Monday, November 17, 2014

Sotong Goreng Tepong

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Bila suami beli sotong kadang kala buntu tak tau nak masak apa.  Yang biasa di masak mestilah sambal tumis sotong.  Kadang2 dibuat gulai lemak.  Sesekali goreng tepong macam ni.  Kalau goreng tepong.. anak2 makan ratah macam tu je... tak sempat nak dibuat lauk nasi...

Jom cuba.  Dengan cara merenih sotong sekejap... kebarangkalian sotong meletop semasa menggoreng berkurangan sebab kesemua air dalam sotong dah keluar.  Jadi tak perlulah nak gunakan perisai bagai masa menggoreng tu ye...hehe...



Sotong Goreng Tepong
Resepi : MaDiHaA

Bahan2
650 gm sotong ~ bersihkan (bahagian kepala, hiris buang bahagian mata & mulutnya), potong & tos
1 sudu kecil rata garam
1 sudu kecil rata serbuk kunyit
1 sudu kecil rempah kari
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
3 sudu besar tepong gandum
3 sudu besar tepong jagung
Minyak secukupnya

Cara menyediakan
1. Sotong direnih tanpa air & biarkan airnya keluar dengan sendiri. Kacau2 rata sehingga sotong bertukar warna.  Bila nampak sedikit kecut.. angkat sotong & letak dalam tapisan, cuci bersih & tos.
2. Gaulkan sotong dengan semua bahan2 di atas (kecuali minyak masak) & gaul rata.
3. Panaskan minyak masak sehingga cukup panas & masukkan sotong satu demi satu ke dalam kuali. Goreng sotong sehingga garing, angkat & tos.
4. Hidang sotong goreng tepong dengan sos kegemaran.

Selamat mencuba!

Friday, November 14, 2014

Tempahan Kuih Cara Manis, Sandwich & Karipap

Assalamualaikum & salam sejahtera....


Ambik masa sekejap update tempahan yang lepas.. Tak banyak pun.. sikit2 je.  Kalau banyak2 MaDiHaA pulak tak sanggup... hihi... yelah buat tempahan sambilan saja.  Macam kuih cara manis kat bawah tu.. ikutkan customer nak 200 pcs... tapi MaDiHaA hanya mampu buat 128 pcs je.. Lagipun customer order agak last minit.. tambah pula tak biasa buat banyak2 jadi tak pandai nak agak berapa banyak nak kena bancuh.  Bancuh 1kg tepong... dptlah seratus lebih... lebih sikit2 utk anak2 & suami... utk customer hanya setakat tu yg dpt diberi.  Lagipun dah bagitau kat customer rasanya akak tak boleh buat sebanyak yg diminta.  Dia pun faham... jadi itulah rezeki kami berdua.

Kuih Cara Manis... bancuh dengan kasih sayang menggunakan santan perah sendiri, air pandan kisar & perah sendiri... hanya campur sikit je pewarna.  Memang nampak beza kuih gunakan air pandan dengan pewarna.  Harumnya usah ceritalah.... memang menyelerakan... Terima kasih en. Shahrol... moga berpuas hati ye..



Ini pula tempahan sandwich sardin 40 pcs, sandwich telur 40 pcs serta 100 biji karipap kentang.  Tempahan dari Winnie... TQ Winnie sudi tempah dengan akak.. Harap berpuas hati ye..

Jika ada apa2 pertanyakan mengenai tempahan sila call/sms 019-3171150

Terima kasih..


Thursday, November 13, 2014

Baked Potato.... sedapnyerrr...



Assalamualaikum & salam sejahtera....




Nampak Izah Daut buat baked potato minggu lepas buat hati tak keruan.  Walaupun nak membuatnya memerlukan masa yang agak lama kerana banyak step... tapi rajinkan diri juga membuatnya.  Anak2 memang suka sangat apa2 juadah dari kentang.  Tak rugi mencuba... memang sangat2 sedap.  Ada beberapa versi yang pernah MaDiHaA buat sebelum ni.  Kalau dah namanya kentang.. memang semuanya sedap... hehe..

