Friday, March 29, 2013

Kare Pan (Japanese Curry Bread)

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Bila anak2 semua ada kat rumah.. bersemangat sikit nak godek2 makanan kat rumah ni.  Yelah.. ramai si tukang makan.. yang tak selera nak makan pun boleh makan dengan banyak bila dah berebut2..  biasalah kan budak2.. bila berebut2 tu yang buat mereka seronok... Tambah pula makanan savoury yang memang menjadi kegemaran mereka...



Kebetulan suami kerja shift malam sepanjang cuti sekolah.. jadi anak2 ku tinggalkan saja di rumah.  Kesian pula nak hantar ke rumah pengasuh.. nanti bertambah sesak pulak rumah mak Ani tu.  Anak2 asuhannya pun dah ada 3 orang belum masuk Alin.  Kalau ditambah dengan Alin, Haziq & kakak Dini.. nanti letih mak Ani nak melayan... hehehe.. Cuma.. hari Rabu lepas je hantar Alin ke sana termasuk tumpangkan Haziq sebab kakak Dini sibuk nak siapkan assigment.

Baru2 ni, sempat buat Kare Pan atau roti berinti kari sebagai kudapan anak-anak.  Kare Pan ni sebenarnya bahasa Jepun yang membawa maksud Japanese Curry Bread.  Menurut En. Wiki, Kare Pan sangat popular di Jepun.  Ye ke? Wallaualammm sebab belum pernah jejak negara matahari terbit tu lagi.. hehehe... Sebenarnya.. Kare Pan versi MaDiHaA ni boleh juga dikatakan sebagai Donut Kari.. Sebab resepi asas yang digunakan hanyalah menggunakan resepi donut & intinya pula menggunakan inti kentang serupa macam kita nak buat karipap.  Jadi kawan2 yang nak mencuba.. boleh je guna mana2 resepi donut kegemaran & juga inti versi masing2 ye..



Sebenarnya dah lama teringin nak buat Kare Pan ni bila Izah berkongsi resepi di blog beliau tak lama dulu.  Tapi tulah.. waktu tu seru belum datang lagi walaupun memang teringin sangat nak merasanya.. Bukan senang nak memulakan satu2 resepi kalau hati tak berapa ikhlas nak membuatnya.  Bila vitamin M terlalu banyak sangat berkumpul.. tu sebab resepi yang betul2 berkenan pun belum tentu lagi akan dicuba.. Tambah pula resepi yang memerlukan ketekunan & perhatian penuh macam ni.  

Oklah membebel tak sudah2.. jomlah kita tengok resepinya.. MaDiHaA menggunakan resepi sendiri jer.. kawan2 boleh je nak guna mana2 resepi donut & resepi inti tu pun boleh je buat ikut versi kesukaan masing2 ye..  Resepi yang MaDiHaA buat ni dapat agak banyak iaitu lebih kurang 26 biji Kare Pan.. Boleh buat setengah dari resepi kalau rasa ianya terlalu banyak..  Sedap makan masa suam2.. bread crumb tu garing & roti lembut.  Memang sesuai sebagai sarapan.. sedap & mengenyangkan.



Kare Pan/ Japanese Curry Bread/ Roti Kari

Bahan2 doh
420 gm tepong gandum
240 ml air suam
1 - 2 sudu besar susu pekat
1 sudu besar gula kastor
1/2 sudu teh garam
3 sudu teh yis segera
3 sudu besar marjerin

