Terima kasih kepada yang sudi follow....

Friday, May 31, 2013

Tempahan Kek Coklat Moist ~ Lukisan Minnie Mouse

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Pertama kali dapat order minta lukis gambar kartun Minnie Mouse.  Tak pernah2 deko kek main lukis2 gini.. menggigil tangan ahkak dik non.. hehehe...  Sebenarnya MaDiHaA memang takut sangat nak deko yang kena lukis2 gini... nak lukis free hand memang tak pandai... jadi MaDiHaA guna teknik lukis dulu atas plastik transparent kemudian paste atas kek... lepas tu barulah touch up sikit apa2 yang patut.  Alah nak cakap banyak atau nak mengajar memang tak pandai.. jadi kalau nak belajar teknik melukis ni.. kenalah berguru pada yang pandai ye.  MaDiHaA memang takde pegi mana2 kelas kecuali dah lama dulu sekali je masuk kelas buat kek dengan Chef Anuar Deraman.. itupun hanya belajar bakar kek & deko yang basic2 je..  Dapat masuk kelas Chef tu pun sebab dapat sponsor dari Pertiwi & MBPJ.. kalau tak.. tak mampu ahkak dik non..  Takper.. sekarang ni ramai dah sifu2 mendeko kek yang adakan kelas mendeko.. jika ada modal lebih bolehla belajar kan.. tak rugi menuntut ilmu ni... MaDiHaA teringin juga nak pegi kelas.. tp belum ada rezeki.. 

Oh ya.. tak lupa terima kasih banyak2 atas tunjuk ajar dari Kak Mar atau lebih mesra MaDiHaA panggil Kak Meen (Jasmeen Home Delight) sejak dari berFotopages dulu lagi... dah sebati dengan panggilan Meen.. hehe.. terima kasih atas tunjuk ajar mu.. walaupun dah jadi tauke besar tapi tak pernah lokek berkongsi ilmu setiap kali soalan diajukan..  Tapi.. errrrr.. aritu kita cakap dengan kak Meen nak lukis dengan piping jelly.. tup2 lukis dengan buttercream je.. hehehe... kes belum confident lagi nak guna piping jelly... ahakkss!



Oklah panjang pulak membebel. Sebenarnya hari ni nak share gambar tempahan kek ni je pun.. Tempahan dari Milah yang sama2 hantar anak kat rumah pengasuh yang sama.. Mula2 katanya nak order sebiji... pastu esoknya.. tiba2 nak tambah sebiji lagi dengan deko simple2 je katanya.. Yang sebiji tu nak suruh lukis gambar Minnie Mouse... so.. itu jelah yang termampu dibuat... Moga berpuas hati ye...



Selamat berhujung minggu..!

Wednesday, May 29, 2013

Kek Buah Kukus



Assalamualaikum & salam sejahtera....


Kebelakangan ni sana sini ada tayangan Kek Buah Kukus di blog kawan-kawan.  Bila dah kerap sangat nampak kawan-kawan buat tayangan.. hati MaDiHaA tak keruan dibuatnya... hehe.. Sebenarnya dah banyak juga MaDiHaA simpan resepi kek buah sejak beberapa tahun yang lalu.  Cuma seru untuk membuat belum begitu kuat.  Bukan sebab takut tak jadi.. tapi takut takde sambutan dari anak2 & suami.  Tambahan pula kek buah memang terkenal dengan rasanya yang agak manis.. jadi kalau takde sapa yang makan kat rumah... MaDiHaA juga yang jadi mangsanya.  Kek buah bukanlah menjadi kegemaran no. 1 MaDiHaA.. tapi jika dihidang didepan mata.. habis jugalah 2, 3 potong.. hehe..  Yang buat risau jika hari2 terhidang depan mata.. nanti jadi berpotong-potong pulak masuk mulut.. hahaha.. Alhamdulillah nampaknya suami & anak2 dara MaDiHaA sudi juga menjamah kek buah ni.  Cuma... macam biasalah si Haziq memang tak layan kalau buat kek atau kuih2 manis ni...



