Selamat petanggg & jumpa lagi....
Petang-petang gini.. rasanya elok sangat aku poskan entry Pisang Goreng Crispy ni... Mana tau kalau2 ada pisang atau keledek atau sukun kat rumah ibu-ibu yang tak bekerja tu.. bolehlah cuba2 resepi ni untuk digoreng buat minum petang ni.
Masa ku hidang pisang goreng ni kat En. abang & mintak komen... katanya sedap & katanya lagi.. pisang goreng kali ni memang boleh dibuat jual... siap pesan.. simpan resepi ni elok2.. hihihihiiii.... yelah.. mana tau kot2 dah berhenti kerja nanti taktau nak buat apa.. bolehlah jual goreng pisang gunakan resepi ni.. hahaha... Memang betul seperti kata en. abang.. tepong gorengan pisang yang aku buat kali ni memang betul2 crispy..! Rangup yang lembut gitu... krup krap bila tergigit tepong gorengannya tu.. Tetap rangupp walaupun dah beransur sejuk. Tambah sedap bila dicicah ngan sambal kicap! Hmm.. yummy!! Kebiasaannya bila menggoreng pisang.. aku guna kaedah mak2 dulu iaitu guna tepong beras & sedikit campuran kapur makan & serbuk kunyit. Yang sebenarnya.. jarang2 dapat hasil tepong gorengan yg betul2 rangup bila guna resepi tu.. Memang agak mengecewakan. Kali ni puas hati dapat tepong gorengan yang betul2 rangup.. Oh ya... inilah dia pisang sematu yang aku bawak balik dari kampong aritu...
Jom tengok resepi batter yang crispy ni..
Pisang Goreng Crispy
Resepi : MaDiHaA a.k.a Ratna
Bahan2
Pisang sematu/nangka/ atau yg sesuai digoreng secukupnya
Minyak masak secukupnya
Bahan2 batter
400 ml air
220 gm tepong gandum
50 gm tepong beras
100 gm marjerin
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 ¼ sudu kecil garam
Cara2 menyediakan
1. Masukkan bahan2 batter ke dalam jug blender ikut turutan di atas. Kisar sehingga batter sebati, rata & halus. Tuangkan batter ke dalam bekas yang sesuai.
2. Panaskan minyak secukupnya dengan api sederhana. Belah 2 setiap pisang lalu masukkan ke dalam batter. Bila minyak dah panas, masukkan hirisan pisang yang bersalut tepong ke dalam kuali berhati2 dengan menggunakan tangan. (jangan sampai terkena minyak pula yer).
3. Goreng pisang ke dua2 belah sehingga keemasan. Angkat & tos. Hidang di atas pinggan beralas paper towel & hidang bersama cili kicap.
Resepi Sambal Kicap
Bahan2
8 biji cili padi
1 ulas bawang putih
1 sudu kecil gula
Kicap manis secukupnya
Cara2 menyediakan
Tumbuk halus cili padi, bawang putih dan gula. Campur kicap secukupnya. Siap untuk dicicah bersama pisang goreng crispy.
Kalau ada pisang.. jangan lupa mencuba!
Sedapnya kalau dapat makan petang2 macam ni...
ReplyDeletesedapnye pisang goreng... memang suke sgt pisang goreng, lagi2 ngan sambal kicap tuh..waduhhhh....
ReplyDeletepetang2 layan pisang goreng mmg sedap.. wahh, ada sambal kicap, mcm org johor pulak ye =)
ReplyDeleteIf only I cld grab some pisang goreng now...uuuummmmmm besnyaaaa!!! ;)
ReplyDeletepisang goreng crispy dgn sambal kicap lagi...ermmmjom layan dgn kopi panas..
ReplyDeletesedapnya...apa yang penting resepi yang diberikan lain dari lain n mmg nampak ranggup. boleh try kat rmh ni balik keja nti.
ReplyDeletekakkkk, akak mcm tau aje ita tgh cari resepi goreng pisang.. kebetulan suami ita bawak balik pisang nangka semalam dah lama betul mengidam nak makan pisang nangka.. tu yg dok cari resepi.. sebab selalu tepung goreng pisang yg ita buat tak crispy dan bila sejuk liat pulak tu...
