Friday, October 31, 2014

Pulut Kuning 'Stack' Berhias *Tempahan*

Assalamualaikum & salam Jumaat....


Minggu ni agak sibuk & takde mood nak update blog.  Minta maaf ye pada pelawat yang datang ke sini sebab tiada entry baru.  Sampai ada yang tertanya2 kat FB.. huhu.. maaf sangat2.  Tuan tanah kesibukan...

Hari ni pun just nak update tempahan pulut kuning baru2 ni je... takde resepi.. huhu...

Pulut Kuning Stack (1.5 kg beras pulut) untuk hantaran bertunang katanya.. Syukur customer berpuas hati... Bahagian dasar pulut saiz 8" dan bahagian atas 4.5".

Tempahan kali ni dari Kak Zaidah.  Kak Zaidah dapat nombor MaDiHaA dari Nurin's Catering yang pernah MaDiHaA buatkan pulut kuning untuk mereka dulu.. Fadzilah tauke catering tu sahabat MaDiHaA masa sekolah dulu.. sekampong, satu sekolah. suaminya ada bau2 bacang dengan Kak Zaidah.  TQ Ilah rekemen MaDiHaA kat saudara mu... hehe... TQ juga pada Kak Zaidah sebab sudi order dengan saya. Khabarnya untuk dihadiahkan pada anak buah kalau tak silap.  Terlebih maupun terkurang mohon di halalkan ye kak.

 Cuba2 mengukir bunga daripada carrot... mcm gitu je jadinya.. hehe..


Hiasan pulut kuning kali ni ialah serunding daging, tomato, tomato ceri, timun jepun, carrot, cili padi, telur puyuh & telur ayam dijadikan 2 ekor burung.

Jika ada yang berminat nak menempah boleh hubungi MaDiHaA di talian 019-3171150. Terima kasih.

Tuesday, October 28, 2014

Gulai Lemak Cili Padi Belulang/ Kulit Lembu

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Tak puas makan gulai asamrom belulang hari tu... suruh en. suami beli lagi.  hehe... Tapi kali ni dimasak lemak cili padi pulak.  Buat pedas2 sikit... berasappp... ada beli extra & frozenkan untuk bawak balik ke kampong sebab cerita kat ma kat kampong... tiba2 ma pulak teringin.  Nasib baik ada orang jual lagi.. ingatkan musim raya je mereka jual.  Owh ya.. baru teringat sebutan kulit lembu atau belulang jika di Indonesia mereka panggil kikil.



Tapikan.. serius cakap... belulang proses cara kampong jauh lagi sedap berbanding belulang yg siap proses ni.  Yang biasa MaDiHaA  pernah makan.. kulit lembu dia tak begitu tebal & kenyalnya lebih pada rangup.  Tapi yang beli punya ni kenyalnya lembut sangat macam banyak lemak gitu.. hehehe.. Tapi apa2pun.. untuk lepaskan rasa mengidam tu memang boleh sangat.  Alhamdulillah..

Resepi biasa2 je macam masak lemak cili padi ayam atau daging.  Cuma gantikan aje bahan asas pada kulit lembu.



Gulai Lemak Cili Padi Belulang/Kulit Lembu
Resepi : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2
600 gm belulang ~ potong memanjang
 
garam & perasa secukupnya
2 1/2 cawan air
1 cawan santan pekat  
2 batang serai ~ diketuk  
1 keping asam gelugur 
 Garam & sedikit gula serbuk perasa jika suka
 
Bahan tumbuk  
3 inci kunyit hidup  
20 ~ 25 biji cili padi (ikut kepedasan sendiri)

Cara menyediakan  
1. Rebus belulang yang siap diproses sehingga lembut.  Buangkan airnya & tos.

2. Campurkan bahan tumbuk, air, serai & belulang & renihkan di atas dapur.  Biar mendidih kemudian masukkan santan, asam keping, garam & sedikit gula.  Sentiasa dikacau supaya santan tidak membuak.  Bila dah secukup rasa bolehlah matikan api & hidangkan.
Selamat memasak!

Friday, October 17, 2014

Pulut Kuning Berhias 3 Tingkat "Tempahan"

Assalamualaikum & salam Jumaat buat semua...


Entry ringkas je hari ni ye.  Kongsi gambar tempahan pulut kuning 3 tingkat yang MaDiHaA buat baru2 ni.  Diharapkan customer yang menempah berpuas hati dengan hasil yang dipersembahkan.  Mohon dihalalkan segala kekurangan yang ada.  


