Assalamualaikum...
Salam Jumaat penghulu segala hari... Dah makan tenghari? Mestilah dah kan.. dah masuk petang dah pun... Alhamdulillah dengan rezeki untuk hari ni..
2 entry semalam dua2 takde resepi.. kali ni aku masuk entry masak2lah pulak yer.. Sebenarnya dah lama terliur bila tengok CT Zaliedana tayang Mee Udang Sedap nya dulu.. Sampai dah 2 kali CT buat & tayang kat blognya.. aku belum berkesempatan lagi membuatnya. Nak mencari udang saiz besar agak susah kalau tak pegi ke Pasar Besar PJ. Sejak dah tinggal jauh dari Old Town PJ ni.. memang dah jarang aku ke Pasar Besar tu. Tambah2 sejak ada budak kecik yang sorang tu.. memang sejak tulah aku dah tak jejak pasar PJ tu. Kalau kedai dekat2 dengan rumah aku atau pun ofis aku.. setakat udang saiz sedang aje yang ada... Tapi dah teringin punya pasal.. tak kisahlah takde udang besar pun.. janji lepas hajat.. hehe..
Sebelum kami pulang ke kampong MIL tempohari sempatla aku masak mee udang ni. Dah teringin melampau2 dah rasanya. Lagipun.. orang tua2 kata kalau nak berjalan jauh.. apa2 yang teringin nak makan.. kalau boleh biarlah ditunaikan... bukan apa.. takut kempunan... hehe.. Makanya hari Jumaat minggu lepas terlaksana jugaklah hajat aku nak merasa mee udang CT ni & memang ternyata sedapp tauu!! Ada juga iras2 rasa mee bandung.. mungkin sebab ada letak udang kering tu kot.. Memang best banget! Sesuailah dengan nama resepi yang CT gunakan iaitu Mee Udang Sedap! Terima kasih ye CT sudi berkongsi resepi mee udang ni.. tak payah dah nak pegi ke Kuala Sepetang nak makan mee udang... dah boleh masak di dapur sendiri.. hehehe..
Mintak izin ye CT akak kongsikan kat blog akak pulak resepi ni.. akak buat 3x dari kuantiti resepi yang CT kongsikan. Almaklumlah... ramai yang tukang makan.. siap dapat makan ulang2 lagi.. Maaf ye CT sebab akak terpaksa tulis semula resepi dengan gaya bahasa & cara akak supaya mudah faham.. Kuantiti sos2 tu pun akak main agak2 ikut sedap tekak sendiri jugak.. harap halal ye... Kalau kawan2 nak tengok resepi asal dari CT bolehlah klik kat SINI.
Mee Udang Sedap
Resepi : CT Zaliedana
Resepi : CT Zaliedana
Ditulis semula oleh : MaDiHaA a.k.a Ratna (untuk hidangan 6 ~ 7 orang)
Bahan2
2 peket mee kuning saiz 450 gm ~ dicelur sekejap & tos
800 gm udang segar saiz besar/sedang ~ potong sesungut & kakinya
(kuantiti udang terpulang nak kurangkan atau lebihkan.. lagi banyak lagi sedap!)
6 ekor sotong ~ di potong kecil (optional)
(kuantiti udang terpulang nak kurangkan atau lebihkan.. lagi banyak lagi sedap!)
6 ekor sotong ~ di potong kecil (optional)
1 ½ jug blender air (ini sukatan MaDihaA u all agak2 sendirilah yer kepekatan kuahnya)
1 tin kecil tomato puree*
3 ~ 4 sudu besar sos cili*
2 sudu besar sos tomato*
3 ~ 4 sudu besar sos cili*
2 sudu besar sos tomato*
Serbuk pati ayam* (MaDiHaA guna 2 sudu besar Knorr Pasti Sedap)
4 sudu besar sos nampla@sos ikan*
Sawi secukupnya ~ dipotong & cuci
4 sudu besar sos nampla@sos ikan*
Sawi secukupnya ~ dipotong & cuci
2 biji buah tomato (MaDiHaA tak campur dlm kuah, tapi dicampur semasa menghidang)
1 ½ sudu besar gula*
1 ½ sudu besar gula*
6 sudu KFC garam* (ini ikut sukatan MaDiHaA.. sila ikut citarasa sendiri ok!)
