Assalamualaikum & selamat petang...
Inilah dia Soto Ayam yang digandingkan dengan Bergedil Udang Kering yang aku buat pagi ahad baru2 ni... Gara2 tak puas makan masa Jamuan Sempena Aidilfitri kira2 seminggu sebelum tu... Jadi aku buatlah sekali lagi.. tapi kali ni buat sikit jelah... untuk makan2 keluarga sendiri aje.. sikit2 pun kira merangkap sarapan & makan tengahari sekalilah.. hehe... Sebelum subuh lagi aku dah bangun siapkan bergedil, masak kuah soto & lain2. Masa abang balik dari kerja shift malam pagi tu... sarapan Soto dah pun siap! Tapikan.. entah kenapa pagi ahad tu lepas siap masak segala.. tiba2 jer aku pening & pusing2 kepala.. berjalan rasa melayang2 macam nak rebah jer.. Mungkin sebab tak cukup tidor agaknya.. coz malamnya aku siapkan order 2 tray puding dah tidor lewat. Pastu paginya bangun awal pulak... tu yang tak dpt nak turun hantar puding masa Yusmeri datang nak collect tu... terpaksa mintak tolong hubby yang hantarkan.. huhu...
Masa jamuan raya hari tu memang aku tak sempat langsung nak ambik gambar close up soto ayam dalam pinggan... Kali ni barulah aku posingkan dia puas2 sebagai bukti yang aku dah pandai masak soto... kehkehkeh... Punyalah bangga kan.. bertahun2 cita2 nak masak soto selalu terbantut bila dok fikirkan betapa cerewet nak menyiapkan hidangan ni sebab banyak benda nak kena prepare terutama bab nak gentel bergedil & nak carik2kan isi ayam tu.. (serupa jugak dengan nasi kerabu yg byk sgt benda yg nak kena sediakan.. sampai skrg aku tak pernah masak sendiri nasi kerabu!). Tapi rupanya bila dah try buat sendiri... idok ler susah mana pun... yang penting nak kena rajin sikit jer.. Pehh.. nada berlagak aje bunyinyer tu kan..? padahal orang lain dah berkurun pandai masak soto.. kekekeke....
Ok.. yang bawah ni gambar masa jamuan raya hari tu.. masuk sekali lagi ehh... ada bezakan? hehe... Bergedil tu saiz besar sikit dari yang aku buat tu.. yang aku buat ni comel2 jer saiz dia.... Lagi kacang tanah tu pun.. yg dulu aku goreng tak buang kulitnyer... Kali ni sebab masak sikit.. rajinkan diri buangkan kulit dia.. hehe.. Cuma yang serupa ialah sambal kicap & bawang goreng sebab guna yang sama sebab masih ada baki lagi...
Ok.. mari kita tengok resepi Soto Ayam yang sedap ni yer.. Terima kasih pada Yatie untuk resepinya.. Terima kasih juga pada Mas kerana tayang soto yang buat akak terliur sakan. Juga TQ pada Izah yang dok gembar gemburkan cerita pasal kesedapan soto yang Mas masak tu.. itu yg bikin akak tak sabar2 nak mencuba.. hihi... Tapi sebelum tu.. nak tayang jugak gambar rempah soto yang digunakan yang membuatkan soto ku itu mendapat pujian ramai. Sampaikan ustazah sekolah Tadika Haziq pun mintak resepinya.. hihi...
Inilah rempah yang ku gunakan yang buat soto ku begitu sedap.. hihi.. berbeza rasanya dengan serbuk rempah sup yang biasa aku gunakan untuk buat sup (Adabi)... inilah rahsianya..
Mintak halal ye Yatie resepinya akak letak sini.. sedap sungguh resepi ni tau.. tapi ada akak edit2 sikit ni.. jangan marah yer..
Resepi : Yatie Memories
* Nasi Impit secukupnya* 1 ekor ayam - dipotong 4 (3 kpng di goreng dan 1 kpng di cincang kecil2) ~ MaDiHaA gunakan bahagian bertulang spt leher, kepak & kaki dipotong kecil2 & masukkan dlm kuah soto & bahagian lain direbus dulu dalam sup soto kemudian barulah digoreng
* 3 sudu besar rempah sup @ rempah soto
* 1 ketul sup bunjut adabi
* 1 sudu besar lada sulah - di tumbuk lumat
* 1 ketul kiub pati ayam
* 6 cawan air atau secukupnya ~ MaDiHaA gunakan 3 liter air plus2.. hehe
* Garam dan sedikit gula
Bahan Tumis
* Rempah tumis(1 kayu manis, 1 bnga lawang, 2 buah pelaga dan 2 biji cengkih)
* 2 biji bwng merah- di hiris
* 2 ulas bwng putih- di hiris
* 2 btng serai- di titik
* 2 cm lengkuas- dititik
Bahan Kisar
* 1 biji bawang besar*
* 5 ulas bawang merah *
* 3 ulas bawang putih *
* 1 inci halia *
* 4 ~ 5 biji buah keras ~ MaDiHaA tambah ni ikut resepi makcik.
Bahan utk tabur dan di makan bersama nasi impit.
* 1 mangkuk kecil tauge
* 1/2 cwn kcng tanah- di goreng
* 1 paket kecil su'un- di goreng
* sambal kicap secukupnya ~ MaDiHaA goreng cili padi + bawang putih sikit & kisar + kicap & sikit gula
* 2 tangkai daun sup dan daun bawang - dihiris halus
* Sedikit bawang goreng
* Bergedil - Mas tambah ~ MaDiHaA pun tambah bergedil.. klik SINI untuk resepi.
Cara memasak :
1. Kisar halus bahan yang bertanda *
2. Sementara itu goreng 3 keping ayam yg dilumur sedikit garam dan serbuk kunyit hingga sedikit garing. Angkat dan ketepikan dahulu. Mas rebus ayam dalam kuah soto dulu baru angkat dan goreng. MaDiHaA ikut sama macam Mas.
3. Panaskan sedikit minyak di dalam periuk, tumiskan rempah tumis, bwng merah dan bwng putih yg di hiris, serai dan lengkuas yang telah dititik hingga naik bau, kemudian masukkan bahan kisar, kacau hingga garing.
4. Masukkan rempah sup dan serbuk lada sulah, kacau sebati dan masukkan kiub ayam tadi, masukkan air dan ayam yg di cincang tadi.
5. Masukkan sup bunjut adabi dan gaul sebati.
6. Biarkan sehingga mendidih, masukkan garam dan sedikit gula, kacau rata dan perasakan.
7. Sekiranya rasa dah ok, matikan api dan bolehlah hidangan bersama nasi impit.
8. Sementara itu siat2kan isi ayam hingga habis.
Cara Penyediaan
1. Masukkan nasi impit yg telah di potong kecil kedalam mangkuk hidangan, kemudian letakkan sedikit tauge, ayam yg telah di siat2 tadi, kcng tanah goreng, su'un goreng dan tuangkan kuahnya, taburkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng. Letakkan sedikit sambal kicap.
2. Setelah siap bolehlah di makan. Nak menambahkan kesedapannya.. boleh hidang bersama bergedil.
Selamat Mencuba!



