MaDiHaA kerap dengar orang merungut bila buat kek buah.. buahnya akan turun ke bawah.  Tapi nampaknya review dari kawan-kawan pasal resepi ini sangat baik.  Semua kawan2 yang mencuba mendapat hasil yang sangat memuaskan. Buah2nya elok je berselerak dalam kek & tak mendap ke bawah.  Memang puas hati dengan resepi ni.. Nak buatnya pun tak susah mana.  Cuma perlukan masa yang agak lama untuk mengukus.  Oleh kerana kek ini hanya untuk makan2 & bukan untuk disimpan lama.. MaDiHaA hanya kukus selama 3 jam sahaja.  Alhamdulillah elok masak & bila dipotong keesokkannya.. kek cantik lembab & lembut walaupun kek nampak padat.  Rasa pun sedap.  Sesuai sekali dibuat untuk hidangan hari raya nanti..  



MaDiHaA kongsikan juga resepinya kat sini ye.  Resepi ini MaDiHaA ambil dari blog Hana.  Resepi asalnya adalah dari Chef Zubaidah Chepa. Terima kasih kepada semua yang terlibat ye.  Kek yang MaDiHaA buat ni MaDiHaA dah kurangkan sukatan gulanya kepada 290gm sahaja... tapi bagi tekak MaDiHaA ianya masih juga tersangat manis.. maklumlah..  buah2an kering tu sendiri pun menyumbang juga akan rasa manisnya kan.. so.. terpulang pada selera masing2 ye... bagi yang suka manis dan tiada masalah dengan pengambilan gula.. boleh je guna sukatan resepi yang asal.  Jika nak buat untuk raya elok gunakan sukatan gula yang asal sebab bila kek manis.. ia boleh memanjangkan sedikit hayat kek kita.. wallahualam..


KEK BUAH KUKUS
Resepi : Chef Zubaidah Chepa
Sumber : Hanamemories

sumber rujukan : kak.sheila.spices journey



Bahan-bahan
250g butter @ seketul butter ( disarankan high quality butter)
350g gula pasir ~ MaDiHaA guna 290 gm
60ml air panas
500g buah-buahan campuran - MaDiHaA guna 250gm buah campuran + 200gm sultana + 10 biji ceri merah
3 biji telur gred A
350g tepung gandum*
1 sudu kecil cream of tartar*
2 sudu kecil soda bicarbonat* ~ MaDiHaA guna 1 3/4 sudu kecil
1 sudu kecil serbuk buah pala/nutmeg*
1 sudu besar susu pekat
1 sudu besar sunquik
1 sudu kecil esen vanilla


Cara Menyediakan

1. Masak gula hingga keperangan dan masukkan air panas perlahan-lahan. Sebatikan. Masukkan butter sehingga cair kemudian masukkan buah-buahan campuran dan juga susu pekat dan sunquik. Kacau kemudian sejukkan.

2. Ayak bahan-bahan yang bertanda*.  Masukkan ke dalam adunan mix fruits tadi sedikit demi sedikit menggunakan senduk kayu sehingga sebati. Bolehlah panaskan periuk kukusan dengan air yang mencukupi.

3. Dalam mangkuk lain, pukul telur dan esen sehingga kembang dan masukkan perlahan ke dalam adunan kek dan gaul sebati menggunakan senduk kayu juga.

4. Alas loyang 7x7 dengan kertas baking. Sapukan butter keliling dan tuangkan adunan kek ke dalamnya. Tutup loyang dengan aluminium foil.

5. Kukus selama 4 jam untuk mendapat kelembapan yang diinginkan. (boleh dikukus 2 jam shj) ~ MaDiHaA kukus 3 jam. Nota MaDiHaA : Jika perlu menambah air dalam periuk kukusan... sila gunakan air panas untuk mengelakkan proses memasak kek terbantut.

6. Sejukkan sebelum dipotong. (Pastikan kek benar2 sejuk seeloknyer semalaman supaya kek dan buah tidak berderai dan padat ketika dipotong).  Setelah masak.. MaDiHaA terus keluarkan kek dari periuk kukusan & biarkan kek berada dalam loyangnya dan sejukkan di bawah tudung saji.  Petang keesokkannya barulah dipotong.


