Thursday, March 23, 2017

Apam Isabella

Assalamualaikum & salam sejahtera



Selamat bersua kembali. Terasa sekejap pula rasanya cuti sekolah dah hampir nak berlalu. Ibu2 kalau takde idea nak buat kuih apa untuk kudap anak2 cuti sekolah ni bolehlah try buat Apam Isabella ni. Sedap, lembut & gebu mesti anak2 suka. Buat dalam bekas yang comel2 ni.. mesti anak2 seronok makan. Sesuai juga untuk hidangan jamuan hari jadi. Susun2 dalam pinggan hidangan pasti nampak comel je warna warni.

Sebenarnya MaDiHaA dah pernah kongsikan resepi ni dahulu. Tapi tak apalah kita kongsi sekali lagi. Dalam blog ni pun memang banyak resepi ulangan. hehehe.. 

Resepi asal dari Sweet Red Cherry. Terima kasih banyak2 share resepi...



APAM ISABELLA
Sumber : MaDiHaA aka Ratna

BAHAN:
3 cwn tepung gandum } ayak
1 sk baking powder     } bersama
3 biji telur sejuk ( dr peti ais ) (MaDiHaA guna gred A)
2 cwn gula halus (MaDiHaA guna 1 3/4 cawan sj)
1 sm ovallete
1 cwn ice-cream soda ( boleh juga guna sprite )
2 sk esen ros (MaDiHaA guna 1 sudu kecil sj)
pewarna pink

CARA MEMBUATNYA:

- Panaskan kukusan terlebih dahulu.
- Pukul telur, gula halus dan ovallete sehingga kembang dan pekat ( putih ).
- Kemudian masukkan tepung gandum dan baking powder yang telah diayak tadi. Putar lagi.
- Masukkan ice-cream soda dan esen ros. Putar sebati.
- Bahagi aduanan kepada 2 bahagian. 1 bahagian bubuh warna pink. 1 bahagian warna asal.
- Tuang adunan ke dalam acuan / papercup secara selang seli. 
- Kukus selama 20 minit.

* Nota: Api yang digunakan jangan terlalu besar, sedarhana saja.
* Adunan yang aku buat ni menghasilkan 30 biji apam..buat 1/2 adunan jika terlalu banyak.


-Selamat Mencuba-

Monday, March 20, 2017

Bubur Jagung Bersagu

Assalamualaikum & salam sejahtera...



Sibuk sesangat sekarang ni hinggakan tak sempat nak jenguk2 blog sangat. Hari ni pun sekadar update resepi bubur jagung je. Dah lama juga tak buat bubur jagung. Sabtu malam tu en. suami balik kerja jam 8 pm sempat dia singgah pasaraya beli lauk basah & sayur serta jagung minta buatkan bubur. Petang Ahad barulah buburnya menjadi. Yelah nak buat malam tu macam dah tak berapa sempat je sebab suami bawak balik pun dah jam 9 40 pm. Tak sesuai la pulak nak masak bubur malam2... hehehe... Apapun.. syukur seronok tengok suami & anak-anak makan bubur jagung.. semua pun suka... Nanti kakak balik dari asrama boleh buat lagi. 

Kakak sekarang masih sibuk dengan MASISUPA (Majlis Sukan & Ilmiah Sekolah-Sekolah Agama Pahang) kat Pekan sekarang ni belum dapat berjumpa family lagi. InsyaAllah Selasa ni baru dia balik KL. Apun nak ucapkan tahniah pada kakak & pasukannya kerana team bola jaring kakak johan MASISUPA 2017. Kakak jadi pemain import untuk Sekolah Menengah Agama Al-Maidah Addiniah, Padang Tengku, Kuala Lipis bagi wakil Zon 4 negeri Pahang. Tahniah tau!! Keep it up girl!




Bubur Jagung Bersagu

Bahan2
4 tongkol jagung
3 senduk kecil sagu mata halus
air secukupnya
santan secukupnya (MaDiHaA guna 1 kotak santan ayam brand + 1 biji kecil kelapa parut diperah santan)
2/3 sudu kecil garam
8 sudu besar gula pasir (Nak manis tambah lagi)
2 helai daun pandan

Cara menyediakan
1. Jagung dihiris isinya ke dalam bekas. MaDiHaA suka hiris halus sikit untuk sebiji jagung tu hiris 2 kali. Kemudian isi yang melekat pada tongkol jagung dikikis2 sehingga bersih supaya tak membazir isinya.
2. Rebus air dalam periuk sehingga mendidih anggaran setengah periuk. Bila mendidih masukkan sagu. Rebus sagu sampai jernih & pastikan sentiasa kacau supaya sagu tak berkerak. Bila sagu dah jernih, tutupkan air & tambah air paip. Kemudian tapiskan sagu tersebut & basuh sehingga kanjinya hilang.
3. Masukkan santan secukupnya dalam periuk. Masukkan garam, daun pandan yang disimpul & jagung yang telah dihiris. Rebus hingga mendidih & jagung masak. Masukkan sagu & gula pasir & kacau sebati. Tunggu sehingga mendidih. Sekiranya kuah akak pekat boleh tambahkan air supaya bubur berkuah. Sebab nanti konsistensi bubur akan memekat sedikit apabila sejuk. Jadi biarkan ia berkuah sedikit. 
4. Jika suka manis boleh tambah gula ikut rasa yang anda suka ye. Selamat mencuba!