Bahan tambahan
Serbuk roti secukupnya
1 biji telur ~ dipukul sedikit
Berus makanan
Minyak untuk menggoreng
Cara menyediakan
1.  Sebelum menguli, siapkan dahulu intinya (seperti resepi di bawah). Susu pekat dibancuh bersama2 dengan air suam hingga larut.
2. Masukkan tepong gandum, gula kastor, garam dalam satu bekas menguli yang sesuai.   Gaulkan.  Masukkan yis segera.  Tuangkan air susu suam sedikit demi sedikit sambil menguli sehingga menjadi doh yang lembut.  
3. Tambahkan marjerin & uli lagi sehingga rata & doh tak melekat di tangan.  Masukkan bekas berisi doh ke dalam plastik beg yang bersih. Ikat plastik & biarkan doh naik sekali ganda.
4. Tumbuk2 doh untuk membuang angin & uli sebentar.  Timbang doh 30 gm setiap satu untuk mendapatkan saiz roti yang sama.  Bulat2kan doh & buat sehingga habis.
5. Ambil sebiji doh & leperkan. Masukkan 1 sudu besar inti atau secukupnya.  Tutup inti kemas2 & bentukkan roti ikut bentuk yang disukai.  Sapu roti yang siap dibentuk dengan telur nipis2 (yang ni ikut cara Kak Nor Secubit Garam) kemudian masukkan dalam bekas yang berisi bread crumb.  Biar seluruh roti bersalut dengan breadcrumb.  Susun di atas talam / tray yang telah ditabur tepong. Buat sehingga habis.  Biar seketika supaya roti naik sedikit. (sementara proses memasukkan inti ke semua doh.. doh yang pertama & seterusnya dah mulai naik)
6.  Panaskan minyak yang banyak.  Goreng roti dengan api sederhana sehingga roti bertukar warna perang. Terbalikkan roti  kemudian bolehlah diangkat & tuskan.  Susun roti di dalam pinggan yang beralas kicthen towel & bolehlah dihidangkan.



Inti Kari Kentang & Ayam

Bahan2
450 gm kentang
1 cawan isi ayam yang didadu
1 biji bawang besar ~ didadu
1 sudu besar cili kisar atau serbuk cili
3 sudu besar serbuk kari daging/ayam
garam secukup rasa
1 sudu besar gula
sedikit minyak
air secukupnya

Cara menyediakan
1. Kentang dikopek & dicuci bersih.  Potong dadu kecil kentang sehingga habis.  Cucur air paip kentang dadu & toskan.
2. Panaskan minyak lalu tumiskan bawang besar dadu.  Serbuk kari & serbuk cili dicampurkan sedikit air dijadikan pes.  Bila bawang besar layu, masukkan pes kari tadi.  Tumis sehingga naik minyak.
3. Masukkan isi ayam dan gaul rata sehingga ayam bertukar warna.
4. Masukkan kentang & air.  Kuantiti air biar lebih anggaran 1 cm dari paras kentang.  Masukkan garam & gula & biar sehingga kentang empuk.  Sekali sekali kacau kentang agar tidak berkerak.
5. Rasa inti biar secukup rasa & bila inti agak kering, bolehlah dimatikan api & biarkan sehingga inti sejuk sebelum digunakan.

Selamat mencuba!

Wednesday, March 27, 2013

Apam Jagung Pandan

Assalamualaikum & salam sejahtera....




Sekejap je dah hari rabu kan.. hanya tinggal beberapa hari je lagi anak-anak cuti sekolah.  Ada yang ambik kesempatan untuk bawa anak2 berjalan-jalan atau makan angin atau kata lain cuti-cuti dalam Malaysia maupun luar negara.  Ada juga yang hantar anak-anak pulang ke kampong.   Bagi MaDiHaA pula, cuti sekolah kali ni kami tidak kemana-mana kerana tiada bajet nak bercuti.  Makanya.. anak-anak hanya di rumah saja.  Hujung minggu ni masing-masing pasti sibuk ada yang nak kena hantar anak masuk asrama semula.  Ada yang nak jemput anak2 di kampong.  Kami pun sama juga.. akan balik ke Raub rumah mertua sambil2 hantar anak ke asrama.  Kaum Cina pula ramai juga yang akan pulang ke kampong masing-masing untuk sambutan Ching Meng festival.  Pendek kata.. perjalanan balik KL hari Ahad nanti pasti jem teruk.. hehe.. 