Tuesday, May 28, 2013

Lempeng Pekak

Assalamualaikum & salam sejahtera....


Rasanya di mana2 negeri dalam Malaysia ni memang popular dengan sajian lempeng.  Cuma mungkin ada sedikit perbezaan pada namanya saja.  Ada yang panggil Peknya, Lempeng & ada pula yang memanggilnya dengan tambahan perkataan 'pekak' di belakang nama lempeng tu.  Lempeng orang bandar pula dipanggil Penkek hehe.. Bila Mat Gebu selalu gunakan perkataan Lempeng Pekak bila beliau masukkan entry kat blog beliau.. rasa macam teringin pulak nak guna nama yang sama... hehe...  

 Restoren Lempeng di Kuala Terengganu antara restoren yang kerap kami singgah jika ke sana... (Makcik tu ma kita tau... hehe)

Kesinambungan dari lauk Asam Pedas Pekat Ikan Parang semalam... ada pula lebihan kuahnya yang pekat2 tu.... nak dibuang terasa sayang.. maka termenjadilah Lempeng Pekak ni pula.  Tak sangka en. hubby boleh habis 3 keping!  MaDiHaA makan sekeping je tau... walaupun tak berapa kenyang terpaksa buat-buat kenyang sebab lempeng dah habis.. hehehe...



Sebenarnya MaDiHaA malas nak sukat bahan2 masa buat lempeng tempohari... main belasah je.. jadi untuk entry ni akak minta izin dengan Mat Gebu guna resepi Mat ye.  Akak buat tak letak baking powder.. Resepi Mat guna baking powder.. tentu lembutnya lain macam sikit.. T.kasih Mat..

Lempeng Pekak
Resepi : Mat Gebu
 
BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan tepung gandum
3 cawan air (kurang lebih)
3/4 camca teh baking powder
1 biji telur, kacau sedikit
Garam secukup rasa
Pencicah kegemaran anda (sambal tumis, kuah kari atau apa saja yang sesuai)



CARA MEMBUATNYA :-)


  1. Dalam satu bekas, masukkan tepung, baking powder dan telur, tuang sedikit air dan kacau rata, tuang air sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga menjadi adunan yang tidak terlalu pekat atau cair. Tambah garam secukup rasa, kacau rata dan rehatkan sekejap (anda juga boleh kisar dalam blender).
  2. Panaskan non-stick pan, lenser dengan sedikit minyak. Tuang adunan tadi (banyak mana bergantung pada saiz pan yang anda guna). Masak hingga permukaan lempeng pucat. Renjis2kan sedikit minyak makan dan terbalikkan. Masak hingga kuning keemasan, angkat dan buat kaedah sama untuk baki adunan.
  3. Hidangkan bersama pencicih kegemaran anda. Sesuai untuk sarapan pagi atau pun minum petang.  Selamat mencuba!!.


Monday, May 27, 2013

Asam Pedas Pekat Ikan Parang

Assalamualaikum...


Selamat kita bertemu kembali... Cuti sekolah telah bermula... suri-suri rumah semakin sibuk lah nampaknya ye.  Pasti setiap hari rumah riuh dengan anak2.  Anak sulung MaDiHaA pun dah ada kat rumah sekarang. Hilanglah rindu adik2 pada kakaknya tu.. Tapi bila semua dah ada kat rumah ni.. eloklah sekejap main sama2.. karang sekejap lagi dengarlah suara masing2 terpekik bergaduh pula.. hmm.. macam tulah ragam anak2 ni.. bila jauh merindu.. dah dekat ni nak bergusti pulak... kejap kang berebut laptop, kang berebut psp pulak.. dah jemu games psp berebut games dalam handphone pulak.. tengok tv pun kadang nak berebut siaran.. hai nasiblah ada anak teruna sorang je... kalau ketiga2 anak teruna tak taulah mcamana pulak kerenahnya... mau pening kepala dibuatnya.. hihihi....


