Thursday, September 5, 2013

Apam Jagung Pandan

Assalamualaikum dan salam sejahtera...



Aduh.. pagi ni awal2 pagi dah hujan yer...  basah kuyup MaDiHaA walaupun berkereta sebab walaupun berkereta.. terpaksa keluar masuk kereta juga sebab terpaksa payungkan anak hingga ke  koridor sekolah & lepas tu hantar anak bongsu ke rumah pengasuh pula.  Hujan lebat sangat2 berserta angin.. memang lencun kain MaDiHaA.  Masuk ofis pun pakai selipar je.. sementara tunggu kaki kering sikit.. hehe..

Semua ibu bapa yang menghantar anak terpaksa hantar anak hingga ke koridor sekolah sebab kalau tak hantar.. memang basahlah anak2 sebab jalan nak masuk ke pintu pagar sekolah dari laluan tempat ibu bapa berhentikan kenderaan agak jauh.  Kesian murid2 yang naik bas.. terpaksa berlari dalam hujan.  Tapi pagi tadi MaDiHaA tengok ramai pula ibu bapa yang masuk terus kenderaan mereka hingga dalam pagar sekolah.  Rupa2nya barulah MaDiHaA tau jika hujan lebat, ibu bapa dibenarkan hantar anak masuk ke pagar sekolah dengan kenderaan & terus keluar melalui pintu pagar belakang.  Waktu MaDiHaA mula2 sampai tu.. hujan tak begitu lebat.. jadi MaDiHaA tak nampak pun ada kereta yang masuk.. bila pertengahan perjalanan barulah nampak kereta berpusu2 masuk pagar sekolah sebab waktu tu hujan semakin lebat.  Bila pakcik guard bagitahu boleh masuk sekolah dengan kereta barulah MaDiHaA tahu... yelah.. kan anak MaDiHaA baru tahun pertama bersekolah kat sini.. Sebelum ni kakaknya bersekolah di sekolah lain.. jadi memang MaDiHaA tak tau pintu pagar belakang sekolah akan dibuka bila hujan lebat.. hehehe.. lain kali senanglah.. 



Oklah panjang plak cerita pasal hujan pagi2 ni kan.  Malam tadi MaDiHaA tidor lewat hampir 1.30 pagi menyiapkan tempahan apam polkadot.  Alhamdulillah dah selamat bagi pada customer dalam hujan lebat tadi.  Meet point kami jumpa kat kawasan parking masjid berhampiran rumah pengasuh anak bongsu MaDiHaA sebab customer ni pun tinggal kat situ juga. hehe.. Bercerita pasal apam.. hari ni nak kongsi resepi Apam Jagung Pandan lagi.  Takpelah ekk walaupun dah pernah kongsi dulu... kita share lagi sekali.. hehe..

Apam Jagung Pandan
Resepi : MaDiHaA aka Ratna
Adaptasi dari resepi : Apam Keledek

Bahan A
1 sudu besar tepong gandum
2 sudu teh yis segera
1 sudu teh gula kastor
3 sudu besar air suam

Bahan B
200 gm isi jagung fresh
160 ml santan sederhana pekat / susu cair
150 gm gula kastor 
1 biji telur A/B
1 sudu teh pes pandan

Bahan C
245 gm tepong gandum (ayak bersama DABP)
1 sudu teh double action baking powder (DABP)

Bahan D
Kelapa parut putih (guna kelapa yang agak muda lebih sedap)
Sedikit garam


Cara menyediakannya
1. Gaul sebati bahan A & perapkan selama 10 minit atau hingga ia naik sekali ganda.
2. Kisar isi jagung dengan santan / susu cair sehingga halus. Tuangkan dalam satu besen yang agak besar. Masukkan gula kastor, telur & pes pandan.  Gaul sebati.
3. Masukkan bahan A yang diperap lalu kacau sebati.  Masukkan pula tepong gandum yang telah diayak bersama DABP & gaul sebati.  Rehatkan selama 1 jam.
4. Setengah jam selepas perap, bolehlah sapukan minyak pada acuan apam sementara menunggu apam naik.  Panaskan air dalam periuk kukusan.
5. Cukup 1 jam diperap.. kacau adunan apam agar sebati. Sudukan dalam acuan apam 3/4 penuh.  Kukus apam selama 15 - 18 minit jika menggunakan acuan apam yang kecil.  Jika menggunakan loyang, kukuskan agak2 selama 40 - 50 minit (anggaran je ye).   Jangan lupa balut penutup kukusan supaya wap tak menitik atas apam.
6. Bolehlah hidang apam jagung pandan dengan kelapa yang digaulkan dengan garam.
Selamat mencuba!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...