Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua... harap semua kengkawan sihat2 belaka yer.. Sebelum meneruskan coretan.. MaDiHaA a.k.a Ratna ibu kepada Alin ingin mengucap berbanyak terima kasih kepada semua kengkawan yang telah meninggalkan komen & ucapan besday untuk Alin dalam pos semalam tu yer.. semoga doa2 auntie2 semua akan diperkenankan Allah S.W.T. amin....
Hari ni aku nak pos resepi yang paling laris masa majlis makan2 tempohari iaitu Takoyaki.. Pertama kali bagi aku buat Takoyaki yang sudah popular di kalangan blogger2 masakan yang lain.. Tapi bagi aku masih terlalu baru lagi... alhamdulillah akhirnya dapat jugak beli acuan takoyaki sendiri dari Cik Mimi setelah puas mencari2... Walaupun my kazen Ida Marlida sanggup pinjamkan dia punya... tapi aku takmo.. (jual mahal! hehe) nak jugak miliki sendiri.. bukan apa.. takmolah nyusahkan dia di masa akan datang sebab rasanya tak rugi beli acuan ni sebab semua isi rumah sukakan takoyaki ni.. Takkan asyik nak meminjam je kan... dah ada satu ni boleh guna sampai bila2... walaupun harganya boleh tahan.. tapi berbaloi! Kepada sesiapa yang berminat atau yang dah lama mencari acuan takoyaki ni.. bolehlah order dari Chik Mimi yer.. Ni promot ikhlas ni.. takde apa2 imbuhan pun... sekadar berkongsi info dengan kengkawan semua...
Oklah.. berbalik pada resepi Takoyaki ni.. terdapat banyak resepi Takoyaki dari blog kawan2. Terutamanya kat blog Hana Memories, Kak Nor Secubit Garam, Kak Rinnchan & lain2 lagi.. Tapi bagi aku yang tak jumpa nak cari sos Takoyaki & juga tepong Takoyaki tu sendiri.. akhirnya aku terjumpa resepi Takoyaki yang hanya menggunakan tepong gandum & bahan2 asas lain yang lebih mudah & ringkas didapati. Terima kasih kepada Ilhamusafir (yg sedang menuntut di Jepun untuk phDnya) yang sudi berkongsi resepi sos Takoyaki yang sangat sedap ni yer.. Resepi bancuhan tepong tu pun senang nak buat tak perlu susah2 mencari tepong Takoyaki kat Jusco tu... jimat pun jimat & dari segi rasa tetap sedap sama macam Takoyaki yang jual kat Jusco tu jugak..
Kepada Ilhamusafir.. terima kasih sekali lagi untuk resepi Takoyaki yang sedap ni & saya mintak halalkan resepi yang dikongsikan & mintak izin untuk dikongsikan pulak di blog saya untuk rujukan akan datang & juga rujukan kawan2 yang teringin nak mencuba... Mintak maaf kerana resepinya saya dah ubah sedikit dari segi penyampaian agar senang kawan2 lain merujuk. Untuk resepi asal.. boleh klik SINI.
yang ini adalah 2nd batch Takoyaki masa kat majlis makan2 tu...
buat je habis buat je habis.. hehe.. syedappp!!
Takoyaki
Sumber : Ilhamusafir
Dirujuk & diedit semula : MaDiHaA a.k.a Ratna
Bahan2 Sos Takoyaki (boleh juga digunakan untuk Okonomiyaki)
Campuran kicap manis, 1 sudu besar hoisin sos dan seasoning
Cara2 Menyediakan Sos
Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan dimasak sekejap.
Sejukkan sebelum dimasukkan ke dalam botol sos (yang biasa kita letak mayonis yang senang nak picit tu)
Sejukkan sebelum dimasukkan ke dalam botol sos (yang biasa kita letak mayonis yang senang nak picit tu)
Bahan2 Batter Takoyaki
1 cawan tepung gandum
300 ml air (MaDiHaA tambah lagi 50 ml air)
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil garam..
