Lama dah sebenarnya buat jeruk mangga ni..
Masa adik ipar datang beraya dari Kajang tempohari dibawanya 4 biji mangga muda nih.. nak makan gitu rasa macam tak berapa nak sangat sebab masa tu baru lepas period.. selalunya seminggu nak period tu memang teringin bebenor nak makan asam.. tp kalau dah lepas tu memang tak rasa teringin pulak dengan asam2 ni.. so sebab nak selamatkan mangga ni dari kecut dlm peti ais tu.. aku pun buatlah jeruk...... jeruk sempoi je nih.. takde guna sebarang pengawet macam jeruk2 yang terjual kat kedai2 tu... tapi sedapp.. sapa2 nak tu.. mintak maaflah yek sebab dah abis dah pun.. hehehe..
Bahan2
4 - 5 biji mangga muda (mangga ni agak besar jugak.. so.. kalau buat guna mangga kampong tu.. kena pandai2 agaklah sukatan utk gula tu yek)
7 ~ 8 biji cili padi ~ dibelah dua (nak lebih pedas.. hiris halus2 yekk)
1 3/4 cawan gula pasir
2 ~ 3 sudu kecil garam
3 sudu besar cuka
Cara2 Menyediakan
1. Kupas mangga & hiris saiz kesukaan. Tapi kalau boleh elok kecik2 sikit supaya mudah menyerap dengan bahan2 lain. Cuci mangga yang dihiris & tos biar betul2 kering.
2. Masukkan hirisan mangga dalam balang. Masukkan gula, cili padi, garam & cuka. Goncang2 sikit biar sebati. Biarkan mangga tu selama 2 malam. Kemudian bolehlah di nikmati bila terasa nak makan asam.. hehe..
Nota MaDiHaA: Selepas diperam 2 malam.. jeruk mangga mestilah disimpan di dalam peti ais supaya lebih tahan lama kerana jeruk ni tak gunakan sebarang pengawet tambahan. Kalau rasa balang yg digunakan tu besar sangat (tak muat petiais).. transfer je ke dalam tipuware pun boleh gak..
Dah tinggal byk ni baru teringat nak ambik gambar dari balang.. hehe..
Selamat mencuba!
alamak memang terliur betullah...nak buat jugak la...senang je kan - rajin @ malas je !!! he3x...kenalah cari buah mangga dulu !
ReplyDeleteSalam MaDiHa....
ReplyDeleteBuat Kak Lin Terliur Jer....Ermmmm.....Sedapnya...