Friday, February 5, 2010

Tempahan

Hari Sabtu lepas.. makcikku Sujah dapat tempahan daripada Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz, PJ untuk menyediakan makanan & minuman untuk peserta2 kursus pengurusan wang yang dikendalikan oleh AKPK. Sujah mintak aku buat puding marble pelangi, sandwich sardin & sandwich telur. Manakala Sujah sendiri masak mee kari & juga menyediakan minuman panas. Kat bawah ni aku letak gambar2 tempahan tempohari.


2 tray puding marble pelangi bersaiz 10" x 10" x 2.5"


55 keping sandwich sardin (aku guna mackeral) & 55 keping sandwich telur + crabstick.


Puding yang telah siap dipotong2 & disusun dalam tray ni..


Kita susun sebelah menyebelah okehh..


Sekarang.. kita posing ramai2.. hehe.. (tu mee kari yg Sujah masak... bukan aku..)
Saja susun2 dulu mcm ni sebelum dihantar ke masjid (tempat kursus tu berlangsung)


Hari ni kongsi resepi sandwich telur & crabstik yang sempoi nih..



EGG & CRABSTICK SANDWICH
Bahan2

Roti sandwich secukupnya
marjerin / butter utk sapu pd roti
4 biji telur rebus ~ dikupas kulitnya
5 batang crabstick (yg pendek) ~ direbus sebentar
4 sudu mayonis (or secukupnya.. agak2 jer)
lada sulah / ajishio (lada hitam berperisa) secukupnya
(jika suka tambahkan secubit garam)

Cara2
1. Sapukan butter pada roti.
2. Lenyekkan telur rebus hingga hancur. Potong halus crabstick & campurkan ke dalam telur lenyek tadi.
3. Masukkan mayonis, lada sulah/ajishio & secubit garam (jika suka.. tak boh garam pun takper.. mayonis & butter dah berasa garam)
4. Sapukan inti pada roti & potonglah ikut suka.
(jika buat untuk makan2 kat rumah jika suka bolehlah ditambahkan dengan sayuran kesukaan spt timun, salad atau tomato supaya mendapat khasiat yg seimbang)


Yang ini pulak buat untuk makan2 jer... tapi buat tak tinggi sangat macam yg tempahan tu.. lebih kurang 1.5 inci jer tingginyer.. yang tempahan tu tingginya lebih kurang 2.5 inci. Thanks to sis Blackmore yang sudi berkongsi resepi puding yang sedap ni.. mintak halal yer sebab MaDiHaA gunakan resepi ni untuk tujuan berniaga


Sertakan sekali resepinya disini.. dah banyak kali buat puding ni.. memang sedapp!!


RAINBOW MARBLE PUDDING
Sumber: Sis Blackmore

Bahan-bahannya
2 bungkus serbuk agar-agar (sebungkus 13 g)
1350ml air paip
450gm gula pasir
130gm mentega
8 biji telur bersaiz sederhana
1 tin susu cair Carnation
2 sudu makan tepong custard
2 sudu makan serbuk koko
1 sudu teh vanilla
pewarna merah dan kuning secukupnya

Cara-caranya
1. Masak agar-agar, air dan gula hingga mendidih dan ketepikan dulu.
2. Pukul telur sebentar menggunakan whisker, kemudian masukkan susu dan tepong custard dan kacau hingga adunan ini rata, kemudian ditapis.
3. Setelah ditapis, satukan adunan telur dan agar-agar dan kacau lagi hingga rata, serta masak semula sehingga adunan mendidih. Kemudian, masukkan mentega dan vanilla dan kacau hingga rata.
4. Bahagikan adunan ke dalam 3 buah mangkuk. Bubuhkan koko ( yang sudah dicampurkan sedikit air) ke dalam salah satu adunan di dalam mangkuk dan kacau hingga rata. Adunan yang dalam 2 mangkuk lagi masing-masing diwarnakan dengan kuning dan merah.
5. Gunakan loyang berbentuk 4 persegi berukuran 9x9x3 atau loyang bentuk jantung ataupun bulat seperti yang dalam gambar.
6. Merengkan loyang sedikit dengan menyangga salah satu hujungnya dengan buku atau lain2 benda yang keras. Tuangkan satu senduk makan adunan warna merah ke dalam loyang disusuli pula ngan sadu senduk makan adunan warna kuning dan satu senduk adunan warna coklat. Ulang cara begini sehingga adunan selesai digunakan.
7. Letakkan loyang kembali kepada kedudukan asalnya dan masukkan adunan ke dalam peti sejuk dan biarkan adunan keras sebelum dipotong dan dihidangkan.

Note: MaDiHa menggunakan acuan 10" x 10" x 3"

Terima kasih. Jumpa lagi.

10 comments:

  1. Saya nak tempah puding marble utk event 18/9 nih masih available ker? boleh email ke saya @ lydia@mahligaiklasik.com or lydia_nasir@yahoo.com

    ReplyDelete
  2. Opss.. maaf sangat2 Lidya sebab akak baru terperasan komen Lidya hari ni (13/10/11). I'm so sorry dear...

    ReplyDelete
  3. salam leh tahu brp harga tempahan pudding marble dan kueh2 talam yg lain... tq!

    siti

    ReplyDelete
  4. Salam Siti.. siti boleh email akak di ratna@zagro.com untuk sebut harga ye.. t.kasih..

    ReplyDelete
  5. salam k.madiha, saya nak tau sempat tak nak order pudding marble ni utk Jumaat nie, 2hb november? t.kasih.

    ReplyDelete
  6. salam kenal kak...selalu skodeng dapur akak diam-diam. baru2 nie buat aqiqah anak, kayrul buat resepi nie. semua org puji sedap. minta izin copy resepi ye kak.

    ReplyDelete
  7. ya ALLAH ..cantiknye marble nye ha!!! tang nak wat jd marble laa paling payah~

    ReplyDelete
  8. Salam kaka, nak tempah sandwich boleh?

    ReplyDelete
  9. salam akak..tumpg tnya aritu der try rspi mcm nie la tp sy buat 1 lapis^2 lpas tu beku kn then ulang blik sbb tkut dy brcmpur..mksud mcm 1wrna sy buh thn beku kn then buh wrna len beku kn....so akak buat trus kerr?

    ReplyDelete
  10. UNKNOWN: lepas dah merengkan loyang... terus melapis sampai habis... ikut seperti arahan resepi. dalam arahan tu takde suruh bekunkan dulu.. lapiskan terus sampai habis ye....

    ReplyDelete