Macam biasa MaDiHaA tak dapat nak kongsi pulut kuning yang siap dipasang bertingkat2 sebab tak mau rosakkan permukaan pulut tu.  MaDiHaA cuma tandakan saja tempat yang patut dicucukkan dengan pillar tu.  Nanti customer akan pasang sendiri pillar bila sampai kat tempat majlis berlangsung.  Jika ada customer yang sudi kongsi gambar pulut kuning yang mereka dah siap pasang bolehlah MaDiHaA kongsikan kat sini... Kalau takde tu... maka memang tak dapatla nak kongsi mcmana rupa pulut yang siap disusun bertingkat2.  Sebenarnya.. MaDiHaA sendiri pun teringin nak tengok macamana rupa pulut siap disusun bertingkat2 tu.... hehehe...


Tempahan kali ini dari Siti Hajar yang meminta buat pulut kuning 3 tingkat dengan design pilihan sendiri.  MaDiHaA cuba buat mengikut apa yang diminta oleh customer maka... begitulah hasilnya.

Terim kasih Siti Hajar & ibunya yang sudi menempah pulut kuning dari MaDiHaA. 
Tingkat bawah sekali saiz 12", tengah 10" & atas sekali 8" menggunakan 4kg beras pulut.

Tak puas pulak snap gambar yang tingkat bawah sekali... kongsi 1 keping lagi ye...hehe...

Jika ada yang berminat ingin menempah sila call atau sms MaDiHaA di 019-3171150Terima kasih.

Thursday, October 16, 2014

Kari Kepala Ikan Tenggiri Campur Lobak Putih

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Hari ni rasa penat sangat!  Penat badan & penat otak.  Semalam hujan lebat & banjir sana sini.  Jalan nak ke rumah pengasuh anak pun naik air agak tinggi juga.  Tapi mujur masih boleh dilalui sebab tempat yang tenggelam tu tak luas... so masing2 tawakkal jelah. Ada nampak motorsikal dah masuk air dalam ekzos, kereta yang parking kat tepi jalan yang naik air tu pun masa lunch tadi MaDiHaA nampak ada tow truck dah tarik kereta tu bawak ke bengkel barangkali. MaDiHaA pula semalam balik kerja sampai rumah pukul 8 lebih... Elok je parking kereta... dengar bilal dah azan Isyak kat surau..sabar ajelah.. mujurlah memang tengah diberi cuti.. kalau tidak.. kena qada' ajelah Maghrib.. hehehe..   Suami sampai dah 2 kali telefon pun kami tak sampai2 lagi... Dia balik awal & tak overtime semalam kononnya nak ajak kami singgah mengeteh kat kedai mamak.  Malangnya dia sendiri pun kena hujan jugak terpaksa rehat kat bawah jambatan sebab dia pergi kerja dengan motor je... hehe.. MaDiHaA dengan anak2 dengan kereta memang selamat dari terkena hujan... tapi terperangkap dalam kesesakan jalan raya pula... gitulah hidup kat bandar ni... jem tu memang 'makanan' kami dah.. tapi bila musim hujan ni... kami dapat 'makan' double jem... kena bawak roti lebih lain kali...hahaha...

Hmmm... jem jem pun.. masak tetap masak.  Sampai je rumah terus tenggek nasi. Ikan pun suami dah siap defrost.. So malam tadi masak simple je.. hanya goreng ikan tongkol, buat sup sayur kobis campur celery pastu suami ambil alih masak sambal belacan tumis sebab MaDiHaA dah letih & dah rimas bagi chan MaDiHaA mandi lah pulak... TQ en. suami.. hehe..



Ini pula lauk yang dimasak minggu lepas.  Masak ikut apa yang ada dalam peti sejuk... kita yang buat dia kan... Lauk 2 in 1 gini memang kerap dihidangkan kat rumah kami.  Senang... malas masak sayur.. satu lauk pun dah cukup.  Hidup kami memang simple jer... suami pun sama.. tak kisah sangat bab2 lauk.. asal ada ikan atau ayam pastu ada sayur kira dah ok sangat dah....

