Friday, February 24, 2017

Siakap 3 Rasa

Assalamualaikum & salam sejahtera...




Dah lama tak pegi makan seafood kat luar. Zaman ekonomi meleset ni.. kalau teringin nak makan sedap2 kat luar pun kena fikir 2, 3 kali terutama macam kami ni lah yang suami isteri gaji seciput ni. Selagi boleh masak sendiri kat rumah, kita masak jelah kat rumah. Lebih menjimatkan gitu. Sekarang ni baru je terasa lega sikit sebab baru je lepas selesai semua hal persiapan sekolah anak2. Tak lama persiapan raya pulak. Ehh! puasa pun belum dah ckp pasal raya... hehehe.. Oh ya sebelum lupa.. bulan 3 ni road tax kereta mati... haa... nampaknya kena berjimat cermat lagilah nampaknya. Takde maknanya nak syok2 makan2 kat luar... moh ler kita masak sendiri... hahaha...

Sesekali layan tekak dengan ikan besar. Jom le kita masak 3 rasa. Kegemaran anak2 MaDiHaA... licin dikerjakan. Masak 2 ekor terus dengan sos sekuali.  Risau anak2 tak cukup. Tapi resepi kat bawah ni MaDiHaA bagi resepi untuk sekor je ye.. jangan keliru pula.. 



Siakap 3 Rasa


Bahan2
1 ekor ikan siakap saiz sederhana
garam & serbuk kunyit
sedikit tepong jagung
1/3 biji timun ~ potong dadu kasar (buang empulurnya)
1/2 biji cili bangla/capsicum ~ potong dadu kasar
Cauliflower ~ potong floret
1/2 cawan nenas yang dipotong kecil
10 biji tomato ceri
Sos cili ~ lebihkan
Sos tiram ~ lebihkan
Sos tomato ~ kurangkan dari sos cili&tiram
air secukupnya
Minyak masak secukupnya

Bahan2 hiris
1 biji bawang besar saiz kecil ~ didadu
2 ulas bawang putih ~ didadu
1 inci halia

Cara menyediakan
1. Ikan dibersihkan & dikelar. Cuci & toskan/lap dengan kitchen towel. Perasakan dengan garam & serbuk kunyit. Taburkan dengan tepong jagung hingga rata & goreng hingga garing. Letak atas pinggan hidangan.
2. Kurangkan minyak lebihan gorengan ikan tinggalkan sikit untuk menumis. Tumiskan bahan2 hiris hingga layu & wangi.
3. Masukkan air, sos cili, sos tiram & sos tomato. Kuantiti sos cili & sos tiram sama banyak, manakala sos tomato dikurangkan. Masukkan semua jenis sayuran yang dipotong & masak hingga mendidih. Pastikan sos secukup rasa bolehlah matikan api & tuangkan sos di atas ikan goreng tadi. Sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba!

Tuesday, February 21, 2017

Bingka Ubi Kayu

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Cuti sekolah tahun lepas MaDiHaA sekeluarga pegi jalan2 ke Tapah Perak rumah kakak ipar & juga Cameron Highland. Masa kat rumah kakak ipar tu, macam2 yang kami masak. Antara yang sedap ialah kuih bingka ubi kayu ni. Bila dah mula makan seketul, berketul2 pula masuk ke mulut. Memang sedap!

Pada peminat kuih2 melayu jom cuba sendiri buat kuih ni!  Untuk keluarga besar sukatan ni memang sesuai. Jika keluarga kecil bolehlah cuba buat setengah adunan saja. 




