Friday, April 1, 2011

Mee Bandung Muar


Assalamualaikum & salam Jumaat buat semua...

Apa khabar semua? Dah minum pagi? Belum lagi? Kenapa lambat sangat minum pagi? Atau  ada yang bercadang terus nak ambil brunch? Kalau macam tu.. apa kata kita brunch dengan Mee Bandung Muar ni nak tak? Sapa mau angkat keyboard?? heheee... 

Actually.. Mee Bandung ni dah lama sangat2 dah aku masak.... Sampai dah lupa kejadiannya bila... nanti aku tengok rekod kat gambar tu yer...... ahaa.... dah dapat..  aku masak ni  sehari sebelum buat Kek Coklat Mint kat bawah tu rupanya...  yep.. masak pada 18hb Mac yang lepas sebagai dinner aku & anak-anak.  Sebab hari tu cik abang masuk kerja pukul 4 petang maksudnya malam tu dia tak dinner kat rumah.  Aku pun.. tukar seleralah dengan mee pulak untuk malam tu.. kikiki... Hari2 makan nasi pun jemu jugak kan.. Masak mee ni gara-gara terliur tengok Mee Udang Sedap yang Zaliedana masak 2 hari sebelum tu.. Disebabkan hanya ada  mee & daging kat rumah... mee udang bertukar jadi mee bandung aje ler.. hihihi... Nanti ada kelapangan boleh cuba resepi Mee Udang Sedap Zaliedana pulak...insyaAllah..

Oklah.. nak bercerita pasal resepi Mee Bandung Muar ni... Resepi ni aku ambil dari Fotopages seorang sahabat iaitu Sabrina (Sab) namanya.  Sejak pertama kali masak resepi Sab ni dulu.... aku terus jatuh cinta dengan resepi dia ni (resepi asal dari maknya yg dok kat Johor tu). Tiap kali nak masak mee bandung.. pasti aku guna resepi yang ini.. Mungkin masa tu aku ni belum pandai nak berblog walking & mencuba resepi2 baru.. tu yang dok melekat kat resepi yang satu ni aje.. Lagipun.. dah memang sedap kan.. so malas ler nak try resepi2 lain.. InsyaAllah.. lepas ni bila ada kelapangan boleh cuba resepi2 lain pulak untuk merasa kelainan.. Apa2pun.. terima kasih banyak2 pada Sab yang berkongsi resepi dari mak  yang sangat sedap ni ye.  Walaupun Sab dah derhaka sikit pada resepi asal..... tapi pada tekak akak tetap sedap (lagi sedap kot) & menyelerakan.. hehe...

Oklah Sab.. izinkan akak berkongsi resepi Mee Bandung Muar ni kat blog akak pula yer.. ada akak edit & tokok tambah sikit bahan2 tu harap Sab tak marah yer... TQ Sab!

Mee Bandung Muar
Resepi : Sabrina
Sumber : MaDiHaA a.k.a Ratna

Bahan-bahan untuk kuah:
Utk dimesin
5 ~ 6 ulas bawang merah
3 ulas bawang puteh
10 tangkai cili kering ~ dipotong & rebus hingga lembut

segenggam kacang tanah (MaDiHaA letak dalam 2/3 cawan) ~ digoreng dan dimesin halus
1 paket udang kering (2 1/2 sudu besar) ~ dimesin bersama kacang tanah
300 gram daging ~ potong nipis
4 biji telur
2 sudu sos tomato
4 sudu sos cili (MaDiHaA tambah lagi sikit)
Sedikit minyak masak ~ utk menumis
Garam secukup rasa
2 sudu besar gula (MaDiHaA tambah)
air secukupnya
1 ikat sawi ~ dicelur (MaDiHaA campurkan terus sayuran dalam kuah)
2 helai daun kubis (MaDiHaA tambah)
4 batang jagung muda (MaDiHaA tambah)
2 bungkus mee kuning ~ dicelur (MaDiHaA guna 450 gram jer ngam2 dgn kuah)
limau kasturi ~ optional
daun sup ~ optional
tauhu goreng ~ optional
bawang goreng ~ optional




Bahan-bahan untuk cili jeruk:
3 tangkai cili merah ~ dihiris tebal
3 tangkai cili hijau ~ dihiris tebal (MaDiHaA guna cili hijau semuanya)
sedikit air panas
1 sudu cuka
sedikit garam (MaDiHa tambah)

