Wednesday, November 16, 2011

Kek Lapis Krim Kraker Kukus

Assalamualaikum....

Bersiaran terus dari rumah ye hari ni. hehe... Anak dara ku yang kecik bam-bam tu kurang sihat sejak malam tadi. Berjagalah ibunya ini dari pukul 2 pagi sampai ke 5 pagi. Nasib baik mlm tadi tidur awal pukul 11 malam. Dapatlah tidor 3 jam sebelum terpaksa berjaga sebab Alin asyik merengek & muntah2. Baru ibu nak lena bila nampak Alin dah lena kul 5 pagi.... alarm hp pulak berbunyi... Adeiii... memang tak boleh kerjalah mcm ni. Bukan aje anak tak sihat nak dibawa ke klinik... ibu pun boleh pusing kepala kalau tak cukup tidor... Dah serik kena 2, 3 kali sebelum ni.. Jadi terpaksalah ibunya ambil emergency leave.  Moga cepat sihat ye nakk... 




Oklah untuk resepi kali ni... nak kongsi resepi kek yang diambil dari blog Kak IlahJY.  Sebenarnya dok mencari2 resepi kek yang menggunakan browning sugar. Dah lama browning sugar tu dok terperap dalam laci dapur tu. Browning sugar tu pemberian seorang customer ku Along Ayu yang rajin mengorder kuih lapis pisang tak lama dulu.  Tak sangka pulak dpt ole2 dari Sarawak bila dia berkunjung ke sana. Terima kasih ye Along Ayu. Maaf sebab lama perap browning sugar tu.. tak tau sebenarnya nak guna untuk apa.  Agak2.. sesuai tak dibuat kuih kosui/kaswi. kalau ada orang Sarawak yg tau.. lehla share ye.  Kalau guna browning sugar tu mesti kuih kosui jadi cantik gelap. Tak payah letak kicap bagai... hehe..

Oh ya... masa ronda2 di blog Kak IlahJY hari tu... tiba2 nampak resepi kek yang gunakan browning sugar... jadi teruslah jalankan projek sebab resepi Kak IlahJY tak banyak gunakan telur & bahan2 lain pun mudah nak cari. Tapi sebelum tu nak mintak maaf pada Kak IlahJY sebab MaDiHaA ada ubahsuai sikit resepi tu... ikut bahan yang ada kat rumah disamping untuk mengurangkan rasa manis pada kek... MaDiHaA gantikan penggunaan biskut meri kepada biskut krim krakers.  Nama pun dah tukarlah juga daripada nama Kek Batik Marie Kukus kepada Kek Lapis Krim Kraker Kukus.  Harap Kak IlahJY tak marah ye... mintak halal resepinya & terima kasih juga share resepi ni.  Ramai yang dapat merasa kek ni tau kak... siap boleh di bawa ke meeting lagi. Ramai yg kata sedap & pada saya kek ni rasa healthy jer bila makan sebab mungkin rasa dari krim krakers tu buat kek ni tak muak & rasanya pun kurang manis. So takdelah rasa 'bersalah' sangat bila makan.. hahahah..


Kek Lapis Krim Kraker Kukus
MaDiHaA guna loyang 4 segi 9 inci 
Resepi : Kak IlahJY 
Sumber : MaDiHaA a.k.a Ratna

Bahan2 
Biskut krim krakers secukupnya (resepi asal guna biskut meri)
6 biji telur
225 gm gula halus (MaDiHaA guna 180 gm gula perang)
200 gm mentega
200 kaya
150 gm tepung gandum + 30 gm lagi (ralat : tambahan 30 gm ni yang lupa nak taip semalam)
5 sudu besar susu manis
1 sudu teh vanilla
2 sudu besar browning sugar/gula hitam sarawak
1 sudu teh baking powder (ralat : ini pun lupa nak taip semalam)

Caranya:

Putar mentega dan gula sehingga kembang, masukkan telur 1/1 putar sebati.
masukkan kesemua bahan sambil diputar dgn kelajuan sederhana sehingga sebati. (MaDiHaA bancuh dulu browning sugar dengan bahan2 basah yang lain hingga sebati baru masukkan dlm bancuhan butter)
kemudian baru dimasukkan tepung dan putar sehingga sebati.
ilah jy bahagikan 4 mangkuk biar sekata setiap lapisan.(((4 lapisan lah)))

Panaskan kukusan. sapukan acuan dgn marjerin dan tabur tepung. masukkan adunan tepung merata bahagian bawah dan terus aturkan biskut marie  (MaDiHaA guna biskut krim krakers) sepenuhnya. kukus selama 15 minit dan sehingga masak. Tekan sikit dengan alat penekan kek lapis supaya rata. (MaDiHaA tak tekan sbb takde alat tu..)