Kari Kepala Ikan Tenggiri Campur Lobak Putih
Resepi : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2
2 biji kepala ikan tenggiri ~ dibelah 2  (atau boleh je nak masukkan isinya sekali)
1 biji lobak saiz kecil/sedang ~ potong ikut suka
700 ml air
1 sudu besar asam jawa ~ campur air ambil jus
1 senduk santan pekat
4 sudu besar rempah kari ikan ~ campur air jadikan pes
2 sudu besar cili kering + bawang besar + bawang putih siap kisar (memang sentiasa ada dalam peti sejuk)
garam & gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya

Bahan Tumis
1 sudu kecil halba campur
2 tangkai daun kari ~ jangan lurutkan
3 ulas bawang merah ~ hiris
2 ulas bawang putih ~ hiris
1 inci halia ~ hiris batang mancis

Cara menyediakan
1. Panaskan minyak lalu tumiskan bahan tumis hingga wangi.  Masukkan pes kari & 2 sudu besar cili + bawang kisar & tumis hingga naik minyak.
2. Masukkan air asam jawa, garam, gula dan air biar hingga mendidih.  Masukkan kepala ikan & biar mendidih.  Masukkan santan & lobak putih &  kacau perlahan2 supaya ikan tidak hancur.  Bila lobak agak empuk & secukup rasa bolehlah matikan api & hidang.


Selamat mencuba!

Wednesday, October 15, 2014

Overnight Oats With Chia Seeds & Mango



Assalamualaikum & salam sejahtera...

Anda pernah dengar overnight oats?  Dah biasa dengar ye? Ada yang tak pernah dengar ke? Samalah kita... Sebelum ni memang tak pernah dengar... pertama kali dengar & tahu pasal overnight oats ni bila diperkenalkan oleh saudara kat dalam facebook.  Teringin pula nak mencuba tambah2 bila dapat tahu penggunaan bahan untuk overnight oats atau oats bermalam ni kaya dengan bahan2 yang berkhasiat.

Salah satu bahan utama yang baik untuk kesihatan ialah oats dan chia seeds.  Jika sebut oats ramai yang dah tau khasiatnya kan.  Jadi tak perlu nak diceritakan lagi.. Tapi bila sebut chia seeds, tentu ramai yang belum begitu maklum.  MaDiHaA pun sama juga.. Dapat tau kewujudan chia seeds ni pun bila officemate yang perkenalkan.  Katanya bagus untuk orang yang diet.  


Bila google dari internet mengenai chia seeds pula.  Wahhhh! Teruja sangat bila dapat tau yang chia seeds ni rupanya satu makanan yang sangat menyihatkan & boleh dikatakan superfood!  Tambahkan saja 1 sudu besar chia seeds dalam minuman anda atau apa saja makanan yang dirasakan sesuai... ianya memberikan anda nilai calcium melebihi 1 gelas susu, lebih tinggi kandungan Omega-3 berbanding ikan salmon & lebih antioxidants berbanding buah bluberry.  Selain dari itu.. chia seeds memberi rasa kenyang apabila di ambil sama seperti kita ambil oats.  Pendek kata chia seeds ni memang makanan berkhasiat yang sangat menakjubkan!  Kalau nak tau lebih lagi pasal chia seeds.. silalah google sendiri & pasti akan jumpa lebih banyak lagi info kebaikan chia seeds.  

Jom kita cuba buat salah satu hidangan dari chia seeds ni... kita boleh pelbagaikan bahan2 untuk overnight oats ni ikut kretiviti sendiri dengan menambah hirisan buah-buahan segar yang anda suka.  Antara yang sesuai seperti mangga, strawberry, pisang, kiwi & sebagainya.  Nak campur coklat chips pun boleh.


OVERNIGHT OATS WITH CHIA SEEDS & MANGO
Resepi : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2
2/3 cawan susu segar (suhu bilik)
1/4 cawan rolled oats
1 sudu besar chia seeds
1 sudu besar madu (MaDiHaA guna Qaseh Adinda sebab ia juga mengandungi madu)
1 sudu besar greek yogurt

Bahan Topping
Buah mangga di potong kiub


Cara menyediakan

1. Gunakan bekas yang sesuai seperti cawan atau bekas bertutup.  Masukkan susu segar, oats, chia seeds, yogurt & madu, kemudian dikacau rata.  Biarkan selama 5 - 10 minit.
2. Kemudian bolehlah masukkan bekas tadi ke dalam peti sejuk semalaman supaya oats dan chia seeds menyerap cecair & menjadi lembut.
3. Pagi esoknya bolehlah tambahkan dengan hirisan buah mangga atau buah2 pilihan anda.  Sedia untuk hidangan sarapan pagi yang sangat berkhasiat & memberi tenaga selain penuh nutrients.

