Wednesday, February 12, 2014

Asam Pedas Ayam Ala Nyonya



Assalamualaikum & salam sejahtera...

Bersua lagi kita... Jika 2 minggu lepas cuaca sejuk melampau2.. sekarang ni cuaca panas dah kembali semula.  Anak nak mandi pagi pun dah ok... tak menggigil2 dah... jemuran pun.. kering je sokmo.. Biasalah kan.. ibu bekerja macam MaDiHaA yang tinggal kat aparment.. jemur baju waktu malam.. jemur pulak dekat yard je.. tak kena matahari sepenuhnya.. harapkan bahang panas & angin yang bertiup je.  Kalau cuaca lembab memang tak kering kain baju yg agak tebal walaupun semua kain baju basuh dengan mesin basuh.  Sekarang ni alhamdulillah.. tiap2 hari kain kering.  Cuma.. yang kesiannya.. ada sesetengah tempat ada masalah air pulak.. Semoga masalah air tidak berpanjangan.  Kalau lama sangat tak hujan risau juga ada gangguan bekalan air kat Selangor ni.  Setakat ni.. kat rumah MaDiHaA belum pernah lagi sampai air kena bercatu.  Moga di masa akan datang pun takdelah masalah air ni.. risau sangat bila dah akad janji dengan customer untuk siapkan tempahan lebih2 bila dah ambil deposit.. tiba2 air pula takde.  Minta dijauhkanlah...



Oklah.. perkongsian resepi kali ni MaDiHaA mencuba resepi dari blogger masak2 terkenal dari Sedenak... siapa lagi kalau bukan Mat Gebu.. Terima kasih Mat.  Sebenarnya MaDiHaA biasa juga masak asam pedas menggunakan ayam.  Cuma malas sangat nak salin resepi.  Masa masak main campak2 je bahan2 tak bersukat.  Jadi payah la nak kongsi resepi kan.  Kali ni sajalah nak ikut resepi orang Johor pulak... tapi kali ni resepi asam pedas ala nyonya pulak. Kalau dah namanya asam pedas... memang sedaplah di tekak MaDiHaA hehehe... Nampaknya.. sehari je lauk ikan.. pastu ayam ayam ayam.. hihi... 

Terima kasih Mat kongsi resepi.. akak share sini pulak ye...



Asam Pedas Ayam Ala Nyonya

Dicuba oleh : MaDiHaA aka Ratna


BAHAN-BAHANNYA :-)
800 gram ayam, potong ikut suka (MaDiHaA guna 1/2 ekor ayam yg dibuang kulit)
1 biji terung bulat (takde stok.. so MaDiHaA tak letak)
2 batang serai, dititik
3 helai daun limau purut (MaDiHaA tak letak ni sbb husband tak suka... seteru dia..)
2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap 1
2 senduk nasi penuh cili kisar
1 camca besar pes asam jawa
1 kiub pati ayam (optional)
1 camca teh lada hitam, tumbuk halus
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya



BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
8 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
3 biji buah keras
1/2 inci kunyit hidup



CARA MEMBUATNYA :-)

1.     Ayam dicuci, kemudian gaul dengan sedikit tepung (anggaran 1 camca besar) dan perap 10 minit, kemudian cuci kembali hingga bersih dan toskan. Terung dikupas sedikit kulitnya, belah 6 dan rendam dalam air yang dicampur sedikit garam. Ketepikan.

2.     Panaskan minyak dalam periuk, tumis serai dan bahan kisar halus hingga harum. Masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing dan terbit minyak. Guna api kecil dan kacau selalu. Tambah pes asam jawa dan kacau sebati. Masukkan ayam dan gaul rata, masak hingga ayam kecut.

3.     Tuang air secukupnya (hingga ayam tenggelam). Kacau dan biar mendidih. Tambah daun limau purut, lada hitam kisar dan terung (toskan) dan kiub pati ayam (kalau guna), kacau rata dan biar hingga ayam empuk.

