Hari ni tak dpt nak membebel panjang2lah ye.. baru je masuk kerja hari ni sebab baru balik dr kampong hantar rombongan pengantin (adik ipar lelaki) . Sebelah pihak lelaki hanya buat kenduri doa selamat pada hari Jumaat malamnya. Manakala kenduri di rumah pengantin perempuan pada hari Ahad 23hb Oktober yang lalu. Nanti bila dah siap edit2 gambor.. insyaAllah.. akan dimasukkan juga ke sini untuk kenang-kenangan.
Oklah.. untuk resepi yang nak dikongsi hari ni ialah masakan tradisi negeri Kelantan ni. Dah lama tak buat teresek. Kali ni buat Teresek Kacang Panjang pulak... dulu pernah sekali buat Teresek Jantung Pisang resepi Kak Jie Jie. Ikut pada selera aku memang sedap. Tapi dengan syarat kerisik yang digunakan mestilah kerisik yang dibuat sendiri. Kalau guna kerisik beli kurang ummph.
Jom intai resepinya ye. Resepi aku ambil dari blog fzmenu yang mana resepi2 dalam blog beliau semuanya resepi2 tradisi dari negeri Cik Siti Wan Kembang. Kalau nak cari apa2 resepi dari negeri Kelantan.. bolehlah cari kat blognya ye.. Kepada empunya resepi.. terima kasih untuk resepi ni dan mintak halal ye letak resepi kat sini..
Teresek Kacang Panjang
Resepi : fzmenu.blogspot
* hati, pedal, leher dan kaki ayam (potong kecil/dadu)
* kacang panjang (dipotong menyerong)
* bawang merah besar 1 labu ** (MaDiHaA guna bawang besar)
* bawang puteh 1 ulas **
* halia muda 2 inci **
* dua tiga hiris lengkuas **
* cili kering dua tiga tangkai (direndam, basuh bersih) **
* rempah kari 1 sudu besar
* kerisik setengah cawan (MaDiHaA guna 2 sudu besar)
* garam
* manisan
* santan RM1 @ 3/4 cawan*campur air masak*
Cara2nya:
1. Bahan bertanda ** di tumbuk/blend.
2. Hati pedal, tekak beserta kaki ayam dimasak tanpa minyak untuk keringkan airnya.
3. Bila dah agak2 kering air masukkan bahan2 yang diblend tadi. Tak lama selepas itu baru masukkan pes rempah kari.
4. Masak hingga berpalut semua *peringkat ini saya masak lama sikit.. stage"matti hawas oghe kelate kata".
5. Bila dah empuk kaki ayam dan pedal semua baru dimasukkan santan. Perisakan dengan garam dan manisan.
6. Masak sampai agak2 hampir kering baru dimasukkan kerisik diikuti dengan kacang panjang.
7. Gaul2kan biar berpalut semua....
2. Hati pedal, tekak beserta kaki ayam dimasak tanpa minyak untuk keringkan airnya.
3. Bila dah agak2 kering air masukkan bahan2 yang diblend tadi. Tak lama selepas itu baru masukkan pes rempah kari.
4. Masak hingga berpalut semua *peringkat ini saya masak lama sikit.. stage"matti hawas oghe kelate kata".
5. Bila dah empuk kaki ayam dan pedal semua baru dimasukkan santan. Perisakan dengan garam dan manisan.
6. Masak sampai agak2 hampir kering baru dimasukkan kerisik diikuti dengan kacang panjang.
7. Gaul2kan biar berpalut semua....
Selamat mencuba!
salam madihaa...peberet anak bujang liza ni..dah lama xbuat teresek ni, sejak dia kat hostel...terasa rindu pulak kat dia bila tgk teresek ni...
ReplyDeleteas-salam MaDiHaA
ReplyDeletenampak sedap ni..tapi tak pernah mkn..teresek ni apa MaDiHaA..mmasuk list dulu..
Salam Kak...sedapnya makan ngan nasi putih panas ni...kopipes resipi dululah...
ReplyDeletetak pernah buat & belum pernah makan resepi ini Madiha... tentu sedap tu...senang-senang nanti nak cuba juga
ReplyDeletesemalam baru makan teresek nih..jarang2 dapat makan sebab selalunya time kenduri jer ada..:)
ReplyDeletesedapnya masak teresek ni...sy pernah buat teresek jantung pisang..org johor tak pernah makan lauk teresek ni..derang mula2 mcm pelik tapi bila makan bertambah2 pulak..hihihi
ReplyDeletesalam Madiha..
ReplyDeletetak pernah dengar dan tak pernah makan...
Nampak macam sedap aje..
nanti boleh cuba ni..
saya x makan hati. tapi pedal suka. hihihi
ReplyDelete1st time kak cek dengo pekataan teresek...jakun lagi sekali kak cek ni....teresek tu ape ek..tapi resepi menarik ni...leh gak kak cek cuba nanti...:D
ReplyDeleteAslmkum Ratna
ReplyDeleteTeresek kacang panjang...belum pernah cuba...tp kalau mcm teresek jantung pisang mmg sedap.kat sini tak da kancang pjg...masak dg kacang buncis boleh juga kut.sedapnya nampak kuewtiaw kat bawah tu....lama tak mkn kuewtiaw.
re; Ratna, Alin pemalu tu nak ambil gambar.Syakirah ni suka posing...kdg2 dok sibuk ambil gambar makanan dia yg minta ambil gambarnya...
waaaaa..tertarik betul..huhu..menyelerakan betui..
ReplyDeleteTeringin nak rasa. Tak pernah rasa lauk ni.
ReplyDeleteSalam Madihaa,
ReplyDeleteAkak baru perasan ada teresek.. ish sedap tuh.. kalu time takde lauk lain, makan dia ngan ikan kering je pun dah jeligho..hehe
tqvm Madihaa terai resepi.. :))