Thursday, October 21, 2010

Sambal Pedas Jering Cambah

Salam..

Syukur alhamdulillah.. gambar2 dlm PC masih dapat diselamatkan walaupun window corrupted. Sib baik budak IT ni backup semua fail2 yang ada termasuk fail2 peribadi yg ada gambar nih.. hehehe.. Jadi dapat ler aku update semua gambar2 a.k.a masakan yg aku masak ni... Masakan ulang tayang sebenarnya.. cuma belum masuk resepinya kat blog.. kat FP pun rasanya belum masuk kot.. yg ada kat sana versi campur tempoyak.. dua2 versi pun best.. anak sulung ku pun suka walaupun dia tak makan jering ulam.. Jom tengok resepi mana tau ada yang teringin nak mencuba.. Tapi nak ingatkan ye.. jering yang digunakan bukan jering muda yg baru dikupas kulitnya tu.. ini adalah jering cambah atau pun jering tua yang ditanam dlm pasir hingga beberapa minggu kemudian barulah boleh dimasak.. Boleh dicari di pasar2 pagi, pasar tani & kalau di PJ ni kat Pasar Besar PJ kat Old Town tu pun ada jual kat bahagian jualan sayur2 kampong. Rupa jering ni dah takde kulit tebalnya tu.. & kadang2 pada isi jering ni ada akarnya sikit.. yelahh.. kan jering ni dah kena tanam.. sebab tu dia berakar.. Tujuan di tanam tu supaya jering tua yang keras tu menjadi rangup semula.. nak buat ulam pun boleh.. 

Ok.. hari ni layan menu kampong yer.. thanks to my hubby & MIL yang perkenalkan resepi best nih.. 


Bahan2
30 keping jering cambah/ jering tanam (30 keping tu maknanya dari 15 biji jering)
segengam ikan bilis - dikopek bersih
1 biji bwg besar - hiris bulat 
1 keping asam gelugur
garam, gula & perasa secukupnya
minyak secukupnya 


Bahan2 Ditumbuk Halus
15 - 20 biji cili padi (boleh lebihkan jika nak lebih pedas)
2 ulas bwg putih
6 ulas bwg merah
1 cm kunyit hidup

Cara2 Memasak
 
1. Jering dibersihkan. Buang bahagian kulit arinya jika ada & buang juga jika ada bahagian yg busuk/warna coklat tua. Basuh bersih jering & tos. Hiris atau sagat nipis jering tadi seperti dalam gambar kemudian dibasuh & tos.


1. Panaskan minyak (agak banyak) dan goreng jering yang dihiris hingga layu & nampak masak. Angkat, tos dan ketepikan.
2. Gunakan minyak yang sama & gorengkan ikan bilis yang siap dikopek hingga garing. Angkat & ketepikan.
3. Masih gunakan minyak yang sama tetapi kurangkan sedikit minyaknya.  Tumiskan bahan2 tumbuk tadi. Tumis hingga wangi & masak. 
4. Masukkan asam gelugur, bawang besar hiris dan kacau2. Masukkan ikan bilis, jering goreng tadi serta gula, garam & serbuk perasa dan kacau bagi rata.
5. Rasakan apa yang kurang jika perlu boleh ditambah.
6. Sedap dimakan dengan nasi putih atau nasi lemak...

Selamat mencuba!

6 comments:

  1. salah satu menu kegemaranku yg diulangtayang oleh kak madiha membuatkan aku rasa nak belari gi pasor dungun cari jering kemo haha

    ReplyDelete
  2. Waduhh..boleh penggsann ni kalau makan..hehe

    ReplyDelete
  3. sedapnya madiha!!!cm memang suka sangat sambal camni tapi tak dapat "kelulusan" sirim haha bau selepas makan kihkih.

    ReplyDelete
  4. wahh cam sedap jerr petai leh tak wat camni.. nak cubalah..

    ReplyDelete
  5. Jering cambah...teringat masa kecik2 dulu..atok dg nenek kalau beli byk jering, tanam dlm pasir..ingatkan nak tanam... tp lepas tu atok korek balik..basuh dan makan buat ulam..baru tahu rupa2 kalau nak mkn jering cambah gitu caranya dan salah satu cara agar jering tahan lama. tp skrg mmg dah tak dpt merasa...kat kg pun dah tak da peminat jering cambah
    re; ketam kat sinipun mahal..yg size besar RM18 kg..kalau yg kecik dptlah murah sikit.susah nak dpt yg fresh....

    ReplyDelete
  6. dh lama tak makan sambal jering...blk umah mertua kene survey buah jering tepi umah tu..hehehehe

    ReplyDelete