Nota MaDiHaA: MaDiHaA campurkan sekali hirisan mangga ke dalam bekas campuran selepas direhatkan selama 5 - 10 minit kemudian dikacau rata sebelum disimpan dalam peti sejuk.  Anda boleh buat ikut cara sendiri samada nak tambah buah terus atau tambah esoknya.

Selamat mencuba!

Tuesday, October 14, 2014

Sambal Tumis Udang Dengan Petai

Assalamualaikum & selamat pagi...



Dah sarapan semua kakak2 & adik2?  Ibu2 kat rumah mesti sedang sibuk siapkan kerja rumah kan.  Ada yang baru balik dari pasar, ada yang sedang mengemas rumah.  Ada yang sedang sidai kain.  Kejap lagi nak kena masak pula.  Kalau lambat2 nanti anak balik sekolah kelaparan pulak.  Sesungguhnya tugasan seorang ibu memang sangat sibuk.  Dari pagi sampai ke malam, ada2 saja perkara yang nak dibuat.  Sama juga situasi MaDiHaA. Walaupun bekerja.. sesampai je di rumah pukul 7 malam... cepat2 sinsing lengan baju buat kerja2 rumah pula sementara menunggu  ikan atau ayam defrost & sementara  tunggu azan maghrib.  Tak sempat pun nak mengadap tv.. orang dok bercerita pasal drama itu ini ada yang 200% lah.. MaDiHaA memang tak tahu menahu.. hehe.. yelah.. kalau dok ngadap tv siapa pula nak siapkan tugas2 kat rumah tu.  Mana nak hantar anak mengaji lagi.  Kat bandar ni bukan macam kat kampong anak2 boleh pegi mengaji sendiri.  Kat bandar ni nak mengaji pun orang tua kena hantar & temankan.  Risiko terlalu tinggi nak biarkan anak2 yang masih bersekolah rendah atau tadika pergi mengaji sendiri.  Kalau dibuatnya anak2 tak balik sampai ke lewat malam... kemana nak pegi cari?  Banyak sangat kes budak hilang sekarang ni. Tambah2 kat apartment yang kami tinggal ni terlalu ramai warga asing. Semua ada.. cakap je nak bangsa apa... yang paling takut... si awang kulit hitam tulah... ya Allah.. mintak dijauhkanlah perkara2 yang tak diingini.. huhu...


Oklah.. panjang pula melalut.. hari ni nak kongsi resepi biasa2 aje ni.  Walaupun resepi biasa.. jarang juga MaDiHaA masak sebab makanan laut ni si Haziq kadang kala alergi.  Kesian kalau tiba2 dia kena gatal2 kulitnya tu. Dia memang suka sangat makan udang ni.. Tapi disebabkan dia selalu alergi tiap kali makan... dia memang jarang makan kalau MaDiHaA masak ni.  Kalau makan seafood kat luar pun dia jarang nak makan udang. Kesian dia... tak sampai hati pula kami makan sedap2 tapi dia kena tahan selera...

Sambal Tumis Udang Dengan Petai
Resepi : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2
7 senduk (senduk nasi) kisaran cili kering + bawang besar + bawang putih
600 gm udang ~ buang kepala & bersihkan
3/4 cawan isi petai
1 cawan air
garam & gula secukupnya
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar asam jawa + air ambil jusnya
minyak masak secukupnya

Cara menyediakan
1. Panaskan minyak masak secukupnya lalu tumiskan bahan kisar sehingga wangi & naik minyak.
2. Masukan air asam jawa, isi petai, air, sos tiram, garam & gula & biar mendidih.
3. Masukkan udang yang siap dibersihkan.. masak seketika hingga udang bertukar warna & masak.  Rasakan sambalnya.. & ikut kepekatan yang disukai.  Boleh adjust suka cair atau pekat.  Siap!

Selamat memasak...

Monday, October 13, 2014

Ayam Kandar



Assalamualaikum & salam sejahtera...


Bersua lagi di pagi yang indah.  Entry cepat2 je hari ni... Nak kongsi resepi mudah hari ni.. tapi rasa tak mengecewakan.  Sedap & lazat. Lawan pulak dengan sayur goreng pastu ada plak papedom dah cukup dah untuk kami. 