Oklah hari ni kongsi resepi ringkas yang menjadi kegemaran MaDiHaA & suami.  Lama betul tak masak ikan parang. Maklumlah anak2 tak pandai makan ikan jenis bertulang macam ni.. masak ni.. hanya MaDiHaA & suami je yang makan... anak2 terpaksalah masak lauk lain untuk mereka... Asam pedas ni MaDiHaA masak versi pekat.  Sedap!


 
Asam Pedas Pekat Ikan Parang
Resepi : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2
1/2 ekor ikan parang saiz besar ~ dikerat2 tp jangan pendek sgt sbb ia byk tulang!
minyak masak utk menumis
1 sudu besar asam jawa ~ + 1/2 cwn air & dijadikan pes
2 cawan air 

3 batang serai ~ diketuk
sedikit daun kesum
2 biji terung bulat ~ belah 4 (MaDiHaA guna terung bujur)
6 biji bendi (non stock pulak!)
garam, perasa & gula secukup rasa


Bahan2 dikisar halus
1 biji bawang besar saiz sedang

2 ulas bwg merah
3 ulas bwg putih
2 biji cili merah
20 biji cili padi
10 biji cili kering ~ rendam & tos
½ inci belacan
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
1 inci lengkuas

Cara2 menyediakan
1. Panaskan minyak kemudian tumiskan serai & bahan2 kisar hingga wangi dan terbit minyak.
2. Masukkan air asam jawa, air dan biarkan mendidih.
3. Masukkan ikan & bahan2 perasa secukupnya.
4. Masukkan daun kesum, terung/bendi.
5. Rasakan kuahnya.. jika dah okey.. bolehlah dihidangkan.




Selamat mencuba!

Wednesday, May 22, 2013

Kacang Kuda Pedas

Assalamualaikum & salam sejahtera....


Quick update je hari ni ye... MaDiHaA tak sempat nak transfer gambar2 dari handphone sehari dua ni sibuk siapkan tempahan.  Jadi hari ni update gambar lama saja ye.  Kira aci jelah ye.. lagipun.. gambar ni rasanya memang belum pernah update ke blog lagi...

Untuk resepi kali ni MaDiHaA mohon maaf sebab betul2 terlupa siapa empunya resepi asalnya.  Tapi dulu2 resepi ni sangat popular dan menular dari satu dapur ke dapur yang lain gara2 terliur tengok kawan-kawan tayang di fotopages masing2.   Kepada empunya resepi sila beritahu ye jika kebetulan anda masuk ke blog MaDiHaA.. tak lupa.. terima masih diucapkan & MaDiHaA mohon izin masuk resepi ke sini ye... Tiada sukatan tertentu bagi resepi ini. Main agak2 & sesedap rasa je ya...

Kacang Kuda Pedas ni sedap dimakan begitu saja atau boleh juga dijadikan side dishes..  memang ralit mengunyahnya...


 
Kacang Kuda Pedas
Sumber : MaDiHaA's Fotopages

Bahan2
Kacang kuda ~ dicuci & rendam semalaman
minyak masak
biji sawi
daun kari
garam, perasa & gula secukupnya

Bahan Sambal dikisar halus
Cili kering
Bawang Besar
Bawang Putih

Cara
1. Rebus kacang kuda hingga empuk. Toskan.
2. Tumis bahan2 kisar, daun kari & biji sawi hingga wangi.
3. Masukkan segala perasa.. biar secukup rasa.
4. Masukkan kacang kuda rebus. Kacau rata. SIAP!


Selamat mencuba!

Tuesday, May 21, 2013

Lala Masak Rasa Tomyam

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Selamat bersua kembali.   Apa khabar semua? Ada yang rindu dengan MaDiHaA? Ehh tersilap.. sebenarnya nak tanya ada yang rindu dengan masakan MaDiHaA tak? hehe... perasan pulak... hmm.. nampak ceria je kan MaDiHaA hari ni... Minggu lepas macam takde mood je setiap kali update blog. 3 Hari tak update blog... sekarang En. MahMOOD sudah mari ka? haha... Takdelah.. biasa2 aje.. 