BINGKA UBI KAYU

Bahan-bahan
5 cawan ubi kayu yang siap diparut ~ kami guna pemarut kelapa ~ ubinya dikopek jangan dipotong2 supaya senang nak pegang masa nak mesin tu. Mesin berhati2 ye.
2 1/2 cawan santan pekat daripada 1 biji kelapa 
1 cawan gula pasir (boleh tambah jika suka manis)
1/2 sudu teh garam halus
sedikit pewarna kuning

2 sudu besar butter dicairkan

Cara membuatnya:
1. Panaskan oven 180C (api atas dan bawah)
2. Ubi kayu ditapis airnya tapi jangan terlalu kering ye. Perah sikit2 je guna kain maslin. Air tapisan tu dibiarkan supaya pati ubi mendak. Buangkan air & ambil patinya campur dalam ubi parut tadi. 
3. Campurkan ubi kayu tadi dengan santan, gula, garam, butter cair & pewarna kuning. Gaul sebati. 
4. Tuangkan dalam loyang & ratakan. 
5. Bakar sehingga masak anggaran 1 jam 15 minit - 1 jam 30 minit atau sehingga permukaan kuih nampak garing sikit. (waktu bakar bergantung oven masing2 & bergantung saiz loyang & ketebalan kuih)
6. Sejukkan kuih sebelum dipotong.

Selamat mencuba!


Friday, February 17, 2017

Tempahan Masak-masak untuk VVIP

Assalamualaikum & salam sejahtera....


Dah setahun berlalu baru sempat nak kongsikan. Ini antara kenangan manis & kejutan bila dapat tempahan masak-masak khas untuk santapan VVIP. Rasa macam bermimpi pun ada. Tapi inilah kenangan terindah sepanjang MaDiHaA ambil tempahan memasak. Apapun... kenangan ini takkan MaDiHaA lupa sampai bila2 biarpun MaDiHaA tak dapat nak war-warkan siapakah empunya diri si VVIP itu. Yang pasti beliau adalah orang yang sangat disegani, dihormati & disayangi ramai. Terima kasih ya Allah di atas rezeki ini & terima kasih kepada empunya diri yang memberi peluang kepada MaDiHaA untuk menyediakan juadah ini untuk santapan si VVIP tersebut. 

Bukan senang juga sebenarnya sebelum MaDiHaA diberi kepercayaan untuk memasak kali ini. Pelbagai soalan & pertanyaan persis interview. Pelbagai syarat yang perlu MaDiHaA patuhi. Pada mulanya terdetik di hati MaDiHaA, ishh... cerewet betul customer seorang ini.   Bukan MaDiHaA pun yang cari dia, tapi dia yang cari MaDiHaA.  Sebelum ni tak pernah pulak ada customer yang macam ni.. hehehe.  Tapi bila diberitahu yang masakan yang bakal ditempah ini akan dihidangkan pada orang yang paling istimewa terus MaDiHaA melopong, terkejut & bagaikan bermimpi di siang hari... hehehe... 

Syukur alhamdulillah segalanya dapat MaDiHaA atasi. MaDiHaA sediakan segala ramuannya dengan penuh kasih sayang, tiada satu pun ramuannya daripada ramuan segera seperti cili boh, kerisik beli, santan kotak atau santan fresh. Semua ramuan tersebut MaDiHaA sediakan sendiri, kisar cili sendiri, goreng kerisik sendiri, perah santan sendiri. Semuanya MaDiHaA sediakan dengan penuh kasih sayang umpama MaDiHaA masakkan untuk family tercinta. Semua syarat2 ketat MaDiHaA patuhi dengan tidak mencampurkan sedikit pun bahan perasa monosodium glutamat/ajinomoto walaupun pada mulanya agak cuak nak masak nasi ayam tanpa aji, tanpa kiub ayam sebab dah sebati dengan benda2 tu semua. Namun semuanya dapat MaDiHaA masak tanpa ada sikit pun cacat cela. Paling bersyukur hingga ke hari ini sudah setahun lebih MaDiHaA masak untuk keluarga sendiri pun tanpa gunakan aji. Stok aji yang lama masih ada dalam laci dapur, tak terusik. Sudah tidak janggal lagi masak tanpa aji & rasa masakan sama saja seperti sebelumnya. Kena pandai bermain dengan garam & gula untuk menaikkan rasa. Untuk ayam masak merah pula MaDiHaA gunakan madu manakala untuk rendang & gulai ayam MaDiHaA campurkan dengan gula kerek. Tempoyak pula dibeli khas dari Raub tempoyak asli tanpa bahan campuran lain. Syukur ke hadrat mu ya Allah di atas rezeki yang Kau kurniakan pada hamba MU ini.... 