4.     Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Masak sekejap lagi, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih dan lauk2 lain...
 


Tuesday, February 11, 2014

Cencaru Golek yang sedapp...

Assalamualaikum & salam sejahtera... 
Apa khabar semua readers sekalian?  Dah beberapa hari blog tak berupdate.  Cadang nak update semalam tapi tiba2 agak sibuk ngan rutin kerja di pejabat.  Terus terlupa dibuatnya.  MaDiHaA mohon maaf seandainya agak lama tak singgah & tinggalkan komen di blog kawan2.  Sekarang ni masa kurang menyebelahi... tak boleh dah nak blog walking sangat.  Jika berkesempatan pun hanya BW secara random.  InsyaAllah jika berkelapangan akan sampailah ke blog kawan2 ye.  Mungkin ada yang berkecil hati sebab MaDiHaA tak pernah sampai ke blog mereka sedangkan dia selalu tinggalkan komen kat blog MaDiHaA... maafkan MaDiHaA ye.. MaDiHaA tak mampu.  Apapun terima kasih di atas kunjungan kalian semua.  Terima kasih juga pada semua follower & new follower yang semakin hari semakin bertambah.  

OKlah.. hari ni kongsi resepi ikan pulak ye.  Kerap sangat masak ayam pun jemu juga walaupun anak2 tak pernah jemu.. Sesekali  tukar ke ikan pulak.  Kebetulan suami beli 2 ekor ikan cencaru saiz besar ni...  terus rasa nak dibakar je.. kita golek2kan dia menggunakan resepi Ayam Golek Simple resepi Kak Besah ni.. Hmmm memang sedap!  Meratah pun sodap!  Terima kasih Kak Besah.. mohon share kat sini ye.. & maafkan MaDiHaA sebab dah olah jadi Cencaru Golek pula.. hehehe...

CENCARU GOLEK

MaDiHaA adaptasi dari Resepi : Kak Besah@myresipi

(kuantiti bahan MaDiHaA dah adjust ikut keperluan)


Bahan-bahan

  • 2 biji bawang besar saiz kecil/sederhana*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 8 tangkai cili kering*
  • 2 batang serai*
  • 1/2 inci halia*
  • 1/4 inci lengkuas* (anggaran sama byk dengan halia)
  • 1/2 sudu besar serbuk kari ayam*
  • 2 ekor ikan cencaru
  • Garam & serbuk kunyit secukupnya
  • 2/3 cawan santan
  • 1 kpg asam gelugor saiz kecil


Cara-cara


  1. Mesin/blender semua bahan2 bertanda* lalu ditumis hingga garing dan naik minyak.
  2. Masukkan santan, asam, garam, gula & aji sikit. Biar secukup rasa.
  3. Ikan cencaru dibersihkan.  Lumur dengan sedikit garam & serbuk kunyit.  Grill ikan dalam pemanggang ajaib atau dalam oven.  
  4. Bila ikan hampir masak terbalikkan ikan... curahkan kuah di atas ikan & bakar lagi.  Terbalikkan ikan & curahkan lagi kuah di atas ikan yang diterbalikkan tadi & bakar lagi sekejap.  Jika ada lebihan sos.. tuangkan di atas pinggan hidangan lalu angkat ikan bakar tadi dan letakkan di atas sos tadi. Sedia untuk dihidangkan.

 Selamat mencuba!

Friday, February 7, 2014

Pulut Kuning Hantaran *Tempahan*

Assalamualaikum & selamat petang.... Salam Jumaat yang mulia...




Hari ni MaDiHaA cuma nak kongsi gambar pulut kuning tempahan yang dah agak lama juga dibuat sebenarnya ni.. gambarnya pun dah dimasukkan kat iklan kat sebelah tu.. hehee... 


Pulut kuning lapis serunding ayam yang sangat sedapp...