ReplyDeleteita ambil ye resepi akak ni.. boleh ye! nanti boleh ita jual goreng pisang depan rumah... hihi ( gurau ye kak..)
a'kum..sedapnya..minta izin c&p resepi ek? nnt beli pisang nk buatlah, nmpk rangup ;)
ReplyDeleteKak MAdihaaaaa!!!! sedapnyerrrrr!!!! kita goreng pisang ni masih fail lagi hihihi... nanti nak cuba resepi akak :D tp pisang pulak payah nak carik atau pendek kata kita tak kenal pisang selain pisang montel :D
ReplyDeletebestnyer pisang goreng..... lama dah tak makan..
ReplyDeletemy favourite!! i suka sangat makan goreng pisang. before i embarked on this exercising journey, almost every petang, mesti makan goreng pisang. now dah more than 6 mths tak sentuh.. huhuhu.. sedih..
ReplyDeletetq berkongsi resepi pisang goreng..yatie pun dok cari resepi tepung garing walau dah sejuk..nnti leh cuba..sedap tu cicah dngn sambal kicap..
ReplyDeletewahhh..sedapnyaaaa..kena masuk butter rupa2nya..esok kalau gi pasar, nak cari pisang awak kampung...boleh try resepi ni..:-)
ReplyDeletenak cuba bubuh marjerin seperti madiha dalam batternya..pasti sedap ni:)
ReplyDeletesalam kak madiha.. sedapnya nampak pisang goreng tu.. kat sini susah nak jumpa pisang yang boleh buat goreng kalau buat kek tu ada la.. huhuh. lama tak makan goreng pisang cich sambal kicap.. sob..sob
ReplyDeletewa belajat mkn goreng pisang ngan kicap time study kat JB
ReplyDeleteAssalamualaikum akak..
ReplyDeletecam diana pun suka makan pisang goreng yg rangup mcm nie... sedapnya tu akak... terasa kesedapannya tgk gambar tu tau akak...
Hi Madihaa,
ReplyDeleteI just would like to say thank you for this fantastic recipe.I dah cuba buat today and my hubby(he's a kiwi) kasi 5/5 and my son enjoyed it too.Very true that even dah sejuk (now winter kat sini,NZ which means within 10 minutes memang sejuk betul) the pisang goreng and keledek still very crunchy.It's a keeper!..and I tak guna margerine sebab kat sini tak ada margerine so I sub with butter only.Thank you again...I dah boleh bukak gerai jual goreng pisang kat Auckland ni...hahaha.
boleh cuba nie..ada kelainan letak marjerin..kebetulan pisang pun ada goreng time2 hujan ni pun sodapkan..
ReplyDeleteWanieyra: grg pisang memang sentiasa dicari petang2 kan.. hehe.. best!
ReplyDeleteNoorsha: pisang goreng all time feberet kan? sambal kicap tu akak pandai mkn gitu sebab akak pernah kerja kat Johor dulu masa anak2 dara dulu.. tu yg pandai tu.. hehe.. mmg sdp!
ReplyDeleteTun Telani: a'ah.. mcm org Johor. Dulu akak pernah kerja kat Johor 7 bulan.. tu yg pandai cicah sambal kicap tu..
ReplyDeleteLove2Cook: Love... kalau boleh grap something form screen.. I'm the first one to grap your cake in your blog... hahaha..
ReplyDeleteNorsafone: memang layan kak ngan kopi panas atau teh panas... yumyum..
ReplyDeleteAida: resepi ni memang lain dari yang biasa tu kan? & hasilnya memang puas hati.. sebab tu rasa sangat teruja nak berkongsi dengan kawan2 kat sini.. harap2 ramai yg sudi mencuba.. pasti puas hati..
ReplyDeleteAzlita Aziz: Ita.. cuba jangan tak cuba.. & kalau dah cuba.. jangan lupa promote kat blog Ita ye.. sebab akak tau blog ita ramai pengunjung.. secara tak langsung.. dpt jugak berkongsi dengan semua pengujung blog Ita.. kita sama2 berkongsi ilmu yg hanya sedikit ni..
ReplyDeleteZack Zachoes: dipersilakan.. kalau dah buat jangan lupa komen yer.. sedap ke tak sedap ker.. hehe..
ReplyDeleteIjayuji: ala ika.. kek yg lagi susah pun boleh buat.. inikan pulak pisang goreng yg mcm 'abc' ni.. hehehe.. actually yg fail tu mungkin batter gorengannya kot.. ika cubalah resepi batter yg akak buat ni.. mana tau kena dengan selera..
ReplyDeleteCendana Kasih: saya pun lama tak makan ni CK. kala ikutkan memang byk gerai goreng pisang dkt ngan opis ni.. tp saja tahan selera.. yg ni goreng sendiri sebab ada pisang yg bwk blk dr kampong dulu... tu yg merajinkan diri tu..
