Tuesday, September 28, 2010

Kuih Kepal

Ini pun kuih yang dibuat utk berbuka puasa di Ramadhan yang lalu. Rindu sangat2 nak makan kuih ni bila tiba bulan puasa. Kuih tradisi negeri Trengganu ini aku belajar dari arwah tok. Masa tu aku masih lagi bersekolah.. nak kata belajar betul2 tu tak juga... cuma belajar sambil melihat setiap kali tok buat kuih ni.. maklumlah.. aku ni memang dah minat memasak sejak dari sekolah rendah lagi.. kalau ma atau tok buat kuih kat dapur mesti nak menyibukkan diri jugak tengok apa yang diaorang buat.. dari situlah aku timba ilmu sedikit sebanyak kuih2 lama terutama kuih2 tradisi negeri Trengganu. Walaupun belajar tanpa mencatat sukatannya sekali.. alhamdulillah.. kuih2 ni menjadi jugak walaupun tidaklah sehebat orang2 lama yang membuatnya. Rasa kuih ni seakan2 wajik kasirat cuma agak kurang manis sikit berbanding wajik kasirat tu..

Selain tu.. kuih Kepal ni seakan2 kuih Loklik juga.. cuma bezanya.. Kuih Kepal diperbuat dari beras pulut yang disangai.. manakala kuih Loklik diperbuat dari nasi yang dijemur kering dan disangai. Cara mengadun lebih kurang sama.. cuma persembahan saja yang berbeza iaitu kuih Loklik dihidang dengan cara dipotong2 seperti wajik kasirat. Inipun dari apa yang aku lihat masa tok buat dululah.. kalau salah fakta atau penerangan aku ni.. tolong perbetulkan ye terutama orang2 lama dari Trengganu tu ye..

Jom tengok macamana membuat kuih dulu2 ni..



Bahan2
3 cawan beras pulut ~ dicuci bersih & tos kering
3 cawan kelapa parut putih yang agak muda
1 ketul gula kabung/ 3 keping gula nisan
1 cawan gula pasir (atau ikut manis yang dikehendaki)
8 cawan air
2 helai daun pandan ~ simpul

Cara2
1. Sangai beras pulut yang dah dicuci tadi sehingga keperangan & berbau wangi. Sejukkan sebentar.
2. Kisar beras pulut sehingga halus & ayak. Kisarkan lagi lebihan beras pulut yang kasar & ayak lagi. Ulangi proses sehingga kesemua beras pulut siap di ayak. Asingkan/simpan tepong beras pulut sebanyak 1/3 cawan untuk tujuan salutan (coating).
3. Didalam periuk masak 3 cawan air bersama gula kabung/ gula nisan sehingga larut. Tapiskan air gula ke dalam kuali yg agak besar. Tambahkan 5 cawan air lebihan tadi ke dalam kuali yang sama dan didihkan. Masukkan gula pasir, kelapa parut & daun pandan. Kacau sebati.
4. Bila dah mendidih & berasap2.. perlahankan api lalu masukkan tepong beras pulut yang dikisar tadi sedikit demi sedikit sambil dikacau rata. Kacau sehingga betul2 rata & likat. (jika terlalu likat & adunan tidak serata.. boleh tambahkan lagi air panas ke dalam kuali & kacau lagi).
5. Bila nampak adunan dah rata & bergumpal & agak2 dah boleh dikepal.. bolehlah ditutupkan api. Tunggu suam sedikit kemudian bolehlah dikepal2 kuih tersebut & salutkan setiap kuih yang dikepal tadi dengan tepong beras pulut yang diasingkan tadi.

Nota: Sukatan gula tu aku main agak2 aje ye.. dah lupa pulak sebab masa buat tu memang tak sukat & tak catit. Jika dapati adunan kurang manis.. gula boleh ditambah kemudian. Begitu juga dengan sukatan air juga boleh ditambah kemudian. Yang penting.. adunan perlu dikacau semula sehingga sebati & likat bergumpal.
Gunakan sarung tangan plastik semasa mengepal kuih agar kuih tahan lama.

Selamat mencuba!

Monday, September 27, 2010

Vade Urad Dhal

Sambung lagi n3 tertunda masa bulan puasa aritu.. dek kerana terliur kuih vade yg Kak Rusnah buat.. aku terus pegi cari kacang ulundhu/ ulunthu kat pasaraya chekers.. t.kasih kak rus berkongsi resepi ni ye.. saya C&P kat sini pulak.. vade ni agak lain sikit rasanya dari vade yang diperbuat dari kacang dhal. Ikut selera aku.. aku lebih suka vade dari kacang dhal.. yang ini pun okay jugaklah.. cuma.. rasanya lain kali kena tambah sikit yis supaya vade jadi gebu sikit macam yg kedai mamak dok jual tu.. vade yang gunakan kacang ulunthu ni agak liat sikit..



Vade Urad Dhal
Sumber : Kak Rusnah

1 cwn kacang ulundhu tanpa kulit direndam semalaman
2 biji cili hijau (kak rus tambah cili burung sikit) ~ hiris
sedikit hirisan halia (MaDiHaA tak letak)
1/2 biji bawang besar (kak rus tambah) ~ dadu
sedikit jintan manis(kak rus tambah) ~ tumbuk kasar
sedikit kiub perasa ayam (kak rus tambah) ~ hancurkan
sedikit daun kari (kak rus tambah) ~ gunting halus
sikit saja garam dan gula
1 st air


Cara2 menyediakan
Kacang yang siap direndam ditoskan.
Semuanya dimesin dgn food processor,kemudian dibentuk dan digoreng garing.

Nota : MaDiHaA kisar kacang sahaja. Kemudian digaulkan dengan semua bahan2 lain & bentukkan dan letak kuih di atas dulang yang dialas plastik bersih. Barulah digoreng garing.