Oklah dah tak tau apa yang nak dibebelkan.  Jom MaDiHaA kongsikan satu resepi yang MaDiHaA olah ni.  Resepi asal adalah dari resepi Apam Keledek yang pernah MaDiHaA buat waktu zaman berfotopages dulu.  Wah.. lama gila!  Sejak dari tahun 2008 lagi.  Resepi Apam Keledek tu pun dah ramai juga yang pernah mencubanya.   Resepi ini pun pernah di olah oleh Kak Hajah Ummi Zaihadi menjadi Apam Labu.  MaDiHaA sendiri belum pernah cuba lagi.. insyaAllah nanti akan dicuba juga.  Tapi kali ni MaDiHaA cuba dulu mengolah resepi Apam Keledek menjadi resepi Apam Jagung Pandan pula untuk menghabiskan stok isi jagung yang hubby beli waktu tu.  Owh.. kejadian apam ni dah lama sebenarnya ye.. iaitu hari yang sama waktu MaDiHaA buat Bubur Jagung. tempohari  hehehe...  Menggunakan isi jagung segar yang dikisar halus maka terhasillah Apam Jagung Pandan yang gebu & sedap ni.  Kalau kawan-kawan ada jagung yang tak tau nak dibuat apa tu.. bolehlah cuba buat apam ni buat hidangan minum petang mau pun pagi..

Jom kita semak resepinya..



Apam Jagung Pandan
Resepi : MaDiHaA aka Ratna
Adaptasi dari resepi : Apam Keledek

Bahan A
1 sudu besar tepong gandum
2 sudu teh yis segera
1 sudu teh gula kastor
3 sudu besar air suam

Bahan B
200 gm isi jagung fresh
160 ml santan sederhana pekat / susu cair
150 gm gula kastor
1 biji telur A/B
1 sudu teh pes pandan

Bahan C
245 gm tepong gandum (ayak bersama DABP)
1 sudu teh double action baking powder (DABP)

Bahan D
Kelapa parut putih (guna kelapa yang agak muda lebih sedap)
Sedikit garam


Cara menyediakannya
1. Gaul sebati bahan A & perapkan selama 10 minit atau hingga ia naik sekali ganda.
2. Kisar isi jagung dengan santan / susu cair sehingga halus. Tuangkan dalam satu besen yang agak besar. Masukkan gula kastor, telur & pes pandan.  Gaul sebati.
3. Masukkan bahan A yang diperap lalu kacau sebati.  Masukkan pula tepong gandum yang telah diayak bersama DABP & gaul sebati.  Rehatkan selama 1 jam.
4. Setengah jam selepas perap, bolehlah sapukan minyak pada acuan apam sementara menunggu apam naik.  Panaskan air dalam periuk kukusan.
5. Cukup 1 jam diperap.. kacau adunan apam agar sebati. Sudukan dalam acuan apam 3/4 penuh.  Kukus apam selama 15 - 18 minit jika menggunakan acuan apam yang kecil.  Jika menggunakan loyang, kukuskan agak2 selama 40 - 50 minit (anggaran je ye).   Jangan lupa balut penutup kukusan supaya wap tak menitik atas apam.
6. Bolehlah hidang apam jagung pandan dengan kelapa yang digaulkan dengan garam.




Selamat mencuba!

Tuesday, March 26, 2013

Mee Kari Ipoh (si ikan tamban)



Assalamualaikum & salam sejahtera....


Sekarang ni dah masuk cuti sekolah, ibu-ibu di rumah pastinya sibuk & tak menang tangan melayan kerenah anak2 di rumah.  Antara yang pasti menjadi agenda utama mestilah bab masak memasak kan? Seronok bila ramai2 berkumpul.. mood nak memasak macam2 menu buat anak2 terutama anak2 yang balik bercuti dari sekolah asrama memang sentiasa ada.  Kalau boleh tu macam2 nak masakkan untuk mereka.  Apakan tidak... bila mereka di asrama... nak masak yang istimewa sikit.. hati pasti teringat2 je kat anak2 di asrama kan?  Macam tu lah yang selalunya jadi pada MaDiHaA sendiri.  Bila teringin nak masak yang agak istimewa dari hari2 biasa... terpaksa pendamkan dulu sebab teringat kat kakak Dini di asrama.  Ni dia cuti ada kat rumah.. bolehlah masak macam2.  Tapi tulah..  masa MaDiHaA kat rumah pula hanya pada cuti hujung minggu & selepas waktu pejabat saja.. jadi.. hanya weekend jelah dapat masak something special untuk keluarga..  Takpelah kan.. sekurang-kurangnya.. kita dah mencuba yang terbaik buat keluarga..