Terima kasih Izah bagi idea baru2 ni ye.  Akak buat intinya ikut bahan yang ada kat rumah aje.  Jadi.. ada sikit olahan pada resepi inti tu.  Anda boleh pilih mana2 resepi inti ikut kegemaran atau ikut bahan yang ada kat rumah je.. tak perlulah nak straight sangat... Jom cuba pada penggemar kentang!

BAKED POTATO

Sumber : Izah Daut

Dicuba oleh : MaDiHaA aka Ratna

Bahannya:

8-10 biji kentang sederhana (MaDiHaA guna 10 biji)

(kalau guna kentang russet tu agak besar, so 5-6 biji dah cukup)

garam



Bersihkan kentang dan rebus sebiji tanpa potong n tanpa dibuang kulit.

Saya guna kaedah rebus. Kalau nak bakar dalam oven pun boleh.

Rebus hingga boleh dicucuk dgn lidi. Jangan sampai lembik pula. Pantau kentang anda.

Garam ditabur dlm rebusan bila kentang hampir masak.

Bila kentang empuk terus rendamkan ke dalam air sejuk.



Untuk Inti: (versi Izah Daut)

250 gram daging cincang / ayam

1 biji bawang besar

2 ulas bawang putih

cendawan dalam tin

1 biji tomato

sedikit lada hitam

lada sulah

sedikit sos tomato

sedikit tumix ayam

daun sup

garam & gula

Cili benggala 





caranya: Tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga layu.

Masukkan daging dan goreng sebentar hingga daging pucat.

Masukkan tomato dan cendawan yang dipotong dadu.

Perasakan dengan bahan bahan di atas.

Akhirnya boleh masukkan cili benggala dan tutup api.
 



Untuk Inti : (versi MaDiHaA)
300 gm daging kisar ~ dilerai2kan
1 biji carrot ~ potong kiub/sagat kasar
2 batang celery ~ hiris halus
1 biji tomato ~ didadu
1 biji cili merah ~ buang biji & cincang halus
2 biji bawang mesar ~ didadu
4 ulas bawang putih ~ didadu
1 sudu besar lada hitam yang dikisar halus
1 sudu kecil lada sulah
garam secukup rasa (masin sikit tak apa sebab nanti kita akan gaulkan dengan kentang lecek)
2 sudu kecil gula 
(Cara memasak sama seperti di atas)




Penyediaan baked potato.



Bahan:



Kentang rebus

Inti

sedikit mayonis (MaDiHaA guna 2 sudu besar)

sedikit susu segar/cair (MaDiHaA guna 1/3 cawan susu segar)

sedikit mentega (MaDiHaA guna 2 sudu besar)

cheddar cheese @ mozarella Cheese

garam jika perlu



Caranya



1. Kentang dipotong 2. 

2. Korek isi kentang dan biarkan sedikit seperti kolam. Boleh dibungkus dgn aluminium foil / alas dgn muffin paper.

*boleh rujuk gambar di atas.

3. Isi kentang dilecek. Masukkan sedikit mayonis, susu cair, mentega dan sedikit mozarella cheese.

4. Kemudian masukkan semua inti tadi. Gaul sebati. Inti sedia digunakan.

5. Masukkan inti tadi ke dalam kolam kentang. Buat sehingga habis.

6. Panaskan oven 200 c api atas. Tabus cheese di atas kentang dan bakar sehingga cheese cair.  Sedia dihidang.



Selamat mencuba!

Wednesday, November 12, 2014

Muffin Pisang Coklat Chips lagi...

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Entah kali ke berapa dah buat muffin ni pun tak taulah... dah berkenan sangat dengan resepi yang satu ini.  MaDiHaA adaptasi dari resepi muffin pisang resepi Wendy Khor.  MaDiHaA kurangkan kuantiti tepong & tambah serbuk coklat sama kuantiti dengan pengurangan tepong.  Kemudian tambah pula dengan coklat chips. Hasilnya? Hmmmm... yummehh... gebuuu & sedap sangat2... Yang penting jangan terlebih aduk ye.. pantang adunan muffin terlebih kacau nanti muffin tak jadi gebu.