Cara-cara:
1. Sediakan dahulu cili jeruk dengan mencampurkan semua bahan2nya & biarkan cili terendam dengan bekas yang bertutup.  
2. Panaskan sedikit minyak, dan tumiskan kesemua bahan-bahan yg telah dimesin sehingga naik baunya.
3. Masukkan 3 mangkuk air bersama daging (MaDiHa masukkan dlm 1 2/3 blender air untuk empukkan daging)
4. Setelah daging empuk, masukkan pula kacang tanah dan udang kering yang telah dimesin tadi.
5. Setelah beberapa minit, masukkan sos cili, sos tomato, garam & gula secukup rasa.
Nota Sabrina: ** kalau ikutkan resepi mee bandung Muar yang asli, tak ada letak sos tapi Sab degil.. nak letak gaks.. hehehe Ampun Mak...
6. Kacau rata semua bahan dan kemudian keluarkan daging dari periuk.
7. Pecahkan telur sebiji demi sebiji ke dalam periuk (lebih selamat pecahkan dulu dalam mangkuk lain sebelum dimasukkan ke periuk bimbang jika ada telur yg busuk) dan perlahan kan api dapur. Biarkan sehingga telur masak.
8. Setelah telur masak, masukkan kembali daging yang dikeluarkan tadi.
Nota Sabrina: ** Sab buat macam ni supaya telur tu tak bercampur dengan daging, nanti buruk rupanya.. hehehe
9. Setelah siap semuanya, boleh lah dihidang dengan mee, sayur sawi dan juga cili jeruk. (MaDiHa campurkan sekali sayur2an di dalam kuah selepas telur dah masak.. kemudian barulah masukkan daging)


Nota MaDiHaA : Kepekatan kuah terpulang pada selera individu jadi jumlah air yang dimasukkan ikut keperluan masing2 ye.



Selamat mencuba!

12 comments:

  1. wallaahh sedapnya. dah la tgh lapo ni

    ReplyDelete
  2. perghhh syorgaaaa kak...
    nampak lg sedap dr yg dimakan kat kedai tu..

    ReplyDelete
  3. Salam madihaa...
    Wah!! mee bandung Muar lah..hehehe tak pyah gi jauh2 blh buat sendiri mee Bandung muar blh masuk list lah coz kat rumah mama ni pun anak2 cepat jelak kalau makan nasi hari2...
    Choc Mint Cake betul2 menggoda jiwa & kalbu mama!!

    ReplyDelete
  4. Assalam akak,wah nmpak mee bandung akak mmg sedap lah,bila2 nnti leh try resepi nih..Akak dulu pernah la baca kat mana tah yg mee bandung muar yg ori xde letak segala sos,tapi sejauh mana kebenarannya sy pong xsure sgt,sy pong kalu wat mee bandung,hentam letak segala sos gak lam kuah tu,hihi..

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum akak...
    akak.. mee bandung fav diana juga nie... belum perna lg try mee bandung muar... hehehhe.. kalau nak rasa mee bandung muar masak jer macam akak masak nie kan akak.. tak yah lg pergi jauh2 kat muar... nmpk sedap sgt... terliur sudah..

    ReplyDelete
  6. salam kunjungan.....
    kak sedapnya tak payah pergi muar kat rumah akak dah ada.minta tambah boleh.....

    ReplyDelete
  7. Fuh..mmg tak tahan tiap kali tengok mee, tak kira la mee apapun, mmg peminat noodle, tambah plak mee ada kuah cenggini... pernah makan Mee Bandung Muar ni kat pekan kajang. Sedap la jugak..tp nampak Ratna punyer mee bandung lagi mengancam....

    ReplyDelete
  8. alamak ada mee bandung la pulak... macam mana nak diet ni...
    kak tumpang makan sini lah ye...!

    ReplyDelete
  9. salam diha
    akak memang suka sgt mee bandung muar.tapi biasanya akak beli ready made dari hj sernan..anak2 suka sgt.memang sedap..

    ReplyDelete
  10. sedapnya mee bandung muar...dari Johor ni mee bandung, mee rebus dan soto memang sedap2...

    ReplyDelete