Friday, March 3, 2017

Pulut Kuning Berhias *Tempahan*

Assalamualaikum & salam sejahtera....


Salam Jumaat penghulu segala hari. Moga semua yang singgah ke blog MaDiHaA hari ini diberi rezeki yang melimpah ruah & juga diberi kesihatan yang baik2 saja ye.

Pagi ni sekadar berkongsi tempahan pulut kuning berhias je ye... lama dah rasanya tempahan ni dok peram je gambarnya.  Maaf ye customer... hihi...



Terima kasih pada customer dari Taman Medan yang menempah pulut kuning berhias  ini untuk ulang tahun perkahwinan kedua ibubapanya....




Customer minta deko sarat & nak sepasang burung yang saling bergesel antara satu sama lain (tanda kemesraan gittew... hehe..).... MaDiHaA just folow je arahan customer...

Semoga bertemu lagi...

Thursday, March 2, 2017

Sup Tepung

Assalamualaikum & salam sejahtera..


Sesekali mencuba kelainan. Nampak macam biasa2 je kan? Tapi nak membuatnya harus ada kerajinan. Buktinya... resepi ni dah hampir setahun tersimpan. Kini baru ada kerajinan untuk membuatnya. Sebab apa? Sebab tuan resepi dah masuk 2, 3 kali up gambar menu di FBnya tapi MaDiHaA masih tak terbuat2 lagi... hahahaa... Kali ni tak boleh berlengah2 lagi... terus je rajinkan diri & hidupkan enjin lama ni supaya projek terbengkalai ni terjadi...  hehehe.... hasilnya? Memang sedap & berselera kami & anak2 menjamu selera. Nanti kakak Dini balik dari asrama bolehla buat lagi... Terima kasih sis Nolly Epin berkongsi resepi. Mohon maaf sebab derhaka kat resepi. Biasalah masak selepas maghrib dah lepas balik kerja tu kan... kira nak cepat je... hehe... Masa nak makan tu tabur bawang goreng, daun bawang/daun sup & jangan lupa tambah sambal kicap... wow.... marbeless...





Sup Tepung
Resepi : Sis Nolly Epin
(Tulisan merah dalam resepi MaDiHaA tambah)

500grm tepung gandum
Sedikit ayam @ daging potong kecil (MaDiHaA guna 500 gm daging)
Fish ball, fish cake, filamen ketam ~ potong kecil (ikut kegemaran masing2)
1 ketul brokoli (saiz sedang)
1 ketul cauliflower (saiz sedang)
2 ulas Bwg putih, 
6 ulas bwg merah (bwg putih n bwg merah ditumbuk halus @ dipotong dadu)
2 kiub ayam @ ikan bilis maggie
2 sudu teh serbuk lada sulah (MaDiHaA tambah)
Daun sup & daun bawang
Bawang goreng
Sambal Kicap



Cara2nya:
1. Tepung diuli bersama air + garam.  Canai dan potong2 seperti kueteow. Setelah dipotong2 ketepikn dahulu.  (MaDiHaA shortcut je, uli lembut sikit & masukkan dalam acuan laksa guna bunga leper/bunga kuetiaw... terus putar dalam air mendidih & rebus sampai timbul. Angkat ke dalam air sejuk/air paip. Ulang sampai doh habis.)
2. Panaskan minyak masak. Tumis bawang, masukkn ayam @ daging.  Then masukkn air..(mcm nk buat sup). Biarkan mendidih & oleh kerana MaDiHaA guna daging, kena rebus lama sikit sehingga daging empuk.
3. Masukkn kiub ayam, fishcake & fishball
4. Setelah sup mngelegak.. masukkn tepung yg telah dipotong2 tadi. (step ni MaDiHaA tak masukkan lagi sebab tepong MaDiHaA dah masak, jadi step ni MaDiHaA masukkan sayur cauliflower dengan brokoli. Setelah mendidih terus masukkan kuetiaw tepong yang dah ditoskan ke dalam sup. Air MaDiHaA lebihkan sebab letak banyak sayuran.
5. Masukkn garam secukup rasa. Masak sehingga pekat.
6. Masukkn dlm bekas.  Taburkn bwg goreng dan daun sup.
7. Sedap dimkn dgn cili potong dan sambal cili kicap.

Selamat mencuba!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...