Wednesday, December 8, 2010

Serabai
































Assalamualaikum...

Apa khabar semua? Harap2 semuanya sihat2 belaka lah ye... 

Oklah pagi ni nak masukkan entry kuih serabai yang dibuat pagi Sabtu hari kami nak bertolak balik kampong tempohari... Berkobar2 nak membuat kuih ni sampai tak lena tidor malam dibuatnya.. kehkehkeh.. bukan main lagi yer... Sebenarnya.. bukan tak lena tidor sebabkan kuih serabai... tapi tak lena tidor sebabkan pakaian belum siap berkemas lagi.. haru kalau tak siap kemas sebelum mr. hubby balik.. mau kena bebel.. hehe... Oleh sebab tak sempat kemas pakaian pada mlmnya sebab Alin asyik nak bertepek aje dengan ibu.. (dah terlebih2 manja sekarang nih asyik nak berkepit jer) so terpaksalah ibu tidor sekali sambil2 meneman Alin tidor malam tu kemudian bangun pukul 3 pagi untuk bancuh kuih serabai ni sebab kuih ni perlu diperap lama.  Sementara tunggu bancuhan naik.. sempatlah siap berkemas pakaian semua... Siap kemas pakaian.. kuih serabai pun dah boleh dimasak... siap masak kuahnya sekali sebelum mr. hubby pulang dari kerja pagi tu.. Alhamdulillah.. menjadi & sedap.. Kuihnya lembut sungguh.. berongga2 gitu.. Rongga2 tulah yg akan memerangkap kuah masuk ke dalam... aku suka kuih ni.. tapi lebih suka makan dengan kuah jenis pedas seperti kari atau sambal berbanding kuah gula tu.. biasalah.. tekak kami kalau pagi2 memang lebih sukakan sarapan savoury... Kalau buat untuk minum petang oklah kalau makan dengan kuah manis tu.. Anak2 pula tak berapa suka sangat.. tapi makan jugalah dah itu aje yg ibunya masak pagi tu... hehe... Ada banyak berlebih sebab memang sengaja buat lebih ikut resepi asal.. jadi boleh dibawa balik ke kampong bagi tokmanya merasa...

Ok.. resepi ni asalnya dari Delila@Myresepi... telah dicuba oleh MamaFaMi tapi aku ambil dari blog Mat Gebu... Menurut Mat Gebu.. kuih serabai ni asalnya dari Melaka.  Akan tetapi dari info yang aku baca dalam akhbar Kosmo! tak lama dulu kuih serabai asalnya dari Utara..  so mana yang betul ye?? hehe.. (siapa2 yang tau tolong bagitau ye.. sebab aku orang Pantai Timur memang tak tahu sangat asal usul kuih ni)  & menurut Mat & juga akhbar Kosmo! kuih serabai ni sering dimasak & dihidangkan bila ada kenduri arwah & sebagainya (haa.. info yang ini samalah pulak!) Terima kasih banyak ye Delila, MamaFaMi & Mat.. izinkan MaDiHaA copy & paste resepinya kat blog MaDiHaA pula ye..

Oh ya.. sebelum tu.. MaDiHaA nak ucapkan salam takziah buat keluarga Mat yang baru kehilangan abang kandungnya yang tersayang.  Semoga rohnya dicucuri rahmat & ditempatkan bersama2 insan yang bersayang. Al-Fatihah.....

Ini resepinya jika ada yang nak mencuba kuih2 orang lama ni...

