Assalamualaikum semua...
Masa hari ku emergency leave waktu anakandaku demam tempohari.. sempatlah aku mencuba resepi baru yang aku nampak kazenku Ida tayang kat blog dia tempohari. Nampak macam menarik.. apalagi bila Ida kata sedap sangat2 membuatkan aku tak sabar2 nak mencuba.. Bila dah cuba.. memang sungguh bagai dikata.. memang sedap! Rasanya lebih sedap dimakan gitu saja dari dimakan dengan nasi... Rasa macam makan kerabu pun ye jugak.. Memang menyelerakan sungguh! Hidangan ni lebih sedap dimakan sejurus selepas digaul dengan semua bahan2 tu.. Kalau dibiarkan lama nanti hilang pula rasa rangup2 ayam goreng tadi.
Terima kasih ye Ida sebab rajin mencari & mencuba resepi baru yg menarik macam ni... Resepi ni asalnya dari myhealthyheart.com. Tapi aku ada ubahsuai sikit ikut bahan yang ada kat rumah & ikut selera sendiri.. Untuk lihat resepi original bolehlah klik SINI yer.
Ayam Oats Pedas Manis / Sweet & Spicy Chicken Oats
Resepi : Quaker Oats@myhealthyheart.com
Sumber : Normarlida
Diterjemah & ubahsuai : MaDiHaA a.k.a Ratna
Bahan2
2 ketul dada ayam (dada ayam dari seekor ayam saiz sedang)
1 cawan Quaker Oats Quick Cook
½ cawan tepong jagung
½ sudu kecil garam
1 sudu besar sos ikan nampla
Lada sulah secukupnya
1 biji telur, dipukul sedikit
Minyak masak secukupnya
Bahan2 Sos
3 sudu besar Sos Chili Thai
2 sudu besar jus lemon
1 sudu besar sos ikan nampla
Secubit garam atau secukup rasa
Bahan2 Tambahan
2 ulas bawang merah ~ dihiris nipis
5 chili padi ~ dihiris halus
1 batang carrot ~ disagat/hiris halus memanjang
1 biji oren ~ buang kulit & hiris nipis (optional)
1 sudu besar bijan (disangai terlebih dulu)
Cara2 Menyediakan
1. Buangkan tulang ayam pada bahagian dada ayam tadi & ambil isinya saja. Hiris nipis memanjang kesemua isi dada ayam tadi. Perap bersama sos ikan, garam & lada sulah. Gaul rata & perapkan selama 5 minit.
2. Sementara itu.. campurkan Quaker Oat Quick Cook bersama dengan tepong jagung & digaul rata. Ketepikan dahulu.
3. Masukkan telur yang dipukul terlebih dulu ke dalam isi ayam yang diperap.
4. Salutkan isi ayam dengan bancuhan oats dengan tepong jagung tadi. Aturkan dalam pinggan atau bekas yang sesuai.
5. Panaskan minyak secukupnya. Goreng isi ayam dikedua2 bahagian sehingga kekuningan. Angkat & tos.
6. Dalam mangkuk kecil.. campurkan Sos Chili Thai bersama dengan jus lemon & sos ikan nampla.
7. Dalam satu bekas yang sesuai.. campurkan isi ayam yang digoreng tadi, hirisan carrot, hirisan bawang merah, bijan sangai, secubit garam & cili padi. Tuangkan bancuhan sos tadi & gaul rata & biarkan secukup rasa. Letakkan di atas pinggan hidangan & hias dengan oren yang dihiris. Hidangkan segera! Sedap & menyelerakan!
Nota MaDiHaA: Jika rasa ada yang kurang... bolehlah tambah bahan2 perasa apa yang patut ikut kesesuaian rasa sendiri yer.. Sebab kemungkinan kuantiti ayam/bahan2 yang digunakan tak sama banyak dengan kuantiti bahan2 yang MaDiHaA buat ni.. jadi sukatan bahan2 lain yang ditulis mungkin tak mencukupi.. So pandai2 ejas sendiri yer..
Selamat mencuba!
walahhh sedap ni. bleh try weekend ni.heheh
ReplyDeleteooooooo rupanya kazen dgn ida ya.. patut lah baca kat n3 ida smlm dia kata madiha tu kazen.. nak tanya tp tak tertanya hehehe
ReplyDeleteAs'salam Ratna
ReplyDeleteayam ni mesti sedap, semua rasa ada kat situ. ct dok baca dan tengok gambar tu jer dah telan2 air liur ...hihi. Ditambah pulak ada buah oren lagi..adoiiii..mengoda betul :D
adeh! Tulunnnn... tulunnnn... kecoq lioq saya
ReplyDeletewowww sedapnyer hidangan lunch nih.. meratah je ayam tu kalau saye yg dapat ni.. :)
ReplyDeleteAssalam kak,bebaru nih kat restoran tomyam sy da mkn menu lbh kurang gini gak,tapi letak mangga juga,karot cikit jer,mangga lbh,Punyalah sedap,siap beli bungkus lagi,pastu sos dia da lagi lam esbok,igt nak wat juga cam tuh,tapi tula mangga xda..Nmpak yg akak punya nih pon sedap sgt..
ReplyDeletewahh.. sedapnyer nmpk.. resepi abru agaknyer.. tun penah gak tgk2 resepi kt myhealthyheart tu, tp xde sblm ni..
ReplyDeletesedapnya tgk ayam oat tu kak...mkn lak buah oren tepi tu uishhh memang best tu..:)
ReplyDeleteMeleleh air liur...hehehe...tak sabar nak tunggu esok nak main masak-masak kat dapur. Asyik main bahan-bahan kimia je bulan ni...hehehe...Tengah check your archive tengok mana ada bahan dekat rumah boleh buat.
ReplyDeleteAssalamualaikum akak...
ReplyDeletemenarik rersipi nie... nampak sedap tu akak... nanti boleh try nie...
Memang sedap ayam masak mcm ni...
ReplyDeleteSelalu jg makan tp tak msk sendiri selalu prgi kat restoran Cina muslim Adam Ali di Bandar Puteri.
Kak Madiha..sedapnya...Ada hirisan buah oren lagi bersama menu ni.. Betul cakap akak..kena makan terus ni kan kalau nk kerangupan ayam tu kekal masa masuk ke mulut kan.. Anak2 Naz ni, kalau yg rangup2 cepat sikit abisnya..
ReplyDeleteSalam kak madiha!!! waaaahhhhhh! menu sihat ni kak, kita kalau oat di masak gini kita boleh makan kalau oat campur dgn susu gituuu eeeuuuuuuuwwww, mmg tak leh telan hihihi... kita ada stok oat tu byk lagi laks tuu gunanyer kalau nak masak menu2 yg berkaitan dgn oat kalau minum mmg tak lerr hihihi...yg sihat tu lah kita tak suke :D
ReplyDeleteI am glad that I found you. I have never had Malay food before. Now is a chance. :D
ReplyDeleteAssalamualaikum Ratna...
ReplyDeleteKata Nak Pos Ke Segamat...Tapi Tak Sampai2 kenapa Yer...Hehehe
fuuhhh... meleleh & menggoda habis ni..
ReplyDelete