Terima kasih Suraya sudi menempah dengan akak ye.  Kebetulan hari yang sama customer nak ambil pulut kuning ni... MaDiHaA perlu hantar kakak Dini ke stesen bas Pekeliling untuk balik ke asramanya di Raub.  Jadinya... kami bertemu kat situ je untuk pulut kuning ni bertukar tangan sebab Suraya nak bawa pulut kuning ni ke rumah kakaknya di Kajang untuk majlis anak saudaranya.. Lupa dah majlis tunang atau kahwin.  





Harap berpuas hati dengan hasil tangan akak ye.  Dekorasi permintaan customer yang nakkan begini.  MaDiHaA cuba sedaya upaya spt yang diminta.  Tapi kadang2 kena ikut bahan yang kita ada.  Kadang tu bahan yang kita perlukan waktu tu tak dapat pula kita cari.  Jadi kenalah gunakan alternatif lain sebagai ganti.  Dalam kes ni.. terpaksa MaDiHaA gunakan daun salad untuk gantikan daun parsley sebab waktu tu tak dapat cari daun parsley kat pasaraya. 



Terima kasih juga pada Kak Wan Citarasawan yang rekemenkan MaDiHaA pada Su.  Moga bertambah2 rezeki Kak Wan kerana sudi berkongsi rezeki dgn MaDiHaA... amin..


Wednesday, February 5, 2014

Bingka Labu Lemak Manis



Assalamualaikum & selamat petang....


Ada yang sedang pening memikirkan juadah untuk minum petang hari ni?  Apa kata buat bingka labu pula.  Mesti anak2 & suami suka.  Memang sedap sangat bingka labu ni.  Secukup rasa & lembut pun sedang2 je.  Pendek kata memang perfect lah! Memang pandai siapa yang mengolah resepi ni.  Moga mendapat pahala berpanjangan kerana berkongsi resepi yang sedap ni.  MaDiHaA mohon dihalalkan share kat blog MaDiHaA pula resepi ni ye.  Dah ramai yang mencubanya.  Terima kasih pada semua yang terbabit.  MaDiHaA copy dari blog Kak Nor.. TQ pada semua...




BINGKA LABU LEMAK MANIS
sumber : Yatie & Jun
sumber : Kak Nor@Secubit Garam & MaDiHaA aka Ratna
(Loyang bulat 9”)
BAHAN-BAHAN-Yatie guna loyang bulat 9 inci
2 biji telur
2 cwn santan (Yatie guna santan kotak kara 200ml, selebihnya tambah air biasa je)
1/2 cwn susu cair
2 cwn tepung gandum
1/2 cwn gula pasir halus
1/2 cwn susu pekat manis
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar butter/minyak sapi-Yatie guna minyak sapi
2 cwn labu- yg telah direbus, toskan dan dilecek
sedikit bijan utk tabur di atas permukaan kuih

CARA-CARA
Panaskan oven pada suhu 200C, lenser loyang dengan mentega, panaskan sebentar .
Satukan bahan2 diatas kecuali labu yg di lecek dan bijan dalam satu bekas, kacau dengan whisk hingga semua bersatu.
Tapis adunan tadi, kalau guna blender lagi senang. Tuangkan dlm mangkuk besar dan masukkan labu yg telah di lecek, kacau hingga rata.
Tuang dalam loyang yang telah di panaskan tadi.
Bakar selama 1 jam atau hingga masak. Kalau nak permukaannya berkerak, tambah masa pembakaran.
Biarkan kuih betul2 sejuk barulah di potong.**Labu tu sengaja saya tak blender sekali sebab suka tngk jalur2 labu yg tak hancur sangat masa kuih di potong. Rasa makin teruja nak menikmati kesedapannya.


Tuesday, February 4, 2014

Ayam Masak Kari Pakistan lagi.....

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Tayang resepi ulangan saja hari ni.  Resepi yang sedap ditekak pasti akan ada ulangannya.  Meh cuba siapa2 yang belum lagi mencuba.  InsyaAllah memang sedap ditekak kami sekeluarga.