Sumber asal : Delila @Myresepi

BAHAN SERABAI :-)
500 g tepung beras
300 g nasi, kisar halus dengan sedikit air
1 liter santan, masak hingga suam
1 1/2 camca teh instant dried yeast (MaDiHaA lebihkan sikit sebab nak bagi cepat sikit naik)
Garam secukup rasa

BAHAN KUAH GULA :-)
1 cawan gula perang (gula timbang)
2 cawan santan
2 biji pisang, dihiris (MaDiHaA guna pisang raja & letak lebih sikit)
2 helai daun pandan, disimpul
Secubit garam

CARA MEMBUATNYA :-)
1. UNTUK SERABAI :- Bancuh semua bahan2 untuk serabai kecuali santan. Kacau rata dan tuang santan suam sedikit demi sedikit sehingga mandapat bancuhan yang sempurna, tak pekat sangat atau cair sangat, seperti bancuhan membuat kuih cara. Perap adunan tadi 2 jam (mat perap lama sikit). Panaskan non-stik pan. Lenser sedikit minyak dan tuang adunan tadi kurang lebih 1 senduk lauk, biar masak dengan api perlahan sehingga permukaannya berbuih dan menghasikan lubang2. Tutup sekejap dengan tudung periuk, bila serabai kelihatan kering, boleh lah diangkat, hidangkan bersama kuah gula...

2. UNTUK KUAH GULA :-) Satukan semua bahan untuk kuah gula kecuali pisang, masak hingga semua larut, tapis dan masukkan kembali ke dalam periuk. Tambah pisang dan renih hingga kuah pekat. Sejukkan dan hidang bersama kuih serabai.....sedapppp!!!!

CATATAN MAT GEBU :- Kalau tak de gula timbang, boleh guna gula melaka dan campur dengan gula pasir (yg ni manis ikut tekak masing2, tapi seelok2nya jangan lah manis sangat). Dalam gambar tu mat guna non-stick pan saiz besar tu pasal serabai ku nampak nipis. Kalau boleh guna non-stick pan macam kat blog mamafami tu yeaa...

BAHAN SAMBAL MACKEREL (Resepi MaDiHaA yang dulu)
Bahan2
1 tin mackerel saiz besar (buang tulang tengahnya)
1 biji kentang saiz besar ~ potong dadu (kali ni tak letak sebab takde stok)
1 biji lobak merah ~ potong dadu (ini pun tak letak)
5 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
10 biji cili padi*
1 inci kunyit hidup*
2 batang serai ~ dititik
2 cawan air
1 keping asam gelugur
minyak masak secukupnya
garam & aji secukup rasa
½  s/k gula

Cara Membuatnya:
1. Tumbuk halus semua bahan2 bertanda *. Panaskan minyak lalu tumiskan bahan2 tumbuk & serai hingga wangi. Masukkan air, asam gelugur, kentang & lobak merah. Biarkan merenih hingga kentang setengah empuk.  Kemudian keluarkan/buangkan asam gelugur.
2. Masukkan mackerel serta sosnya. Hancurkan kasar2 isi ikan (sebelum dihancurkan tulang tengah mesti dibuang).  Masukkan garam, aji & gula. Biarkan merenih hingga kuah agak pekat & kentang empuk sepenuhnya. 
3. Biarkan secukup rasa & bolehlah dihidangkan sebagai cicahan ataupun sebagai lauk nasi putih.





















Tengok tu.... berlubang2 & berongga2 serabainya.... lembut!!

MaDiHaA hidang dengan dua jenis kuah iaitu kuah gula & sambal mackerel...

Selamat mencuba!

4 comments:

  1. nama je serabai tp rasa dia idak le serabai kan kak..

    ReplyDelete
  2. kecik2 selalu makan serabai ni sbb mak rajin buat..kuahnya santan & gula melaka yg dimasak pekat..kalau ada durian pun sedap!.Sy nak buat juga nnt..heheh

    ReplyDelete
  3. mak saye gelar serabe.....dulu dia slalu buah...sedappppppppp...tp skrg dah xdaye nak buat.....lgpun kencing manis dia pom tinggi

    ReplyDelete
  4. saye dari perlis memang asal kuih dari utara pernah dalam surat khabar pak cik ali pakar membuat kuih ini sekitar tahun 80 an sumber rezeki dalam rencana EKONOMI. makcik salwa putrajaya .

    ReplyDelete