Friday, October 7, 2011

Ayam Kalasan Berseri

Assalamualaikum....


Terus jelah ngan resepi yang nak dikongsikan petang ni yer.. Tak sempat dah nak bebel panjang2 dah dekat nak balik dah ni.  Cuma nak bagitau Ayam Kalasan Berseri resepi yang Kak Ummi Zaihadi kongsikan dlm Majalan Jelita Mac 2011 ni memang sedap! Anak2 suka.. mak dia lagilah suka.. Nak masak pun senang.. hehe... nak pulak tang kelapa parut goreng tu... rangup2 bila mkn.. bila gaul sekali ngan nasi.. fuhh... sodap!

Terima kasih ye kak Ummi resepi ni.. masa masak tu sy rujuk pada majalah Jelita yang dibeli.  Tapi bila nak update kat sini.. saya copy & paste dari blog akak.. TQ kak mintak halal ye!  Ramai jugak yg dah mencuba resepi kak Ummi ni.  Antaranya Cik Manggis, Alongroz, Kak Nor SGN67, Ida Marlida, Dayangjack, dan mungkin ramai lagi yang dah cuba.. maaf yer kalau tak disebutkan semuanya..  Semua yang mencuba puji sedap. Memang sedap pun.. kalau ada yang nak cuba.. salin resepi yer..


AYAM KALASAN BERSERI
Bahan:-
  • 4 ketul paha ayam (whole leg) - dibersihkan dan dibuang kulit - kelar sikit
  • garam secukup rasa
  • 1/3 cawan air
  • 1 cawan kelapa parut
  • Minyak untuk goreng terendam (deep fry)
Bahan Dikisar Kering:-
  • 2 sudu besar biji ketumbar
  • 2 sudu besar biji lada putih
Bahan Dikisar Basah:-
  • 5 batang serai (diambil bahagian putihnya)
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
  • sedikit air
Cara Memasak:-
  1. Campurkan kelapa parut, garam, air, bahan kisar basah dan kisar kering ke dalam kuali. Gaul rata.
  2. Masukkan ayam dan rebus ayam sambil dibalikkan hingga ayam masak mesra dan air hampir kering. Angkat ayam dan toskan. Kemudian toskan juga campuran kelapa parut dan rempah-rempah tadi dalam bekas berasingan
  3. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ayam hingga kuning keemasan. Angkat dan letakkan ayam ke dalam pinggan yang sesuai.
  4. Kemudian goreng pula bahan kelapa parut dan rempah hingga bertukar warna kuning keemasan serta berserbuk rangup (awas jangan sampai hangus). Angkat dan toskan minyak.
  5. Taburkan serbuk kelapa tadi ke atas ayam dan rata-ratakan. Sedia untuk dihidangkan.
Nota:
Istimewanya ayam kalasan ini tidak menggunakan sebarang bawang merah atau putih kerana biasanya ia akan menghanguskan ayam dan rupanya tidak berseri...tetapi rasanya tetap mantap!


Ayam Kalasan Berseri ku kurang berseri sebab takde berhias... hehehe.. takperlah janji sodap!

Selamat mencuba!

8 comments:

  1. sedappppnyeee.....sana sini ayam...

    ReplyDelete
  2. ermmm...sedapnyer...kalo makan ngan nasi kukus sure sedap ni....

    ReplyDelete
  3. mmg mengancam nih... tun blom try sbb xtau nk beli kat mana kelapa parut. kalau guna kelapa kering takut x sedap.

    ReplyDelete
  4. as-salam
    ngancam betul ayam kalasan berseri ni..ratah2 gitu pun sedap..

    ReplyDelete
  5. salam ratna
    kak ilah dah mencuba semasa lepas beli majalah tu..mmg sedapppp...nym2 ranggup kelapa tuu cecah dgn ketupat pun sedap tauu

    ReplyDelete
  6. Masakan yg enak2 di sini memang hebat lah..


    *jgn lupas saksikan Masterchef Malaysia 22 otb 2011 di Astro Ria www.mahamahu.com

    ReplyDelete
  7. Makan gitu je ayam ni sedap kan Madiha...tak yah makan nasi...he he..:D

    ReplyDelete
  8. ohhooooo.... gerenti sedap ni...

    ReplyDelete