Monday, October 10, 2011

Kari Ikan Yu Berdaun Kesum

Assalamualaikum

Baru2 ni abang beli isi ikan yu sekeping yang agak besar jugak. Katanya nak cuba merasa sebab dia belum pernah rasa ikan yu. Ada dia tanyakan sorang anne India yang tengah dok beli ikan yu ni.. kata anne tu.. ikan yu sedap.. elok sangat kalau budak2 makan ikan yu ni untuk elakkan kecacingan.  Aku pun tak tau sangat pasal ikan yu ni yang rupanya ada khasiat di sebalik kesedapannya tu..

Aku kata kalau ikan yu ni.. ma pernah masak kari letak daum kesum... memang sedap! Arwah ayah suka makan ikan yu ni.. tp ma tak gemar sangat.. hihi.. Aku.. bila ma dah masak.. aku makan jer.. janji rasanya boleh diterima tekak.. Tapi sepanjang aku berkahwin dah 12 tahun lebih ni.. memang aku tak pernah masak lagi ikan yu ni.  Kalau nak tunggu aku beli memang idok ler.. Tapi bila abang yang beli.. aku masak jelah.  Bak kata Mat Gebu.. 'aku hanya menurut perintah' haha...

Ada kelainan rasa bila kari dicampurkan dengan daun kesum. Sedap.. wangi jer karinya.. dah lama dulu aku pernah juga masak gini.. tapi guna ikan pari... kali ni tukar ke ikan yu pulak.. try ler u all.. sedap! Sebahagian isi ikan tu.. aku goreng gaul garam+kunyit+serbuk kari... anak2 kata bestlah ikan ni.. tulang pun tak jumpa... hihi.. Yelah.. ikan tu besar.. sekeping dipotong kecik2 tu.. memanglah isinya takkan jumpa tulang..

Jom tengok resepinya.. actually.. resepi ni adaptasi dari masakan kawan ma aku masa kat kg dulu... pertama kali kami makan kari + daun kesum ni kat rumah dia.. Jadi ma pun cubalah sendiri ikut mcm masak kari biasa.. cuma ganti daun kari dengan daun kesum jer... teringat2 lagi kesedapan masakan Kak Leha kawan baik ma tu... masa tu aku masih sekolah rendah lagi.. hihi...


Kari Ikan Yu Berdaun Kesum
Resepi : MaDiHaA a.k.a Ratna

Bahan2
500 gm isi ikan yu ~ dipotong saiz kesukaan (MaDiHaA potong kecik2 dari sekeping ikan yg besar ~ ikan tu dah dibuang kulit kasar oleh penjual ikan tu..) 
2 sudu besar asam jawa ~ larutkan dlm sikit/secukupnya air (untuk rendam ikan yu)
secekak daun kesum
1 ½ cawan santan pekat
2 ½ cawan air (atau gunakan 4 cawan santan sederhana pekat)
1 sudu besar asam jawa ~ larutkan dlm ½ cawan air di atas ambil jus
3 sudu besar rempah kari ikan ~ campur sikit air jadikan pes
beberapa biji bendi (ikut suka nak letak sayur apa)
minyak untuk menumis 
Garam & aji secukup rasa


Bahan kisar
1 cm halia
1 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
2~3 biji cili kering (rendam air panas) /1 sudu besar cili kering kisar


Bahan tumis
1 sudu kecil halba campur
2 ulas bawang merah ~ dimayang
1 ulas bawang putih ~ dimayang
1 cm halia dimayang

Cara menyediakan
1. Ikan yu dibersihkan & rendam dengan air asam jawa selama 15 - 20 minit. Cuci bersih & tos.
2. Dalam periuk panaskan minyak masak lalu tumiskan halba campur hingga wangi. Terus masukkan bahan2 tumisan yg lain. Bila bawang2 dah agak layu, masukkan bahan2 kisar. Tumis lagi hingga wangi & terbit minyak. Masukkan pes kari & kacau rata. 
3. Bila bahan dah cukup masak/terbit minyak.. masukkan santan & air. Biarkan ia mendidih sambil sentiasa dikacau. Masukkan ikan, air asam jawa, garam & perasa. Masak dengan pi sederhana hingga nampak pecah minyak sambil sentiasa dikacau. (kacau pelan2).  Masukkan daun kesum & kacang bendi. Bila bendi nampak lembut & kuah secukup rasa bolehlah padamkan api & dihidang.



Selamat mencuba!

13 comments:

  1. salam diha,akak biasa gak masak kari dgn daun kesum.mcm org masak asam pedas guna daun limau purut.gaya masakan dah byk yang boleh di pelbagaikan.tinggal sesuai atau tidak je lagi dgn tekak kita kan?..
    Ikan yu akak tak pernah beli.selalu tgk apek kat pasar tu suh akak try,rasanya okay gak kan?sbb takde tulang...boleh try lah nanti.:))

    ReplyDelete
  2. Sedap tak rasa ikan yu tu kak?? nak try imagine nih..hehe

    ReplyDelete
  3. Belum pernah mkn ikan yu tp pernah tengok kat pasar.kat sini mmg tak ada...pilihan ikan mmg tak byk...tak mcm di Msia. letak daun kesum dlm kari..boleh cuba...ada stok daun kesum tp yg kering.
    re; itulah Ratna nasib baik bawa juga pewarna,kalau tidak tak dalah dpt hias ke...atau nak buat kuih.kita suka buat kuih..kek.. letak warna2...org sini tak...plain je.