Angkat dari periuk dan ratakan lapisan seterusya seperti tadi sehingga habis. akhir sekali tak perlu letak biskut & teruskan kukus sehingga 20 minit/masak. Sejukkan baru potong.
Selamat mencuba!

Tuesday, November 15, 2011

Daging Goreng Daun Selasih

Assalamualaikum....
Apa khabar semua?  Rindu banget nak update blog. Sehari dua ni sibuk sikit siapkan dokumen ISO.  Cuti hujung minggu yg lepas pulak sibuk dengan jemputan kenduri kawin & xtvt keluarga. Dua hari berturut2 tak lekat kat rumah (sampai kerja2 rumah pun turut terbengkalai.. hehehe..) asyik merewang kat rumah makcik aje.  Penat tapi seronok!  Minggu depan pun ada jemputan kenduri kawin juga.. awal bulan depan pun ada satu lagi jemputan kenduri anak jiran sebelah rumah..  Dah masuk musim kenduri kawin sekarang ni kan... Biasalahkan.. musim cuti sekolah memang ramai yg ambil kesempatan buat kenduri... Bila dah pegi kenduri tu.. faham2 ajelah kan... kita gantunglah periuk & kuali kat rumah tu... hahaha.. 

Macam biasa kalau kenduri kendara masyarakat Melayu tak lepas dari menu ayam & daging kan?  Teringat pulak daging korban yang ma & makcik bagi hari tu belum terusik.  Balik dari kampong tempohari sempat jugak MaDiHaA kutip  daun kemangi dalam pasu ma yang nampak subur tu... dalam kepala dah bercadang2 nak masak dengan daging sebab resepinya dah lama MaDiHaA simpan.. cuma tunggu ada stok daun kemangi/selasih tu aje.

Oh ya.. bercerita pasal daun selasih.. sebenarnya resepi asal guna daun selasih.. tapi MaDiHaA gantikan dengan daun kemangi sebab memang susah sikit nak jumpa daun selasih. Menurut ma (mak MaDiHaA)... daun selasih aromanya lebih kuat  berbanding daun kemangi yang lebih kepada lembut. Tapi kedua2nya adalah dalam satu 'family'. Kalau tak silap MaDiHaA.... pokok selasih terdapat sikit palitan warna ungu tua  pada bunganya.. manakala pokok kemangi keseluruhannya berwarna hijau.  (kalau silap tolong betulkan..) Maaf ye terlupa betul nak snap gambar pokok kemangi kat rumah ma hari tu.. haishhh.. kan dah rugi!



Oklah jom kita tengok resepinya.  Resepi ni ku ambil dari blog Kak Ummi Zaihadi dah lama dulu.  Resepi asalnya dari Joayee Mekar Mewangi yang menggunakan ayam. Kak Ummi pula ambil dari Mat Gebu dimana resepinya telah diganti dengan daging.  Terima kasih kepada semua yang terlibat ye. Sedap pulak daging digandingkan dengan aroma daun kemangi ni. Biasanya daun kemangi dibuat ulam utk laksa/laksam.  Tak sangka sedap jugak dimasak macam ni.  Hmmm... teringat pula kat resepi Daging Goreng Ala Kaprau resepi Kak Jee aritu.. nanti kalau blk kampong lagi.. bolehlah petik lebih sikit daun kemangi ma tu... hehehe...

Untuk resepi di bawah ni utk family kecik... kalau nak puas makan.. buat terus 2 kali resepi yekk.. kitorang hari tu tak cukup masak 500 gm ni.. hehehe...

Daging Goreng Daun Selasih
Resepi : Joayee


Bahan:-
500 gm daging lembu batang pinang (resepi asal guna ayam)
2 camca besar cili kisar (letak 3 sudu besar)
5 biji bawang putih - cincang
1 cawan daun selasih (basil) (MaDiHaA ganti dengan daun kemangi dlm 1/2 cwn je)
1 camca besar sos ikan (nampla) (MaDiHaA lebihkan sikit)
1/2 camca teh belacan
sedikit gula (optional)
minyak untuk menggoreng dan menumis
sedikit lada sulah
Cara Memasak:-
  1. Hiris daging nipis, cuci dan gaul dengan sedikit lada sulah dan garam. Goreng hingga daging empuk dan sedikit garing. (jika bukan daging batang pinang, elok direbus dahulu hingga lembut baru digoreng). Angkat dan toskan.
  2. Keluarkan minyak tadi dan tinggalkan lebih kurang 4 sudu besar. Tumis lada kisar dan belacan hingga wangi. Masukkan bawang putih, gula dan sos ikan. Gaul rata.
  3. Akhir sekali masukkan daging goreng tadi dan daun selasih. Kacau mesra. Angkat dan hidangkan bersama nasi hangat...memang best!!
    Selamat mencuba!

