Assalamualaikum & salam sejahtera semua...
Pertama sekali.. aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua follower yang sudi ikut blog aku yang tak seberapa ni. Tak sangka dah mencapai angka 500 lebih tu. Kalau ikutkan.. aku ni bukannya kaki blog walking (BW) sangat pun.. singgah pun kat blog mana2 yang sempat aje. Bukan tak suka atau tak sudi berBW.. tapi masa yang tak mengizinkan.. maklumlah.. kat tempat kerja ni agak terbatas sikitlah kan.. apa2pun.. terima kasih banyak2 kepada follower samada yang lama maupun yang baru yang sudi ikuti blog mamawandiha.blogspot.com sokongan kalian sangat2 bermakna buat MaDiHaA. Terasa semakin rajin nak berblog bila nampak ramai yang suka blog ku yang tak seberapa ni.. InsyaAllah.. mudah2an diberikan kekuatan & kesihatan yang baik agar dapat sentiasa menceriakan blog yang ku sayangi ini... amin...
Oklah.. berbalik kepada resepi hari ini... aku nak kongsikan resepi yang agak pelik sikit. Mungkin tak ramai yang tau akan kewujudan makanan ni kat negara kita. Makanan yang berasal dari negara Myanmar / Burma ini agak kurang terkenal berbanding makanan dari negara jiran kita Indonesia ataupun Thailand. Tapi tidak kurang enaknya bila pertama kali aku mencuba. Ceritanya bermula bila en. abang ternampak anak buah dia dari Myanmar (pekerja dibawah jagaannya) sedang menikmati makanan ini sewaktu dorang berehat. En. Abang yang ingin tahu akan makanan tu pun dok survey2 lah macamana cara nak membuatnya sebab dia kata nampak macam menarik pulak. Rupanya2.. makanan tu ada terjual berdekatan dengan tempat tinggal/hostel budak2 Myanmar tu kat Shah Alam sana. (tak pasti kat pasaraya/di pasaran gelap.. hehehe) Oleh kerana dapat kepastian yang makanan tersebut halal (ada chop halal Myanmar) jadi en. abang pun pesan ler kat budak Myanmar tu (yang juga beragama Islam) mintak belikan 2 paket. Pasti u all semua pun tahu bahawa di negara Myanmar juga terdapat rakyatnya yang beragama Islam walaupun bilangannya agak kecil. Jadi rasanya.. tiada keraguan & tak was2 untuk mencubanya...
Ini Kerabu Acar Daun Teh kali ke tiga dibuat.. yg kali ke dua & ke empat tak ambik gambar.. hehe
Untuk pengetahuan.. resepi ini telah diubahsuai sesedap rasa oleh en. abang ikut cara kerabu ala Malaysia. Memang sedap sangat2 dengan rasa acar daun teh yang begitu unik.. Sekali cuba pasti nak lagi. Untuk memberi gambaran acar daun teh tu.. baunya ada sikit2 persamaan dengan sawi/kobis asin/jeruk yg Chinese selalu masak tu (yang biasa kita campurkan dalam asam pedas tu). Kalau u all nak tau.. hidangan kerabu ni kami dah buat sebanyak 4 kali dalam satu bulan..!! hehehe... sebab sedap sangat! Tak puas makan tauu.. kalau ikutkan abang nak kirim lagi budak Myanmar tu beli acar daun teh tu... tapi aku cakap kat abang biarlah dulu sebab kalau aku makan benda nih... macam tak boleh berenti.. hehe.. aku bukan apa.. takut uric acid aku makin tinggi jer sebab dok makan byk sangat kekacang ni... aritu pun doktor dah pesan kena kurangkan makan jenis kekacang... tapi itulah yang aku paling suka.. kehkehkeh...
Ok.. jom kita tengok resepinya yer. Resepi versi my husband.. kalau cara budak2 Myanmar tu makan.. en. abang cakap.. dorang cuma campurkan semua bahan2 asas yang ada dalam paket pickled tea tu aje... tapi en. abang ku dah campurkan dengan beberapa bahan tambahan lain lagi nak bagi lebih sedap & dapat lebih banyak.. hehe.... But actually.. aritu ada aku google pasal pickled tea ni.. rupa2nya.. kat Myanmar pun dorang buat ala2 kerabu jugak.. dorang campurkan juga dengan hirisan bahan2 yang lain.. nanti aku letak gambar dari en. google tu yer.. Ok sebelum tu jom intai resepi versi en. abang aku ni yer...