1 biji telur
Bahan2 Isian Takoyaki
Boleh dipelbagaikan isiannya walaupun Takoyaki merujuk kepada Octopus Ball.
Boleh dipelbagaikan isiannya walaupun Takoyaki merujuk kepada Octopus Ball.
Antara bahan2 yang sesuai ialah :
Tuna/Octopus/Isi Udang/Crab fillet (MaDiHaA guna isi udang & Crab fillet)
Daun bawang ~ dipotong halus
Daun bawang ~ dipotong halus
Kubis dicincang halus2 (mcm nak buat coleslaw)
Bahan2 Taburan
Serbuk ikan bilis (MaDiHaA tak letak)
Serbuk nori (seaweed)
Katsuoboshi.. (hirisan ikan bonito nipis macam kertas )
Cara2 Memasak Takoyaki
1. Bancuh semua bahan2 batter dengan menggunakan whisker sehingga sebati. Tuangkan ke dalam jug plastik yang sesuai. (supaya mudah nak menuang batter ke acuan nanti) Ketepikan sebentar.
2. Panaskan acuan takoyaki dengan api yang sederhana. Sapukan sedikit minyak masak dalam setiap lubang acuan. Bila acuan dah agak panas, tuangkan batter ke setiap lubang acuan sehingga penuh.
3. Masukkan bahan2 isian (samada isi udang/tuna/ octopus yg telah dipotong kecil/crab stick yg dipotong kecil). Kuantiti isian tu ikut suka.. kalau letak lebih lagi sedap! Kemudian taburkan dengan hirisan daun bawang diikuti dengan kobis yang telah dicincang (MaDiHaA suka sayur banyak!).
4. TIPS MEMBULATKAN TAKOYAKI CARA MaDiHaA : Bila Takoyaki dah nampak beku sikit.. bolehlah dicungkil sedikit menggunakan 2 batang lidi satay supaya kedudukannya menjadi berubah tempat tapi JANGAN TERBALIKKAN terus! Biar kedudukannya macam senget sikit. Takoyaki pada masa ini akan berbentuk separa bulat dengan keadaan berdiri. Nanti akan nampak dalam acuan ada tempat kosong lagi so tambahkan lagi batter dalam acuan yg nampak kosong tu.. Biar beku sekejap then cungkil lagi Takoyaki & ubah lagi kedudukan. Bentuk Takoyaki pada masa ni akan jadi 3/4 bulat.. isi lagi bahagian kosong dalam acuan sehingga penuh & terus pusing kedudukan Takoyaki supaya bentuk bulat sepenuhnya berada dibahagian atas & batter yang baru dituang tadi berada dibahagian bawah bermakna bentuk Takoyaki pada masa ini sudah menjadi bulat sepenuhnya. Lepas beberapa minit.. pusing2kan Takoyaki yang dah berbentuk bulat sepenuhnya tu supaya garing sekata. Semasa menunggu garing tu bolehlah ditambahkan sedikit minyak supaya lebih mudah garing.
5. Bila dah cukup garing. Cucuk Takoyaki & susun dalam pinggan hidangan. Paipkan sos takoyaki & sos mayonis secukupnya. Taburkan dengan nori halus & juga katsuoboshi. Sedia untuk dihidangkan!
Nota MaDiHaA : agak susah nak tulis cara2 membulatkan takoyaki dalam bentuk penyampaian. Cara yang paling mudah ialah dengan melihat dalam bentuk video. Jadi bolehlah cari dalam laman You Tube untuk lebih memudahkan anda.
Selamat mencuba!
Sedapnyer.. akak nak tanya kat jj puchong ada x jual boneto flakes ni. teringin nak buat, beli makan skit x puas
ReplyDeleteJU : sepatutnya kat semua cawangan JJ ada jual bahan2 yang dari Jepun tu.. kalau takde tu mungkin sebab dah kehabisan stok agaknya. tepong takoyaki pun ada jual jugak cuma akak je yg tak dapat cari aritu kat JJ Sunway Piramid.. hehe.. betul tu.. beli memang tak puas makan.. nak kena beli banyak.. bukannya murah.. 3 biji kat JJ tu dah RM4.50! Buat sendiri berbaloi2..
