Friday, September 30, 2016

Gubahan Teddy Bear Dari Tuala.....

Assalamualaikum & salam sejahtera....


Hari ni malas nak taip resepi ye.. MaDiHaA nak kongsi gambar salah satu hantaran yang MaDiHaA buat untuk adik ipar yang kawin baru2 ni. Gubahan simple2 je, tapi MaDiHaA suka tengok hasilnya.. hihi... Comel tak?



Tergerak hati nak mencuba gubahan ni bila ternampak video cara2 menggubah dalam facebook yang dikongsi kawan. Terus rasa nak mencuba.  Kebetulan pulak adik ipar nak kawin dan memang serahkan 100% tugas menggubah hantaran kepada MaDiHaA, jadi teruslah tanya dia nak tak tuala kita gubah jadikan teddy bear? Bakal pengantin setuju, jadi MaDiHaA pun pesanlah kat dia suruh beli tuala warna coklat biar nampak betul2 macam teddy bear.  Ramai tetamu dan kaum keluarga yang tengok hantaran menyangka itu teddy bear betul2 bila sekali imbas tengok. Tapi bila tengok betul2 baru mereka perasan yang itu adalah tuala mandi. Hinggakan suami MaDiHaA sendiri pun sangka kan adiknya tu bagi teddy bear kat bakal suaminya.... sempat juga dia tanyakan 'bagi teddy bear ke"?' dengan nada tak puas hatinya... hahaha.. Yelahkan.. kalau pengantin lelaki bagi teddy bear kat pengantin perempuan mungkin boleh lagi diterima. Tapi bila sebaliknya... memang tak boleh diterima akal. Tapi bila tau asalnya dari tuala mandi.. masing2 barulah tersenyum.. hehe..



Pada yang nak mencuba, MaDiHaA sertakan link video yang ajar cara2 buat gubahan ni.. boleh klik kat sini ye. Untuk aksesori tambahan untuk buat mata, hidung & mulut teddy bear tu, MaDiHaA gunakan kain felt warna hitam & merah. Gamkan saja guna double tape. Manakala pada matanya, MaDiHaA cucukkan jarum peniti warna putih.

Alhamdulillah.. selesai tugasan dan amanah yang diserahkan pada MaDiHaA untuk siapkan hantaran adik ipar kali ni. Tak banyak yang digubah pun sebenarnya sebab banyak barang yang dibeli adik ipar semua tak perlu digubah. Cuma yang perlu digubah hanyalah tuala & gula2 je. Lepas tu MaDiHaA rajinkan diri buat sendiri bunga hiasan merah & putih tu dari kertas crepe. Jimat sikit kos hiasan hantaran bila buat sendiri bunganya. Dah siap buat bunga, terus MaDiHaA gubah jadikan hiasan bunga dulang bersama reben kain & reben kertas crepe. Nanti ada masa MaDiHaA kongsikan gambar gubahan dari gula2 pula ye.

Hingga bersua lagi...


Tuesday, September 27, 2016

Jeruk Mangga Asamboi

Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua..


Puan MaDiHaA kembali lagi... hihi.. Mujur tak hilang lama kali ni. Rajin2kan diri sapu2 habuk di blog yang dah suam2 kuku ni. Hari ni terasa nak kemas kini blog biarlah hanya dengan hidangan biasa2 je.

Mangga asamboi ni dah lama viral kan? MaDiHaA pun dah banyak kali buat. Cuma bab ambik gambar tu je yang malas. Itu yang takde masuk blog. Setakat ni rasanya pernah update kedondong asamboi je kot. Banyak yang boleh kita asamboikan selain mangga muda, MaDiHaA selalu buat guna buah jambu batu, epal hijau, kedondong dan juga nenas. Ada nampak yang terbaru orang dok buat guna buah rambutan... wahh.. sangat rare... tapi belum tergamak nak mencuba lagi.. hehe... 