Resepi yang dicuba oleh LinaPG tempohari sempat juga MaDiHaA cuba baru2 ni.  Resepi copy & paste dari pemilik asal resepi iaitu Kak Asma di Myresepi sebab takleh nak copy & paste (ada edit2 sikit ikut resepi yang LinaPG buat) resepi dari blog LinaPG mungkin Lina dah block supaya pengunjung tak boleh copy gambar2 dlm blog beliau.. malangnya.. dengan resepi2 sekali tak boleh nak copy juga...  uwaaaa... takpelah.. apa2 pun.. TQ buat kedua2nya yer... Resepi asal menggunakan daging.  Tapi LinaPG dah tukar ke ayam.. MaDiHaA pun guna ayam.. jadi resepi tu kan dah tukar dari daging ke ayam ye...


AYAM KANDAR


Resepi  : Kak Asma (myR)

Sumber : MaDiHaA aka Ratna &  LinaPG

Bahan-Bahan

  • 1 ekor ayam (potong kecil)
  • 6 ulas bawang putih
  • 1 inci halia(tumbuk)
  • 2 sudu besar kicap pekat (MaDiHaA guna kicap lemak manis je)
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 peket serbuk kari daging babas (1 1/2 peket pun boleh)
  • 1 labu bawang besar(dimayang)
  • 1 ulas bawang putih (dimayang)
  • Kulit kayu manis dan bunga lawang
  • sedikit daun kari
  • garam, kunyit dan perasa


Cara-cara

    1. Ayam dibersihkan.Gaul garam kunyit & goreng 3/4 masak.
    2. Tumiskan bawang besar,bawang putih,kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau.
    3. Masukkan bawang putih dan halia yang ditumbuk halus dan juga daun kari.
    4. Kemudian masukkan campuran rempah tadi(kicap pekat,sos dan serbuk kari).kacau sebati.
    5. bila dah sebati kuah masukkan ayam goreng tadi.
    6. Masukkan garam dan perasa.kacau lagi
    7. Perasakan dan masak lah sehingga kuah menjadi pekat.
    8. sesuai dimakan dengan nasi dan roti
    Selamat mencuba!

    Saturday, October 11, 2014

    Tempahan lalu....

    Assalamualaikum & salam sejahtera...


    Hampir terlupa nak update tempahan ini dek kerana teruja mengupdate resepi2 tertunggak.. hehe...


    Ini tempahan dari Anje yang dah banyak kali order dengan MaDiHaA.  Kali ni order 50 biji karipap & 2 loyang talam keladi. TQ Anje.. sebarang kekurangan harap di halalkan ye.



    Ini pula order 50 apam polkadot & 50 apam ladybug dari Finy.  Kita hanya mampu merancang tapi Allah jua yang menentukan.  Masa buat apam tempahan Finy ni baru je sehari pakai dapur gas yang baru dibeli sebagai ganti dapur gas kaca MaDiHaA pecah dulu.  Rasanya ada MaDiHaA cerita dapur gas MaDiHaA retak seribu tak lama dulu.  Banyak tul dugaan baru ni.. dapur retak seribu, peti ais rosak... alahaiii dugaan.. Disebab belum biasa dengan dapur baru.. maka apam yang MaDiHaA buat tu ada yang kembang setaman.  Itulah dia.. bukan senang nak buat apam ni sebab nak kena pandai control api.  Tak boleh kuat sangat nanti dia merekah, tak boleh slow sangat nanti dia bantat.  Kalau api tak betul gitulah jadinya.  Sebab tu kadang MaDiHaA risau tiap kali ambil tempahan apam.. takut jadi camni.  Mujurlah Finy kata takpe & tak kisah.  MaDiHaA bagi diskaun sebab kesilapan dipihak MaDiHaA sendiri... apa2pun.. terima kasih banyak ye Finy sudi order.


    Friday, October 10, 2014

    Aidiladha 2014 kami di Raub, Pahang...

    Assalamualaikum & salam sejahtera semua...


    Saja je nak kongsikan gambar Aidiladha kami baru2 ni untuk kenang-kenangan.  Raya Haji kali ni giliran beraya di kampung mertua di Raub, Pahang.  Seawal 5 pagi hari Sabtu kami dah bertolak dari PJ.  Sampai Petronas Gombak ngam2 dengar azan Subuh.. jadi sedang elokla isi petrol & solat dulu kat situ.  Sambung perjalanan & melepasi tol Gombak tak sampai pun 10 minit.. jalan dah mula sesak.  Wah! ada pesta lampu brek! hahaha... Masa tu baru pukul 6.30 am.  Wahhh.. rupanya ramai yang bertolak awal pagi.  Okay.. mengadap ajelah jem tak usah banyak komplen.  hehehe...  Tak kisah sangat sebab cuaca pagi kan nyaman.  5 jam lebih juga sampai bandar Raub, perjalanan biasa.. selalunya hanya 2 jam lebih je... Redha jelah... hehe...  Sempat singgah pasaraya TF beli barang2 dapur tambahan yang lain.  Daging, ayam & ikan dah beli siap2 kat PJ.. dah siap frozen.  Sampai Raub masih sejuk cuma dah ilang frozennya... mujur tak busuk.. hehe... Kat TF hanya beli barang2 kering je.  Anak dara MaDiHaA yang kat asrama tu petang Jumaat dia dah balik ke rumah opahnya.  Beli jugalah sekali barang2 kiriman si anak dara untuk bawak ke asrama..




