Bersua kembali kita yer..... ada masa terluang sikit ni... nak cepat2 update sebab banyak sangat gambar2 tertunda tak sempat diupdate dek kesibukan & masa yang tak begitu mengizinkan...
Ini Serimuka yang dibuat dah begitu lama.. buat untuk sarapan dipagi hari bekerja.. jadi ambil gambar pun kelam kabut & tak dapatlah nak posing lebih2.. ala kadar sajalah sebab nak cepat.. Pukul 6.45am dah kena keluar dari rumah.. kalau lambat sikit akibatnya terperangkaplah dalam kesesakan jalan raya... Yang jadi mangsanya.. tentulah si anak sebab kena tulis nama kerana lambat sampai ke sekolah.. hehe...
Kebetulan pagi yang sama semasa bersarapan Serimuka ni kat pejabat.. Kak Ayu Singapore pun dok tayang kuih Serimuka juga kat blognya.. tapi menggunakan resepi dari Chef Asma.. InsyaAllah.. ada masa nanti nak cuba resepi yang Kak Ayu kongsikan pula... Sementara tu.. mari tengok resepi Serimuka resepi dari MaDiHaA ni yer...
Serimuka
Loyang bulat saiz 10 inci
Resepi : MaDiHaA a.k.a Ratna
Bahan Lapisan Bawah
400gm beras pulut (basuh bersih & rendam dlm sejam atau sementara prepare bahan2 lain rendam pulut dulu)
17oz santan cair (dari sebiji kelapa ~ yg pekat simpan utk lapisan atas yg cair untuk lapisan bwh)
1 s/k garam
Bahan Lapisan Atas
25 oz santan pekat
220gm gula pasir
5 biji telor gred A
½ s/k esen vanilla
¼ s/k esen pandan (kalau dah blend daun pandan tak perlu boh esen pandan lagi)
¼ s/k garam
5 tablespoon tepong gandum (tepong2 ni sukat guna sudu penyukat)
5 tablespoon tepong jagung
Pewarna hijau secukupnya (boleh juga blendkan daun pandan bersama kelapa & dapatkan jus santan bercampur pandan sebanyak 25 oz... kalau nak buat camni.. kelapa kena ambil 2/3 khas utk lapisan atas & tinggalkan 1/3 kelapa utk lapisan pulutnya)
5 helai daun pandan untuk mengukus. (kalau takde pun takpe)
Cara Membuatnya
1. Terlebih dulu jerang air & daun pandan dalam periuk kukus.
2. Toskan beras pulut yg direndam. Masukkan ke dalam loyang. Campur santan & garam lalu kacau rata sehingga garam larut. Semasa meletak di atas pengukus, pastikan beras pulut & santan serata. (jangan ada bahagian yg tebal & nipis. Rata2kan guna sudu. (kalau tak nanti ada bahagian pulut yg tebal ada yg nipis )
3. Kukuslah selama 30 minit. Bila masak tekan2 pulut dengan sudu agar mampat. Ketepikan dulu.
4. Dalam bekas yang lain, sediakan bahagian lapisan atas.
5. Campurkan kesemua bahan2 lapisan atas menggunakan whisker dan kacau hingga sebati. Tapiskan ke dalam kuali.
6. Masak sebentar di atas api yg sederhana sambil dikacau2 sentiasa menggunakan whisker sehingga agak pekat (agak2 mcm susu pekat manis tu).
7. Tuangkan ke atas lapisan pulut dan kukus lagi anggaran 10 - 15 minit.
8. Sejukkan betul2 sebelum dipotong.
Selamat mencuba!
Salam Madiha..
ReplyDeleteishhh ni lak kuih kesukaan ramei di umah ai...pasti habis cepat jer.. :)
mas suka serimuka....
ReplyDeletesedappp...
kesukaan my laling... cun jer warnanya
ReplyDeletesaya suke makan tang hijau tu je.. hehee
ReplyDeletekalo buat tak penahnye nak jadi, cuba resepi tu, resepi ni. nak try resepi kak madiha ni pulak
ReplyDeletemy mom suka buat seri muka masa kita org kecik2 dulu. really miss her seri muka. part yg paling best, bila ada leftover lapisan atas, sapu atas roti, makan. yummy! :D
ReplyDeleteAkaaak... kalau tgk serimuka pasti diana akan tersenyum.. hehehehe.. sbb perna buat sekali dulu tp x jadi.. wpun bulat2 ikut resipi kat buku namun mmg x dapat nk d makan... hahaaa... bila gaknya diana dapat buat mcm serimuka akak nie... sedaaap... suka mkn kuih nie
ReplyDeletealahai..lamenya tak makan kuih nie...huhuhu
ReplyDelete