Sebenarnya semalam MaDiHaA ambil cuti sehari untuk selesaikan beberapa perkara.  Tapikan.. kereta ku itu macam tau2 aje tuan dia bercuti semalam.. awal pagi start enjin kereta untuk hantar anak pegi sekolah tup-tup tak mau hidup pulak.  Waaa... ini kereta banyak pandai!  Macam tau je tuan dia taknak pegi kerja.  Tapi cemas juga sebab macamana nak hantar anak ke sekolah?  Cepat2 call en. hubby kat tempat kerjanya suruh balik segera tolong hantar anak ke sekolah.  Sepatutnya en. hubby habis kerja shift malam sampai pukul 8 pagi. Jadi semalam dia kena balik awal sejam.  Hubby yang bermotosikal dari Shah Alam sampai rumah 7.30 pagi bergegas hantar Haziq ke sekolah dulu.  Kesian Haziq sampai lewat ke sekolah.. sampai sekolah semua murid masih berada diperkarangan sekolah untuk perhimpunan pagi Isnin.  Mujurlah belum masuk kelas lagi. Hantar dengan motor jalan tak 'sangkut' sangat.. kalau dengan kereta keluar 7 pagi pun gerenti lewat..



Dan semalam semua urusan yang nak diselesaikan terpaksalah tertunda masanya gara2 kena tukar bateri kereta baru. Owhh.. dah setahun lebih rupanya patutlah bateri kong! Hehe..   Lewat juga dapat keluar untuk uruskan hal yang berkaitan.  Tapi alhamdulillah.. perkara yang paling penting dapat diselesaikan.  Syukur..

Oklah.. panjang pula mengomel.. jom MaDiHaA share resepi ringkas ni.. Lala antara lauk kegemaran MaDiHaA juga.. tapi jarang2 beli sebab anak2 belum pandai makan.  Haziq nampak macam dah pandai juga nak makan.. tapi MaDiHaA pesan jangan makan banyak2 takut juga dia allergik sama seperti dia makan udang.. jadi dia cuma makan sikit je & mujurlah takde kena gatal2 & bengkak2.

Tak tau nak letak nama apa... belasah jelah ye..


 
LALA MASAK RASA TOMYAM
Resepi : MaDiHaA aka Ratna

Bahan-bahan
1.2 kg lala ~ direndam dalam air sebentar & bersihkan. Ulangi 2 ~ 3 kali & tos
3 batang serai ~ diketuk
5 ulas bawang merah ~ dihiris
5 ulas bawang putih ~ dihiris
3 - 4 biji cili padi ~ diketuk
1 sudu besar penuh pes tomyam
2 sudu besar sos tiram
1/2 cawan air
minyak untuk menumis
secubit gula
garam jika perlu
2 helai daun limau purut ~ koyak2 (MaDiHaA tak letak suami tak suka)

Cara Menyediakan
1. Panaskan minyak & tumiskan bawang merah, bawang putih, serai & cili padi sehingga wangi.  Masukkan tomyam paste & sos tiram & kacau rata.
2. Masukkan lala, air, daun limau purut & secubit gula.. biar mendidih sambil dikacau & tunggu sehingga kulit lala berubah warna & terbuka. Jika perlu boleh tambahkan sedikit garam. Kacau2 sebentar lagi & bolehlah dihidangkan.


Selamat mencuba!

Friday, May 17, 2013

Gulai Lemak Cili Padi Nangka Muda dengan Sardin

Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua...


Walau pun masih ketiadaan mood untuk bereksperimen di dapur... akan tetapi kewajipan untuk memasak buat hidangan keluarga masih berjalan seperti biasa.  Dah namanya seorang ibu & seorang isteri.. menyediakan keperluan anak2 & suami itu satu tanggungjawap biarpun setinggi mana darjat anda di tempat kerja.  Kesibukan bukan alasan untuk tidak menunaikan tanggungjawap tersebut.  

Jom tengok resepi hari ni... resepi kegemaran en. hubby & masakan ini speciality dari keluarga sebelah hubby.. tapi resepi kali ini MaDiHaA ada ubah suai sikit ikut bahan yang ada di rumah ketika itu..