    Menu raya kami kali ni.. pandai2 MaDiHaA & suami je berbincang nak masak apa.  Tak tanya pun mak mertua.. hehe.. memang biasa mak serahkan pada kami je nak masak apa kalau giliran kami beraya kat sana.  Tapi kalau raya puasa.. biasanya menu wajib mesti mak mertua buat lemang.  MaDiHaA hanya masak menu tambahan lain je macam rendang, ketupat nasi atau nasi impit dengan kuah kacang.  Bila raya haji ni.. biasanya menu ikut dan  & ikut suka anak menantu dia je.  MaDiHaA dok berangan2 hari tu memang nak masak menu gulai kawah.  Jadinya.. masaklah kami nasi hujan panas, 3 kg gulai kawah daging, 1 1/2 ekor ayam masak merah, 1 1/2 ekor gulai aserong ayam & acar timun.  Alhamdulillah.. laku... nasi sampai kena masak 2 kali... hehe... MaDiHaA hanya masak nasi & gulai kawah je. Ayam masak merah tu adik ipar masak, gulai aserong ayam mertua masak.. acar timun pun mertua yang buat.  Raya haji satu kuih pun takde.. hehehe...



    Oklah kongsi sekeping gambar kami dengan family mertua.  Adik ipar yang balik beraya hanya 3 orang aje.  Dua lelaki & sorang perempuan. Tiga2 ni belum berkeluarga lagi.  Ramai lagi adik beradik suami yang tak dapat balik.  Adik ipar yang tinggal sekali dengan mertua pulak giliran beraya rumah mertuanya juga kat Kuantan.. jadi hanya kami je lah yang beraya di Raub.  Gambar ni di ambil sebelum kami semua nak pegi ziarah kubur arwah bapa mertua.  Lepas tu teruslah beraya di rumah adik beradik mak mertua.  Gitulah rutin kami tiap2 tahun.  Petang baru balik rumah.. masa tu baru kami terima tamu sampailah ke malam tamu tak putus....  hehe..


    Oleh kerana nak elak dari terkena jem lagi sampai naik kaku kaki suamiku.. Suami ajak balik malam hari raya tu jugak.  Sebenarnya dah masuk hari Isnin la sebab kami bertolak pukul 2 pagi Isnin tu.  Sampai rumah jam 4.30 pagi.  Alhamdulillah.. jalan tak jem tapi kenderaan tetap banyak juga tapi bergerak lancar.

    Ok itu jelah cerita raya kami kali ni... serba ringkas je... hingga jumpa lagi ye...

    Thursday, October 9, 2014

    Mee Kari terbaikkk....

     Assalamualaikum & salam sejahtera....




    Sambung update lagi petang ni... menu tertunggak.. hehe.. menu yang dimasak masa bulan puasa yang lepas.  Punyalah lama... & jangan dok kecek2 la ye sebab dah lama jadi baja.. kekekeke...

    Bukan sesaja nak puji atau bodek.. tapi mee kari ni memang sedap sesangat di tekak MaDiHaA.  Resepi yang diambil dari Nuanza atau sekarang lebih dikenali sebagai Cida deNuanza.  Berbaloi2 memasaknya... Terima kasih Cida untuk resepi ni ye.  Ambil dari Fotopages Cida 



    MEE KARI
    Sumber : Nuanza / Cida (TQ Cida..)

