Friday, January 29, 2010

Kek Mentega Pelangi & Selamat Hari Lahir Ke 4 Tahun Buat Haziq..

Salam pagi Jumaat..

Hari ni 29 Januari 2010 (opss.. macamana tarikh kat blog hari ni jadi Khamis 28hb yer sepatutnya Jumaat 29hb??)genap 4 tahun umur anak bujangku Haziq. Hari Haziq dilahirkan pada waktu itu bersamaan dengan hari sambutan Tahun Baru Cina dalam tahun 2006.. tapi kira dah hujung2 hari dah sebab Haziq lahir tepat pukul 11.59 malam. Tinggal seminit jer lagi nak masuk 30hb. Kalau diikutkan waktu tu Haziq belum cukup 40 minggu dalam kandungan. Tapi oleh kerana ibu ada masalah kesihatan.. terpaksalah ibu di'induce' awal 2 minggu dari tarikh due yang sebenar. Setelah ibunya berhempas pulas menahan kesakitan yang amat sangat.. akhirnya.. dapat juga Haziq melihat dunia pada tarikh 29hb Januari 2006. Syukur alhamdulillah kerana semuanya selamat..

Bila dah lahir.. sekarang barulah tau rupanya Haziq berkongsi tarikh istimewa ini dengan 2 orang lagi yg dekat dengan kami iaitu anak sulung jiranku iaitu Zetty & juga kawan sekolah ku yang kini berada di Kota Tinggi Johor iaitu Norlela Ithnin.. Happy birthday buat Zetty & Ella... Kami doakan yang terbaik buat Zetty & Ella yang jauh di sana..

Buat anak ibu Haziq... ibu ucapkan selamat hari lahir buatmu sayang.. Semoga Haziq akan menjadi anak yang soleh, baik budi pekerti dan berjaya dalam hidup... Aminn...




Kali ni.. aku nak masukkan gambar & resepi Kek Mentega Pelangi yang resepinya diambil dari FP MamaFaMi..Kalau tak silap.. menurut mama beliau ambil resepi ni dari blog Bro Rozzan iaitu resepi butter cake.. MamaFaMi yang terlalu fanatik & sukakan warna-warna itu telah mengubah resepi kek butter yang plain menjadi kek butter pelangi yang indah lagi menawan. Sekarang.. giliran MaDiHaA pulak meniru mama kerana terpesona dengan kek pelangi mama yg indah itu walaupun kek yang aku buat ini tidak seindah air tangan Mama.... So untuk kedua2 pakar memasak ini MaDiHaA ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi berkongsi resepi ini. Macam biasa.. resepi ini aku kopipes terus dari FP mama.. Thanks to mama & juga bro Rozzan..




KEK MENTEGA PELANGI
Bahan-bahan :

250g mentega
200g gula halus
5 biji telur
210g tepung gandum
1/2 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil esen vanilla
* 1/2 sudu kecil esen ros (MaDiHaA tak letak ni)
* pewarna makanan : merah jambu, kuning, hijau, biru

Kaedah penyediaan :

1. Ayakkan tepung dan serbuk penaik sebanyak 3 kali. Ketepikan.
2. Krimkan mentega dan gula hingga kembang dan ringan.
3. Masukkan telur satu per satu dan kacau sebati.
4 Tuangkan esen vanila dan esen ros. Kacau lagi supaya adunan menjadi licin dan ringan.
5. Kaupbalikkan tepung ke dalam adunan hingga sebati.
6. Bahagikan bater kepada 4 mangkuk kecil.
7. Tuangkan beberapa titik pewarna makanan ke dalam mangkuk tersebut dan kaupbalikkan supaya warna sebati dengan bater.
8. Sudukan 2 sudu besar bater kuning ke tengah-tengah loyang pembakar yang telah dialas dengan kertas.
9. Sudukan 2 sudu besar bater merah jambu di atas bater kuning.
10. Lakukan yang sama kepada bater hijau dan biru. Ulangi proses ini sehingga semua bater telah habis digunakan.
11. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180 C selama 45 hingga 50 minit (bergantung oven masing2).

Thursday, January 28, 2010

Chewy Gooey Yummy Brownies

Ambil dari 'rumah lama' sekadar untuk koleksi di dapur baru ku ini...

Brownies ni sememangnya sedap!! Makan sekali pasti mau lagi dan lagi.. Mohon maaf kerana tak tau siapa empunya sebenar resepi asalnya. Walau apapun.. terima kasih banyak2 pada yg mencipta resepi brownies yang sedap ni.



