Assalamualaikum & selamat pagi semua...
Pagi ni pos resepi ringkas sajalah... masak untuk sarapan kami sekeluarga. Gunakan nama Mee Goreng Anakanda tu sebab mee ni tak pedas & khas utk anakanda yang tak tahan makan pedas... Macam nilah kalau nak bagi semua orang dalam rumah dapat makan.. ibu dengan ayah kenalah mengalah.. kalau masak pedas2 nanti 2 orang budak dalam rumah tu tak boleh pula nak menumpang. Yang benornya.. ibunya ni yang malas nak goreng 2 jenis/versi.. hehehe... Ahh.. biasalahkan.. hidup ni kena mudah & ringkas... asalkan kenyang perut... Alhamdulillah...
Actually aku cukup malas nak taip resepi mee goreng versi sendiri. Sebabnya setiap kali aku menggoreng mee tak pernah stick pada satu2 resepi. Bahan2 pun main campak2 aje mana yang suka mana yang ada waktu itu.. jadi hasilnya pun tak pernah sama setiap kali menggoreng mee. Kadang kala sedap, kadang kala agak kureng.. hehehe... Kali ni je entah kenapa agak rajin mencatit kuantiti bahan2 yang digunakan masa menggoreng mee baru2 ni.. So layan jelah resepi ringkas ni ye...
Mee Goreng Anakanda
Resepi : MaDiHaA a.k.a Ratna
Bahan2
900 gm mee kuning
5 keping fishcake ~ dipotong2
1 cawan isi ayam
3 ekor sotong ~ dipotong2
suku biji kobis saiz besar ~ dihiris halus (boleh juga nak ganti dengan taugeh)
1 batang carrot ~ disagat kasar
2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap pekat
2 biji telur
½ cawan air
Bahan kisar
1 biji bawang besar (saiz sedang)
2 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 biji cili merah ~ patah2kan
2 sudu besar udang kering
Cara2 menyediakan
1. Panaskan minyak masak lalu tumiskan bahan2 kisar hingga wangi & pecah minyak. Masukkan isi ayam, fish cake & sotong. Kacau2 kejap then pecahkan telur. Biarkan telur beku sikit then barulah dibalikkan. Bila telur masak sepenuhnya barulah dipotong2kan telur dengan sudip. Tujuan supaya telur jadi berketul2 sikit & tak bercampur dengan bahan tumisan kalau dikacau2 terus.
2. Masukkan air, kobis & carrot. Kacau rata. Masukkan kicap, sos tiram & kicap pekat. Akhir sekali masukkan mee yang dilerai2kan dan gaul sebati. Tak perlu tambah garam sebab kicap2, sos tiram & udang kering dah ada rasa masin. Jika anda suka lebih masin.. silalah tambah apa yang patut.
Nota MaDiHaA : Jika guna sayur yg sedikit.... sila kurangkan sendiri kuantiti kicap / sos tiram ye sebab takut mee akan jadi masin pula. MaDiHaA suka sayur lebih.
Jom sarapan!
Assalamualaikum akak....
ReplyDeleteaduh!! bertambah ler lapar nya tgk mee nie akak... nmpk sungguh sedap .... sedaaap nie kalau dpt sepinggan... hehehe
Salam kak madiha cayang...kita nak mkn tgh hari kat sini ya :D sedap mee goreng! kita ngan hb mmg suke mee2 goreng ke bee hoon goreng ke pendek kata mee2 mmg sukelah! :D ada pulak lah silimau sambal tepi tuuu buat perah2 sedappp tuuuuuuu..
ReplyDeleteAsalamulaikum Ratna
ReplyDeletememang lapor perut kalau sesekali nampak mee goreng ni. meriah rasanya kalau dapat makan bersama keluarga kan. Samalah kat rumah ct, mana nak pedas2 kang ada yang menogak air lebih dari makan mee goreng tu... hihihi.
akak madihaaa..
ReplyDeletesaya suke mee goreng yang nampak cam dlm gambar akak neh. nampak cam kering2 sikit. kalau hubby saya dia mesti nak basah ada kuah2 sikit. tapi saya lak prefer yang mcm dlm gambar tu.. sedap tuuu
Baru buat mee grg utk sarapan isi rumah pagi semalam pasal dorang semua cuti tapi sy kerja..... tapi x letak lak masam limau mcm dlm gmbr tu.
ReplyDelete