Terima kasih kepada yang sudi follow....

Monday, November 26, 2012

Gulai Kuzi Ayam Bonda (Kak Sha)



Assalamualaikum & salam sejahtera...

Bersua lagi dengan entry autopublished ye.... Haaa kan... nak buat macamana tuan blog bz sikit lately ni & sewaktu entry ini ke udara kemungkinan tuan blog dalam perjalanan pulang ke kampong di Pahang (sempadan Johor nunn).  Sabtu & Ahad semalam kami berada di Pahang juga.. tp kampong en. abang sebab ada kenduri kawin sepupu hubby.  Now kami bergerak dari kampong mertua menuju ke kampong sendiri la pulak yang mengambil masa lebih kurang 4 jam perjalanan (sebab Pahang kan luas.. hehehe) & insyaAllah esok kalau tiada aral melintang kami akan berangkat lagi ke Kuala Terengganu buat kesekian kalinya untuk urusan yang belum selesai... 

Ok jom nak share masakan yang popular di Kelantan ni... Gulai Kuzi Ayam ni resepi bonda Kak Sha iaitu sahabat cyber MaDiHaA.  Kak Sha telah bersusah payah mengirimkan safron kepada MaDiHaA baru2 ni semata2 sebab adiknya ni mengidam takde isi nak masak & merasa gulai kuzi yang sedap ni.  Sebenarnya dah lama Kak Sha pelawa nak kirimkan rempah kuzi, tapi adiknya ni malu2 kucing.. konon nak cari sendiri. Alhamdulillah semasa ke Pasar Payang bulan lepas dapatlah ku beli sepeket rempah kuzi & juga rempah cap bunga rose untuk stok sendiri & juga kiriman seorang sahabat.  Tapi waktu tu tak ingat rupa2nya resepi memerlukan safron juga...  haii.. manalah nak cari.. & akhirnya pasrahlah juga minta tolong dengan kak sha kirim belikan safron di Kelantan.  Itu pun kata kak Sha bukan semua kedai ada jual.. kedai2 tertentu je yang ada jual..


Alhamdulillah... akhirnya dapat juga merealisasikan impian bila Kak Sha sudi belikan. Bukan senang nak cari safron ni... tak tau pun kat mana ada jual.  Yang tahu harga safron ni sangatlah mahal... terutama bagi safron gred terbaik.  Yang MaDiHaA guna ni tak taulah berapa harganya sebab kak Sha bari free je... kata kak Sha.. sepeket kecil safron tu boleh gunakan utk 3 ekor ayam.. Kak Sha kirimkan 3 peket bermakna ku boleh masak 9 ekor ayam! Hai bilalah nak abis tu agaknya ye.. tp alhamdulilah.. MaDiHaA dah pun berikan sepeket safron tu pada ma tersayang sebab ma pun ada beli juga rempah kuzi masa ke Pasar Payang dulu.. hehehe... Bagi seekor ayam hanya gunakan secubittttt jer safron.  Tapi memang betul.. kalau takde safron tu kata Kak Sha tak sedaplah jadinya Gulai Kuzi kita sebab safron memberikan aromanya yang tersendiri.... 

hanya 1/3 dari kuantiti safron ini digunakan dalam masakan gulai kuzi ini

Ok kepada yang nak mencuba.. sila2lah ye.. memang sedap gulai ni.. sesuai utk hidangan bagi nasi berperisa atau nasi putih & yang paling popular dicicah dengan roti jala menurut kata Kak Sha... Terima kasih kak... mintak izin ye letak resepi kat sini & terima kasih tak terhingga dengan pemberian kak Sha tu..

 
Gulai Kuzi Ayam Bonda (Kak Sha)
Resepi : Kak Shapurah
Sumber : MaDiHaA aka Ratna

Bahan untuk gulai:
1 ekor ayam - potong saiz kecil/sederhana
5 biji ubi kentang - potong kiub sederhana & goreng
6 biji bawang besar - mayang nipis dan goreng garing & ditumbuk lumat (MaDiHaA guna 5 biji saja)
1/2 botol sos tomato Del Monte
10 biji bawang merah*
5 biji bawang putih*
1/2 inci halia*
Sedikit safron*
1/2 tin susu cair atau lebih (MaDiHaA guna 1 tin)
Minyak sapi untuk menumis
Sedikit minyak masak
2 camca besar rempah kuzi
3 cawan air (atau lebih kalau nak kuah lebih)  MaDiHaA lebihkan lagi
Buah kismis - goreng sekejap
Buah badam- goreng garing - takde stok so tak bubuh
Garam & gula secukup rasa
(Tumbuk bahan bertanda*)
 
Bahan untuk perap ayam :
5 biji bawang merah*
2 biji bawang putih*
1/4 inci halia* 
Sedikit Safron*
2 camca besar cuka
Sedikit garam

Cara: 
1. Tumbuk bahan perapan ayam yang bertanda* dan perap ayam bersama bahan tumbuk, cuka & sedikit garam selama 30 minit. Kemudian goreng ayam setengah masak. Toskan.
2. Panaskan minyak sapi dan sedikit minyak masak, tumiskan bahan tumbuk, biar naik bau masukkan rempah kuzi biarkan rempah betul-betul masak naik minyak baru masukkan sos tomato di ikuti susu cair & air. 
3. Kacau biar sebati masukkan ayam yang telah di goreng tadi. Masukkan bawang besar yang telah ditumbuk. Masukkan air tambahan jika perlu, garam serta gula secukupnya. Masak sehingga kuah sedikit pekat. Akhir sekali masukkan buah kismis, badam dan ubi kentang kiub tadi. Tutup api bila sudah secukup rasa. Angkat & hidangkan bersama nasi atau roti jala.