Jom cuba resepi ni sesiapa yang ada lebihan pisang kat rumah tu... resepi kat bawah ni dapat agak banyak ye.. jika penghuni rumah tak ramai sangat.. buat separuh adunan saja.  Tapi kalau rasa nak bersedekah tu.. boleh je ikut resepi kat bawah... boleh buat amal jariah sikit bagi jiran2 merasa...hihi..




Muffin Pisang Coklat Chips  
Diolah oleh : MaDiHaA a.k.a Ratna 
 Adaptasi dari : Banana Muffin, Wendy Khor recipe book

Bahan2 A 
400 gm butter (dicairkan)  
300 gm / 6 biji telur
200 gm susu segar

Bahan B  
600 gm pisang yang dilecek  
300 gm gula perang (resepi asal guna 400 gm gula kastor~ terpulang anda nak letak byk mana)  
2 gm garam

Bahan C 
530 gm tepong gandum 
10gm (2 tsp) baking powder  
10gm (2 tsp) sodium bicarbonate  
20 gm serbuk coklat


Bahan D

1 cawan coklat chips

Cara2 menyediakan

1. Campurkan butter cair yang telah disejukkan bersama telur & susu.  Kacau sehingga rata. 

2. Ayak kesemua bahan C. Ketepikan dahulu.

3. Dalam mangkuk yang besar.. campurkan pisang lecek, gula & garam. Gaulkan sehingga rata & gula hancur. Masukkan bahan A & kacau rata.

4. Akhir sekali masukkan setengah cawan coklat chips & bahan yang diayak & kacau rata. Jangan terlebih kacau.. Cukup sekadar sebati saja.

5. Sudukan ke dalam acuan muffin yang disediakan sebanyak 3/4 penuh. Taburkan sedikit coklat chips atas permukaan muffin.  Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 20 - 25 minit dengan suhu 180C. (bergantung oven masing2).
Selamat mencuba!

Tuesday, November 11, 2014

Sup Daging Ala Mamak

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Merasa juga daging korban baru2 ni pemberian mak saudara.  Tak banyak.. hanya untuk sekali masak.  Alhamdulillah... Kali ni teringin nak hirup kuah sup panas2... hmm.. sedapnya.. Entah kenapa sekarang ni tekak dok teringin sangat nak makan sup2 gini.  Masa balik kampong aritu pun request ma masakkan sup tulang.. hehehee.. dah tua2 pun nak bermanja ngan mak juga.  Bila sampai kampong semua ma dah ready.  Sup tulang makan dengan bihun complete dengan sambal kicap, bawang goreng & lobak asin goreng. Suami makan dengan nasi... memang puas hati... masakan mak terbaikk...

Sup daging masak sendiri kat bawah ni pun sedap jugak.  Nak pulak dagingnya betul2 empuk. Hampir2 nak berderai gitu.  Kalau makan sup daging liat memang sakit hati... hihihi... ada baki.. esok paginya panaskan cicah dengan roti pulak.. hmmm... yumyum...


SUP DAGING ALA MAMAK
Resepi : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2
800 gm daging ~ potong kiub saiz besar
2 biji kentang ~ potong 4
1 biji carrot ~ potong baji
2 batang celery ~ potong serong
3 sudu besar serbuk rempah sup ~ campur air jadikan pes
2 batang serai ~ ketuk
1 1/2 inci halia~ ketuk sikit
garam secukup rasa
sedikit gula
1 sudu teh serbuk lada hitam yg dikisar
air secukup kegunaan

Bahan Tumis
6 ulas bawang merah ~ hiris
3 ulas bawang putih ~ hiris
1 inci kayu manis
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
4 kuntum cengkih

Bahan Tabur
Bawang goreng buat sendiri 
Hirisan daun sup (MaDiHaA lupa nak beli)