Friday, November 11, 2011

Kek Karamel

Assalamualaikum....

Tarikh hari ni 11~11~11 sangat cantikkan? Pasti ramai yang mengambil kesempatan untuk melangsungkan pernikahan pada tarikh yang unik ini... Ibu yang bakal melahirkan anak secara pembedahan pun mesti tak lepaskan peluang untuk menempah tarikh ni untuk masuk bilik bedah... Haiii.. peninglah kepala pak imam atau tok kadi dengan doktor bedah sebab ramai sangat yang berebut2 nak pilih tarikh ni sebagai kenangan terindah dalam hidup mereka......... hehehe... 

Sebelum terlupa.. nak ucapkan juga selamat ulangtahun kelahiran  yang ke 40 tahun untuk sahabat MaDiHaA sejak sekolah rendah hingga ke sekolah menengah iaitu Mohd Azmi Fatahul Karim yang menyambutnya pada hari ini juga.... Semoga dipanjangkan umur & diberkati hidup mu dunia & akhirat... Amin... Kepada Norlida Mahori (isterinya yang juga rakan satu sekolah) jangan lupa buatkan cik abang awak kek yang best2 yer... hehehe.. Tak lupa.. seorang lagi sahabat baik MaDiHaA masa sekolah rendah dulu Fauziah Ali yang juga berkongsi tarikh lahir yang sama dengan Azmi pada hari ni.. Happy birthday to both of you!


Oklah.. sempena tarikh yang cantik ni... MaDiHaA pun nak kongsikan resepi kek yang sangat cantik ni juga! Teruja sangat bila kek ni dah siap... Walaupun kejadiannya kurang memuaskan & kurang cantik tak seperti hasil dari kawan2 lain... tapi rasa sangat puas sebab akhirnya berjaya jugak dibuat selepas hampir 2 tahun lebih berangan2 nak buat.. hahahaha.. punya lama kan?

Sebenarnya dah lama simpan resepi ni sejak2 sepupu ku Ida Marlida ajak buat sama2 2 tahun lepas (2 tahun lebih sebenarnya).  Tapi masa tu aku baru je lepas habis berpantangkan anak yang ke tiga si Alin bambam tu.. Kebetulan pulak bersalinkan anak ke tiga kali ni melalui kaedah pembedahan kerana terpaksa (ada kes sikit).  Jadi.. rasa takut nak makan telur tu terbawa2 sampai ke habis pantang.  Almaklumlah kan.. luka bedah tu masih terasa2 ngilu lagi masa tu.... Risau nak makan telur atau sebarang jenis seafood bimbang kalau2 luka bedah sebelah dalam belum betul2 sembuh walaupun nampak dari luaran semua dah cantik.. Berbulan2 jugak pantang makan telur & seafood. Itulah sebabnya projek buat kek karamel yang gunakan telur yang banyak ni asyik tertangguh2 aje!  Hinggakan Puan Ida Marlida kita akhirnya bereksperimen sendiri di kampong (Dungun, Terengganu).. boleh baca ceritanya kat SINI!  Sekarang ni.. dia siap dah jadikan produk jualan lagi! Tapi versi belang2lah kan sebab lebih menarik.. Daripada asalnya resepi kek karamel yang biasa tanpa diwarnakan sampailah keluar  macam2 versi kek karamel berbelang2  & berwarna warni ni... aku tak jugak buat2. Sampai dah 2 tahun lebih resepi kek karamel ni berlegar2 dari blog ke blog kengkawan... akhirnya... baru2 ni tergerak juga hati aku nak membuatnya........ Alhamdulillah... menjadi jugak akhirnya.. haha.. Sebenarnya.. aku dah pernah rasa kek ni dulu masa besday Alin ke 2 tahun. Kek yang dihadiahkan oleh sepupunya Ida Marlida sempena sambutan besday Alin... Mungkin atas faktor dah pernah rasa tulah yang buatkan aku kurang semangat nak membuat tu.. kekekeke... Yelah kan.. tujuan utama setiap kali kita nak mencuba sesuatu resepi sebab nak merasa.. bukan atas faktor nak mengikut2 orang lain atau nak berlumba2 sapa yang buat dulu... kalau pun terikut2 orang lain.. semua tu atas dasar ingin belajar & mencuba sendiri orang kata.. soal cepat atau lewat itu tak jadi masalah.. betul tak?

