Assalamualaikum & salam Jumaat kepada semua...
Hari ni dah takde dah entry lapuk atau menu ulangan yer... hehe.. Hari ni aku pos entry yang masih panas2 lagi ni... sarapan kami pagi ni... Tapi aku bawak bekal sarapan kat ofis... selebihnya.. aku tinggalkan aje kat rumah untuk suami yang akan pulang dari kerja shift malamnya & juga untuk dua beradik yg ditinggalkan kat rumah sebab cuti sekolah ni.. untuk si kecik yang tembam tu pun aku tapaukan jugak.. tapau lebih sekali untuk baby sitter merasa.. hihihi...
Eksperimennya bermula malam tadi... siap gentel rotinya... terus tumis sambal tumis ikan bilis pulak... rotinya disimpan dalam petiais (bukan kat frozen tu yer) & awal pagi tadi.. tinggal goreng jer... Alhamdulillah.. sedap rasanya pada tekak aku yg tak memilih makan ni... tekak orang lain tak taulah yer.. hehehe... Sebenarnya.. dah lama aku teringin nak buat Roti Bawean ni sejak tengok Pakcik Aziz Sattar (pelakon tu) tunjuk cara2 buat Roti Bawean ni dalam rancangan Nona TV3 pada 30 Januari yang lepas... Bahan2nya simple saja.. sebab tu rasa tak susah nak membuatnya sebab takde guna bahan2 yang pelik.. Dalam pada nak mencuba tu.. rupa2nya.. makcik aku dah try dulu sehari selepas Nona tu iaitu pada hari Isnin keesokkannya... hehe.. Dapat jugak aku rasa masa aku menyinggah rumah makcik lepas ambik anak2 kat sekolah & sedaplah jugak pada tekak aku ni... Cuma.. kami semua berpendapat.. rasanya lebih sedap jika pastri kulitnya tu ditambah sikit dengan minyak masak semasa menguli supaya lebih lembut sedikit. (resepi pakcik Aziz cuma uli tepong, air suam & garam sahaja) Roti Bawean ni... kalau tak silap ianya berasal dari tanah seberang... tapi sejarah sebenar asal roti tu dari daerah mana.. aku kurang pastilah ye... silalah carik sendiri.. hehe... Atau kalau ada yang tau.. bolehlah berkongsi info yer..
Anak2 kata ini kuih karipap bulat besorrr.. hehe..
Oklah.. berbalik pada resepi Roti Bawean ni.... Bahan2nya memang aku tak catat masa pakcik Aziz buat tu.. cuma aku ingat2 dalam kepala aje sebab bahan2nya terlalu simple... Tapi untuk kepastian.. aku goggle2 kat tenet resepinya maka terjumpalah resepi kat blog MamaFaMi kita yang femes tu... hehe... Sedang elok pula resepi pastri yang mama buat tu ada dicampurkan dengan sedikit minyak masak.. Terima kasih mama berkongsi resepi yang mama cuba dari FP Rossya tu yer... Maaf sebab saya dah gabungkan resepi yang mama pos tu dengan resepi dari Pakcik Aziz maka terhasillah Roti Bawean seperti dalam gambar tu... Lagipun.. saya buat hanya separuh dari resepi asal mama.. jadi saya editlah bahan2nya ikut apa yang saya buat malam tadi. Apa2pun.. saya ikut resepi pastri tu dari mama tapi untuk bahagian inti tu pulak saya ubah ikut cara pakcik Aziz iaitu gunakan telur yang dah direbus & juga penggunaan daun sup. Ok mama.. izinkan saya pos resepinya kat blog saya yer.. Terima kasih juga pada Kak Rosya (Singapore) untuk resepi yang dikongsikan yer.. Kak Rosya dah lama menyepikan diri dari alam maya.. harap2 Kak Rosya sentiasa sihat & sejahtera disamping family... Amin..
Resepi yang digabungkan dari Resepi Kak Rosya, MamaFaMi & Pakcik Aziz Sattar. Terima kasih kepada semua yang terlibat. Untuk resepi original (in English) dari MamaFaMi sila klik SINI.