Terima kasih empunya resepi asal Ummi Maria Hakem.  Resepi ni dah berlegar2 seantero blog... dah ramai pun yang mencuba & MaDiHaA pun dah beberapa kali ulang masak setiap kali ada tomato lebihan mendeko pulut kuning.  Kali ni ulang tayang dalam blog sebab tetiba je rajin pulak ambil gambar.. heheh..



Ayam Masak Kari Pakistan Resepi : Ummi Maria Hakem Olahan :  Amie Sumber : CT Zaliedana & MaDiHaA
 
Bahan-bahan:
1 ekor ayam - potong 16 bahagian
4 biji bawang besar - cincang
4 biji tomato merah - cincang
1 sudu makan halia kisar
1 sudu makan bawang putih kisar
1 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu makan serbuk cili
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh garam masala
2 sudu besar yogurt asli
2 cawan air
garam
1/2 cawan minyak

hirisan cili padi dan daun ketumbar untuk hiasan



Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar cincang hingga kekuningan.
2. Masukkan tomato cincang dan teruskan tumisan hingga sebati.
3. Tambahkan halia dan bawang putih kisar, serbuk cili serta serbuk kunyit.
4. Kacau hingga sebati dan masukkan air. Biarkan bahan tumisan masak sehingga bawang dan tomato hancur. (Menurut Kak Maria, menumis bahan ini boleh memakan masa selama 1 jam!)
5. Masukkan ayam dan gaul rata. 
6. Tidak perlu tambah air kerana daging ayam akan mengeluarkan air.  (MaDiHaA tambah juga air biar ayam betul2 empuk) Perasakan dengan garam.  Tambahkan yogurt.
7. Kacau sebati dan masak sehingga kuah kering. (sebaiknya jangan sampai kering).
8. Hidangkan bersama taburan cili padi hiris dan daun ketumbar.

Selamat mencuba!

Monday, February 3, 2014

Chicken Floss Bun

Assalamualaikum & salam sejahtera...



Hari ni pegi kerja jalan lengang je... tak sampai 10 minit dah sampai opis.. hehe... bestlah kalau hari2 macam ni... takdelah lenguh kaki dok menekan brek & cluth aje.. haha.. bermimpilah okeh! haha..

Oklah malas plak nak membebel panjang... moh kita dengan resepi hari ni.  Chicken Floss Bun untuk breakfast.. masih menggunakan resepi asas roti yang sama iaitu dari kak Roshayati Johari. Terima kasih kak Rosha...

 
Chicken Floss Bun 

BASIC BREAD RECIPE  Source : Roshayati Johari
Tried by: MaDiHaA aka Ratna (boleh dapat anggaran 18 ~ 20 biji bun untuk resepi ini)


Ingredients :

(A)
500g bread flour/high protein flour
100g sugar
1 teaspoon salt
30g milk powder
1 teaspoon bread improver (optional)
1 teaspoon bread softener (optional)
4 teaspoons instant dry yeast

(B)
250ml water
1 egg (lightly beaten)

(C)
40g butter
40g shortening

Method :
1. Mix well all ingredients in (A)
2. Add (B) into (A) and knead till smooth.
3. Add (C) and continue kneading till smooth and shiny and dough does not stick to your hand.
4. Leave to prove for 30 - 40 minutes.
5. Punch down the dough to let the air out.
6. Divide the dough according to the weight you wish. Make into balls and leave to rest for 10 minutes.
7. Shape accordingly.
8. Leave to prove for 40 minutes - 1 hour.
9. Preheat oven 180C. Bake till golden brown. (about 15 minutes)



Untuk membuat chicken floss bun ini anda perlukan :

Chicken floss secukupnya
mayonis secukupnya

Bila roti dah masak & masih panas, sapukan dengan butter.  Kemudian sapukan dengan mayonis... kemudian taburkan chicken floss secukupnya atau tekankan bahagian yang kita sapu mayonis tu dalam bekas berisi chicken floss.  Siap untuk dihidangkan!



Selamat mencuba....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...