Salam & selamat pagi...
Apa khabar semua? Harap2 semuanya berada dlm keadaan sihat walafiat ye. Bagi kami pula.. si kecikku Alin baru saja baik dari sakit mata.. seminggu lamanya.. rasanya sakit mata ni sebab berjangkit dari sepupunya kat kampong masa kami balik kampong tempohari.. ibu pun kenalah berkorban terpaksa ambil cuti 'half day' tiap2 hari dari Isnin sampai Jumaat minggu lepas. Takkan nak hantar juga Alin yang sedang sakit mata tu kat baby sitter. Nanti berjangkit pula kat anak orang lain. Nasib baiklah ayahnya kerja shift malam.. jadi seawal pagi ku bangun sediakan sarapan untuk anak2 & suami terlebih dulu. Bila nak pergi kerja.. ku tinggalkan saja anak2 dirumah semasa mereka semua masih tidor. Bila ayahnya balik dari kerja pagi tu (aku & suami tak sempat jumpa pun tiap2 pagi) ayahnya lah yg jaga anak2 sepanjang pagi sebelum aku balik kerja waktu makan tengahari. Bila aku dah ada kat rumah.. bolehlah ayahnya tidor untuk cover tidornya waktu kerja malam nanti.
Bila ada banyak masa kat rumah disebabkan tiap2 hari aku ambil cuti 'half day' jadi.. dapatlah aku bereksperimen sikit kat rumah.. anak2 pun seronok sebab tak perlu tinggal kat baby sitter sebab ibu ada kat rumah tiap2 petang.. hehe.. tambah seronok bila ibu sempat masak kuih muih utk minum petang... antara yang sempat aku buat ialah.. Kek Alunan Kasih yang ku jatuh cinta pandang pertama bila lihat dari Dapur Mamasya. Masa tengok tu terus berkenan & cepat2 salin resepi. Sebenarnya aku memang jarang buat kek kat rumah. Tak tau kenapa.. rasa malas nak buat kek sebab kalau dulu buat kek.. anak2 & suami kurang suka makan mengulang. Mereka makan sekali masa panas2 tu aje & kek lebihannya takde sapa nak usik.. Tapi hari tu dek kerana berkenankan kek yg Mamasya tunjukkan walaupun kat rumah mixer dah rosak.. sanggup buat kek godek2 guna senduk aje.. hehehe... Hasilnya sangatlah memuaskan.. rasa sedap & yang penting kek ni sangat cantik!! Yang paling menggembirakan.. anak2 sekarang dah suka makan kek!! Err... ni suka makan kek atau sebab kemaruk ibu dah lama tak buat kek? Muahahahaha....
Terima kasih pada empunya asal resepi ini iaitu Puan Mastura Yasak (FB Kongsi Resepi) & juga Kak Am & Mamasya yang berkongsi idea..
KEK ALUNAN KASIH
Dari Puan Mastura Yasak - FB (Kongsi Resepi)
Sumber : MaDiHaABAHANNYA* 5 Biji Telur*1 ½ cwn Planta atau 250g butter* 2 ½ cwn tepung gandum (ayak sekali dgn baking powder)*2 cwn gula halus (MaDiHaA guna kastor & hanya letak 1 ½ cwn je)*1 sudu kecil baking powder atau 3 sk (sudu kfc)* ½ cwn susu cair***1 sudu kecil esen vanilla (bole guna perasa lain juga)* *Serbuk koko (secukupnya)*Pewarna ( ikut citarasa masing2.. MaDiHaA guna hijau & merah terang)*sediakan tapis teh yg halus..utk ayak serbuk koko.Cara2:*Pukul planta dan gula smpai kembang...*Masukan telur satu persatu..pukul lg smpai kembang*Masukan *esen vanilla, susu cair…gaul hingga sebati dan masukan tepung sedikit demi sedikit..*Bahagikan dua bahagian..campurkan pewarna pilihan bagi tiap2 bahagian.*Griskan loyang dan tabur sikit tepung..masukan adunan warna yg pertama (merah).. (MaDiHaA letak setengah dari setiap warna.. bermakna kek hanya ada 4 lapisan) ratakan dlm loyang dan*ayak *serbuk koko menutupi lapisan pertama…ayak nipis2 jer..*Then masukan lapisan kedua.. (letak setengah) warna hijau..ratakan perlahan2.. (jgn smpai serbuk koko di lapisan pertama td terangkat)…ayak serbuk koko di atas lapisan kedua..* Mcm tu lah seterusnya..smpai adunan abis…* Bakar lebih kurang 45min..160 Degree ikut oven masing2…Tips :Utk membuat lapisan kaler2 tu biar tebal sbb bila kita melapis & meratakan adunan tersebutserbuk koko tak akan terikut sama. Tapi bila adunan yg nak kita lapiskan itu agak nipis/sikitbila nak meratakan lapisan tu, serbuk koko akak tertarik sama - nanti corak tak akan jadi cantik.
Selamat Mencuba!
cantik warna tu...kek tu kompen sedap...tgk kat blog mamasya teringin nak buat tp takut takde org nak habiskan...so KIV dulu...sbb br je buat kek coklat...
ReplyDeletekita dah laaaama tak buat kek, kak! haihh, tiba² teringin kek panas² pulak, hehe
ReplyDeletecantikkkk... dah jadi musim kek ni kan kak..akak ada award untuk akak..amik ye..award awesome chef
ReplyDeleteRatna...
ReplyDeleteJenuh jugak godek pakai tangan...tp cantik jadinya.
Siannya Alin sakit mata...moga cepat semboh..
cantik...
ReplyDeletetp berbakat kerLM dlm melapis2 ni?huhu
aduhh cantiknyerr.... dah masuk list kek nih... tunggu masa jerk nak membuatnyer... insyaAllah klu rajen.. hhihihi
ReplyDeleteSalam Kak Ratna,
ReplyDeletewah dah beralun ke sini kek ni....sedap dan cantik kan....saya pun dah cuba buat kek ni kak berkenan sgt dgn alunan kasih tu...hihi
Salam MaDiHa...Beralun-alun c0rak kek tu....
ReplyDeletesalam kak..
ReplyDeletemenyelerakan...kalau dah rajin tu xde mixer bukan halangan utk buat kek..kek tetap menjadi dan cantik
kek saya x menjadi....huhuhu
ReplyDeletetp x putus asa mlm ni bakar yg ke2....klau x kite x akan tau klau x mencuba.....kek aka ni mmg cantik...
Cantik nyer. Warna yg striking. Sudi sudikan lah melawat Azie Kitchen dan exchange link. Kita dah add your link
ReplyDeletecantik n tertarik kek ni...tp sy nk tanya..adunan kek ni sesuai dgn loyang saiz berapa...?
ReplyDelete