    ReplyDelete
  4. Anymz: ye ke kak? sy jarang2 masak gini kecuali utk ikan yg pelik2 sikit.. hihi.. dulu last masak pun tahun 2008.. (update kat fotopages) tp masa tu masak dgn ikan pari.. aroma kari + daun kesum sedapkan kak? unik.. rasa ikan yu okay jer akak bila dah siap masak.. sy rendam dulu isinya ngan air asam jawa utk hilangkan bau2nya tu..

    RynaHakimi: Sedap Ryna.. dlm cerita tu pun byk kali akak ckp sedap.. hihi.. komen suami pun kata sedap jugak & katanya..lain kali bolehlah beli lagi.. mahal jugak ikan yu ni.. berbelas ringgit gak sekilo.. memang sesuailah dengan kesedapan rasanya..

    ReplyDelete
  5. Mamasya: boleh je kalau nak masak dengan ikan jenis lain kalau nak rasa kelaikan kari + daun kesum. baunya sedap.. lain dari kari yg biasa.

    ReplyDelete
  6. ikan yu... huhuuh.. tak pernah rasa tak pernah beli dan mcm tak ternampak je kat pasor.. haha..

    sirip ikan yu tu ke org buat sup tu? haa yang tu pernah try. sedap giler

    ReplyDelete
  7. adoi...berair2 mulut kite dengar akak cerita...tak pernah lagi makan ikan yu yang dimasak macam ni...kalau sup sirip ikan yu tu pernah la jugak makan.

    ReplyDelete
  8. alaaaa.. baru je habiskan daun kesum. dah laa susah nk jumpa daun kesum kt sini.
    kat sini mmg byk jual ikan yu kat pasar. tun penah try ikan yu yg dh jd ikan masin je. rasa dia liat2 kan.

    ReplyDelete
  9. Salam Kak Ratna..Yana penah mkn skali ikan yu mak mertua msk lemak bulan pose ari tu..sedap jgk kan..nnt nak try jgk lah msk kari letak daun kesum..suka bau daun kesum :=)

    ReplyDelete
  10. Emmmmm....bau kari sampai kesini...jom tuko ngan MangoPeach panna Cotta...:D

    ReplyDelete
  11. Nampak enak sekali,,,,hmmmm saya sedang mengkonsumsi Obat Rematik Jelly Gamat Gold G. tidak bermasalahkan mengkonsumsi ini

    ReplyDelete
  12. Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni yeπŸ“’πŸ˜‰
    Assalamualaikum salam sejahtera warga groupπŸ“’

    1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit lutut kronik dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4, pesakit gout kronik dan juga produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.

    2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba saya ni. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh diubati insya Allah.☺πŸ‘πŸ»

    3) banyak pengalaman dah saya berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan gout. Ramai yg dh pulih.

    4)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dan lain lain

    5) Puan Rasmani Binti Md Noh psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi bunyi tulang yg sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.


    Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar kanser yg tepat .πŸ’ͺ🏼


    ▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
    Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.

    ..........................................................................
    ▪️Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
    Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan 1 tahun saja untuk hidup. Beliau setia dengan jus herba ini selama lebih 6tahun.
    Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
    Terkini (2020): Beliau pernah ditemuramah dlm rancangan Selamat Pagi Malaysia di Tv1 menceritakan tentang perjuangan beliau menempuh kanser dari tahap 4 hinggalah sembuh.
    ....................................................................................................................................................
    ▪Puan Rohana Binti Ismail seorang yang cergas dan aktif dalam mendaki gunung termasuk gunung Kinabalu dan lain2 gunung di Malaysia tapi sejak sakit bengkak lutut, segala aktiviti lasak terpaksa dilupakan sehingga nk turun tangga di ofis pun terpaksa turun bagaikan ketam turun tangga sebab lutut bengkak. Setelah minum jus ini, dalam masa 1 minggu saja kaki beliau dah semakin sembuh semula. Bengkak dah surut dan dlm msa 2 mingu saja mampu berjoging kembali, naik bukit dlm 8km jauh nya dah tak sakit2 dah lutut.
    ..........................................................................

    ▪️ Kanser Limforma B - cel tahap 4

    En Shahrizal Taib, 41 tahun, pesakit kanser Limforma b cell tahap 4 ketulan di paru paru 8 cm pernah kena tebuk paru2 sebab berair ,tahun 2020. Dia mula minum jus herba pada tahun 2021. Pernah jalani kimoterapi 8kali dan radioterapi 15kali. Dia minum jus herba ini semasa dalam kimoterapi dan badan terasa bertenaga, tidak mengganggu proses kimo malah amat memberi tenaga tidak seperti pesakit lain yg tak minum herba. Herba bukan beri tenaga saja tp merawat sampai sembuh.


    Call order wasap@call- En Mohd Zuhairi Bin Noordin- 017-4687570

    ReplyDelete