Kek yang dibuat ni dapatlah aku bawa pulang ke kampong dimakan bersama2 dengan ma & adik2 masa hari raya haji baru2 ni... Tapi.. macam biasalah kan.. sebelum di bawa pulang... sempat lagi diposingkan dulu... siap aku potongkan sejuring semata2 untuk diposingkan.  Lepas posing.. letak balik pada kedudukan asal & terus packing dalam kotak plastik tu....... kakaka... nak ambik gambar punya pasal... sanggup buat apa saja... tapi tak apa sebab ma & adik2 pun dah faham dah hobi anak & kakak dia ni......hehe..

Oklah aku kongsikan jugalah resepi Kek Karamel yang aku buat baru2 ni.  Dalam banyak2 resepi yang aku simpan.. aku pilih resepi versi yang diambil dari blog Anna Qawina sebab aku sukakan lapisan puding karamel yang tak begitu nipis & tak begitu tebal. Tebal puding karamel ni kira2 setengah dari ketinggian keknya. Memang sesuai dengan selera aku. Tapi mohon maaf sebab ada ubaisuai sikit kandungan bahan2nya terutama kandungan susu pekat tu sebab MaDiHaA nak kurangkan manisnya.  Ngeri sikit tengok kuantiti susu pekat yang digunakan tu.. huhu.. Jangan marah ye Anna & penyumbang asal resepi.. akak mintak izin letak resepi kat sini.. & terima kasih banyak2 pada Anna & juga kepada penyumbang asal resepi..


Kek Karamel
Sumber : Puan Munira Baharum, Puan Shasha Rahmat, Puan Sha Hafizi & Anna Qawina
(Maaf ye sebab sumber2 yang lain tak dapat cari linknya.. kalau ada sila bagitau ye)
by : MaDiHaA a.k.a Ratna


Bahan-bahan :
Loyang 22cm/25cm (9 inci” bulat)

(A)-Gula Hangus

    * 2 sudu besar gula (utk buat gula hangus)
    * *tabur gula dlm loyang n msk ats api perlahan..biar gula hancur n warna tukar jd perang)
    * Ketepikan dulu (gula tersebut akan mengeras & berbunyi macam kaca pecah gitu)

 (B) - Bahagian Atas
    * 1 cawan susu cair (MaDiHaA guna setin)
    * 1 cawan susu pekat manis (MaDiHaA guna 3 sudu besar je)
    * 1 sudu teh esen vanila
    * 3 bj kuning telur
    * 2 biji telur (putih & kuning)

(C) - Lapisan Kek
    * 140 gm tepung gandum *Ayak bersama baking powder
    * 70 gm gula kastor (MaDiHaA guna gula perang)
    * 3 bj kuning telur
    * 135 ml air biasa
    * 1 sudu teh baking powder
    * 45 ml minyak msk

 D) Merinque

    * 6 bj putih telur
    * 70 gm gula kastor (MaDiHaA guna gula perang)
    * 1 sudu teh krim of tartar

Cara-cara :

1. Sediakan bahan (A) dahulu, ketepikan.
2. Kacau semua bhn (B) perlahan2...jgn bg berbuih2...nti x jd karamelnye..
3. Tapis bahan (B) td dlm loyang gula hangus (A) tadi..ketepikan.
4. Pukul bahan (C) *Campurkan semua sekali & pukul guna senduk je..ketepikan.
5. Pukul sampai bhn (D) smpai jd kembang & bila kita angkat dia x jatuh...(meringue)
7. Campurkan adunan (C) + (D) dan gaul ngan senduk hingga sebati..jangan terlebih kacau, agak-agak bercampur sebati je.
8. Bahagikan kpd beberapa bahagian & letak pewarna n paste kalau nak..
masukkan ke dlm loyang yg ada gula hangus & keremel tadi (A + B)..selang seli warna, letak ditengah2 loyang, adunan kek akan terapung. (MaDiHaA mulakan dengan 3 sudu besar bagi setiap lapisan sehingga 3 kali lapis.. lepas tu diikuti dengan 2 sudu besar 2 kali lapis & diakhiri dengan 1 sudu besar hingga adunan habis)
9. Bakar cara double boiling (Loyang kek berada di dalam loyang berisi air panas) - selama 1 jam 10 minit dengan suhu 175'C, menggunakan api bawah dahulu selama 40 minit, kemudian api atas bawah sehingga masak *Boleh juga menggunakan api atas bawah tetapi guna suhu 160'C / 170'C sahaja, (bergantung kpd oven masing-masing juga ya)


Nota :
* Jika tak pasti keremel dah masak ke belum boleh tambah lagi masa membakar lebih kurang 10 minit,
* Bila masak angkat & rehatkan 25 minit/setengah jam baru terbalikkan kek yg dibakar tadi...masa ni dah agak sejuk jadi senang nak keluarkan kek.
* Masukkan dlm peti sejuk 1 jam n lepas tu mkn sejuk2. Lebih sedap selepas semalaman.
* Sedap dimakan sejuk.