Kalau u all nak tengok jeruk betik asamboi boleh juga tengok kat SINI ye. Yang ni dah lama MaDiHaA buat, cuma tak viral je. hihi.. tapi resepinya ada kelainan sikit sebab perlu tambah cuka. Yelah kan sebab buah betik takde unsur2 rasa masam, sebab tu kena tambah cuka. Hasilnya memang sedap, lebih sedap dari jeruk betik dulu2 yang biasa terjual dikedai2 runcit. Ada juga ternampak orang dok update resepi jeruk betik ni kat facebook, tapi tak sebut pun resepi ambik dari blog MaDiHaA.... biasalahkan manusia.. tak pandai nak hargai milik orang lain. Padahal.. resepi copy & paste sebiji2 dari blog ni.  Asalnya MaDiHaA pernah update resepi jeruk betik tu kat Fotopages dalam tahun 2009.. lamakan? Malaslah nak cerita pasal orang2 yang tak reti nak hargai orang lain ni.. buat sakit hati je. Takpelah yang penting ilmu yang MaDiHaA kongsi ni memang ikhlas.. tinggal lagi.. terpulanglah pada u all semua samada pandai nak berterima kasih atau tidak. Kalau nak mengaku sendiri punya resepi pun terpulangla.. MaDiHaA tak rugi apa2 pun...



Oklah tepek jugalah gambar mangga asamboi ni walaupun dah habis musim viralnya.. haha.. Minggu lepas adalah member baik kitorang kat opis ni bawak 2 plastik besar buah mangga muda untuk kami. Dia bukan staff syarikat pun, tapi dia supplier syarikat tempat kitorang kerja ni. Dia Chinese tau.. tapi memang tak kedekut... tiap2 tahun akan bawak mangga kat kitorang sebab katanya kat kilangnya ada beberapa pokok mangga yang berbuah lebat tiap2 tahun.



Lepas dah berbahagi2 buah mangga yang diberi kami tinggalkan dalam belasan biji mangga kat opis & esoknya kitorang buat mangga asamboi kat opis. Dapatlah 2 bekas kat atas tu.  Pagi2 sampai opis dalam pukul 7.45, MaDiHaA sensorang kopek siap2 buahnya & bila member2 lain sampai kitorang sama2 hiris & siapkan projek kitorang ni sampai termakan waktu opis setengah jam, tapi bos ok je... sebab bos pun sama naik suka makan asam.. hahaha..  



Senang je nak buat ni.  Biarlah walaupun semua orang dah pandai buat.. tepek la jugak resepinya.  Sukatan main agak2 je ni, adjustlah sesedap rasa ye. Gambar kat bawah ni pulak versi buat kat rumah mangga yang dibawa balik... asamboinya dihiris2 sebelum digaulkan. Rasanya yang dihiris2kan ni lebih mudah mesra/meresap dengan mangga.. cubalah ye..


Mangga Asamboi
Bahan2

4 biji mangga muda saiz besar
10 sudu besar gula 
1/2 sudu kecil garam
15 biji asamboi (nak hiris kecik2 isi asamboi pun boleh juga. yg ni lagi banyak lagi sedap)
5 biji cili padi (nak pedas tambah lagi)

Cara menyediakan
1. Kopek mangga muda & cuci bersih. Hiris ikut selera sendiri.
2. Masukkan dalam bekas yang ada penutup, masukkan gula, garam, asamboi & cili padi yang dihiris. Gaul rata & kemudian simpan dalam peti sejuk selama beberapa jam. 
3. Keluarkan bekas tadi & gaul rata sekali lagi biar semua mangga dapat meresap air gula sama rata. Boleh biarkan selama satu malam dalam peti sejuk sebelum dimakan, atau boleh je kalau nak dimakan terus lepas beberapa jam.


Selamat mencuba.

Tuesday, September 6, 2016

Rojak

Assalamualaikum & salam sejahtera..