Ok banyak pulak merepek2 hari ni.  Sebenarnya MaDiHaA nak berkongsi resepi istimewa yang MaDiHaA baru je jumpa di blog Quinnie.  Belum pernah rasanya terjumpa di mana-mana resepi Mee Kari Ipoh ni.  Istimewanya mee kari ini tidak menggunakan isian seperti ayam, udang atau kerang.  Tapi mee kari ni hanyalah dihidangkan bersama2 dengan bebola ikan, kuih ikan (fishcake), tauhupok & tauhu.  Haa.. itu yang MaDiHaA suka tu sebab senang kerja & jimat belanja.. hihi... Boleh juga dicampurkan dengan pelbagai bebola yang lain seperti bebola sotong atau bebola udang. Asal jangan masukkan bola tenis atau bola pingpong sudahlah ye... hehehe...

Dapat seperiuk besar kuahnya.. kepekatan kuah bergantung citarasa masing-masing ye..

Perencah utama yang menjadi bahan yang paling penting untuk kuah Mee Kari Ipoh ni ialah dengan menggunakan ikan bilis tamban.  Ikan bilis tamban ini saiznya lebih besar dari ikan bilis yang biasa.  Menurut Quinnie.. jika tiada ikan bilis tamban boleh juga gunakan bilis ikan termenung (ikan kembung) kecil.  Jika ada yang tak tahu bagaimana rupa ikan bilis tamban.. kat bawah tu sempat MaDiHaA snap gambarnya sebelum direbus untuk dijadikan stok ikan bilis.

 Ikan bilis tamban

Ok jom kawan2 kita tengok apa ramuan yang digunakan untuk memasak Mee Kari Ipoh ni... Pada Quinnie.. akak ucapkan berbanyak terima kasih kerana sudi berkongsi resepi ni di blog.  Dapat juga kawan2 lain mencubanya.  Nak harapkan merasa yang dijual tentulah susah nak jumpa selain dari di Ipoh atau di Perak kan... Jadi.. dengan adanya resepi ni.. bolehlah kami merasa.  Rasanya memang ada kelainannya sikit sebab menggunakan rencah ikan bilis yang diblender & juga stok ikan bilis tamban.


 
MEE KARI IPOH (SI IKAN TAMBAN)
RESEPI: Qasehququinnie
Sumber : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2 Untuk Kuah:

100 gm ikan bilis tamban
1 bawang besar*
6 bawang putih*
segenggam ikan bilis* (blend bahan bertanda*)
1 kulit kayu manis saiz kecil
1 bunga lawang saiz kecil
2 bunga cengkih
2 buah pelaga
3 tangkai daun kari
5 serai diketuk
5-6 sudu besar rempah kari daging
1 sudu besar serbuk cili kering
santan secukupnya (MaDiHaA perah santan dari sebiji kelapa)
air utk merebus ikan tamban sebagai kuahnya
garam dan gula
sedikit minyak utk menumis


 

Bahan Pelengkap 
2 bungkus mee (450 g x 2) ~ dicelur sekejap & tos
Taugeh
Sawi jika suka ~ dicelur
Daun sup dan bawang
Tauhupok dan tauhu goreng (MaDiHaA guna sepeket besar tauhupok (harga kat sini rm3.50/pek) & tambah terus dlm kuah)
Pelbagai jenis fishcake dan fishball (MaDiHaA guna sepeket fishcake & 2 peket fish ball & campur terus dalam kuah)
Bawang goreng
Cili padi dipotong2 utk yg nak makan pedas
Telur rebus
 


Cara2
1. Mula2 buat air rebusan/stok ikan tamban dulu....ambil ikan isi dalam periuk (cuci dulu ye) bersama air secukupnya utk dijadikan kuah...rebus selama  lebih kurang 30 - 45 minit. dah masak...tapiskan ikan tamban ni dan ambil airnya sahaja. (isi ikan tamban tu MaDiHaA tak buang.. tapi simpan & boleh dibuat rencah untuk nasi goreng.. tak baik membazir tau.. hihi..)

