti nasi goreng, mee goreng, cekodok dan sebagainya. Kalau buat sarapan ala2 omputeh (yang manis) ni memang anak2 tak berapa nak layan sangat... ayahnya pun sama.. memang selera melayu @ kampong lah katakan.. hehe.. Last-last nanti ibu dia jugak yang kena perabiskan penkek tu sorang2!  Mungkin kalau nak bagi dorang makan penkek ni, kena buat masa minum petang.. rasanya bolehlah 'jalan' sikit kot. hehe.. 


Kali ni tekak ibu teringin nak makan penkek.  Tapi bukan penkek yang fluffy2 atau yang guna tepong saja tu.  Kali ni tekak ibu teringin nak rasa penkek dari tapai ubi! Wahhh... menjadi jugak eksperimen ku yang tak seberapa.. hehe.. Tak sangka... bukan ibu je yang suka penkek ni.. rupa2nya anak2 yang dulu taknak layan penkek telah berjaya menghabiskan beberapa keping penkek ni.. Agaknya kena dengan selera dorang kot.. Alhamdulillah.. bukan nak puji.. tapi penkek tapai ubi ni memang sedaplah rasanya. Lain dari yang lain. Lembut sangat. Makan masa panas atau sejuk tetap sedap.  Makan macam tu saja pun dah sedap.. tak payah nak makan dengan butter atau jem dan sebagainya.. Yang dalam gambar tu.. sekadar hiasan je ada jem.. padahal kami makan kosong je. Sedap!  Jadi kalau ada tapai ubi yang tak terhabis dalam peti sejuk tu... bolehlah godek2 jadikan penkek ni ye... Ada kelainan rasanya di situ... Tapi terpulanglah pada selera masing2 kan. Kalau tapai ubi pun korang tak suka.. mungkin penkek ini pun korang tak suka juga.. hehe.. Selera masing2 tentunya tak sama...

Kalau nak cuba ini resepinya..


Penkek Tapai Ubi
Resepi : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2
1 ½ cawan tepong gandum
½ cawan susu segar / susu cair
1 biji telur
2 ½ sudu teh baking powder
Sedikit minyak masak

Bahan kisar halus
½ cawan tapai ubi
1 ¼ cawan air
½ sudu teh garam
1 sudu besar gula pasir

Cara menyediakan
1. Sediakan bahan2 kisar & masukkan dalam satu bekas membancuh.
2. Ayak tepong gandum bersama baking powder. 
3. Campurkan telur & susu segar ke dalam bahan2 kisar & kacau rata menggunakan whisker.
4. Masukkan bahan tepong sikit demi sikit & bancuh sehingga menjadi batter yang halus.
5. Panaskan kuali non stick dengan api perlahan & titiskan sedikit minyak.  Ambil sesenduk batter penkek & masak seperti biasa. Pastikan garing kedua2 belah penkek tersebut sebelum di angkat & dihidang. Sedap dimakan begitu saja atau dengan jem kegemaran.


Selamat mencuba!


Monday, October 29, 2012

Rezeki raya.....

Assalamualaikum...

Alhamdulillah dipanjangkan umur & selamat kembali semula dari kampong halaman.. Syukur masih berpeluang untuk mencoret lagi di blog kesayangan ku ini....

Raya korban kami kali ini betul2 sederhana... tiada bertemu dengan rendang maupun ketupat... lontong atau lodeh jauh sekali... alahaii.. kasihan sungguh! Tapi alhamdulillah.. dapat juga merasa lemang, gulai asamrong & laksa penang. Kat rumah mak mertua hanya sempat goreng bihun aje.. itupun biras yang masak.  Kami bertolak dari PJ 1.30 am... ingatkan dah takde jem.. rupa2nya 5 minit lepas bayar tol Gombak jalan dah melekat! Pukul 5 pagi (pagi raya) jugak baru sampai rumah mak.

Hari raya sempatlah berjalan ke rumah makcik & pakcik sebelah suami (walau mata macam takleh nak celik.. hehe) tapi raya kali ini agak kesuntukan masa kerana raya di hari Jumaat.. kaum lelaki nak solat Jumaat pula.. jadi masa tu agak terhad. Ada yang tak sempat nak ziarah tapi tak apalah.. nak buat macamana.. Apapun.. hari raya kedua dapatlah berkumpul semua makcik & pakcik suami sebab sepupu suami ada buat korban seekor lembu. Ada masak2 juga & jemput jemaah masjid bertahlil & makan tengahari kat rumahnya. Macam biasa bila beraya kat rumah mertua memang takde sessi bergambar2... jadi harap maklum!