Roti Bawean @ Roti Boyan
Sumber : Kak Rossya, MamaFaMi & Aziz Sattar (Nona TV3)
Diadaptasi & ditulis semula oleh : MaDiHaA a.k.a. Ratna
Bahan2 Kulit/Pastri (resepi Kak Rosya)
500 gm tepong gandum
200 ml + 2 tbsp air suam
50 ml minyak masak
½ tspn baking powder½ tspn gula
¼ tspn garam
Bahan2 Inti (resepi Aziz Sattar)
400 gm/3 biji kentang ~ dicuci bersih, rebus & buang kulit (MaDiHaA belah 4 supaya cepat empuk)4 biji telur ~ direbus & buang kulit
1 gengam/1 pokok daun sup ~ cuci bersih & hiris halus
½ biji bawang besar ~ potong dadu
1 tspn lada sulah
garam secukup rasa
Bahan Tambahan
Minyak masak untuk menggoreng roti
Sambal tumis untuk dicicah dengan roti
Cara2 menyediakan
1. Telur rebus & kentang yang telah direbus dibuang kulit & dilecek hingga halus/separa halus. Gaul rata bersama bahan2 inti yang lain sehingga rata & secukup rasa. Ketepikan sebentar.
2. Ayak tepong bersama baking powder & letakkan dalam satu bekas menguli. Campurkan garam & gula & gaul rata. Campurkan air suam & minyak masak dalam satu bekas. Tuangkan sikit demi sedikit ke dalam bekas berisi tepong & ulilah perlahan2 sehingga mendapat doh yang lembut.
3. Bahagikan doh kepada 8 bahagian yang sama saiz lebih kurang 95 gm setiap sebiji. Bulat2kan doh menjadi bebola & rehatkan dalam 5 ~ 10 minit.
4. Canai bebola menjadi bentuk bulat sehingga nipis seperti kulit karipap. (JANGAN CANAI TEBAL YER NANTI KULIT SUSAH NAK MASAK KAT BELAH DALAM MASA MENGGORENG!). Taburkan tepong di atas sebiji pinggan yang leper & letakkan doh yang dicanai tadi di dalam pinggan tersebut. (sila rujuk gambar). Inti dibahagikan kepada 4 bahagian & masukkan 1 bahagian inti di atas doh yg dicanai tadi & ratakan seperti dalam gambar. Canai lagi 1 bahagian bebola membentuk bulat yang sama saiz seperti yang pertama tadi & tangkupkan di atas inti tadi. Kemaskan bahagian tepinya & kelim tepinya seperti anda mengelim karipap. Susun Roti Bawean yang siap dikelim di atas plastik bersih yang sudah ditabur tepong. Ulangi proses yang sama utk semua bebola tadi untuk mendapatkan 4 biji Roti Bawean.
5. Sediakan non stick pan & panaskan sedikit minyak (anggaran 1 cawan) dengan menggunakan api yang perlahan. Bila minyak panas.. masukkan 1 keping Roti Bawean & gorenglah sehingga garing & warna kulitnya bertukar warna kecoklatan. Dengan berhati2.. terbalikkan roti & goreng pula disebelahnya sehingga garing. (MaDiHaA terbalikkan menggunakan penyepit makanan tanpa gerigi. Jika guna sudip bimbang minyak terpercik pulak) JANGAN GUNA API BESAR UNTUK MENGELAKKAN ROTI CEPAT HANGUS & MENTAH DIDALAM. Bila dah garing bolehlah diangkat & toskan.
6. Potong roti kepada 6 bahagian & hidangkan begitu saja atau lebih sedap dihidang bersama sambal tumis ikan bilis atau sambal pilihan anda.
Rangup diluar... lembut di dalam... yummy!
Selamat mencuba!
Ala, naper digoda-goda mama macam ni... tak rela I tawww
ReplyDeleteassalamualaikum akak.. last time mcm pernah nmpk roti ni kt myr, tp nama dia lain rasanyer. tun mmg x pernah jumpa/makan laa sebelum nih. mesti sedap cicah ngn sambal ikan bilis tu.
ReplyDeleteAssalam Kak,ishk sedapnya nmpak roti akak nih,nnti free nak try la,amk resepi dlu yer kak..
ReplyDeleteMAMAFAMI: hehe.. saja jer goda mama.. nak suruh mama buat lagi.. boleh sy pi ngendeng umah mama plak..