Jom MaDiHaA kongsikan antara juadah yang MaDiHaA masakkan tahun lepas ni... 

 Menu pertama yang ditempah waktu tu hanyalah pulut kuning & rendang ayam.  Bak kata orang, ujirasa dulu. Syukurlah kerana lulus & kena dengan selera & mendapat tempahan seterusnya.


 Kali ini tempahan ditambah selain pulut kuning & rendang ayam, ditambah dengan 
ayam masak merah.


 Tempahan seterusnya menu yang lain sikit dari sebelumnya. Antara menunya adalah gulai ayam Terengganu, ayam goreng kunyit, kari ikan tenggiri, masak lemak ikan tenggiri & sambal tempoyak daun kayu. 


Tempahan kali ni pula hanyalah ayam goreng kunyit, masak cili padi lemak ikan tenggiri, tenggiri berlada & sambal tempoyak daun kayu.


Minggu seterusnya, minta dimasakkan menu nasi ayam serta kari ikan tengiri. 


Kali ini ulang semula menu pulut kuning, rendang ayam serta ayam masak merah.



 Tak jemu2 lagi dengan sambal tempoyak daun kayu tu.. tapi memang sedap lauk ni, MaDiHaA pun suka. Ditambah pula dengan lauk gulai ayam Terengganu & daging masak kerutuk. Special request daging tu nak daging batang pinang. Saya menurut saja.


 Kali ini menu agak banyak juga, tapi dalam kuantiti yang sikit2. Ayam goreng kunyit, ayam masak merah, ayam goreng berempah, tenggiri berlada, kari ikan tenggiri, masak lemak cili padi ikan tenggiri & sambal tempoyak daun kayu. Dari awal pagi sampai ke tengahari juga nak siapkan menu2 ni semua maklumlah buat kerja sorang2... hehe..



Menu yang sama juga menjadi pilihan. Tapi semua tempahan ni hanyalah pada hujung minggu & bukanlah tiap2 minggu mereka menempah. Tukar2 selera orang kata kan? Kali ni rendang ayam, kari tenggiri, masak lemak cili padi ikan tenggiri & sambal tempoyak daun kayu. 



Kali ni menu mudah je.. ayam goreng kunyit, kari ikan tenggiri, masak lemak cili padi ikan tenggiri & gulai ayam Terengganu. 



Kali ni menu nasi ayam pula dengan tambahan masak lemak ikan tenggiri & sambal tempoyak daun kayu. 



Tempahan terakhir di tahun 2016, set nasi ayam, ayam goreng kunyit, tenggiri masak lemak cili padi, sambal tempoyak daun kayu & sebiji kek gula hangus.



Sebenarnya selain masakan lauk pauk ini, mereka juga ada tempah kuih orang lama2 iaitu kuih qasidah. Maklumlah yang nak makan pun orang lama juga kan.. hihi.. Tapi kuih qasidah ni MaDiHaA suruh makcik yang buatkan sebab dia lebih pro kuih2 lama ni. Lagipun MaDiHaA memang tak sempat dah nak buat sendiri. Gambar kuih memang takde sebab driver ambil terus dari rumah makcik kemudian baru ke rumah MaDiHaA.

Oklah setakat tu je untuk kali ni, nanti ada masak update tempahan2 lain pula...

Wednesday, February 15, 2017

Ayam Goreng Berempah Mamak Penang

Assalamualaikum & salam sejahtera..

Hari ni MaDiHaA nak kongsi resepi ayam goreng berempah mamak yang sangat2 sedap.   Dah banyak kali juga MaDiHaA goreng ayam ni kat rumah & baru hari ni sempat nak update ke blog.  Anak2 semua suka & MaDiHaA sendiri pun memang suka ayam digoreng berempah macam ni.  Kepada peminat ayam goreng mamak bolehlah mencuba resepi ni yer. Bahan2 pun mudah saja & insyaAllah pasti puas hati.

Resepi ni MaDiHaA ambil dari blog mamak haji & MaDiHaA ucapkan berbanyak terima kasih pada mamak haji yang sudi berkongsi resepi rahsia yang sedap ni.  Minta izin untuk kongsi di blog MaDiHaA pula ye supaya lebih ramai lagi dapat menikmati kesedapan ayam goreng mamak di rumah masing2. 