    1 - 2 bungkus mee kuning ~ lerai2kan jirus air mendidih
    1 kg kerang ~ rebus & kopek
    600 gm udang ~ kopek tapi kulit & kepala jangan buang (nak kena blend ~ Step ni MaDiHaA skip sebab nak cepat terus je campur udang dgn kulit2..)
    2 peket serbuk kari (serbuk kari ikan + serbuk kari ayam)
    3 biji bwg putih + 4 biji bwg merah + 2 sudu besar udang kering- tumbuk/ blend (aku blend je)
    3 biji bwg putih + 4 biji bwg merah- hiris
    1 biji kelapa ambik santan
    2 tangkai daun kari (terlupa beli)
    2 biji kentang- potong dadu
    2-3 keping asam keping (boh sekeping jer hok besor)
    1 peket tauhu kering - rendam & potong kecik2  (MaDiHaA ganti dengan fish cake)
    1 bungkus tauhu pok (tauhu yg bila kita masak timbul2 tu) ~ potong 4 (ni MaDiHaA tambah)
    2 bungkus fishball (pun MaDiHaA tambah)

    Bahan Sampingan Yg Wajib Ada

    Tauge ~ rendam air panas kejap terus tos.. suka yg mentah pun buleh
    Sawi ~ celur
    Cili Merah ~ potong serong (MaDiHaA guna cili hijau jeruk.
    Cili hijau jeruk ~ hiris + air panas + cuka + garam biarkan 30 minit)
    Telur rebus (MaDiHaA tak letak pun)
    Bawang goreng
    Tauhu ~ goreng & hiris2 (MaDiHaA tak letak juga ni sebab dah byk sangat lauk bila dah tambah tauhu pok & fishball)


    Cara Menyediakan
    1. Rebus kulit & kepala udang, kemudian blend halus, tapis & ambil airnya. Ketepikan dulu.
    2. Satukan serbuk rempah ngan bawang2 blend tadi, campur air sikit jdkan pes.
    3. Panaskan minyak & tumiskan bwg hiris bersama daun kari sampai garing/ naik minyak pastu masuk pes rempah td. Biar sampai rempah masak.
    4. Masukkan air udang & kentang & biar kentang setengah empuk.
    5. Masukkan santan sambil dikacau2 selalu.
    6. Bila mendidih, masukkan kerang, udang, fishball, tauhu pok, garam, asam keping dan tauhu kering.
    7. Biar mendidih jap, rasakan apa yg kurang.. tutup api.. (jgn lama sgt, nti kerang kecut n udang keras)
    8. Sedia dihidangkan bersama2 dengan bahan2 sampingannya..

    (kepekatan kuah tu bergantung la pada selera masing2...)


    Selamat mencuba!

    Chapati & Kari Dhall

    Assalamualaikum & salam sejahtera....


     
    Dah sarapan semua?  Rasanya mesti ramai yang dah siap bersarapan kan.  Takpelah walaupun dah agak terlewat nak kongsi menu sarapan ni.. MaDiHaA tetap nak kongsi juga.  Mana tau esok lusa ada yang teringin nak mencuba menu sihat ni.  MaDiHaA sendiri pun sebenarnya bukan masak untuk sarapan menu chapati & kari dhall ni.  Ini adalah menu dinner kami beberapa minggu lepas.  Kadang2 jemu juga setiap malam asyik makan nasi.  Sesekali mesti nak selang selikan dengan menu selain nasi kecuali bila suami kerja shift malam memang wajib ada nasi sebab dia nak berbekal ke tempat kerja.  Masak kena cepat & pantas.  Kalau MaDiHaA lewat sampai rumah.. suami sendiri yang akan masak.  Sampai rumah MaDiHaA hanya tolong mana2 yang perlu je.  Alhamdulillah sebab dikurniakan suami yang boleh turun ke dapur di waktu2 perlu.  Tidaklah MaDiHaA terkejar2 sangat sepulang dari kerja sebab MaDiHaA juga perlu menjemput 2 orang anak di dua lokasi yang berbeza.  Sorang di rumah pengasuh, sorang lagi di rumah transit sebab anak akan tunggu MaDiHaA di rumah transit balik dari sekolah agama.  Bukan jauh pun.. rumah transit tu depan sekolah agama tu juga.

    Oklah... mari kita tengok resepi pagi ni... Dah beberapa kali juga MaDiHaA kongsikan resepi Kari Dhal ni rasanya.  Sebab kari dhal ni memang kegemaran suami.  Sekiranya MaDiHaA masak masakan ala Indian seperti chapati, roti canai, roti saj, prata dan lain2.. mesti digandingkan dengan kari dhal.  Paling suka sebab dalam tu boleh letak bermacam2 sayur.  Kari dhal ni simple je tak macam dalca untuk kenduri kendara tu, sebab kalau dalca wajib ada santan... dalam kari dhal yang MaDiHaA masak ni takde santan.. lebih menyihatkan gitu... nak buat pun senang...

