Salam Jumaat buat semua...
Sekejap aje dah nak sampai hujung minggu... Hari ni merupakan hari terakhir anakku menghadapi kertas peperiksaan akhir tahun di sekolah agamanya. Manakala di sekolah kebangsaan pula sudah selesai pada minggu lepas. Harap2.. dapatlah dia buat yang terbaik mengikut kemampuannya... Begitulah perasaan & harapan setiap ibu yang sememangnya lebih risau daripada anak2 yg menduduki peperiksaan.. Hmm.. bercakap pasal anak2 ni.. hari ni nak tayang sikit sarapan pagi semalam. Bihun goreng kunyit ni kegemaran anak2 mungkin sebab bihun ni tak pedas jadi semua anak boleh makan.. Tak perlulah nak buat 2 versi yang mana pagi2 memang sentiasa terkejar2 nak siapkan sarapan & nak bersiap diri untuk hantar anak ke sekolah, ke rumah pengasuh & pegi kerja... Memasak pun ibarat lipas kudung.. hehehe... Bihun goreng macam ni memang dah menjadi menu biasa bagi kami.. lagipun senang sebab tak payah nak blend2 cili, bawang bagai.. semuanya main hiris2 belaka... memang simple.. tapi yg penting anak2 yg tak tahan pedas suka dengan menu mcm ni...
Resepi yang dah pernah tulis dalam FP tapi kali ni masukkan pula ke blog sebagai rujukan anak2.. bahan2 pun ikut apa yang ada kat rumah masa tu... boleh ditukar ke bahan2 yg lain ikut stok apa yang ada kat rumah..
Bahan2
1 bungkus bihun (400 gm) ~ direndam hingga lembut/semalaman ~ toskan
1 keping dada ayam ~ dipotong kiub kecil (boleh ganti dengan apa2 rencah yg disukai.. spt sotong/udang)
2 bungkus fish ball / 4 keping fishcake ~ dihiris tebal
2 biji telur
¼ biji kobis ~ dihiris halus (sayuran boleh ganti dengan taugeh/sawi/carrot sagat)
1 ketul brokoli ~ potong floret
2 ~ 3 biji cili hijau ~ dihiris (optional)
6 ulas bawang merah ~ hiris nipis
3 ulas bawang putih ~ hiris nipis/cincang
1 kiub ayam/ikan bilis (boleh ganti dengan udang kering tumbuk)
1 s/k serbuk kunyit
1 s/k lada sulah
1 ½ ~ 1 ¾ s/k garam (ikut keperluan masing2 ~ jika anda guna sayur sedikit.. garam perlu dikurangkan)
½ s/k serbuk perasa
2 cawan air
½ cawan minyak masak
Cara2 Memasak
1. Panaskan minyak masak lalu tumiskan bawang putih & bawang merah hingga wangi. Masukkan ayam & kacau2 hingga ayam bertukar warna. Masukkan fishball/fishcake. Kacau2 lagi hingga ayam masak.
2. Tolak sedikit bahan2 ketepi kuali lalu pecahkan telur & biarkan telur masak. Kacau2 sikit telur biar jadi agak hancur (scramble) & berketul2. Masukkan serbuk kunyit, kiub ayam, serbuk lada sulah, garam & serbuk perasa lalu dikacau rata.
3. Masukkan semua sayuran & air biarkan sebentar. Bila air dah mendidih terus masukkan bihun & cili hijau lalu kacaulah hingga bihun masak. (sambil dikacau boleh potong bihun yg panjang2 dengan sudip agar bihun tak bergumpal semasa mengacau. PERINGATAN : Jangan sesekali rendam bihun dalam air panas utk membuat bihun goreng kerana bihun akan jadi lembik bila menggoreng.)
4. Sedia untuk dihidangkan. Boleh hiaskan dengan hirisan cili & juga hirisan telur dadar... (aku tak buat pun.. tak sempat dah nak menghias bagai.. )
Selamat Memasak!
salam kak...
ReplyDeletepenyediaan ringkas.. tapi hasil menawan..
sesuai tuk yg tak suka pedas... mmg bagos tuk
budak2 la.. tak payah nak berselang seli makan and minum air kan.. :)
salam madiha, kita dah print dah recipe ni..bila2 nak try recipe madiha ni pulak..kita memang suka makan mihun goreng macm ni..
ReplyDeletepat merendam mihun dalm air panas tu kan. i agree w u, sebab kalau dah goreng dia lembik , benyek & hancur..mulalah kita tak nak makan..hahah
Salam sis...sy cuba buat utk sarapan pagi ni...alhamdulillah..suami dgn anak berselera mkn...tq share resepi...
ReplyDelete