Selamat mencuba!

Thursday, November 10, 2011

Mee Betawi

Assalamualaikum....

Dua tiga hari ni nampaknya cuaca sentiasa cerah & ceria.  Terang benderang! Tak seperti sebelum hari Raya Haji tempohari boleh dikatakan tiap2 petang hujan.  Masa di kampong aritu pun takde sikit pun hujan. Ingatkan bila dah balik semula ke Selangor ni... cuaca masih lagi lembab sama mcm sebelumnya.. Jadi hari2lah aku angkut payung keluar  dari kereta & bawa masuk ke opis... hehe.. Nampaknya buat masa ni payung tu tak digunakan pun... tapi walaupun gitu.. kita tak boleh nak meramal cuaca sekarang ni kan.. Adalah lebih baik sediakan payung sebelum hujan.. hihi... Idak nanti kalau tiba2 hujan turun dengan lebat petang2 masa nak balik kerja tu bila takde payung di tangan.. terpaksa tunggu hujan berhenti baru boleh masuk ke kereta.. Haii.. buatnya hujan berjam2... kasihan pulak anak2 menunggu manalah ibu aku ni tak datang2 jemput aku lagi... 

Cerita pasal anak-anak ni.. teringatlah masa Haziq kena gegata seluruh badan dia masa hari Sabtu sebelum raya tu.  Semuanya gara2 dia makan udang yang aku masak bersama dengan mee.  Memang ngeri kalau tengok sebab boleh dikatakan seluruh badan jadi merah bertompok & berbintat. Haziq memang kulitnya agak sensitif.  Tak boleh tersilap makan atau dengan cuaca yang sejuk atau berendam dalam pool atau sungai terlampau lama pun dia alah juga.. mesti berbintat2 badan dia..


Kisahnya petang Jumaat hari akhir aku kerja sebelum balik ke kampong tu.. untuk dinner malam tu aku masak Mee Betawi & juga Mee Sup Ayam (takde gambar). Sengaja buat dua jenis mee sebab kuah Mee Betawi tu agak pedas. Haziq & Alin memang tak boleh lagi makan pedas2... jadi Mee Sup tu untuk mereka dua beradiklah! Tapi si Haziq walaupun makan mee sup.. di ambilnya juga udang yang sepatutnya dihidang dengan Mee Betawi tu.  Takkan nak larang pulakkan.. jadi aku biarkan ajelah dia makan walaupun dalam hati tu takut juga kalau2 gegatanya tu datang balik.  Dia ni tak tentu.. kadang2 ok.. kadang2 terkena.. Kalau dah kena tu memang teruk jugaklah.  Mungkin sebab udang yang aku beli tu kurang segar gamaknya yang gegata tu timbul keesokkannya tuh! Bila dah kena.. tambah2 bila dia suka menggaru2.. jadi bertambah tebal bintat2 yang keluar.  Ubatnya senang aje.. biasanya aku sapu seluruh badannya dengan minyak masak yang dicampurkan dengan garam halus.  Sebelum sapu tu.. bacalah selawat 3 kali & disertakan dengan bismillah.  Selang 5 ~ 10 minit macam tu.. bintat2 tu hilang dengan sendiri.  Tapi kadang tu.. bila dah lama2 sikit.. bintat2 tu akan timbul balik. Jadi cepat2 sapukan lagi minyak bergaram tu.. Nampaknya kali ni.. agak lama jugak nak betul2 hilang.. dari hari Sabtu sampai ke pagi Selasa tu masih ada jugak keluar bintat2nya tuh. Terpaksa cuti sehari sekolah hari Selasa tu & aku hantar Haziq ke rumah pengasuh lamanya tempat Adiknya Alin dok sekarang.  Untuk kurangkan gatal.. aku bagilah dia makan ubat tahan gatal yang diambil di klinik.  Masa kat kampong tu.. sempat jugak tokmanya bawak berjampi mintak air tawar. Pakcik yang jampi tu cakap.. boleh jugak diberikan air kelapa..  Alhamdulillah.. sejak semalam... dah hilang sepenuhnya bintat2 tu..  Tak taulah mujarabnya dari ubat yang mana satu sebab banyak sangat yang aku bagi kat dia.. hehe.. Dari pagi sampai ke petang tanya kat ustazah kat tadikanya semalam.. katanya dah takde kena.. Syukurr sangat... Fuhh.. panjang lebar cerita aku pasal si Haziq ni kan..