Yang paling seronok sekali tu.. raya kali ni dapat makan buah kegemaran! Apa lagi kalau bukan buah manggis! Buah2 lain tu tak berapa nak layan sangat... tapi kalau buah manggis tu memang kecik hati wooo kalau orang tak pelawa... hehe... Terima kasih andak & sepupu2 suami yang rajin melayan tolong panjat & petik manggis, langsat & duku.  Walaupun manggis baru je nak belajar2 masak.. tp alhamdulillah dapatlah juga merasa & bawak balik sikit ke PJ. Buah durian belum banyak gugur lagi.. tapi dapatlah merasa juga. Tapi durian bukan buah kesukaan ku.. huhu.. Buah kundang pun tengah lebat berbuah. Dapat gakla makan cicah collek... tapi wrong timinglah sebab tekak tak terasa nak makan asam sangat sebab baru lepas menses.. hehe.. selalunya seminggu sebelum menses yang terasa nak makan asam sangat... sebab tu buah kundang tu aku ambik sikit je bawak balik. Selebihnya bagi kat adik ipar je bawak balik Kajang.. dia kata nak buat jeruk.  Oklah.. cukup dulu merapu pagi2 ni ye... meh tengok apa rezeki raya dari kampong kali ni..

Ada ubi kayu, jering cambah (dalam plastik biru), limau nipis, manggis, duku, langsat (yang bercampur), buah kundang & pisang sematu.  Alhamdulillah.. inilah rezeki raya kami.. & lagi bila balik ke PJ dapat pula kiriman daging korban dari makcik kat PJ ni. Terima kasih semua!

Bertemu lagi!

Wednesday, October 24, 2012

Kek Keju Keledek Ungu / Purple Sweet Potato Cheese Cake



Assalamualaikum...

Pagi tadi waktu keluar dari rumah walaupun dah agak terlewat dari biasa, tetapi jalan agak lengang.  Nampaknya dah ramai warga kota yang dah meninggalkan bandaraya untuk pulang ke kampong masing2.  Mungkin warga kota yang masih bujang atau yang dah berkeluarga tapi anak2nya belum bersekolah yang dah mula pulang ke kampong.  Bagi kami yang anak2 dah sekolah ni... tak bolehlah nak cuti cepat sangat sebab hari ni mereka masih sekolah.. hehe.  

Raya haji tahun ini tentu ramai yang akan pulang ke kampong berbanding dengan tahun lepas sebab tahun ini raya haji jatuh pada hari Jumaat.  Jadi masih ada lagi 2 hari cuti extra Sabtu & Ahad.... maka bolehlah berlama2 sikit di kampung.  Berbanding tahun lepas raya haji jatuh hari Ahad... masa agak suntuk untuk beraya di kampung kemudian esoknya Isnin dah nak kena masuk kerja.  Kami tak berpeluang untuk balik awal ke kampong raya kali ni sebab masing2 nak berjimat-cermat penggunaan cuti tahunan sebab masih ada agenda lain yang lebih penting. Nak buat macamana kan... tahun ini memang penuh dengan dugaan. 

Kepada semua kawan2 yang masih sudi ke Dapur MaDiHaA... di sini MaDiHaA  ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut hari raya Aidiladha buat anda semua. Kepada yang punya rezeki yang lebih tu bolehlah menjalani ibadah korban. Bagi rakan taulan & saudara mara yang berada di Tanah Suci Mekah.. semoga urusan ibadah kalian semua di sana dipermudahkan & mendapat haji yang mabrur serta dapat pulang ke pangkuan keluarga dengan selamat.. amin..


Jom hari ni kita menternak lemak! hehe... dah lama dah tak makan kek yang lemak berkrim ni... sesekali tu teringinlah pulak! Aikkk... kata healthy conscious?  Syakali syakali bak kata MamaFaMi takperlah kan.... haha...

Mertua bagi beberapa ketul keledek ungu masa balik kampong dulu... lama juga dia bertapa kat cerok dapur.  Sebelum keledek tu bertunas & jadi kebun keledek kat cerok dapur tu lebih baik ku rebuskan aje keledek tu & makan macam tu saja.  Manis & sedap isinya!  Ada lebihan lagi keledek rebus tu.. teringin pulak nak bereksperimen.  Cari2 resepi maka termenjadilah kek ini.  Resepi ni adalah adaptasi dari KTA Superstores... berlainan sungguh rasa kek keju kali ni... unik sekali.. tapi anak2 suka.. Sedap katanya!

Kek Keju Keledek Ungu
Adaptasi dari :  KTA Superstores


Bahan dasar kek
100 gm biskut digestive (boleh juga gunakan biskut oreo saja)
100 gm biskut oreo ~ buang krim baru timbang
50 gm butter ~ cairkan

Bahan kek
1 1/2 cawan isi keledek ungu yang direbus & dilecek halus (MaDiHaA kisar halus)
500 gm keju krim (suhu bilik)
3 biji telur A
3/4 cawan gula kastor
1 tspn esen vanila

Cara menyediakan:

1. Panaskan oven suhu 160C. 
2. Kisar biskut digestive & biskut oreo sehingga menjadi serbuk. Gaulkan dengan butter yang dicairkan.  Ratakan / tepek campuran biskut pada spring foam saiz 9 inci sehingga rata & padat. Bakar lebih kurang 10 minit.  Selepas 10 minit keluarkan dari oven & biarkan oven on.
3. Sementara itu sediakan cheesecake.  Satukan isi keledek yang dikisar halus, keju krim, gula, telur & esen vanila.  Pukul dengan mixer sehingga betul2 gebu & berkrim.  
3.  Tuangkan adunan ke atas spring foam tadi & bakar antara 50 minit - 1 jam (bergantung oven masing2). Sejukkan sebelum dihidangkan.



Selamat mencuba!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KongsiResepi.com