CHEWY GOOEY YUMMY BROWNIES

Bahan:
250 g butter - potong kecik
400 g coklat masakan - potong kecik
6 biji telur
340 g brown sugar (Madiha kurangkan sehingga 300 gm ~ masih manis lagikk )
2 s/k esen vanilla
20 g chocolate emulco (anggaran 1 sudu besar)
80 g tepung gandum (ayak bersama coco powder)
60 g cocoa powder
140g kacang walnut/pecan/ macadamia (optional)-toastkan (Madiha guna almond yg dipotong 4 ~ rasanya guna walnut lagi best sbb almond agak keras sket.. )

Cara:
1) Panaskan oven suhu 160C. Sediakan dan alas tray 11X11. (Madiha guna tray shortbread 12" x 12")
2) Double boil butter dan chocolate hingga cair, ketepikan biar suam sikit.
3) Masukkan telur, gula, esen vanila dan chocolate emulco dalam satu mangkuk yg lain, guna hand whisk , kacau hingga gula cair.
4) Tuang butter dan coklat cair tadi kedalam mangkuk adunan telur tadi dan gaul rata.
5) Masukkan tepung & coco yg diayak sikit demi sikit dan gaul rata. Jangan gaul terlalu lama.
6) Tuang dalam tray dan bakar 160C/50 minit-1jam (bergantung pd oven).
7) Bila masak, biarkan dalam tray hingga sejuk. Lebih sedap kalau disimpan semalaman. Sedap dimakan sama ada begitu shj atau bubuh ganache atau dgn icecream atau dgn sos kastad. (Madiha bubuh coklat topping)

Coklat Topping
Bahan2

250 g coklat masakan
1sudu besar susu pekat manis
3 sudu besar shortening

Cara
Cairkan semua bahan2 cara double boiler sehingga coklat masakan benar2 cair. Tuangkan di atas brownies dan hiaslah ikut suka hati anda

Wednesday, January 27, 2010

Pasta Tuna Tomato

Sebenarnya dah agak lama dah masak pasta ni.. asyik tertunda2 nak update.
Jomlah layan pasta pulak.. asyik layan menu org kampong... sesekali jd orang Itali apa salahnya kan?

Resepi ni ambil dari FP Kak Rinnchan kita yg terer masak2 tuh.... setiap kali tengok gambar2 masakan Kak Rinn.. setiap kali itulah rasa nak follow atau mencuba... hehehe.. tp takdelah boleh follow semuanya.. tak terkejar.. hehehe.. kita follow mana2 rasa yg betul2 buat kita tak tahan iman ajelahh.. hehe..

Pada Kak Rinn.. TQ share resepi ni... macam biasalah saya kopipes.. mintak halal yer



PASTA TUNA TOMATO
BAHAN-BAHAN:
250gm pasta (Kak Rinn guna penne, MaDiHaA guna spiral )
2 biji tomato segar yang ranum, dadukan
120ml tuna chunk in olive oil
1 ketul kecil brokoli ~ potong florets (yg ni MaDiHaA tambah.. boleh juga tambah cili capsicum 3 warna kata Kak Rinn)
1 biji bawang besar, dicincang
3 biji bawang putih, dicincang
2 tsp lada hitam kisar
2 tangkai daun ketumbar, dicincang
1 tsp oregano
1 tsp parsley
1 tsp basil
1 tbs sos tiram
Garam & gula secukup rasa
Sedikit Minyak Zaitun untuk menumis

CARA-CARA:
1. Rebus pasta sehingga lembut. Toskan.
2. Tumiskan bawang besar dan bawang putih.
3. Masukkan tomato segar. Kacau hingga layu dan lembut.
4. Masukkan tuna chunks dan bahan-bahan yang lain. (rasanya boleh tambah sedikit air jika terlalu kering.. aku punya tu agak kering sikit daa... )
5. Setelah semuanya sebati, masukkan pasta.
6. Kacau sekadar rata. Hidangkan.

Jemput makan!

Labu Air Goreng Pedas

Biasanya kalau beli labu air mak2 kita dulu dok masak bening ataupun tumis air jer. Kali ni kita try goreng plak... kita tengok macamana rasanya. Dah siap tu.. try rasa sikit.. eehhh.. sedap ler pulak..! hehe.. Yang sebenarnya kalau masak secukup rasa tu mestilah sedap kan....? kalau masak tawar heber (kata org Trengganu) umpama lauk hospital tu.. sure ler kata tak sedap.. hehehe..



