Tuesday, January 4, 2011

Jejari Ikan Dori Bersos BBQ Bermadu


Salam & selamat tengahari....

Lama pulak rasanya tak update blog..  Alhamdulillah.. anak2 pun dah mulakan sessi persekolahan mereka.  Haziq begitu teruja hari pertama bersekolah tadika semalam.  Aku hanya hantar di muka pintu tadika nya. Lepas bersalam, cium pipinya & tinggalkan beberapa pesanan padanya.. aku terus pergi meninggalkannya.  Tak pula menangis atau buat hal.. Alhamdulillah.. mudah urusan ibu.  Semalam aku cuti sehari kerana menghantar adik ke PPUM.  Akhirnya.. dapat juga tarikh untuk buat pembedahan kecil masalah telinganya pada bulan Mac nanti setelah beberapa kali buat check up kat situ.  Harap2 semuanya akan berjalan lancarlah hendaknya.  Amin...

Selama seminggu ma & adik tinggal kat rumah ku sementara menunggu tarikh ke hospital.  (sedang molek boleh dorang tengok2kan anak2 kat rumah yg belum pulih betul dari sakit mata masa tu) Seronok sebab bila balik kerja aje.. ma dah siap masak.  Bukan setakat masak memasak di tanggung beres.. malah kerja2 rumah pun ma & adik2 yg bereskan.. amboi... macam ada pembantu rumah pulak..  terima kasih ma & abby sebab rajin tolong buat semua kerja2 rumah tu ye.. disebabkan kerja rumah semua dah beres & makanan pun siap masak.. maka kami sekeluarga boleh makan malam awal & lepas tu bolehlah kakaknya ni bereksperimen masak2 untuk sarapan esoknya.. hehehe..   Sajian ikan dori ni pula.. sesaja aku buat balik dari kerja untuk makan2 ratah gitu je sementara makan nasi... dapatlah ma & adik merasa sama.. aku pun baru pertama kali makan ikan dori ni... sedap jugak rupanya... ma & adik yg tak makan ikan besar pun kata sedap.. anak2 pun suka... tak cukup.. yelah buat pun sikit utk percubaan... lain kali bolehlah buat lagi...


Jejari Ikan Dori Bersos BBQ Bermadu by MaDiHaA

Bahan2
1 paket fillet ikan dori (beli fillet siap dari supermarket)
Garam secukupnya
1 sudu kecil serbuk cili kasar (coarse chilli powder)
½  sudu kecil serbuk kunyit
½  sudu kecil serbuk kari
Tepong beras secukupnya
1 biji telur
Bread crumb secukupnya
Minyak utk menggoreng
Brokoli yang dicelur (untuk hiasan... tapi boleh juga dimakan)

Bahan2 Sos BBQ
½  cawan sos BBQ (apa2 jenama pun boleh)
1 sudu besar sos cili
2 sudu besar Heinz hot cili sauce
2 ~ 3 sudu besar madu
Sedikit bijan yang disangai


Cara2 Menyediakan
1. Ikan dori dinyahbeku dengan merendamkannya dalam air yang dicampurkan dengan 1 sudu kecil garam.  Bila ikan dah lembut.. basuh bersih & lap kering.  Potong fillet ikan dori sebesar dua jari atau selebar 1 inci setiap keping.  Perap jejari ikan dori bersama garam, serbuk cili, serbuk kunyit & serbuk kari selama 15 minit.
2. Ambil sekeping jejari ikan dori & golek2kan ke dalam tepong beras bagi tiap2 keping sehingga habis & ketepikan dahulu.
3. Pecahkan telur & dipukul sedikit dengan garfu.  Sediakan bread crumb secukupnya. Celup sekeping jejari ikan dori ke dalam telur.. tos sekejap & terus golek2kan ke dalam bread crumb sehingga bersalut keseluruhannya.  Buat step yang sama bagi semua jejari ikan dori sehingga habis.
4. Panaskan minyak dengan api yang sederhana.  Goreng jejari ikan dori sehingga garing kedua2 belah. Angkat & tos.
5. Sediakan sos.  Campurkan kesemua bahan2 sos kecuali bijan.  Panaskan sebentar di atas dapur dengan api perlahan.  Tuangkan kedalam mangkuk yg sesuai & taburkan dengan bijan yg telah disangai terlebih dulu.
6. Hidangkan jejari ikan dori bersama sos bbq bermadu & juga brokoli yang dicelur.  


Selamat mencuba!

5 comments:

  1. sedap nih kak! bukan budak2 jerk nih mak budak laju mkn klu mende gini.. hihi

    ReplyDelete
  2. ya lah diha,mak bapak budak pun suka nih..
    sesekali makan gaya ni memang sedap kan?

    ReplyDelete
  3. Ikan dory, Satu pilihan yg tepat. Harga pun murah. Tak perlu susah payah buang tulang.

    ReplyDelete
  4. Salam Kak Madiha
    Bila tgk nama ikan dori tu, terus teringat cerita "Finding Nemo". Kan ada ikan Dori dlm cerita tu..Tapi dori yg kat blog akak ni lagi sedap kan..Heheh..Naz suka gak menu2 cam ni cume selalunya tu tak sempat amik gambar dah abis kena ngap..

    ReplyDelete
  5. mmm...yummy. nmpak sgt jelas krangupannya

    ReplyDelete