Thursday, March 10, 2016

Kari Kepala Ikan Ala Mamak.... terbaikkkk...

Assalamualaikum & salam sejahtera..
 
 
Lama tak masak kari ala mamak untuk hidangan keluarga.  Biasa kalau ada ikan yang sesuai barulah rajin nak masak kari mamak ni.  Kalau ikan kecik2... lebih suka digoreng je.  Alhamdulillah ada rezeki dapat masak kepala ikan tenggiri iaitu kepala ikan lebihan masak untuk tempahan. Isi masak untuk tempahan, kepala & ekor untuk tuan rumah.. hehe.. berselera makan dibuatnya.. syukur alhamdulillah di atas rezeki dari Mu ya Allah... Ni kalau makan kat restoren, tak tau berapa puluh la kena cas ni kan.  Yelah ikan tenggiri segar ni memang boleh tahan juga harganya.  Tak mampu laa.... masak sendiri jelah lebih jimat..

Penggemar kari kepala ikan... bolehlah cuba masak sendiri pula lepas ni... resepi ni antara yang terbaik pernah MaDiHaA cuba... Jangan ragu2 nak mencubanya ye...
 
 
 
KARI KEPALA IKAN ALA MAMAK

Bahan2
2 ketul kepala ikan tenggiri yg siap dipotong (nak guna kepala ikan lain pun boleh)
5 sudu besar rempah kari ikan
1 1/2 sudu besar serbuk cili

Bahan2 Kisar (bahan kisar ni dicampur dengan serbuk kari & serbuk cili)
1 biji bawang besar
3-4 biji bawang merah
4 biji bawang putih
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam yg dikisar halus

Bahan2 Mayang
1 labu bawang besar dimayang halus
3 biji bawang putih

2 tangkai daun kari (Jangan leraikan)
1 sudu kecil sedikit halba campur 
1 sudu kecil biji sawi
2 sudu besar (jangan mumbung sgt) asam jawa berbiji (+ air ambil jusnya)
garam & gula secukup rasa
air secukupnya utk kuah (jangan byk sgt / sikit sgt.. agak2)

Bahan Rampai
Terung ataupun boleh guna kacang bendi (MaDiHaA guna bendi je)
Cili hijau jika suka
Buah tomato  jika suka

Cara Menyediakan
1. Panaskan minyak dan tumis bahan2 yg dimayang dengan halba campur & biji sawi. Setelah agak layu masukkan bahan mesin yang dicampur serbuk kari & serbuk cili.  Masukkan 2 tangkai daun kari...jgn ceraikan daun tu..sbb batang daun kari tu akan memberi aroma yg sedap pada kari kita. Masak sehingga hilang bau rempah tu... masukkan air jika rempah nampak kering.

2. Setelah rempah dah masak dan hilang bau, masukkan air asam jawa yg ditapis, air secukupnya ikut kepekatan kuah yg disukai...masukkan garam.

3. Setelah mendidih, masukkan ikan, bahan-bahan rampai. Jika guna terung bulat, masukkan terung bulat dahulu biar agak lembut kemudian baru masukkan ikan & sayuran lain. Masakkan sekejap sahaja supaya tak nak ikan masak terlalu lama dan hancur. Rasakan apa yg kurang bolehlah ditambah. Sedia utk dihidangkan.
 
Selamat mencuba!

Thursday, March 3, 2016

Tuna Roll

 Assalamualaikum & salam sejahtera...

Bersua kembali hari ni.  Merajinkan diri sapu2 sawang kat rumah tinggalan ni ha.  Dah bersawang sangat dah rasanya ni.  Malu pulak kot ada tamu datang.. hehehe...

Oklah hari ni MaDiHaA nak kongsi resepi Tuna Roll yang sangat sedap ni.  Resepi ambil dari blog Mat Gebu.  Tuna Roll ni dah kerap sangat Chemat kongsikan dalam blog beliau.  Rugi tak cuba lebih awal.  Padahal bukan susah sangat pun nak membuatnya. Bahan2 pun mudah nak cari. Memang sedap sangat2 roti ni. Anak2 & suami pun cakap sedap. Memang tak rugilah buat.  Puas hati buat roti sendiri. Dijamin bersih, halal & menjimatkan.  Buat sebelah malam, esok pagi2 anak2 boleh bersarapan roti ni. Nak berbekal pun boleh.

Pada Chemat.. akak ucapkan berbanyak terima kasih di atas perkongsian resepi yang best ni ye. Minta izin kongsi kat blog akak pula..



TUNA ROLL
Resepi : Mat Gebu
Dicuba oleh : MaDiHaA aka Ratna

BAHAN DOH :-)
250 gram tepung berprotein tinggi
50 gram gula halus @ gula kastor
1/2 camca teh garam halus
10 g susu tepung (mat guna susu "everyday")(MaDiHaA guna anlene)
1/4 camca teh bread improver
1/4 camca teh bread softerner
30 g telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
6 gram instant yeast
20 gram mentega
125 ml air suam (kalau guna Breadmaker guna air biasa)

BAHAN INTI TUNA :-)
2 camca besar mentega, dicairkan
1 tin tuna, ditoskan biar kering, lecek hancur
2 1/2 camca besar Mayonnaise
1 biji bawang besar, dadu kecil
1 pokok daun bawang (atau daun kuchai), hiris halus, asingkan sedikit untuk hiasan (MaDiHaA takde stok)
1 biji limau kasturi, perah jusnya (optional)
1/2 camca teh lada hitam yang baru dikisar, asingkan sedikit untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK DOH :- Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit). Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik. KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap (selalunya BM mengambil masa 30 minit menguli dan 1 jam memerap, ikut jenis BM masing2).
  2. UNTUK ROLL TUNA SANDWICH :- Satukan semua bahan untuk inti tuna kecuali mentega, kacau rata. Ketepikan. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, tabur sedikit tepung pada meja kerja, dan canai menjadi 4 persegi. Sapu permukaan doh tadi dengan mentega cair rata2. Tuang inti tuna dan ratakan. Tinggalkan sedikit ruang di hujung doh. Gulung seperti swissroll dan ketatkan. Kemas kan bahagian kiri dan kanan gulungan doh dan kerat kepada 10 bahagian sama besar.
  3. Susun dalam paper cup jenis bersaiz 4inci, tekan2 sedikit biar permukaan rata. Buat hingga siap. Perap 45 minit hingga kembang. Sapu telur (baki dari 30 g tadi), tabur baki hirisan daun bawang (mat guna daun kuchai) (MaDiHaA takde stok) dan lada hitam. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 25 minit atau hingga perang keemasan. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya..
Untuk cara2 menggulung... boleh rujuk kat  SINI

Selamat mencuba!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...