Selamat mencuba!

Friday, November 23, 2012

Kek Gula Hangus / Kek Sarang Semut



Assalamualaikum & salam sejahtera...

Ini sebenarnya projek yang dibuat sama hari dengan Apam Dewa tempohari.  Mula2 ku buat Kek Gula Hangus ni dulu.. Dah lama berangan nak buat & dah lama simpan resepi.  Sebabkan Sabtu lepas tu tak kemana2 terfikir nak buat something supaya boleh bawa bekal nak ke KT pada Ahad esoknya tu.  Pastu si anak dara kecik ku yang sangat rajin menolong tu macam biasalah excited nak tolong bancuhkan warna-warna dalam adunan.  Bila aku kata kek ni tak payah letak warna... sebab nanti kek ni akan jadi warna coklat... terus dia komplen.. alaaa... buatlah kek yang ada warna pink... hehehe.. Maka sebab itulah ibu dia kena rajinkan diri godek lagi sebiji kuih yang boleh diwarna2kan.  Kebetulan memang ada niat nak buat Apam Dewa tu.. maka aku pun buat jelah kuih tu.. maka terhasillah 2 loyang kuih dalam satu hari.. satu Kek Gula Hangus & satu lagi Apam Dewa... Alhamdulillah.. dapatlah ma & adik2 merasa kedua2nya masa bawak bekal ke Terengganu tempohari.






Sebenarnya MaDiHaA ada juga satu lagi resepi Kek Gula Hangus dari adik ipar.  Resepinya lebih kurang ni juga cuma cara sikit berbeza. Resepinya pun tak perlu diperap macam kebanyakan resepi yang MaDiHaA jumpa.  Kali ni terjumpa resepi dari Cida yang juga tak perlu diperap berjam2.. maka terus berkenan.  MaDiHaA ni memang jenis yang tak sabar.. kalau buat satu2 kuih tu kalau boleh nak cepat siap je.  Tak suka sangat jenis2 kuih yang kena perap terutama kalau mengejar masa.  Lainlah kalau memang betul2 free... barulah tenang nak buat kuih2 jenis perap.. hehehe...

Ok untuk resepi kali ni.. nak ucapkan terima kasih banyak2 pada Cida de'Nuanza yang telah berkongsi resepi ni.  Memang hasilnya sangat memuaskan hati... banyak lubang2 semut terhasil walaupun bancuhan tak perlu diperap spt kebanyakan resepi. hehehe..  Boleh buat lagi lepas ni kalau ada apa2 acara makan2 sebab kek ni salah satu kek kegemaran en. hubby... Dalam banyak2 kek... rasanya inilah kek yang dia paling suka... tapi 'bini' dia je yang malas nak godek.. hehe.. Mintak izin ye Cida akak share resepi kat sini pulak... TQ very much!


Kek Gula Hangus @ Kek Sarang Semut
Resepi : Cida de'Nuanza
Sumber : MaDiHaA aka Ratna
(MaDiHaA guna loyang 9"x9")

Bahan2 Gula Hangus
(Buat yg ni dulu sblm bancuh adunan)
2 cawan gula pasir (MaDiHaA guna 1 1/2 cawan + 1 sudu besar)
2 cawan air mendidih
3 sudu besar (penuh) mentega

Cara:
Masukkan gula dlm kuali atau periuk.
Bukak api sederhana kecil...
Sentiasa kacau2 gula sampai larut, sampai warna jadi keemasan macam madu..
Kalau jadi kearangan, buang je la...konpem x jadik.
Nanti kek tu akan jadi pahit kalo gula yang hangit.

Pastu, dgn langkah kuda2..masukkan air panas dlm gula td...
AWAS!! sedikit kemalangan akan berlaku kalau x berhati2 sbb gula tu mcm meletup2 skit nanti...
Pastu gula td akan jd cam ketul2 skit bila masuk air... Cairkan semula...
bila dh cair semua, masukkan mentega..biarkan larut...
tutup api dan sejukkan

Bahan lain:
7 biji telur saiz A
2 cawan tepung gandum
1/2 tin susu pekat manis disukai ramai (MaDiHaA guna 1/3 tin susu yg tinggi sikit tu)
2 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanila

Cara:
Pukul telur sampai kembang.
(blend pun boleh..guna mixer pun boleh- aku guna blender je. MaDiHaA guna mixer)
Pastu masukkan susu pekat, kasi blend lagi sampai sebati.
Masukkan pulak esen vanila
 
Ayak tpg gandum + soda + baking powder
Masukkan dlm adunan..teruskan blend
last sekali, masuk la gula hangus yg dh sejuk td... blend lagi!

Bakar selama 1- 1 1/4 jam guna api bawah n suhu cam biasa la..antara 160-180 darjah celcius.
5-10 mnt terakhir, guna api atas dan bawah
Kalo kek lom masak, tambah 5 mnt lg
Biarkan sejuk sblm potong

Nota Cida : utk dapatkan potongan yg cantik dan berlubang, belah kek di tgh, kemudian tgk arah urat kek..potong kek secara melintang garisan tersebut.

Potongan yang tak kemas sebab nak cepat... hehe..

Selamat mencuba!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...