LABU AIR GORENG PEDAS
Bahan2
1 biji labu air (saiz sedang)
1 keping dada ayam ~ potong dadu
Minyak utk menumis
garam & perasa (jika suka)
air secukupnya utk melembutkan labu

Bahan2 Tumbuk
1 sudu besar udang kering
1 biji cili merah
5 biji cili padi
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih

Cara2 Menyediakan
1. Kupas kulit labu, cuci getahnya & potong saiz kesukaan anda.
2. Panaskan minyak lalu tumiskan bahan2 tumbuk hingga wangi & agak garing. Masukkan ayam & kacau rata.
3. Masukkan labu & juga air biarkan hingga labu lembut sambil sesekali dibalik2kan. Elok ditutupkan kuali dengan penutup periuk agar labu cepat lembut.
4. Perasakan dgn garam & penambah perisa. Sedia dihidangkan.

Sambal Tumis Belacan Bilis & Petai

Selalunya hubby yang masak sambal ni.. aku tak ambik kisah pun tiap kali dia masak sebab dok sibuk buat kerja lain.. Tapi bebaru ni teringin pulak nak makan.. jadi aku pun kecek2lah ngan hubby resepi sambal ni.. Memang kuat rasa belacannya.. tapi yang itulah yang buat selera makan.. haha.. memang pedas menyengat!! Tapi sekali cuba gerenti mau lagi.. kalau yang tak tahan pedas tu bolehlah dikurangkan cilipadinya & boleh tambah cili merah...

SAMBAL TUMIS BELACAN BILIS & PETAI

Bahan2
1 mangkuk sedang ikan bilis siap kopek
2 - 3 papan petai ~ kopek & belah 2
2 biji bawang besar ~ mayang bulat
2 ulas bawang putih ~ hiris
20 - 40 biji cili padi (bergantung saiz cili padi & bergantung pedas yg anda suka ~ sila lihat gambar)
1 peket belacan (spt dlm gambar)
1 sudu besar asam jawa
1 cawan air (bancuh asam jawa dengan air ini)
aji secukup rasa
1 sudu besar gula
*tak perlu tambah garam*
minyak masak secukupnya anggaran setengah cwn

Cara2
1. Tumbuk cilipadi hingga lumat. Campurkan belacan dan tumbuk hingga sebati cilipadi & belacan.
2. Panaskan minyak, gorengkan ikan bilis sekadar lembut (tak perlu garing). Masukkan petai dan goreng lagi hingga petai nampak layu.
3. Masukkan bawang putih & bawang besar mayang. kacau2 hingga nampak bawang layu.
4. Masukkan cili & belacan tumbuk tadi dan goreng lagi hingga naik bau.
5. Tambahkan air asam jawa, gula & aji. Kacau2 hingga sebati. Biar seketika & bolehlah ditutupkan api dan hidang dengan nasi panas2 bersama ulaman & ayam goreng rangup kat bawah tu pun dah memadai.. hehe..

Friday, January 22, 2010

Ayam Goreng Rangup

Senang banget nak menyediakan ayam goreng rangup ni.. tapi ayam ni ternyata lebih 'berasa' daripada digoreng garam kunyit mcm tu ajer..



AYAM GORENG RANGUP
Bahan2
½ ekor ayam ~ potong saiz kesukaan, cuci bersih & tos
minyak masak utk goreng terendam

Bahan perap
garam secukupnya (jgn byk sgt sebab ada sos tiram)
2 s/k serbuk kunyit
2 s/k serbuk kari ayam
2 ulas bawang putih ~ ditumbuk halus
1 inci halia ~ ditumbuk halus
2 biji cili padi ~ ditumbuk halus
1 sudu besar sos tiram

Bahan Salut
Tepong jagung secukupnya

Cara Menyediakan
1. Gaulkan ayam bersama bahan2 perap sehingga rata. Perapkan anggaran 20 minit.
2. Panaskan minyak dengan api sederhana. Bila minyak cukup panas. Ambil seketul ayam lalu dibalik2kan ke dalam tepong jagung agar seluruh ayam dilitupi tepong. Terus masukkan ke dalam minyak yg panas. Ulangi proses yg sama.
3. Bila ayam garing kedua2 belah, angkat & toskan.
4. Ulangi menggoreng ayam sehingga habis.

Selamat mencuba!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...