Tuesday, May 4, 2010

Nasi Goreng USA



Masak Nasi Goreng USA ni masa cuti hujung minggu aritu sebagai brunch. Biasa ler kan.. penyediaannya tu agak lambat sikit.. nak empukkan daging lagi.. tu pasal jadi brunch.. hehe.. Selalunya kami beli je NGU ni... memang feberet semua org dlm rumah kami.. tapi hari tu merajinkan diri buat sendiri.. lagipun dah lama gak tak buat.. agak2.. kat USA ada tak NGU nih? hehehe...

Layan resepinya ya..

Bahan2 Nasi Goreng (untuk 4 orang makan)

6 cawan nasi yg diperoikan
4 ulas bawang putih ~ diketuk
1 biji bawang besar ~ dihiris memanjang
3 s/b cili + bwg besar kisar
2 s/b sos tiram
1 s/k pati ayam
1 cawan mix vege
Garam secukup rasa
Sikit minyak masak

Cara menyediakan Nasi Goreng
1. Panaskan sedikit minyak & tumis bawang putih sehingga naik bau. Kemudian masukkan bawang besar dan cili bwg kisar dan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan pati ayam, sos tiram, sikit garam & mix vege. Kacau rata.
3. Masukkan nasi dan gaul sehingga rata. Rasakan garamnya jika kurang masin boleh taburkan sikit garam & gaul lagi.. bila dah secukup rasa bolehlah diangkat.


Bahan2 Daging Masak Merah

400 gm daging ~ direbus hingga empuk & dihiris nipis & agak lebar sikit
3 ulas bawang putih ~ diketuk
1 biji bawang besar Holland ~ dihiris memanjang
1 biji kecil capsicum ~ dipotong dadu (tak kisah warna apa.. MaDiHaA guna warna kuning)
4 urat kacang panjang ~ dikerat 2 inci panjang
1 biji tomato ~ dipotong baji
(boleh tambah carrot & cauliflower juga kalau nak)
4 s/b cili + bwg besar kisar
4 s/b sos cili
2 s/b sos tiram
sedikit air rebusan daging
Garam
Ajinomoto (jika suka)
Minyak untuk menumis

Cara Menyediakan Daging Masak Merah
1. Tumis bawang putih hingga wangi, masukkan cili bawang kisar dan tumis hingga agak garing.
2. Masukkan daging dan sedikit air rebusan daging dan biarkan seketika.
3. Masukkan sos cili, sos tiram, capsicum, kacang panjang dan bawang besar, gaul rata.
4. Tambah sikit garam & ajinomoto & akhir sekali masukkan tomato. Kacau2 sekejap.. dah siap & sedia dihidangkan bersama nasi goreng serta bahan2 pelengkapnya.

Bahan2 Pelengkap
Telur mata kerbau
Hirisan timun
Hirisan tomato

4 comments:

  1. Salam. Nampak sedap. hmmmmm. Kalo nak order kuih cara berlauk tu berapa sen sebutir. Berapa minimum order? Kak Ham yang beritahu pasal awak ni..

    ReplyDelete
  2. Melatie: salam melatie.. seofis dgn kak ham ke ni? sebenarnya.. akak takdelah ambil order sangat ni melatie.. akak buat sekadar suka2 ikut masa juga.. bukan apa.. takut tak mampu nak buat & lagi satu.. masalah delivery takut tak sempat terutama kalau hari bekerja.. (akak ada baby & anak sekolah.. pepagi kena cepat nak antar anak sekolah) kalau hari cuti tu.. bolehlah dipertimbangkan. Kalau melatie tinggal dekat2 dengan rumah akak ataupun dekat2 PJ ni dan boleh dtg ambil sendiri order tu.. akak cubalah ye.. Cara berlauk tu.. akak kira 40sen sebiji.. minimum order 50 biji. T.kasih ye Melatie sbb berminat nak order ngan akak.. nnt apa2 boleh call akak.. kak ham ada no. akak..

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. semalam order nasi goreng USA. dapat nasik goreng dengan Udang Sotong dan Ayam :P dengar2 cerita itu lah asalnye nasi goreng USA ni. tapi sekarang ni rasa2 semua dah macam yang tuan ampunya blog blogkan :D hehehe...

    btw, saya kidnap satu gambar dari blog ni ek utk blog saya? http://alfiantroxion.blogspot.com/2010/05/is-this-case-of-you-got-what-you-asked.html

    tapi lepas tu saya referencekan balik ke sini :D so insyaAllaah akan ada ramai visitor ke sini. tapi kalau saya ambil tanpa izin tidak menyenangkan tuan ampunya blog, sila la beritahu, supaya saya boleh keluarkan gambar tu.... saya pon pegi amik tanpa kebenaran. hehehe. harap2 halal kan iye :D

    ReplyDelete