Nota 2 : Rasanya boleh letak sedikit yis dan barulah dibentuk supaya adunan gebu & lembut. Untuk kepastian nanti kena bertanyakan kepada kawan2 Indian.

Tengok tu.. satu hari buat 3 jenis kuih.. Bubur kacang & bronok tu cik abang yang mengidam.. masa ni.. masa awal2 puasa.. tu yg byk sangat yg teringin.. ikutkan ajelah sebab cuti masa tu.. hehehe..

Friday, September 24, 2010

Apam Tepong Beras

Banyaknya gambar2 & resepi tertunda tidak berupdate. Tak tau nak mulakan yang mana dulu. Semua gara2 kesibukan yang melanda. Takpelah.. untuk kali ini.. aku masukkan dulu n3 apam tepong beras yang aku buat untuk berbuka di bulan puasa tempohari. Resepinya yang ku ambil dari FP Hajar yang dah lama di tutup itu. Dah lama simpan resepi ni sebab tak sempat nak buat tapainya. Apa khabarlah agaknya Hajar sekarang ye sejak2 dah balik Malaysia.. senyap aje.. harap Hajar sekeluarga sihat2 selalu ye..

Apam ni memang sedap & anak2 pun suka. Aku sengaja buat tapai nasi lebih sikit kebetulan ada nasi berlebih agak banyak.. dah buat kat rumah sekali.. lepas tu masa nak balik kg mertua bawak sekali tapai lebihan & masa berbuka puasa kat rumah mertua aku buat lagi sekali.. bila balik pulak rumah ma sebelum raya tempohari (cerita ada di fotopages) sempat juga buat sekali lagi apam ni kat umah ma pulak sesambil buat kek lapis masam manis tu.. Ok.. jom tengok resepinya.. Terima kasih ye Hajar kerana berkongsi resepi dari kakak Hajar ni.. Kita C&P kat blog kita ye..




Sumber: Ogy (kakak Hajar)

Bahan2
2 1/2 cawan tepung beras
2 cawan air
3/4 cawan tapai nasi
3/4 cawan gula
2 paket ENO ( 1/2 tbsp )
pewarna yg disukai

Cara2 menyediakan
Semua bahan diblend kecuali ENO & pewarna
Tuangkan ke dlm bekas, tutup & perap 1-3 jam (kita perap 1 jam aje)
Selepas perap 1-3 jam, masukkan ENO..gaul sebati.
Bahagikan adunan kpd 2 (kita wat 3 warna)...1 warna asal,1 lagi warna yg disukai
Masukkan dlm acuan cawan kecil...kukus 10-15 minit.


Nota MaDiHaA : sebelum membancuh adunan dengan ENO.. panaskan periuk pengukus terlebih dahulu. Acuan apam disapukan dengan sedikit minyak masak disekelilingnya sebelum menuang bancuhan apam.


RESEPI TAPAI NASI

3 mug nasi sejuk ~ dileraikan
1/4 (suku) biji ragi tapai ~ dihancurkan

Gaul nasi sejuk dengan ragi & simpan dalam bekas bertutup di tempat yg gelap. Biarkan selama 2 ~ 3 malam. Simpan dalam peti ais jika ada lebihan utk kegunaan akan datang.

Thursday, September 23, 2010

Salam Aifilfitri

Salam Aidilfitri buat semua...

Tentu masih dalam mood raya lagi kan? Dan tentunya.. ramai yang sibuk membuat open house & menerima jemputan open house di sana sini.. untuk tahun ini.. nampaknya kami tak buat apa2 jamuan hatta open house kecil2an pun.. kerana keadaan tak mengizinkan. Tunggulah Alin besar sikit barulah selesa nak masak2.. Sekarang ni.. kalau kita dok dapur lama2 Alin seakan jeles.. boleh disendeng2kan badannya asyik nak berkepit dengan ibunya aje. Kadang tu.. sambil kacau gulai sambil dukung dia.. abis camnolah ibunya ni nak masak2 byk2. Lainlah kalau ada pembantu rumah.. ringanlah sikit kerja.. ini semua benda kita nak handle sorang.. manalah larat.. Nak main order2 tak berapa nak mampu.. hehehe.. Takpelah.. tahun2 lepas dah selalu buat.. so tahun ni.. kita terima jemputan org ajelah.. hehee..

Maaf juga pada pengunjung blog ni kerana tuan rumah dok senyap aje dari sebelum raya. Ucapan aidilfitri pun takde.. maaf sgt2.. terlalu sibuk dengan rutin di pejabat & tugasan di rumah.. hari ni barulah free sikit.. so nak masukkan sikit gambar2 kenangan semasa Aidilfitri pertama baru2 ni semasa di Keratong, Pahang. Kami beraya di Pahang pada raya pertama kemudian raya kedua kami beraya di Trengganu pula walaupun tiada dlm perancangan pun nak balik Trengganu.. dah rezeki.. hehe..

Layan ajelah gambar2 tanpa cerita ni ye. Kalau nak baca cerita2nya.. silalah klik MaDiHaA's fotopages di link sebelah tu ye.

 Aidilfitri kami.. Masa ni kakak Dini dah pegi beraya dengan sepupu2nya kat rumah jiran2 tokma.. nak bergambar dari awal tak dapat sebab pagi2 dah ramai tetamu yg datang..


Antara persiapan kami sebelum aidilfitri menjelang..



Juadah yg terhidang di atas meja..



Tapai & kuih muih..



Anak2 jiran yang datang berkunjung.. masing2 semua dah ada anak... hehe...



Ini je yang ada gambar anak2... ini pun tak lengkap semua...




Sekian, jumpa lagi.