Assalamualaikum & salam sejahtera...
Pagi ni nak berkongsi masakan yang popular di negeri Terengganu pula ye iaitu Sayur Lemak Buah Gajus dengan Sotong. Sebenarnya di Terengganu kami tak panggil buah gajus tapi lebih dikenali dengan buah Jambu Golok. Di Kelantan pula terkenal dengan nama Ketereh atau buah Terre... hehe...
Ralat pulak rasanya sebab tak sempat nak submit resepi ni ke MFF negeri Terengganu pada bulan lepas. Tengok senarai blogger yang submit masakan Terengganu, sorang pun takde yang masak masakan ni. Yang ada Kak Nor je yang submit resepi Masak Lemak Kulit Rambai yang juga lebih dikenali sebagai Sayur Kolok yang memang femes di sana. Syabas Kak Nor atas usaha Kak Nor memperkenalkan masakan Terengganu!
Ok jom tengok resepi sempoi ni... mungkin agak asing bagi orang yang bukan asal dari Terengganu... tapi bagi kami masakan ni memang sedap! Maklumlah.. kalau mak dah biasa hidang masakan macam ni sejak dari kita budak2, tentulah kita jadi dah terbiasa walaupun masakan ini bermusim je sebenarnya. Kenapa aku kata bermusim? Sebabnya.. hanya ketika musim buah gajus berbuah je dapat merasa masakan ni, maklumlah buah gajus atau jambu golok ni bukan senang nak jumpa juga sebab ia buah bermusim sama macam buah durian atau rambutan juga. Tambahan lagi di Malaysia ni rasanya pokok gajus tak sebanyak pokok durian atau rambutan.. hehe.. hanya ditempat2 tertentu je ada pokok gajus ni. Jadi bertambah susahlah kita nak jumpa buahnya kan? Biasanya musim buah gajus berbuah atau masak sama dengan musim nelayan mencandat sotong. Disebabkan lambakan gajus & sotong yang banyak pada masa yang sama itulah terciptanya resepi ini (gamaknyalah!) oleh nenek moyang dulu2.. hehehe.. kreatif juga orang dulu2 ye.. Seingatku masa kecik2 dulu.. bila buahnya dimasak lemak macam ni.. biji2 gajus pula disimpan atau dikumpul banyak2, kemudian digoreng bersama2 pasir kasar sama seperti menggoreng buah belinjau dan buah berangan tu. Bila dah masak.. biji2 gajus diketuk2 untuk mendapatkan isi di dalamnya.. kalau sebut isi gajus.. semua orang tahu kesedapannya kan? Omputeh pun tau juga betapa sedapnya cashewnut! Biasa di kampung dulu2 goreng biji gajus dibuat di tanah (maksud aku di luar rumah) dengan menggunakan kuali/kawah/bekas khas (bukan kuali yg diguna utk masak hari2.. takut kotor terkena getah gajus). Masa menggoreng perlu berhati2 sebab buah gajus ni kadang kala akan meletop & yang paling takut masa budak2 dulu takut terkena getahnya (yang panas) semasa menggoreng tu. hehehe.. banyak sungguh kenangan manis masa aku budak2 dulu sebagai budak kampong..
Kenangan juga bagi aku sebab inilah makanan yang aku dok mengidam sangat2 masa mengandungkan anak sulung dulu selain dari Jackfruits Crackers hehe.. (bukan macam sekarang ramai yang mengidam Durian Crepes! termasuk yang tak mengandung hehe). Alhamdulillah dpt juga makan sepuasnya sebab kebetulan masa kami berkelah di Endau (Pantai Penyabong & Pantai Pasir Lanun) ada banyak pokok gajus yang sedang berbuah lebat & ranum kat kawasan kampong kat situ. Alhamdulillah ma berjumpa dengan tuan punya pokok dan minta beli buahnya. Tapi pakcik tu tak nak ambik duit pun.. dia sedekah je.. tapi buahnya kena petik sendiri... hehehe... Syukur lepas hajat ibu mengandung..
Sayur Lemak Buah Gajus/Jambu Golok dengan Sotong
Resepi : MaDiHaA aka Ratna
Bahan2
½ kg buah jambu golok / gajus yang ranum
½ kg sotong sederhana besar
1 biji bawang besar ~ mayang kasar memanjang
1 ulas bawang putih ~ hiris halus
2 biji cili merah ~ dibelah 2
beberapa biji cili padi jika suka
1 hiris halia (optional! untuk menghilangkan hanyir sotong)
3 cawan santan sederhana pekat (atau secukupnya)
garam & aji secukupnya
Cara2
½ kg buah jambu golok / gajus yang ranum
½ kg sotong sederhana besar
1 biji bawang besar ~ mayang kasar memanjang
1 ulas bawang putih ~ hiris halus
2 biji cili merah ~ dibelah 2
beberapa biji cili padi jika suka
1 hiris halia (optional! untuk menghilangkan hanyir sotong)
3 cawan santan sederhana pekat (atau secukupnya)
garam & aji secukupnya
Cara2
1. Buah jambu golok dibuang bijinya dan isinya dihiris2
memanjang. Apabila habis dihiris semua isinya diramas/diperah supaya airnya
keluar (tak keluar semua pun takpe). Kemudian dicuci bersih. Bersihkan pula sotong & hiris membulat.
2. Campurkan semua bahan2 di atas dalam satu periuk dan masaklah macam biasa sambil sentiasa dikacau2 supaya santan tidak membuak.
3. Rasakan garamnya biar secukup rasa. Sedia dihidangkan bersama nasi putih panas2. Lebih sedap jika ada sambal belacan, ikan goreng & ikan masin.
2. Campurkan semua bahan2 di atas dalam satu periuk dan masaklah macam biasa sambil sentiasa dikacau2 supaya santan tidak membuak.
3. Rasakan garamnya biar secukup rasa. Sedia dihidangkan bersama nasi putih panas2. Lebih sedap jika ada sambal belacan, ikan goreng & ikan masin.
Selamat mencuba!