ReplyDeleteTUN TELANI: wa'alaikum salam... eh iyer ke? ada yer? akak ko ni jarang2 masuk kat MyR tu... tak sempat nak belek.. hehe.. mungkinla ada kot.. apa2pun.. roti ni mmg sedap mkn cicah sambal tumis tu..
ReplyDeleteZALIEDANA: nak cuba ke? bagus bagus.. hehe.. ct ni mmg rajin masak.. dah tu kalau masak yg sedap2 sesaja... buat akak terliur jer tauu.. ok dah buat nnt bgtau akak yer... kalau takot byk sgt.. ct buat setengah adunan jer..
ReplyDeletesedapnye...mcm beshnye nak cuba...bab nak kelim tuh mcm fail sikit..hihihi..akak ade tak rase dia mcm karipap telur?
ReplyDeleteassalamualaikum akak...
ReplyDeletewah comelnya bulat2 gitu... suka tgk.. tambahan pula diana suka makan makanan mcm nie... Tapi nak buatnya tu jarang ckit.. hehehe... ^_^. Kalau dkt.. nak ckit yer akak.. nasib jauh.. huhuu
CHIKADAKBIRU: kalau rajin bolehlah cuba.. kelim tu.. takpe kalau tak reti nak kelim cantik2 pun.. belasah jer.. kalau tak reti sgt.. tekan2 je ngan garfu pun boleh gak.. karipap telur? akak tak pernah rasa lagi... pernah print resepi tu tak pernah buat.. hihihi...
ReplyDeleteDIANA: Wa'alaikumsalam.. comel2 ke? gabak2 tu Diana.. hehee.. akak pun suka makanan jenis2 gini.. tp bab nak membuat tu yg malas sbb nak kena kelebek satu2... nasib yg ni tak susah sgt sbb buat besar2 gitu so cepatlah siap...
ReplyDeletesalam kak...
ReplyDeleteya Allah kak terliurrnyaaaa saya.. kebetulan perut tengah lapar gilaa.. kikikiki..
tapi apa kan daya.. nak buat kena tunggu habis pantang dulu ler gamaknyaa...
nampak sangat.. yummmmmmyyyyyy...
msti sedap ni.. ada pulak sambal tumis.. bila2 nnti akk nk cuba la madiha...
ReplyDeleteBila gi S`pore teman baik kat sana suka benor idangkan roti Bawean nih...tapi empat segi macam murtabak....pastrinya lebih enak kalau adun dengan minyak yang dipanaskan kot...hihihi...dah macam buat kulit epok2 pulak ekkk...kakwa
ReplyDeletewah boleh masuk list jugak roti yang ini..nampak selera tu dihah..
ReplyDeleteoopss..maceh dihah tadi akak ambik resepi apam snow white tu..
Yup, I agree! Looks like karipap bulat besar! hehehe ...yummy :)
ReplyDeletekak dihah,,minta izin copy resepi nak kn cuba bt juge...
ReplyDeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteWahhhh, menariknya paparan sekarang, nampak pun sedap
amboiiii.. creative tul.. cantik kelim kot2 tepi tu.. cantek dan saksama.. :D sedap ni.. mesti cuba kalau rajin nanti.. ehehe
ReplyDeletepsstt.. smlm tengok resepi chef wan wat guechi
(mkanan org perancis) *kalau tak salah tulis la.. kat tv2.. sedappp nampak.. sbb boh cendawan.. mmmm tu pun nanti2 nak try gak.. :D eheheh..
betul lah si anak tu kata karipap besorr...rupanya camni roti boyan, sebelum ni penah dengor je dan xleh nk bayangkan camna...nak buat jugak lah satu hari nanti, tima kasih sudi buat, tulis resepi dan tunjuk cara2nya lgi.
ReplyDeleteAssalam madiha,
ReplyDeleteroti boyan aka roti bawean aka piza boyan..
memang sedap ni..kita pun suka selalu buat time bulan puasa....madiha..kita dah buat sambal hitam pahang tu..kita ambil recipenya ya..as usual.. my mak, cakap boleh tahan sedap..hehe..dari mana?dari blog madiha jugaaaaaa....heheh