Oklah.. meh aku kongsikan resepi Mee Betawi yang best nih! Betul tak tipu.. memang best! Pedas menyengat & hangat! hehe.. Pada yang tak kuat pedas tu bolehlah kurangkan sukatan cili padi & lada hitam tu yer.. Resepi ni pertama kali aku tengok Kak Rusnah tayang kat fotopagesnya. Terus je print resepi ... sebab dah terliur sangat... petang Jumaat balik dari kerja tu teruslah aku masak mee yang sedap ni... Orang kata kalau kita terlampau teringinkan sesuatu.. eloklah dibuat sebelum kita berjalan jauh.. Kebetulan nak balik kampong beraya.. sebab tu aku cepat2 laksanakan projek Mee Betawi ni.. maklumlah kan.. malang tak berbau.. takut kempunan kata orang tua.. hihi... Resepi mee ni asalnya dari blog Abang Rozzan yang berada di Singapore tu.. Terima kasih ye abang Rozzan kerana share resepi ni.  Bertambah satu lagi koleksi resepi mee.. Terima kasih juga pada kak Rus yang mewar2kan kesedapan mee ni.. Ok kat bawah ni resepinya yer.. MaDiHaA buat setengah dari resepinya... ngam2 untuk 3 orang makan.. hehe..

Mee Betawi
Resepi : Rozzan Share Recipe
Sumber : Kak Rusnah & MaDiHaA

Bahan-Bahan
500 gm daging lembu (MaDiHaA ganti ngan isi ayam)
350 gm udang (sederhana besarnya)
200 gm fishball (celur/kukus atau masukkan jer dlm microwave) (MaDiHaA campur terus dalam kuahnya)

1 kg mee kuning (celur & toskan)
200 gm taugeh (celur & toskan) (MaDiHaA tak letak just guna sayur yg sedia ada dlm esbox sbb dah nak blk kg)
1 peket sayur sawi (potong, asingkan btgnya dari daun lalu celur dan toskan)
200 gm kobis (hiris dan celur, toskan)
secukup daun sup/bawang
secukup cili merah/hijau (dihiris memanjang) (MaDiHaA guna cili hijau jeruk je)
secukup bawang goreng
4 biji telur (didadar & dihiris halus) – optional (MaDiHaA guna telur rebus)

Bahan Kisar
4 sudu makan cili kering kisar
2 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
3 sm halia
25 - 30 batang cili padi Thai (yg merah dan panjang2)

½ cawan kicap manis
2 sudu makan serbuk lada putih
2 sudu makan serbuk lada hitam
1 sudu makan Rempah Sup
6 sudu makan sos tomato
6 sudu makan sos cili
1 cawan minyak masak
1 sudu teh gula
garam secukup rasa
kak rus tambah sos tiram dan kiub ayam (MaDiHaA tambah kiub ayam jer..)
cili jeruk





Cara:
1. Daging dipotong kecil-kecil dan direbus dgn 1 liter air hingga empuk. (Saya gunakan periuk tekanan udara jer!)
2. Udang dibuang kulit dan digoreng, ketepikan. Kulitnya pula direbus sebentar dgn 400 ml air dan kemudian dikisar halus. Selepas itu, ditapis airnya.
3. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan kisar bersama rempah sup sehingga naik baunya. Masukkan air kulit udang, serbuk lada putih/lada hitam dan kicap manis. Kacau rata-rata.
4. Bubuh pula daging yg telah direbus tadi bersama airnya. Masukkan sos cili/sos tomato, gula dan garam secukup rasa. Masaklah hingga mendidih, sambil dikacau-kacau.

Cara Menhidangkan Mee Betawi
Bubuh sedikit mee kuning yg telah dicelur tadi bersama taugeh, sawi dan kobis ke dalam mangkuk. Tuangkan kuahnya. Kemudian, taburkan dgn udang, bebola ikan, daun sup/bawang, hirisan lada merah/hijau, telur dadar dan bawang goreng. 
Selamat mencuba!

Wednesday, November 9, 2011

Kek lapis Cheese Persona

Assalamualaikum...