ReplyDeletealamak! tergodanya!! cantik sgt tako balls tu, bulat je. huhuhu... ni yg buatkan saya nak je jusco ni, beli tako.
ReplyDeletehuhu.. tengok je laa.. sbb xleh buat xde acuan takoyaki..
ReplyDeletesalam kak..nk tnya bonito flake tu akak beli kt mane?tq
ReplyDeleteashra
semalam masa jenguk kengkawan nampak kat umah Maz ilhamdapur,walaa tengok bahan tak dpt nak tolong...tengok kat sini cam senang ajer,,,cuma kena laaa kirim kat cik mimi takomaker nyer kan...akak amek resipi yer..mana tau nak buat satu hari nanti...
ReplyDeleteterima kasih Madiha kerana sudi kongsi resepi ni..bagus sekali penerangannya:)nak cuba lah:)
ReplyDeletewah dah sampai ya acuan tuu dr mimi? kak ilah dok tunggu juga khabarnya.. terbukti hari ni takoyaki dah masuk rumah madiha.. tahniah.. best kan ada acuan wpun mahal berbaloi2 bikin sendiri lagi sedap daripada beli tak sedap pung..betul tak diha?hehe
ReplyDeleteSIZUKA: macam akak tengok takoyaki yang kawan2 tayang dulu.. (masa tu belum ada takomaker lagi) terus tak sabar nak merasa sbb terliur walaupun belum pernah merasa. ikut cik abg pegi jusco ronda2 cari bahan2nya tak sabar nak tunggu buat sendiri last beli jugak takoyaki kat jusco tu.. hehe.. masa tu mcm org mengidam ajer.. kikiki..
ReplyDeleteTUN TELANI: kalau dah tak tahan nak cuba buat boleh guna acuan kuih cara... hehe.. tapi tak puas hati le sbb nnt takoyakinya berbentuk2.. hehe..
ReplyDeleteANONYMOUS: untuk pengetahuan.. akak beli kat Jusco Sunway Piramid. rasanya semua cawangan Jusco ada jual bahan2 dari Jepun ni... cuba2 cari yer... kalau takde mungkin sebab kehabisan stok.
ReplyDeleteKAK ASMA: tulah kak.. kalau nak tunggu buat guna bahan2 yang susah nak cari tu alamak meloponglah kak... nasib saya jumpa resepi yg mudah ni.. namun gitu.. rasanya tetap sedap kak.. dah ada takomaker nanti bolehlah cuba yer..
ReplyDeleteCIK MANGGIS: hehe.. saya cuba sedaya upaya utk menyampaikan cara yang mudah org faham... kalau nak tulis gitu2 je nanti mesti ramai tak tau macamana nak membulatkan takoyaki tu.. harap2 tak berbelit2 cara penyampaian saya tu... selamat mencuba CM..
ReplyDeleteILAHJY: kak ilah.. sebenarnya dah lama sampai kak.. cuma saya je takde masa nak buat... hehe.. aritu kira mcm balas dendamlah dengan projek tako ni.. sampai 5 adunan saya buat.. kazen2, cik abg & anak2 semua puas hati dpt mkn sepuasnya..
ReplyDeletesuka makan takoyaki ni, tp yg beli punyer laa... ari tu pernah buat sendiri kp mcm fail jer..cik abe pun gelakkan, katanya macam cekodok jer... tambah sakit ati bila dia berdekah2 ketawa "cekodok cicah kicap!!!" sakit jer ati !!! lepas tu tak pernah buat lagi. Kalo teringin nk makan, kenalah pegi C4 Sri Petaling. Kat sana ada jual, 3 bijik=5.00. Mahal...dan tak puas makan
ReplyDeletesalam Madiha...waaaaaaaaaaaaa takoyaki menggodanya...owh xyah guna tepung n sos khas beli kat Jusco la eh...boleh la try kalu camni...xpun susah nak dpt bahan dr jepun tu, sbb kat Ktn ni mana ada Jusco..kan...huhuuu
ReplyDeletehuhuhu cam susah je nak buat..tapela rela pegi jusco huwaaaaa tapi sushi kinnye takoyaki pon tak sedap tak bley lawan Jusconya
ReplyDeletehalamak kak.. ini feveret dana nih, kalu gi jusco msti beli, pastu setakat 1 kotak yg isi nyer 3biji tuh mmg tak ckup lah kak, dulu 2 kotak ckup dh mkn ber2 skrg nih kene beli 3 kotak... itupun kadang mcm tak ckup siap rebut2 lg nk edy...