    Sebelum kita masak kari dhal ni.. rendam dulu kacang dhal tu ye.. sementara tunggu kacang dhal kembang.. bolehlah kita ulikan dulu adunan chapatinya.  Sebab doh chapati ni pun perlu diperap selama 3o minit.


    CHAPATI
    Sumber : MaDiHaA aka Ratna
     
    Bahan2
    2 cawan tepong chapati /tepong atta
    1 cawan tepong gandum
    1 biji telur
    3/4 cawan air
    3/4 sudu kecil garam

    Cara menyediakan
    1. Campurkan kedua2 tepong. Larutkan garam ke dalam air.
    2. Pecahkan telur & kacau sedikit lalu tuangkan ke dalam air garam tadi.  Kacau rata.
    3. Tuangkan air garam sedikit demi sedikit ke dalam tepong tadi sambil di uli. Uli sehingga menjadi doh yang lembut & tak melekat ditangan.
    4. Bahagikan kepada 8 bebola kecil & rehatkan selama 30 minit.  (Sementara itu.. bolehlah mula mereneh kacang dhal yang direndam tadi dengan api sederhana & sediakan bahan2 menumisnya)
    5. Canaikan bebola tadi sehingga menjadi nipis di atas papan pencanai yang ditabur sedikit tepong.
    6. Panaskan kuali tak melekat dengan api sederhana.  Sebelum masukkan chapati ke dalam kuali, buangkan lebihan2 tepong yang melekat pada chapati tadi.  Masak chapati sehingga menggelembong.  Semasa proses memasak.. tekan2 chapati menggunakan tuala dapur lembab yang bersih. Bila bahagian bawahnya bertukar warna.. bolehlah diterbalikkan. Angkat chapati bila kedua2 bahagiannya masak.
    7. Ulangi step 5 sehingga selesai.
    8. Hidang chapati dengan kari dhal atau kari kegemaran anda!
     

    KARI DHAL
    Sumber : MaDiHaA a.k.a Ratna

    Bahan2
    1 cawan kacang dhal (khas utk buat kuah dhal) ~ cuci bersih & rendam dalam 1 - 2 jam (lagi lama rendam lagi cepat kacang empuk)
    1 cawan ayam ~ dipotong kecik2 (bahagian tulang2 pun takpe just utk maniskan kuah aje.. kalu nak masukkan isi2 pun tak salah)
    5 urat kacang panjang ~ potong 1 inci (kali ni guna buncis sbb ketiadaan kcg panjang)
    1 batang carrot saiz kecil ~ potong ikut suka

    1 biji kentang saiz kecil ~ potong kiub kasar
    1 biji terung panjang saiz kecil ~ potong kecil
    2 ulas bawang merah ~ hiris nipis
    2 ulas bawang putih ~ hiris nipis
    1 inci halia ~ hiris nipis & potong memanjang halus
    1 tangkai daun kari
    3 biji cili kering ~ digoreng sebentar & ketepikan
    1 sudu kecil serbuk kunyit*
    1 sudu besar serbuk kari daging*
    1 sudu besar serbuk jintan putih*
    1 sudu besar serbuk cili* (boleh kurangkan jika takmau pedas)
    garam & perasa secukupnya
    minyak utk menumis
    air secukupnya utk kuah
    (bahan2 bertanda * campurkan sikit air jadikan pes)

    Cara2 Memasak
    1. Rebuskan kacang dhal yg direndam tadi hingga kembang & agak2 nampak nak pecah sikit.
    2. Dalam periuk lain atau kuali.. panaskan minyak lalu tumiskan bahan2 hiris hingga terbit aromanya. Masukkan daun kari serta pes rempah2 tadi. Kacau rata dan biar wangi.
    3. Masukkan ayam dan kacau kejap pastu masukkan air. Biar ayam masak sekejap. 

    4. Masukkan kentang & biar mendidih agak2 hampir emput bolehlah masukkan bahan2 ini dalam periuk kacang dhal yg direbus tadi.  Masukkan sekali cili kering goreng, lobak merah & juga kacang panjang. Masukkan garam & perasa secukupnya & biar mereneh ikut kepekatan yg anda suka. (boleh tambah air jika kuah terlalu pekat)
    5. Siap utk dihidangkan dengan puri, chapati, roti saj ataupun roti canai what ever u like...


    Selamat mencuba!
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...