2. Kemudian panaskan minyak dalam periuk... isi bahan blend dan tumis hingga naik bau.... masukkan rempah 4 sekawan... daun kari dan serai.... kacau2 rata dan masukkan rempah kari dan serbuk cili yg telah dicampur dgn sedikit air....tumis hingga pecah minyak.

3. Bila dah pecah minyak.. masukkan santan dan stok ikan tamban.... masak hingga didih serta kuah masak.... isi garam dan gula... akhir sekali masukkan tauhupok dan tauhu..... lepas 5 minit boleh tutup api.

4. Hidangkan mee bersama sayur2 ...daun bawang dan sup...cili potong... pelbagai fishcake dan ball yg telah dicelor serta bawang goreng. kalau suka nak letak telor rebus pun boleh.
 
Nota Q: kuah kari ni lebih sedap dimasak awal...macam masak pagi utk makan petang...sebab kuah dia lebih mesra....ikan tamban tu jgn di blend ye...nanti rasa pedo atau pahit kuah karinya nanti. ambil air dia sahaja..kalau kuah terlebih air atau rasa kurang pada kuahnya...kuah yg tengah dimasak tu....ambil separuh dan masak balik dgn ikan tamban kita dah tapis tadi....lepas tu tapis balik dan masukkan kuah dalam periuk...utk naikkan rasa ikan dalam kuah....kalau terkurang rasa la....kena pandai adjust tang ni utk dapat rasa kuah cam kat kedai tu...:)


Selamat mencuba!

Monday, March 25, 2013

Ada lagi yang sudi menempah.. alhamdulillah..

Assalamualaikum... 


 
Alhamdulillah... tempahan kilat namanya ni.. hehe... customer sms kata nak order apam untuk esok..  tp nak ambik malam tu jugak.. alamakkk!! Mujurlah order hanya 50 biji & kebetulan pula minggu lepas hubby kerja malam... bermakna bila MaDiHaA sampai rumah mr. hubby dah siap masak dinner sebab dia nak berbekal ke tempat kerja.  Tambahan pula malam tu anak tak pergi mengaji sebab malam Jumaat.  Makanya dengan yakin MaDiHaA pun ambil jugalah tempahan ini.  Itupun sebab adik manis yang order ni cakap tak kisah pukul berapa siap pun.. dia sanggup tunggu..  hehe...



Terima kasih ye Elina yang sudi order dari akak.  Sanggup datang rumah walaupun tak berapa tau jalan sebab baru 2 bulan duduk di Selangor ni... Alhamdulillah.. jumpa jugak cari rumah akak ye... lain kali senanglah kan dah tau jalannya..

Kari Ikan Kembong Tanpa Santan

Assalamualaikum & selamat pagi...


Menu sempoi je update pagi ni ye.  Sekarang ni suka sangat masak kari ikan tanpa santan ala2 kari mamak ni.  Disamping boleh berjimat tak perlu beli santan atau kelapa parut, boleh juga elakkan diri dari pengambilan santan.  Yang mana kita boleh elak.. kita elak.. bak kata Saiful Apek.. elak.., elak... hehehe...

Oklah malas nak merapu lebih2 pagi ni.. idea pun tak berapa ada nak tulis panjang2.. jom tengok resepi ringkas ni ye.. kari ni sedap ada rasa masam2 sikit.. kalau yang tak suka masam tu.. boleh kurangkan kuantiti asam jawa tu ye...