ReplyDeleteSizuka: memang betul tu Shidah.. kalau diet mmg tak disarankankan pisang goreng ni kan? boleh menggemukkan.. hihihi... tu pasal mcm akak bgtau kat Cendana Kasih td.. akak pun jarang beli pisang grg yg org jual tu.. saja tahan selera.. takut makin kembang.. hihihi..
ReplyDeleteYatie: cubalah yatie... harap2 kena dengan citarasa Yatie. Kalau dah buat bg feedback yer.. hehe..
ReplyDeleteMyLady: a'ah.. itulah rahsianya... nnt cuba tau..
ReplyDeleteCik Manggis: marjerin tulah yg buat batter jadi rangup yg lembut tu.. bukan rangup yg agak keras mcm kita goreng guna tepong beras tu.. hehehe.. kalau dah try jgn lupa bg komen tau..
ReplyDeleteJuwita: takde yer kat Jepun pisang yg sesuai utk digoreng? alahaiii.. ciannyerrr... tak dapek nak tolong.. huhuhu... takper.. nnt blk M'sia.. kena goreng pisang & mkn puas2 tau.. hehe..
ReplyDeleteKWSWK: akak pun saja gak wa... pandai mkn goreng pisang ngan sambal kicap sebab akak pernah keje kat JB 7 bulan...
ReplyDeleteDiana: selalunya yg rangup2lah yg org cari.. hehee.. mmg sedapkan? batter lebihan tu akak goreng kosong gitu jer.. & itu yg anak2 dok berebut sbb ranguppp!!
ReplyDeleteShereen: Hi Shereen... sangat berbesar hati bila dpt tau Shereen dah cuba resepi batter yang saya kongsikan & lagi seronok bila Shereen & husband puas hati dengan hasilnya. Orang pertama yang mencuba & beri feedback yang ikhlas. 5/5?? wah wah wah...TQ TQ TQ! jadi dipersilalah buka gerai pisang goreng kat Auckland yer... pastu.. tiap tahun jgn lupa kirim royalti.. hehehe.. sekadar bergurau...
ReplyDeleteSue Suesofieyya : silalah cuba Sue.. harap2 puas hati ngan resepi ni. Akak mintak maaf sebab lama tak komen kat blog Sue.. akak tak reti nak komen kat mana.. aduhaiii.. teruk betul akak ni kan.. buka IT sungguh! hehe.. apa2pun.. t.kasih sudi dtg blog akak ni..
ReplyDeletesaya ada menjual sambal kicap serbaguna..bukan sahaja sedap dicecah goreng pisang..tp boleh dimakan dengan pelbagai makanan..contohnya mee soto (popular di Johor),mee sup, ikan bakar , ikan goring dan macam-macam lagi lah..pendek kata sesuai untuk pelbagai makanan dan dijadikan bahan penambah rasa..maklumat lanjut boleh Wassap ke 0173864959 dan kunjungi instagram budinsfood..selamat menjamu selera... :-)
ReplyDeletesaya ada menjual sambal kicap serbaguna..bukan sahaja sedap dicecah goreng pisang..tp boleh dimakan dengan pelbagai makanan..contohnya mee soto (popular di Johor),mee sup, ikan bakar , ikan goring dan macam-macam lagi lah..pendek kata sesuai untuk pelbagai makanan dan dijadikan bahan penambah rasa..maklumat lanjut boleh Wassap ke 0173864959 dan kunjungi instagram budinsfood..selamat menjamu selera... :-)
ReplyDeletesaya ada menjual sambal kicap serbaguna..bukan sahaja sedap dicecah goreng pisang..tp boleh dimakan dengan pelbagai makanan..contohnya mee soto (popular di Johor),mee sup, ikan bakar , ikan goring dan macam-macam lagi lah..pendek kata sesuai untuk pelbagai makanan dan dijadikan bahan penambah rasa..maklumat lanjut boleh Wassap ke 0173864959 dan kunjungi instagram budinsfood..selamat menjamu selera... :-)
ReplyDeleteSaye dah Cuba...mmg jadi crispy..thank you share this resepi..;)
ReplyDeletecinet : terima kasih sudi mencuba ye. alhamdulillah.. memang crispy sangat kan? hehe...
ReplyDeleteTq kak saya salin resepi
ReplyDeleteHi , I nak share Resepi Pisang Goreng Rangup Sedap Dan Mudah.
ReplyDeleteSource and citation: http://resepipisanggorengrangup.blogspot.com/