2 sudu KFC ajinomoto* (ini MaDiHaA tambah)
2 sudu KFC ajinomoto* (ini MaDiHaA tambah)
Minyak utk menumis
6 sudu besar cili kisar
Bahan dikisar (A)
5 ulas bawang putih
5 ulas bawang putih
12 ulas bawang merah
1 ½ sudu besar udang kering
air secukupnya
Bahan dikisar (B)
2 biji kentang sederhana besar ~ digoreng @rebus hingga empuk & potong kiub6 ekor udang segar tanpa kulit
air secukupnya
Bahan tambahan
Telur rebus
Telur rebus
Cili merah
Limau kasturi
Daun salad
Bawang goreng
Tauhu goreng
(MaDiHaA letak telur rebus, tauge, hirisan tomato & tauhu goreng aje)
Cara-cara menyediakan
1. Panaskan minyak masak lalu tumiskan bahan2 kisar (A) serta cili kisar & tumis sehingga wangi & terbit minyak.
Cara-cara menyediakan
1. Panaskan minyak masak lalu tumiskan bahan2 kisar (A) serta cili kisar & tumis sehingga wangi & terbit minyak.
2. Masukkan bahan kisar (B) & tambah lagi 1½ jug air (sukat guna jug blender tadi). Kacau rata & biarkan seketika.
3. Masukkan bahan2 bertanda (*) secukupnya dan biarkan mendidih.
4. Akhir sekali masukkan udang, sotong & sawi. Biar sebentar hingga sawi lembut. Rasakan kuah biar secukup rasa kemudian bolehlah masukkan buah tomato, kacau2 kejap & padamkan api. (MaDiHa skip sebab tak suka buah tomato yg dimasak, so MaDiHaA guna tomato mentah semasa menghidang)
5. Hidang mee bersama kuah serta bahan2 tambahan yang lain ikut citarasa sendiri.
Nota MaDiHaA: Jika anda masak dalam kuantiti sedikit & ingin menghidang terus.. boleh campurkan terus mee kuning di dalam kuah seperti yang CT masak. Tetapi jika masak dalam kuantiti yg banyak macam MaDiHaA & mungkin tak boleh dihabiskan semua.. jangan campurkan terus mee kerana mee akan mengembang. Celur sekejap mee & hidang bersama kuah & lain2 bila dah bersedia nak makan.
Sorry.. mee kat bawah tak nampak pulak.. hehe..
Selamat mencuba kepada semua!
Selamat hari ibu buat semua yang bergelar ibu!
Salam Madiha...pe kabonya adik kak cek sorang ni...sihat sejahtera hendaknya...
ReplyDeleteWah! menu fav kak cek ni....kak cek amik resepi dulu ek...sedapnya....lapo kak cek dibuatnya...dah terasa2 kat tekak ni...:)
Waaa kak madihaa dah promote baik punya ni kena buat cepat2. Bila erk? macam tak sempat jer.
ReplyDeletekak madihaa.. meriahnyer udang! besar dan gemuk! penuh satu mangkuk.. hehe.. mmg puas hati dpt mkn nih.
ReplyDeleteAssalam kak..Tengs ya sudi cuba N edit semula resepi tuh,sy pakai taip ikut dan jer,hihi..Maklumlah kekadang tuh dak nana duk ngacau..Pstt kak,mee akak mmg nmpk sedap nih..Sy pong ritu kuah belen cikit,hubby hirup gitu jer,hehe..
ReplyDeleteNampak sedap tu Madiha.Tak dapat nak rasa,hari ni Kak Ros keracunan makanan la.Sakit perut ni......
ReplyDeleteas-salam
ReplyDeleteUiks! menggoda sungguh tengok mi udang tu...sedap hirup2 kuah mee udang tu...
tu dia...udang dah over shadow mee..terbaek la punya mee udang sbb udang bersusun penuh mangkuk..
ReplyDeletewahhh...sedappnya mee udang tu....
ReplyDeleteAssalamulaikum Ratna
ReplyDeletetak bolehhh tahannn.. perut dah mintak diisi bila tengok mee udang yang sedap ni..kecurrrr dahh..
akak, samalah menu kita arini...yatie pun masak mee udang..cuma tak n3 lagi..meriahnya udang akak tu...nak semankok..akak wat banyakkan...
ReplyDeletewaaaaaaaaaaahhh..
ReplyDeletesedapnye mee udang.,.
nampak lak udang posing baek punye seksi kat mangkuk tu..
ekeke..
adeh kalau dapat hirup kuah tu..
sedapnye..
slurrpp slurrpp slurpp..
nyumnyumnym!~
assalamualaikumm
ReplyDeletekak ratna..
aduh.. meleleq air liur ayu bila lihat mee udang nie....
sedapnya
seedaap..seedaaaap... ada lagi ke..lapor ni..
ReplyDeleteakak.... sedapnya mee udang nie... fav nie akak... terliur tgk tau... :)
ReplyDeleteWah..wah..ada mee udang di sini.. Sedap nya kak...Nak sikit kak Madiha.. Mesti best rasa masakan orang ni..
ReplyDeletemmm..sgt sedap!
ReplyDeletetogey nak lebey eyh :))
*slmt hr ibu ratna! :)
Kak..kalo sy gi umah akak..sudi2 laa jamu sy masakan akak yg sedap2 ni, tau..huhu..
ReplyDeletesos ikan tu yg payah nk cr kak...kalo ade pun botol besau gabak...mau setahun tak abes g guna..mmg semua sos ikan dtg dr thailand ek..buatan mesia takde?
ReplyDelete