Lahpet/ Myanmar Pickled Tea Salad /
Kerabu Acar Daun Teh Myanmar
Resepi : MaDiHaA's Husband
Bahan2
½ peket Pickled Tea (Jenama SHWE seperti dalam gambar ~ guna separuh saja dr bahan2 di dalamnya)
3 ~ 4 ulas bawang merah ~ dihiris nipis
2 ulas bawang putih ~ dihiris nipis
1 kuntum bunga kantan ~ dihiris nipis
4 biji cili padi ~ dihiris nipis
1 cawan kacang tanah ~ digoreng garing dengan minyak
½ cawan ikan bilis ~ dikopek & goreng garing
sedikit kobis ~ dihiris nipis
1 biji carrot ~ disagat halus
½ biji timun ~ disagat halus
1 biji tomato ~ dipotong dadu
1 potong ikan tongkol rebus ~ direlai2kan ambil isinya saja
3 sudu besar minyak masak bekas gorengan ikan bilis tadi
garam, gula & aji secukup rasa
di dalam paket ini terdiri dari 3 jenis kacang goreng, bawang putih goreng,
bijan goreng & acar daun teh
Cara2 Menyediakan
1. Sediakan kesemua bahan2 yang perlu dihiris/sagat dan masukkan ke dalam satu bekas/besen. Campurkan dengan kacang & ikan bilis yang telah digoreng garing.
2. Masukkan isi ikan diikuti pula dengan bahan2 dari paket Pickled Tea. (guna setengah je.. maksudnya sepeket tu boleh buat dua kali/ 2 hidangan).
3. Perahkan jus limau nipis, minyak masak & campurkan garam, gula & aji secukupnya. (garam jangan letak banyak.. rasa2 dulu sebab ikan tongkol rebus & ikan bilis pun dah masin).
4. Akhir sekali bahan2 tersebut hendaklah digaul rata menggunakan tangan terutama sekali acar daun teh tadi yang perlu diratakan sebab acar daun teh tu teksturnya agak likat sikit so kena gaul betul2 rata dengan tangan. Bila acar daun teh agak2 dah rata.. bolehlah cuci tangan & sambung menggaul dengan senduk pula. (tak boleh gaul lama2 dengan tangan sebab acar daun teh tu dorang dah campur dengan cili.. takut tangan pijar pulak.. hehe). So sambunglah gaul rata dengan senduk pulak & rasakan biar secukup rasa. Jika perlu tambah ler jus limau atau garam ikut citarasa sendiri.
5. Dah siap pun.. bolehlah hidang dengan lain2 lauk.
Nota MaDiHaA: Kerabu ni sedap makan dengan nasi atau ratah gitu pun sodap.. kalau dah makan tu rasa macam takleh nak berenti jer.. hehe...
Pickled Tea Salad (gambar encik google). Yang warna hijau gelap tulah acar daun teh tu..
itulah bahan penting dalam menu ni..
Lagi gambar dari encik google...
menarik kerabu tu kak...tak pernah mkn lagi..sure sedap kalau dh bubuh kacang tu kan..
ReplyDeleteAssalamualaikum...
ReplyDeleteNampak menarik le kak. kalau jumpa bahan2 dia nanti boleh le try.
salam...
ReplyDeletewahhh...nak kena cuba ni...
mana nak dapat Pickled Tea tu??...
Kak, kerabu akak ni buat Naz terliur laaaa... I love kerabu!!
ReplyDeleteWaaa....macam2 ada kat kerabu ni....nampak sedap dan best....ratah je mesti sedap ni kan Madiha...
ReplyDeleteAssalam kak,
ReplyDeleteWah nmpk sedap la..Akak 1 peket tuh berapa rega kak.?
Assalam madiha,
ReplyDeletelooks appetising ni ..kat sini tak tahu kat mana ada jual..orang myanmar pun kita nak kenalkan pun dah sama aje ..heheh..dah rakyat ramai yang berbangsa cina..heheh..tengok telan air liur ajelah ya....
oh yes, kita terbaca comments madiha kat blog knur tu..i think panggil dia knur, sebab dia lebih senior..dari kita..in fact kalau nak ikutkan kita pun tua dari madiha tau..hehe..caya tak?..betul ni tak bedek..
salam madihaa, boleh pick up award uou kat blog kjee. thnx
ReplyDelete