Friday, September 24, 2010

Apam Tepong Beras

Banyaknya gambar2 & resepi tertunda tidak berupdate. Tak tau nak mulakan yang mana dulu. Semua gara2 kesibukan yang melanda. Takpelah.. untuk kali ini.. aku masukkan dulu n3 apam tepong beras yang aku buat untuk berbuka di bulan puasa tempohari. Resepinya yang ku ambil dari FP Hajar yang dah lama di tutup itu. Dah lama simpan resepi ni sebab tak sempat nak buat tapainya. Apa khabarlah agaknya Hajar sekarang ye sejak2 dah balik Malaysia.. senyap aje.. harap Hajar sekeluarga sihat2 selalu ye..

Apam ni memang sedap & anak2 pun suka. Aku sengaja buat tapai nasi lebih sikit kebetulan ada nasi berlebih agak banyak.. dah buat kat rumah sekali.. lepas tu masa nak balik kg mertua bawak sekali tapai lebihan & masa berbuka puasa kat rumah mertua aku buat lagi sekali.. bila balik pulak rumah ma sebelum raya tempohari (cerita ada di fotopages) sempat juga buat sekali lagi apam ni kat umah ma pulak sesambil buat kek lapis masam manis tu.. Ok.. jom tengok resepinya.. Terima kasih ye Hajar kerana berkongsi resepi dari kakak Hajar ni.. Kita C&P kat blog kita ye..




Sumber: Ogy (kakak Hajar)

Bahan2
2 1/2 cawan tepung beras
2 cawan air
3/4 cawan tapai nasi
3/4 cawan gula
2 paket ENO ( 1/2 tbsp )
pewarna yg disukai

Cara2 menyediakan
Semua bahan diblend kecuali ENO & pewarna
Tuangkan ke dlm bekas, tutup & perap 1-3 jam (kita perap 1 jam aje)
Selepas perap 1-3 jam, masukkan ENO..gaul sebati.
Bahagikan adunan kpd 2 (kita wat 3 warna)...1 warna asal,1 lagi warna yg disukai
Masukkan dlm acuan cawan kecil...kukus 10-15 minit.


Nota MaDiHaA : sebelum membancuh adunan dengan ENO.. panaskan periuk pengukus terlebih dahulu. Acuan apam disapukan dengan sedikit minyak masak disekelilingnya sebelum menuang bancuhan apam.


RESEPI TAPAI NASI

3 mug nasi sejuk ~ dileraikan
1/4 (suku) biji ragi tapai ~ dihancurkan

Gaul nasi sejuk dengan ragi & simpan dalam bekas bertutup di tempat yg gelap. Biarkan selama 2 ~ 3 malam. Simpan dalam peti ais jika ada lebihan utk kegunaan akan datang.

2 comments:

  1. asal nk letak eno?? x efek ke nti??

    ReplyDelete
  2. Anonymous : Eno itulah sebagai agen penaik kuih apam ni. sama fungsinya dengan yis. Kalau u taknak letak eno pun takpe.. tapi nanti kuih u tak naik gebu jadi apam, tapi padat macam kuih talam atau kaswi. kalau taknak letak eno, u kukus je dalam loyang. lepas masak potong2 macam kuih kaswi & gaul kelapa. sedap jugak kot..

    ReplyDelete