Kari Ikan Kembong Tanpa Santan
Resepi : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2
2 ekor ikan kembong saiz besar ~ dibersihkan, buang sisiknya juga ya (guna ikan lain pun boleh je)
3 sudu besar rempah kari ikan ~ dibancuh dengan sedikit air
2 cawan air
1 sudu besar asam jawa ~ campur dengan air kat bawah & ambil jusnya
1/2 cawan air (untuk bancuh asam jawa)
minyak masak secukupnya
1 biji terung bulat ~ dibelah 6
bendi secukupnya (MaDiHaA letak banyak sebab suka!)
garam & serbuk perasa secukupnya

Bahan tumis
2 hirisan halia ~ hiris halus
1 ulas bawang putih ~ dimayang
3 ulas bawang merah ~ dimayang
3/4 sudu kecil halba campur
2 pelepah daun kari

Cara menyediakan
1. Panaskan minyak & tumiskan bahan2 hiris, halba campur dengan daun kari hingga naik bau.  Masukkan rempah kari yang dijadikan pes & tumis hingga pecah minyak.
2. Masukkan air & air asam jawa & biarkan mendidih.
3. Masukkan terung bulat, garam & serbuk perasa & biar hingga terung nampak agak lembut.
4. Akhir sekali masukkan ikan & juga bendi. Masak hingga bendi lembut & biar hingga secukup rasa.  Bolehlah dihidangkan.



Selamat mencuba!

Friday, March 22, 2013

Puding Sagu Mutiara



Assalamualaikum & salam sejahtera...



Hari ini merupakan hari terakhir sebelum bermulanya cuti sekolah seminggu mulai esok.  Tak sabar2 nak tunggu kepulangan anakanda sulung kami pulang dari asrama. Kami tidak menjemputnya di asrama di Pahang kerana sekolahnya telah menyediakan bas khas untuk pelajar asrama yang ingin pulang ke rumah masing2 terus dari sekolah terutamanya bagi pelajar2 dari KL & Selangor.  Jadi takdelah susah hati sangat mengenangkan keselamatan anak-anak.  Kami hanya perlu menunggu di stesyen bas ekspress di Kuala Lumpur.  Biasanya bas dari Pahang stesyennya di Pekeliling.  Itu yang MaDiHaA tahu la.. Tak pastilah pula jika di Pudu Raya atau lain2 stesyen bas ada juga bas dari Pahang. Maklumlah dah lama benar tak naik bas sejak dah kahwin ni.. Jika tidak.. dulu2 masa anak dara.. bas lah pengangkutan utama MaDiHaA jika nak balik ke kampong.  Tapi waktu tu.. bas Maraliner yang MaDiHaA naik untuk pulang ke Keratong berhenti di hadapan bangunan Medan Mara.  Macam2 kenangan pahit & manis serta cabaran setiap kali nak balik kampong naik bas.  Terutama jika musim perayaan.. Tapi tu semua dah tinggal kenangan.  Sekarang giliran anak dara sendiri pula belajar2 naik bas.  Harap2 dia pandai menjaga diri & semoga perjalanannya selamat hingga ke pangkuan kami... amin...



Oklah kita teruskan dengan perkongsian resepi pulak ye.  Resepi yang MaDiHaA dah simpan begitu lama untuk dicuba.  Entah kenapa begitu lama hati baru terbuka untuk mencubanya.  Padahal hati ni begitu terpikat sekali bila pertama kali melihatnya.  Mungkin kerana langkah demi langkah nak menyiapkan puding ni bagi MaDiHaA rasa amat susah sekali... jadi resepi ni terbiar begitu lama.  Baru2 ni.. MaDiHaA  kuatkan semangat mencubanya selepas ternampak sagu yang en. suami beli begitu banyak sekali.  Itupun baru perasan lepas buat Bubur Jagung tempohari.  Rasanya lebih dari 1/2 kg... itu belum lagi sagu yang dah siap berwarna merah.  Rajin sungguh en. suami ni beli stok sagu... tapi isterinya ni.. buat2 tak nampak aje.. hehe... Bila terpandang sagu yang dah lama terbiar tu..  MaDiHaA teringatkan resepi yang satu ini.  Terus kuatkan semangat untuk mencuba.  



Tak puas rasanya menelek2 keindahan kejadian puding ni.  Puas rasa hati bila ia ada di depan mata.. hehe.. Terdetik pula dalam hati.. puding ni amat sesuai sekali dibuat sebagai buah tangan ataupun hantaran pertunangan atau perkahwinan.  Jika disajikan waktu majlis2 tertentu pun tentu jadi daya penarik utama kerana warnanya yang cantik!   Jadi.. bolehlah anda pula mencubanya sendiri ya.. Ia tidaklah terlalu susah.  Hanya perlu sabar & ada banyak langkah yang perlu dibuat.  