AYAM GORENG BEREMPAH MAMAK PENANG
Resepi : Balannambiar
Bahan-Bahan:
Seekor Ayam 1.6kg – 1.8kg di potong 10 (potongan Nasi Kandar).
  • 4 Sudu besar Tepung Ubi Kayu.
  • 2 Sudu besar Tepung beras.
  • 1 Sudu besar Tepung jagung.
  • 1 Sudu kecil serbuk lada putih.
  • 1 Sudu kecil Serbuk kunyit.
  • 2 Sudu besar Serbuk Kari Daging.
  • 1 Sudu besar *cili kering yang dikisar halus. (MaDiHaA guna serbuk cili)
  • 3 Sudu besar Kisaran halus Bawang besar 1 biji + Bawang putih 4 ulas + Halia 2″ (inci).
  • 3 Tangkai daun kari dipotong halus.
  • 1 Kg.  Minyak untuk goreng.
  • Garam Secukup untuk dirasa.
Cara penyediaan:
1. Bersihkan ayam yang telah dipotong dan tos kering. Masukan kedalam bekas dan masukan serbuk kunyit dan sedikit garam dan gaulkan serata ketulan ayam didalam bekas. Kunyit mengandungi bahan antiseptik yang baik untuk membunuh bakteria yang terdapat didaging ayam .Masukkan serbuk kari, kisaran bawang+bawang putih+ dan halia. Tutup bekas ayam ini dengan plastik salut “plastic wraper” dan Peramkan di peti sejuk bahagian dingin selama 1- 2 jam untuk bahan rempah ini masuk kedalam isi ayam.
2. Keluarkan bekas dan masukkan Tepung Ubikayu, T.beras dan T.jagung bersama serbuk lada putih dan daun kari yang dipotong halus.Gaulkan serata dan dapatkan kelikatan tepung yang tepat.Sekiranya tepung terlalu likat boleh ditambah telur sebutir atau sedikit air. Kelikatan tepung adalah amat perlu diberi perhatian sekiranya cair tepung ini akan berpisah dari dari ketulan ayam..terlalu pekat ia akan menjadi cucur goreng. Maka dinasihatkan agar goreng seketul ayam dahulu untuk pastikan bentuk fizikal ketulan ayam.Peram 20-30 minit sebelum gorengan.
3. Panaskan kuali dan masukkan minyak yang secukup ( ketulan ayam perlu lemas dalam minyak). Tentukan minyak perlu panas sebelum memulakan goringan. suhu minyak amat memainkan peranan dalam gorengan yang cantik.
4. Untuk gorengan yang cantik ketulan ayam perlu dimasukan jangan terlalu banyak dan sedikit. Ap dapur perlulah sentia diawasi supaya ketulan ayam tidak hangus. pada keadaan biasa cuma masukkan 4 ketul dalam kuali yang sederhana besar pada api sederhana.Goringan ini biasanya ambil masa 20- 25 minit. Untuk pastikan ketulan ayam telah masak biasanya ketulan itu mula terapung. Masukan bahagian peha diakhir gorengan kerana bahagian peha ambil masa yang lama untuk masak dan memerlukan api yang kecil. Tanda peha sudah dimasak ialah dengan perhatikan urat pada bahagian bawah mula pecah dan ketulan mula terapong.

Selamat mencuba!

Friday, February 10, 2017

Donut Sayur

Assalamualaikum & salam sejahtera...




Sesekali datang angin rajin nak bereksperimen di dapur. Alah, bukan buat benda yang susah2 pun. Yang biasa2 aje. Kebetulan semua bahan2 ada kat rumah terutamanya cili merah, daun sup & daun bawang tu sebab ada lebihan buat nasi ayam tempahan. Itu yang projek menjadi tu. Kot nak kena cari bahan2 tu semata-mata untuk buat donut ni selalunya takde maknanya. Kat rumah memang jarang beli cili merah sebab kat rumah suka guna cili padi. Daun sup bagai tu pun jarang beli kecuali kalau nak buat nasi ayam. Macam hari tu menjadi projek bergedil tu pun sebab kes nak habiskan daun sup lebih tempahan nasi ayam jugak. MaDiHaA ni memang anti pembaziran.. hehe...