Lama sungguh menyepikan diri dari berblogging. Dah jadi kebiasaan setiap kali lepas raya mesti senyap seribu bahasa sehinggalah sampai satu ketika rasa rindu berblog... tuan blog akan munculkan diri. hihi... Apa khabar semua? Harapkan semuanya berada dalam keadaan sihat2 semuanya ye.  Jaga kesihatan, jauhkan diri dari tempat2 yang berisiko dijangkiti penyakit memandangkan sekarang ni virus zika dah menular masuk Malaysia.. berasa takut2 juga dibuatnya.  Bagi ibu2 mengandung tu.. elakkanlah berada ditempat2 yang ada banyak nyamuk. Kat rumah tu sebelum masuk waktu senja2 cepat2 tutup tingkap & pintu rumah supaya nyamuk tak masuk rumah.  Jika perlu pergi ke tempat2 yang dikhuatiri banyak nyamuk.. belilah mosquito repellent yang tampal2 tu.. boleh tampal kat bahagian badan/luar pakaian kita supaya nyamuk tak datang dekat dengan kita.  Biarlah habis duit sikit asalkan kita bebas denggi/zika.

Okla... tiba2 banyak pula nak membebel kan.. maklumlah dah berbulan2 tak membebel kat blog. Oklah hari ni MaDiHaA nak kongsi resepi rojak yang ringkas ni. Nak buat pun senang je. Tapi ni bukan versi rojak mamak tu ye sebab takde kerepek yang garing2 & takde juga cucur kelapa yang keras tu.. ni rojak mudah2 je... Jom kita tengok apa bahan2nya. Seronok buat rojak ni... nampak macam sikit... tapi alhamdulillah.. boleh berbahagi2 ke rumah jiran2 MaDiHaA juga ni. 




ROJAK

Bahan2
5 biji telur rebus
5 biji kentang rebus
5 keping fish cake
5 keping tauhu
2 biji timun
1 biji sengkuang saiz kecil

Cara penyediakan
Goreng telur rebus, kentang rebus, fish cake & tauhu. Potong ikut sesuai rasa. Hiris atau raciktimun & sengkuang ikut selera sendiri.



Bahan2 Cucur
300g tepung gandum
2 gengam taugeh
2 gengam udang putih (udang halus2 dibuang kepalanya)
1 sudu kecil mauripan
1/2 sudu kecil garam 
sedikit serbuk kunyit
Air secukupnya

Cara2 Menyediakan Cucur
1. Campurkan semua bahan sehingga menjadi bancuhan cucur yang sederhana pekat.
2. Perap sekejap agak2 nampak naik atau berbuih2 sikit, bolehlah digoreng mcm cucur udang.



Bahan2 Kuah Rojak
60g cili kering/ segengam penuh ~ gunting, buang biji dan rebus hingga lembut.
2 ulas bawang putih
300g kacang tanah ~ digoreng dgn minyak hingga garing
4 cawan air atau secukupnya
2 sudu besar tepung jagung bancuh dengan sedikit air
2 keping gula manisan atau secukup rasa
Gula pasir secukup rasa
Garam secukup rasa
1 sudu besar asam jawa ~ campur air ambil jusnya

Cara2
1. Kisar cili kering dengan bawang putih. Kisarkan pula kacang tanah dengan air secukupnya & ketepikan.
2. Tumiskan bahan kisar sehingga pecah minyak. Masukkan air, gula nisan, air asam jawa serta garam. Bila mendidih masukkan kacang yang dikisar.  Tunggu sehingga mendidih kemudian masukkan air tepung jagung.  Masak sehingga pekat. Jika kuah terlalu pekat boleh adjust tambah air ikut keperluan.

Cara menghidang
Pilih bahan2 rojak ke dalam pinggan ikut keperluan. Tuangkan kuah di atasnya dan bolehlah nikmati rojak diwaktu minum petang atau bila2 masa.

Selamat mencuba!