ReplyDeletebest aaa family akak bile2 masa blh mkn kan... terasa dh kesedapan kelemakan nyer ni kak
Assalamualaikum kak...
ReplyDeletenani pun blom pernah cuba wat.. and blom pernah cuba makan pun.. pernah nampak kat carrefour puchong.. teringin nak test.. tapi blom2 test.. tengok lak kat sini.. cam teruja je nak ngeTEST..
:) kak.. udah ler tak de air 17 hari dah.. haikal lak campak.. lepas tu mcm2 masalah la.. kat opis la.. haikal tak de orang jaga la.. pening pale kak.. sampai blood pressure pun naik gak.. 2nd time ni dlm idup.. 1st time dulu time pregnant kinah.. mmg pressure sangat.. sbb takot nak bersalin.. ni naik lagi.. rasa cam terhoyong hayang je pening..
Salams,
ReplyDeleteAlhamdulillah, syukur .. terima kasih sudi ambil resepi takoyaki dan sos di blog saya.. satu lagi mintk maaf sbb ms sy tulis entry tu ala ala sempoi.. sbb tajuk entri pun resepi sempoi.. baguslah Madiha dapat tulis cantik2 senang orang baca... Lebih yakin tako yaki ni buat sendiri.. sos pun buat sendiri.. sy mmg suka takoyaki.. ms kat jepun sy selalu beli.. sampailah satu hr saya stop beli takoyaki...sbbnya sy ada ceritakan di blog saya.. sosnya pun meragukan.. kalau di Malaysia pun cuba tgk penjual takoyaki selalunya adalah bukan org Islam..
Jadi baguslah kalau pakat2 buat sendiri.. lagi puas makan..dan lebih yakin apa yg akan jd darah daging kita kan...
:)
agak2 nye kan,, kalau gune acuan kuih cara t boleh tak..hehe :)
ReplyDeletekat mana nak cari acuan takoyaki tu
ReplyDeletesalam kak..kak saya nk tanya pasal watermark, akak guna software apa yer...sy tgk kt internet sumer kena byr..
ReplyDeleteLake Benito flakes tuh brand apa
ReplyDeletemana blajar resepi takoyaki batter buat dr tepung gandum????memandai lah.....plus,jgn merosakkan resepi jepun....
ReplyDeletedri pelajar masakan jepun.
@AnonymousNovember 16, 2012 6:16 PM
DeleteEk eleh.....suka hati la nak buat dari tepung apa pun, sedap atau tidak tu terpulang pada selera orang yang makan.
Jangan rosakkan resepi jepun? Perghhh, ni mesti *arua jepang nih cam dulu2 wakakakaka
Susah la idup jumpa orang macam ni.....tak boleh tengok org lain buat cara sendiri, nak ikut cara dia je...
Abis tu, nak pakai tepung apa? Untung ada resepi yg mcm ni.. Dpt buat ikut resepi yg sedap ni.. Kami x pernah gi jepun..
DeleteKalo resepi jepun tu x halal,xkn nk ikut jugak?apa punya statement la student jepun ni😑
Deletesedappp :D
ReplyDeleteTerima kasih
ReplyDeletesedang belajar bulatkan tako ni..hihi
ReplyDeletejemput ke blog nana :)
Resepi takoyaki paling sedap yg pernah sy cuba. Pernah buat jualan guna resepi ini. Terima kasih.. Semoga diperluaskan rezeki..
ReplyDelete