GULAI LEMAK CILI PADI NANGKA MUDA DENGAN SARDIN
Resepi : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2
600 gm isi nangka muda ~ dipotong kiub besar
1 tin sardin
3 cawan santan sederhana pekat
2 batang serai ~ diketuk
1 helai daun kunyit ~ dikoyak2
Garam secukup rasa
serbuk perasa jika suka
secubit gula

Bahan dikisar halus
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci kunyit hidup
10 biji cili padi
1 biji cili merah

Cara menyediakan
1. Nangka muda dicelur setengah masak kemudian ditos.
2. Jerang santan dengan bahan kisar, nangka & serai.  Sentiasa dikacau supaya tak membuak. Tambah garam, serbuk perasa & gula secukupnya. Bila nangka agak empuk masukkan sardin serta sosnya & juga daun kunyit.  Biar mendidih. & secukup rasa.
3. Siap untuk dihidangkan dengan nasi putih serta hidangan sampingan yang lain.



Selamat mencuba!

Thursday, May 16, 2013

Apam Pisang Gula Hangus memang terbaikk...



Assalamualaikum & salam sejahtera....


Dalam sehari dua ni tak tau kenapa MaDiHaA rasa macam takde mood je.   Nak bereksperimen di dapur pun tak berapa nak rajin.  Rasa macam down aje.  Rasa bosan, sunyi & macam2 lagi.  Padahal tiada apa2 perkara yang tidak baik yang berlaku pada MaDiHaA atau sekeliling MaDiHaA baik di rumah ataupun di tempat kerja.   Semuanya okay.  Mungkin bosan dengan rutin yang sama setiap hari.  Agaknya MaDiHaA perlukan rehat kot.  Berehat sambil bercuti ke mana-mana destinasi yang dapat menenangkan fikiran.  Memang dah lama kami tak ke mana-mana selain dari balik kampong.  Harap-harap cuti sekolah ni dapatlah luangkan masa bersantai2 dengan family.  Tak dapat pegi jauh.. dapat pegi yang dekat2 pun okay juga...



Okla hari ni MaDiHaA kongsi resepi apam pisang yang sangat sedap ditekak MaDiHaA.  Teksturnya sangat lembut & rasanya pun sedap apalagi digandingkan dengan gula hangus pastilah rasanya tak sama dengan rasa apam pisang yang biasa.  Nak tau akan rasanya.. bolehlah kawan2 mencubanya sendiri ye.  MaDiHaA macam biasa buat ikut selera sendiri dengan mengurangkan sedikit kuantiti gula yang digunakan.  Kalau kawan-kawan suka kuih yang manis boleh ikut resepi yang asal ye..  MaDiHaA kurangkan kuantiti gula sebab pisang yang MaDiHaA gunakan dah cukup masak.

Terima kasih pada Alongroz yang sangat pandai mengolah & mencipta resepi & berkongsi dengan kita semua di blog beliau.    MaDiHaA mohon izin kongsi resepi ni di blog MaDiHaA pula ye...



APAM PISANG GULA HANGUS
Resepi : Alongroz
Saiz: 8" bulat (MaDiHaA guna acuan persegi 7" x 7")

BAHAN2: 

½ cwn Gula pasir 
1 cwn Susu Cair Evaporated
3 sb Butter
3 bj Telur (MaDiHaA guna A)
1 cwn Gula Kastor (MaDiHaA guna 2/3 cawan saja)
1½ cwn Pisang Lecek
2 cwn Tepung Gandum*
1 st Baking Powder*
1 st Bic Soda*
1/4 st Garam* (* ayakkan sekali) 

CARA2:
1. Cairkan gula dgn api kecil menjadi gula hangus & masukkan susu sehingga menggelegak.  Tutup api & campurkan mentega.  Sejukkan.
2. Pukul telur & gula kastor sehingga kembang.  Masukkan pisang & gaul rata.  Masukkan tepung* & gaul sebati.
3. Tuangkan ke dlm tin yg di minyakkan.  Kukus selama 1 jam atau sehingga masak.



Selamat mencuba!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...