Ok berbalik pada eksperimen ni, secara tak sengaja masa dok belek2 buku resepi simpanan tiba2 ternampak resepi donut sayur ni. Dah lama di simpan belum pernah dicuba2 lagi. Sementara bahan2 ada ni walaupun ada yang derhaka (udang segar diganti udang kering) projek diteruskan.  Resepi ni sumbangan dari seseorang. Tapi lupa dah siapa... nanti MaDiHaA cek semula ye... Apapun terima kasih pada penyumbang resepi & idea. Selalu dok makan donut manis2 pun bosan juga. Anak2 suka plak makan donut sayur ni. Dorang cicah dengan sos cili. Sedap.. rangup kat luar & lembut kat dalam. Sesuai untuk mereka yang sukakan hidangan savoury macam suami MaDiHaA.

Ok jom kita tengok bahan2nya.



Donut Sayur
Resepi : (MaDiHaA update kemudian ye.. lupa siapa punya)
Dicuba oleh : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2 A
400 gm tepong high protein
100 gm tepong gandum
11 gm mauripan
1 sudu kecil bread improver
1/2 cawan susu tepong (susu baby pun boleh. MaDiHaA guna anlene)
50 gm gula kastor
16 gram garam
2 biji kentang (anggaran 170 gm) ~ direbus & dilenyek halus

Bahan B
3/4 ~ 1 cawan air ~ jangan habiskan tengok keadaan
1 biji telur ~ dipukul dgn garfu sikit (MaDiHaA tak letak telur. Jika anda pilih letak telur, air tu kena kurangkan lagi yea)

Bahan C
60 gm planta

Bahan D
1 batang lobak merah ~ disagat
2 pokok daun sup ~ dihiris halus
1 pokok daun bawang ~ dihiris halus
2 biji cili merah ~ buang biji & potong dadu kecil
1 biji bawang besar ~ dipotong dadu

1/2 cawan udang segar ~ dicincang (MaDiHaA ganti dengan udang kering ~rendam & tumbuk halus)

Minyak masak secukupnya.

Cara menyediakan
1. Campurkan kesemua bahan A hingga agak rata. Masukkan bahan B. Jangan habiskan semua air tu ye. Masukkan sikit demi sikit. Jika anda pilih nak masukkan telur, sila masukkan telur dahulu & uli. Kemudian baru masukkan air sikit demi sikit. Pastikan doh diuli keras sikit ye. Jika suka boleh masukkan dalam heavy duty mixer untuk diuli selepas dah dpt tekstur doh yang dikehendaki. 
2. Bila doh sudah rata, bolehlah masukkan planta & sambung uli guna heavy duty hingga planta sebati di dalam doh.  Jika uli dengan tangan bolehlah uli sehingga doh sebati & lembut.
3. Akhir sekali masukkan bahan2 D & diuli rata. Rehatkan sekejap sehingga doh naik sekali ganda.

4. Bila doh dah naik, bolehlah panaskan minyak dalam kuali. Basahkan kedua2 tangan dengan minyak masak (sediakan minyak masak dlm mangkuk lain ye.. jangan celup tangan dalam minyak panas pulak.. haha). Ambil sedikit doh & bentukkan menjadi bentuk donat & bolehlah digoreng dengan api sederhana. Buat satu demi satu & pastikan setiap kali nak bentukkan doh mesti basahkan tangan dengan minyak masak. Goreng donut sehingga coklat keemasan. Ulang buat sehingga habis. Sambil membentuk sambil goreng donut. Maksudnya donut masak satu demi satu dlm masa berlainan ye. Angkat & toskan sebelum dihidangkan.

Selamat mencuba!