Bersua lagi... Oklah takmo bercerita panjang sangat pagi ni... bukan sebab wordless wednesday pun.. tapi sebab ada kerja lain nak buat.. 


Inilah dia kek yang diidam2kan... ku buat selepas buat Kek Batik Coklat tempohari.. memang dah lama pun dibuat kek ni.. cuma tunggu masa sesuai aje nak pos.. Tengok sana sini semua dok tayang... so kita bagi laluan kat orang lain dulu.. hihi.. Buat kek ni bulan lepas sebelum balik kenduri kawin adik ipar tu lagi.. tak caya? tuuu.. cer tengok bunga2an yg dok kat belakang kek tu... tu semua bunga2 yang bakal digunakan untuk hias gubahan hantaran adik ipar aku ler tu... kihkihkih... Jangan marah ehh Jol... ala.. bukan luak pun kan setakat ambik gambar.. 

Ok aku tepek sini resepi Kek Lapis Cheese Persona yang sangat2 sedap nih... Dah ramai pun yang mencuba & pada peminat cheese pasti akan kata kek nilah yang paling sedap & yang paling mudah nak dibuat.. hihi.. TQ yer Ryo untuk ilham resepi kek yang mudah ni.. & TQ jugak pada Kak Nor@Secubit Garam yang terlebih dulu mencuba & mewar2kan kesedapan kek ni.. Mintak izin ye Ryo tepek resepi kat sini.. aku cuma buat setengah dari resepi ni dengan menggunakan loyang 7 inci... comot betul aku punya kek! haha..




Kek Lapis Cheese Persona
resipi : Ryo@ryoazhar
sumber : Kak Nor@Secubit Garam

Bahan2: (Saiz 9x9)
A:
2 bungkus biskut marie perisa coklat-lebih kurang 600 g (ryo guna jenama LEE)
500 ml susu segar,dipanaskan

B:
500 g cheese cream (Philadelpia/Tartura)
10 ml susu segar
1/2 cawan gula halus

Caranya :
Satukan cheese dan gula halus,pukul sebati
Masukkan susu segar sedikit demi sedikit,jangan sampai adunan terlalu cair
Pukul lagi hingga kembang dan sebati,ketepikan
Sediakan bekas yang di alaskan terlebih dahulu dengan plastik/kertas minyak/baking paper.
Panaskan susu segar,padamkan api.
Ambil sekeping2 biskut dan celup ke dalam susu (suam2 panas)..terus susun dalam bekas..(Celup 1 saat je taw)
Pastu sapukan adunanan cheese di atasnya,ratakan
Ulang proses melapis biskut,kemudian sapukan lagi adunan cheese tadi
Ulang proses melapis hingga habis,biarkan lapisan cheese di atas sebagai lapisan terakhir.
Kemudian,kisar baki biskut yang ada,taburkan dengan cara menapis serbuk biskut tu dia atas lapisan cheese.(Kalau pakai jenama LEE,boleh ramas2kan je dalam penapis tu..jadi serbuk lah ia..)
Tekan2 sikit permukaan tu..masukan dalam peti sejuk,biarkan selama 6 jam sebelum dipotong.




Selamat mencuba!

Tuesday, November 8, 2011

Aidiladha 2011 di Keratong, Pahang

Assalamualaikum...

Pagi ni masuk ofis dengan mata yang agak kuyu... Kami sengaja bertolak pulang dari kampong agak lewat malam tadi sebab nak elak daripada jalan jem yang teruk.. Hubby dapat tau dari anak jiran yang bertolak ke KL pukul 4.30 petang.. masih lagi 'melekat' di daerah Negeri Sembilan pada pukul 8 malam.  Terus hubby kata kita bertolak lewat sikitlah.. kalau balik waktu tu (kul 8 mlm) belum tentu lagi boleh lepas ke PJ dalam masa 4 jam. hehee.. Jadi.. dalam pukul 11.30 malam baru kami bertolak.. Alhamdulillah jalan dah tak jem walaupun kenderaan masih banyak di atas jalan raya.  Cuma masa kami tiba di Tanjong Ipoh, Kuala Pilah.. jalan jem sikit disebabkan ada trailer lebar yang membawa muatan yang juga melalui jalan tersebut. Ada dua buah kereta peronda yang menjadi escort kepada trailer lebar tu sebab jalan terpaksa ditutup beberapa kali kepada pengguna jalan raya yang lain kerana memberi laluan kepada trailer lebar yang hampir2 memenuhi kedua2 belah jalan.. punya besor muatan yang dibawa tu.. sampai tak muat untuk kenderaan lain nak lalu bila berselisih dengan kenderaan tersebut. Bila tiba giliran kami melalui jalan tu bila trailer tu berhenti ditepi jalan berhampiran jalan di Istana  Seri Menanti untuk bagi laluan pada pengguna jalan raya.. lepas tu dah takde jem dah... syukur alhamdulillah.. sampai rumah di PJ kira2 pukul 3 pagi.. Oh ya.. malam tadi kami berkonvoi dua kereta dengan Lan adik ipar adik aku Angah.. jadi adalah juga kawan kalau2 kereta buat hal ditengah jalan.. hehe..