Untuk resepi ini.. terima kasih diucapkan pada Gert yang sangat kreatif menciptanya.  Resepi ni MaDiHaA ambil dari blog Mat Gebu iaitu resepi yang telah dialih bahasa.  MaDiHaA copy & paste dari blog cik Mat saja supaya lebih mudah difahami.  MaDiHaA buat 1 1/2 dari kuantiti resepi asal kerana MaDiHaA nak buat dalam loyang bersaiz 10". MaDiHa campurkan santan dan juga susu cair dalam adunan jadi rasanya lebih sedap.  Terima kasih juga pada Mat Gebu yang berkongsi di blog ye... Mohon diperpanjangkan di blog akak pula ye Mat.  Pilihan warna puding yang MaDiHaA pilih ini pula adalah inspirasi dari LinaPgTerima kasih ye Lina.  Akak memilih warna yang sama seperti yang Lina buat.. begitu juga dengan susun aturnya.  Cantik sangat di mata akak bila tengok puding yang Lina buat tempohari.  Harap di halalkan ye akak meniru idea Lina..



Puding Sagu Mutiara/ Sago Pearl Pudding

Sumber alih bahasa : Mat Gebu@tiffinbiru
Idea pilihan warna : LinaPg
Sumber : MaDiHaA aka Ratna
 
Bahan-Bahannya :-)
20 g serbuk agar-agar
1 liter air
300 g gula pasir
3 helai daun pandan, disimpul
100 g biji sagu rumbia
250 ml santan (MaDiHaA campurkan santan & juga susu cair dalam adunan)
Pewarna merah, hijau dan kuning (atau ikut kegemaran)

Cara membuatnya :-)

1.     Rendam biji sagu rumbia selama 2 jam, kemudian rebus dalam air mendidih hingga biji sagu jernih. Tuang dalam tapis dan cuci bawah air mengalir untuk membuang kanji dan mengelakkan biji sagu melekat antara satu sama lain.

2.     Bagi2kan biji sagu tadi kepada 6 bahagian yang sama banyak. Tiga bahagian dibiar pada warna asal, dan 3 bahagian lagi diberi warna hijau, merah dan kuning. (MaDiHaA bahagikan kepada 8 bahagian kerana MaDiHaA buat 1 1/2 adunan dari resepi asal untuk loyang saiz 10".. jadi dapatlah buat 8 lapisan) Ketepikan.

3.     Tuang air dalam periuk, masukkan gula, serbuk agar2 dan daun pandan. Kacau rata dan masak hingga mendidih. Tuang santan dan kacau hingga rata. Kecilkan api.

4.     Ceduk 200ml agar2 tadi, masukkan satu bahagian sagu tanpa warna, kacau rata menggunakan garfu dan tuang dalam bekas berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci yang telah dibasahkan dengan sedikit air. Biar keras sedikit dan kelar2 permukaannya dengan pisau.

5.     Cedok 200ml agar2 lagi dan gaulkan bersama sagu bewarna hijau, kacau dengan garfu hingga rasa dan tuang perlahan atas lapisan pertama yang hampir mengeras tadi. Biar keras sedikit sebelum proses seterusnya. (MaDiHaA cakar2 sedikit permukaan lapisan yang dah mengeras sikit tu sebelum menuang lapisan seterusnya)

6.     Tuang secara berselang seli sehingga menjadi lapisan no.1 = putih, no.2 = hijau, no.3 = putih, no.4 =kuning, no.5 = putih dan no.6 = merah. Biar sejuk, kemudian simpan dalam peti sejuk 1 - 2 jam, sebelum dikeluarkan dari acuan.


Jika rasa agak susah & tiada masa nak membuatnya sendiri.. MaDiHaA bersedia menerima tempahan dari anda.  Sila buat tempahan awal ye.  Puding ini amat sesuai sekali dijadikan buah tangan atau hantaran pertunangan atau perkahwinan. 



Selamat mencuba...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...