Cara menyediakan
1. Rebus daging dengan api yang kecil sehingga empuk.  MaDiHaA masukkan sebatang sudu petua untuk daging cepat empuk. Bila daging dah empuk, keluarkan sudu tadi.
2. Bila dah empuk masukkanserbuk lada hitam, kentang, serai, halia ketuk, rempah sup & tambah air secukupnya. Masukkan pula lobak merah & celery.
3. Dalam kuali panaskan sedikit minyak lalu tumiskan bahan tumis hingga wangi.  Tuang dalam kuah sup yang sedang mendidih.  Tambah garam & gula secukup rasa.
3. Bila kentang empuk.. bolehlah matikan api & hidang. Tabur bawang goreng & daun sup semasa hidang.

Selamat mencuba!



Friday, November 7, 2014

Pulut Kuning Berhias Perkahwinan *Tempahan*

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Hari ni belum ada resepi lagi... huhu... mood nak update resepi masih belum mari... malas betul nak tepek resepi sekarang ni.. Takpelah ye.. cuci2 mata dengan gambar pulut kuning berhias yang MaDiHaA buat baru2 ni ye...


Tempahan kali ni dari kawan di Facebook untuk majlis perkahwinan adik lelaki beliau.  2kg beras pulut digunakan untuk saiz loyang 10" x 10". TQ Zana sudi menempah dengan akak.  Segala kekurangan mohon dihalalkan.. Alhamdulillah.. Zana cakap sangat berpuas hati.  Lega mendengarkannya.  Hiasan pulut kali ni sangat2 simple. Tidak menggunakan banyak bahan.  Hanya menggunakan serunding daging, timun, carrot, telur puyuh & telur ayam.  Walaupun tidak gunakan banyak bahan tapi alhamdulillah... hasilnya sangat memuaskan hati MaDiHaA.


Jika ada yang nak menempah pulut kuning berhias boleh hubungi MaDiHaA ye.  Tapi hanya pada hujung minggu saja MaDiHaA boleh terima.  Weekdays memang tak dapat buat sebab MaDiHaA bekerja.  Jangan segan2... sms/call/WA MaDiHaA di 019-3171150.  Lokasi Bandar Sunway, PJ.

Monday, November 3, 2014

Potato Fritters



Assalamualaikum & salam sejahtera..


Orang lain dah berzaman buat.... kita baru je nak mencuba... hihii... biasalahkan.. dahla buat lambat.. nak update ke blog pun lambat juga... jadi dua kali lambat gitu.  Takpelah yang penting kita cuba walaupun ketinggalan keretapi.   Kat FB skrg dah masuk musim jeruk asamboi... macam2 dorang dok buat & tayang kat FB.. ada guna mangga, jambu batu, epal hijau, nenas.. eh eh... baru teringat MaDiHaA pun dah pernah buat dah lamaaaaa DULU dalam 2 tahun lepas... tp MaDiHaA buat guna buah betik.. memang sedapp.. tak sangka pulak sekarang ni tiba2 femes & jadi viral kat FB... ish ish ishhh.... kat FB memang cepat merebak... tp takpelah kan benda baik memang bagus dikongsi bersama...

Oklah nak ucapkan terima kasih Noraida Durani untuk resepi ni ye.  Jumpa resepi ni... jadi kita cuba yang ni la.. rasanya mcm ada banyak versi jugak kot... makan panas2 sedap.. rangup..

 
POTATO FRITTERS
Resepi :  Noraida Durani

Bahan2
3 biji kentang (sagat halus)
4 sdm tpung jagung
3 sdm tpung gandum
1 biji telur
Daun bawang
Serbuk Lada sulah
Garam
Ajinamoto (abaikan jika tdak perlu)
Minyak masak (utk mgoreng)

1. Satukan kentang yg telah dsagat dgn tepung jagung, tepung gandum, daun bawang, telur, serbuk lada sulah, garam, ajinamoto...gaul sebati
2. Panaskan minyak masak....sudukan dan goreng agak2 leper....balik2 kan...tunggu sampai masak... angkat....siap.  Sedap dimakan panas2 bersama sos yang disukai.

Selamat mencuba!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...