Wednesday, February 8, 2017

Roti John Segera

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Update resepi mudah2 je. Antara feberet anak2 waktu berbuka puasa mahupun di hari2 biasa inilah dia Roti John. Anak2 memang tak pernah jemu kalau MaDiHaA buat roti john ni. Ambil langkah mudah je sekarang kalau nak buat roti john dengan membeli perencah segera roti john kat kedai pembekal sejuk beku. Macam2 ada kat situ. Beli sepeket boleh ulang buat berkali2 sebab guna perencah tu sikit je untuk buat roti john ni.  Macam saiz yang MaDiHaA buat ni, hanya tambah 4 sudu besar perencah dalam 2 biji telur gred A, pastu boleh terus buat untuk 3 biji bun roti john tu. MaDiHaA buat dalam pemanggang ajaib je. Ngam2 muat 3 biji roti bun sekali buat.

Jom MaDiHaA kongsikan cara membuatnya. Senang banget!




Roti John Segera

Bahan2
6 biji roti bun utk roti john saiz kecil (anggaran 7" pnjg)
4 biji telur gred A
8 sudu besar perencah roti john segera (perlu dipanaskan sekejap sebab ianya beku bila disimpan dalam peti ais. Lebihannya simpan semula dlm peti beku)
salad atau kubis secukupnya
tomato & timun ikut selera masing2.
sos cili/sos lada hitam (MaDiHaA guna sos lada hitam je)
mayonis secukupnya
planta secukupnya

Cara menyediakan
1. Panaskan pemanggang ajaib (saiz besar) masukkan 1 sudu besar planta
2. Pecahkan telur & kocok sedikit. Masukkan 4 sudu besar perencah roti john. & bancuh sebati. Tuang bancuhan telur dlm pemanggang ajaib yg dah panas hingga rata keseluruh permukaan. Buka belahan roti & tangkupkan ke atas telur tadi. Buat 3 ketul roti untuk 1 batch. Bila telur masak, potongkan telur biar terputus untuk angkat bun satu persatu letak atas pinggan rata. Habiskan semua bahan2 tadi.
3. Susun sayuran atas belahan roti tadi, picitkan sos & mayonis seckup rasa. Tutupkan belahan roti & sedia dihidangkan.

Selamat mencuba!

Tuesday, February 7, 2017

Acar Lobak Purple

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Lepas cuti raya Cina ni agak busy sikit. Sekarang barulah boleh bernafas sikit.  Jadi kita mencelah le kejap.  Hari ni sekadar update resepi mudah2 je. Takde nak kena taip panjang2. 



Pernah tak tengok lobak warna purple? Ehh.. bukan purple gelap tau.. yang ni purple samar2 je macam dalam gambar tu. Kot yang purple gelap tu rasanya bentuk & rasa mungkin lebih kurang lobak merah/oren tu kan? Cantik tengok orang buat deko pulut kuning. Tapi yang MaDiHaA maksudkan ni lobak purple yang tak terang sangat. Rasanya yang ni dalam keluarga lobak putih juga sebab ia jenis juicy gitu. Tapi saiznya lebih besar & dompok dari lobak putih. Ukura diameternya rasanya lebih kurang sebesar bekas taufufa tu. Memang besar. MaDiHaA potong 2 & kongsi dengan ma bagi dia rasa bawak balik kampung.  MaDiHaA beli kat Cameron Highland masa cuti sekolah tahun lepas. Saja nak rasa je. Rasa lebih kurang lobak putih & lebih sedap lagi sebab rasa maung dia tu tak sekuat lobak putih.  So takde lain la yang jadi feberet kami kalau lobak2 jenis macam ni MaDiHaA buat acar mentah aje. Sedapp... krup krap lawan pulak dengan kari ikan kat entry sebelum ni memang gu dialah...

Jom cuba.... kecur tengok balik gambar ni... ratah macam tu pun sedap...




Acar Lobak Purple

Bahan2
Lobak purple secukupnya
1 biji bawang merah ~ dimayang
1 biji cili merah
cuka secukupnya
garam & gula secukupnya

Cara menyediakan
1. Lobak dikupas kulitnya & dipotong memanjang halus. Cuci bersih & tos.
2. Campurkan lobak dengan bawang & cili. Tambah cuka, garam & gula secukup rasa. Biarkan sebentar supaya mesra sebelum dihidangkan.

Selamat mencuba...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...