Kami bertolak balik ke kampong pun tengahari Sabtu tu sebab nak uruskan beberapa perkara dulu... Pun tersekat dengan jem teruk berhampiran Kuala Pilah... merangkak2 kereta bila melalui jalan baru di Ulu Bendul tu.. mujurlah kereta tak jem sama macam yang kena di Highway Karak tak lama dulu.. almaklumm.. kereta buruk.. haha...Kami bertolak pukul 2.30 petang.. berhenti makan tengahari di Senawang & sampai di kampong pukul 9 malam.  6 jam setengah!! Kebiasaannya kami boleh sampai ke kampong dalam 3 jam setengah hingga 4 jam saja... kasihan ma & Abby kena bersiap semua.. Angah adik aku pula tak dapat balik sebab suaminya bertugas. Masa aku sampai tu.. rendang & kuah kacang dah bertenggek atas dapur.. Ketupat dah siap direbus manakala lemang yang ditempah pun dah siap di ambil. Pepagi  raya esoknya barulah aku tolong ma sikit2 masak kuah lontong berkari & ayam masak merah.. Itupun semua bahan dah disiapkan lebih awal..  ayam dah bergoreng & sayur2 pun dah bersiang.. tinggal ma tumis2 aje.. Aku cuma tolong mesin kelapa & perah santan aje.. hehe..

Oklah.. kat bawah ni yang ma hidangkan pada kami sebaik kami tiba di kampong malam raya tu... Dalam2 ma sibuk buat persiapan raya yang lain.. sempat lagi dia masak macam2 malam tu.. Sedang molek perut pun tengah lapar.. ada pulak mee & bihun yang dimakan dengan sup gear box. Gear box tu ma beli pagi2 tu sekali dengan daging.  (bukan dari lembu korban punya tau sebab masa tu belum raya pun lagi.. hehe..) Selain sup.. ma buat juga pecal... kenyang malam tu menjamu selera... TQ ma & Abby!


Gambar2 yang kat bawah ni pula juadah sarapan pagi kami di pagi raya... Terima kasih ma masakkan lontong berkari tu untuk Kaklong... Memang rindu giler nak makan lontong berkari ma ni sebab masa raya puasa tempohari di  rumah MIL di Raub memang tak jumpa sebarang jenis lontong.  Kat sana yang femes lemang & nasi impit yang dimakan dengan kuah kacang, rendang atau gulai asamrong.. Puas hati dpt makan nasi impit dengan kuah lontong berkari ni.. berulang2 makan.. hehe..
 

Ini ku punya ketupat + kuah lontong berkari... masa ni belum letak lauk2 lain lg.. Actually tak letak lauk lain pun dah best dah sebab dalam kuah lontong tu pun ma ada campur ayam & udang selain sarat dengan pelbagai sayuran.. mmg heaven I tell you!

Ok... puas sudah posingkan makanan dipagi raya... meh layan gambar kanak2 ribena ni di pagi raya... Ini aje yg ada gambarnya.. tu pun Abby yg sempat ambik gambar dorang.. Payah sikit nak ambik gambar budak2 ni... Masing2 payah nak bagi kerjasama.. maklumlah.. masing2 dok sibuk nak main jer..


Dari kiri.. Alin, Betty & Noor... (cucu2 tokma dari 3 ibu yang berbeza.. hehe)


Abang Haziq pun sama payah betul nak diajak bergambar... Kasihan Haziq.. raya kali ni dia tak sihat pulak sebab badannya naik gegata.. sejak pagi Sabtu tu lagi sampai ke pagi tadi pun belum betul2 pulih lagi.. Dia memang alergi tak boleh makan udang.. Malam sebelum blk kg tu ku masak mee adalah campur dengan udang.. terus esoknya badannya naik gegata.. itu yg aku jarang2 nak masak udang sebab kasihan kat dia.. kalau masak kasihan pulak kalau tak bagi dia makan.. bila kita bagi dia makan.. badan dia pulak yang tak tahan.. adeii...


Kenangan di pagi Aidiladha 2011...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...